Teganukita 89 (digital)

Page 1

Kerajaan belanja RM60j setahun untuk indah dan bersih ms-11

MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

ISSN 2180-4737

http://www.teganukita.blogspot.com • http://www.terengganu.gov.my

BAYI MERDEKA...Sebahagian daripada ibu-ibu melihat bayi mereka yang dilahirkan pada hari kemerdekaan ke-56 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, 31 Ogos lalu.

Diterbitkan sejak tahun 2008

Bil: 89 • Ogos-September 2013 • Percuma

Sempena 100 hari pentadbiran Dato’ Seri Haji Ahmad Said sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua

Rakyat sentiasa di hatinya “Jawatan ini adalah satu anugerah Tuhan. Saya tidak menjangkakan. Saya terima sebagai satu amanah dan satu anugerah Ilahi kepada saya. Apa yang perlu saya lakukan adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat” Oleh RUSLAN ABDUL RAHMAN langtelipot@yahoo.com

Foto: ZULKIPLI PUTRA

zulfoto2008@gmail.com

“N

egara kita negara demokrasi, setiap lima tahun kita diberi mandat oleh rakyat. Ingatlah jika rakyat benci kita, umur kita dalam politik tidak panjanglah jawabnya”. Itulah yang selalu ditegaskan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Beliau dilantik semula bagi penggal kedua menerajui Terengganu setelah Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Sewaktu mula-mula dilantik sebagai Menteri Besar kira-kira lima tahun yang lalu, Dato’ Seri Haji Ahmad pernah menyatakan: “Jawatan ini adalah satu anugerah Tuhan. Saya tidak menjangkakan. Saya terima sebagai satu amanah dan satu anugerah Ilahi kepada saya. Apa yang perlu saya lakukan adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat”. BERITA PENUH ms–2

Dato’ Seri Haji Ahmad Said meneruskan kesinambungan memerintah Terengganu sebagai Menteri Menteri Besar bagi penggal kedua (20132018) dengan mengekalkan moto `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Terengganu’.

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

JOM KE TERENGGANU...

Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Baik-Baik


2

BIL:89 • Ogos-September 2013

www.teganukita.blogspot.com

MCPF kerjasama dengan masjid atasi jenayah

Y

ayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Negeri Terengganu akan mengadakan kerjasama dengan masjid di seluruh negeri bagi membantu membanteras AHMAD RAZIF kegiatan jenayah. Pengerusi MCPF, Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman, berkata buat permulaan pihaknya merancang menjadikan Masjid al-Muktabillah Shah, Ladang, sebagai projek perintis di mana kerjasama bagi membendung jenayah dilakukan melalui progam berunsur agama. “Jika projek ini yang akan dimulakan dalam masa terdekat ini berjalan lancar dan membuahkan hasil yang baik, kita akan memperluaskannya di masjid seluruh negeri,” katanya yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Katanya, sebelum ini pihaknya mengadakan kerjasama seumpama itu dengan pihak sekolah rendah dan menengah di negeri ini dan ia menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Beliau berkata, pihaknya sedia mengadakan kerjasama dengan pihak lain bagi memastikan kadar jenayah di negeri ini berkurangan dari semasa ke semasa. di dalam web

100 hari Ahmad Said sebagai Menteri Besar selepas PRU13 Ini merupakan saat yang paling baik untuk berazam melaksanakan apa yang dijanjikan sebelum ini kepada rakyat.

dari ms-1

“Ini berlaku bukan dengan kehendak saya, tetapi ini adalah ketentuan dari Ilahi. Kita perlu menerima hakikat ini, “Kun Fayakun” kalau hendak jadi, jadilah, inilah sebenarnya” Apa yang disebutkan oleh Dato’ Seri Haji Ahmad selaras dengan sepotong ayat al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya penciptaan Isa di sisi Allah adalah seperti penciptaan Adam, Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya “Jadilah” maka jadilah dia”. (al - Baqarah 117). Ini bermakna dalam apa jua perkara, percaya kepada ketentuan Allah amat penting supaya kita dapat mengelak diri dari sebarang bentuk spekulasi, khabar angin, desas-desus dan apatah lagi fitnah.

Rakyat sudah mula mengenali dan semakin rapat dengan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said selepas PRU-13, baru-baru ini.

Sebagai bekas pegawai tadbir negeri sebelum terjun ke dunia politik, Dato’ Seri Ahmad amat melihat kerajaan dari sudut perkhidmatan awam yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk politik dan rakyat. Beliau berkata, apa jua yang dilakukan oleh kakitangan awam (kakitangan kerajaan), akhirnya hendaklah dikembalikan kepada rakyat. Kita hendak merakyatkan perkhidmatan, kita hendak merakyatkan apa jua pembangunan. Bidang-bidang pendidikan, pelancongan, pertanian dan industry menjadi keutamaan bagi menjana ekonomi dan masa depan rakyat. Selain tidak pernah dilu-

pa soal-soal kebajikan dan keperluan asas untuk rakyat seperti perumahan, pekerjaan, bantuan perubatan, pakaian sekolah dan sebagainya yang berlegar untuk mengatasi masalah kemiskinan. Beliau menyifatkan itu semua adalah tuntutan agama dan sesuatu yang baik dan berfaedah itu adalah dari ajaran Islam. “Saya anak orang miskin, pernah tidur dilantai kayu nibung, beratapkan nipah. Bila tiba bulan November atau Disember persekolahan, saya terpaksa makan ubi gadung untuk ke sekolah” demikian pengakuan telus dan suci Dato’ Seri Haji Ahmad. Berdasarkan latar hidup beliau,

sudah kita dapat jangkakan betapa kesedaran membela rakyat, menyentuhi denyut nadi rakyat dan darah rakyat mengalir dalam dirinya. Pemilihan beliau untuk penggal kedua bagi kali kedua menerajui negeri Terengganu, malah sebelum ini telah banyak berbakti kepada kerajaan dan rakyat yang mahukan agenda merakyatkan diteruskan. “Kita perlu bersatu dalam melaksanakan agenda pembangunan untuk rakyat dan memastikan rakyat tahu akan sumbangan UMNO dan Barisan Nasional kepada rakyat keseluruhannya,” kata Menteri Besar yang juga Pengerusi Umno dan Barisan Terengganu.

Lagi berita : Layari... EPIC sasar untung bersih lebih RM100 juta

8,000 hadir rumah terbuka Aidilfitri Dato’ Seri Idris Jusoh Kira-kira 8,000 tetamu sebahagian besar penduduk Besut hadir rumah terbuka Aidilfitri untuk mengenali pemimpin mereka termasuk Wakil-Wakil Rakyat Parlimen Besut. www.teganukita.blogspot.com

Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (Epic), syarikat milik kerajaan negeri Terengganu yang menyediakan kemudahan logistik dan perkhidmatan pelabuhan mensasarkan keuntungan bersih lebih RM100 juta menjelang akhir tahun ini. www.teganukita.blogspot.com

Seramai 203 atlet Sukma terima insentif

Seramai 203 atlet Sukma Terengganu Ke-16 di Kuala Lumpur yang berjaya meraih pingat pada temasya itu menerima insentif kemenangan, baru-baru ini. www.teganukita.blogspot.com


BIL:89 • Ogos-September 2013 www.teganukita.blogspot.com

3


4

BIL:89 • Ogos-September 2013

www.teganukita.blogspot.com

Hala tuju pembangunan demi kepentingan rakyat Sebagai pihak yang bertindak sebagai ` front liner’ bagi pihak kerajaan, pegawai dan kakitangan kerajaan menyahut pendekatan itu sebagai satu gagasan yang perlu dilaksanakan demi memuaskan hati rakyat sebagai ‘pelanggan utama’ Oleh AIDA ABD RAHMAN aida_ukom@yahoo.com

K

onsep `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ kini dipraktikkan untuk penggal kedua pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Sebagai pihak yang bertindak atau `front liner’ bagi pihak kerajaan, pegawai dan kakitangan

NUR KAMILAH

kerajaan menyahut pendekatan itu sebagai satu gagasan yang perlu dilaksanakan demi memuaskan hati rakyat sebagai `pelanggan utama’. Menyedari hakikat itu, Penolong Kanan Setiausaha Kerajaan (Dasar dan Pembangunan), Cik Nur Kamilah Hamzah, berkata setiap perancangan dan hala tuju kerajaan negeri jelas berpaksikan kepada kepentingan dan manfaat secara langsung kepada rakyat. “Sebagai badan penggerak, kita akan berusaha mencapai dan mematuhi setiap perancangan yang

FAMA agih RM600,000 untuk Program Azam Tani peserta e-Kasih

L

embaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu mengeluarkan bantuan hampir RM600,000 bagi program Azam Tani untuk peserta e-kasih di Terengganu sejak tahun lepas sehingga kini. Pengarah jabatan itu, Encik Hasan Jusoh berkata bantuan dalam pelbagai bentuk peralatan termasuk ternakan itu bagi meningkatkan pendapatan isi rumah peserta e-kasih. “Kita beri bermacam-macam bantuan berasaskan projek yang diusahakan oleh peserta e-kasih dan menjangka bantuan ini akan meningkat sehingga berjuta ringgit apabila semua peserta e-kasih menerima bantuan masing-masing,” katanya. Katanya, bagi mengelakkan peserta tidak menyalahgunakan bantuan peralatan berkenaan, Fama akan memantau perkembangan mereka setiap bulan. “Sebelum ini, terdapat aduan yang diterima pihaknya tentang tindakan para peserta yang menjual peralatan kepada orang lain serta tidak menggunakan bantuan itu dengan baik. “Untuk itu, selain kita memantau mereka, kita juga menyediakan surat akujanji yang mana mereka tidak boleh menjual atau menyewa peralatan yang diberi kepada orang lain. “Selain itu, mereka juga perlu menjaga peralatan itu dengan baik agar tidak cepat rosak dan tidak dibenarkan melakukan ubah suai terhadap peralatan yang diberikan itu,” jelasnya.

MOHD SHAHRIR

sudah digariskan pihak kerajaan bagi memastikan matlamat ketua kerajaan dan pegawai atasan mampu kita laksanakan sebaik mungkin. “Setiap projek sama ada kecil dan besar yang dilaksanakan secara berterusan oleh pihak kerajaan semuanya adalah berfokuskan kepada rakyat,” katanya. Penolong Setiausaha (Petadbiran dan Operasi) Kerajaan Tempatan, Encik Mohd Shahrir Ghani pula berpendapat setiap projek yang dibangunkan kerajaan secara berterusan merupakan kesinambungan untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik demi kesejahteraan dan manfaat kepada rakyat. “Bagi memastikan usaha kerajaan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tercapai, kami sebagai agen pelaksana mengambil tanggungjawab memikul amanah itu dan berusaha melakukannya dengan lancar dan cekap . “Pendekatan `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ amat tepat memandangkan kera-

AHMAD FATHIL

jaan sentiasa mendahului rakyat dalam sebarang program, projek pembangunan dan juga pelbagai insentif disediakan sejak dulu lagi,” katanya. Sementara Ketua Sekretariat Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013, Encik Ahmad Fathil Abd Ghani, berkata inisiatif kerajaan memilih tahun ini sebagai Tahun Melawat Terengganu juga memperlihatkan keprihatinan kerajaan untuk menggerakkan sektor pelancongan sebagai nadi kepada kemajuan ekonomi setempat. “Apabila sektor pelancongan diberi tumpuan, maka pelbagai acara, program dan kaedah disusun untuk memastikan industri-industri sokongan yang lain seperti perusahaan restoran, resort, homestay dan pembuatan kraftangan turut maju supaya melengkapi dan menyokong usaha itu. “Pelbagai perancangan jangka pendek dan jangka panjang disusun dengan teliti dan sistematik, malah promosi juga aktif dan menyeluruh bagi memastikan nama Terengganu

RAZALI MOHD

dapat dijual ke serata dunia yang mana impaknya akan memberi manfaat kepada komuniti juga,” katanya. Manakala Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Perbandaran di Majlis Bandaraya KualaTerengganu, Encik Razali Mohd, berkata kerajaan negeri amat serius dan komited dalam menjaga kesejahteraan dan keselesaan rakyat. “Aspek kebersihan amat dititikberatkan apabila kerajaan membelanjakan kos yang cukup tinggi saban tahun untuk memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik, selain hidup dalam suasana yang lebih kondusif serta sihat. “Jika dibandingkan negeri lain di Pantai Timur, kita merupakan negeri paling bersih yang dinilai menerusi indikator pandangan dan respon pelancong yang berpuas hati dengan tahap kebersihan persekitaran, malah mereka tidak menemui longgokan sampah-sarap di jalan utama negeri ini,” katanya.

Pihak kerajaan termasuk pegawai kanan, pegawai tadbir dan kakitangan kerajaan bergerak sebagai pelanggan utama demi memuaskan hati rakyat berlandaskan konsep Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.


BIL:89 • Ogos-September 2013 www.teganukita.blogspot.com

Tiga sayap parti bangga dengan kepimpinan MB Sikap cakna Dato’ Seri Haji Ahmad Said terhadap golongan yang tidak bernasib baik, mudah tersentuh dengan penderitaan rakyat serta bersedia mendengar suara dari akar umbi Oleh ESAH ABDULLAH esahukom@yahoo.com

G

olongan wanita di negeri ini melahirkan rasa yakin dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Dato’ Seri Haji Ahmad Said selaku ketua kerajaan dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri yang mampu mengekalkan keharmonian kalangan masyarakat. Ketua Pergerakan Wanita Umno Perhubungan Terengganu, Datuk Hajah Fatimah Hamat berkata pengalaman yang ada pada Dato’ Seri Haji Ahmad berjaya membawa negeri ini ke arah Terengganu gemilang, cemerlang dan terbilang dalam semua aspek. “Sikap cakna terhadap golongan yang tidak bernasib baik, mudah tersentuh dengan penderitaan rakyat serta bersedia mendengar suara dari akar umbi antara kelebihan yang pada beliau sekaligus mendapat mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),” katanya.

M

ajlis Veteran Umno Terengganu sentiasa berada di belakang kepimpinan Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said untuk membangun serta menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negeri ini. Pengerusinya, Dato’ Haji Yahya Hashim berkata, kewibawaan dan kecekapan di bawah pentadbiran Menteri Besar tidak dapat disangkal lagi kerana mampu membawa kesejahteraan kalangan masyarakat hari ini. “Saya yakin beliau dapat menjalankan tanggung jawabnya dengan baik dan agenda pengukuhan parti mampu dilaksanakan dengan jaya,” katanya. Dato’ Haji Yahya juga mengucapkan tahniah di atas perlantikan semula sebagai Menteri Besar yang sekaligus melihatkan ketokohan beliau

FATIMAH HAMAT

Beliau juga berterima kasih kerana di bawah kepimpinan Dato’ Seri Haji Ahmad mengiktiraf peranan wanita dalam mengerakkan pembangunan, pentadbiran dan politik di negeri ini. Pergerakan Pemuda Perhubungan Negeri juga mengucapkan tahniah dan syabas di atas pelantikan semula Menteri Besar dan yakin Dato’ Seri Haji Ahmad mampu mencipta kecemerlangan bagi negeri tercinta ini. Ketuanya, Encik Saiful Bahari Baharuddin berkata, Pemuda sentiasa menyokong usaha kerajaan meningkatkan ekonomi rakyat dan pembangunan insan

NORDIANA SHAFIE

di bawah pentadbiran Menteri Besar. “Saya yakin arah tuju yang dibawa Menteri Besar adalah untuk pengukuhan parti dan memastikan rakyat terus mendapat pembelaan daripada kerajaan yang memerintah,” katanya Sementara itu Ketua Pergerakan Puteri Umno Perhubungan Terenganu, Puan Nordiana Shafie berkata, dalam tempoh singkat pemerintahan Menteri Besar bagi penggal yang kedua ini jelas menampakkan penerimaan rakyat yang kembali memberi kepercayaan kepada BN dan kerajaan pimpinan beliau.

Rumah PPRT ceriakan Norhayati

S SAIFUL BAHARI

Ini jelas dilihat katanya, apabila BN telah menang besar dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Besut dengan mengalahkan calon pembangkang dengan majoriti yang lebih besar di samping berjaya membawa projek pembangunan yang berdaya saing. “Saya percaya dengan sifat kepimpinan Dato’ Seri Haji Ahmad yang agak cermat dan teliti dalam perancangan pembangunan berdasarkan pengalaman beliau dalam kerajaan diadun dengan sifat beliau yang mesra rakyat, gagasan Merakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran bakal menerajui Terengganu sebagai negeri maju dan contoh pada 2020. “Saya juga mengharapkan sokongan padu daripada kepimpinan yang telah diberikan kepercayaan untuk merealisasikan gagasan Menteri Besar dan mendoakan semoga beliau beserta barisan kepimpinannya diberikan kekuatan untuk mentadbir Terengganu menjadi lebih maju,” katanya.

Veteran sentiasa di belakang kerajaan Veteran Umno menyokong dan sedia membantu apa sahaja agenda kerajaan

yahya hashim

selaku pemimpin dihormati oleh semua golongan. “Kami sentiasa menyokong dan sedia membantu apa sahaja agenda kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan orang melayu dan Islam di negeri ini serta sentiasa menjalinkan

harun hassan

hubungan baik dengan bangsa-bangsa lain,” katanya. Sementara itu Setiausaha Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Terengganu Dato’ Haji Harun Hasan mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Haji Ahmad kerana mendapat mandat

5

rakyat untuk terus memimpin negeri ini. “Saya yakin Menteri Besar akan dapat memperkukuhkan semangat ahli parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti,” katanya . Dato’ Seri Haji Ahmad juga katanya, sentiasa memperlihatkan kesungguhan dan komitmen tinggi untuk mengimbangi pembangunan fizikal dan rohaniah kalangan masyarakat di negeri ini.

eorang suri rumah dari Kampung Wakaf Catur, Batu Rakit, Kuala Terengganu gembira memperolehi sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kerana dengan pendapatan suaminya yang tidak seberapa sebagai tukang rumah tentunya dia tidak mampu untuk membina sendiri rumah seperti itu. Puan Norhayati Abdullah, 36, menganggap pemberian rumah itu oleh kerajaan negeri kira-kira empat tahun merupakan satu rahmat kerana dia dan suaminya sememangnya mengimpikan untuk tinggal di rumah sendiri sejak mendirikan rumahtangga kira-kira lapan tahun lalu.

Norhayati bersama anak ceria bersama rumah baru PPRT yang diidamkan selama ini.

Puan Norhayati berkata, dia berterima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) kampungnya kerana mencalonkan nama suaminya untuk memperolehi rumah PPRT selepas mendapati suaminya itu layak untuk memohon. “Saya tidak menunggu lama untuk memperolehi rumah itu kerana ayah saya bersetuju membenarkan saya mendirikan rumah itu di atas tanah miliknya berhampiran rumah. “Ketika itu suami saya memang tidak berkemampuan membina rumah sendiri kerana pendapatannya sebagai tukang rumah sekitar RM800 sebulan hanya cukup untuk makan kami sekeluarga. “Sikap perihatin kerajaan terhadap masalah saya menunjukkan mereka sentiasa mengambil berat tentang masalah rakyat dan kini saya bangga kerana memiliki rumah sendiri untuk membesarkan anak-anak yang berusia antara dua dan lapan tahun.” katanya yang turut berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN).


6

BIL:89 • Ogos-September 2013

www.teganukita.blogspot.com

ULASAN

PENGARANG

HARGAI DAN SYUKURI apa yang dinikmati

L

ebih kurang 100 hari, pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menerajui Terengganu bagi penggal kedua selepas Barisan Nasional memenangi Pilihanraya Umum Ke-13. Dato’ Seri Haji Ahmad mengangkat sumpah jawatan tersebut bagi penggal yang kedua di depan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, di Istana Maziah pada 11 Mei 2013. Beliau dilantik semula memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar setelah juga berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kijal dalam pilihan raya tersebut dengan majoriti besar, 4,204 undi menewaskan calon Pas. Dato’ Seri Haji Ahmad sebelum ini telah pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar pada 22 Mac 2008. Tahniah diucapkan kepada Dato’ Seri Haji Ahmad kerana telah memimpin semula Terengganu dan mengekalkan fokusnya untuk mempastikan rakyat mendapat faedah dari pentadbiran yang dijalankan. Pendekatan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ akan diteruskan di bawah pentadbiran beliau. Justeru itu beliau meminta penjawat awam di negeri ini supaya bersikap profesional, menghormati dasar kerajaan dan melaksanakan apa yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Mereka yang diamanahkan perlu mengekalkan kaedah berkerja secara berkualiti, mengamalkan budaya sihat, jujur, berdedikasi dan amanah supaya mampu dipandang positif oleh masyarakat. Ikhlaslah bekerja demi membantu kerajaan supaya dapat terus memerintah dan jangan sekali-kali bersekongkol dengan pihak lain yang belum tentu dapat mengekal kemakmuran Terengganu dan negara. Begitulah tingginya harapan pimpinan nombor satu negeri untuk melihat rakyat mendapat manfaat dan faedah yang sebaiknya dari pentadbiran kerajaan. Rakyat dan masyarkat juga hendaklah sama-sama membantu kerajaan pimpinannya untuk terus membangunkan negeri untuk faedah rakyat juga.

- Ruslan Abdul Rahman

Sidang Redaksi YAB DATO’ SERI HAJI AHMAD SAID MENTERI BESAR TERENGGANU

YB DATO’ HAJI MOHD JIDIN SHAFEE

PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN, PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

Penaung

HAJI SHAMSUDDIN SULONG PENGARAH UNIT KOMUNIKASI Penasihat

KAMARUDDIN MAT AKIB MEDIA BARU Penolong Pengarang 1

RUSLAN ABDUL RAHMAN

TIMB. PENGARAH UNIT KOMUNIKASI Pengarang

AIDA ABD RAHMAN AKHBAR TEGANUKITA Penolong Pengarang 2

ESAH ABDULLAH SURIATI ALI NORAINI JUSOH HJ MOHAMAD ISHAK (BESUT) AMINUDDIN ISMAIL (SETIU) AMIRULLAH OTHMAN (MARANG) MASTURA JAMALUDDIN (H.TERENGGANU) NURUL AZIELLA SABERI (KEMAMAN) Wartawan ZULKIPLI PUTRA HARISH FADZILLAH Jurufoto *HAK CIPTA TERPELIHARA - Akhbar Teganukita diterbitkan oleh UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU JALAN PEJABAT, 20300 KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN Tel: 09 6230582 / 09 6313502 Fax: 09 6317504 Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diemailkan ke: ukom@terengganu.gov.my / ukomtrg123@gmail.com

ANALISIS

Pembelaan kepada ibu dan bapa tunggal di Terengganu MOHD SAFARUDDIN

Menunjukkan betapa cakna dan prihatinnya kerajaan dalam hal-hal kekeluargaan OLEH: RUSLAN ABDUL RAHMAN langtelipot@yahoo.com

K

eluarga ibu tunggal (single mother family) dan keluarga bapa tunggal (single father family) adalah sebahagian dari masyarakat yang perlukan pembelaan. Oleh itu tidak hairanlah konsep keluarga ibu tunggal lebih kerap digunakan berbanding dengan keluarga bapa tunggal. Konsep keluarga ibu tunggal terjadi kerana beberapa faktor disebabkan kematian mahupun penceraian hidup. Kematian lazimnya dalam kebanyakan masyarakat, jangka hayat perempuan lebih panjang daripada lelaki. Di Malaysia contohnya, jangka hayat untuk tahun 2001 bagi lelaki ialah 68.9 tahun berbanding dangan 73.6 tahun bagi perempuan. Jadi apabila suami atau bapa meninggal dunia, isteri atau ibu akan meneruskan kehidupan keluarga bersama anak-anak. Selain itu, nilai-nilai tradisional yang dipegang terutamanya yang berkaitan dengan jodoh pilihan ibu bapa dan penentuan takdir serta amanah Tuhan menyebabkan sebahagian besar wanita yang kematian suami tidak berkahwin lagi. Kebanyakan daripada mereka meneruskan hidup bersama anak-anak dan melaksanakan dua peranan, iaitu sebagai ibu dan bapa sekali gus. Selain itu, pandangan masyarakat

bahawa lelaki bujang/duda sepatutnya berkahwin dengan anak dara turut membataskan peluang wanita yang kematian suami untuk berkahwin lagi. Pada masa yang sama wujud juga bapa tunggal atau duda dalam masyarakat di atas faktor-faktor kematian isteri atau penceraian. Perceraian merupakan satu lagi punca utama terjadinya keluarga ibu tunggal dan juga bapa tunggal. Fenomena ini semakin bertambah pada masa ini berikutan jangkaan yang terlalu tinggi antara pasangan, terutamanya dalam hal-hal berkaitan dengan peranan sebagai suamiisteri yang ideal. Di Terengganu, perkara seumpama ini pun diberi perhatian oleh kerajaan menunjukkan betapa cakna dan prihatinnya kerajaan dalam halhal kekeluargaan. Kerajaan negeri amat menggalakkan ibu tunggal dan bapa tunggal membina semula keluarga masing-masing dengan pasangan baru yang sesuai untuk memastikan lahirnya keluarga yang bahagia dan terjamin. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM600,000 setahun sebagai insentif perkahwinan kepada ibu dan bapa tunggal yang akan berkahwin dengan pasangan masing-masing. Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) Encik Mohd Safaruddin Mustaffa berkata, program ini mula diperkenalkan awal Januari lalu. “Kita sasarkan 300 orang ibu dan bapa tunggal diseluruh negeri bakal mendirikan rumah tangga tahun ini,” katanya. Setakat ini katanya pihaknya telah menerima permohonan daripada 266 orang ibu dan bapa tunggal seluruh negeri yang layak menerima insentif

berkenaan. Menurutnya, setiap ibu dan bapa tunggal akan menerima insentif perkahwinan sebanyak RM2,000 seorang dan jika ibu tunggal bertemu jodoh dengan bapa tunggal mereka akan menerima RM4,000. Setakat ini telah merekodkan 96 pasangan telah bertemu jodoh antara ibu dan bapa tunggal manakala 68 ibu tunggal berlahwin dengan teruna dan 26 bapa tunggal berkahwin dengan anak dara. Jumlah ibu dan bapa tunggal yang telah mendirikan rumah tangga mengikut Parlimen ialah Besut (18 pasangan), Kuala Nerus (12 pasangan), Kuala Terengganu (23 pasangan), Marang (29 pasangan), Hulu Terengganu (25 pasangan), Dungun (25 pasangan), Kemaman (47 pasangan) dan Setiu (11 pasangan). Difahamkan sehingga ini 50 pasangan ibu dan bapa tunggal telah menerima insentif bagi perkahwinan masing-masing dan majlis pelancaran pemberian insentif perkahwinan telah dilakukan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said di Besut baru-baru ini. Kita berbangga kerana mempunyai sebuah kerajaan yang amat prihatin dalam soal kekeluargaan, perkahwinan dan penyelesaian kepada masalah ibu tunggal dan bapa tunggal ini sehingga member insentif perkahwinan semula. Ini kerana masing-masing mempunyai anak-anak yang perlukan didikan dan kasih sayang. Kita ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada pasangan yang telah mendirikan semula rumah tangga mereka, baik itu ibu tunggal, mahupun bapa tunggal atau duda.


BIL:89 • Ogos-September 2013 www.teganukita.blogspot.com

7

WAKAF RAKYAT

UMNO, cabaran dan pemilihan pemimpin OLEH: BAYU TELIPOT

cawangan telah pun selesai, ada pemimpin yang kekal dan ada pemimpin atau ketua cawangan yang bertukar. Apa pun segala prosesnya berjalan secara emimpin datang dan pergi bersilih demokkratik, yakni dipilih secara undian ganti. Namun parti tetap terus-me- atau mengikut suara terbanyak oleh ahli nerus hidup untuk menerangi orang- yang sah. orang Melayu dan tanah air tercinta. Kali ini setiap kehadiran dan keahlian Meskipun kian hari, cabaran semakin disahkan melalui sistem berkomputer imbas sengit, tetapi Umno dan Barisan Nasion- kad pengenalan masing-masing. al (BN) masih tetap bertahan. Sama ada Pemilihan yang bakal menjadi fokus ialah bersetuju atau tidak, sama ada benci atau di peringkat bahagian dan majlis tertinggi. sayang, tidak ada parti yang boleh melind- Kali ini perwakilan di peringkat cawangan ungi kita semua melainkan Umno dan BN. diberi mandat untuk memilih kepimpinan Kedudukan 17- 15 di Terengganu adalah Bahagian dan Majlis Tertinggi memberi makna yang besar, sekaligus. bagaimana walaupun dilanda Perkara ini bukanlah mudah, Yang perlu tsunami yang kuat kerana kerana kalau tidak ‘kena gaya’ ada kalangan kita bersikap difikirkan, jika boleh membawa keretakan ‘mendengar guruh di langit, dan melahirkan ‘puak-puak; hati kita ikhlas air tempayan dicurahkan’ dalam parti. Umno sebagai parti tetapi masih ramai yang tidak dan jujur ialah yang sudan matang tidak wajar mahu mencurahkan air yang tentang masa melalui peristiwa yang boleh sedia ada di tempayan. depan parti, menjejaskan kekuatannya. Mereka masih percaya Yang sedang diusahakan kekuatan parti guruh itu adalah bahaya bagi ialah kekuatan parti dan untuk masa depan mereka dan dan bukannya kelemahan parti. Justeru itu bukannya sebuah janji untuk masa depan sekiranya didapati ada unkebaikan, malah kemusnahan. sur-unsur yang boleh membawa dan kekuatan Rakyat Terengganu yang kelemahan parti, seharusnya dewasa masih ingat dan diri.’’ diberi perimbangan kearah tidak lupa pengkhianatan, perbincangan dan perundingan penyelewengan, salah guna kuasa, penin- untuk kebaikan kebaikan parti dan jadikan dasan dan bersifat ‘bagai tikus membaiki pertandingan sebagai jalan terakhir. labu’ semasa Pas berkuasa di Terengganu Yang perlu difikirkan, jika hati kita ikhlas Nov 1999- Mac 2004. dan jujur ialah tentang masa depan parti, Sebab itu, walau bagaimanapun mere- kekuatan parti dan bukannya masa depan ka tetap memilih BN, walaupun bukanlah dan kekuatan diri. sempurna segalanya, tetapi tiada piliihan Ini sebagaimana pesanan Timbalan lain untuk masa depan mereka. Presiden, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin: Walaupun dengan kerusi sebanyak 17, “Pemimpin lama juga perlu bermuhasatetapi dalam sistem demokrasi lebih satu bah kerana apabila tiba waktunya, mereka kerusi pun parti itu tetap menjadi kerajaan perlu memikirkan tentang masa depan parti yang sah untuk mengurus tadbir negeri. dan bukan masa depan peribadi mereka” Sebaik sahaja selamat dari tsunami Ataukah kata-kata ini sekadar retorik yang hampir memusnahkan, Umno kini dan teori sahaja, tetapi praktikkal sukar sedang berdepan dengan satu lagi cabaran direalisasikan. iaitu cabaran dalam pemilihan pimpinan Bagaimana pun konsep pemimpin dan di semua peringkat cawangan, bahagian kepimpinan perlu juga dihayati oleh semua dan majlis tertinggi. orang, sama ada di peringkat pemimpin Beberapa mesyuarat agung di peringkat atau ahli biasa supaya ia berada di lan-

P

ukomtrg123@gmail.com

dasan yang sebenar. Apatah lagi sebagai muslim, kita mempunyai ajaran tertentu dalam kaedah ini supaya tidak sampai terikut-ikut dengan konsep dan kaedah yang lain. Terdapat perbezaan yang amat ketara antara konsep kepimpinan Islam dengan konsep kepimpinan sekular Barat. Kepimpinan Islam adalah merupakan amanah ketuhanan (divine trust) yang merangkumi urusan duniawi-ukhrawi dengan dwi peranan utama iaitu memelihara agama dan mengurus dunia. Ia berbeza dengan konsep kepimpinan sekular Barat yang hanya menjurus kepada urusan duniawi-manusiawi yakni kepimpinan dianggap sebagai proses bagaimana Kepimpinan Dato’ Seri Mohd Najib dan Timbalannya, Tan Sri seseorang mempengaruhi Muhyiddin Mohd Yassin mampu mempertahankan dan memartabatkan orang lain atau kumpu- UMNO menjadi sebuah parti yang kuat dan disegani. lan ke arah pencapaian matlamat dalam situasi tertentu. imam yang adil, dan yang paling dibenci Keadaan ini amat berbeza dengan Islam Allah adalah imam yang zalim” (HR:Ahmad). yang menganggap kepimpinan adalah merMenteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said upakan taklif atau bebanan tanggungjawab telah menunjukkan contoh teladan yang dan bukannya satu tasyrif atau pun satu sesuai iaitu tidak akan bertanding kerusi keistimewaan yang perlu diburu. ahli majlis tertinggi Umno pada Oktober ini. Pemimpin diibaratkan sebagai “pengemKatanya, sebagai Pengerusi Badan Perbala” yang akan diminta tanggungjawab hubungan Umno Terengganu, beliau turut di atas gembalaannya. Kepimpinan atau hadir dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno. pemerintahan dalam Islam adalah alat dan “Oleh itu saya tidak perlu bertanding,” bukan sebagai tujuan. Pemimpin perlu dipimpin oleh ilmu, iman katanya sambil menyokong dua orang calon dan amal untuk menjadikan kepimpinannya dari negeri Terengganu mempertahankan sebagai alat yang aktif yang dapat mereal- jawatan mereka iaitu Menteri Komunikasi isasikan tujuan yang hendak dicapai iaitu dan Multimedia, Dato’ Seri Ahmad Shabery membela agama dan menguruskan dunia. Cheek dan Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Lantaran itu, Islam menempatkan ke- Idris Jusoh. pimpinan di tempat yang tinggi, sebagaimana Contoh dan pengorbanan yang ditunsabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: jukkan oleh Menteri Besar amatlah dihargai “Makhluk yang paling dicintai Allah adalah dan dihormati.


8

renc

BIL:89 • Ogos-September 2013

www.teganukita.blogspot.com

MB mahu tiada tembok pemisah Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-56 Peringkat Negeri Terengganu

R

Oleh KAMARUDIN MAT AKIB dinmatkibm@yahoo.com

akyat negeri ini diminta supaya tidak membina tembok pemisah semata-mata kerana perbezaan politik antara mereka hinggakan menyekat usaha menyatupadukan mereka. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata sepatutnya perbezaan fahaman politik tidak perlu dijadikan alasan untuk rakyat berpecah belah hingga melemahkan bangsa, agama dan negara. Sehubungan itu, beliau meminta rakyat Terengganu mengambil semangat sambutan ulangtahun kemerdekaan negara ke-56 tahun ini, untuk kembali bersatu bagi mengukuhkan

masyarakat dan negara. Beliau berkata, tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’ membawa erti yang sangat besar dalam usaha memupuk semangat cintakan negara di kalangan semua bangsa. “Semangat cintakan tanah air perlu ada pada setiap individu tanpa mengira bangsa bagi menguatkan lagi kedudukan negara malaysia dan kerajaan kita,” katanya ketika membacakan perutusan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-56 peringkat negeri Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, baru-baru ini. Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’

Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Agung Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 Peringkat Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, pembesar negeri dan pemimpin kanan kerajaan. Majlis itu yang bermula jam 7.35 petang dimulakan dengan upacara penyerahan Jalur Gemilang kepada Menteri Besar oleh anggota simpanan pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan diikuti upacara menaikkan jalur Gemilang. Selepas Menteri Besar melaungkan ‘merdeka’ sebanyak tiga kali, acara perarakan kontinjen yang mengambil bahagian dimulakan. Perarakan kontinjen yang mewakili pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan itu berakhir di Dataran Batu Buruk.


FOTO: ZULKIPLI PUTRA dan HARISH FADZILLAH

ukomtrg123h@gmail.com

cana BIL:89 • Ogos-September 2013 www.teganukita.blogspot.com

9


10

BIL:89 • Ogos-September 2013

www.teganukita.blogspot.com

Terengganu, Republik Poland kukuhkan hubungan Pertemuan dua hala antara Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said (tengah) dengan Duta Besar Poland, Prof. Adam Waclaw Jelonek (kiri) di pejabatnya di Wisma Darul Iman bagi berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk melaksanakan program tranformasi kerajaan. Kunjungan singkat itu turut ditemani Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Haji Mazlan Ngah.

Kerjasama masyarakat basmi wabak Leptospirosis Kebelakangan ini banyak kes dilaporkan mengenai penyakit kencing tikus dan orang ramai perlu memandang serius perkara ini Oleh NURUL AZIELA SABERI ukomtrg123@gmail.com

P

eningkatan kes yang berpunca daripada tikus di beberapa tempat yang menyebabkan penyakit Leptospirosis yang dilaporkan pada 2011, sebanyak 2,268 kes dengan 55 kematian, pada tahun 2012 ianya telah meningkat kepada 3,665 kes dan 48 kematian. Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengambil peranan dan langkah-langkah untuk menangani isu ini dan salah satunya dengan mengadakan Program Gotong-Royong Perdana

MOHD ROZALI

yang diadakan secara serentak di seluruh negara, baru-baru ini. Lebih menarik lagi pelancaran kempen Kawalan Tikus Program Gotong Royong Perdana 1Malaysia Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Medan Selera TNB Chukai, Kemaman dan mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai agensi. Timbalan Pengerusi I Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, YB Haji Muhammad Pehimi Yusof, melancarkan program berkenaan. Beliau amat berterima kasih kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kerana telah mengambil inisiatif melancarkan Kempen Kawalan Tikus di Kawasan PBT yang melibatkan 154 PBT di seluruh Negara. Gotong royong ini melibatkan aktiviti pembersihan kawasan dan sampah sarap yang merupakan punca tarikan tikus membiak. Aktiviti kawalan tikus pula meli-

batkan penutupan lubang tikus, semburan asap ke dalam lubang tikus, pemasangan perangkap dan meracun tikus,” katanya. YB Haji Muhammad Pehimi Yusof turut sama bergotong royong dengan 500 peserta daripada 20 agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan di Pasar Cukai. Turut serta ADUN Air Putih, YB Haji Wan Abdul Hakim Haji Wan Mokhtar dan Yang di Pertua Majlis Perbandaran (YDP) Kemaman, Haji Mustafar Khalid. Apa yang paling menarik seekor tikus yang ditangkap dan diserahkan kepada Majlis Perbandaran Kemaman akan mendapat pulangan sebanyak RM2 bagi setiap seekor tikus berbanding di tempat lain hanya bernilai RM1 seekor,” katanya. Kempen ini akan berterusan bagi mencetuskan kesedaran masyarakat dalam mencegah penularan penyakit Leptospirosis serta mengurangkan populasi tikus dalam kawasan setempat dan pusat rekreasi air.

Hotel Grand Puteri guna peruntukan Jawhar - Maidam

M

ajlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa pembinaan Hotel Grand Puteri yang terletak berhampiran Masjid Putih Kuala Terengganu menggunakan duit zakat. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Haji Mohd Rozali Saleh berkata, hotel bertaraf tiga

Pekerja Majlis Perbandaran Kemaman sedang mengumpul tikus yang berjaya ditangkap orang ramai.

bintang berharga RM41.69 juta itu dibangunkan dengan menggunakan peruntukan daripada Jabatan Waqaf Zakat dan Haji (Jawhar). “Saya tidak mahu masyarakat keliru dengan dakwaan tersebut kerana Maidam tidak pernah menggunakan duit zakat untuk membangunkan hotel atau bangunan lain di negeri ini,” katanya.

Katanya, Hotel Grand Puteri dibangunkan di atas sekeping tanah wakaf yang dipegang oleh Maidam dan merupakan hotel wakaf pertama di negeri ini berkonsepkan Islam. Sehubungan itu katanya, pihak Maidam juga sedang mengadakan perbincangan dengan pihak Jawhar untuk memajukan beberapa lagi tanah wakaf milik Maidam di negeri ini.


BIL:89 • Ogos-September 2013 www.teganukita.blogspot.com

Kerajaan belanja RM60j setahun untuk indah dan bersih Merangkumi perbelanjaan pembersihan longkang, padang permainan, kawasan kediaman dan pengurusan sampah Oleh AIDA ABD RAHMAN aida_ukom@yahoo.com

K

erajaan negeri memperuntukkan RM60 juta setahun untuk membiayai kerja pembersihan di seluruh negeri dalam usaha memastikan persekitaran bersih, indah dan kesihatan penduduk terjamin. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kos terbabit merangkumi perbelanjaan menyelenggara pembersihan longkang, padang permainan, kawasan kediaman dan pengurusan sampah yang semakin meningkat setiap tahun. “Kerajaan menyalurkan perbelanjaan besar kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu kira-kira RM60 juta setahun bagi menguruskan soal kebersihan seperti pembersihan longkang dan memotong rumput di padang

Menteri Besar menunjukkan kecekapan mengedalikan lori kompaktor selepas majlis penyerahan lori berkenaan kepada PBT di perkarangan Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

permainan atau kediaman. “Ia juga bagi memastikan kesihatan rakyat terjamin dan negeri ini kekal bersih seperti negara maju termasuk Singapura,” katanya selepas majlis Penyerahan Lori Kompaktor kepada PBT di pekarangan Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Dato’ Adzlan Mohd Dagang dan wakil PBT setiap daerah. Sebanyak 10 lori bernilai RM2.95 juta diagihkan ke-

pada tujuh PBT temasuk empat daripadanya kepada MBKT bagi melancarkan kerja pungutan sampah di kawasan masing-masing. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, dianggarkan 800 tan sampah dibuang setiap hari dan jumlah ini dijangka meningkat setiap tahun berikutan pertambahan penduduk dan permbangunan ekonomi setempat khususnya perkedaian dan restoran. Sehubungan itu, pembelian lori kompaktor itu adalah bagi mengatasi masalah kutipan sampah yang seringkali lewat disebabkan kekurangan jentera berkenaan.

“Setiap PBT menerima sebuah lori kecuali MBKT yang menerima empat lori. Dengan adanya lori ini, masalah longgokan sampah disebabkan kelewatan jadual pungutan dapat diatasi kerana kita tak mahu lagi dengar rungutan rakyat mengenai bau busuk dan sebagainya akibat sampah lambat dipungut,” katanya. Selain itu, kerajaan negeri menempah 20 lori kompaktor baru membabitkan kos RM5.8 untuk kegunaan tahun depan bagi menggantikan lori lama yang kerap rosak sekali gus memastikan kerja pembersihan lebih lancar serta bertambah cekap.

Kenyir destinasi ‘bird watching’

P

enjenamaan Tasik Kenyir sebagai destinasi ‘bird watching’ iaitu lokasi utama memerhati burung mampu memberi impak kepada peningkatan pengunjung bagi aktiviti tersebut, sekali gus memperkenalkan lagi Tasik Kenyir sebagai destinasi ekopelancongan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Mohd Jidin Shafie berkata, terdapat 290 spesies burung direkodkan di Tasik Kenyir termasuklah sembilan daripada 10 spesies

enggang yang sebelum ini hanya dikenali di Sarawak. “Kawasan Tasik Kenyir sememangnya kaya dengan pelbagai spesies mamalia dan burung, malah ia menyamai kepelbagaian spesies di Taman Negara. Selain burung, terdapat 40 spesies mamalia turut direkodkan melalui perangkap kamera. “Aktiviti memerhati burung ini adalah riadah yang sihat untuk semua usia di persekitaran alam semula jadi dan mampu menjadi salah satu daya tarikan pelancong, khususnya untuk

Datuk Mohd Jidin menurunkan tandatangan gimik Perasmian Kenyir Bird & Nature Quest 2013, baru-baru ini.

mengenali serta menambah pengetahuan mengenai haiwan ini,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kenyir Bird & Nature Quest 2013 di sini, yang disertai 80 peserta termasuk enam dari luar negara yang mana seminar itu diadakan selama dua hari.

“Seminar ini menumpukan pemikiran generasi muda dan pengenalan interaksi antara haiwan dengan manusia. “Inti pati diperoleh ini perlu disebarkan kepada penuntut di institusi pengajian kerana mereka inilah sandaran masa hadapan terhadap program yang diadakan ini,” katanya.

11

YPK 1Komuniti dilaksana tahun depan

Y

ayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu akan memperkenakan program baru ‘YPK 1Komuniti' dengan peruntukan RM100,000 di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula tahun depan. Pengarahnya, Encik Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, program baru ini akan memilih lapan DUN setahun yang memberi fokus terhadap masalah yang berlegar dalam komuniti terpilih. “Isu mat rempit dan kemiskinan yang banyak membelenggu masyarakat hari sekarang dijangka menjadi agenda utama bagi mencari penyelesaian bersama,” katanya kepada pemberita di pejabatnya baru-baru ini. Katanya, usaha ini dilaksanakan bersama 11 agensi lain termasuk Pejabat Daerah, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Kebajikan Masyarakat, Pejabat Kesihatan, Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan sebagainya. Beliau berkata, setiap program dijangkakan akan menelan belanja RM100,000 bagi melaksana pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembentukan masyarakat berkualiti dari pelbagai sudut termasuk pelajaran serta perpaduan. Menurutnya, seramai sembilan pegawai dari YPK bertanggung jawab melaksanakan program berkenaan dalam usaha kerajaan mengurangkan masalah kemiskinan, gejala sosial serta mewujudkan keharmonian serta kesejahteraan dalam masyarakat.

Ahli rukun tetangga dilindungi insuran

K

erajaan mengiktiraf peranan ahli-ahli Rukun Tetangga (RT) yang membantu menjaga ketenteraman dalam masyarakat dengan menyediakan insuran perlindungan berkelompok kepada mereka yang ditimpa kemalangan ketika bertugas. Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Terengganu, Encik Baharuddin Daud berkata, warga rukun tetangga berkorban masa dan tenaga menjaga keamanan dalam kampung tanpa mengharap imbuhan. “Kerajaan menghargai pengorbanan mereka dan mewujudkan skim insuran bagi membantu meringankan beban mereka bila ditimpa kemalangan,” katanya selepas merasmikan Program Secangkir Kasih Sekalung Budi di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, baru-baru ini. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit yang juga Pengerusi KRT Terengganu Utara, YB Haji Bazlan Abdul Rahman dan Pegawai JPNIN Daerah Kuala Terengganu, Encik Kamaruddin Ali serta 500 orang ahli RT daerah Kuala Terengganu. Katanya, setiap ahli yang ditimpa kemalangan ketika menjalankan bertugas dan meninggal dunia akan mendapat RM40,000 manakala ahli meninggal di luar tugas menerima RM20,000 dan khairat kematian RM1,000.


12

renc

BIL:89 • Ogos-September 2013

www.teganukita.blogspot.com

MB dan kelu Hampir 100,000

L

Oleh AIDA ABD RAHMAN aida_ukom@yahoo.com

ebih 50,000 penduduk seluruh Terengganu membanjiri Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Terengganu, pada 1 Syawal lalu bagi memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri pemimpin nombor satu negeri, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Beliau bersama isteri, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud dan anak-anak yang mengenakan pakaian sedondon tidak henti-henti menerima kunjungan tetamu bermula jam 10 pagi lagi.


cana

BIL:89 • Ogos-September 2013

13

FOTO: ZULKIPLI PUTRA dan HARISH FADZILLAH

ukomtrg123h@gmail.com

www.teganukita.blogspot.com

uarga kongsi kemeriahan raya bersama rakyat penduduk membanjiri Rumah Terbuka Aidilfitri di Kediaman Seri Iman dan Teluk Kalong Pelbagai lapisan masyarakat dan berbilang kaum meluangkan masa ke majlis itu, termasuk wakil rakyat dan pemimpin masyarakat, pegawai kerajaan serta pesara, ahli pertubuhan bukan kerajaan sehinggalah rakyat biasa. Tambah menarik apabila lebih 15 juadah disediakan istimewa untuk tetamu seperti nasi dagang, nasi minyak, sate, laksa Terengganu, ketupat pulut, rojak kateh, asam gumpal tapai, lemang, selain pelbagai kuih muih termasuk ais krim yang membuka selera ramai.

Semua tetamu kelihatan ceria dan teruja kerana berpeluang menikmati pelbagai hidangan enak, malah pada masa yang sama dapat bersalaman dan bersua muka dengan Menteri Besar dengan isteri serta anak-anak. Sebelum itu, Menteri Besar mengiringi Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Rumah terbuka yang berakhir pada sebelah petang itu turut dikunjungi sekumpulan warga asing termasuk seorang rakyat

Amerika, Britney, yang berpeluang menikmati kemeriahan itu bersama masyarakat beragama Islam di negeri ini. “Saya sangat teruja untuk melihat dan merasai pengalaman sambutan Hari Raya Puasa di Malaysia dan kesempatan ini sangat bermakna buat saya, apatah lagi turut menikmati keenakan makanan tradisional di sini seperti ketupat dan tapai. “Selain itu juga, saya mendapat layanan yang begitu istimewa daripada Menteri Besar Terengganu,” ujar Pembantu Pengajar English Teaching Asistant (ETA) itu lagi.

Sementara itu, pada 10 Syawal pula berlangsung Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar di kediaman beliau, di Teluk Kalong, Kemaman. Majlis sejak jam 10 pagi hingga 3 petang dimeriahkan dengan kehadiran lebih 40,000 orang tetamu dari seluruh Terengganu khususnya Kemaman. Tetamu turut ceria kerana berpeluang menikmati pelbagai hidangan menyelerakan seperti sate, ketupat, nasi dagang, sup dan air kelapa muda.


14

BIL:89 • Ogos-September 2013

www.teganukita.blogspot.com

Sedia RM3.6 juta untuk pelajar

K

erajaan negeri memperuntukkan RM3.6 juta kepada 3,677 pelajar seluruh Terengganu yang bakal melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara peringkat ijazah bagi kemasukan pertama tahun ini. Berdasarkan bilangan itu, setiap pelajar layak menerima wang tunai RM1,000 sebagai langkah meringankan bebanan kewangan ibu bapa, selain melahirkan modal insan serba boleh pada masa akan datang. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan serius dan sentiasa memberi fokus untuk menjadikan pendidikan sebagai satu landasan melahirkan modal insan yang serba boleh. “Pelajar hari ini merupakan penyumbang utama dalam menentukan masa depan negara dan kerajaan akan melakukan apa saja untuk menjana kejayaan mereka. “Kerajaan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk rakyat khusus untuk melanjutkan pelajar ke mana-mana IPT dan sedia mengeluarkan berapa banyak belanja pun asalkan mereka tidak tercicir dalam pelajaran,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bantuan Persediaan Pelajaran, di Stadium Tertutup, Komples Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Tahun lalu, kerajaan negeri telah membelanjakan RM17.3 juta bagi bantuan persediaan pembelajaran yang membabitkan 22,851 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke asrama penuh serta pengajian peringkat sijil, matrikulasi, diploma dan ijazah. Sementara itu, Menteri Besar berkata, kerajaan negeri memberi jaminan cadangan mewujudkan program pengajian berkembar dengan Jordan University of Science and Technology bertempat di Sekolah Imtiaz Besut tetap akan dilaksanakan mengikut perancangan asal. “Pihak kami telah menghantar maklumat-maklumat berkaitan kepada universiti berkenaan di Jordan termasuk berkaitan skim gaji kakitangan, khususnya para pensyarah, seperti diminta. “Sebaik mendapat maklum balas tentangnya, pihaknya akan mengadakan rundingan dengan Kementerian Pendidikan untuk tindakan lanjut termasuk mendapatkan lesen sebelum memulakan operasi,” katanya.

Sebahagian pelajar yang menerima bantuan persediaan belajar ke IPT oleh kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Kompleks Haji dan TH Hotel, Kuala Nerus, Kuala Terengganu disaksikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Dato’ Paduka Ismee Ismail.

Sultan Terengganu berangkat rasmi Kompleks Haji dan TH Hotel Oleh ESAH ABDULLAH esahukom@yahoo.com

S

ultan Terenganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Kompleks Haji dan TH Hotel Terengganu, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah turut berangkat ke majlis berkenaan yang bermula pada jam 11 pagi. Keberangkatan baginda berdua disambut oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud dan Pengerusi Tabung Haji, Dato’ Abdul Azeez Abdul Rahimi. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji

Kompleks Haji dan TH Hotel menjadi mercu tanda baru bagi Terengganu selepas secara rasminya dirasmikan, baru-baru ini.

Mazlan Ngah dan isteri To’ Puan Hajah Rohani Abdullah dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Dato’ Paduka Ismee Ismail. Sebaik selesai bertitah dan menekan gimik perasmian Sultan dan Sultanah Terengganu berkenan memo-

Pemasangan 30 CCTV tambahan tingkat keselamatan warga kota

M

tong riben di pintu lobi hotel dan seterusnya melawat bilik Presidential Suite’ (aras 6) dan bilik jemaah haji di aras lima. Kompleks Haji dan TH Hotel ini dibangunkan di atas tanah seluas 3.08 hektar dengan kos pembinaan berjumlah RM77.6 juta.

ajlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan menambah pemasangan 30 kamera litar tertutup (CCTV) bagi meningkatkan tahap keselamatan dan membantu pihak berkuasa mengekang kejadian jenayah di seluruh bandar raya ini. Datuk Bandar, Dato’ Adzlan Mohd Dagang, berkata pertambahan CCTV itu menjadikan jumlah keseluruhan 45 unit termasuk 15 unit yang sudah beroperasi sejak 2008. “Daripada 30 CCTV yang sedang

Kompleks itu akan beroperasi sebagai ‘one-stop center’ melibatkan semua proses urusan haji bermula dari melapor diri, daftar masuk, pemeriksaan bagasi dan imigresen dapat dijalankan dengan lebih teratur. Selain itu TH Hotel juga menyediakan kemudahan bilik penginapan untuk bakal jemaah haji yang datang dari jauh dan juga boleh digunakan sewaktu berlakunya kelewatan atau pindaan waktu penerbangan. Kompleks haji ini bakal mengendalikan lima penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke tanah suci yang membabitkan 1,400 bakal jemaah haji pada musim ini.

dalam pembinaan, 16 sudah diuji dan boleh beroperasi sepenuhnya. “Manakala sebahagiannya lagi memerlukan pengubahsuaian berikutan masalah teknikal,” katanya. Dato’ Adzlan berkata, MBKT merancang melengkapi lebih banyak CCTV di seluruh bandar ini memandangkan pembangunan pesat perkedaian dan perumahan serta pertambahan penduduk yang ketara memerlukan lebih banyak kemudahan itu.


BIL:89 • Ogos-September 2013 www.teganukita.blogspot.com

15

Kementerian Komunikasi dan Multimedia pantau lagu Negaraku di pawagam

Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama Dato’ Haji Mazlan Ngah menyaksikan pertukaran memorandum antara kerajaan negeri dengan Syarikat Huaxi Group di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Huaxicun Group minat bangunkan Tasik Kenyir Selain membangunkan sebuah pulau di Tasik Kenyir, syarikat dari China itu juga berminat dalam bidang carigali, minyak dan gas

Oleh AIDA ABD RAHMAN aida_ukom@yahoo.com

S

ektor pelancongan negeri dijangka terus berkembang apabila Syarikat Huaxi Group yang berpangkalan di Huaxicun, China menunjukkan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi membangunkan sebuah pulau di

Tasik Kenyir. Kerjasama itu diperkukuhkan dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan negeri menerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), di Tingkat 18, Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyaksikan MoU berkenaan, masing-masing diwakili Pengurus Besar Ketengah, Encik Wan Mat Amin Wan Daud dan Huaxi Group diwakili Pengerusinya, Wu Xie ‘en. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’ Haji Mat Razali Kassim. Menteri Besar berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan dan berbesar hati sekiranya syarikat itu

dapat melabur bagi memajukan lagi industri pelancongan negeri sama ada membina hotel, resort atau kemudahan lain di Tasik Kenyir. “Syarikat ini juga berminat dalam bidang carigali, minyak dan gas serta pelabuhan selepas meninjau industri itu di pelabuhan Kemaman,” katanya. Susulan itu, kerajaan negeri akan mengadakan lawatan balas ke perkampungan Huaxicun, China bagi meninjau sendiri kemajuan ekonomi dan pembangunan dalam pelbagai sektor yang dilaksanakan oleh 2,100 keluarga di kalangan jutawan di penempatan itu, pada 8 hingga 10 September ini. Beliau berkata, lawatan balas itu nanti juga diharap akan mengukuhkan perancangan dan kerjasama yang boleh dibangunkan antara dua pihak.

Dewan bedah Hospital Besut terima pesakit

P

esakit di daerah Besut yang inginkan khidmat pembedahan secara berjadual kini boleh mendapatkan khidmat di Hospital Daerah Besut (HB) apabila Dewan Bedah hospital itu beroperasi untuk melakukan pembedahan kecil. Pengarah HB,Dr Azmaliza Abd Rahman berkata, dewan berkenaan sebelum ini menghadapi pelbagai masalah sudah mula beroperasi sejak setahun lalu dengan melakukan pembedahan kecil. Katanya, pihaknya ada menyediakan doktor pakar yang didatang khas dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu secara berjadual untuk melakukan pembedahan di dewan berkenaan.

“Sebelum ini ramai pesakit yang ingin membuat pembedahan terpaksa dirujuk kepada HSNZ atau HUSM Kubang Kerian, Kelantan,” katanya kepada media, baru-baru ini. Menurutnya, pesakit yang memerlukan khidmat pembedahan boleh merujuk kepada HB untuk mendapat jadual pembedahan dari pakar terbabit. Bagaimanapun, katanya, khidmat pembedahan berisiko tinggi pihaknya terpaksa merujuk kepada HSNZ dan HUSM Kubang Kerian Hospital Daerah Besut sedia untuk melakukan perbedahan kecil kepada pesakit kerana ia boleh dilakukan segera apabila dewan bedah hospital itu mula beroperasi. tanpa berjadual. Mengenai kesesakkan di HB dua kemudahan baru disediakan dan Pusat Kesihatan Besar, Padang beliau berkata, pihaknya masih kerajaan termasuk Klinik 1 Ma- Luas, dekat Jertih yang sudah menerima ramai pesakit walaupun laysia di Kampung Nyior Tujuh beroperasi sebelum ini.

AHMAD SHABERY

K

ementerian Komunikasi dan Multimedia memantau dari segi pelaksanaan tayangan lagu Negaraku di pawagam-pawagam seluruh negara. Menterinya, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pada keseluruhannya semua pawagam termasuk orang ramai menunjukkan kerjasama. “Apabila lagu Negaraku berkumandang di pawagam, semua penonton berdiri kecuali ada beberapa insiden kecil di Pulau Pinang dimana ada beberapa penonton yang tidak berdiri tetapi perbuatan tersebut ditegur. “Ada beberapa tempat di tegur oleh pihak pawagam dan ada juga ditegur oleh penonton-penonton sendiri yang marah sekiranya ada di kalangan penonton yang tidak menghormati lagu Negaraku,” ujarnya. “Keseluruhannya, sambutan adalah baik. Cuma kita akan mendengar maklum balas daripada orang ramai apakah ianya perlu dipanjangkan tempoh atau diulangi pada tahun hadapan berasaskan kaji selidik yang diedarkan selepas ini,” katanya. Tambah beliau, di peringkat awal pelaksanaannya terdapat sedikit masalah berkaitan dengan format filem yang diedarkan kementerian. “Format yang diedarkan adalah berbentuk digital tetapi ada beberapa pawagam yang masih menggunakan 35 mm iaitu kaedah filem biasa. “Ianya memerlukan sedikit masa untuk diubahsuai untuk masa depan,” ujarnya.


Sukan TEGANUKITA

TERKINI • CEPAT • TEPAT

http://www.teganukita.blogspot.com • http://www.terengganu.gov.my

Diterbitkan sejak tahun 2008

Bil: 89 • Ogos-September 2013 • Percuma

Bantuan kewangan RM10,000 kepada waris pelumba basikal

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyampaikan hadiah kepada pemenang PGM Terengganu Masters di Resort World, Kijal, Kemaman.

K Sukan Golf mampu tarik pelancong luar ke Terengganu Produk pelancongan sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 Oleh NORAINI JUSOH

ukomtrg123@gmail.com

S

ukan Golf berpotensi sebagai salah satu produk pelancongan yang boleh diketengahkan untuk menarik lebih ramai pelancong luar ke negeri ini khususnya sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013. Aidi Ahmad, 43, merupakan peminat sukan bertaraf antarabangsa ini berkata, beliau menyokong sepenuhnya usaha kerajaan negeri dalam mempromosikan Negeri Terengganu sebagai destinasi golf terkemuka serta menjadikan kejohanan golf sebagai acara tahunan dalam kalendar aktiviti pelancongan negeri.

“Terengganu mempunyai banyak tempat yang cantik dan menarik, justeru melalui penganjuran kejohanan golf yang diadakan kerajaan negeri, secara tidak langsung dapat membuka peluang kepada peserta luar menikmati keindahan negeri ini. “Sebagai contoh, melalui pengajuran kejohanan golf ‘PGM Terengganu Master 2013’ yang diadakan di Kemaman kali ini memberi peluang kepada peserta berkunjung ke tempat-tempat menarik di sekitar daerah ini. “Selain dapat mempromosikan negeri ini, ia sekali gus dapat menjana ekonomi penduduk setempat,’ ujarnya kepada Teganukita selepas menyertai Pertandingan Golf Pro-Am di Resort World Kijal,

baru-baru ini. Beliau yang berjaya merangkul johan keseluruhan bagi Pertandingan Golf ProAm sempena ‘PGM Terengganu Master 2013’ menjadikan sukan golf sebagai hobi dan mengambil peluang menyertai kejohanan tersebut untuk menambah kenalan bagi meluaskan lagi jaringan perniagaan dalam bidang pembinaan yang diceburinya. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri Dato’ Mohd Jidin Shafie serta Ketua Sekretariat TMT 2013, Encik Ahmad Fathil Abd Ghani.

erajaan negeri bersetuju menyumbang RM10,000 kepada waris pelumba basikal Terengganu yang maut dalam kemalangan ketika menjalani sesi latihan, baru-baru ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata mesyuarat mingguan Exco meluluskan bantuan kewangan itu sebagai menghargai sumbangan atlet berkenaan dalam sukan berbasikal negeri.
 Beliau mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat mingguan Exco dan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan Huaxicun di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Pengarah Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Terengganu (Upen) Dato’ Mat Razali Kassim. Dalam kemalangan 5 Jun lalu, pelumba skuad pelapis Persatuan Lumba Basikal Terengganu, Mohd Syafiq Imran Shahril, 15, maut selepas dirempuh lori treler ketika menjalani sesi latihan, di atas jambatan di Kampung Bukit Guntung, Tepoh, Kuala Terengganu, kira-kira jam 9.30 pagi. Mangsa dikatakan gagal mengawal basikalnya selepas cuba mengelak rakannya yang terjatuh sebelum dirempuh lori mengakibatkan cedera parah dan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.