1 minute read

Kebajikan, Animasi & Makanan

Kebajikan

DETIK PERPADUAN

Advertisement

Membantu orang susah dan memerlukan pertolongan juga adalah salah satu daripada sikap yang dapat mewujudkan perpaduan kaum. Ini kerana, tanpa mengira latar belakang, warna kulit dan budaya kita akan bersama-sama membantu.

Tanggungiawab masyarakat terhadap keria-keria kemasyarakatan seperti gotong-royong bersama jiran yang berlainan bangsa mesti dipupuk dan disemai sebagai satu budaya yang menjadi teras kemakmuran negara.

Animasi

DETIK PERPADUAN

Ada juga artis visual dan grafik yang turut berusaha untuk membina perhubungan antara komuniti. Kartunis Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohammad Nor Khalid banyak menunjukkan watak pelbagai kaum dalam karyanya menerusi bukunya bertajuk Kampung Boy yang secara langsung menggambarkan detik-detik perpaduan.

Hasil karya kreatif kartun beliau, turut melatarkan kisah kehidupan sebenar masyarakat Malaysia yang majmuk, selain daripada watak utama Lat dan rakan-rakannya, yang terdiri daripada anak-anak Melayu dan kaumkaum lain. Ternyata, kerja-kerja tulisan dan lukisan oleh Datuk Lat ini digemari oleh banyak kaum.

Makanan

DETIK PERPADUAN

Kepelbagaian makanan menyatukan perpaduan di antara kaum. Buktinya, apabila sesuatu makanan itu disajikan, tidak kira apa bangsa sekalipun, semua bangsa boleh merasai dan makan bersama-sama. Contohnya, Nasi Lemak yang turut dimakan dan digemari oleh rakyat Malaysia berbilang kaum.

Bukan itu sahaja, Nasi Vanggey yang sangat popular sejak 1957 juga menjadi antara satu tarikan menu yang digemari oleh masyarakat pelbagai kaum. Uniknya, restoran nasi kandar yang terkenal di Ipoh itu dimiliki oleh orang berbangsa India muslim, memulakan operasi restorannya di sebuah restoran milik keluarga Cina iaitu Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan.

Istimewanya, para pelanggannya pula terdiri daripada pelbagai keturunan dan bangsa. Inilah keunikan detikdetik perpaduan yang ada di Malaysia dan wajar dipelihara sampai bila-bila.

Makanan

DETIK PERPADUAN

This article is from: