teganukita 76

Page 1

ISSN 2180-4737

(Bil: 76 • 1 Mac - 15 Mac 2013)

http://www.teganukita.blogspot.com • http://www.terengganu.gov.my

02 - KELUARAN KHAS • Percuma

Diterbitkan sejak tahun 2008

PMINT SQUARE

ubah wajah Kuala Terengganu

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said meletakkan logo 1Terengganu pada acuannya gimik pecah tanah PB Sentral sambil disaksikan Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Pengurus Besar PMINT, Dato’ Osman Muda.

BERITA PENUH ms-2

HUTAN dan BALAK

TERENGGANU

dedah & bukti

diurus baik - Pengarah JHNT

Oleh RUSLAN ABDUL RAHMAN langtelipot@yahoo.com

P

engarah Jabatan Hutan Negeri Terengganu, Haji Azmi Nordin (gambar) memberi tahu bahawa pengurusan kawasan hutan di negeri ini berjalan dengan baik dan telus. Beliau menjelaskan Jabatan Hutan Terengganu sentiasa memantau apa-apa berkaitan dengan pengurusan hutan bagi pihak kerajaan. Katanya, Lembaga Hasil Hutan Negeri ada meluluskan kawasan balak kepada 12 syarikat yang mempunyai kilang papan di negeri ini. “Skim sawmill (kilang papan) itu ada kebaikannya untuk tujuan menjaga kebajikan pekerja ‘sawmill’ berkenaan. BERITA PENUH ms-2

Foto: ZULKIPLI PUTRA

zulfoto2008@gmail.com

gi

k la o d t a

ing

Keganasan

Pembangkang Peristiwa 8 SEPTEMBER 2007 di Jalan Sultan Mahmud (Batu Buruk), Kuala Terengganu

E Perhimpunan haram itu turut dicemari tindakan biadab seorang penyokong yang bertindak membakar Jalur Gemilang.

mpat anggota polis termasuk tiga daripada Unit Simpanan Persekutuan (FRU), cedera diserang dan dibaling termasuk dengan bom api, dipercayai oleh penyokong parti pembangkang selepas polis mengarahkan mereka bersurai daripada menghadiri perhimpunan haram di Batu Burok dan Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. BERITA PENUH ms-15

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu

JOM KE TERENGGANU...

Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Baik-Baik


2

0 2 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

dari ms-1

Jabatan Hutan tidak sewenang-wenangnya luluskan kawasan balak

Pembangunan lancar jika BN terus diberi mandat - Menteri Besar Pelbagai projek mega yang menjadi mercu tanda akan dibangunkan di bandar ini

dari ms-1

Di samping itu untuk mengembangkan ekonomi negeri, khususnya di sektor perkayuan. Ia telah diadakan sekian lama, sejak zaman Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad menjadi Menteri Besar lagi dana diteruskan oleh Dato’ Seri Ahmad,” jelasnya. Skim ini bertujuan untuk memastikan sawmill dapat terus beroperasi dan pekerja terus mendapat kerja dan menanggung keluarga mereka. Orang ramai diminta berhati-hati dalam menerima maklumat sebelum membuat apa-apa andaian.

Katanya,kelulusan diberikan kepada sawmill terbabit adalah berdasarkan kreteria yang diputuskan dalam mesyuarat rasmi Lembaga Mengambil Hasil Hutan dipengerusikan Menteri Besar sejak dulu lagi dan Pengarah Jabatan Hutan sebagai pegawai kerajaan ada sama di dalam mesyuarat itu. Jelasnya lagi, kawasan hutan yang hendak diberi pun terlebih dahulu diperiksa oleh Jabatan Hutan dan bukannya boleh diluluskan sewenang-wenangnya. Oleh itu katanya, orang ramai diminta berhati-hati dalam menerima maklumat yang tidak pasti dan perlu merujuk kepada pihak bertanggungjawab dalam urusan berkaitan hutan dan balak terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa andaian.

Orang ramai terpegun melihat model PB Sentral yang akan dibina bersebelahan bangunan PMINT.

Oleh AIDA ABD RAHMAN aida_ukom@yahoo.com

P

MINT Square yang mengandungi gedung membeli-belah, pusat rekreasi keluarga serta kemudahan parkir kereta dan sedang dilaksanakan di pusat Bandar Raya Kuala Terengganu bakal merubah wajah bandar berkenaan dalam tempoh lima tahun akan datang. Projek yang dibangunkan di kawasan Paya Bunga mengandungi enam komponen iaitu Menara PMINT, Wisma PMINT, PB Sentral, Plaza Paya Bunga dan PB Square akan dihubungkan antara satu sama lain menggunakan jejantas pejalan kaki. Menteri Besar, Dato’ Seri

Haji Ahmad Said, berkata PB Sentral yang bernilai RM90 juta setinggi sembilan tingkat akan dilengkapi 679 lot parkir (tingkat satu hingga enam), 10 panggung cineplex (tingkat tujuh hingga lapan) serta pusat boling (36 lorong). “PB Sentral merupakan satu komponen yang terdapat dalam PMINT Square yang mula dibangunkan sejak bulan lalu dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi. “Selain PB Sentral, satu lagi projek baru juga akan dibangunkan di tapak stesen bas lama dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang dan semua kawasan pembangunan akan dihubungkan dengan je-

jantas ini dinamakan sebagai PMINT Square,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah PB Sentral, di Jalan Engku Embong Fatimah, baru-baru ini. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Toh Chin Yaw; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam negeri, Dato’ Za’abar Mohd Adib dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Dato’ Osman Muda. PB Sentral sempena nama kawasan Paya Bunga sebagai

kesinambungan pembangunan projek PB Square (bersebelahan PB Sentral) yang sudah 82 peratus siap dan Plaza Paya Bunga yang dijangka beroperasi selewat-lewatnya Jun ini, selepas terbengkalai agak lama. Menerusi pembangunan PB Sentral, PB Square dan Plaza Paya Bunga, sebanyak 1,542 parkir kereta dan 220 parkir motosikal disediakan kepada orang ramai yang berkunjung ke Kuala Terengganu. Menteri Besar berkata, projek baru itu bakal menjadi satu lagi mercu tanda baru Terengganu yang akan merubah lanskap pembangunan Kuala Terengganu khasnya dan Terengganu, amnya. “Kita berharap dalam tempoh lima tahun akan datang Terengganu akan berubah wajah kerana selain Menara PMINT di tapak stesen bas lama, satu syarikat swasta juga akan bangunkan hotel 23 tingkat di tapak Panggung Rex (bersebelahan Hentian Bas MBKT). Menurut beliau, kerajaan negeri juga merancang membangunkan pusat perniagaan baru dikenali sebagai `Life Style Mega Mall’ di kawasan seluas satu juta kaki persegi di KampungTanjung yang dilengkapi dengan kompleks membeli-belah, panggung wayang, pusat boling dan juga apartmen.

Lagi berita : Layari...

Kerajaan terbit 6,000 Kitab Feqah versi baru Kerajaan negeri menerbitkan 6,000 buah versi baru Kitab al-Fiqhul-Muyassaru Fi-Matla’il Badraini Wa Majma’il-Bahraini untuk tatapan generasi masa kini. www.teganukita.blogspot.com

Balu ASP Zulkifli Mamat ucap terima kasih kepada kerajaan Katanya, walaupun masih dalam kesedihan saya amat gembira menerima berita apabila Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan pangkat Asisten Supritendan kepada arwah. www.teganukita.blogspot.com


0 2 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

3

Janji Ditepati • Peruntukan Tahun 2012 - RM2.5 juta *peruntukan tambahan sebanyak RM500,000 pada November 2012.

Tahun 2013 - RM 2.5 juta Sesungguhnya bantuan yang dijana ini mencerminkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu komited untuk memastikan rakyatnya menerima bantuan kesihatan yang terbaik bagi menjamin kualiti kehidupan yang lebih sejahtera.

Dana Kebajikan Sosial Perubatan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

M E R A K YAT K A N

PENTADBIRAN & PEMBANGUNAN

NEGERI TERENGGANU


4

0 2 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

Kerajaan BN hargai sumbangan perajurit

YB Rozi ketika merasmikan bengkel T-Bikers Shop Lan Jawa Motor di Ladang, baru-baru ini.

Kerajaan bantu `mat motor’ buka bengkel

K

erajaan negeri akan membantu ‘mat motor’ mengusahakan bengkel motosikal bagi meningkatkan ekonomi golongan berkenaan, khususnya mereka yang belum bekerja. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Haji Rozi Mamat berkata, pihaknya akan melaksanakan cadangan itu melalui program T-Bikers Shop yang dilancarkan baru-baru ini, sebagai memenuhi janji dan tanggungjawab kerajaan negeri membantu golongan muda. “Melalui program ini kita akan menaik taraf dan menjenama semula bengkel motosikal yang menyertai program ini,” ujarnya pada sidang media selepas merasmikan kedai T-Bikers Shop di Lan Jawa Motor, baru-baru ini. Turut hadir, Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh; Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu, Encik Badrul Hisham Zaki serta Jaguh Moto GP Negara, Zulfahmi Khairudin. Menurut YB Rozi, bengkel Lan Jawa Motor milik pengusaha muda, Azlan Abdul Rahman, 37, merupakan bengkel perintis kepada program itu. “Kerajaan Pusat melalui KOB1M memperuntukkan RM100,000 dan kerajaan negeri sebanyak RM50,000 setiap bengkel yang menyertai program ini,” katanya.

Berjasa kepada tanah air, apatah lagi sanggup mempertaruhkan nyawa hingga gugur di medan perang. Oleh KAMARUDDIN MAT AKIB dinmatkib@yahoo.com

K

eputusan Kerajaan Terengganu menyumbangkan RM100,000 kepada dua keluarga anggota pasukan keselamatan dari negeri ini yang terkorban dalam peristiwa pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, baru-baru ini merupakan langkah yang amat terpuji. Sumbangan tersebut membuktikan betapa prihatinnya Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa memberi penghargaan kepada mereka yang telah berjasa kepada tanah air, apatah lagi sanggup mempertaruhkan nyawa hingga gugur di medan perang. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang mempengerusikan mesyuarat Exco Negeri Terengganu beberapa hari selepas insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, mengumumkan kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada dua keluarga mangsa dan berharap roh mereka dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama para syuhada. Beliau mengumumkan setiap

Dato’ Seri Haji Ahmad Said tidak menahan sebak sebaik mendengar cerita daripada keluarga Zulkifli Mamat yang terkorban di Lahad Datu. Foto: MOHAMAD ISHAK

keluarga anggota yang terkorban masing-masing menerima RM50,000 daripada kerajaan negeri di mana keputusannya dibuat pada mesyuarat Exco. Dua anggota keselamatan kelahiran negeri ini yang terkorban dalam insiden tersebut ialah Allahyarham Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, 29, anggota Komando VAT 69, berasal dari Kampung Kubang Ikan, Jerteh. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Nor Aziah Noor dan dua anak lelaki, Noor Aqmar Amiruddin, 4 dan Noor Muhammad Akil satu tahun. Seorang lagi mangsa ialah Allahyarham Superintendan Ibrahim Lebar, 52, anggota

KARISMA@Hati Rakyat bantu rakyat miskin

P

rogram Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @ Hati Rakyat) yang merupakan satu inisiatif terbaru bagi membantu rakyat berpendapatan rendah, miskin dan tidak bernasib baik diperingkat akar umbi telah dilancarkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, baru-baru ini. Melalui program ini, sebanyak RM50 juta telah disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk diagihkan kepada 200,000 penerima di seluruh negara. Penerima-penerima terbabit akan menerima baucer berjumlah RM200 bagi penduduk di Semenanjung dan RM300 di Sabah dan Sarawak

secara one-off. Baucer ini boleh digunakan bagi penebusan barangan keperluan rumah, kelengkapan sekolah, barangan dapur dan memasak dari kedai-kedai terpilih di seluruh negara. Peruntukan RM50 juta ini adalah susulan daripada Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan akan diselaraskan bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Yayasan Kebajikan Negara. Di Parlimen Hulu Terengganu, pembahagian ini dipecahkan

mengikut Dewan Undangan Negeri(DUN) dan akan disampaikan oleh wakil rakyat masing-masing. Menurut Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Hajah Fatimah Hamat, program ini dikhususkan kepada mereka yang tidak pernah menerima mana-mana bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau MAIDAM. “Untuk program Karisma @ Hati Rakyat, kita perlu ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah memberi kecaknaan yang begitu hebat kepada rakyat Malaysia. “Oleh sebab itu, saya menyeru

Cawangan Khas Bukit Aman yang berasal dari Jabi, Besut. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rosiah Dahlan serta tiga anak berusia 17 hingga 22 tahun. Kerajaan BN Sabah pula memutuskan pemberian bantuan RM100,000 bagi setiap keluarga pasukan keselamatan yang gugur mempertanahankan tanah air dalam insiden berkenaan. Sebaliknya, pemimpin pembangkang bersikap biadab dan bermulut celupar hingga sanggup membuat kenyataan kononnya insiden pencerobohan pengganas Sulu dan tembakan di Lahad Datu sebagai konspirasi terancang Kerajaan Umno dan BN. Kenyataan biadab Naib Presiden

Melalui program ini, sebanyak RM50 juta telah disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk diagihkan kepada 200,000 penerima di seluruh negara berbentuk baucer berjumlah RM200 bagi penduduk di Semenanjung dan RM300 di Sabah dan Sarawak secara one-off.

ukomtrg123@gmail.com

Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua itu mencetuskan kemarahan rakyat di seluruh negara, khususnya bekas anggota pasukan keselamatan dan saudara mara mereka. Jika difikirkan sudah tentu sumbangan Kerajaan BN Terengganu itu tidak mampu memadamkan kesedihan dua keluarga pasukan keselamatan yang terkorban dalam insiden di Lahad Datu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban mereka untuk menyara anak-anak yang masih kecil. Hidup perlu diteruskan, walaupun mereka kehilangan ketua keluarga masing-masing. Selepas ini pasti ada lagi bantuan yang akan dihulurkan Kerajaan BN.

FATIMAH

tanpa was-was, berikanlah sokongan kepada kerajaan yang sedia ada kerana Barisan Nasional merupakan kerajaan terbaik apabila diberikan amanah untuk mentadbir negara,” ujarnya.


rencana Pas hina Islam bersama DAP Oleh FAUZI MOHD

633 nelayan dapat wang sara hidup Hanya kerajaan BN dekat di hati rakyat yang sanggup memberi pelbagai bantuan termasuk kepada nelayan selain meningkatkan sosial ekonomi penduduk Oleh MOHAMMAD ISHAK

K

ukomtrg123@gmail.com

esulitan hidup yang dialami golongan nelayan negeri ini tetap mendapat pembelaan kerajaan apabila mereka diberikan bantuan sara hidup bulanan bagi menanggung keluarga. Nelayan di daerah Besut, tidak ketinggalan mendapat bantuan saran bulanan RM200 seorang bagi menampung perbelanjaan mereka. Berikutan itu, satu majlis penyampaian bantuan berkenaan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) diadakan di Dewan Sekolah Sultanah Nurzahirah,Kampung Limbongan, dekat Jertih. Ahli Parlimen Besut, Dato’ Seri Dr Abdullah Md Zin yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Daerah (MPPD) merasmikan majlis berkenaan dan menyampaikan bantuan berkenaan kepada nelayan terbabit. Pada majlis itu seramai 633 nelayan sekitar daerah Besut menerima bantuan bulanan yang diberikan secara tunai bagi Disember tahun lalu. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Muhamad Pehimi Yusof yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani. Dr Abdullah berkata, bantuan yang disediakan oleh kerajaan itu sebahagian usaha untuk membantu nelayan selain meningkatan sosio ekonomi penduduk. “Selain bantuan saran bulanan nelayan juga turut mendapat faedah menerusi pelbagai bantuan termasuk peralatan menangkap ikan dan bot yang disediakan LKIM,” katanya. Beliau berkata, Pejabat Ahli Parlimen Besut dengan kerjasama LKIM juga menyediakan bangtuan membaikpulih rumah nelayan yang daif dan 10 rumah sudah disiapkan tahun lau di bawah program berkenaan.

P

5

Majlis Syura Ulama tidak kebal lagi dalam membuat keputusan kerana Haji Hadi terikat pada dokumen yang ditandatangani bersama Anwar dan Kit Siang berhubung kalimah Allah menyebabkan Pas kini dipersoalkan apakah parti itu betul-betul mahu menjaga kesucian Islam?

fauzibinmohd@yahoo.com

Dr. Abdullah menyampaikan bantuan sara hidup kepada nelayan daerah Besut.

0 2 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

olemik isu kalimah Allah dalam Pas akan reda jika pemimpin tertinggi parti itu membuat kenyataan terbuka, akur dengan keputusan Majlis Syura dan menarik balik persetujuan yang ditandatangani bersama pemimpin Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu. Namun, sehingga hari ini Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih membisu mengenai kedudukan Pas dalam perjanjian itu yang rancak dijaja pemimpin sekutu Pas dalam PR, menerusi ceramah mereka di seluruh negara. Apa yang dapat didengar, pemimpin Umno dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) pula yang dipersalahkan. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa berceramah di Ketereh, Kelantan awal Februari lalu mendedahkan dokumen kenyataan bersama pemimpin PR yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain ditandatangani Abdul Hadi sendiri. Jelas, pemimpin pembangkang itu tidak menghormati dasar Pas yang diputus Majlis Syura Ulama parti berkenaan pada 13 Januari lalu bahawa kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu. Pemimpin sekutu Pas juga jelas tidak menghormati pemimpin parti itu seperti Mursyidul Am Pas, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu yang membuat kenyataan pusingan-U akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama, walaupun sebelum itu menyokong gesaan DAP agar kalimah Allah diguna dalam Bible berbahasa Melayu. Pengerusi DAP, Karpal Singh antara pemimpin sekutu Pas yang terawal membantah keputusan Majlis Syura Ulama itu yang disifatkannya tidak mewakili suara majoriti Pas dan mahu Abdul Hadi mendesak badan berkenaan mengkaji semula keputusan mereka. Hakikatnya Majlis Syura Ulama merupakan badan penentu dasar Pas, justeru timbul persoalan sejauh mana

pemimpin sekutu Pas menghormati parti itu dan mengapa Abdul Hadi masih enggan membuat kenyataan terbuka menarik balik dokumen yang ditandatanganinya bersama Anwar dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang pada 8 Januari itu? Apakah bagi Abdul Hadi tarikan menawan Putrajaya dengan kerjasama sekutu itu lebih penting daripada agenda parti memperjuangkan Islam? Bagaimana pula dengan saranan anggota akar umbi Pas yang mahu pemimpin mereka menghentikan kerjasama dengan PKR dan DAP, jika Pas benar-benar mahu menjaga kesucian Islam? Jelas sekali keputusan Majlis Syura Ulama itu selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-82 yang bersidang pada Mei 2008, bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam serta tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam. Mengulas polemik itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dato’ Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, Pas sepatutnya menjelaskan kepada rakan pakatannya dan umum bahawa pendirian parti itu mengikut apa yang diputuskan Majlis Syura. “Takkan ada dua pendirian dalam Pas? Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam parti yang memutuskan mengenai polisi dan dasar parti, sudah tentu keputusan Majlis Syura yang terpakai dan dokumen 8 Januari itu menjadi tidak sah. “Pas patut jelaskan perkara itu supaya tidak timbul kekeliruan atau adakah Pas merasakan parti lebih tinggi daripada Majlis Syura? Kenapa mesti wujudkan satu keadaan yang kabur?,” katanya yang dipetik melalui Bernama baru-baru ini. “Pas mesti buat pendirian bahawa dokumen yang ditandatangani Presidennya tidak sah dan keputusan Majlis Syura adalah terpakai. Pas mempamerkan sikap paradoks supaya pengundi keliru dengan sikap mereka, ini taktik untuk tidak mahu mengambil tanggungjawab di atas kesilapan mereka,” katanya. Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor,

Dato’ Dr. Hasan Ali berkata, keputusan Majlis Syura mesti dihormati dan dipatuhi semua anggota Pas termasuk pimpinan tertinggi parti. “Dato’ Dr. Haron Din (Timbalan Mursyidul Am), Dato’ Harun Taib (Ketua Dewan Ulama) kedua-dua mereka ini adalah panglima di dalam Pas yang akan mempertahankan kalimah Allah sehingga akhir hayat mereka. “Dato’ Nik Aziz dan (Abdul) Hadi, kedua-dua mereka ini membuat ‘U-turn’ dan kembali akur dengan keputusan Majlis Syura dan sokongan kena ‘solid’ untuk mempertahankan keputusan itu,” katanya kepada Bernama baru-baru ini. Beliau berkata, Pas perlu membuka mata kerana selama ini hampir semua yang diusahakan Pas mengenai Islam termasuk di peringkat negeri ditentang DAP. “Isu kedai gunting di Kelantan, penutupan pusat hiburan oleh kerajaan negeri Kedah, hudud dan negara Islam semua ditentang DAP. Abdul Hadi berkata Pas akan keluar daripada pakatan sekiranya kerjasama antara PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu. “Tak ada satupun (kerjasama antara PKR dan DAP) mendatangkan keuntungan kepada Pas. Fakta dah jelas bahawa ia tak menguntungkan Pas, keluarlah sekarang... nak tunggu apa lagi?” kata bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor itu. Soal beliau, adakah persetujuan PR untuk membolehkan kalimah Allah diguna oleh bukan Islam khususnya penganut Kristian yang jelas tujuan tersiratnya adalah untuk menyebarkan fahaman Kristian di kalangan orang Melayu menguntungkan Islam? Dan adakah amaran dan ugutan pimpinan tertinggi DAP untuk meletakkan jawatan secara beramai-ramai sekiranya Pas melaksanakan hudud menguntungkan Islam? Majlis Syura Ulama diperlekehkan yang membawa persoalan sejauh mana Pas dihormati dalam pakatan dan apakah yang akan berlaku kepada Pas dan pemimpinnya, jika pakatan menawan Putrajaya, termasuk impian PAS untuk menjadi Perdana Menteri?


6

analisis

0 2 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

ULASAN

PENGARANG

JANJI DITEPATI: Ladang Gemilang II siap dan diberi kunci

U

saha pembangunan di Kampung Ladang yang membabitkan beberapa buah kampung sekitar yang sekian lama terpinggir dalam bandar Kuala Terengganu adalah usaha yang amat positif. Kalau dibiarkan kuasa pasaran menentukan dengan pembangunan hartanah dijalankan oleh swasta, penduduk di situ yang kebanyakannya kaum bumiputera, tidak mungkin mampu untuk membeli hartanah atau unit-unit rumah yang pasti tinggi harganya. Begitu juga keadaan perkampungan itu yang tidak terurus susun aturnya, sistem perparitannya dan rumah-rumah usang dan suasana yang mencacatkan pemandangan tentulah membawa suatu corak kehidupan yang tidak selesa dan mendatangkan pelbagai masalah sosial. Kita tidak mahu aset-aset Bumiputera terlepas begitu sahaja dan mereka kemudian terpinggir, apatah lagi kebanyakkannya merupakan golongan yang berpendapatan rendah. Lantaran itulah Kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Dato’ Seri Haji Ahmad Said sanggup berbelanja besar demi membela nasib, masa depan Bumiputera di Kampung Ladang dan sekitarnya dengan membina pangsapuri untuk menempatkan mereka dengan lebih selesa. Janji ditepati - pembinaan pangsapuri Ladang Gemilang 2 pula telah menjadi kenyataan, manaka pangsapuri Ladang Tok Pelam 30 tingkat sedang dalam pembinaan. Bagi pangsapuri Ladang Gemilang 2, kerajaan memberikan subsidi 50 peratus membuktikan kerajaan dan pimpinan amat memahami kehidupan dan denyut nadi rakyatnya, sukar ditemui di negara lain keadaan seperti ini. Oleh itu, rakyat, khususnya penduduk Kampung Ladang dan sekitarnya hendaklah yakin dengan apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mereka dan hendaklah sentiasa bersyukur. Jangan sekali-kali terpedaya dengan fitnah pihak tertentu yang cuba menindakkan usaha baik kerajaan untuk rakyat. - Ruslan Abdul Rahman

Sidang Redaksi YAB DATO’ SERI HAJI AHMAD SAID MENTERI BESAR TERENGGANU YB HAJI KHAZAN CHE MAT

PENGERUSI JAWATANKUASA AGAMA DAN PENERANGAN NEGERI

INGAT DOK LAGI

FAKTA DAN BUKTI : Kerajaan pembangkang rampas tanah rakyat

K

alau sekiranya tidak diberi penerangan yang jelas kepada rakyat, kerajaan Barisan Nasional (BN) selalu digambarkan dengan gambaran yang salah dengan fakta-fakta yang salah. Pemimpin pembangkang selalu merahsiakan punca sebenar atau dalam dialek Terengganu disebut ‘susuk punca’. Misalnya dalam isu rampasan tanah yang merek halakan kepada kerajaan Barisan Nasional, tetapi sebenarnya yang berbuat demikian adalah kerajaan pembangkang yang memerintah Terengganu pada 1999-awal 2004). Contohnya Rancangan Tatatur Perpindahan Banjir di Kawasan Pengkalan Merbau, Mukim Hulu Nerus Daerah Setiu.

OLEH: LANG TELIPOT

langtelipot@yahoo.com Senarai kelulusan kepada peserta-peserta terbabit telah diluluskan oleh Kerajaan BN Terengganu pada zaman Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad menjadi Menteri Besar (sila rujuk surat lampiran) PTG.TR 07/171998/0008(7) Namun sebaik kerajaan pembangkang mengambil alih di Terengganu, di bawah Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, senarai baru telah dibuat menggantikan senarai sebelumnya. Sila rujuk surat lampiran: PTG.TR 07/17/1999/0005 (9). Ini bermakna mereka yang tersenarai sebelumnya tiada lagi dengan wujudnya senarai barudengan bahasa kasarnya, tanah yang mereka terokai telah dirampas dan diberi kepada orang baru yang sudah tentu ada kaitannya dengan penyokong parti yang baru berkuasa waktu itu (Nov 1999). Sehubungan dengan itu pelbagai operasi diadakan untuk memastikan mereka yang meneroka sebelumnya sebagaimana dalam senarai asal di zaman kerajaan BN tidak mengusahakan lagi tanah itu. Jika diusahakan atau ‘rentah’ maka ia sudah menjadi satu kes-

alahan kerana dalam senarai baru yang dibuat oleh kerajaan baru ia sudah diberikan kepada orang lain. Amat sedih dan pilu.....segala kayu, pagar, pokok tanaman dan sebarang binaan dimusnahkan.

CORAT CORET

Penaung

HAJI SHAMSUDDIN SULONG PENGARAH UNIT KOMUNIKASI Penasihat

KAMARUDDIN MAT AKIB MEDIA BARU Penolong Pengarang 1

RUSLAN ABDUL RAHMAN

TIMB. PENGARAH UNIT KOMUNIKASI Pengarang

AIDA ABD RAHMAN AKHBAR TEGANUKITA Penolong Pengarang 2

ESAH ABDULLAH SURIATI ALI NORAINI JUSOH HJ MOHAMAD ISHAK (BESUT) AMIRULLAH OTHMAN (MARANG) MASTURA JAMALUDDIN (H.TERENGGANU) NURUL AZIELLA SABERI (KEMAMAN) Wartawan ZULKIPLI PUTRA HARISH FADZILLAH Jurufoto *HAK CIPTA TERPELIHARA - Akhbar Teganukita diterbitkan oleh UNIT KOMUNIKASI NEGERI TERENGGANU JALAN PEJABAT, 20300 KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN Tel: 09 6230582 / 09 6313502 Fax: 09 6317504 Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diemailkan ke: ukom@terengganu.gov.my / ukomtrg123@gmail.com

Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chang atau Tian Chua kerana tidak sensitif dengan kesedihan keluarga dua anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam pertempuran dengan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini dengan mendakwa kejadian itu adalah konspirasi UMNO. - Petikan dari Utusan Malaysia.


0 2 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

Kedaulatan negara

7

tanggungjawab bersama WAKAF RAKYAT OLEH: BAYU TELIPOT ukomtrg123@gmail.com

N

egara baru sahaja dikejutkan dengan isu pencerobohan ke atas Sabah oleh penceroboh dan pengganas bersenjata dari Sulu. Sabah adalah sebuah negeri yang berdaulat di bawah Malaysia dan adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mempertahankan bumi kita dari diceroboh oleh mana-mana pihak sekalipun. Lebih-lebih lagi apabila kumpulan penceroboh dan pengganas itu telah membunuh lapan orang anggota keselamatan negara kita dengan zalimnya. Kita tidak mahu keamanan dan kedamaian di negara kita diganggu-gugat oleh mana-mana pihak asing. Sekian lama negara ini yang terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan budaya: mereka telah bersatu menjaga dan memelihara negara ini agar aman dan damai serta maju dan makmur. Pada masa sekarang, ia diperkukuhkan

B

lagi dengan Gagasan 1 Malaysia. Justeru itu, kita perlu bersatu atas semangat 1 Malaysia, menyokong tindakan pihak berkuasa untuk memastikan setiap inci bumi kita ini dari dicerobohi. Malangnya ada juga pihak tertentu yang cuba menimbulkan kecelaruan dengan menuduh tragedi yang mencabar maruah negara kita itu hanya sandiwara. Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata ada pihak yang tergamak mengatakan bahawa kejadian pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu sebagai “sandiwara”. Tanpa menamakan individu berkenaan, Perdana Menteri berkata tindakan itu merupakan “perbuatan yang keji” oleh orang yang “tak ada isi perut”. Menceritakan detik sewaktu menyambut anggota keselamatan yang terbunuh dalam serangan di Lahad Datu di Lapangan Terbang Subang baru-baru ini, beliau berasa teramat sedih ketika melihat balu dan anggota keluarga mereka. Ada balu yang kehilangan suami ketika anak masih dalam kandungan.

Kita perlu bersatu atas semangat 1Malaysia menyokong tindakan pihak berkuasa memastikan setiap inci bumi kita tidak dicerobohi. - (Gambar hiasan).

Sehubungan dengan itu marilah kita menyokong penuh tanpa berbelah bagi di atas langkah dan tindakan kerajaan menangani isu pencerobohan itu. Kita semua sudah tentu tidak boleh menerima sama sekali jika ada mana-mana pihak yang bersengkongkol dengan musuh atau penceroboh itu. Jika ada didapati perbuatan rakyat di negara ini sendiri menjadi api di dalam sekam atau duri di dalam daging, ia amatlah mendukacitakan kita. Ia perlu disiasat dan diambil tindakan sewajarnya. Kita tidak mahu wujudnya lagi watak si Kitol di abad ini. Dalam sejarah kejatuhan Kesultan Melaka, salah satunya ialah berpuca dari peranan si Kitol yang menjadi musuh dalam selimut, menjadi pemberi maklumat

YANG TERANG LAGI BERSULUH

OLEH: GELOMBANG BIRU ukomtrg123@gmail.com erdasarkan perkembangan politik mutakhir, banyak pihak mengakui Pakatan Rakyat (PR) yang ditubuhkan hasil gabungan parti Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini semakin menjadi parti caca merba. Pelbagai perkara pelik dan isu melibatkan pemimpin parti pakatan pembangkang itu terbongkar, termasuk berkaitan konflik pencerobohan kumpulan pengganas Sultan Sulu di Kampung Taduo, Lahad Datu, Sabah. Ketika semua pihak, terutama saudara-mara terdekat anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden tersebut sedang berkabung dan bersedih di atas pemergian insan tersayang, pemimpin pembangkang menyifatkan peristiwa itu sebagai mainan politik Umno dan Barisan Nasional (BN) . Naib Presiden PKR, Tian Chua, tanpa segan silu menuduh Umno sebagai dalang pencerobohan itu menyebabkan banyak pihak bangkit menentang pemimpin itu dan membuat laporan polis agar tindakan sewajarnya dikenakan kepada Tian Chua

PR parti caca merba

yang sangat biadab. Tidak mahu memikirkan fitnah, cerita karut dan tohmohan yang dilempar individu yang tidak berhati perut dan `busuk hati’ , kerajaan dengan kerjasama pelbagai pihak giat menghulur bantuan kewangan kepada keluarga mangsa. Tidak ketinggalan ratusan masjid di seluruh Seluruh negara membuat negara dan individu berhati bantahan terhadap parasit mulia tidak putus-putus negara, Tian Chua. mengadakan solat hajat dan bacaan yasin agar Sedangkan selama hampir berpuluh takeselamatan negara, khususnya di negeri hun lalu isu itulah yang menjadi talian hayat Sabah pulih seperti sedia kala. kepada perjuangan Pas. Tidak ketinggalan isu Manifesto PR yang Tiada guna sebenarnya penyokong Pas dilancarkan awal minggu lalu. pasti persoalan memeningkan kepala mereka untuk mencari demi persoalan terus membelenggu minda penyokong Pas, mengapa dan kenapa isu jawapannya kerana kenyataannya sudah hudud tidak diberi perhatian khusus dalam berada di depan mata. Baru-baru ini, beberapa akhbar tempatan manifesto PR.

kepada pihak asing hingga Melaka jatuh ke tangan Portugis. Apabila Sabah amnya, dan Lahad Datu khususnya dicerobohi, rakyat negara ini mestilah siap siaga untuk pertahankan tanahair kita. Dalam konteks agama Islam ia adalah suatu jihad. Imam Ahmad berkata: “Berjihad dan berperang bersama pemerintah tetap berlangsung sehingga hari Kiamat, sama ada pemerintah tersebut baik ataupun yang jahat” Jelaslah di sini bahawa mempertahankan kedaulatan negara adalah menjadi keutamaan. Kita tiada pilihan lain, melainkan bersama-sama dengan pemimpin dan pemerintah untuk pertahankan negara kita dari sebarang ancaman penceroboh dan anasir luar.

pernah melaporkan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri semasa pertemuan dengan sekumpulan 200 orang pemimpin masyarakat Cina pro-DAP dan PKR, telah menegaskan isu pelaksanaan hudud tiada tempat dalam dasar PR. Malah dalam kenyataan terbaru Dato’ Anwar juga mengulangi pendirian yang sama apabila memberi jaminan bahawa PR tidak akan melaksanakan undang-undang hudud apabila ia berkuasa dengan alasan mana-mana dasar yang dibuat mesti mematuhi perlembagaan persekutuan dan dipersetujui oleh ketiga-tiga parti. Para pemimpin PAS yang sudah gelap mata termimpi-mimpikan Putrajaya bersama PR tentu sahaja tidak berani menyanggah pandangan Anwar apatah lagi bila mana Anwar sendiri mengarahkan supaya isu hudud jangan sesekali diungkit apatah lagi dimasukkan dalam manifesto PR. Inilah antara persoalan yang perlu difikirkan rakyat sebelum membuat perkiraan terakhir untuk memilih calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.


8

0 2 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com


0 2 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

9


10

0 2 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

Kecewa punca 35 ahli Pas keluar partiR

Penyokong Pas sedar perjuangan mereka selama ini sia-sia hanya untuk menjaga karier pemimpin Pas, tetapi dalam masa sama mereka dijadikan boneka parti. Oleh MOHAMMAD ISHAK ukomtrg123@gmail.com

Perdana Menteri sentiasa turun padang bagi bertemu dan menyelami denyut nadi rakyat.

Usah hina rakyat - PM

“K

alau Pas tidak buat apa-apa (untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat), jangan hina rakyat,” itu pesan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kepada pemimpin Pas. Sebagai ketua kerajaan, beliau masih boleh menerima hakikat bahawa Pas tidak menolong rakyat atau melakukan sebarang kebaikan untuk mereka, tetapi pemimpin Pas tidak perlu menghina rakyat yang memerlukan pelbagai bantuan daripada kerajaan. Beliau menjelaskan segala bentuk bantuan yang diberi kerajaan kepada rakyat, termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), merupakan amanah yang dipikul Kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat Malaysia. “Orang yang mengherdik anak yatim dan tidak tolong anak yatim serta orang miskin melakukan dosa besar,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu, di Dataran Shanbandar, baru-baru ini. Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Awang; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, wakil-wakil rakyat DUN dan Parlimen serta pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno Terengganu. Perdana Menteri menegaskan Nabi Muhammad s.a.w sendiri menyuruh umat Islam supaya membantu anak yatim dan orang miskin kerana pahalanya amat besar. Malah, katanya, membantu golongan miskin dan anak yatim menyamai pahala mereka yang berjuang Fisabilillah. Beliau menyifatkan kenyataan Mursyidul Am Pas, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamai BR1M sama seperti memberi makanan kepada haiwan, telah menghina mereka yang mendapat bantuan tersebut. “Kerajaan Pusat menyediakan 231 produk bantuan 1Malaysia bagi membantu golongan kurang bernasib baik di negara ini,” katanya. Sehubungan itu, beliau meminta rakyat negeri ini menolak parti-parti pembangkang dan memberi undi mereka kepada BN pada pilihan raya kali ini.

K

eceluparan pemimpin Pas mengibaratkan penerima bantuan kerajaan terutama BR1M seumpama lembu dan kambing membawa padah kepada parti itu apabila mereka berasa dihina dan bertindak meninggalkan parti itu. Seramai 35 ahli dan penyokong Pas dari Kampung Tok Dor, dari Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, Setiu, akhirnya sepakat membuat keputusan keluar Pas dan menyertai Umno. Kumpulan itu diketuai veteran Pas Ali Bakar, 69 bersama rakan lain membuat keputusan keluar parti kerana kecewa dengan sikap pemimpin Pas yang sering berdolak dalih terhadap pelbagai isu yang membabitkan kepentingan umat Islam. Satu majlis penyerahan borang keahlian Umno diserahkan oleh Ali kepada Setiausaha Umno Bahagian Setiu,Ismail Samah dalam satu majlis sempena ceramah dan penerangan isu semasa yang diadakan di Pu-

Ali menyerahkan borang kepada Setiausaha Umno Bahagian Setiu, Ismail Samah dalam satu majlis di Kampung Tok Dor, Jabi, baru-baru ini.

sat Daerah Mengundi (PDM) kampung itu. Ali ketika ditemui berkata, beliau dan rakan lain dalam pembangkang baru sedar tipu helah pemimpin Pas dan sering memutar belit isu agama sehingga ramai penyokong Pas terkeliru. “Dulu mereka membaritahu ahli Umno jadi kafir kerana bersama-sama MCA dan MIC

dalam Barisan Nasional (BN), tetapi hari ini Pas pula berkawan dengan DAP dah apa hukumnya,” katanya. Katanya, ahli Pas bertanyakan pemimpin mereka mengenai kedudukan isu kafir mengkafir tetapi tiada seorang pun yang tanpil memberi penjelasan menyebabkan kami kecewa dan sudah tidak percaya lagi dengan cakap-cakap mereka.

Pas hanya jadi tunggangan DAP, PKR

P

as hanya mampu menjadi ‘tunggangan” DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Haji Shamsuddin Sulong, berkata dengan hanya diberi kuota kerusi Parlimen sebanyak 60 kerusi, Pas tidak akan mampu untuk mengetuai kerajaan jika pun Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan. “Sebaliknya DAP dan PKR yang akan mengetuai kerajaan PR jika pakatan itu menang PRU13 nanti,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada Program Bina Jati Diri Belia dan NGO anjuran Ukom di Hotel Tanjong Vista, baru-baru ini. Lebih 100 orang terdiri daripada ahli-ahli Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung

Haji Shamsuddin ketika menyampaikan ceramah pada Program Bina Jati Diri Belia dan NGO anjuran Ukom di Hotel Tanjong Vista, baru-baru ini.

(GPMS) hadir pada majlis tersebut yang bertujuan memberi penerangan isu-isu semasa kepada golongan belia di negeri ini. Haji Shamsudin berkata, pada PRU13 parti DAP dan PKR masing-masing akan diagihkan 81 kerusi Parlimen yang membawa maksud mereka akan

mendominasi kerajaan PR. “Mengikut sejarah pilihan raya di negara ini Pas tidak pernah menang lebih daripada 23 kerusi Parlimen. Jadi bagaimana Pas boleh bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri. “Jika pun PR menang pilihan raya nanti, sudah tentu jawatan

Paling menyedihkan, kata Ali ahli Pas yang menerima bantuan kerajaan termasuk BR1M dikatakan seumpama lembu dan kambing menyebabkan kami rasa terhina dengan apa yang dikatakan pemimpin Pas. “Sudah sampai masanya ahli Pas bertindak keluar parti dan menyokong Umno terutama memberi undi kepada BN dalam PRU13 nanti,” katanya. tersebut akan diisi sama ada oleh Lim Kiat Siang (dari DAP) atau Anwar Ibrahim (Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim). Jawatan Timbalan Perdana Menteri pun akan diisi oleh sama ada DAP atau PKR,” katanya. Sehubungan itu, katanya, tidak ada gunanya pengundi memilih calon-calon Pas pada PRU13 kerana Pas tidak akan mampu berbuat apa-apa dalam usahanya melaksanakan Negara Islam, termasuk hudud kerana ia akan mendapat tentangan daripada DAP, lebih-lebih lagi kalimah Allah juga telah dipersetujui untuk digadaikan kepada DAP dalam Bible berbahasa Malaysia. “Jika pengundi memilih calon-calon Umno yang mewakili Barisan Nasional (BN) sudah tentu syiar Islam akan terus ditingkatkan di negara ini,” katanya.


0 2 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

Ranap Pas jika mahu Melayu bersatu

aPas hanya pentingkan diri pemimpin parti bukan lagi kepentingan bangsa, agama dan negara

Pemuda tubuh Unit Gerak Gempur

P

OLEH: GELOMBANG BIRU

ukomtrg123@gmail.com

M

antan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tiada jalan keluar bagi mengatasi masalah perpecahan di kalangan orang Melayu kecuali menumbang atau `meranapkan’ parti Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Beliau berkata, Pas yang dipimpin Presidennya, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang hanya wujud bagi kepentingan diri pemimpin parti berkenaan dan bukan bagi kepentingan bangsa, agama dan negara. “Jika mereka benar-benar ikhlas berjuang untuk agama dan bangsa, mengapa timbul isu solat Jumaat dua kariah dan sanggup melabelkan Umno sebagai kafir serta mendoakan agar Barisan Nasional (BN) tumbang dan wujudnya Amanat

11

Tun Mahathir disambut ribuan rakyat sebaik tiba di Dewan Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, Marang, pada Program Bicara Tokoh Negarawan.

Haji Hadi. “Semua itu memberi kesan yang cukup hebat kepada masyarakat, terutama golongan Melayu yang kini berpecah kepada tiga puak, iaitu ada yang berpihak kepada Umno, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya. Tun Dr Mahathir menjelaskan beliau cukup sedih mengenangkan perkara itu dan meminta pengundi di seluruh negara supaya meranapkan Pas sehingga tiada apa yang tinggal kerana parti itu menjadi

penghalang terhadap perpaduan orang Melayu. “Pada awal merdeka , semua orang Melayu bersatu padu dalam Umno berdiri teguh untuk kita (rakyat Malaysia) lawan Bristish. “Mengenang sejarah dahulu, tertubuhnya Pas disebabkan kuasa kerana mereka ingin menjadi pemimpin, jadi sebilangan kecil keluar Umno dan mewujudkan Pas. “Tidak cukup dengan itu, dia mendakwa orang Umno kafir, menyebabkan segelintir

pihak percaya dan menyokong Pas,” katanya ketika berucap pada Program Bicara Tokoh Negarawan, di Dewan Majlis Daerah Marang, di Kampung Paya, Marang, baru-baru ini. Kira-kira 6,000 orang terdiri daripada penduduk kampung, kakitangan kerajaan dan ahli-ahli pertubuhan kebajikan hadir pada majlis anjuran Panel Perundingan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu dengan kerjasama kerajaan negeri.

ergerakan Pemuda Umno Negeri Terengganu menubuhkan Unit Gerak Gempur bagi menghadapi sebarang kemungkinan luar jangka, bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan diadakan pada bila-bila masa. Unit berkenaan akan membantu jentera parti berkempen di seluruh negeri, terutama melibatkan ‘kawasan panas’ yang menjadi kubu pihak pembangkang. Ketua Penerangan pergerakan itu, Encik Mohd Hisyam Zubir, berkata pihaknya meramalkan proses pilihan raya kali ini lebih ‘panas’ dan kritikal, khususnya daripada pihak pembangkang yang sebelum ini memang gemar mencetuskan suasana tegang setiap kali pilihan raya diadakan. “Pihak kami berpendapat akan timbul ketegangan dalam proses kempen pilihan raya kali ini, terutama jika pihak pembangkang menimbulkan provokasi dan cuba menganggu ceramah-ceramah yang diadakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN). ‘‘Jadi unit ini akan ditugaskan bagi memantau keselamatan petugas BN dan memastikan pihak lawan yang mempunyai Unit Amal dan sebagainya turut mematuhi peraturan keselamatan yang sedia ada,” katanya. Encik Mohd Hisyam berkata, Unit Gerak Gempur telah pun diwujudkan di setiap Parlimen dengan keanggotaan kira-kira 200 orang bagi setiap Parlimen. “Pihak kami akan menambah bilangan anggota unit ini di ‘kawasan panas’ mengikut keperluan bagi memastikan keselamatan petugas BN di situ,” katanya.

Bekas tentera, polis gesa kerajaan lucut kerakyatan Tian Chua

P

ersatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) dan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Negeri Terengganu menggesa kerajaan melucutkan taraf kerakyatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menuduh insiden Lahad Datu konspirasi Umno. Yang Dipertua PBTM Negeri Terengganu, Haji Abdullah Che Muda melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan tersebut dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap Tian Chua. “Kami rasa kecewa dengan tindakannya yang mengatakan kematian anggota keselamatan kita

Ahli PBTM ketika membuat laporan polis

yang bertugas di sana hanya sandiwara dan ini merupakan kenyataan biadap dan tidak boleh dimaafkan. “Saya mewakili 5,000 ahli PBTM di negeri ini mengutuk s e k e r a s - kerasnya tindakan pemimpin pembangkang itu dan menuntut agar beliau memohon maaf, terutamanya kepada waris

anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu,” ujarnya kepada pemberita semasa mengadakan demostrasi secara aman bagi membantah kenyataan Tian Chua di Kuala Terengganu, baru-baru ini. Naib Pengerusi PBPM Negeri Terengganu, Haji Abdul Kahar Hamzah pula, menyifatkan kemungkinan ada dalang di

sebalik kenyataan yang dikeluarkan Tian Chua. “Sebagai bekas seorang anggota polis, saya mengecam tindakan tersebut dan merasakan seolah-olah ada dalang di sebalik kenyataan yang dikeluarkan Tian Chua. “Sebagai seorang pemimpin,beliau sepatutnya memberikan sokongan terhadap pasukan keselamatan dan bukan bertindak sebaliknya,” katanya. Timbalan Pengerusinya, Syed Kastrudin Syed Hasan turut mengutuk tindakan Tian Chua dan sebagai seorang bekas anggota polis, beliau akan menentang habis-habisan mereka yang cuba menghancurkan negara.


12

0 2 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

U

Terengganu makin maju - Dr M

mno menggunakan jentera partinya bagi memasang bendera Barisan Nasional (BN) sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Rakyat perlu bersyukur atas nikmat pembangunan yang dibawa BN 13). Sehubungan itu, Ahli Dewan anyak perubahan berlaku bersyukur. bagi pinjam kereta untuk keluar Undangan Negeri (Adun) Jabi, di Terengganu, terutama “Jangan sekali-kali terima aja- meninjau keadaan Kedah. YB Ramlan Ali, berkata tidak berkaitan pembangu- ran karut Pas seperti orang bagi “Apabila difikrkan balik, rutimbul isu Umno menggunakan nan, pendidikan dan bantuan kita ambil tetapi jangan pa-rupanya ada rahsia di sebalikhidmat anak-anak yatim Asrama Perkaya bagi melakukan kerja-kerja sukan hasil daripada sikap cakna bersyukur dan ucap terima kasih knya, dia tidak mahu bagi kerana pimpinan Barisan Nasional (BN). kepada pemberi, itu adalah ajaran jala raya di negeri itu terutama tersebut. menuju ke Terengganu `retak Mantan Perdana Menteri, Tun Pas sebenar,” katanya. Beliau berkata, tuduhan itu sengaja ditimbulkan oleh pihak Dr Mahathir Mohamad, berkata Tun Dr Mahathir berkata, beliau seribu’ (rosak teruk). Kalau bawa Pas bagi mencuri perhatian dan kemajuan pelbagai aspek itu tidak datang ke Terengganu buat kali kereta memang boleh rosak,” mahu menjatuhkan imej Umno. boleh dipertikaikan lagi, apatah lagi, pertama pada 1959 dan pada masa katanya. “Kita guna pekerja kita sendiri Terengganu yang dulunya negeri sama ke Kelantan untuk memin- Bagaimanapun, katanya, untuk pasang bendera di semua paling miskin kini semakin maju jam kereta seorang kawan, tetapi keadaan itu sudah jauh berubah kawasan di DUN Jabi. Kita tak dan kaya dengan hasil minyak. rakannya menolak pemintaan itu, dan Terengganu sudah maju dan “Orang Terengganu sewajarn- “Mengenangkan hal itu saya lengkap dengan pelbagai prasaperlu guna anak yatim kerana tenaga kita cukup untuk pasang ya bersyukur, jangan kita jadi menjadi hairan dan sedih kerana rana, termasuk pembinaan jalan sombong, takbur dan tidak tahu ketika dia datang ke Kedah, saya yang baik di seluruh negeri. bendera,” katanya.

B

Umno guna jentera parti pasang bendera

fokus Sesungguhnya pengorbananmu ketika mempertahankan negara cukup dirasai oleh kami semua, engkaulah wira sejati.

Oleh RUSLAN ABDUL RAHMAN langtelipot@yahoo.com

H

AMPIR 30 tahun lalu (1983) kami sama-sama tinggal serumah. Waktu itu saya masih belajar di sebuah sekolah swasta di bandar Kuala Terengganu. Ibrahim yang lebih mesra dipanggil Dinsmia ringkasnya Dins, baru habis belajar di sebuah sekolah menengah di Besut dan tinggal bersama kami untuk hidup berdikari tanpa mahu menyusahkan keluarganya di Jabi, lalu mengintai peluang peluang pekerjaan di bandar Kuala Terengganu. Kami serumah semua 6 orang, 4 darinya semua dari Jabi Besut iaitu Aziz serta adiknya Din juga namanya, Hadi Yaacob dan Allahyarham. Saya seorang sahaja dari Mengabang Telipot. Seorang lagi juga bernama Din berasal dari Kuala Brang. Jadi ada tiga Din dalam rumah sewa kami itu. Saya, Hadi dan Din (Kuala Brang) sama-sama di sekelas di tingkatan enam atas di sebuah sekolah swasta yang sifat pengajarannya cenderung kepada politik

Belasungkawa: Allayarham Supt. Ibrahim Lebar berjiwa patriotik sejak remaja pembangkang. Aziz@ Abdullah dan adiknya Din telah bekerja (Aziz bekerja di Telekom), jadi kami tinggal serumah di sebuah pondok usang yang sewanya hanya RM70 sahaja dan kami berkongsi bayar belas-belas riggit sahaja sebulan. Terletak di Jalan Panji Alam, bersebelahan dengan rumah Ustaz Embat seorang pakar khat tulisan jawi. Sekarang telah dirobohkan diganti bangunan baru. Ibrahim atau Dins seorang yang pendiam, sentiasa terukir senyuman dan mudah mesra. Kalau perempuan melihatnya pasti akan cepat jatuh cinta. Walaupun saya mulanya tidak mengenali dia dan datang menumpang di situ kerana ajakan kawan sekelas, Hadi dan Din (Kuala Brang), tetapi mereka (Aziz dan Allahyarham) yang sama-sama sekampung dari Jabi itu tetap menerima saya dengan baik untuk tinggal bersama di rumah itu. Kalau tidak silap Allahyarham lebih senior dua tahun sahaja dari saya, waktu itu umurnya 22 tahun (1983) dan saya awal 20. Oleh itu mungkin Allahyarham terkorban semalam pada usia 52 tahun. Allahyarham Ibrahim (Dins) begitu amat rapat dengan saya kerana kebetulan hobi saya mengarang waktu itu, terutama puisi dan bingkisan rasa, sering disiarkan di radio Terengganu dan beliau selalu bekongsi ayat-ayat cinta atau ayat-ayat indah dengan saya. Lantaran itu hubungan persahabatan kami menjadi akrab kerana kebersamaan jiwa sentimental kami waktu itu.

Kenangan ketika penulis (depan kanan) bersama Allahyarham Ibrahim (bertopi).

Titisan darah terakhir Supt. Ibrahim Lebar menitis di Lahad Datu ketika mempertahankan negara dari penceroboh.

Kami selalu berbincang tentang percintaan, perkahwinan dan masa depan, walaupun saya masih belajar. Tahun berkenaan merupakan tahun kereta nasional diperkenalkan dan rakyat Malaysia diminta mencadangkan nama-nama bagi kereta itu. Dins adalah antara yang banyak mengemukakan cadangan. Kami juga selalu berbincang

tentang politik, tetapi Allahyarham seorang yang amat taat kepada kerajaan yang memerintah, walaupun saya dan rakan-rakan di sekolah itu agak berjiwa penentang kerana diasuh dengan aliran politik pembangkang. Allahyarham banyak menasihat kami supaya tumpu pada pelajaran dahulu dan jangan bersikap anti kerajaan.

Maknanya jiwa patriotik Allahyarham sudah tinggi waktu itu. Selepas akhir tahun 1983, saya telah selesai peperiksaan STPMtahun tersebut cukup bersejarah kerana kami terpaksa menghadapi dua kali peperiksaan kerana kerajaan memutuskan peperiksaan pertama batal kerana kebocoran soalan. Semasa peperiksaan pertama kami selalu dipanggil polis untuk siasatan kerana soalan-soalan spot yang kami miliki kebetulan tepat- sebab itu kami jadi mangsa soal-siasat. Sebagai pelajar memanglah perasaan takut kepada pihak polis amatlah tinggi, walaupun tidak bersalah kerana soalan itu kami perolehi dari kawan-kawan yang tidak diketahui sumber asalnya. Namun begitu Allahyarham yang sentiasa memberi semangat kepada kami supaya jangan takut pergi ke balai polis bila dipanggil untuk sesi soa-siasat. Tanpa saya duga rupanya selepas itu, Allahyarham menyertai pasukan polis sebab pada tahun 1984 saya ke Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur melibatkan diri sebagai wartawan kadet di syarikat Karangkraf (Bacaria). Sehinggalah dua hari lepas saya terbaca dalam blog dan FB mengenai polis yang terkorban di Semporna itu adalah salah seorangnya pegawai kanan polis, Supt Ibrahim Lebar dari Besut. Sesungguhnya pemergianmu menemui-Nya cukup dirasai oleh kami semua, walaupun keluarga Allahyarham sendiri tidak mengenali kami. Kaulah sahabatku, Wira Negara. Alfatihah.


0 2 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

Rakyat Terengganu kecam Tian Chua kerana menuduh pencerobohan di Lahad Datu sandiwara Umno

a Pemuda dan Pergerakan Wanita Umno Kemaman menunjukkan bantahan terhadap Tian Chua. Gambar oleh Nurul Aziela Saberi.

Oleh KAMARUDIN MAT AKIB dan NORAINI JUSOH ukomtrg123@gmail.com

Penduduk kampung membuat laporan di Balai Polis Batu Rakit tanda membantah kenyataan Tian Chua. - Gambar oleh Noraini Jusoh.

PERGERAKAN Wanita Umno Kuala Terengganu dan Kuala Nerus membuat laporan polis. - Gambar oleh Zulkipli Putra.

Lagi bantahan orang ramai terhadap Tian Chua dengan membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut. - Gambar oleh Mohammad Ishak

Ahli Persatuan Bekas Polis Daerah Besut turut turun padang membantah kenyataan biadab Tian Chua. - Gambar oleh Mohammad Ishak.

S

ikap biadab dan mulut celupar Tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, menimbulkan kemarahan pelbagai lapisan masyarakat di Terengganu, termasuk parti politik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Mereka teramat marah apabila pemimpin PKR itu membuat kenyataan kononnya insiden pencerobohan dan tembakan di Lahad Datu, Sabah, yang telah mengorbankan ramai anggota pasukan keselamatan, sebagai konspirasi terancang Kerajaan Umno. Selepas kenyataan yang memedihkan hati anggota keselamatan, keluarga mereka dan seluruh rakyat Malaysia yang bermaruah (tidak termasuk pemimpin pembangkang yang tidak berhati perut), pelbagai pihak di seluruh negeri ini membuat laporan polis sebagai tanda bantahan. Boleh dikatakan balai polis di setiap daerah di negeri ini, menerima laporan polis terhadap Tian Chua yang d i a ngga p me nghi na

13

Sikap biadab dan mulut celupar Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua itu sangat menguris hati semua pihak termasuk keluarga a n g g ota keselamatan negara yang terkorban dalam pertempuran itu menyebabkan pelbagai pihak di seluruh negeri ini membuat laporan polis sebagai tanda bantahan.

kerajaan dan seluruh anggota keselamatan yang sanggup berjuang bermati-matian bagi mempertahankan tanah air. Di Batu Rakit, 100 penduduk tempatan tampil ke Balai Polis Batu Rakit untuk membuat laporan polis dan mengadakan demostrasi secara aman bagi membantah kenyataan Tian Chua. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, YB Haji Khazan Che Mat, turut hadir bagi memberi sokongan kepada usaha mengutuk pemimpin pembangkang tersebut. Turut berada di perkarangan balai polis itu ialah jentera Pergerakan Pemuda Umno, Pergerakan Wanita Umno dan Kelab Sukan Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit. Mereka dengan penuh semangat melaungkan kata-kata sokongan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mengutuk dakwaan tidak berasas yang dilemparkan Tian Chua kepada Umno.


14

0 2 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

Puteri Hulu Terengganu kerja keras bantu BN

P

uteri Umno perlu bekerja keras untuk menarik lebih ramai ahli baru dan seterusnya memastikan mereka menjadi pengundi bagi menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. Bagi ahli Pergerakan Puteri Umno Hulu Terengganu, inilah masa terbaik untuk mematangkan diri dalam politik sebelum mereka beranjak kepada Wanita Umno satu hari nanti serta mampu memikul tanggungjawab tersebut dan sentiasa bersemangat menjayakan perjuangan parti dalam mengangkat martabat bangsa. Inilah perjuangan yang dipertaruhkan oleh Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Hulu Terengganu, Puan Zurina Abdul Rahman (gambar) sejak Puteri Umno ditubuhkan. ‘‘Saya yakin program-program politik yang dijalankan oleh Puteri mampu menarik lebih ramai orang muda untuk bersama-sama Umno dan Barisan Nasional (BN). “Perang politik hari ini bukan lagi berbentuk tradisional atau kerahan tenaga, tetapi sekarang ia lebih kepada perang idea dan pendapat, serta bagaimana kita menangani isu-isu yang diutarakan pihak lawan. “Kita mahu hasilkan ahli Puteri yang berkualiti, bukan setakat ramai dari segi bilangan sahaja,” katanya kepada Teganukita, baru-baru ini. Zurina berkata, dengan lahirnya ahli-ahli Puteri yang mampu berkomunikasi dan bijak mengutarakan pendirian parti, banyak isu yang dimainkan pembangkang akan dapat ditangkis dengan mudah, terutama melalui media baru. Menurut beliau, perlu ada usaha untuk membetulkan semula kenyataan berunsur fitnah yang dilemparkan kepada pemimpin Umno dan BN menerusi blog dan laman sosial yang tidak bertanggungjawab itu. “Ada pendapat yang menyatakan jika kita layan pemilik blog, ia bermakna kita memberi kredibiliti (kepada penulis blog) kerana ada pihak yang memberikan maklum balas. “Namun, pada masa yang sama terdapat juga pandangan yang menyatakan dengan tidak memberikan maklum balas, pemilik blog akan mengeluarkan lebih banyak kenyataan yang tidak betul,” katanya. Zurina turut menegaskan, revolusi teknologi maklumat di negara ini sepatutnya mendidik masyarakat dan mengurangkan jurang maklumat antara penduduk, bukannya mendedahkan orang ramai dengan fitnah. Di segi persiapan, katanya, Puteri Umno Hulu Terengganu telah bersiap sedia bagi menghadapi PRU13 dan bersemangat membantu BN mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang dimenangi pada pilihan raya lalu. “Pada masa yang sama kita akan berusaha untuk membantu jentera BN merampas semula kerusi DUN Manir yang dikuasai oleh Pas sejak sekian lama,” ujarnya.

Program berakit imbau nostalgia 130 peserta menyahut cabaran itu sejauh 9 km menyusuri Sungai Besut anjuran Pemuda Umno Hulu Besut Oleh MOHAMMAD ISHAK ukomtrg123@gmail.com

S

ekitar tahun 1960an, sungai adalah laluan utama yang digunakan oleh penduduk khususnya di kawasan pedalaman Hulu Besut untuk bergerak dari satu kampung ke satu kampung lain. Rakit dan perahu pula sudah menjadi kenderaan utama yang tidak dapat dipisahkan dan menjadi penting sekali untuk keluar ke kawasan hilir bagi menjual hasil tanaman atau memperolehi bahan makanan dan bahan lain yang tidak didapati di kawasan pedalaman. Bagi membangkitkan rasa nostalgia itu, Pergerakan Pemuda Umno Hulu Besut telah menganjurkan Program Berakit menyusuri Sungai Besut sejauh 9 kilometer bermula di Kampung Batu 13 dan berakhir di Kampung Darau, dekat Jertih. Seramai 130 peserta yang

Peserta memulakan cabaran berakit sejauh sembilan kilometer menyusuri Sungai Besut.

untuk membangkitkan rasa tanggungjawab masyarakat terhadap alam sekitar. Menurutnya, setiap pasukan bebas menghias rakit dengan kreativiti masing-masing termasuk memasang bunga bewarna warni dan dipasang dengan bendera Umno dan Barisan Nasional (BN) selain peserta dengan pakaian tersendiri. “Hadiah lumayan disediakan kepada pememang iaitu RM1,000 untuk johan, RM700 (naib johan), RM600 (ketiga) dan RM500 untuk tempat keempat yang disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Besut , Datuk Seri Idris Jusoh bertempat di Dataran Futsal Kampung Darau,” katanya.

Zulkifli berkata, program itu bakal dijadikan program tahunan dengan membuka penyertaan kepada peserta luar kawasan DUN Hulu Besut dan hadiah lebih lumayan untuk menarik lebih ramai peserta. Terdahulu Nawi dalam ucapannya memuji langkah mengadakan program itu yang dilihat boleh memberikan kesedaran kepada orang ramai untuk bersama- sama menjaga sungai yang menjadi sumber rezeki sebelum ini. Tambahnya, selain sebagai pengangkutan utama, sungai Hulu Besut juga mempunyai kisah tersendiri yang mengimbau kehidupan masyarakat pedalaman Hulu Besut.

Perjuangan Pas jauh tersasar - Rahman

dan meninggalkan parti itu kerana tidak lagi yakin dengan perjungan sebenar Pas untuk menegakkan negara Islam. Katanya, Pas akan menerima akibatnya pada PRU-13 dan tidak mustahil rakyat juga akan menolak Dato’ Seri Haji Abdul Hadi di kawasannya sama ada di Marang (Parlimen) dan Rhu Rendang (Dewan Undangan Negeri). Pada PRU-12, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi hanya menang dengan majoriti 2,747 di Marang manakala 2,686 di Rhu Rendang dan beliau sebenarnya pernah kalah di tangan Dato’ Abdul Rahman yang digelar ‘Giant Killer’ pada 1984 dan 2004. “Saya yakin PRU-13 kali ini adalah peluang terbaik kepada rakyat untuk menolak Pas yang telah banyak membawa perpecahan dan menjatuhkan maruah umat Islam,” katanya yang pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Abdul Rahman

P

erjuangan Pas semakin jauh tersasar apabila parti itu lebih sanggup mengetepikan matlamat asal kononnya untuk memperjuangkan Islam. Usaha melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam kini juga semakin lenyap daripada sebutan pemimpin tertinggi parti itu, semata-mata mahu menjaga

mewakili 13 peti undi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut menyertai program tersebut yang dirasmi dan dilepaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Besut, Nawi Mohamad. Penyelaras program, Wan Zulkifli Aizan Zakaria berkata, program sempena sambutan Maulidur Rasul anjuran pergerakan itu turut menggalakkan kesedaran menjaga khazanah alam khususnya sungai kepada peserta. Katanya, kalau sebelum ini program sambutan Maulidur Rasul dibuat dengan mengadakan perarakan beramai-ramai tetapi kali ini dibuat sedikit kelainan

hubungan baik dengan Dap dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Senator Dato’ Abdul Rahman Bakar, berkata apa yang Pas buat selama kini sudah memakan dirinya sendiri bermula dengan isu Amanat Haji Hadi, Kalimah Allah, Doa Hancur BN dan yang terbaru menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan. “Amanat Haji Hadi telah menyebabkan berlaku perpecahan umat Islam di Malaysia hari ini dan amanat ini makan diri Hadi (Presiden Pas, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang) begitu juga dengan isu kalimah Allah, ini semua hasil kerjasama Pas dengan DAP sehingga sanggup

untuk menggugurkan prinsip Islam,” katanya. Beliau berkata, perjuangan Pas untuk menubuhkan sebuah negara Islam kini turut dilupakan dengan menukar ia daripada penubuhan negara Islam kepada negara kebajikan, kerana mahu menjaga hati Pengerusi DAP, Karpal Singh yang kurang senang dengan matlamat Pas sebelum itu. Katanya, pemimpin Pas iaitu Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat juga merupakan Mursyidul Am Pas sanggup menghina penerima BR1M dengan mengumpamakannya seperti ‘menabur padi dan hampas kelapa kepada ayam dan lembu’. Bercakap tentang sokongan rakyat kepada Pas, beliau berkata, kini semakin ramai pengikut Pas yang kecewa


0 2 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

dari ms-1

Seorang daripada empat anggota polis itu, Azmi Husin, 29, dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat cedera di tangan terkena kaca yang dibaling perusuh di tempat letak kenderaan Hotel Permai Inn. Tiga lagi anggota polis dirawat di hospital yang sama sebagai pesakit luar. Dua lagi lelaki, masing-masing berumur 21 hingga 38 tahun turut cedera di bahu dan leher akibat terkena tembakan dilepaskan seorang konstabel yang mempertahankan diri dan kini dirawat di HSNZ. Seorang lagi perusuh turut dimasukkan ke HSNZ akibat cedera di kepala terkena balingan batu. Polis menahan 23 lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun kerana membaling batu, botol, kayu dan bom api ke arah anggota polis serta merosakkan harta benda awam termasuk membakar Jalur Gemilang pada perhimpunan haram bermula 10 malam itu. Ketua Polis Negeri waktu itu, Datuk Ayub Yaakob, berkata kira-kira 11.45 malam, seorang anggota polis menjalankan tugas berhampiran kawasan tempat letak kereta Permai Inn dihampiri kira-kira 20 lelaki yang bertindak mengugut dan memukulnya dengan kayu. “Ketika hendak beredar, seorang

15

Perhimpunan tetap diadakan walaupun tidak mendapat permit dari pihak polis

Ramai cedera akibat tindakan ganas perusuh lagi lelaki memegang bahunya dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis daripada Cawangan Khas dan terus bertindak memukul mangsa dengan kayu menyebabkan mangsa terjatuh. “Penyerang terbabit berterusan menyerang anggota berkenaan hingga terkena kepala menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan senjata dan melepaskan dua das tembakan bagi mempertahankan diri. Tembakan itu menyuraikan kelompok lelaki yang menyerangnya dan dia sempat lari ke arah pasukan FRU di kawasan berhampiran,” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, selepas kejadian. Ayub menjelaskan, polis tidak mengeluarkan permit bagi perhimpunan itu kerana terletak berhampiran kawasan perumahan pegawai kerajaan, yang dianggap tidak sesuai. Sebelum ini, katanya, polis memanggil penganjur yang bertanggungjawab membawa Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), waktu itu, Tan Sri Khalid Ibrahim, serta beberapa penceramah lain termasuk Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu dan

Seorang anggota polis cedera selepas diserang dengan kepingan kaca (gambar kiri), manakala pasu dan pokok bunga dipecah dan ditumbangkan (gambar kanan).

Ahli Dewan Undangan Negeri Triang, Leong Ngah Ngah dari DAP, bagi membincangkan soal permit. “Kita bercadang untuk meminta mereka memindahkan kawasan ceramah ke Rusila. Namun sehingga jam 6 petang kelmarin, wakil mereka gagal hadir untuk berbincang mengenai perkara itu. “Bagaimanapun kira-kira jam 9 malam tersebut polis menerima maklumat bahawa perhimpunan itu akan tetap diadakan menyebabkan kami mengambil langkah pencegahan di kawasan perhimpunan itu termasuk mengadakan sekatan jalan,” katanya.

Beliau berkata, kira-kira 10 malam, antara 300 hingga 400 orang cuba merempuh sekatan berkenaan dengan bertindak agresif terhadap kira-kira 350 anggota polis dan FRU dengan membaling pelbagai objek termasuk bom molotov, kayu, besi, botol dan batu. Pada masa sama, polis turut menahan sebuah bas di Jalan Temasya Batu Burok yang cuba masuk ke kawasan kejadian dan perbincangan diadakan supaya mereka bersurai namun mereka enggan menyebabkan timbul ketegangan sehingga memaksa FRU melepaskan gas pemedih mata dan tembakan air. Ayub berkata, polis menge-

ERATNYA PAS-DAP!!!

luarkan amaran sebanyak lima kali meminta perusuh bersurai, tetapi keadaan semakin teruk apabila mereka bertindak lebih agresif. “Melihat keadaan yang semakin tegang, polis mengambil pendekatan berundur bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku, tetapi keadaan itu diambil kesempatan oleh perusuh untuk memusnahkan harta benda awam termasuk mencabut pokok hiasan, pasu bunga dan lampu isyarat. “Keadaan reda kira-kira jam 2 pagi dengan keseluruhan tangkapan seramai 23 orang yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an untuk disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan,” katanya. Sementara itu, polis pada masa itu mendapat perintah tahanan reman ke atas empat lelaki bagi membantu siasatan termasuk yang cedera terkena tembakan dan dirawat di HSNZ. Lelaki yang cedera berusia 21 tahun dari Kampung Masjid Pasir Panjang, di sini direman lima hari mulai semalam mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah, manakala tiga lagi direman antara dua hingga empat hari.

TETAP ERAT....Gambar ini membayangkan dengan jelas betapa tidak benarnya gambaran yang diberikan media massa pro BN kononnya Barisan Alternatif kini retak, terutamanya Pas dan DAP. Gambar memperlihatkan bagaimana eratnya mantan Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Abdul Hadi Awang memeluk Pengerusi DAP, Lim Kit Siang yang datang membuat kunjungan hormat ke pejabat beliau baru-baru ini. Turut mengiringi Kit Siang ialah Naib Pengerusi, Dr Tan Seng Giaw dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung, Kerk Kim Hock, Bendahari, Fong Kui Lund dan Setiausaha Publisiti, Ronny Liu. Manakala Exco kerajaan negeri yang menyertai majlis itu ialah Haji Mustaffa Ali, Ustaz Harun Taib, Haji Wan Mutalib Embong, Ustaz Abu Bakar Chik dan Tun Mohd.Salleh Abas.


16

0 2 - K E LUA R A N K HA S

www.teganukita.blogspot.com

TERENGGANU kuasa baru sukan negara

Melahirkan pelumba berbasikal bertaraf dunia seperti Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustafa, penubuhan Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG), menjuarai Piala FA 2011 dan mencipta gemilang menjuarai kali keempat berturut-turut dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma). Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

M E R A K Y A T K A N

PENTADBIRAN & PEMBANGUNAN

NEGERI TERENGGANU


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.