(Sharon Chin dari www.ArteriMalaysia.com) Terima kasih kepada Dato’ kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab beberapa soalan saya: Kami telah melihat banyak perubahan di Balai Seni Lukis Negara dalam beberapa tahun terakhir ini, terutamanya akta baru National Visual Arts Development Board (NVADB) Bil. 2011 yang telah dilulus oleh Parlimen pada bulan Disember tahun lalu, menggantikan akta yang lama iaitu National Art Gallery (NAG) Act 1957 yang telah diguna pakai selama 50 tahun. Bolehkah Dato’ terangkan kepada kami mengenai ‘Timeline’ dan proses untuk mendapatkan RUU ini dan bila ia dirancang dan disahkan? (Dato’ Mohd Yusof): Akta Balai Seni Lukis Negara 1959 (disemak 1994 – bagi tujuan terjemahan dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu) tersebut telah dilihat kembali secara serius dan komprehensif pada tahun 2006 oleh kumpulan Kuratorial BSLN. Ianya sejajar dengan pandangan YB Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (KeKKWa) pada masa itu iaitu Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim yang mahu setiap agensi dan jabatan di bawah kementeriannya mengkaji dan melihat semula sebarang akta yang telah terlalu lama dan kurang relevan dengan situasi semasa. Deraf Awal yang telah dipersetujui oleh BSLN dan KeKKWa telah diangkat ke Jabatan Peguam Negara bagi usaha penyemakan. Berlanjutan dari itu, pada 22 Ogos 2007, Rang Undang-Undang Lembaga Pembangunan Seni Tampak Negara 2007 telah diangkat ke Mesyuarat Parlimen bagi bacaan kali pertama pada 26 November 2007.
BSLN juga akan terus berkembang sebagai pusat rujukan seni visual yang utama dengan pembukaan cawangancawangan baru mengikut zon agar institusi ini dapat berkhidmat dan membangunkan kefahaman seni visual yang lebih baik kepada masyarakat terbanyak. Dengan ini, gelombang seni ini akan merupakan elemen yang sangat penting dalam membangunkan ekonomi, sosio budaya dan ketamadunan negara ini selaras dengan Dasar Industri Kreatif Negara yang telah diwar-warkan. (SC): Adakah Dato’ berharap orang ramai akan mula melihat bidang seni visual ini dengan menyeluruh dan tidak hanya menumpu pada prestasi BSLN sebagai ukuran kejayaan perkembangan seni tanah air? (DMY) Seni visual tanah air sebenarnya telah membangun dan berkembang dan sangat signifikan dengan kewujudan BSLN selama 53 tahun, dan institusi ini amat menggalakkan perkembangan seni visual dengan memberi sokongan dalam pelbagai bentuk dan usaha. Kematangan seni tanah air yang kini dilihat adalah sejajar dengan kemajuan Malaysia sebagai sebuah negara moden. BSLN akan mengekalkan mandatnya sebagai penanda aras perkembangan seni visual Negara serta akan terus memberi dorongan kepada penggiat-penggiat seni tempatan bagi memperluaskan kreativiti mereka dan juga kepada khalayak dalam penghayatan seni visual.
(SC) Bolehkah komuniti seni tanah air mencadangkan atau mengemukakan calon-calon yang mereka rasakan sesuai dan layak untuk mewakili serta membela kepentingan mereka? (DMY) Ya, mereka boleh tetapi perlantikannya adalah terpulang kepada menteri. (SC): Dalam wawancara dengan Rachel Jenagaratnam di NST (15 Ogos 2010), Dato’ bercakap tentang keinginan untuk mengubah citra, (penjenamaan semula) BSLN dan menarik lebih banyak rakan kongsi korporat dan penaja. Apa visi jenama BSLN Dato’? (DMY) Setelah wujud selama 53 tahun, BSLN sememangnya merupakan satu jenama atau ikon yang dikenali oleh komuniti seni dan pencinta seni tanah air. Tetapi sayangnya, ia masih tidak begitu dikenali dikalangan sektor korporat. Kami sedang berusaha sebaiknya untuk memberi kesedaran kepada mereka bahawa banyak kelebihan yang akan mereka perolehi jika mereka menjadi penaja BSLN, terutamanya potongan cukai untuk setiap penajaan ke maksima 7% dari keseluruhan modal tahunan mereka. Ini sememangnya sesuatu pulangan yang menarik namun setakat ini belum ada yang mengambil kesempatan ini. Cawangan Komunikasi Korporat dan saya sendiri melakukan yang terbaik bagi mewujudkan kesedaran ini. Kami hanya memerlukan satu pelopor utama dalam hal ini dan saya percaya akan ramai yang mengikuti selepas itu. 2, Jalan Temerloh off Jln Tun Razak, Kuala Lumpur 53200
Sekitar lewat tahun 2007 dan pada tahun 2008 Pilihanraya Raya Umum Ke-12 telah berlangsung dan Potfolio Kabinet bertukar dan KeKKWa telah distruktur kembali dengan pertukaran YB Menteri di kementerian. Ini memberikan kesan kepada presentasi Rang Undang-Undang tersebut di Parlimen. Pada tahun 2009, YB Menteri KPKK telah meminta BSLN meneliti semula beberapa definisi di dalam Rang Undang-Undang Lembaga Pembangunan Seni Tampak Negara 2007 itu.
2000-Sekarang (SC): Selaras dengan skop NVADB Bill 2011, dapat dilihat bahawa Ahli Lembaga memiliki tanggung jawab yang lebih luas, seperti dewan seni Australia dan UK. Bolehkah Dato’ menjelaskan peranan lembaga baru dan bagaimana ahlinya dilantik?
Pada tahun 2010, Rang Undang-Undang Lembaga Pembangunan Seni Tampak Negara 2007 telah difrasakan kembali dengan nama Rang Undang-Undang Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2010 dengan pembentangan bacaan kali pertama dan kedua di Mesyuarat Dewan Rakyat, dan bacaan kali ketiga di Mesyuarat Dewan Negara. Akta baru ini telah mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 24 Januari 2011 dan telah diwartakan pada 27 Januari 2011.
(DMY) Peranan Lembaga BSLN telah diperjelaskan dalam rang undang-undang baru, terutama sekali, antara tanggungjawabnya ialah untuk memberi cadangan kepada YB Menteri tentang polisi, cara, pendekatan dan strategi-strategi untuk diangkat dalam mempromosi, memelihara, dan mengurus perkembangan seni visual tanah air.
Akta baru ini telah berkuatkuasa pada 27 Ogos 2011 selepas pengisytiharan YB Menteri KPKK, yang juga merupakan ulang tahun ke 53 penubuhan Balai Seni Lukis Negara.
(DMY) Pada pendapat saya ini amat penting, oleh sebab itu, rang undang-undang baru itu juga memberi ruang kepada YB Menteri untuk melantik beberapa ahli lembaga yang terdiri daripada golongan penggiat seni atau ahli akademik seni, yang YB Menteri rasa dapat menyumbang kepada perkembangan seni visual.
(SC) Akta BSLN 1957 memfokus kepada penubuhan dan pengurusan Balai Seni Lukis Negara. Sebaliknya, ruang lingkup NVADB Bill 2011 adalah jauh lebih luas – Ia melihat kepada pembangunan seni visual sebagai suatu bidang atau industri. Bagaimana Dato’ melihat peranan Balai Seni Lukis Negara dalam konteks baru ini yang lebih luas? (DMY): Akta lama adalah merupakan Akta Tubuh bagi BSLN (dengan 11 Seksyen), yang hanya merangkumi usaha-usaha awal bagi pembinaan dan pemantapan BSLN di tahap asas. Justeru itu, Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011 (dengan 45 Seksyen) akan memberi ruang yang lebih luas kepada kami sebagai hub seni visual dan Pusat Konservasi Objek Seni Negara di rantau Asia Tenggara.
(SC): Pada pendapat Dato’, sejauh manakah pentingnya ahli lembaga mewakili golongan Komuniti Seni?
(SC): NVADB Bill 2011 mencetuskan reaksi yang kuat komuniti seni dalam hal pertukaran nama yang dicadangkan dari ‘National Art Gallery’ dan ‘Balai Seni Lukis Negara’ kepada ‘Nasional Visual Arts Gallery’ dan ‘Balai Seni Visual Negara’. Ramai yang merasakan itu merupakan langkah yang tidak perlu dan membazir. Apakah komen Dato’? (DMY) Benar, ia juga hangat dibincangkan secara rasmi. Ramai yang merasakan bahawa nama lama institusi ini patut dikekalkan. Tetapi pada hakikatnya, akta lama BSLN tidak wujud lagi dan nama lama tidak boleh dipakai lagi. Kami telah berbincang dengan kumpulan perundangan kementerian dan dinasihatkan mengguna nama baru yang termaktub dalam rang undang-undang baru itu. Namun demikian, apabila nama baru Balai Seni Visual Negara diumumkan di Facebook BSLN, reaksi yang kami terima semuanya positif dengan nama baru ini.