Majalah Samudera Edisi 1 2025

Page 1


Ulang Tahun TLDM Ke-91
EDISI 1/2025
Majalah Rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia

KANDUNGAN

Bersempena Sambutan Hari TLDM Ke-91, sidang redaksi membawakan edisi khas majalah ini sebagai penghormatan kepada perjalanan gemilang TLDM. Edisi ini memaparkan sorotan salasilah kepimpinan dan sejarah perkhidmatan, pangkalan-pangkalan dan armada TLDM bagi memupuk rasa bangga dan kesedaran warga the Navy People terhadap warisan dan jati diri angkatan laut negara.

Edisi khas ini turut memuatkan maklumat penting seperti intipati Amanat Panglima Tentera Laut Ke-19 dan ringkasan Pelan Penjajaran Transformasi TLDM #15to5, khususnya

berkaitan pembangunan platform masa hadapan. Segala maklumat disampaikan dalam bentuk infografik yang menarik dan mudah difahami bagi memastikan mesej disampaikan secara berkesan kepada semua lapisan pembaca.

Turut diperkenalkan dalam edisi ini ialah barisan kepimpinan tertinggi TLDM masa kini yang menerajui misi dan visi ke arah kecemerlangan. Semoga penerbitan ini menjadi tanda penghargaan kepada perjuangan terdahulu serta sumber inspirasi kepada warga TLDM dalam meneruskan khidmat demi kedaulatan perairan negara.

SIDANG REDAKSI

PENAUNG

Laksdya Dato' Ts. Shamsuddin bin Hj Ludin

KETUA EDITOR

Kept Ananthan Tharmalingam TLDM

EDITORIAL

Kdr Sugenderan a/l Nagalan TLDM

Lt Muhammad Ruzaini bin Razali RMN

Lt Amanina binti Mat Kamal TLDM

Lt Dya Razin binti Roslain PSSTLDM

PW I KOM Mohamad Fauzi bin Zaina

LK PNK Hidayatul Balqis binti Mohammad

LK PNK Muhammad Muizzuddin bin Md Rozi

PERCETAKAN

Perax Kreatif Enterprise

ALAMAT

Sidang Redaksi Majalah Samudera PUSMAS TLDM (RMN Sea Power Centre)

Jalan Sultan Yahya Petra 54100 KUALA LUMPUR

Tel: 03-4016 0138

Email: majalahsamuderatldm21@gmail.com

Majalah Samudera ialah majalah rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia yang diterbitkan sebanyak tiga kali setahun (Dua dalam Bahasa Malaysia dan Satu dalam Bahasa Inggeris). Majalah ini diedarkan secara percuma.

KEPIMPINAN TERTINGGI TLDM

Laksamana Datuk (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain
PANGLIMA TENTERA LAUT
Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin bin Hj Ludin
TIMBALAN PANGLIMA TENTERA LAUT
Laksamana Madya Haji Mohamad Azuwan bin Harun
PANGLIMA ARMADA BARAT
Laksamana Madya Dato’ Khir Junaidi bin Idris PANGLIMA ARMADA TIMUR

INTIPATI AMANAT PANGLIMA TENTERA LAUT KE-19

Siapakah Laksamana Datuk (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain dan apakah komitmennya yang diutarakan dalam perutusan ?

Laksamana Datuk (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain ialah Panglima Tentera Laut (PTL) Ke-19, yang telah menyampaikan amanat beliau pada 18 Oktober 2024. Dalam amanat tersebut, beliau menegaskan komitmennya untuk memimpin warga TLDM ke arah kecemerlangan dan melestarikan nilai-nilai teras TLDM seperti kemuliaan, kesetiaan, keberanian, dan kebanggaan.

Apakah empat teras utama yang ditekankan oleh PTL?

Kesiagaan Armada - Fokus pada pengurusan dan penyelenggaraan armada untuk memastikan kesiagaan berada pada tahap tertinggi.

Penjajaran Pelan Transformasi TLDM #15to5 (Platform) - Memperoleh kapal moden dengan teknologi terkini untuk operasi yang lebih efisien.

Integrasi dan Sinergi Antara Angkatan serta Jointness - Menjalin kerjasama antara Perkhidmatan dan pelbagai agensi untuk menghadapi cabaran dunia yang kompleks.

Pengurusan Sumber ManusiaMemperkasakan peranan dan kebajikan anggota TLDM melalui latihan dan sokongan yang berterusan.

Apakah intipati penting dalam "Kesiagaan Armada"?

Antara intipati penting yang ditekankan di bawah teras Kesiagaan Armada adalah:

Melaksanakan kajian yang kukuh serta mapan terhadap program Re-Life aset-aset TLDM.

Memanfaatkan teknologi terkini dengan mendukung pelan dan inisiatif yang dibangunkan kerajaan atau kementerian.

Menekankan aspek kesiagaan warga the Navy People.

Apakah tujuan Penjajaran Pelan Transformasi TLDM #15to5 (Platform)?

TLDM perlu berkembang menjadi sebuah angkatan moden dan berkeupayaan tinggi bagi membina angkatan laut yang tangkas, berdaya dan tahan lasak. Transformasi ini bertujuan memastikan TLDM mampu menangani cabaran keselamatan maritim semasa dan masa hadapan dengan berkesan, selaras dengan objektif negara serta mendukung hasrat Kertas Putih Pertahanan (KPP), Strategi Ketenteraan Negara (SKN 2.0) dan pembangunan Angkatan Masa Hadapan (AMH).

Penjajaran semula ini merupakan inisiatif tambahan kepada program transformasi RMN #15to5 yang sedia ada khususnya platform, yang dirancang untuk dilaksanakan sehingga tahun 2055, sambil mendokumentasikan strategi bagi memenuhi keperluan daya masa hadapan secara komprehensif.

Apakah yang dimaksudkan

dengan "Integrasi dan Sinergi

Antara Angkatan"?

Ini bermaksud TLDM perlu mengintegrasikan kepakaran, sumber daya, dan teknologi yang pelbagai perlu dilaksanakan melalui semangat kebersamaan yang kukuh. Pendekatan Whole of Government and Whole of Society (WoGoS) menjadi kunci utama kepada jalinan kerjasama ini dan merupakan kaedah paling berkesan untuk menangani cabaran masa hadapan.

Apakah tiga keutamaan yang ditekankan oleh PTL?

PTL menekankan tiga keutamaan utama:

Memperkukuhkan Nilai IntegritiSemua anggota TLDM perlu menanamkan nilai integriti dalam setiap urusan mereka, dan tidak akan berkompromi dengan sebarang kesalahan.

Mengkaji dan Membangunkan Dasar serta Proses Kerja - Menilai semula dasar dan proses kerja untuk memastikan TLDM kekal relevan dan efisien.

Back to Basics - Mengembalikan fokus kepada asas-asas yang penting dan memperbaiki proses kerja untuk memastikan TLDM lebih cekap dalam menghadapi cabaran semasa.

Apakah peringatan yang diberikan oleh PTL kepada warga TLDM?

PTL mengingatkan warga TLDM untuk memberi perhatian serius terhadap keselamatan diri, baik semasa bertugas atau di luar waktu kerja. Beliau juga menekankan kepentingan pematuhan terhadap prosedur keselamatan dan disiplin, serta mengambil langkah pencegahan terhadap masalah seperti penyalahgunaan dadah dan buli.

KEPTEN YANG DIPERTUA TLDM

Kepten Yang Dipertua TLDM

Pertama (10 Februari 1960 - 10 Mei 1981)

Al-Marhum Sultan Sir Ismail

ibni Al-Marhum Sultan Sir Ibrahim

Kepten Yang Dipertua TLDM

Kedua (11 Mei 1981 - 25 April 1984)

Kepten Yang Dipertua TLDM Ketiga

(26 April 1984 - 21 November 2001)

Kepten Yang Dipertua TLDM Keempat (21 November 2001 - Kini)

PANGLIMA TENTERA LAUT

Panglima Tentera Laut Pertama (1957 - 1960)
Commodore E.D. Norman
Panglima Tentera Laut Ke-2 (1960 - 1962)
Captain W.J. Dovers, DSC ADC RAN
Panglima Tentera Laut Ke-3 (1962 - 1965)
Commodore A.M. Synnot, ADC RAN
Panglima Tentera Laut Ke-4 (1965 - 1967)
Commodore A.N. Dollard, PSC RAN
Panglima Tentera Laut Ke-6 (1 Januari 1977 - 31 Januari 1986)
Laksamana Madya Dato’ Mohd Zain bin Mohd Salleh
Panglima Tentera Laut Ke-5 (1 Disember 1967 - 31 Disember 1976)
Laksamana Muda Tan Sri Dato’ Seri K. Thanabalasingam

Panglima Tentera Laut Ke-13 (28 April 2005 - 15 November 2006)

Panglima Tentera Laut Ke-14 (15 November 2006 - 31 Mac 2008)

Tan Sri Ilyas bin Hj Din

Panglima Tentera Laut Ke-15 (1 April 2008 - 17 November 2015)

Laksamana Tan Sri Ramlan bin Mohamed Ali

Panglima Tentera Laut Ke-16 (18 November 2015 - 29 November 2018)

Laksamana Tan Sri Dr. Abdul Aziz bin Hj Jaafar

Panglima Tentera Laut Ke-17 (30 November 2018 - 26 Januari 2023)

Panglima Tentera Laut Ke-18 (27 Januari 2023 - 31 Julai 2024)

Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin

Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany

Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob

Laksamana

Panglima Tentera Laut Ke-19

(1 Ogos 2024 – Kini)

Kepimpinannya diiktiraf apabila beliau dipilih untuk memerintah dan membawa pulang kapal selam pertama Malaysia, KD TUNKU ABDUL RAHMAN, dari Perancis pada tahun 2009. Kerjaya Laksamana Zulhelmy terserlah dengan pelantikannya sebagai Pegawai Memerintah merangkap Ketua Skuadron bagi Skuadron Kapal Selam Pertama. Beliau juga pernah mengetuai Pusat Latihan Kapal Selam di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah pada tahun 2012.

Laksamana Datuk (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain dilahirkan pada 2 Januari 1968 di Kuala Lumpur. Setelah menamatkan pendidikan menengah di Maktab Tentera Diraja pada tahun 1985, beliau memulakan kerjaya gemilangnya apabila beliau menyertai TLDM sebagai Pegawai Kadet pada 6 Ogos 1986. Dua tahun kemudian, beliau ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 6 Ogos 1988, menandakan permulaan khidmat beliau kepada negara.

Pada awal kariernya, beliau berkhidmat di beberapa kapal TLDM, termasuk KD KERIS, KD GANYANG, KD PAUS, dan KD LEKIU. Dedikasi beliau terhadap kecemerlangan professional terbukti sejak awal, apabila beliau berjaya menamatkan kursus kapal selam dan memperoleh Lencana Kelayakan Kapal Selam di HMAS PLATYPUS, Australia pada tahun 1993. Seterusnya, beliau mengikuti Kursus Pegawai Peperangan Utama Antarabangsa yang berprestij di HMAS DRYAD, United Kingdom pada tahun 1995.

Laksamana Zulhelmy telah mengikuti Kursus Staf di US Naval War College, Rhode Island pada tahun 2002 dan bagi melengkapkan latar belakang akademik ketenteraannya dengan memperolehi Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Keselamatan Nasional dari National Defence College of the Philippines pada tahun 2012, di mana beliau turut menerima Exceptional Graduate Award Beliau juga merupakan alumni Royal College of Defence Studies, sebuah institusi pengajian tinggi Tentera Laut di United Kingdom yang tersohor di dunia. Pada November 2024, beliau telah dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam Bidang Maritim sempena Majlis Konvokesyen Netherlands Maritime University College Ke-8.

Peranan kepimpinan beliau terserlah dengan memegang jawatan Asisten Ketua Staf J5 di Markas Angkatan Bersama, Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan di Markas Tentera Laut serta Panglima Wilayah Laut 1 pada tahun 2021. Perkhidmatan cemerlang beliau memuncak dengan pelantikannya sebagai Presiden PUSPAHANAS dengan pangkat Laksamana Madya, dan seterusnya sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut pada tahun 2023. Kini, beliau berkhidmat sebagai Panglima Tentera Laut Ke-19, menerajui TLDM dengan penuh kewibawaan.

Laksamana Datuk (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain

PEGAWAI WARAN TLDM

SMR TLDM Pertama (21 Julai 1987 - 15 Jun 1990)

PW I PPP (GI) Malabakh bin Mohd Idris

PW TLDM Ke-4 (14 April 2009 - 20 Jun 2010)

PW I TLR Azman bin Talib

PW TLDM Pertama (12 Ogos 2003 - 15 Ogos 2005)

PW I PAP (GI) Ibrahim bin Zain

PW TLDM Ke-5 (21 Jun 2010 - 18 Oktober 2015)

PW I KMT (I) Hashim bin Jantan

PW TLDM Ke-8 (28 Jun 2021- 9 September 2024)

PW I TLS (AQM) Mohamad Noorfazli bin Ariffin

PW TLDM Ke-2 (15 Ogos 2005 - 13 Januari 2007)

PW I TMS Arzahari bin Sudin

PW TLDM Ke-6 (18 Oktober 2015 - 16 November 2016)

PW I TMK Nik Ezanee bin Nek

PW TLDM Ke-9 (9 September 2024 - Kini)

PW I KOM (KS) Mohd Osis bin Onan

PW TLDM Ke-3 (1 Julai 2007 - 13 April 2009)

PW TLDM Ke-7 (16 November 2016 - 28 Jun 2021)

PW I TMK Muhamad Eizad bin Ramli

PW I KMR (I) Azmi bin Arifin

INTIPATI PENJAJARAN PELAN

TRANSFORMASI TLDM #15TO5 (PLATFORM)

Apakah itu Program Transformasi #15to5 TLDM?

Program Transformasi #15to5 TLDM dilancarkan pada tahun 2017 dengan tujuan mengurangkan jenis kapal dari 15 kelas kepada hanya 5 kelas. Tujuannya adalah untuk menjimatkan sumber, memudahkan operasi, dan memastikan TLDM lebih bersedia menghadapi ancaman maritim yang semakin berubah.

Mengapakah pelan asal #15to5 perlu diubah?

Banyak perkara telah berubah sejak 2017, seperti keadaan geopolitik yang semakin rumit, bajet yang terhad, dan cabaran dalam industri. Oleh itu, pelan asal perlu diubah untuk lebih fleksibel dan sesuai dengan situasi semasa.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pelarasan Semula Program Transformasi #15to5 (Platform) pada tahun 2024?

Pada tahun 2024, TLDM melancarkan pelan baharu yang lebih fleksibel, yang melibatkan empat Rancangan Malaysia (RMK-12 hingga RMK-15) dan akan dilaksanakan hingga tahun 2040. Pelan ini bertujuan untuk memastikan armada TLDM kekal moden dan mampan dalam jangka panjang.

Apakah struktur baharu dalam pelan transformasi ini?

Struktur baharu ini melibatkan:

4 Kapal Selam

12 Kapal Tempur Pesisir (LCS)

18 Kapal Peronda/Korvet

18 Kapal Misi Pesisir (LMS)

3 Kapal Sokongan Pelbagai Peranan (MRSS)

2 Kapal Pengukur Hidrografi

4 Kapal Pemusnah Periuk Api (MCMV)

2 Kapal Latihan

1 Kapal Latihan Layar

Apakah teknologi tambahan yang akan digunakan dalam transformasi ini?

Selain kapal-kapal tersebut, teknologi canggih juga akan digunakan sebagai pengganda kuasa dalam pelan ini seperti:

Helikopter Peperangan Anti-Kapal Selam (Anti-Submarine Warfare - ASW)

Dron Tempur Udara (Unmanned Aerial Vehicles - UAV)

Dron Tempur Bawah Laut (Autonomous Underwater VehiclesAUV)

Dron Pemusnah Periuk Api (Mine Disposal Vehicles – MDV)

Apakah matlamat utama pelan transformasi ini?

Matlamat utama pelan ini adalah untuk memastikan TLDM terus moden dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks, meningkatkan fleksibiliti operasi, dan memajukan keupayaan teknologi TLDM dalam jangka panjang.

ASAL USUL TLDM

Straits Settlements

Royal Naval Volunteer Reserve (SSRNVR) 1934 – 1942

SSRNVR ditubuhkan pada 27 April 1934 di Teluk Ayer Basin, Singapura untuk memperkukuh pertahanan Tanah Melayu. Ia menandakan penglibatan pertama orang Melayu tempatan dalam Royal Navy (British). Pasukan pertama ini dianggotai oleh 150 kelasi tempatan yang diketuai oleh pegawai sukarelawan British.

Malayan Royal Navy Volunteer Reserve (MRNVR) 1938 – 1942

MRNVR telah ditubuhkan di pejabat Pegawai Wakil

Tentera Laut Pulau Pinang, Padang Kota Lama pada tahun 1938. Pasukan ini diwujudkan untuk mempertahankan perairan utara Selat Melaka sebagai tambahan kepada SSRNVR yang sedia ada. Ia terdiri daripada warga Melayu tempatan dan dipimpin oleh pegawai British.

Royal Navy Malay Section (RNMS) / ‘Malay Navy’ 1939 – 1942 / 1945 -1947

RNMS ditubuhkan pada tahun 1939 di Sembawang, Singapura, untuk mengukuhkan SSRNVR dan MRNVR. Kekuatan warga tempatan yang lebih besar diperlukan kerana sebahagian kapal Royal Navy yang ditugaskan di Malaya dihantar ke Eropah semasa Perang Dunia Kedua. Terbubar akibat kekalahan perang, MNF diaktifkan semula pada tahun 1945 tetapi dibubarkan sekali lagi pada tahun 1947 akibat kekangan kewangan.

Malayan Naval Force (MNF) 1948 – 1952

Pada tahun 1948, MNF telah ditubuhkan di bekas Stesen Komunikasi Tentera Udara British di Woodlands, Singapura. Ia terdiri daripada 144 anggota, termasuk 119 bekas anggota SSRNVR, MRNVR, dan RNMS yang telah dibubarkan selepas kejatuhan British kepada Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942.

Royal Malayan Navy (RMN) 1952 – 1963

MNF telah dinamakan semula sebagai RMN selepas menerima Panji-panji Diraja daripada Ratu Elizabeth II pada 29 Ogos 1952. Pada tahun 1958, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengambil alih kuasa operasi dan pentadbiran dari British, diikuti dengan pemindahan tanggungjawab kewangan pada tahun 1959.

Royal Malaysian Navy (RMN) 1963 – Kini

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah (dahulunya Borneo Utara), dan Sarawak dalam satu persekutuan baharu. Dengan pengambilan nama Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaya turut dinamakan semula sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia.

EVOLUSI ARMADA

PASCA PERANG DUNIA PERTAMA

Pada tahun 1934, seramai 150 rekrut tempatan Melayu dari SSRNVR menjalani latihan asas di atas kapal layar Gabenor Singapura, SEA BELLE II. Mereka kemudian berkhidmat di atas HMS LABURNUM, HMS PANGLIMA, HMS PAHLAWAN, dan HMS PENYENGAT. Semasa Perang Dunia Kedua, anggota SSRNVR, MRNVR dan RNMS berkhidmat di kapal dagang dan nelayan yang telah ditukar lantik dan diubahsuai untuk perang seperti HMS LIPIS, HMS KUDAT, HMS MATA HARI, HMS LAUT, HMS VYNER BROOKE, HMS SIANG WO, dan HMS SHU KUANG.

LABURNUM

LABURNUM

PASCA PERANG DUNIA KEDUA

Pada tahun 1949, beberapa kapal telah sama ada dipindah milik atau dipinjamkan oleh British kepada Malayan Naval Forces (MNF). Antaranya termasuk HMS TEST (River Class Frigate), HMMS LABURNUM (Hatsutaka Class Minesweeper), HMMS SRI MELAKA (Landing Craft Tank Mk III), HMMS SRI JOHORE (Blackbird Class Mine Hunter), serta HMMS SRI PERLIS dan HMMS PELANDOK (Landing Craft Gun).

SEA BELLE II
PANGLIMA
HMS KEDAH
HMS MATA HARI
HMS TEST
HMS SRI JOHORE
HMS SRI PERLIS
HMMS SRI MELAKA

1941 - 1967

SEAWARD DEFENCE MOTOR LAUNCHES

MNF mengoperasikan sembilan buah kapal jenis SDML, yang sebelum ini digunakan oleh Royal Navy di Singapura dan dikenali sebagai Harbour Defence Motor Launches (HDML). Setiap kapal dilengkapi dengan dua meriam 20mm Oerlikon. Setelah dipindah milik kepada MNF, kapal-kapal ini telah dinamakan semula sempena nama-nama negeri di Tanah Melayu.

SRI TRENGGANU

3501

3502

1105 HMMS SRI PAHANG

HMMS SRI NEGERI SEMBILAN

HMMS SRI PERAK

3505

3506

3507

HMMS SRI SELANGOR SDML 3509

HMMS SRI KELANTAN

- 1949

3508

PASCA KEMERDEKAAN

1333

1334

1335

1336

1385

KD LANGKASUKA M2606 1958 – 1967 HMS BEDHAM

KD TEMASEK M2612 1958 – 1966 HMS BRATINGHAM

KD SRI JOHORE M2602 1959 – 1967 HMS ALTHAM

KD SRI PERLIS M2604 1959 – 1967 HMS ASHELDHAM

KD JERONG M2610 1966 – 1973 HMS BOREHAM

KD TODAK M2627 1966 – 1973 HMS FELMERSHAM

KD MAHAMIRU M1127 1960 – 1980 HMS DARLASTON

KD LEDANG M1143 1963 – 1980 HMS HEXTON

KD JERAI M1168 1964 – 1977 HMS DILSTON

KD KINABALU M1134 1964 – 1981 HMS ESSINGTON

KD TAHAN M1163 1966 – 1982 HMS ULLINGTON

KD BRINCHANG M1172 1966 – 1982 HMS THANKERTON

NAMA NO. TAULIAH TAHUN BERKHIDMAT

KD

KD

KD

KD

Diasaskan pada 1965 di Pangkalan TLDM Woodlands dan kemudiannya dipindahkan ke Lumut pada tahun 1981 di bawah Komander Operasi Armada. Secara rasmi menjadi Pusat Menyelam dan Penangkis Periuk Api TLDM pada tahun 2013

Ditubuhkan pada 1 Ogos 1965 sebagai Unit Perkhidmatan Khas Malaysia (MSSU) dan secara rasmi menjadi Pasukan Khas Laut (PASKAL) pada tahun 1982.

KD KRIS

1971 – 1980an

ERA 70AN

KD SRI LANGKAWI (A1500) - (EX-USS HUNTERDON COUNTY) LANDING SHIP TANK

1971 – 2003

KD RAHMAT (F24) - FRIGATE

1971 - 1999

KD DUYONG (A1109) - DIVING TENDER

1973 - Kini

KD HANG TUAH (F76)- (EX-HMS MERMAID) - FRIGATE

1972 - Kini

PERDANA CLASS – FAST ATTACK CRAFT (MISSILE)

• KD PERDANA (3501)

• KD SERANG (3502)

• KD GANAS (3503)

• KD GANYANG (3504)

1975/76 – Kini

JERONG CLASS – FAST ATTACK CRAFT (GUN)

KD JERONG

• KD JERONG (3505)

• KD YU (3506)

• KD BAUNG (3507)

• KD PAUS (3508)

• KD TODAK (3509)

• KD PARI (3510)

1976 - Kini

KTD PENYU (4) - OCEAN TUG

1977 - 1999

LST-542 CLASS - LANDING SHIP TANK

1977 - 2018

KD MUTIARA (255)HYDROGRAPHIC VESSEL

1979 - Kini HANDALAN CLASS – FAST ATTACK CRAFT (MISSILE)

• KD HANDALAN (3511)

• KD PERKASA (3512)

• KD PENDEKAR (3513)

• KD GEMPITA (3514)

ERA 80AN

1980 - 2016

OCEAN TUG

KTD SOTONG

• KTD SOTONG (6)

• KTD KEPAH (8)

1984 – Kini

KASTURI CLASS - CORVETTE

• KD KASTURI (25)

• KD LEKIR (26)

1985 - 2006

MUSYTARI CLASS – OFFSHORE

PATROL VESSEL

1980/83 – Kini

MULTI-PURPOSE COMMAND AND SUPPORT SHIP

• KD SRI INDERA SAKTI (1503)

• KD MAHAWANGSA (1504)

1984 – Kini

MAHAMIRU CLASS - MINE COUNTER MEASURE VESSEL

• KD MAHAMIRU (11)

• KD JERAI (12)

• KD LEDANG (13)

• KD KINABALU (15)

• KD MUSYTARI (160)

• KD MARIKH (161)

1989 - Kini

KLD TUNAS SAMUDERABRIGANTINE

1991/92 - 2001

WESTLAND WASP HAS MK. 1 – 499 SQUADRON

ERA 90AN

1995 - 2010

KD SRI INDERAPURA (1505)(EX-USS SPARTANBURG

1997/99 - Kini

LAKSAMANA CLASS - CORVETTE

• KD LAKSAMANA HANG NADIM (134)

• KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL (135)

• KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN (136)

• KD LAKSAMANA TAN PUSMAH (137)

COUNTY LST 1192) LANDING

SHIP TANK

1998 - Kini

KD PERANTAU (151) –HYDROGRAPHIC VESSEL

1999 - Kini

LEKIU CLASS - FRIGATE

• KD JEBAT (29)

• KD LEKIU (30)

2001 - Kini

FAST TROOP VESSEL

1999/01 - Kini

CB 90HEX – FAST COMBAT BOAT

ABAD KE-21

2003 - Kini

• KD SRI GAYA (331)

• KD SRI TIGA (332

SUPERLYNX MK. 100 (501 SQUADRON)

2004 – Kini

AS 555 SN FENNEC (502 SQUADRON)

2006/10 - Kini

ABAD KE-21

KEDAH CLASS – NEW GENERATION PATROL VESSEL (NGPV)

• KD KEDAH (171)

• KD PAHANG (172)

• KD PERAK (173)

• KD TERENGGANU (174)

• KD KELANTAN (175)

• KD SELANGOR (176)

2009 - Kini

KA BUNGA MAS LIMA –NAVAL AUXILIARY SHIP

2009 - Kini

PERDANA MENTERI CLASS –DIESEL-ELECTRIC ATTACK SUBMARINE

2015 - Kini

KA TUN AZIZAN - NAVAL AUXILIARY SHIP

2016 - Kini

MV MEGA BAKTI - SUBMARINE ESCAPE AND RESCUE INTERVENTION SHIP

2018 - Kini

GAGAH SAMUDERA CLASS –TRAINING SHIP

• KD GAGAH SAMUDERA (271)

• KD TEGUH SAMUDERA (272)

• KD TUNKU ABDUL RAHMAN

• KD TUN ABDUL RAZAK

2020/22 - Kini

ABAD KE-21

FAST INTERCEPTOR CRAFT MK. 1/2 – FAST COMBAT BOAT

2020/22 - Kini

KERIS CLASS - LITTORAL MISION SHIP (LMS)

2022 – Kini

SCANEAGLE - UNMANNED AERIAL SYSTEM

2022 – Kini

LEONARDO AW 139 (503 SQUADRON)

• KD KERIS (111)

• KD SUNDANG (112)

• KD BADIK (113)

• KD RENCONG (114)

EVOLUSI PANGKALAN TLDM

PANGKALAN TLDM WOODLANDS (Woodlands, Singapore)

1949 – 1997

Pangkalan Tentera Laut Woodlands ditubuhkan pada 19 November 1949 di tapak bekas Stesen Komunikasi Tentera Udara British di Singapura. Ia juga dikenali sebagai Malayan Naval Force Barracks sebelum ditauliahkan sebagai HMS MALAYA pada 1952. Pada 1958, ia diserahkan kepada Persekutuan Tanah Melayu dan dinamakan KD MALAYA. Operasi pentadbiran dipindahkan ke Lumut pada 1979, dan pangkalan ini diserahkan kembali kepada Singapura pada tahun 1997.

PANGKALAN TLDM TANJUNG GELANG (Kuantan, Pahang)

1981 – KINI

Pangkalan Tentera Laut Tanjung Gelang ditubuhkan pada tahun 1975 untuk memperkukuh keupayaan pertahanan di sepanjang pantai timur Semenanjung Malaysia serta sebagai respon kepada krisis pelarian Vietnam yang tercetus akibat pergolakan politik di Indochina. Pada 1 Januari 1981, pangkalan ini mengambil peranan yang lebih besar sebagai Markas Wilayah Laut 1 yang sebelum ini berpusat di Woodlands. Ia kini berperanan sebagai markas utama bagi pertahanan pantai timur Semenanjung Malaysia.

PANGKALAN TLDM LUMUT

(Lumut, Perak)

1982 – KINI

Penubuhan Pangkalan TLDM Lumut seluas sekitar 1,800 ekar ini dibina secara berperingkat dengan kerja-kerja siap sepenuhnya pada tahun 1982. Proses pemindahan dari Woodlands ke Lumut bermula lebih awal secara berfasa. Pangkalan ini menempatkan aset-aset strategik serta kemudahan penting untuk logistik, penyelenggaraan, pembaikan, latihan, pentadbiran, dan lain-lain. Ia merupakan pangkalan tentera laut yang terbesar dan paling penting bagi TLDM. Markas Pemerintahan Armada Barat beroperasi di pangkalan dan berperanan sebagai markas utama bagi pertahanan keseluruhan perairan Semenanjung Malaysia.

PANGKALAN TLDM SANDAKAN (Sandakan, Sabah)

1994 – KINI

Pangkalan TLDM Sandakan yang terletak di tengah-tengah bandar Sandakan telah siap dibina pada 16 September 1994. Dilengkapi dengan jeti dan bangunan utama setinggi 4 tingkat, pangkalan ini amat strategik bagi menyokong operasi di pantai timur Sabah. Markas Wilayah Laut 2 yang pada awalnya beroperasi di Labuan dan kemudian di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, seterusnya dipindahkan ke Pangkalan TLDM Sandakan pada 27 April 2017.

PANGKALAN TLDM PULAU INDAH (Pelabuhan Klang, Selangor)

2005 – KINI

Terletak berhampiran Pelabuhan Klang, Pangkalan TLDM Pulau Indah ditubuhkan pada 15 Oktober 2005 untuk menempatkan Pusat Hidrografi Nasional yang memainkan peranan kritikal dalam penghasilan carta nautika, penyelidikan oseanografi serta penyediaan data untuk keselamatan navigasi dan pengurusan sumber maritim negara. Pangkalan ini dilengkapi dengan kemudahan teknikal dan logistik yang canggih, termasuk fasiliti pentadbiran, percetakan dan kartografi, penginapan staf, serta jeti untuk operasi hidrografi dan sokongan maritim.

PANGKALAN TLDM KOTA KINABALU (Kota Kinabalu, Sabah)

2006 – KINI

Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar ditubuhkan pada 2006 yang menggantikan Labuan sebagai pangkalan utama TLDM di Malaysia Timur. Pangkalan ini dilengkapi dengan kemudahan pengoperasian kapal-kapal besar dan kapal selam termasuk penyenlenggaraan, dan latihan, serta menempatkan Markas Angkatan Kapal Selam TLDM. Terletak di hujung utara Borneo, pangkalan ini memberikan akses langsung ke Laut China Selatan, meningkatkan kemampuan Malaysia untuk mengawal sempadan maritimnya. Pada 27 April 2017, Markas Pemerintahan Armada Timur beroperasi di pangkalan ini sebagai markas utama bagi pertahanan keseluruhan perairan Sarawak dan Sabah.

PANGKALAN TLDM LANGKAWI (Pulau Langkawi, Kedah)

2007 – KINI

Pangkalan TLDM Langkawi yang beroperasi sejak 1 April 2007 memainkan peranan strategik dalam memantau dan mengawal perairan utara dan barat laut Selat Melaka, yang merupakan laluan perdagangan utama. Markas Wilayah Laut 3 berfungsi dalam mengkoordinasikan operasi maritim, pencegahan ancaman, serta pemantauan trafik maritim di kawasan yang mempunyai nilai geostrategik yang penting.

PANGKALAN TLDM JOHOR BAHRU (Johor Bahru, Johor) 2020 – KINI

Pangkalan TLDM Johor Bahru yang terletak di Sungai Lunchoo di tapak seluas 47 ekar. Mula dibina pada 20 Disember 2016 dan beroperasi sepenuhnya pada 6 Mac 2020. Pangkalan ini menempatkan Markas Pasukan Simpanan yang bertanggungjawab ke atas 11 unit Pasukan Simpanan Sukarela TLDM, 10 unit PALAPES, dan 4 unit PLAS yang terletak di seluruh Malaysia. Pangkalan ini dilengkapi dengan fasiliti latihan dan infrastruktur untuk melaksanakan latihan bersepadu bagi pegawai dan anggota Pasukan Simpanan TLDM.

EVOLUSI STRUKTUR

ORGANISASI 60AN

ORGANISASI TLDM

ORGANISASI TERKINI

SEJARAH PANJI-PANJI (ENSIGN)

Panji-panji merupakan bendera yang dikibarkan di buritan kapal tentera laut mahupun kapal dagang. Berikut adalah transformasi ensign dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM):

British Blue Ensign

SEBELUM 1952

Blue Ensign - iaitu panji-panji biru dengan Union Jack di sudut atas kiri — digunakan di atas kapal-kapal dagang dan kapal nelayan yang telah ditukar lantik dan diubah suai untuk tujuan peperangan. Ia menunjukkan bahawa kapal-kapal tersebut merupakan sebahagian daripada perkhidmatan awam di bawah Kerajaan British. Ramai anggota daripada Straits Settlements Royal Naval Volunteer Reserve (SSRNVR), Malayan Royal Navy Volunteer Reserve (MRNVR), Royal Navy Malay Section (RNMS), dan Malayan Naval Force (MNF) telah berkhidmat di atas kapal-kapal yang mengibarkan Blue Ensign ini.

Royal Navy Ensign

1952 – 1957

Pada 29 Ogos 1952, Ratu Elizabeth II telah menganugerahkan Panji-Panji Diraja kepada Malayan Naval Force (MNF), menggantikan panji-panji biru sebelumnya dengan panji-panji putih bersalib merah — panji-panji rasmi tentera laut Komanwel yang diberikan kepada tentera laut yang menerima status 'Diraja'. Dengan penganugerahan ini, MNF secara rasminya dinaik taraf dan dinamakan semula sebagai Royal Malayan Navy (RMN).

Susulan perubahan ini, kapal-kapal Royal Navy (British) yang beroperasi di perairan Tanah Melayu turut menukar awalan nama kapal daripada Her Majesty’s Ship (HMS) kepada Her Majesty’s Malayan Ship (HMMS). Ini menunjukkan bahawa walaupun RMN masih berada di bawah pengaruh dan perlindungan Kerajaan British, ia telah diberikan status istimewa sebagai sebuah angkatan laut Komanwel yang berasingan dan beridentiti sendiri.

Royal Malayan Navy Ensign

1957 - 1963

Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Laut Diraja Malaya memperkenalkan rekaan panji baharu dengan meletakkan bendera Persekutuan Tanah Melayu di bahagian canton (sudut kiri atas) panji.

Pada masa itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu menampilkan bintang pecah sebelas dan sebelas jalur, yang melambangkan sembilan negeri Melayu serta Pulau Pinang dan Melaka. Bendera ini juga digunakan sebagai jack pada kapal-kapal TLDM.

Mulai tahun 1961, kapal-kapal TLDM menggunakan awalan Kapal Diraja atau KD melambangkan pemerintahan Yang di-Pertuan Agong dan bukan lagi Ratu British. Kapal pertama yang menerima gelaran KD adalah KD MUTIARA pada 20 Mei 1961.

Royal Malaysian Navy Ensign

1963 - 1968

Setelah pembentukan Malaysia pada tahun 1963, panji TLDM sekali lagi ditukar. Kini, ia menggunakan bendera Persekutuan Malaysia yang menampilkan bintang pecah 14 dan 14 jalur, melambangkan penyertaan Sabah, Sarawak, dan Singapura dalam Malaysia.

Royal Malaysian Navy Ensign

1968 - KINI

Pada tahun 1968, panji TLDM mengalami perubahan besar. Salib St. George yang terdapat pada rekaan lama dihapuskan dan lambang sauh ditambah pada penjuru kanan bahagian bawah sebagai simbol Tentera Laut. Keris bersilang diletakkan bersama sauh sebagai simbol kepahlawan Melayu.

Reka cipta panji-panji ini merupakan hasil inspirasi daripada semangat patriotik Panglima Tentera Laut tempatan yang pertama, Laksamana Muda Tan Sri Dato' Seri K. Thanabalasingam, yang dengan penuh kebanggaan menciptanya untuk dikibarkan di perairan tercinta, melambangkan kebangsaan dan dedikasi beliau terhadap negara.

Putih bersih pakaian seragam, Namun keringat membasahi tubuh, Bukan sekadar tugas digalang, Tugas jiwa penuh kasih dan sungguh.

Tangan erat, genggaman kuat, Langkah hati-hati meniti titian, Mengangkat si bapa penuh kudrat, Membalas jasa dan memenuhi

SE T INNGGI-TINGGI PENG HARGAAN

T ENTERA LA U T D IRA JA MA LA YSIA

A T A S SE GA LA PENG ORBANAN MELINDUNNGI & MEMPERTAHANKAN

PERA IRAN MA LA YSIA, N EGARA BERT UAH IN I

“ SE LA MA T HA RI T LD M K E- 91”

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS

SERTA IRINGAN DOA

WITH BEST COMPLIMENTS

“SENTIASA BERSAMA KETIKA TENANG & SEMASA DIUJI”

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.