Pelita Brunei - Sabtu 16 April 2016

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''ORANG Islam mestilah lurus dalam pegangannya, untuk mendapatkan natijah terbaik dalam kehidupan. Jika pegangan tidak lurus, walaupun niat baik, kita tidak mungkin, untuk menghasilkan sebarang natijah yang terbaik itu.'' - Titah sempena Menyambut Tahun Baharu Hijrah 1430.

''BAGI mereka azab yang pedih dengan sebab mereka ini mendustakan kebenaran (ayat-ayat Allah dan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam).'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah, ayat 10).

TAHUN 61 / BILANGAN 46

16 APRIL 2016 / 1437

8

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Perpaduan OIC penting tegakkan kedamaian Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Mohammad Azmi Awang Damit dari Istanbul, Republik Turki ISTANBUL, REPUBLIK TURKI, Khamis, 14 April. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Sesi Kerja Pertama, Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Sesi Ke-13 yang diadakan di Pusat Kongres Istanbul, Republik Turki. Semasa sesi tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan titah yang antara lainnya baginda memberikan penekanan kepada kepentingan bagi perpaduan dan kesepakatan dalam kalangan negara-negara ahli OIC dalam menegakkan keadilan dan kedamaian dunia. Baginda bertitah bahawa keadaan keselamatan global yang semakin kompleks dan menakutkan serta ketidaktentuan perspektif ekonomi dunia telah menimbulkan cabaran-cabaran dan peluang-peluang terhadap masyarakat OIC. Justeru itu, sesuai dengan tema Sidang Kemuncak OIC Sesi Ke-13 ini, baginda menekankan agar negara-negara ahli OIC perlu bersatu lebih teguh lagi berbanding sebelum ini. Ke muka 3

Pencapaian pelajar berkeperluan khas membanggakan Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BERAKAS, Khamis, 14 April. - Kementerian Pendidikan terus komited kepada memberi perhatian dan menyediakan prasarana yang bersesuaian kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas agar mereka boleh mencapai kecemerlangan di dalam persekolahan dan menyediakan mereka ke alam pekerjaan. Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan juga akan terus berusaha pada menyediakan guru-guru pakar, guru-guru Special Education Need Assistant (SENA) yang boleh membimbing kanak-kanak kepelbagaian upaya untuk mengikuti pelajaran dengan baik selaras dengan keupayaan mereka. Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, menyatakan demikian pada Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Khas dan Sumber Pembelajaran kepada pelajar-pelajar bertempat di Dewan Utama, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan, di sini. Ke muka 14

KEBERANGKATAN tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Pusat Kongres Istanbul dialu-alukan oleh Presiden Republik Turki dan Pengerusi Sidang Kemuncak OIC Sesi Ke-13, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan.

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Muka 8

Muka 11

KEBERANGKATAN lawatan kerja ke BSC

BERANGKAT menyaksikan Kejohanan Renang Brunei Ke-24

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.