''ADALAH ugama itu tidak pernah salah, tetapi yang salah itu ialah kita sendiri, bilamana kita memilih yang lain dari ugama. Oleh itu, pastikan kita ini akan kekal dengan ugama. Dalam menjalani kehidupan harian dengan ugama. Dalam membangun dengan ugama. Dalam mentadbir dengan ugama, bahkan semua urusan kita dengan ugama.'' - Titah Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1435 Hijrah / 2014 Masihi.
''DAN berikanlah kepada kaum kerabat haknya (kebaikan dan hubungan silaturahim) dan begitu juga orang miskin serta orang musafir (yang terputus perbelanjaan, iaitu zakat dan sedekah) dan janganlah engkau membazir membelanjakan hartamu pada jalan yang menyalahi syarak. Sesungguhnya orang-orang yang membazir membelanjakan harta pada jalan yang menyalahi syarak itu ialah saudara-saudara syaitan, dan syaitan itu adalah sangat kufur kepada Tuhannya.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Israa', ayat 26 - 27).
4.36
TAHUN 62 / BILANGAN 76
4.46
6.11
26 JUN 2017 / 1438
6.35
1
12.24
3.50
6.35
7.51
JABATAN PENERANGAN
EDISI ISNIN / PERCUMA
Jaga kesihatan dan kawal perbelanjaan Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim, Noraisah Muhammed Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 25 Jun. Dua perkara perlu diambil perhatian sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri iaitu menjaga kesihatan dan mengawal perbelanjaan. ''Munasabah kita berhari raya, beta ingin berpesan 'dua' perkara, pertama : Betapa perlunya kita menjaga kesihatan, dan kedua : Diperlukan juga untuk mengawal perbelanjaan,'' titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi di Istana Nurul Iman, di sini.
Ke muka 2
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi di Istana Nurul Iman.
NBD sambut 1 Syawal hari ini Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi
BERAKAS, Sabtu, 24 Jun. Negara Brunei Darussalam akan menyambut 1 Syawal pada Isnin ini. Perkara tersebut telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam setelah mendapat kurnia perkenan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Bilik Mesyuarat Menteri Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), di sini. Turut sama hadir mesyuarat tersebut ialah Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Amat Arif / Yang Berhormat
E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn
Ketua Hakim Syar'ie yang mensahkan hasil rukyah anak bulan Syawal daripada rombongan di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan, Yang Mulia Timbalan Menteri Pendidikan dan Yang Mulia Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama. Terdahulu, Majlis Keagamaan Bagi Menunggu Hasil Merukyah Awal Bulan Syawal 1438 Hijrah yang telah diadakan di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan Baru, KHEU. Hadir sama bagi menyerikan majlis keugamaan ini ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna
Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217
Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar
Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Ke muka 3
Muka 4
Muka 13
RUKYAH anak bulan Syawal 1438 Hijrah
MPK Subok hulur sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri
Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004
Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn