senikini#09

Page 4

Making Faces 1997 Cat air atas kertas 51 x 62cm BSLN1998.029

04

FEATURES

Dapur Minyak, Dapur Gas, Jerang Air, Goreng Cucur 1990 Fotografi 47 x 47cm BSLN1998.019

Ismail

Hashim adalah seniman visual serba boleh yang dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1940. Beliau mendapat pendidikan seni secara formal di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1972, dan merupakan kumpulan pelajar pertama yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Seni Halus) dari USM. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Washington State University, Amerika pada tahun 1977 dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Seni Halus pada tahun 1979. Apabila kembali ke Malaysia, beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah rekabentuk grafik dan fotografi di USM, bermula dari tahun 1979 sehingga 1995. Pameran seni retrospektif Ismail Hashim ini mengetengahkan lebih dari 50 buah karya seni terbaik yang pernah dicipta oleh beliau dalam pelbagai genre visual semenjak lebih 35 tahun lepas. Keunikan Ismail Hashim sebagai seorang seniman visual terletak kepada versetailitinya menghasilkan karya seni dari genre catan, lukisan, seni cetak dan juga fotografi. Beliau juga turut menghasilkan karyakarya rekaan grafik seperti tipografi, ilustrasi dan logo.

Logo ‘Belilah Barangan Buatan Malaysia’ hasil karya oleh Ismail Hashim pada tahun 1985

ISMAIL HASHIM : PAMERAN RETROSPEKTIF l Safrizal Shahir Coke Series II NA Fotografi 58.5 x 150.1 cm BSLN2003.046 One Million Deaths 1982 Poster Design for IOCU

Beberapa karya fotografi dan logo beliau telah memenangi hadiah dalam pelbagai peringkat samada di dalam atau di luar negeri. Salah satu rekaan logo beliau yang paling diingati adalah logo asal ‘Belilah Barang Buatan Malaysia’, yang memenangi hadiah utama Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia pada tahun 1985. Logo tersebut telah digunakan secara meluas dalam kempen dan produk-produk tempatan pada tahun 1980-an dan 1990-an. Kekuatan utama Ismail Hashim adalah dalam bidang fotografi. Karya-karya fotografi beliau boleh dikategorikan sebagai fotografi seni. Karya-karya fotografi beliau terletak kepada kepekaan dan penelitian mendalam beliau terhadap idea dari subjek yang ingin beliau ketengahkan. Selain itu karya beliau juga terletak kepada nilai komentar sosial yang ingin diketengahkan. Idea dan subjek karyanya diangkat dari alam di sekeliling, kegiatan seharihari atau pemandangan sosial di persekitaran. Idea dan subjek-subjek yang biasa tersebut telah diterjemahkan oleh Ismail Hashim dalam karya fotografi beliau yang adakalanya bersifat lucu, kritis atau romantis. Komentar sosial yang wujud dalam karya fotografi Ismail Hashim telah dipersembahkan dalam nada artistik. Nilai artistik ini telah menjadikan setiap karya fotografi beliau begitu unik dan tersendiri dari segi teknik dan persembahannya. Beliau telah menggunaan teknik pelukisan tangan secara sepuh (glazing) yang halus dan terperinci di atas karya cetakan fotografi hitam putih. Teknik dengan kemahiran tersendiri ini telah membuatkan karya beliau memberi kesan visual dan kontras yang unik dan berbeza. Kekuatan karya fotografi beliau telah menempatkan beliau sebagai seorang peneraju utama bidang fotografi seni di Malaysia semenjak dari pertengahan tahun 1970-an sehingga kini. Sifat konsistensi dan minat yang begitu mendalam terhadap praktis seninya itu telah meletakkan beliau sebagai antara seniman paling utama dalam konteks seni moden Malaysia. Ismail Hashim adalah seorang seniman yang sebenarnya telah lebih dari 40 tahun bergelumang dengan praktis seni visual. Penumpuan beliau terhadap pelbagai bidang seni visual ini menggambar tahap perkaitan beliau yang serius dalam bidang seni. Pameran Retrospektif ini diadakan bagi menghimpunkan semula karya-karya terbaik

Enviroment Graphics 1984 Fotografi 67 x 55.5cm BSLN1984.006

beliau dalam bidang yang disebutkan di atas. Pameran ini juga diadakan untuk meninjau semula pencapaian, nilai dan tahap yang telah dikecapi oleh Ismail Hashim lewat karya-karyanya. Dalam konteks yang lain, pameran retrospektif adalah merupakan suatu penyataan penghargaan kepada seniman yang telah menunjukkan sikap dan sifat kesenian yang terpuji dan berdaya maju. Melalui pameran ini kita didedahkan dengan paparan karya-karya Ismail Hashim yang disifatkan sebagai berkualiti tinggi, unik dan tersendiri. Dari segi idea dan paparannya, karyakarya Ismail Hashim ingin berdialog dengan pemerhati. Melalui penyataan ini kita dapat melihat bagaimana Ismail Hashim telah menggunakan pendekatan representatif aktual untuk mencurahkan idea beliau. Beliau begitu selesa berkarya dalam atau melalui pendekatan representatif. Akibat dari faktor tersebut, secara langsung atau tidak, beliau telah menggunakan juga kaedah komentar sosial dalam memerikan subjek yang terlihat dipandangannya. Sifat aktualiti dan kebenaran benda, bahan dan subjek telah menjadi ramuan utama beliau untuk memerihalkan subjek yang wujud dalam karyanya. Karya beliau secara terselindung mempunyai beberapa lapisan makna atau konteks. Karya-karya seni Ismail Hashim mempunyai nilai dan kualiti melampaui penyataan visual yang biasa. Ia berupaya membawa pemerhati kepada pemikiran dan rasa yang lebih mendalam atau berbeza. Konteks dalam karya-karya Ismail Hashim adakalanya mengandung sifat dualiti yang begitu mengujakan, iaitu ideanya begitu serius, namun cara bentukannya telah memberi dimensi humor yang amat tajam. Keadaan inilah yang memberi sifat unik, berbeza dan tersendiri bagi karya-karya Ismail Hashim. Cara gaya (trademark) beliau ini begitu dikenali dan dihargai akibat sifat dan elemen keunikan dan perbezaan yang telah disebutkan.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.