Teganukita 88

Page 1

Bil:88 - KELUARAN KHAS

Sambut Aidilfitri penuh kesyukuran Dapat bersama keluarga dalam keadaan aman tanpa sebarang gangguan dan ancaman keselamatan Oleh KAMARUDDIN MAT AKIB dinmatkib@yahoo.com

M

enteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, mengajak rakyat negeri ini menyambut Aidilfitri tahun ini dengan penuh rasa syukur di atas segala nikmat yang telah dikurniakan Allah s.w.t, termasuk suasana aman dan damai. Beliau berkata, rakyat negeri ini amat bertuah kerana dapat menyambut hari lebaran bersama-sama anak isteri, saudara mara dan rakan taulan dalam keadaan yang aman tanpa sebarang gangguan dan ancaman keselamatan. Katanya, suasana di Terengganu dan Malaysia amat jauh berbeza dengan negara-negara luar yang bergolak dan menghadapi peperangan akibat keadaan politik negara mereka yang kurang stabil. BERITA PENUH ms–2

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

JOM KE TERENGGANU...

Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Baik-Baik

zulfoto2008@gmail.com

Diterbitkan sejak tahun 2008

Foto: ZULKIPLI PUTRA

ISSN 2180-4737

http://www.teganukita.blogspot.com • http://www.terengganu.gov.my


2

B I L : 8 8 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

Imam Timur Tengah kagum kestabilan politik Malaysia Keadaan itu sukar dinikmati di sebahagian negara Islam terutama di negara-negara bergolak Oleh KAMARUDDIN MAT AKIB dinmatkib@yahoo.com

B

eberapa imam dari Timur Tengah yang memimpin solat terawih sepanjang Ramadan di masjid-masjid seluruh negeri pada tahun ini melahirkan rasa kagum mereka terhadap kestabilan politik dan suasana aman di negara ini, termasuk

ketika proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini. Mereka berpendapat keadaan itu amat sukar dinikmati di sebahagian besar negara Islam, terutama negara-negara yang bergolak sejak sekian lama akibat pelbagai masalah yang dihadapi rakyatnya. Sehubungan itu, kata mereka, rakyat negara ini amat bertuah kerana berpeluang hidup di sebuah

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad merakam kenangan bersama para imam dari Timur Tengah yang didatangkan khas mengimamkan solat terawih sepanjang Ramadan, baru-baru ini.

negara yang aman dan mengamalkan proses demokrasi yang sihat, tanpa dikongkong mana-mana pihak. Imam-imam dari negara Timur Tengah itu ditempatkan di masjid-masjid seluruh negeri sejak awal Ramadan bagi memimpin solat terawih sepanjang Ramadan bagi

memberi peluang rakyat tempatan menjadi makmun kepada imam dari Mesir dan Makkah. Mereka diraikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, dalam satu majlis yang diadakan di Seri Iman, baru-baru ini. Imam-imam berkenaan mem-

beritahu Menteri Besar setelah beberapa tahun bertugas di negara ini mereka mengiikuti secara dekat apa yang berlaku di Malaysia, termasuk proses PRU-13. Sehubungan itu, mereka berharap rakyat negara ini bersyukur dengan apa yang telah mereka nikmati.

Kukuhkan silaturahim, ketepikan selisih faham dari ms–1

“Saya mahu rakyat negeri ini mempertahankan keamanan yang kita kecapi ini dan terus mendokong kerajaan supaya negeri Terengganu dan negara Malaysia menjadi lebih stabil di masa depan. “Jika kuasa politik kita stabil dan ekonomi negara semakin di dalam web

40 Rumah Untuk Golongan Miskin di DUN Jabi Siap Dibina

Sebanyak 40 buah rumah untuk golongan miskin di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, Setiu, sudah dibina sejak awal tahun ini. www.teganukita.blogspot.com

kukuh, sudah tentu negara kita sukar diugat oleh pihak-pihak tertentu yang mahu melihat kejatuhan negara kita,” katanya ketika ditemui di Kediaman Seri Iman, baru-baru ini. Menteri Besar dan isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmud mendoakan agar seluruh rakyat negeri ini terus berpeluang merayakan Aidilfitri dalam keadaan aman dan dilindungi daripada mereka yang berniat jahat dan mahu

menimbulkan huru hara dalam negara. “Ambilllah kesempatan menyambut hari raya ini dengan menerusukan amalan kunjung mengunjungi dan ziarah menzirahi sesama kita sepanjang musim perayaan ini. “Kukuhkan silaturahim dan ketepikan segala selisih faham sebelum ini. Jadilah rakyat yang terus bersatu dan saling hormat menghormati antara satu sama

lain,” katanya. Beliau turut meminta anakanak Terengganu yang berada di perantauan supaya berhati-hati dalam perjalanan pulang serta memandu mengikut peraturan bagi mengelakkan tragedi tidak diingini. “Sekali lagi Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Terengganu, maaf zahir dan batin,” katanya.

Lagi berita : Layari...

Anak Yatim DUN Bukit Tunggal, Seberang Takir Gembira Dapat Baju Baru Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi lebih bererti kepada 100 anak yatim dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal dan Seberang Takir apabila mereka diberi peluang memilih pakaian baru, di Pasaraya Giant, Gong Badak. www.teganukita.blogspot.com

UKOM Turun Padang Bantu Orang Miskin

Sudah menjadi kelaziman kepada Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) mengambil kesempatan turun padang menemui golongan yang memerlukan batuan setiap kali bulan Ramadan. www.teganukita.blogspot.com


B I L : 8 8 - K E LUA R A N K HA S www.teganukita.blogspot.com

3

ULASAN

PENGARANG

Bersederhana berbelanja DI HARI RAYA

Gandingan mantap Dato’ Seri Haji Ahmad Said (kanan) dan Dato’ Seri Haji Idris Jusoh menguatkan lagi Umno dan BN Terengganu.

S

ambutan Hari Raya adalah sesuatu yang mengembirakan. Dalam kegembiraan, kita juga perlu memastikan ia tidak berakhir dengan kesusahan jika tersilap mengatur perbelanjaan. Sebagai warga pengguna Islam yang menyambut Aidilfitri adalah dinasihat agar berbelanja secara berhemah, tidak membazir bagi mengelak daripada menanggung beban kewangan pada kemudian hari. Berbelanjalah dengan realistik di hari raya ini. Warga pengguna perlu berbelanja mengikut kemampuan masing-masing dan tidak hanya mengikut ‘selera’. Sesuaikan pembelian barangan dengan kewangan atau bajet kita. Sebagai pengguna kita juga perlu bertanya kepada diri sendiri, kemampuan kewangan dan lain-lain keutamaan . Sebagai orang Islam yang dilarang membazir itu sebenarnya mengajar kita untuk menjadi pengguna yang bijak. Marilah kita menjadikan diri kita dan keluarga sebagai warga pengguna merancang dan berbelanja secara berhemah supaya mereka tidak dibebani masalah kewangan selepas Aidilfitri. Oleh itu pastikan kewangan anda tidak terjejas semasa musim perayaan ini kerana matlamat kita berpuasa dan berhari raya untuk kebahagiaan dan bukannya untuk penderitaan dan kesusahan.

- Ruslan Abdul Rahman

Sidang Redaksi YAB DATO’ SERI HAJI AHMAD SAID MENTERI BESAR TERENGGANU

YB DATO’ HAJI MOHD JIDIN SHAFEE

PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN, PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

Penaung

HAJI SHAMSUDDIN SULONG PENGARAH UNIT KOMUNIKASI Penasihat

KAMARUDDIN MAT AKIB MEDIA BARU Penolong Pengarang 1

RUSLAN ABDUL RAHMAN

TIMB. PENGARAH UNIT KOMUNIKASI Pengarang

AIDA ABD RAHMAN AKHBAR TEGANUKITA Penolong Pengarang 2

ESAH ABDULLAH SURIATI ALI NORAINI JUSOH HJ MOHAMAD ISHAK (BESUT) AMIRULLAH OTHMAN (MARANG) MASTURA JAMALUDDIN (H.TERENGGANU) NURUL AZIELLA SABERI (KEMAMAN) Wartawan ZULKIPLI PUTRA HARISH FADZILLAH Jurufoto *HAK CIPTA TERPELIHARA - Akhbar TEGANUKITA diterbitkan oleh UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU JALAN PEJABAT, 20300 KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN Tel: 09 6230582 / 09 6313502 Fax: 09 6317504 Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diemailkan ke: ukom@terengganu.gov.my / ukomtrg123@gmail.com

WAKAF RAKYAT

Ahmad dan Idris berpadu tenaga mantapkan Umno dan BN Terengganu Kerjasama dan kerja kuat Dato’ Seri Ahmad Said dan Dato’ Seri Haji Idris Jusoh, berpadu memenangkan calon BN dalam pilihanraya kecil Kuala Besut boleh diteruskan ke dalam usaha membawa kecemerlangan Umno dan BN Terengganu untuk PRU 14. Oleh PUTERA PESISIR AIR ukomtrg123@gmail.com

P

engumuman Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun A.Razak bahawa Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said kekal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu memberi makna yang besar bahawa kepimpinan Dato’ Seri Haji Ahmad perlu untuk memperkuatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu. Penglibatan semula Ketua Umno Bahagian Besut yang

juga Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Haji Idris Jusoh sebagai Timbalan kepada Dato’ Seri Haji Ahmad adalah suatu harapan untuk perkukuhkan lagi kerjasama dan keperkasaan Umno Terengganu. Kita yakin dengan penerimaan Idris untuk duduk di kerusi Timbalan, adalah sesuatu yang amat dialu-alukan. Penyokong Umno Terengganu amat meletakkan harapan yang tinggi agar kedua-dua pihak ini dapat bekerjasama erat dan membuat perancangan untuk memperkasakan Umno dan BN Terengganu, walaupun kedudukan di De-

Perahu sudah di air, dayung sudah di tangan....mulakanlah langkah untuk perjuangan demi agama, bangsa dan negara. Paduan antara Selatan dan Utara pasti membawa kekuatan semua kawasan yang berada di tengah-tengah atau dalam lingkungan keduanya..Itulah pengertian dan anologinya. wan Undangan Negeri 17-15 dan Parlimen 4-4. Kerjasama dan kerja kuat Dato’ Seri Ahmad Said dan Dato’ Idris Jusoh, berpadu memenangkan calon BN dalam pilihanraya kecil Kuala Besut boleh diteruskan ke dalam usaha membawa kecemerlangan Umno dan BN Terengganu untuk PRU 14. Dalam PRK Kuala Besut, Dato’ Seri Ahmad Said selaku Pengerusi BN Terengganu dan Menteri Besar bergerak cergas bagi ke seluruh

peti undi, termasuk Pulau Perhentian, di samping Peti Undi Bukit Puteri di bawah jagaan Umno Bahagian Kemaman, kesemuanya mencapai keputusan yang cemerlang. Janganlah hendaknya ada spekulasi yang bukan-bukan terhadap kepimpinan padu dua orang pemimpin ini, satu dari selatan dan satu dari utara Terengganu. Perahu sudah di air, dayung sudah di tangan....mulakanlah langkah untuk perjuangan demi agama, bangsa dan negara. Paduan antara Selatan dan Utara pasti membawa kekuatan semua kawasan yang berada di tengah-tengah atau dalam lingkungan keduanya..Itulah pengertian dan anologinya. Oleh itu, Terengganu bersyukur dengan kedudukan Dato’ Seri Haji Ahmad selaku Menteri Besar dan sekaligus Pengerusi Perhubungan Umno dan Pengerusi BN Negeri untuk terus berpadu dengan Dato’ Seri Haji Idris membawa Umno Terengganu ke arah kecemerlangan. Sekalung tahniah kepada Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan Dato’ Seri Haji Idris Jusoh di atas lantikan dan kepercayaan itu. Pendekatan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan (MPPNT) disertai dengan Ulul Albab, sudah tentu akan memantapkan lagi Umno Negeri Terengganu.


4

B I L : 8 8 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

YB Tengku Zaihan meninjau penjual di sebuah pasar di Kuala Besut selepas sehari digelar Yang Berhormat.

Zaihan sedia khidmat untuk rakyat Tidak mahu berbangga dengan gelaran wakil rakyat, malah agenda pembangunan rakyat menjadi keutamaan Oleh RUSLAN ABDUL RAHMAN dan KAMARUDDIN MAT AKIB ukomtrg123@gmail.com

B

ekas Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) (Bahagian Korporat) Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman, 37, bakal menyambut Aidilfitri tahun ini dalam suasana yang agak berbeza berbanding dengan perayaan sebelum ini. Beliau yang baru saja memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

Kuala Besut setelah menewaskan calon Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan baru-baru ini, akan menyambut lebaran tahun ini dalam kelompok ‘keluarga’ yang lebih besar. Wakil rakyat baru itu yang sentiasa melemparkan senyuman kepada sesiapa saja yang ditemui di jalanan, pasti akan meluangkan sebahagian besar masanya bersama rakyat walaupun ketika Syawal menjengah. “Saya akan membalas budi pengundi yang telah memilih sebagai wakil rakyat pada pilihan raya kecil ini. Saya akan melakukan apa saja bagi memastikan nasib pengundi di Kuala Besut dibela,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Dalam ucapan sewaktu mengumumkan Tengku Zaihan sebagai calon BN bagi PRK DUN Kuala Besut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin,

berkata bekas jurutera yang pernah berkhidmat di kawasan itu merupakan taruhan terbaik BN untuk pengundi di situ. Katanya, pemilihan Tengku Zaihan dibuat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam jabatan kerajaan dan boleh diterima rakyat khususnya “Saya akan membalas budi pengundi yang telah memilih sebagai wakil rakyat pada pilihan raya kecil ini. Saya akan melakukan apa saja bagi memastikan nasib pengundi di Kuala Besut dibela.”

golongan muda. Setelah menang PRK tersebut, anak muda kelahiran Kuala Besut yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) itu, sudah menunjukkan ciri-ciri sebagai pemimpin sejati. Beliau telah mula bekerja, menemui rakyat dan mendengar rintihan mereka pada hari esoknya selepas bergelar wakil rakyat. Pengundi Kuala Besut amat bertuah mendapat seorang wakil rakyat yang merupakan “Anak Ustaz, Profesional, ‘Ore Mudo”. TENGKU ZAIHAN CHE KU ABD. RAHMAN, ADUN Kuala Besut.


B I L : 8 8 - K E LUA R A N K HA S www.teganukita.blogspot.com

Perjuangan ‘YB Abeku’

TENGKU ZAIHAN

“S

aya melalui Barisan Nasional akan meneruskan komitmen untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di Kuala Besut” Itu hasrat Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman untuk menjamin kes-

“Sebagaimana yang kita tahu, Kuala Besut merupakan pintu masuk ke Pulau Perhentian. Kita tahu pulau ini merupakan 13 pulau tercantik dunia. Kita akan selaras kemudahan asas di Kuala Besut merupakan ‘gateway’ selaras ke arah bertaraf lebih tinggi mungkin bertaraf dunia.”

ejahteraan penduduk di kawasan itu. Antaranya menerusi peningkatan infrastruktur dan pembangunan dari segi ekonomi, sosial dan kebudayaan. Bagi anak tempatan ini, beliau ingin melihat Kuala Besut dibangunkan

5

Pilihan raya kecil paling aman

M

enteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pilihan raya kecil (PRK) DUN Kuala Besut kadalah PRK yang paling aman. Katanya, hanya terdapat empat laporan polis yang diterima oleh pihak berkuasa polis iaitu berkaitan bakar bendera dan lain-lain yang membabitkan perkara kecil sahaja. “Bendera yang dibakar itu membabitkan bendera kedua-dua belah pihak, menunjukkan bukan disebabkan perbalahan dua pihak,” katanya. Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bersyukur kerana PRK yang aman ini dan mengucapkan terima kasih kepada kedua belah pihak penyokong BN dan Pas yang mewujudkan suasana aman itu. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada anggota keselamatan yang telah menjalankan tugas dengan baik sepanjang PRK Kuala Besut baru lalu.

sejajar dengan aspirasi untuk melihat kawasan itu lebih maju khususnya dalam bidang pelancongan. “Sebagaimana yang kita tahu, Kuala Besut merupakan pintu masuk ke Pulau Perhentian kita tahu pulau

ini merupakan 13 pulau tercantik dunia kita akan selaras kemudahan asas di Kuala Besut merupakan gateway selaras ke arah bertaraf lebih tinggi mungkin bertaraf dunia,” kata Tengku Zaihan.


6

B I L : 8 8 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

Nasib dua aktivitis seni Terengganu dibela Tidak kira siapa, kerajaan tetap membela serta membantu kepada asib dua aktivis seni mereka yang memerlukan seterusTerengganu yang nya menolak suara sumbang mensedang uzur terbe- gatakan kerajaan pilih kasih

Oleh AIDA ABD RAHMAN dan NURUL SURAYA ukomtrg123@gmail.com

N

la apabila kerajaan negeri menyerahkan sumbangan RM10,000 seorang sebagai menghargai sumbangan mereka dalam menyemarakkan industri itu di negeri ini. Bantuan khas berkenaan lebih bermakna apabila disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee kepada mereka, ketika Ramadan dan lebaran yang bakal menjelang seminggu lagi. Sumbangan kepada dua aktivis seni berkenaan, Puan Habsah Jusoh,65, dan Encik Mazlan Zakaria, 53, disampaikan di rumah masing-masing, di Kampung Tasek, Bukit Payong dan Flat Kampung Kolam, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Penyanyi lagu asli dan rakyat Terengganu, Puan Habsah, terharu dengan keprihatinan kerajaan dan menganggapnya sebagai rezeki serta rahmat sempena kedatangan Syawal tidak lama lagi. “Saya berharap agar kerajaan negeri memberikan sumbangan secara berterusan dan tidak terhenti setakat ini sahaja. Bukan sahaja kepada saya, malah kepada semua anak seni kelahiran Terengganu yang senasib

dengan saya. “Saya tidak pernah menerima bantuan daripada mana-mana pihak sebelum ini, selain daripada kerajaan negeri yang turut menyumbang kerusi roda serta RM1,500 sebelum ini,” katanya yang terkenal dengan lagu Watimang Landak dan Ulek Mayang. Beliau yang sudah tiga tahun mengidap penyakit strok, terpaksa bergantung sepenuhnya dengan bantuan anak perempuannya dalam menjalani kehidupan seharian. Selain itu, beliau berkata, minat dalam bidang seni terutama lagu asli dan rakyat tidak pernah padam meskipun mengidap penyakit strok dan membataskan pergerakan beliau. “Walaupun sudah berada dalam kategori usia emas, saya akan meneruskan minat dalam bidang seni. Saya mungkin tidak menyanyi lagi tetapi akan melakukan khidmat masyarakat seperti menjadi tenaga pengajar kepada generasi muda yang berminat dengan lagu-lagu asli,” katanya. Sementara Encik Mazlan begitu terharu dan bersyukur dengan kesudian kerajaan negeri menerusi Menteri Besar, Dato’ Seri

Haji Ahmad Said dan Dato’ Mohd Jidin yang sanggup berkunjung ke rumahnya bagi menyampaikan sumbangan itu. “Terima kasih, YAB Menteri Besar (Dato’ Seri Haji Ahmad), Dato’ Mohd Jidin serta Dato’ Mohd Jidin menyampaikan bantuan kepada dua aktivitis seni, Pok De (atas) dan Puan Habsah.

semua persatuan dan penggiat seni yang membantu meringankan beban yang sedang saya hadapi selepas kaki dipotong dan tidak mampu bekerja seperti sediakala. “Hari raya kali ini lebih bermakna kepada kami. Saya tidak mahu boros berbelanja dengan sumbangan ini sebaliknya akan berbincang dengan isteri, Che Asmah sulong, 47, dan kemungkinan akan menggunakan wang ini bagi memulakan perniagaan kedai makan, ” katanya.

Kadar fitrah di Terengganu

Aidilfitri lebih bermakna di rumah baru

J

ika sebelum ini, seorang ibu tunggal terpaksa hidup berpindah-randah bersama empat anak dan seorang cucu akibat desakan hidup dan tidak mampu membayar sewa bulanan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap. Bagaimanapun, sejak setahun lalu, Puan Hasnah Ahmad, 49, tidak lagi gusar dan tertekan dengan beban sewa yang tinggi dan mencari tempat perlindungan yang selesa. Ibu kepada lapan anak termasuk seorang orang kurang upaya (OKU), Siti Robiah Othman, 21 tahun itu kini menetap di perumahan berkembar Kampung Kubur Sharif, Padang Nenas, Batu Rakit. Malah, menurut ibu kepada tujuh cahaya mata itu, satu Syawal kali ini adalah yang pertama

T HASNAH AHMAD

Rumah berkembar menerusi sumbangan Maidam di Kampung Kubur Sharif, Padang Nenas, Batu Rakit, khas untuk penduduk miskin dan ibu tunggal.

Sebanyak 40 rumah berkembar berharga RM45,000 seunit dengan kos keseluruhan kira-kira RM2 juta

beraya di rumah baru berkenaan bersama 39 keluarga lain di kawasan perumahan itu. “Alhamdulillah, sungguh selesa, rasa lebih tenang dan tenteram sejak tinggal di rumah yang disediakan kerajaan melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu ini. Untuk rekod, sebanyak 40 rumah berkembar

Beliau yang pernah menjadi juara Bakat TV bersama kumpulan Pok Su (Mazlan) dan Pok De (Azmi) pada era 1990-an turut mengharapkan aktivis seni lain yang senasib dengan mereka juga akan mendapat pembelaan sewajarnya dari pihak kerajaan.

berharga RM45,000 seunit dengan kos keseluruhan kira-kira RM2 juta dibangunkan di kawasan itu menerusi sumbangan Maidam dengan Affin Islamik Bank RM1 juta, manakala selebihnya dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Air Terengganu (SATU) bagi kerja-kerja menyediakan kemudahan infrastruktur.

iga kadar fitrah telah ditetapkan bagi negeri Terengganu tahun ini iaitu RM7.60 atau RM7 atau RM4.50 bagi setiap orang. Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Dato, Haji Mohd Rozali Saleh berkata, kadar yang ditetapkan ini adalah sama seperti tahun lepas. “Mana-mana umat Islam di negeri ini yang akan menunaikan fitrah dengan wang tunai boleh memilih salah satu dari tiga kadar tersebut,” katanya kepada pemberita di Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), baru-baru ini. Menurutnya, kadar nilaian tunai dikira berdasarkan kepada harga beras gred super di pasaran tempatan yang mana nilainya bersamaan dengan beras 15 peratus, 10 peratus dan 5 peratus hancur dan mana-mana orang yang memakan beras dari jenis yang baik kadar bayarannya adalah senilai dengannya. Katanya, fitrah juga boleh dibayar dengan beras dan kadar timbangannya adalah 2.60 kilogram atau sukatan 2.97 cupak bersamaan dengan satu gantang Baghdad. “Umat Islam di negeri ini boleh mula membayar fitrah di mana-mana kaunter bayaran zakat Maidam disetiap daerah dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang yang dibuka tujuh hari seminggu bermula 26 Julai hingga 7 Ogos,” katanya. Sehubungan itu, Maidam telah melantik 1,132 amil untuk menjalankan pungutan fitrah atau zakat harta di setiap 496 buah masjid dan lebih 1,000 surau seluruh negeri.


7

B I L : 8 8 - K E LUA R A N K HA S www.teganukita.blogspot.com

Aulia Cookies pasar biskut tidak bermusim Foto: FARAH FARINA

Keadaan dalam rumah lebih luas dan selesa

Mereka bertuah dapat tinggal di rumah yang lebih selesa berbanding tempat tinggal lama hasil cakna kerajaan negeri kepada rakyat

Penduduk pangsapuri Ladang Gemilang gembira dapat beraya lebih selesa

Oleh SURIATI ALI

aliasuriati@yahoo.com

P

enduduk Pangsapuri Ladang Gemilang, Kuala Terengganu bersyukur dan gembira apabila dapat menikmati kehidupan lebih selesa menjelang Aidilfitri nanti, hasil kebijaksanaan kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu pengambilan tanah di kawasan itu. Berbeza ketika tinggal di kawasan perumahan lama, penduduk terpaksa berhimpit di rumah yang sempit, menumpang di tanah kerajaan atau orang, pengurusan sampah-sarap yang tidak cekap dan tiada kawasan meletak kereta yang sesuai. Penghuni pangsapuri itu, Wan Amal Firdaus Wan Muhammad, 26, berkata dia cukup selesa tinggal di pangsapuri itu, kerana banyak kemudahan awam berdekatan, seperti hospital, sekolah dan yang paling penting berada di tengah pusat bandar raya Kuala Terengganu.

ukomtrg123@gmail.com

Pangsapuri Ladang Gemilang 1 tersengam indah.

WAN AMAL FIRDAUS

“Saya tidak lagi segan untuk menjemput rakan datang beraya, kerana ruang rumah bukan saja luas, malah kawasan persekitaran yang mengadap arah laut itu, bersih dan selamat daripada sebarang jenayah. “Apabila mendapat tahu ayah dipilih tinggal di pangsapuri ini, kami adik beradik cukup gembira kerana tempat baru ini ramai kawan dan saudara-mara yang sememangnya mudah untuk minta pertolongan.

MARIAM MUSA

“Rumah kami dulu agak sempit, lagi pun ayah, Wan Muhammad Wan Muda, 51 menyewa tanah milik orang, jika ingin besarkan ruang rumah agak sukar kerana tidak mendapat persetujuan,” katanya. Wan Amal turut memberitahu, kerajaan membina pangsapuri ini lengkap dengan dua kemudahan lif di mana terdapat satu lif besar dan kecil. “Jika ada pihak tertentu yang menyatakan jenazah sukar di-

turunkan dan terpaksa dikendong, itu hanya kenyataan bohong dan penipuan yang sengaja diwujudkan,” katanya. Seorang lagi pemilik, Puan Mariani Musa, 52, menyifatkan dia bertuah kerana terpilih tinggal di pangsapuri itu yang sangat selesa berbanding tempat tinggal lama. “Sebagai anak jati Kampung Ladang, kita patut bersyukur dan berterima kasih dengan pemberian dan sikap cakna kerajaan negeri. “Jika kita tidak mahu tinggal di pangsapuri ini, lebih ramai lagi yang mahu dan menanti peluang untuk berbuat demikian. terutama di kalangan bangsa lain. “ Cuba perjelaskan, kawasan mana yang boleh tawarkan harga sewa beli pangsapuri yang selesa dan terletak di tengah-tengah bandar raya seumpama ini, serendah RM300 sebulan, di mana harga sepatutnya yang ditawarkan antara RM600 hingga RM800 sebuah,” katanya.

TATiUC ambil peluang balas sokongan masyarakat

K YB HAJI BAZLAN

olej Universiti Tati (TATiUC) mengambil peluang sempena Ramadan dan ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi untuk mendekati masyarakat setempat serta memperkenalkan institusi itu kepada orang ramai dengan lebih meluas lagi. Terbaru, sebagai menunaikan tanggungjawab sosialnya, TATiUC turun padang meraikan kira-kira 200 masyarakat termasuk 60 anak yatim dari Dewan

Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit di majlis berbuka puasa, di Sutra Beach Resort, Setiu. Pengerusi Lembaga Pengurusan TATiUC, YB Haji Bazlan Abd Rahman, berkata pihaknya mengambil kesempatan sempena bulan baik ini untuk menunaikan tanggungjawab sosial meraikan anak yatim dan masyarakat setempat, apatah lagi lebaran akan tiba tidak lama lagi. “TATiUC yang sudah berusia

20 tahun semakin mendapat sambutan ramai sehingga tiada masalah mendapat pelajar untuk mengikuti kursus yang ditawarkan. “Oleh itu, TATiUC turun padang berkongsi maklumat di samping memberi sumbangan serta sedikit bantuan kepada masyarakat yang memerlukan sebagai membalas sokongan mereka selama ini kepada pusat pengajian itu,” katanya.

Foto: HARISH FADZILLAH

harishfadzillah@gmail.com

Keuntungan menjual biskut raya semakin bertambah menjelang Hari Raya buat Fatimah Syahirah.

B

ukan biskut bangkit, tidak juga biskut bunga dahlia, tetapi nama sebenarnya biskut bangkit bunga dahlia dengan resepi ciptaan sendiri dan satu-satunya terdapat di negeri Terengganu Darul Iman. Biskut Bangkit Bunga Dahlia menjadi ‘trademark’Aulia Cookies melebarkan sayap perniagaannya ke seluruh negara melalui pengedar utama Koperasi Usahawan Bersatu Terengganu Berhad dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa). Dalam suasana umat Islam membuat persiapan menyambut hari raya, biskut ini menjadi pilihan pelanggan tetap dan orang ramai boleh mendapatkannya melalui pengedar tertentu sahaja. “Menjelang raya lebih 2,000 bekas biskut bangkit bunga dahlia dan 500 bekas biskut sarang semut berjaya dijual kepada pelanggan di mana setiap bekas diisi 80 biji dengan harga RM25,” kata pemilik Aulia Cookies Puan Fatimah Syahirah Asmadi, 20. Menggunakan resepi ciptaan ibunya Puan Tahirah Othman, 46, perasa biskut ini memang tidak sama dengan biskut bangkit atau bunga dahlia yang biasa terdapat di pasaran sekarang. Berkongsi rahsia biskut keluaran Aulia Cookies ini boleh disimpan selama setahun serta tahan pecah walau pun nampak lembut, disebabkan ia melalui proses membakar yang agak panjang iaitu satu jam setengah pada suhu sederhana. “Keseronokan bermula bila ibu beri upah RM3,000 pada musim perayaan tahun lalu dan tahun ini saya berazam untuk pergi lebih jauh serta berusaha untuk menimba ilmu dengan menyertai kursus pengurusan dan pemasaran,” kata anak sulung daripada tujuh adik beradik ini. Setakat ini beliau mendapat sokongan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dari segi promosi dan pelekat jenama biskut keluarannya.


Saf kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh Umat Islam

Maaf Zahir dan Batin


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.