2 minute read

FOKUS

Next Article
SANTAI

SANTAI

ARMADA SIAGA TLDM PERKASA

Oleh: Kdr Mohamed Noorjais bin Abdul Jalil TLDM

Advertisement

Tanggal 27 April 2019, genaplah usia 85 tahun TLDM ditubuhkan yang bermula dengan penubuhan Straits Settlement Royal Naval Volunteer Reserve (SSRNVR) pada tahun 1934 dan telah ditukarkan kepada Malayan Royal Naval Volunteer Reserve (MRNVR) apabila Perang Dunia ke-2 meletus pada tahun 1939. Ia dianggotai oleh 400 pemuda dan bertambah menjadi 1,450 orang pada akhir tahun 1941. Unit ini telah berkhidmat di bawah Tentera Laut British di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik semasa Perang Dunia ke-2.

Pada tahun 1949, kesedaran terhadap perlunya mempunyai pasukan tentera lautnya sendiri menyebabkan The Malay Section of the Royal Navy ditubuhkan semula dengan nama Malayan Naval Force. Unit ini telah dianugerahkan status Diraja oleh Ratu Elizabeth II pada 23 Mei 1952 dan secara rasminya dinamakan Tentera Laut Diraja Malaya. Seterusnya pada 1 Julai 1958, Kerajaan British telah menyerahkan Tentera Laut Diraja Malaya kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Malayu. Lanjutan daripada penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, nama Tentera Laut Diraja Malaya turut ditukar kepada Tentera Laut Diraja Malaysia. Manakala pada 12 Mac 1966, Tentera Laut Diraja Malaysia telah dianugerahkan dengan Panji-panji Diraja oleh SPB Yang Dipertuan Agong, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin. Ia merupakan simbol kebanggaan, kesetiaan serta pengorbanan TLDM demi Raja dan negara.

Hari ini TLDM telah melangkah jauh ke hadapan melintasi beberapa fasa pembangunannya yang menyaksikan peningkatan keupayaan angkatan ini terus dipertingkatkan. Menyambut ulang tahunnya yang ke-85, TLDM terus mengatur langkah untuk mempertingkatkan keupayaannya melalui program-program pembangunan menyeluruh yang disusun rapi. Antara program yang sedang giat berjalan adalah:

Littoral Combat Ship (LCS). Perolehan 6 buah kapal LCS yang dibina oleh syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB). Pelancaran LCS pertama iaitu MAHARAJA LELA

telah dilaksanakan pada 24 Ogos 17 yang dijangka akan diserahkan kepada TLDM pada tahun 2021.

Littoral Mission Ship (LMS). Perolehan 4 buah LMS yang sedang giat dibina dengan kerjasama BNSSB dengan syarikat China Shipbuilding & Offshore International Co. Ltd (CSOC). LMS yang pertama telah dilancarkan dan dinamakan KERIS pada 15 April 2019 di limbungan kapal Wuhan, China dan dijangka akan diserahkan kepada TLDM pada penghujung tahun ini.

Beberapa lagi keupayaan serta aset baru telah diusulkan dan sedang dalam pertimbangan kerajaan. Sementara itu, aset-aset sedia ada perlu terus diselenggarakan dengan baik. Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, di dalam amanat ulungnya sebaik mengambilalih teraju kepimpinan TLDM penghujung tahun lalu, telah menegaskan keutamaan beliau dalam aspek kesiagaan Armada TLDM. Antara lain, program modenisasi ke atas aset sedia ada akan diberikan keutamaan antaranya melibatkan Skuadron Korvet Ke-24, Skuadron Penangkis Periuk Api Ke-26 serta Skuadron Kapal Ronda Ke-17.

Selain dari itu, keupayaan modal insan akan terus dipertingkatkan. Pengenalan peralatan dan sistem dengan teknologi terkini dari semasa ke semasa memerlukan anggota yang benar-benar terlatih dan berpengetahuan untuk mampu mengendalikannya dengan berkesan. Begitu juga dengan persekitaran operasi maritim yang semakin kompleks dan mencabar.

Program modenisasi ke atas aset sedia ada akan diberikan keutamaan antaranya melibatkan Skuadron Korvet Ke-24, Skuadron Penangkis Periuk Api Ke-26 serta Skuadron Kapal Ronda Ke-17.

TLDM sebagai benteng pertahanan hadapan negara perlu sentiasa dipertingkatkan keupayaannya di dalam semua aspek agar kekal efektif, kredibel dan relevan. Sesungguhnya, kemakmuran dan kesejahteraan yang dikecapi selama ini telah banyak disumbangkan oleh TLDM. Pencapaian cemerlang yang telah ditunjukkan oleh TLDM sama ada di dalam negara mahupun di persada antarabangsa wajar menjadi kebanggaan kita bersama. Sejajar dengan cogan katanya `Sedia Berkorban’, TLDM akan terus cemerlang sebagai sebuah angkatan laut yang ampuh.

This article is from: