Teganukita 23

Page 6

6

Jumaat, 28 Mei 2010

WAKAF RAKYAT Oleh: PUTERA PESISIR AIR

Diabetes atau ‘kencing manis’ penyakit kronik disebabkan pengambilan gula yang berlebihan di samping punca-punca lain. Mungkin ramai yang sudah mengetahui perkara ini, tetapi kurang membuat persediaan untuk mengelakkannya! Fakta yang diperolehi hampir setiap minit dua orang disahkan menghidap diabetes di seluruh dunia. Setiap tahun dilaporkan seramai empat juta maut akibat daripada penyakit tersebut. Penyakit ini juga berada di tangga keempat penyakit membawa maut. Di negara kita Malaysia dilaporkan tidak kurang juga kroniknya, kira-kira 1.2 juta rakyatnya disahkan menghidap diabetes atau kencing manis. Malangnya, apa yang menyedihkan, separuh daripada jumlah itu tidak menyedari mereka menghidap diabetes sehinggalah dirawat setelah berdepan salah satu komplikasi diabetes seperti berat badan menurun, keletihan, penglihatan kabur atau sentiasa dahaga atau haus. Penyakit kencing manis ataupun diabetes merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh ketinggian kandungan glukos atau gula dalam darah, terutamanya selepas pengambilan makanan oleh pengidapnya. Kegagalan mengawal kandungan gula yang berlebihan boleh menyebabkan sel mati dan tidak berfungsi. Penyakit kencing manis ini dikategorikan “ibu segala penyakit� dan “penyakit maut�. Cara terbaik mengatasi dari undangan penyakit ini; makanan yang perlu dielakkan ialah gula dan segala bentuk makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. B e r d a s a r k a n hakikat ini sudah tentu masyarakat perlu bersedia untuk mengurangkan penggunaan gula dan makanan serta minuman yang mengandungi gula

rencana

Kurangkan gula, elak penyakit

Pelbagai cara dan langkah diusahakan bagi menyedarkan pengguna serta orang ramai mengurangkan penggunaan gula dalam makanan seharian supaya tidak berdepan risiko penyakit kronik seperti diabetis atau kencing manis.

dalam kehidupan harian mereka. Walaupun ‘budaya gula’ yakni penggunaan gula yang berlebihan dalam kehidupan harian sudah sekian lama diamalkan, namun di sinilah pengorbanan kita dituntut. Mendisiplinkan diri dan keluarga terhadap penggunaan gula amatlah dituntut bagi mengatasi diserang penyakit kronik ini. Kalau masyarakat menyedari perkara ini, tentulah juga dapat mengatasi masalah kekurangan gula di pasaran seperti yang sering berlaku. Dalam sistem pasaran ekonomi terbuka, apabila permintaan tinggi akan berlaku kekurangan dan kemungkinan harga naik jika tidak dikawal, apabila permintaan berkurangan akan berlaku lambakan dan sudah pasti harga akan jatuh ke paras terbawah. Oleh itu, kita semua perlu menjadi pengguna yang bijaksana dengan langkah dua dalam satu, iaitu mengurangkan pengunaan gula bagi mengelak serangan penyakit dan pada masa yang sama mengelak permint-

Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan diabetes atau kencing manis dan penyakit kronik lain.

aan terlalu tinggi yang menyebabkan pihak pengeluar atau pembekal menjadi begitu berkuasa menentukan keputusan. Biarlah kita sebagai masyarakat pengguna mengawal pasaran dan

membolehkan harga terus stabil dan tidak berlaku kekurangan, tindakan sorok dan sebagainya. Walaupun di pihak kerajaan berbagai langkah diambil, misalnya mengawal harga, menam-

bah pengeluaran dan sebagainya, tetapi di pihak masyarakat dan pengguna juga ada peranan dan kuasanya yang tersendiri dalam menentukan pasaran. Permintaan yang

rendah adalah kuasa yang boleh menundukkan pasaran, pengeluar mahupun pengeksport,tetapi jika sebaliknya permintaan tinggi menyebabkan kuasa berpindah kepada pengeluar dan pembekal atau ejen2nya.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.