''APA yang mustahak di peringkat kanak-kanak ini ialah, untuk menjadikan mereka itu 'betul-betul pandai' membaca Al-Quran. Inilah yang lebih mustahak disempurnakan sebelum berbangkit tentang pemahaman ayat-ayatnya dan lain-lain. - Titah Sempena Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan pada hari Khamis, malam Jumaat, 13 Rejab 1437 Hijrah / 21 April 2016 Masihi (malam ketiga).
''DAN apa jua harta yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (pahalanya) untuk diri kamu sendiri. Dan kamu tidak pula membelanjakan (sesuatu) melainkan kerana mengharapkan keredaan Allah.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah, ayat 272).
4.55
TAHUN 61 / BILANGAN 157
5.05
6.28
31 DISEMBER 2016 / 1438
6.52
12.24
2
3.46
6.19
7.33
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Mangsa kebakaran terus terima bantuan Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 Disember. - Kebakaran di Kampung Pandai Besi 'A' dan Kampung Lurong Dalam pada 7 Disember yang lalu telah menyebabkan kehilangan harta benda kepada mangsa-mangsa yang terjejas. Sehubungan itu, DST telah menyumbangkan tabung amal bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Pandai Besi 'A' dan Kampung Lurong Dalam bertempat di Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, di sini. Hadir menerima sumbangan tabung amal tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.)
Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Penasihat Bersama Tabung Amal Mangsa Kebakaran Kampung Pandai Besi 'A' dan Kampung Lurong Dalam. Penyerahan sumbangan derma berupa kewangan itu dihulurkan oleh Ahli Lembaga Pengarah DST, Awang Abdul Latif bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof. Dengan adanya sumbangan derma tersebut diharap akan dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga yang ditimpa musibah kebakaran yang lalu.
Penetapan jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, menerima sumbangan derma Tabung Amal DST daripada Ahli Lembaga Pengarah DST, Awang Abdul Latif bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof.
AMBD pembekal data Biro Kredit Siaran Akhbar : Autoriti Monetari Brunei Darussalam BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 Disember. - Biro Kredit adalah sebuah unit di bawah Jabatan Regulatori dan Penyeliaan, Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD). Fungsi utama Biro Kredit adalah mengumpul, menyusun dan menggabung semua maklumat kredit daripada pembekal data dalam bentuk laporan kredit bagi individu persendirian dan juga entiti perniagaan. Laporan kredit ini juga digunakan oleh institusi kewangan untuk penilaian risiko pinjaman
pelanggannya. Menerusi Siaran Akhbar AMBD menyatakan, ketepatan dan pengemaskinian maklumat terkini di dalam laporan kredit tertakluk kepada penyerahan maklumat kredit yang kerap dan teratur daripada pembekal-pembekal data Biro Kredit, AMBD. Apabila awda membuat permohonan pinjaman, institusi kewangan diberikan mandat oleh AMBD untuk menyemak laporan kredit awda untuk penilaian risiko kredit. Maklumat yang tidak tepat dan tidak
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
dikemaskinikan boleh mempengaruhi keputusan sesebuah institusi kewangan dalam memutuskan sama ada awda boleh diklasifikasikan sebagai peminjam yang berhemah atau tidak. Oleh itu, awda harus mengambil inisiatif secara berterusan dalam menyemak laporan kredit dan memastikan ketepatan dan pengemaskinian maklumat laporan kredit awda. Laporan kredit awda, secara umumnya, berasaskan kepada sejarah maklumat kredit dan juga maklumat terkini dalam laporan kredit yang telah dikemukakan oleh pembekal data Biro Kredit. Ke muka 4
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 30 Disember. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Awang Haji Abd Manap bin Haji Othman, ditetapkan dalam jawatannya sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Penetapan jawatan pegawai berkenaan berkuat kuasa mulai hari Sabtu, 2 Rabiulakhir, 1438 bersamaan 31 Disember, 2016.
Muka 4
Muka 9
MOHD. Zharfan juara YSHHB sampaikan beberapa sumbangan amal Peraduan Membaca Teks Khutbah Jumaat
Faksimile: 2381004
Layari Layari Laman Laman Web: Web: www.pelitabrunei.gov.bn www.pelitabrunei.gov.bn