1 minute read

GALLEY

Next Article
SIHAT

SIHAT

SIGNATURE DISH PENAMBAT SELERA Mi GORENG MAMAK 'GAGAH'

Oleh: PW I PRL Normahaily Mohd Nor Foto: BM TLR Suhairi Mohamed Ali

Advertisement

Mi goreng mamak ‘Gagah’ memang terbaik. Nampak simple tetapi ia mempunyai keunikan rasa yang tersendiri, sungguh enak dan aromanya begitu luar biasa!

Penulis agak teruja melihat aksi Ketua Tukang Masak KD GAGAH SAMUDERA, Bintara Muda Bendari (BDI) Mohd Azhar Mahamud menyiapkan menu pagi itu. Tangannya cukup lincah, seperti menarinari di atas braising pan. Aromanya membuatkan warga kapal tidak sabar untuk menikmati menu istimewa yang menjadi signature dish kapal itu.

“Mi goreng mamak ini telah dimodenkan dan ditambah baik dari segi ramuannya,” ujar Mohd Azhar menceritakan rahsia masakan istimewanya itu.

Pegawai Bekalan kapal, Lt Kdr Norma Mahmood TLDM mengakui bahawa Mi Goreng Mamak Gagah bukan sahaja digemari oleh warga kapal malah turut disajikan kepada tetamu, seringkali atas permintaan tetamu itu sendiri.

BAHAN-BAHAN

Isi ayam Udang Sotong Fish ball Fish cake Mi kuning Bawang merah Bawang putih Cili kering Lada hitam Rempah kari Telur Sos tomato Sos cili Sos tiram Tauge Kucai Timun Lobak merah Tomato Cili jeruk Kicap pekat manis

CARA PENYEDIAAN

1. Tumis bawang merah dan cili kering. 2. Masukkan ayam dan udang kemudian masukkan serbuk kari daging, sos cili, sos tiram dan kicap pekat manis. 3. Masukkan mi kuning dan gaul rata, seterusnya masukkan kentang yang digoreng, cucur bawang dan kacang tanah yang ditumbuk. 4. Pecahkan telur dan taburkan secubit garam serta serbuk perasa. 5. Akhir sekali masukkan timun, lobak yang disagat halus, kucai dan tauge. Hiaskan untuk dihidang.

HIASAN

Daun sup Daun bawang Bawang goreng Tomato ceri Timun Cili hijau Cili merah Limau nipis

This article is from: