PENULIS TAMU
KESELAMATAN MARITIM SERANTAU :
AGENDA PENTING NEGARA
Nazery Khalid mengupas isu keselamatan maritim di Asia Tenggara dan kepentingannya kepada kesejahteraan sosio-ekonomi dan strategik Malaysia serta negara-negara serantau
Kepentingan Lautan dan Perairan Asia Tenggara Keselamatan maritim merupakan antara tunjang kepada kestabilan dan pertumbuhan ekonomi di Asia Tenggara. Ini tidak menghairankan memandangkan wilayah yang luas, pesat bertumbuh dan padat dengan penduduk ini dikelilingi perairan yang mempunyai nilai dan kepentingan strategik yang tidak terperi kepada kesejahteraan sosio-ekonomi mereka. Laluan maritim di Asia Tenggara seperti Selat Melaka dan Laut China Selatan yang mengandungi sumber asli yang kaya seperti hidupan laut dan tenaga hidrokarbon seperti minyak dan gas menyediakan laluan penting kepada kapal-kapal komersil, dagangan, perikanan, pelancongan dan tentera. Oleh itu, kepentingan perairan ini kepada kesejahteraan ekonomi dan nilai strategiknya ke atas negara-negara Asia Tenggara adalah sangat tinggi. Kapal-kapal komersil mengangkut sejumlah besar dagangan negara-negara rantau ini. Kapal-kapal juga membolehkan pelbagai aktiviti ekonomi dijalankan seperti pencarian dan pengeluaran minyak dan gas, penangkapan ikan, operasi pelabuhan, pelancongan marin dan banyak lagi. 16 | SAMUDERA
Sejumlah besar dagangan kontena, minyak dan gas diangkut oleh kapal-kapal yang belayar melalui beberapa laluan maritim penting di Asia Tenggara. Pelabuhan-pelabuhan dibina di sepanjang pesisir di rantau yang ekonominya rata-rata bergantung kepada dagangan maritim yang menjadi nadi kepada pertumbuhan ekonomi banyak negara serantau. Kapal-kapal tentera laut juga mempunyai hak untuk belayar melalui perairan antarabangsa di rantau ini seperti yang dijamin oleh kebebasan belayar atau freedom of navigation yang termaktub di dalam perundangan United Nations Convention on the Law of the Seas (UNCLOS). Lautan tidak mengenal sempadan. Ancaman keselamatan maritim di pesisir sebuah negara akan lambat laun dirasakan oleh atau ‘berjangkit’ ke negara jiran. Sebagai contoh, isu serangan lanun di beberapa kawasan perairan Asia Tenggara tidak lama dulu mendatangkan kesan negatif kepada dagangan maritim serantau. Juga ancaman pengganas dan juga pencemaran di lautan yang mendatangkan keresahan banyak negara di rantau yang dikelilingi perairan ini.
Tanggungjawab Besar Bagi Malaysia, sebuah negara yang dikelilingi lautan