Buku ini dikarang untuk menyediakan informasi dan pengetahuan berkaitan matapelajaran penghayatan etika dan peradaban di Malaysia yang disusun mengikut sukatan terkini yang yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) untuk menghasilkan bahan-bahan ilmiah bagi tujuan memartabatkan institusi Pendidikan di Malaysia.
Buku ini menerangkan Bab Pengenalan bagi subjek Penghayatan Etika dan Peradaban yang merangkumi konsep dan susur masa etika & peradaban, kerangka menganalisis etika & peradaban mengikut acuan Malaysia, penghayatan etika & peradaban di peringkat individu, keluarga serta masyarakat selain daripada rumusan dan aktiviti pengukuhan.