1 minute read

SEJARAH

Next Article
ADAT & TRADISI

ADAT & TRADISI

Oleh: Lt Dya Nurhidayah Mazlan PSSTLDM Foto: Arkib HMS PRINCE OF WALES adalah sebuah kapal perang Royal Navy kelas King George V yang dibina di Limbungan Cammell Laird di Birkenhead, England. Kapal perang ini ditauliahkan HMS PRINCE OFWALES pada 19 Januari 1941. Tidak lama selepas ditauliahkan, kapal ini telah terlibat dalam Perang Dunia Kedua antaranya pada Mei 1941, iaitu ketika Pertempuran Selat Denmark menentang kapal perang Jerman, BISMARCK, di mana HMS PRINCE OF WALES dan HMS HOOD ditugaskan memintas kapal tersebut. Pertempuran ini mengakibatkan kerosakan teruk kepada HMS PRINCE OF WALES namun serangan balas yang dilancarkan telah berjaya memaksa BISMARCK untuk berundur.

Gambar kapal HMS PRINCE OF WALES 1941. - Foto Imperial War Museum (IWM)

Advertisement

Pada 2 Disember 1941 HMS PRINCE OF WALES dan HMS REPULSE tiba di Pangkalan Royal Navy Singapura, di bawah pemerintahan Admiral Sir Thomas Philips RN. Kapal-kapal ini ditugaskan untuk meronda sekitar pantai Timur Tanah Melayu dan memintas sebarang serangan yang cuba dilancarkan oleh tentera Jepun. Ternyata misi ini menjadi tugasan terakhir buat HMS PRINCE OF WALES dan anak-anak kapalnya.

Pada 10 Disember 1941, sewaktu beroperasi di perairan Kuantan, keduadua kapal ini diserang oleh pesawat Jepun dengan torpedo. Serangan ini telah menenggelamkan HMS PRINCE OF WALES bersama-sama 845 orang anak kapal termasuklah Admiral Sir Thomas Philips. HMS REPULSE turut diserang dan tenggelam. Seramai 27 pegawai dan 486 anak kapal telah terkorban manakala seramai 796 orang lagi berjaya diselamatkan oleh HMS EXPRESS (termasuk Pegawai Memerintah Captain W.J.Tennat RN). Peristiwa tenggelamnya kedua-dua kapal ini berlaku tiga hari selepas Tentera Jepun melancarkan serangan ke atas Pearl Harbour.

This article is from: