Issuu on Google+

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil: 54, 1-15 FEBRUARI 2012  |

http://www.teganukita.blogspot.com

|

http://www.terengganu.gov.my

Pemimpin, wakil rakyat perlu telus bekerja bagi menambah keyakinan rakyat

Laksana tugas - Najib Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

Semua pihak terutama pemimpin dan wakil rakyat menjalankan tugas sebagai pemimpin dengan sebaik mungkin bagi menambah keyakinan rakyat terhadap BN. “Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa seperti mana kita tahu. Asalkan tidak lewat daripada bulan April 2013. Pada masa sekarang saya sedang turun padang berjumpa dengan rakyat. > Berita penuh ms 2

FOTO Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah | am_ukom@gmail.com

Transformasi sektor awam menerusi 50 S - Mazlan - ms 4

Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak kelihatan ceria ketika mengayuh basikal menuju ke Dataran Shahbandar untuk bertemu dengan rakyat dan peniaga pasar minggu sempena lawatannya ke Terengganu, baru-baru ini. Turut sama Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan kerusi roda kepada penduduk Dun Batu Buruk, Kuala Terengganu (gambar kecil).

Kompleks Imtiaz Kemaman siap 2013 - ms 13

Fiqh menghidupkan sunah Nabi s.a.w

- ms 11

P

FOTO Mohammad Ishak | krtjerteh@ymail.com

arit Tali Air Kampung Gong Penaga, Jertih yang sebelum ini tiada siapa memberi perhatian akhirnya menjadi tumpuan lebih 1,000 pemancing yang menyertai Program Mengail Ikan Darat anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Air Terjun dengan kerjsama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Daerah Besut.

LTdL jaja Terengganu ke 70 negara

- ms 16


2

BIL: 54,

AM

Jalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin - Perdana Menteri Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

P

erdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengajak semua pihak, terutama pemimpin dan wakil rakyat menjalankan tugas sebagai pemimpin dengan sebaik mungkin bagi menambah keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN). ``Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa seperti mana kita tahu. Asalkan tidak lewat daripada bulan April 2013. Pada masa sekarang saya sedang turun padang berjumpa dengan rakyat. ``Yang penting sekarang kita jalankan tugas dan tanggungjawab kita sebagai pemimpin. Ini melibatkan semua pemimpin supaya rakyat bertambah keyakinan kepada Barisan Nasional,'' kata beliau pada sidang media selepas Program Perdana Menteri Bersama Rakyat Dun Rhu Rendang, di Padang Astaka Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, Marang, baru-baru ini. Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Sri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said dan isteri, To' Puan Seri Norliza Mahmud; Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek;

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan ribuan rakyat Marang sebaik tiba di Padang Astaka Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, Marang, Terengganu untuk Program Perdana Menteri Bersama Rakyat, baru-baru ini. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang.

Hadir sama, Ketua Bahagian Marang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Dato' Yahya Khatib

Mohamad serta Pegawai Penyelaras Dun Rhu Rendang, Encik Nik Dir Nik Wan Ku. Perdana Menteri berkata, pelbagai

Dasar baru tanah haram K erajaan negeri bakal melaksanakan dasar baru berhubung pemilikan tanah haram selepas kesemua baki permohonan yang lama diselesaikan menjelang pertengahan bulan depan. Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad Said, berkata ia membolehkan isu berkenaan tanah haram dapat diuruskan dengan lebih sistematik dan mengelak gejala itu daripada berterusan. Katanya, sejak tempoh tiga tahun lalu, sebanyak 9,916 kes permohonan haram telah berjaya diselesaikan dengan pencapaian 99.28 peratus. ``Hanya tinggal 18 kes permohonan yang dalam proses penyelesaian. Selepas itu tiada lagi permohonan baru akan diproses. ``Apabila semua kes ini selesai, kerajaan negeri akan melaksanakan dasar baru yang saya akan maklumkan nanti,”katanya selepas mempengerusi mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Mengulas lanjut Dato’Seri Haji Ahmad berkata, mengikut pecahan daerah, sebanyak 973 tanah haram di Besut berjaya diselesaikan sementara di Dungun sebanyak 540, Hulu Terengganu (2,794), Kemaman (959), Kuala Terengganu (1,167), Marang (504) dan Setiu, 2,979 kes. Tambahnya, tahap penyelesaian itu menunjukkan prestasi yang amat baik iaitu semua daerah memberikan komitmen bagi kepentingan rakyat. Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan mulai tahun ini, pihaknya

1-15 Februari 2012

“Pelbagai faktor

perlu diambil kira sebelum memutuskan masa yang sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.” - Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. faktor perlu diambil kira sebelum memutuskan masa yang sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Beliau dan isteri dalam rangka lawatan sehari ke Terengganu, tiba di tapak program kira-kira jam 10 pagi dengan menaiki bas dua tingkat. Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan replika cek Bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada empat Dun dalam Parlimen Marang yang diwakili Adun serta PP Dun masing-masing, kerusi roda kepada 10 penerima, lima unit bot enjin sangkut dan bantuan kebajikan masyarakat. Sejurus majlis itu, beliau menunaikan solat jumaat di Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu dan menghadiri jamuan rakyat di perkarangan masjid sebaik selesai solat Jumaat yang dijangka dihadiri lebih 3,000 orang.

AKHBAR RAKYAT

akan memastikan tiada lagi penerokaan secara haram dilakukan. Katanya, jika mendapat maklumat tentang pencerobohan di kawasan baru, pihak berwajib akan mengadakan serbuan dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terbabit dalam aktiviti itu. ``Orang ramai kini boleh mendapatkan maklumat melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) ataupun lebih mudah akses sahaja ke laman sesawang Google. ``Ia bagi memastikan apa status tanah yang mahu diteroka agar tidak timbul lagi soal tidak tahu mengenai status berkenaan,”tegasnya.

Akhbar rasmi kerajaan negeri, Teganukita terus menjadi wadah utama tatapan rakyat. Ini terbukti apabila tidak kira lapisan masyarakat baik yang tua dan muda ingin mengetahui berita terkini dimuatkan dalam akhbar itu yang bertemakan `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’. Teganukita boleh didapati tempat-tempat terpilih berhampiran anda secara percuma.

Syarikat sekuriti baru dilantik kawal stadium - Menteri Besar S

ebuah syarikat sekuriti baru akan dilantik untuk mengawal keselamatan Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Kuala Terengganu bagi menggantikan syarikat sebelum ini yang telah tamat tempoh kontrak pada akhir tahun lalu. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, kerajaan negeri tidak bercadang untuk menyambung kontrak syarikat berkenaan sebaliknya akan melantik syarikat baru. ``Tender baru telah dibuka pada November lalu dan kita sedang meneliti pelbagai aspek sebelum membuat pelantikan baru,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan

Mesyuarat Mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Berhubung kecurian peralatan pendawaian elektrik di stadium yang dianggarkan kerugian RM50 juta, Dato' Seri Haji Ahmad berkata nilai sebenar kerugian adalah lebih rendah daripada apa yang dilaporkan itu. Katanya, sehingga kini polis sudah menahan tujuh lelaki berusia 20 hingga 40 tahun yang terbabit dalam kes kecurian dan pencerobohan di stadium berkenaan serta sudah didakwa di mahkamah. ``Sepatutnya perkara berkenaan tidak ber-

laku kerana stadium berkenaan ada pengawal keselamatan sepanjang masa, tidak tahulah jika `harapkan pagar, pagar makan padi' atau pegawal bertugas tidak buat rondaan,'' katanya. Dalam perkembangan lain, Menteri Besar memaklumkan tender baru akan dikeluarkan untuk kerja-kerja memecat bumbung stadium bersebelahan bumbung yang runtuh untuk diganti baru. ``Kalau boleh kita mahu percepatkan kerjakerja membaik pulih stadium berkenaan tetapi ia bergantung kepada keputusan jawatankuasa dalam memilih kontraktor yang layak, setakat ini ia belum selesai lagi,'' katanya.


BIL: 54,

1-15 Februari 2012

AM

SMSD diiktiraf sekolah kluster cemerlang Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

S

ekolah Menengah Sains Dungun (SMSD) merupakan satu daripada 15 sekolah terbaru diiktiraf Kementerian Pelajaran sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan

(SKK). Setelah lebih 30 tahun menyemai bakti di Jalan Paka, Dungun, SMSD kini mengukir sejarahnya tersendiri apabila berada dalam kumpulan 182 sekolah dianugerah SKK, seluruh negara sejak ia dimulakan 2010. SMSD kini berdiri sebaris dengan sembilan sekolah lain di negeri ini yang mendapat penghargaan serupa sebelum ini, termasuk SM Imtiaz Kuala Terengganu, SM Sains Kuala Terengganu, SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dan SM Kebangsaan Mak Lagam.

Pemilihan SMSD berdasarkan prestasi cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan bidang kebitaraan (niche area) iaitu sukan hoki dan subjek Matematik. Pengetua SMSD, Puan Anisah Sarmadi ketika dihubungi Teganukita memberikan penghargaan kepada warga pendidiknya yang menunaikan tanggungjawab dengan ikhlas demi kepentingan anak bangsa. ``Misi kita adalah melahirkan pelajar yang holistik pencapaiannya, murid yang mempunyai sahsiah yang dapat memanfaatkan diri mereka sendiri dan orang sekeliling,'' katanya. Sekolah berasrama penuh itu seringkali mencatat keputusan membanggakan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sering terpilih antara sekolah terbaik di negeri ini saban tahun. Kejayaan terbaru, kata Puan Anisah, SMSD

3

SMSD diiktiraf Kementerian Pelajaran sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. muncul satu daripada tujuh sekolah cemerlang di negeri ini yang mencapai gred purata sekolah (GPS) 2.25 ke bawah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010. ``Pada tahun berkenaan, 32 orang calon SPM di sini memperolehi gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil dan kejayaan itu merupakan peningkatan selama empat tahun berturut-turut,'' jelasnya.

SMSD yang diiktiraf sebagai Sekolah Cemerlang daripada Kementerian Pelajaran pada tahun 2009 kini mempunyai 664 orang murid, 65 guru dan 30 kakitangan. Dalam bidang sukan jelasnya, hoki yang menjadi bidang kebitaraan turut menaikkan imej SMSD apabila enam pemain hoki perempuan sekolah itu terpilih untuk mewakili daerah Dungun ke peringkat negeri pada tahun lalu.

JKM keluar kad baru untuk OKU J

Haji Ahmad Razif berkenalan dengan guru ETA selepas Majlis Penyerahan Guru ETA kepada 17 pentadbir sekolah di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Tambah guru ETA - Razif K erajaan negeri akan menjalinkan kerjasama dengan Australia dan United Kingdom (UK) dalam usaha menggandakan jumlah pengambilan pembantu pengajar bahasa Inggeris (ETA) di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abd. Rahman, berkata kerjasama itu dijangka bermula secara rasmi tahun depan. Katanya, kerajaan negeri sukar mendapatkan lebih ramai guru bahasa Inggeris menerusi program anjuran Jawatankuasa Kerjasama Pendidikan Malaysia-Amerika Syarikat (MACEE) itu kerana terikat dengan kuota. ``Sejak program ETA ini dilaksanakan di Terengganu pada 2009,

jumlah keseluruhan tenaga pengajar ETA seramai 89 orang termasuk 17 peserta untuk tahun ini. ``Bagaimanapun, jumlah ini sebenarnya masih kecil bagi memenuhi hasrat besar kerajaan negeri memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan anak negeri,'' katanya selepas Majlis Penyerahan Guru ETA kepada 17 pentadbir sekolah di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama, Kaunselor Kedutaan Amerika Syarikat, Scoot Rauland. Program ETA yang dirintis di Terengganu telah diambilalih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun ini untuk diperluaskan ke tiga negeri termasuk Pahang (16) dan Johor (17).

B

BN sasar 29 kerusi Dun, sapu bersih Parlimen

arisan Nasional (BN) Terengganu yakin akan memperoleh kemenangan lebih besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan menyasarkan 29 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said yakin kesemua lapan kerusi Parlimen dapat dikuasai BN bagi mengukuhkan kerajaan di peringkat Pusat. Pengerusi BN negeri itu menegaskan, sasaran berkenaan bukan seka-

dar angka tetapi berasaskan perkembangan semasa yang cukup menyakinkan. Beliau merujuk kepada perpa-duan dalaman BN dan Umno yang kian mantap, sikap yang ditunjukkan rakyat tanda sokongan dengan pelbagai peluang dan kemudahan untuk memajukan diri.

FOTO Zulkipli Putra | zulfoto2008@gmail.com

MB bancuh teh tarik Aksi Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said membikin teh tarik di salah sebuah gerai makan berhampiran Pasar Bandar Marang, Terengganu. Beliau mengambil kesempatan itu sebaik tiba untuk bersarapan bersama rakyat pada Program Lawatan Kerja Ke Kawasan Majlis Daerah Marang, baru-baru ini.

``Pembangkang juga tidak mempunyai banyak modal untuk memburuk-burukkan kerajaan dan pimpinan selain janji-janji mereka tidak berasas,'' katanya di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Umno dan BN kini menguasai 24 daripada 32 dan tujuh daripada lapan kerusi Parlimen manakala selebihnya

dikuasai Pas. Dato' Seri Haji Ahmad me-negaskan, Pas kini cuba melakukan perang saraf dengan memberi gambaran kononnya perpaduan dalam Umno cukup teruk. ``Tujuan mereka berbuat demikian untuk menaburkan kebimbangan dalam kalangan rakyat,'' katanya.

abatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri memperkenalkan kad keahlian Orang Kelainan Upaya (OKU) yang baru bercirikan keselamatan dan lebih tahan lama kepada kira-kira 10,000 ahlinya yang berdaftar tahun ini. Pengarah JKM negeri, Encik Zuhaimi Omar, berkata kad keahlian OKU baru yang bersaiz dan bercirikan seperti kad pengenalan diri itu mula diperkenalkan sejak Ogos lalu bagi menggantikan kad sedia ada yang berbentuk plastik. Katanya, pada masa ini lebih 1,000 ahli telah menukar kad keahlian tersebut dan yang lain dijangka selesai menukarnya menjelang Julai tahun depan. ``OKU boleh mengunjungi ke semua pejabat JKM negeri dan daerah serta 40 Pusat Khidmat Komuniti di seluruh negeri bagi memudahkan penukaran kad kedahlian yang baru,'' katanya. Sehubungan itu katanya, pihaknya berharap semua OKU dapat menukar segera kad keahlian yang lama kepada yang baru yang diberikan secara percuma,'' katanya pada majlis Sambutan Hari OKU di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa, Pulau Duyong, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Beliau juga mahu golongan OKU yang belum mendaftar dapat berbuat demikian kerana banyak manfaat yang diperolehi apabila menjadi ahli. Tambahnya, banyak kemudahan yang disediakan kerajaan kepada golongan itu termasuk lebih 30 kemudahan yang boleh diperolehi ahli antaranya tambang pengangkutan. Beliau berkata, JKM menganggarkan masih ramai OKU yang tidak mendaftar dengan JKM , walaupun pelbagai usaha termasuk turun padang dan hebahan dilakukan untuk mendaftarkan mereka. ``Faktor malu di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak-anak cacat masih ada sedangkan banyak peluang yang boleh membantu tuntuk mereka berdikari,'' ujarnya.


4

AM “Samseng jalanan, bukan halangan� S

egelintir pengguna jalan raya dikatakan bersikap samseng apabila mencemuh tindakan pihak penganjur yang menjalankan kempen keselamatan jalan raya kerana menjadi punca pergerakan kenderaan perlahan dan jalan raya sesak. Bagaimanapun, senario itu tidak mematahkan usaha pihak penganjur termasuk Kelab Kebudayaan dan Sukan Kuala Terengganu (Kesun) yang dipengerusikan Dato' Alex Ong bagi meneruskan kempen berkenaan setiap tahun di seluruh Terengganu terutama pada musim perayaan Tahun Baru Cina dan Chap Goh Meh. ``Sesetengah pengguna samseng mereka marahkan kita menjadi penyebab jalan raya sesak teruk. Sedangkan apa yang kita lakukan adalah untuk mengedarkan risalah penting bagi tujuan menyedarkan semua pihak mengenai keselamatan di jalan raya. ``Mereka sepatutnya faham mengenai aktiviti positif kita bagi membantu pihak berkuasa dan agensi kerajaan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya dan tidak sepatutnya komen sedemikian,'' katanya ketika sidang media sempena Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Chap Goh Meh 2012, di depan Medan Selera Padang Negara, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, baru-baru. Turut bekerjasama dalam program terakhir sempena kempen itu adalah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Majlis Keselamatan Jalan Raya dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya. Penaja utama program Mydin Mall selain dibantu Syarikat Nestle dan akhbar Sinar Harian. Katanya, program itu menjadi aktiviti tahunan Kesun bagi menyedarkan orang ramai mengenai keselamatan nyawa ketika pemanduan sekaligus mengedar risalah yang dikeluarkan pihak terbabit mengenai keselamatan ketika di jalan raya. Beliau berkata, usaha positif dan sihat itu juga mampu membantu pihak berkuasa termasuk polis dan JPJ dalam menjayakan matlamat bagi mengurangkan kadar kemalangan serta kematian di jalan raya khususnya pada musim perayaan. Sebanyak 50,000 risalah mengenai kempen berkenaan berjaya diedarkan kepada 50,000 kenderaan termasuk kereta dan motosikal sepanjang program yang menjelajah ke setiap daerah itu berlangsung sejak bulan lalu.

BIL: 54,

Transformasi sektor awam menerusi 50 S - Mazlan Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

S

ilaturahim, sistematik, sohor, sokmo, sokongan, soleh, sopan, spontan, `sporting' dan stamina merupakan 10 lagi konsep S yang baru diperkenalkan kerajaan negeri sebagai teras amalan di kalangan penjawat awam dalam usaha membawa transformasi kepada sektor itu. ``Penambahan 10 S daripada 40 S sebelum ini selaras dengan pembaharuan yang harus dilaksanakan semua penjawat awam,'' kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah ketika berucap di majlis Perhimpunan dan Anugerah Khidmat Cemerlang Bulanan Peringkat Wisma Darul Iman Bagi Bulan Oktober hingga Disember 2011, di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Beliau berkata, silaturahim membawa maksud setiap pegawai dan kakitangan harus sentiasa merapatkan

Dato’ Haji Mazlan ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman, baru-baru ini. hubungan dan ukhwah serta menjalinkan persahabatan yang harmoni, manakala sistematik menjalankan kerja secara tersusun dan teratur. Katanya, sohor pula memerlukan

setiap penjawat awam menghasilkan kerja yang mampu diterima ramai dan mendapat pengiktirafan, selain `sokmo' iaitu mengulangi sesuatu amalan atau kerja dengan kerap kali

1-15 Februari 2012

bagi mencapai tahap dikehendaki. Konsep S yang seterusnya, sokongan iaitu setiap penjawat awam perlu saling memberi penghargaan dan perangsang sesama rakan sejawat atau kepada pekerja bawahan supaya dapat meningkatkan moral serta semangat dalam menjalankan tugas. Manakala S ke-46 ialah soleh yang memerlukan setiap penjawat awam patuh pada arahan ketua, spontan pula kakitangan perlu sentiasa bersedia dan melakukan kerja serta-merta tanpa menunggu arahan semata-mata bagi melancarkan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan. ``S yang ke-49 adalah `sporting', di mana penjawat awam perlu berfikiran terbuka, cergas dan tangkas setiap masa. S terakhir, stamina yang memerlukan kepada daya tahan serta kekuatan fizikal dalam melaksanakan setiap amalan seharian,'' katanya. Sementara itu, seramai 15 kakitangan WDI menerima anugerah khidmat cemerlang bagi tempoh tiga bulan bermula Oktober lalu. Antara penerima anugerah itu ialah pembantu tadbir Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Encik Zulkifli Hashim; Puan Latifah Jusoh pembantu tadbir (Bahagian Agama dan Penerangan), Abu Bakar Abdullah (Khidmat Pengurusan); Encik Ahmad Fadzir Jusoh (Pejabat Menteri Besar); dan Cik Wan Mariam Muhamad pembantu tadbir di Pejabat Kerajaan Tempatan.

Guru unggul cetus inspirasi mantapkan profesion P engiktirafan syarikat korporat, Exxonmobil terhadap 25 guru seluruh Terengganu bagi menerima Anugerah Guru Unggul 2011 mampu menyuntik semangat kumpulan profesional itu untuk terus mencurah jasa dan bakti terhadap bidang pendidikan selain meningkatkan prestasi pengajaran mereka demi melahirkan modal insan yang lebih cemerlang. Seorang penerima anugerah, Puan Aminorzie Che Wail, 35, yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chalok, Setiu, berkata pengiktirafan daripada Exxonmobil itu memberinya semangat, inspirasi dan pemangkin untuk terus berbakti di daerah kelahirannya serta meningkatkan prestasi pelajar di situ supaya lebih cemerlang di masa depan. ``Saya terharu dan tidak jangka akan menerima pengiktirafan yang begitu gemilang. Saya akan terus berbakti di daerah kelahiran saya sendiri serta terus menaikkan bidang pendidikan di Setiu,'' katanya ketika ditemui Teganukita selepas menerima anugerah sempena majlis makan malam syarikat korporat itu, di Hotel Primula

AMINORZIE

YUSNITA

Beach, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Majlis anugerah anjuran syarikat cari gali minyak dan gas terkemuka itu turut dihadiri Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said yang menyampaikan hadiah wang tunai RM1,500, sijil dan plak kepada setiap pemenang. Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abd Rahman serta Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam

NORLIZA Sekitar negeri, Dato' Toh Chin Yaw. Sementara Puan Yusnita Md Yunus, guru bahasa Inggeris di Sekolah KebangsaanSultan Sulaiman I, Kuala Terengganu turut berasa bertuah dan terharu kerana terpilih sambil menyifatkan pengiktirafan itu membuktikan kerajaan dan syarikat korporat sentiasa menyokong dan memandang tinggi peranan guru dalam memartabatkan bidang itu, khususnya di Terengganu. ``Walaupun saya bukan berasal dari Terengganu, namun saya amat berbesar hati dapat mengajar di sini (Terengganu) selain mencurahkan segala keupayaan dan kemahiran saya demi mendidik anak bangsa menjadi

manusia berilmu dan berguna. ``Penganugerahan ini satu platform untuk menampilkan kegemilangan yang diperlukan oleh semua pihak selaras dengan arus globalisasi atau dunia tanpa sempadan,'' katanya yang berhasrat berkongsi kejayaan itu supaya dapat diteladani rakan pendidik yang lain di masa depan. Manakala guru Pemulihan Khas Linus dari SK Wakaf Mempelam, (Kuala Terengganu) Norliza Mat Napiah, berterima kasih kepada kerajaan negeri dan juga Exxonmobil kerana memberi peluang kepada guru membuktikan keunggulan mereka dalam bidang pendidikan melalui anugerah julung kali itu. ``Sebagai guru kelas Pemulihan Khas Linus saya perlu berminat mendekati kumpulan pelajar tegar yang langsung tidak menguasai asas menulis dan membaca ini, selain perlu menggunakan pendekatan paling sesuai supaya mereka mampu belajar dan meningkatkan prestasi. ``Berkat kesabaran saya itulah yang mungkin mencetus kepada pemilihan saya menerima anugerah guru unggul kali ini,'' katanya.

Anugerah APMT iktiraf 74 petugas S

ebanyak lapan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) menerima anugerah APMT Terbaik, baru-baru ini. Lapan APMT yang dipilih mewakili setiap kawasan Parlimen itu termasuklah APMT DUN Jertih dari Parlimen Besut, DUN Permaisuri (Setiu) dan

DUN Teluk Pasu (Kuala Nerus). Bagi Parlimen Kuala Terengganu ia dimenangi oleh APMT DUN Bandar, Kuala Berang (Hulu Terengganu), Rhu Rendang (Marang), Bukit Besi (Dungun) dan DUN Cukai (Kemaman). Anugerah bagi menghargai para petugasnya diadakan di Majlis Makan Malam APMT, disampaikan Menteri Besar,

Dato' Seri Haji Ahmad Said di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Pada majlis itu juga, Ketua Penyelia APMT DUN Kota Putera, Ismail Shafie dan Pembantu Penyelia APMT DUN Manir, Gayah Ismail menerima Anugerah Khas Menteri Besar dengan hadiah pakej mengerjakan umrah.

Petugas APMT menerima anugerah di Majlis Makan Malam APMT yang disampaikan Menteri Besar Terengganu.


5

BIL: 54, 1-15 Februari 2012

EKONOMI

Maidam terima bayaran zakat perniagaan M

ajlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menerima bayaran zakat perniagaan daripada Maybank Islamic Berhad Malaysia di Majlis Penyerahan Zakat di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Wakil Maybank, Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Muzaffar Hashim menyerahkan sejumlah RM600,000 kepada Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Haji Wan Harujan Sulaiman sambil disaksikan Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said. Zakat perniagaan yang diserahkan Maybank itu merupakan agihan sama rata iaitu sebanyak RM600,000 di setiap negeri. Dato' Seri Haji Ahmad berkata, pihaknya bersyukur kerana jumlah zakat perniagaan yang diterima Maidam pada setiap tahun semakin meningkat.

``Peningkatan ini membuktikan ekonomi penduduk dan syarikat perniagaan di negara ini khususnya Terengganu bertambah baik.’’ Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. ``Peningkatan ini membuktikan ekonomi penduduk dan syarikat perniagaan di negara ini khususnya Terengganu bertambah baik,'' katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

FOTO Zulkipli Putra | zulfoto2008@gmail.com

Dato’ Seri Haji Ahmad Said (tengah) menyaksikan penyerahan zakat perniagaan daripada Maybank Islamic Berhad Malaysia sebanyak RM600,000 yang diwakili Muzaffar Hashim kepada wakil Maidam, Haji Wan Harujan (kanan) sambil disaksikan SUK negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah.

BISNES Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

E

rti kemiskinan, kepayahan dan kesusahan kini tiada lagi dalam kamus hidup pasangan suami isteri, Mohd Rashid Mohd, 58 dan Rohani Mohd Zain, 54 berikutan kini mereka mampu memperoleh pendapatan lumayan hasil jualan sate ikan. Mereka berdua cekal mempertahankan perniagaan yang diusahakan selama 33 tahun itu walaupun pelbagai rintangan dan dugaan dilalui termasuk satu ketika dulu dicemuh masyarakat setempat yang menyatakan apa yang dijual itu `sate kucing' dan `sate katak'. Berkat kesabaran, pemilik Sate Ikan Kak Ning itu kini bukan saja mampu membesarkan tujuh orang anak dengan sempurna malah dapat menambah cawangan perniagaan, selain mampu menunaikan ibadat haji hasil perniagaan itu. Sate Ikan Kak Ning yang beralamat di Kampung Bukit Berangan, Tepoh dan Kampung Raja, Chendering mendapat sambutan cukup menggalakkan daripada puluhan peniaga dan penjaja tempatan. Sebanyak 100 kilogram ikan selayang dan ikan tambam digunakan bagi menghasilkan 18,000 cucuk sate ikan setiap hari semata-mata mahu memenuhi permintaan pasaran. Encik Rashid berkata, bukan semudah yang disangka untuk dia dan isteri merasai keselesaan berniaga seperti dikecapi hari ini kerana terpaksa

Sate ikan Rashid laris

melalui pelbagai dugaan dan rintangan. ``Rintangan paling sukar adalah menangkis tohmahan masyarakat yang memandang negatif terhadap sate ikan sedangkan bahan yang dihasilkan itu semuanya halal. ``Ejekan, `orang itu jual sate kucing atau sate katak' masih terngiang-ngiang di telinga saya ketika menjaja makanan itu di serata kampung dan sekolah lebih 20 tahun lalu dengan menggunakan beca tua,'' katanya. Walaupun sedih dan cukup terasa, beliau tetap bersabar sambil mendoakan supaya apa yang diusahakan ini mendapat keredhaan Allah s.w.t. Sementara itu Rohani yang juga pemilik resipi turun temurun itu berkata, bahan mentah untuk menghasilkan produk itu mudah didapati di sekitar daerah ini. ``Walaupun sudah mem-

punyai beberapa buah mesin, proses menggaul adunan masih dilakukan secara tradisional kerana kekurangan modal untuk membeli mesin baru. ``Setelah dibentuk menjadi bebola, ia digoreng dengan minyak dan dicucuk pada lidi membentuk sate dan kemudian diagihkan kepada penjual yang boleh disimpan dalam peti sejuk sehingga seminggu,'' jelasnya. Jika dahulu katanya, ada yang beranggapan sate ikan adalah resipi untuk `kelas

Rashid bersama isterinya gigih mengusahakan sate ikan di Kampung Bukit Berangan, Tepoh.

bawahan' yang dijual di ceruk kampung bagi menggantikan sate ayam dan daging yang harganya lebih mahal tetapi sekarang ia menjadi pilihan segenap lapisan masyarakat. ``Sekarang produk ini digemari oleh pelbagai peringkat termasuk menjadi hidangan di restoran mewah serta mampu mengembalikan cerita lama zaman persekolahan generasi dewasa,'' jelasnya.

FOTO Harish Fadzillah | harishfadzillah@ gmail.com

PPK Marang tuai hasil tahun ini Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

P

ertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Marang dijangka memperolehi hasil pertama projek tanaman kelapa sawit di Bukit Tebuang, Kampung Jenang Marang, tahun ini. Pengurus Besarnya, Encik Ahmad Anuar Abdullah (gambar), berkata 50 peratus daripada 1,110 pokok kelapa sawit yang melibatkan kawasan seluas 7.5 hektar sudah pun mengeluarkan hasil, manakala 50 peratus lagi dijangka mengeluarkan hasilnya pada tahun depan. Katanya penuaian buah sawit pertama akan dilakukan pertengahan tahun ini, dijangka memberi hasil lebih 50 tan metrik dan dianggarkan bernilai lebih RM30,000. Projek itu melibatkan unit peladang Kampung Barat, Kampung Tok Fakir, Kampung Jenang, Kampung Pengkalan Berangan dan Kampung Bukit Baru, yang melibatkan 40 peserta. Selain kelapa sawit, PPK Marang juga memberi tumpuan kepada projek komoditi yang lain seperti tanaman tembikai, jagung, pisang, padi di samping projek ternakan lembu, kambing, ayam dan burung walit. ``Projek atau program pengurusan Mini Estet Padi (MEP) telah bermula pada 2010 yang melibatkan kawasan 180.51 hektar daripada sejumlah 512.78 hektar dan pencapaian hasil terbaik dalam musim itu ialah 494.74 tan metrik,'' katanya. Unit-unit yang terlibat dalam projek tanaman padi itu termasuklah unit peladang Kampung Barat/Tuman Bukit Kulim, Jerong Tuan, Bukit Kolam, Kubu, Bukit Parit dan Temiang. Katanya, projek itu bertujuan menambahkan pendapatan para penanam padi di daerah Marang khasnya di samping membantu kerajaan negeri untuk mencukupkan bekalan beras dalam negeri bagi mengelak kebergantungan beras dari luar. PPK Marang juga berterima kasih kepada Bernas yang meluluskan sistem Satu Buku MEP PPK Marang kerana dengan sistem ini pengurusan MEP dapat berjalan lancar bagi kepentingan semua petani yang mengikuti program berkenaan.


6

BIL: 54,

1-15 Februari 2012

RENCANA

Cakna atau prihatin belia

Catatan Pengarang

K

erajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu di bawah pimpinan Dato' Seri Haji Ahmad Said adalah sebuah kerajaan yang amat cakna atau prihatin kepada golongan belia. Strategi kerajaan untuk memelihara kesejahteraan rakyat adalah termasuk memberi kesejahteraan kepada golongan muda-mudi atau belia. Menurut Dato' Seri Haji Ahmad, golongan belia adalah pemangkin transformasi dan sebab itulah bagi memperkasakan golongan ini beliau telah sekali lagi dalam bajet 2012 meluluskan sebanyak RM30 juta khusus untuk pembangunan belia. Kita melihat Menteri Besar dan Exco Belia dan Sukan, YB Rozi Mamat sentiasa turun padang bersama golongan belia untuk mempastikan segala apa yang dirancang mencapai sasaran dan

ANALISIS

matlamat, di samping turut merasai denyut nadi golongan ini. Apa yang kita harapkan ialah supaya belia berasa selesa dengan kerajaan BN dan menjadi terlalu dekat di hati mereka. Apa yang mereka harapkan juga ialah peluang pekerjaan untuk jaminan masa depan mereka, justeru itu kerajaan negeri juga berusaha berbuat demikian. Program promosi pelaburan dan menaiktaraf infrastruktur di kawasan perindustian sedia ada sedang dijalankan. Pada tahun 2010 sebanyak 44 buah projek telah diluluskan melibatkan modal pelaburan berjumlah RM2.86 bilion dan mampu member 7,966 peluang pekerjaan. Apa yang penting, para belia jangan berfikir

Oleh: Pengarang Teganukita am_ukom@gmail.com

untuk `makan gaji' atau menjadi penjawat awam semata-mata, tetapi mereka perlu memasuki juga ruang sektor swasta dan boleh bergerak ke arah menjadi usahawan yang berkesan dan cemerlang. Kepada orang mudalah akan menentukan masa depan bangsa dan negara. Dalam Islam juga, kita diminta berbuat baik dan mendamping orang muda, para belia, bahkan di zaman Rasulullah S.A.W mereka (angkatan muda) adalah pejuang yang sentiasa berada bersamasama membantu visi dan misi perjuangan Islam menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Terima kasih kepada semua yang cakna dan prihatin kepada golongan belia.

? ? ? i g a l k o d t a Ing

Kezaliman yang tidak dilupakan

S

Terbitan : Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Jalan Pejabat, 20200 Kuala Terengganu. Tel: 09 - 631 3502 | 09 - 623 0582

Sidang Redaksi

alah satu kezaliman terbesar yang dilakukan oleh parti yang mendakwa hendak melaksanakan negara dan negeri kebajikan ialah dengan menghalau kanakkanak tadika Kemas yang tidak berdosa dari premis kerajaan negeri. Semasa berkuasa awal tahun 2000, kanak-kanak tadika Kemas dihalau dari balai raya dan lain-lain premis (bangunan) yang menjadi milik kerajaan negeri Terengganu atau anak syarikatnya. Ia membabitkan 391 premis (bangunan) dan 10,000 pelajar. Kejadian 12 tahun lalu itu sudah tentu menginsafkan rakyat untuk berhati-hati dalam memilih kerajaan dan ia

Kanak-kanak Tadika Kemas yang tidak berdosa menjadi mangsa dendam

Tadika di sebuah ladang anak syarikat kerajaan negeri terpaksa menumpang di rumah sewa. Tadika Kemas terpaksa menumpang di kedai kopi.

Kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun yang tidak berdosa menjadi mangsa.

tidak boleh dibuat sesuka hati. Kanak-kanak itu mungkin pada masa ini berusia 17 PENAUNG:

YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said Menteri Besar Terengganu. YB Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

atau 18 tahun dan tentunya masih ingat tragedi tersebut dan kalau mereka tidak ingat, keluarga mereka, ibu bapa, PENASIHAT: Haji Shamsuddin Sulong Pengarah Unit Komunikasi.

PENGARANG:

Ruslan Abdul Rahman Timbalan Pengarah Unit Komunikasi.

PEN. PENGARANG 1: Kamaruddin Mat Akib (Media Baru).

PEN. PENGARANG 11: Aida Abd. Rahman (Akhbar Teganukita).

siri 1

abang dan kakak mereka boleh kembalikan ingatan pahit dari sebuah pemerintahan yang zalim itu. Rakyat tidak mahu penderitaan seumpama ini berulang lagi. Ini hanya satu dari beberapa kezaliman yang begitu banyak dilakukan oleh golongan yang bertopengkan Islam dan setelah berkuasa topeng itu terbuka dan terbongkarlah segalanya yang sebenar. Justeru itu, rakyat jangan terpedaya lagi dengan janji janji manis yang kini ditaburkan kepada rakyat, jika diberikan kuasa semula. Hadis Nabi ada mengatakan yang orang Islam tidak masuk lubang biawak kali kedua, bermaksud tidak boleh tertipu beberapa kali, yang lepas perlu dijadikan iktibar dan pengajaran. WARTAWAN:

JURUFOTO:

Esah Abdullah Zulkipli Putra Suriati Ali Harish Fadzillah Fauzi Mohd Hj. Mohamad Ishak (Besut) Amirullah Othman (Marang) Hazwan Rosli (Dungun) Mastura Jamaluddin (H. Terengganu) Nurul Aziella Saberi (Kemaman)


BIL: 54,

7

1-15 Februari 2012

RENCANA

PM sertai kayuhan belia D ato' Sri Mohd Najib Tun Razak bersama lebih 500 pengayuh basikal dari seluruh daerah di negeri ini menyertai aktiviti berbasikal sempena lawatan sehari beliau ke negeri ini baru-baru ini. Turut serta Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said; Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta para pemimpin Umno setiap bahagian. Kayuhan itu bermula di hadapan Hotel Grand Continental di sini dan

berakhir di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu dengan jarak perjalanan hampir satu kilometer. Terdahulu, Perdana Menteri sempat meluangkan masa untuk beramah mesra dengan beberapa penunggang basikal yang kelihatan gembira menyambut kedatangan beliau. Dato' Sri Mohd Najib juga sempat melancarkan logo untuk Kelab Basikal Terengganu yang berada di bawah naungan Kelab Remaja Terengganu sebelum kayuhan bermula.

Perdana Menteri berkayuh bersama belia yang juga ahli Kelab Basikal Terengganu.

BELIA Hadiah BELIA trek motor sana sana sini B sini

Hadtreiakhmotor

Oleh: Kamarudin Mat Akib dinmatkib@yahoo.com

``H

adiah'' berupa trek lumba motor cross menunggu penduduk Rhu Rendang jika pengundi di kawasan berkenaan memilih calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata projek pembinaan trek lumba motor cross di Kampung Gong Cempedak, Jalan Batangan, akan diteruskan jika kawasan tersebut yang sejak sekian lama dikuasai Pas, dimenangi BN pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, kawasan itu akan dibangunkan sebagai litar tetap kejohanan lumba motor lasak yang akan menarik orang ramai setiap kali program diadakan di situ. ``Jika kawasan ini dimajukan, penduduk Rhu Rendang akan mendapat banyak faedah di segi peluang pekerjaan, termasuk membuka ruang niaga kerana kawasan ini akan menjadi lokasi kejohanan sukan lasak seperti motor cross, pacuan empat roda dan scrambler,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan di kawasan itu yang akan dijadikan lokasi kejohanan ``DR 4 x 4 Ranggok'' peringkat antarabangsa bermula dari 9 Mac hingga 11 Mac depan.

Kira-kira 1,800 peserta, termasuk dari luar negara akan menyertai kejohanan terbabit yang melibatkan perlumbaan motor cross, 4 x 4 dan mountain bike, yang bertujuan menarik pelancong ke negeri ini. Selain itu, Menteri Besar berkata, lebih banyak projek pembangunan akan dilaksanakan kerajaan negeri jika BN dapat merampas semula kawasan DUN tersebut pada pilihan raya umum akan datang. ``Kita mahu laksanakan banyak projek di kawasan ini, tetapi penduduk mestilah menunjukkan sokongan kepada kerajaan supaya kita dapat membantu mereka,'' katanya.

aucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta penuntut seluruh Malaysia turut dinikmati 7,431 pelajar Universiti Malaysia Terengganu. Baucar berkenaan disampaikan oleh melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.49 juta disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran dan Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri,

7,431 pelajar UMT terima BB1M Haji Ahmad Razif Abd Rahman, baru-baru ini. BB1M yang bernilai RM200 mula diagihkan sejak 1 Januari dan sah digunakan sehingga 31 Mac ini yang diumumkan Perdana Menteri , Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2012 bertujuan membantu pelajar membeli pelbagai bahan bacaan yang berfaedah untuk kegunaan pembelajaran kumpulan itu.

Haji Ahmad Razif mengingatkan para pelajar berkenaan memanfaatkan pemberian baucar tersebut dengan sebaik-baiknya. Turut pada majlis penyampaian baucar itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof Dr Yahaya Ibrahim. Selain pelajar universiti, pelajar Tingkatan Enam, Matrikulasi, Asasi, Politeknik dan institusi pengajian tinggi swasta juga mendapat manfaat BB1M yang melibatkan peruntukan kira-kira RM260 juta seluruh negara.

Pengagihan BB1M merupakan hadiah Perdana Menteri kepada para pelajar universiti, Tingkatan Enam, Matrikulasi, Asasi, Politeknik dan IPT swasta.

YB Rozi melancarkan Kelab Fixie N.21 Telemong. Lebih 400 belia menyertainya.

Belia boleh menarik nafas lega apabila kerajaan negeri bersetuju untuk meneruskan pembinaan trek lumba motor cross di Kampung Gong Cempedak, Jalan Batangan, Marang.

Wali Band akan jelajah Terengganu K

umpulan muzik pop kreatif tersohor dari Indonesia, Wali Band bakal mengadakan konsert jelajah di empat daerah di Terengganu pada Mac ini. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata konsert percuma itu akan bermula di Kemaman sebelum meneruskan jelajah ke Besut, Hulu Terengganu dan berakhir di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.

Menurutnya, kumpulan yang ditubuhkan pada Oktober 1999 itu dipilih kerana elemen seni dan muzik yang dipersembahkan mampu mendidik masyarakat dengan lagu berkonsepkan ketuhanan serta irama nasyid. ``Pendekatan ini dilihat boleh menjadi wadah untuk menarik minat golongan belia berkumpul dan bergaul secara positif kerana Kerajaan negeri memahami cita rasa orang muda ``Karya seni lima anak muda memang diminati golongan muda di negeri ini memandangkan mereka bermula dari sebuah sekolah pondok di Indonesia sebelum melanjutkan pengajian ke

Universiti Islam Syarif Hidayatullah,'' katanya. Tambah Dato' Seri Haji Ahmad, konsert anjuran kerajaan negeri itu akan dikendalikan beberapa badan bukan kerajaan (NGO), persatuan kesenian dan kebudayaan serta Pergerakan Pemuda Umno Terengganu. ``Bagi pusingan kedua, Wali Band yang banyak menyampaikan mesej-mesej Islam di dalam kebanyakan lagunya akan meneruskan persembahan mereka di daerah Dungun, Marang dan Setiu,'' jelasnya sambil memberitahu tarikh dan lokasi persembahan akan dimaklumkan kemudian.


8

BIL: 54,

1-15

RENC

20,00 Maulidur R Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

S FOTO Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah | am_ukom@gmail.com

ambutan Maulidur Rasul 2012 peringkat negeri di Stadium Negeri baru-baru ini berlangsung meriah dengan catatan rekod penyertaan luar biasa apabila lebih 20,000 umat Islam dari seluruh negeri berkampung di majlis itu. Majlis bagi menjujung kebesaran Rasulullah s.a.w. itu dimeriahkan dengan acara perarakan yang bermula seawal jam 8 pagi pagi melibatkan hampir 400 organisasi dan kontinjen. Daripada jumlah itu, 288 kontinjen mewakili Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), syarikat swasta (12), pasukan

beruniform (6), sekolah dan institusi pengajian tinggi (40), jabatan Kerajaan Persekutuan (28) dan jabatan kerajaan negeri (23). Turut serta, Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berarak sejauh kira-kira dua kilometer, bermula dari Dataran Shahbandar ke perkarangan Stadium Negeri, diketuai Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said. Pada majlis itu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah, umat Islam di negara ini akan berpecah belah seperti pergolakan yang berlaku di Mesir dan Syria jika tiada persefahaman dalam usaha mengukuhkan perpaduan ummah. Tuanku turut mengingatkan, umat

Islam supaya dan tidak me eka dianiaya mangsa ser tertentu khu Islam. ``Kita uma bersatu dan perbezaan fa kita berpeca usnya memb kepada mus nyerang kit Sempena s pelbagai ac termasuk p menulis, pid khat, mewa sajak dan sy sekolah me dah dan insti tinggi. Bagi perta riaan dan keb perkuburan


9

Februari 2012

CANA

00 Rasul

meriahkan

a bersatu teguh embiarkan mera dan menjadi rangan anasir ususnya musuh

Kampung Gong Terap, Setiu di tempat pertama, Kampung Bukit Wan, Kuala Terengganu (Kedua) dan Kampung Guntong Luar, Setiu (Ketiga). at Islam kena Pemenang pertama memjangan kerana bawa pulang wang tunai ahaman politik, RM5,000, RM3,000 (Kedua) ah belah seter- dan RM2,000 (Ketiga) serta buka peluang sijil penghargaan. suh Islam me- Bagi pertandingan perarata. kan, Yayasan Islam Terengsambutan itu, ganu memenangi Kategori cara diadakan Jabatan Kerajaan Negeri pertandingan dan Badan Berkanun Negeri, dato, menulis Kategori Jabatan Kerajaan arna, menulis Persekutuan dan Badan yair peringkat Berkanun Persekutuan enengah, ren- (Jabatan Pelajaran Negitusi pengajian eri), Kategori Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi andingan kece- (Sekolah Menengah Agama bersihan tanah Atas Sultan Zainal Abidin). n, ia diungguli

Lawatan PM bakar semangat juang Oleh: Kamarudin Mat Akib dinmatkib@yahoo.com

L

awatan sehari Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, ke Terengganu pada 3 Februari lalu, membakar semangat juang pemimpin dan jentera Umno serta Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan pemerintahan negeri ini pada Pilihan Raya Umum akan datang. Dengan tumpuan kepada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai pembangkang, kehadiran pemimpin nombor satu negara itu, bakal mengubah lanskap politik di tiga kawasan tersebut, khususnya Rhu Rendang dan Batu Buruk. Kedua-dua DUN berkenaan dimenangi Pas sejak lebih 20 tahun lalu manakala DUN Ladang jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-12. Sewaktu berucap di DUN Rhu Rendang dan Batu Buruk, Perdana Menteri, secara terang-terang meminta pengundi di kawasan berkenaan supaya memberi peluang kepada calon BN pula pada pilihan raya akan dating. Beliau mengingatkan pengundi supaya tidak membazir undi mereka dengan memberikan kepada calon Pas kerana sudah terlalu banyak bukti bahawa parti itu tidak mampu membela nasib rakyat negeri ini. ``Masihkah Kau Ingat apa yang berlaku sewaktu negeri ini diperintah oleh Pas (pada tahun 1999),'' tanya beliau kepada kira-kira 10,000 penduduk tempatan yang berada di Sekolah Menengah Seri Nilam, pada Program Perdana Menteri Bersama Rakyat Dun Batu Buruk. Turut hadir pada majlis itu, isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Sri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said dan isteri, To' Puan Seri Norliza Mahmud; Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato'

Haji Mazlan Ngah; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang. Perdana Menteri berkata, rakyat tidak perlu tertipu dengan slogan ``Membangun Bersama Islam'' yang dicanang oleh Pas kerana itu hanya mainan politik saja, sedangkan tiada pengisian ke arah itu. Beliau mahu pemimpin BN bersatu dan akur dengan pilihan pucuk pimpinan parti dalam menentukan calon pada pilihan raya akan datang agar DUN yang dimenangi pembangkang dapat dirampas semula BN dan pada masa yang sama terus memerintah negeri Terengganu. Sebelum itu, beliau bersama-sama pemimpin Umno dan BN negeri, menaiki bas dua tingkat ke DUN Rhu Rendang untuk beramah mesra dengan rakyat kawasan itu dan menyampaikan bantuan kebajikan serta Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Perdana Menteri turut menunaikan solat jumaat di Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu dan menghadiri jamuan rakyat di perkarangan masjid sebaik selesai solat Jumaat yang dihadiri lebih 3,000 orang, sebahagian besarnya penduduk DUN Ladang. Selepas selesai beramah mesra dengan penduduk DUN Batu Buruk, Perdana Menteri menyertai aktiviti berbasikal dari Hotel Grand Continental ke pasar minggu di Taman Syahbandar bersama pemimpin parti dan Pemuda Umno. Beliau sempat bertanyakan khabar peniaga yang menjalankan perniagaan di situ dan beramah mesra dengan pengunjung. Sebelum berlepas pulang, Perdana Menteri menghadiri satu perjumpaan tertutup dengan pemimpin kanan parti BN serta Umno Perhubungan Terengganu, empat peringkat (Wanita, Pemuda, Puteri) di Hotel Primula Beach Resort.


10

BIL: 54,

1-15 Februari 2012

PELANCONGAN

Pantai Telok Bidara gamit pelancong

DESAKU

Kampung dalam bandar kekal tradisi

RIADAH Oleh: Suriati Ali

Oleh: Esah Abdullah

aliasuriati@yahoo.com

P

antai Telok Bidara di Kampung Seberang Pintasan, Dungun memiliki tarikan dan aura tersendiri dalam memikat hati pengunjung untuk meluangkan masa serta beristirehat. Batu besar yang berada di pesisiran pantai seakan menggamit pengunjung supaya singgah walaupun seketika. Jika singgah pasti mereka tertarik dengan panaroma semula jadi, air laut yang jernih membiru, tiupan angin sepoi-sepoi dan pasir yang memutih mengindahkan landskap alam. Pantai yang sememangnya sering menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar Terengganu itu terletak berhampiran Tanjong Jara Beach Resort dan

esahukom@yahoo.com

mail.com

to2008@g FOTO Zulkipli Putra | zulfo

Pantai Batu Pelanduk, Di hujung pantai itu terdapat rumah api yang mempunyai reka bentuk cukup unik. Pemandangan di sini menjadi lebih cantik jika dilihat dari puncak bukit tersebut. Tidak ketinggalan turut terpilih sebagai lokasi penggambaran drama dan filem terkenal. Pendekatan itu secara tidak langsung mampu mempromosikan kecantikan dan keindahan pantainya kepada masyarakat di serata tempat. Jarak pantai ini dari Kuala Dungun hanya dua kilometer dengan melalui jambatan yang

menghubungkan Seberang Pintasan dan Kuala Dungun. Untuk kemudahan pengunjung, beberapa kemudahan seperti bilik persalinan, pondok rehat, tandas awam, gerai menjual makanan dan minuman. Malah, pantai itu juga cukup sesuai untuk aktiviti sukan seperti bola sepak pantai dan bola tampar. Lagi menggembirakan sekiranya dapat meluangkan masa untuk berkelah dan mengadakan barbeku bersama rakan dan insan tersayang.

Beginilah indahnya panorama atau landskap alam yang boleh dilihat dari atas bukit berhampiran Pantai Telok Bidara, Dungun, Terengganu yang pasti membuatkan ada terpengun seketika.

S

uasana kampung tetap terasa walaupun berada di pusat bandar, dilimpahi cahaya lampu terutama bila ada aktiviti keramaian dan sikap saling membantu kalangan masyarakat begitu terserlah antara golongan pertengahan atau generasi muda. Walaupun kehidupan hari ini banyak berubah setelah Kuala Terengganu diiktiraf sebagai sebuah bandar raya namun usaha menyemarakkan suasana kampung, saling mengambil cakna antara jiran tetangga tetap menjadi amalan masyarakatnya. ``Berbanding 20 tahun lalu, memang generasi hari ini membesar dalam percikan cahaya yang menerangi bandar raya, tetapi selaku ketua kampung yang diamanahkan, menjadi tanggungjawabnya mengekalkan warisan nenek moyang, menjaga budi bahasa budaya kita,'' kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Encik Adnan Salleh, 52. Jawatankuasa kampung tidak pernah abaikan kebajikan penduduk dan cuba memenuhi keperluan asas mereka melalui pelbagai cara termasuk membaiki rumah, keperluan harian bagi warga emas, bantuan kebajikan golongan miskin dan sebagainya. Kampung Ladang Sahak mempunyai kepadatan penduduk 100 keluarga dengan keluasan kira-kira empat hektar yang bekerja makan gaji dalam pelbagai sektor awam, swasta, badan berkanun serta bekerja sendiri. Manakala aktiviti remaja dilihat menjurus pada kegilaan masa kini mengayuh basikal fixie secara berkumpulan, namun JKKK sentiasa mengawasi gerakan kumpulan ini supaya tidak terjerumus ke arah negatif. Katanya selaku orang tua, dia menghormati minat dan kecenderungan

golongan ini dan sentiasa menyokong dari belakang termasuk membantu mencari dana selagi tidak mendatangkan kemudaratan terhadap keharmornian masyarakat setempat. Peranan Wanita dan Puteri tidak pernah terhenti dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim kalangan penduduk dengan mewujudkan kumpulan pembaca Yasin yang bergerak dari rumah ke rumah. ``Memegang slogan kampung kita tanggungjawab kita, kerjasama erat antara sayap parti dan NGO dilihat memberi kesan mendalam terhadap perpaduan dalam kampung,'' katanya. Segala isu berbangkit ditangani sebaik mungkin sama ada mengadakan mesyuarat khas atau mengatur majlis santai sambil memberi penjelasan. ``Tidak dinafikan setiap ada penyokong tentu ada pembangkang, selaku ketua dalam kampung kita perlu sentiasa senyum biar pun pahit dan tahap kesabaran juga berada pada paras setinggi Gunung Kinabalu,'' ujarnya.

ADNAN SALLEH


Fiqh menghidupkan sunah Nabi s.a.w

Y

a Allah, limpahkan rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhammad. Limpahkanlah rahmat dan salam kesejahteraan kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita sering mengucapkan selawat dan salam (SNS) kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w. Nabi dan Rasul akhir zaman yang diutuskan oleh Allah sebagai Rahmatan Lil'Alamin. Sebagai rahmat kepada sekelian alam. Kita yakin dan percaya bahawa dengan mematuhi perintah Allah supaya diperbanyakkan ucapan SNS itu, hati kita mampu tenang damai. Pasti dikurniakan barakah dan rahmat. Dipermudahkan segala urusan dan dicintai Allah serta RasulNya. Kerana itu, tidak semua orang mampu mengucapkan SNS secara berterusan kecuali mereka yang benar-benar menyintai Baginda dengan sepenuh hati. Dalam kesibukan kita mengurus atur pekerjaan seharian, kita juga berdoa semoga Allah , memperteguhkan keimanan kita untuk terus menghidupkan sunnah-sunnah Nabi s.a.w. Sunah Nabi itu bukan setakat memilih jenis-jenis pakaian, cara berpakaian dan menghidupkan amalan-amalan sunat tetapi yang lebih besar daripada itu bagaimana membangunkan umat ini dan mengeluarkan mereka daripada himpitan kejahilan, kemiskinan, keruntuhan akhlak, kehilangan norma-norma murni sebagai pegangan hidup, ketidaksefahaman, ketaksuban, perpecahan, persengketaan dan perbalahan yang boleh mengakibatkan peperangan dan kemusnahan negara seperti yang berlaku di beberapa buah negara Islam mutakhir ini. Hari ini baru kedengaran suara penduduk negara Islam Iraq dan Libya yang menangisi kematian pemimpin mereka. Mereka berkata, kalaulah Saddam Hussein dan Muammar Ghadafi masih hidup, nescaya....Setelah mereka sendiri melihat betapa ramai rakyat mereka terkorban. Betapa banyak darah manusia sebangsa dan seagama mereka mengalir di jalanan. Betapa ramai anak-anak yang mati di pangkuan. Betapa banyak rumah-rumah kediaman serta bangunan-bangunan musnah dan dihancurkan oleh musuh-musuh umat Islam. Bahkan bagaimana mereka hanya mampu mengeluh dan melihat sahaja hasil mahsul negara mereka dikuasai dan dirompak secara moden oleh tangan-tangan kuffar Yahudi dan Nasara yang tidak pernah merasa belas kasihan kepada umat Islam. Kerana itu, menjadi kewajipan kepada seiapa setiap warga negara ini yang benar-benar cintakan Allah dan RasulNya memikul galas amanah negara kita. Sebagaimana sirah perjuangan Rasulullan s.a.w yang bermula dengan membebaskan umat manusia daripada perbuatan syirik sehinggalah Baginda berjaya membentuk sebuah negara Islam Madinah al-Munawwarah yang aman dan damai dan mendapat keampunan Ilahi. Justeru, dalam konteks hari ini, kita perlu bersyukur sebanyak-banyaknya kepada Allah s.a.w kerana Tanah Melayu ini telah dimerdekakan oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang beragama Islam. Dengan kesedaran agama dan kebijaksanaan yang

dimiliki, mereka telah meletakkan agama Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan Negara kita, bagi membolehkan syiar Islam dilaksakan dan dikembangkan dari semasa ke semasa. Andai kata negara kita dimerdekakan oleh komunis atau mereka yang bersekongkol dengan mereka, kita yakin umat Melayu Muslim tidak akan berpeluang untuk memerintah bumi yang bertuah ini. Inilah amanah Allah dan inilah ketentuan Allah s.w.t. Sejak merdeka pada tahun 1957 hingga ke hari ini, negara kita dipimpin oleh para pemimpinpemimpin beragama Islam. Walaupun berbagaibagai kecaman, hentaman dan fitnah demi fitnah ditimbulkan, namun Allah masih belum mengizinkan tangan-tangan pembohong untuk memegang tampuk pemerintahan negara ini. Kenapa? Kerana sesungguhnya Allah Maha Tahu, siapakah yang benar-benar beriman dan beramal soleh di kalangan kita. Di dalam surah al-Nuur (cahaya) Ayat 55, Allah s.w.t telah menjanjikan kuasa memerintah akan dikurniakan kepada mereka yang beriman dan beramal soleh. Bukan untuk menuduh atau mengata kepada sesiapa, tetapi marilah dengan minda yang terbuka dan jiwa yang tenang, kita renungi bersama firman Allah yang bermaksud: ``Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan kamu bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan serta mengembangkan agama mereka yang telah diredhainya untuk mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan...'' Tidaklah perjuangan memerdekaan negara daripada cengkaman para penjajah yang telah menjajah negara kita selama 446 tahun, dituntut oleh Agama Islam? Apakah usaha membina dan membuka bermacam-macam pusat pendidikan untuk memberikan ilmu pengetahuan kepada rakyat, demi mengeluarkan mereka daripada kejahilan tidak dianggap sebagai kerja-kerja Islam? Tidakkah usaha membantu rakyat, memberikan bantuan modal, bantuan sara hidup dan sebagainya bagi mengeluarkan mereka daripada kemiskinan, dianggap tidak berpijak kepada perjuangan Islam? Tidakkah juga kerja-kerja mengamankan negara dan memakmurkannya yang tidak semudah seperti yang diucapkan adalah amal islami yang difardhukan kepada kita umat Islam? Kenapa dinafikan semua itu? Hanya semata-mata kerana berita fitnah dan pembohongan yang disampaikan, lalu kita menafikan semua kebaikan orang lain? Fikir-fikirkanlah!!! Semoga semangat Maulidur Rasul s.a.w pada tahun ini akan memberi makna yang begitu mendalam untuk kita sama-sama berfikir dan menyumbang untuk kejayaan Islam dan umat Islam seluruhnya. Allahumma solli'alaa sayyidina Muhammad, Wa'alaa aali sayyidina Muhammad.

Maksud Hadis:

D

ari Jabir bin Abdullah r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:�Sentiasa ada segolongan umatku yang selalu memperjuangkan yang hak. Mereka selalu menang sampai hari kiamat.�

Huraian:

Islam bukan sekadar suatu perkataan yang disebut oleh lidah sahaja, bukan pula bererti kelahiran seseorang di dalam sebuah negara tertentu yang disebut sebagai negara Islam dan mempunyai lambang keislaman, juga tidak bererti kelahiran seorang yang ibu bapanya muslim. Kita sering membicarakan tentang Islam akan menang, Islam akan tertegak tetapi apakah yang kita lakukan untuk menuju ke arah itu? Perjuangan menegakkan Islam masih belum berakhir. Di manakah kita ketika saudara-saudara kita dihina, diinjak-injak, disembelih, diperkosa? Pernahkah kita kenangkan nasib mereka walau sedetik? Pernahkah lidah mengucapkan doa kemenangan untuk mujahid-mujahid Islam ini? Apakah sumbangan kita untuk mereka? Sebenarnya bangsa atau umat yang menjadi pilihan Allah yang akan sentiasa diberikan kemenangan ialah bangsa MUSLIM yang hidupnya terus memperjuangkan agama Allah sekalipun mereka berlainan bangsa dan warna kulit. Inilah konsep yang unggul mengenai negara dan rupa bangsa yang sentiasa beroleh kemenangan dan kekal merdeka.

BIL: 54,

11

1-15 Februari 2012

AGAMA

MIMBAR Sumber : JAKIM


12

BIL: 54,

1-15 Februari 2012

RENCANA

T’Shoppe Adibah kaut RM100 ribu sebulan Oleh: Aida Abd Rahman aida_ukom@yahoo.com

K

etika ramai memandang rendah keupayaan wanita menguruskan sesebuah premis perniagaan, Adibah Shairah Ahmad, 29, menolak persepsi buruk itu apabila berjaya memecah tradisi untuk meraih jualan yang cukup tinggi menerusi kedai rangkaian, T'Shoppe. Hasil kegigihan, Pengurus Syarikat DB Asba Trading Sdn Bhd yang mengusahakan T'Shoppe Durian Burung, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu itu menjana pendapatan jualan bulanan sekitar RM90,000 hingga RM100,000. ``Ada pihak cuba melemahkan semangat dan usaha kami dengan mengatakan bahawa perniagaan T'Shoppe bukan boleh bertahan lama pun, paling lama setahun. Namun, saya dan keluarga sedaya upaya mahu menafikan katakata negatif itu. Malah, kami terbukti mampu memungut jualan bulanan melebihi RM90,000,'' katanya dalam nada optimis ketika diwawancara Teganukita, di premis T'Shoppe Durian Burung, baru-baru ini. Penerima Anugerah Khas Usahawan Flagship Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU)sempena Anugerah Usahawan Terengganu (AUT) 2011 itu juga bercadang membangunkan hotel bajet serta cawangan T'Shoppe yang baru di Chendering. ``Insya-Allah pada 2013 mungkin premis perniagaan baru itu akan beroperasi. Siapa tahu, dengan mendaki setapak demi setapak , kami sekeluarga mampu merealisasikan hasrat menubuhkan Wisma DB Asba yang menggabungkan firma perniagaan keluarga di bawah satu bumbung,'' cetus wanita yang memiliki Ijazah Matematik Kewangan dari Universiti

Malaysia Terengganu itu. Menyoroti sisi lain anak sulung daripada enam beradik itu, minat dan dorongan kuat keluarga terutama bapa, Ahmad Ali, 54, dan ibu, Safiah Yusoff, 52, menguatkan semangatnya bagi memajukan perniagaan francais diperkenalkan YPU itu. ``Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikan hasrat murni ibu bapa saya dan tanggal 21 November 2010, T'Shoppe Durian Burung mula dilancarkan dan simboliknya berkongsi dengan tarikh kelahiran bapa,'' katanya. Pelbagai produk Industri Kecil Sederhana seperti kerepek pisang, maruku, buah rotan, popia dan paun goreng selain pelbagai barangan keperluan diri, alat tulis dan makanan sejuk beku sentiasa mendapat permintaan tinggi. ``Saya yakin Bandar Raya Kuala Terengganu yang kian `hidup' selepas tengah malam membolehkan T'Shoppe terus tumbuh memandangkan ramai tercari-cari kedai selepas waktu tengah malam dan T'Shoppe mampu menyelesaikan masalah itu,'' katanya. Menurut Adibah yang juga guru bahasa Inggeris serta Matematik di Sekolah Kebangsaan Meraga Beris, Kemaman, peranan sebagai pendidik dan usahawan amat mencabar, namun dalam kesibukan menguruskan kedua-duanya, bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek dan pemegang Diploma Sains Aktuari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu sentiasa fleksibel dengan masa. ``Tumpuan kepada T'Shoppe hanya pada cuti hujung minggu ataupun cuti am. Ketika inilah saya kadang-kadang bersekang mata untuk memastikan operasi berjalan dengan lancar,'' katanya yang turut dibantu lapan

JABATAN & ANDA Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

L

embaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri menyasarkan untuk melahirkan golongan peladang berjaya yang mampu meraih pendapatan RM3,000 sebulan seorang. Pengarahnya, Haji Shamsuddin Mat Rani berkata, sebagai permulaan, pihaknya menyasarkan seramai 10 orang peladang seumpama itu dapat dilahirkan di Terengganu pada tahun ini. Menurutnya, mereka dari kalangan 350 peladang negeri yang dikenal pasti berpotensi mencapai tahap itu dan akan diselia menerusi program usahawan pelaburan peladang yang disediakan oleh kerajaan. ``Ketika ini terdapat peladang yang berjaya memperoleh pendapatan antara RM2,000 hingga RM2,500 sebulan hasil kegiatan perladangan masing-masing.'' ``LPP akan bantu meningkatkan pendapatan peladang dan sasaran kita ialah untuk melahirkan peladang berpendapatan RM3,000

pekerja. Dua lagi pengurus DB Asba Trading Sdn Bhd merupakan adiknya, Amirul Salihin, 20 dan rakan yang juga junior ketika menuntut di UMT, Zuraidah Razali, 26. Bercerita lanjut mengenai pengalaman manis menjalankan perusahaan itu, pada hari raya pertama 2011, T'Shoppenya memungut jualan RM7,000 sebaik kedai dibuka bermula jam 4 petang sehingga malamnya. ``Pada hari raya kedua pula jualan mencecah lebih RM10,000. Oleh kerana tiada pengalaman dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa menyebabkan `stok kering' terutama melibatkan produk minuman serta kad tambah nilai. Dalam kesibukan berniaga, Adibah tidak pernah melupakan golongan yang kurang bernasib baik kerana berpandangan kesenangan yang dikecapi 100 peratus bukan milik mutlak dan perlu dikongsi dengan orang lain. ``Setiap bulan, kami akan sedekahkan barang keperluan terutama beras kepada orang susah di sekitar T'Shoppe ini,'' katanya mengakhiri bicara.

IKON Pada hari raya pertama 2011, T'Shoppenya memungut jualan RM7,000 sebaik kedai dibuka bermula jam 4 petang sehingga malamnya manakala hari raya kedua pula jualan mencecah lebih RM10,000.

LPP sasar lahir peladang berjaya sebulan melalui penggunaan teknologi serta panduan yang disediakan LPP, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan sebagainya,'' katanya. Haji Shamsuddin berharap agar usaha LPP melahirkan peladang berpendapatan RM3,000 sebulan itu dapat dijadikan contoh kepada peladang lain di negeri ini untuk turut sama berjaya dalam sektor tersebut. ``Kita harap mereka ini menjadi contoh serta mentor agar dapat membantu peladang kecil lain dalam meningkatkan pendapatan mereka pada masa akan datang,'' katanya. Bagi tujuan itu, jelas beliau, pihaknya turut menyediakan pinjaman maksimum RM50,000 selain kemudahan pinjaman melalui dana kerajaan yang disalurkan menerusi Agro Bank untuk projek ternakan ikan sangkar, ikan hiasan dan penanaman sayuran. Pelbagai projek-projek pertanian dan bukan pertanian katanya, antara usaha pihak LPP membantu mengukuhkan sumber kewangan golongan itu. Katanya, dalam aspek pengurusan ladang contohnya, peningkatan hasil adalah disebabkan

amalan pengurusan ladang yang baik (GAP) oleh para peserta. ``Ia termasuklah penggunaan benih yang baru dan bermutu, membaja mengikut jadual, menuai dengan jentera atau mesin, memmastikan jadual pengurusan air dipatuhi dan menitikberatkan kebersihan ladang atau sawah,'' ujarnya. Menjurus ke arah itu kata Shamsuddin, LPP turut menyarankan beberapa inovasi kepada para peladang termasuk menerbitkan Berita Peladang, mewujudkan pasar jualan terus, penyertaan ekspo atau pameran jualan di dalam memberikan pendedahan kepada ahli berkenaan dengan aktiviti dan fungsi yang dilaksanakan LPP. Selain daripada aktiviti ekonomi dan perkhidmatan katanya, LPP turut menjalankan aktiviti sosial dan kebajikan kepada ahli-ahli termasuk khairat kematian dan dermasiswa kepada anak-anak ahli. ``Turut dianjurkan lawatan sambil belajar, kursus, majlis kesyukuran dan hari keluarga demi mengeratkan hubungan antara para peladang di peringkat masing-masing,'' ujarnya.


BIL: 54,

13

1-15 Februari 2012

AM

Kompleks Imtiaz Kemaman siap 2013 - Zakaria Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

FOTO Harish Fadzillah | harishfadzillah@ gmail.com

KFN.21 himpun 300 peminat fixie Kelab Fixie Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong (KFN.21) yang dilancarkan Ketua Umno Hulu Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, baru-baru ini menarik remaja untuk beriadah secara berkumpulan dan mempromosikan aktiviti rekreasi serta menarik mereka dalam gerak kerja kemasyarakatan.

Julang semangat 1Malaysia: MB

K

ompleks Sekolah Menengah Imtiaz (SMI) Kemaman yang mula dibina dengan kos RM60 juta awal bulan lalu di Kijal, Kemaman bakal siap hujung 2013 dan mampu menampung 1,000 pelajar. Pengarah Yayasan Terengganu, Encik Zakaria Yusof, berkata penubuhan kompleks cawangan kelima sekolah berasrama penuh itu bagi menampung permohonan kemasukan yang meningkat saban tahun termasuk dari luar Terengganu serta Sabah dan Sarawak. Tahun ini, SMI menerima hampir

2,000 permohonan termasuk 600 dari luar Terengganu bagi mengisi 480 tempat tingkatan satu di lima cawangan iaitu SMI Besut, SMI Kuala Terengganu, SMI Dungun dan SMI Kuala Berang di Hulu Terengganu. ``Satu lagi cawangan iaitu Imtiaz Kemaman telah beroperasi selama dua tahun di bangunan sementara di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun yang menempatkan 200 orang pelajar tingkatan satu dan dua. ``Apabila siap, dua lagi sekolah yang sama akan dibina di Setiu dan Marang bagi menjadikan setiap daerah mempunyai sekolah elit berkenaan,'' katanya kepada Teganukita, baru-baru

Keropok lekor Tongkat Ali Y Semangat 1Malaysia akan terus dijulang untuk memastikan rakyat Terengganu terus cemerlang dan gemilang.

K

erajaan negeri akan memastikan semangat 1Malaysia terus dijulang demi mempertahankan Barisan Nasional di Terengganu pada masa akan datang. ``Kita sedar YAB Perdana Menteri bekerja keras hari ini untuk memastikan rakyat Malaysia terus cemerlang dan gemilang, terus memberikan apa jua bantuan untuk memastikan negara kita maju menjelang tahun 2020 menjadi realiti. ``Adalah menjadi harapan rakyat keseluruhannya untuk melihat negara kita terus dibangunkan oleh mereka yang bertanggungjawab serta memiliki visi yang besar,'' kata Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, ketika berucap pada Program Perdana Menteri Bersama Rakyat Dun Rhu Rendang, di Padang Astaka Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, baru-baru ini. Turut hadir, Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Paduka Sri Rosmah Mansor; isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Norliza Mahmud; Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Ahmad Shabery

Cheek; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang. Hadir sama, Ketua Bahagian Marang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Dato' Yahya Khatib Mohamad serta Pegawai Penyelaras Dun Rhu Rendang, Encik Nik Dir Nik Wan Ku. Menteri Besar berkata, adalah menjadi tanggungjawab semua penduduk Terengganu terutama di Marang supaya memastikan Parlimen Marang kembali ke pangkuan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) akan datang. Katanya, bukan mustahil untuk memastikan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang serta Parlimen Marang dimenangi semula oleh Barisan Nasional sebagaimana sejarah lalu, bekas wakil rakyat Barisan Nasional, Dato' Abdul Rahman Bakar yang pernah memenangi kerusi parlimen itu pada PRU ke-11 lalu.

ayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) akan mengeluarkan produk keropok lekor pelbagai rasa termasuk perasa Tongkat Ali untuk memberi kelainan kepada pengemar makanan itu. Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Haji Azmi Razik berkata, ramai pengemar keropok inginkan kelainan rasa pada makanan kegemaran ramai itu seperti perasa Tongkat Ali, strawbery, lemon dan sebagainya. ``YPU akan mengadakan usahasama dengan syarikat Sidratul Corporation Sdn Bhd bagi laksanakan program berkenaan,'' katanya kepada pemberita di Seminar Kesedaran Produk Halal di Pasaran dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara YPU dan Sidratul Sdn Bhd di Dewan Konvensyen Pusat Dagangan Terengganu (TTC), baru-baru ini. Hadir sama, Timbalan Pegawai Eksekutif YPU, Haji A. Razak Sulaiman dan Pengerusi Sidratul Corporation Sdn Bhd, Ustaz Ahmad Tajuddin Arshad. Katanya, MoU ini adalah untuk mengabungkan kepakaran dan kemahiran dalam aspek pengeluaran

Azmi razik produk halal mengikut syariah ke arah pemasaran dan penerokaan bidang keusahawanan yang lebih berdaya saing. Sidratul Corporation yang berpengkalan di Kedah mempunyai 70 syarikat pengeluar pelbagai produk itu merancang membuka cawangan di negeri ini untuk membantu usahawan membuat penyelidikan dalam menghasilkan produk halal.

ini. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian Anugerah Emas Pelajar Cemerlang UPSR kepada 63 pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal yang disampaikan Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said. Menurut Haji Zakaria, Yayasan Terengganu dalam perancangan untuk menaik taraf cawangan pertama sekolah itu di Kampung Raja, Besut menjadi Sekolah Menengah Imtiaz Antarabangsa selaras dengan hasrat Kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu sebagai `Negeri Anjung Ilmu'.

Tambahnya, YPU akan menghantar pengusaha-pengusaha keropok lekor di negeri ini untuk mengikuti kursus produk halal di samping menghasilkan pelbagai perasa untuk pasaran dalam dan luar negara. Menurutnya, ramai usahawan di negeri ini terlibat dalam pengeluaran makanan dan pakaian yang memerlukan jaminan halal bagi meyakinkan semua pengguna dalam aspek kebersihan dan kesucian setiap produk yang dihasilkan. Katanya, masyarakat hari ini berdepan dengan kecelaruan pemilihan pemakanan yang berlambak di pasaran sekaligus mendatangkan pelbagai penyakit akibat kecetekan pengetahuan mengenai makanan sebenar yang boleh diambil mengikut syariah. ``Kaedah terbaik penyelesaian perkara ini adalah produk-produk yang dihasilkan mesti melalui proses IMP (Islamic Manufacturing Practice) bagi memastikan kualiti, efikasi dan keselamatan produk terjamin selain memenuhi tuntutan Allah dan Rasul iaitu Halallan Thoyyiba,'' katanya.

Tahukah anda... Rangka manusia berusia 16,000 tahun (Bewah Man) yang dipercayai rangka tertua di negara ini telah ditemui di Gua Bewah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Anak Permata Maulidur Rasul Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud bersama bayi perempuan seberat 2.74 kilogram yang lahir jam 7.53 malam merupakan bayi pertama yang lahir pada sambutan Maulidur Rasul. Seramai 30 orang bayi dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.


14

BIL: 54, 1-15 Februari 2012

AM

Khidmat arkitek tonjol ciri binaan menarik

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin (depan tengah) berkenan berangkat mendengar taklimat Pembangunan Bandaraya Kuala Terengganu di MBKT. Turut mengiringi Tuanku, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan Dato’ Haji Mazlan Ngah. Oleh: Esah Abdullah

esahukom@yahoo.com

S

ultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan supaya khidmat arkitek yang mampu menonjolkan ciri-ciri binaan lebih menarik digunakan bagi merekabentuk bangunan baru di Bandar Kuala Terengganu. Tuanku bertitah, langkah itu perlu bagi memastikan bangunan yang lebih artistik didirikan sekitar bandar ini, sesuai dengan jolokannya Bandaraya Warisan Pesisir Air.

``Dengan adanya bangunan yang cantik dan unik serta mengekalkan ciri-ciri tradisional, akan menambah daya tarikan pelancong di negeri ini,'' titah Tuanku selepas taklimat Pembangunan Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) di bangunan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Kuala Terengganu, baru-baru ini. Taklimat sempena lawatan rasmi Tuanku ke MBKT, disampaikan Datuk Bandar MBKT, Dato' Haji Adzlan Mohd Dagang. Turut hadir pada majlis itu, Menteri

Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan serta ketua-ketua jabatan. Sultan Mizan turut bertitah agar pihak berkuasa mencari jalan menyelesaikan masalah kesesakan di bandar Kuala Terengganu bagi mengurangkan rungutan pengguna. Tuanku turut menyarakan agar pejalan kaki diadakan di kawasan strategik bagi kemudahan orang ramai dan pengindahan kawasan bandaraya.

MBKT diseru supaya menggunakan khidmat arkitek yang mampu menonjolkan ciri-ciri binaan lebih menarik bagi mereka bentuk bangunan di Bandar Kuala Terengganu seperti terkandung dalam titah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Sementara itu, Dato' Seri Haji Ahmad menjunjung kasih di atas titah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin yang prihatin dan mengambil berat terhadap perkembangan pembangunan pesat di negeri ini, terutama di Bandar Raya Kuala Terengganu. “Kerajaan negeri merafak sembah menjunjung kasih di atas keberangkatan Tuanku Sultan mendengar taklimat

dan memberi teguran serta saranan bagi tujuan penambahbaikan kemudahan dalam kawasan bandaraya,'' katanya kepada pemberita sebaik taklimat selesai. Katanya, kerajaan sentiasa mendengar dan mengambil kira suara rakyat serta memastikan semua perancangan pembangunan dilaksanakan memberi keuntungan kedua belah pihak iaitu kerajaan dan rakyat.

Wanita selusur akar umbi P ergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) Terengganu mula menyusun strategi menawan hati pengundi `1Malaysia' di negeri ini. Ketuanya, Senator Datuk Hajah Fatimah Hamat, berkata mesyuarat jawatankuasa membabitkan Wanita MCA, MIC, Gerakan dan UMNO akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan program bagi menambat hati pelbagai kaum. ``Program peringkat kedua ini memberi tumpuan kepada semua bangsa dan tidak tertumpu kepada Melayu sahaja sebagai kaum majoriti di negeri ini,'' katanya.

Katanya, sebelum ini aktiviti yang dilaksanakan secara berasingan iaitu Wanita UMNO dengan pengundi Melayu, Wanita MCA bersama pengundi Cina dan Wanita MIC bersama pengundi keturunan India. Tambahnya, rasa tanggung jawab terhadap kesukaran hidup masyarakat yang diamalkan oleh semua pemimpin kerajaan BN dan Wanita tidak pernah jemu membantu apa yang termampu bagi meringankan beban mereka. Katanya, sokongan moral mampu meniup semangat kepada mereka menghadapi kesukaran di samping bantuan wang ringgit untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Pergerakan Wanita Barisan Nasional mula menyusun strategi menawan pengundi 1Malaysia.

Batu Burok berubah wajah jika pilih BN dalam PRU-13 K

Penduduk Dun Batu Burok yang menerima bantuan BB1M.

awasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok akan berubah wajah jika Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi kawasan tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri akan membina 1,000 unit rumah untuk rakyat di DUN itu jika BN memenangi kawasan berkenaan nanti. Beliau berkata demikian di majlis Perdana

Menteri Bersama Rakyat DUN Batu Burok di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Budiman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Sehubungan itu, katanya, pihaknya telah mengenal pasti kawasan berpaya bagi pembinaan rumah berkenaan dengan kos pengambilan balik tanah menelan belanja berjuta ringgit. ``Kerajaan BN tidak pernah berbohong dan kita akan kotakan segala janji,'' katanya. Katanya, tahun ini kerajaan tambah pe-

runtukkan bagi bantuan baiki rumah atap biru kepada RM1 juta bagi setiap DUN berbanding tahun sebelumnya RM60,000 setiap DUN. ``Apa lagi yang kerajaan tidak bantu rakyat, semuanya telah beri malah penduduk di sini (Batu Burok) lebih ramai yang terima bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) iaitu 7,311 orang berbanding DUN lain dalam Parlimen Kuala Terengganu,'' katanya.


15

BIL: 54, 1-15 Februari 2012

Belanja RM200,000 setahun bekal alat ukur keluasan tanah Oleh: Suriati Ali

aliasuriati@yahoo.com

K

erajaan negeri membelanjakan kira-kira RM200,000 setahun bagi membekalkan peralatan pengukuran terkini kepada Pegawai Tanah di negeri ini bertujuan mengukur setiap keluasan tanah. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata pengunaan alatan yang dikenali sebagai `Total Station'

dan Global Positioning System (GPS) selaras dengan perubahan teknologi semasa. Katanya, pihaknya mengharapkan Pegawai Tanah dapat memaksimakan penggunaannya bagi memastikan kerja-kerja pengukuran dapat dijalankan dengan sempurna tepat dan cepat. “Keistimewaan alat itu juga dapat mengurangkan perbezaan keluasan sebanyak lima peratus berbanding

dengan pengukuran yang dijalankan Jabatan Ukur. ``Apabila perbezaan pengukuran tanah dapat dikurangkan, ia mampu mempercepatkan lagi proses pertukaran penggantian hak milik sementara kepada hak milik tetap,'' katanya. Katanya, berdasarkan perangkaan yang diterima, sebanyak 42,669 tunggakan penukaran tanah hak milik sementara kepada hak milik tetap yang dicatatkan sepanjang tahun

lalu. ``Sebagai percubaan, kerajaan negeri bersetuju melaksanakan Projek Pengkalan Data Tanah di Pejabat Daerah Kuala Terengganu bagi mempercepatkan proses penukaran itu. ``Projek tersebut dibangunkan menggunakan peruntukan Kementerian Sumber Asli sambil dibantu Unit Pengurusan Maklumat negeri dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian negeri,'' katanya.

Daerah Marang dapat peruntukan RM3 juta K erajaan negeri meluluskan peruntukan serta-merta RM3 juta untuk daerah Marang tahun ini bagi tujuan pembinaan jalan baru dan pembesaran jalan kampung yang akan dilaksanakan di seluruh daerah itu. Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata peruntukan tersebut tidak termasuk projek pembesaran parit dan longkang di daerah tersebut yang memerlukan pembinaan segera bagi mengatasi pelbagai masalah seperti banjir kilat. ``Kita bersetuju untuk meluluskan peruntukan RM750,000 bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Marang tahun ini untuk membina jalan-jalan kampung dan membesarkan jalan sedia ada,'' katanya kepada Teganukita selepas lawatan ke daerah tersebut, baru-baru ini. Beliau berkata, tahun lalu kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM500,000 bagi setiap DUN untuk tujuan yang sama, tetapi pada tahun ini peruntukan itu dinaikkan bagi membolehkan lebih banyak jalan baru atau jalan yang sempit diperbesarkan. Sementara itu, pada majlis perjumpaan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Dewan Majlis Daerah Marang, Menteri Besar meminta mereka turut `turun padang' bagi membantu menyelesaikan masalah penduduk tempatan.

AM Seloka buat pembangkang

YAHYA KHATIB

S

eloka penuh jenaka dan sindiran dilontarkan Ketua Umno Bahagian Marang, Dato' Yahya Khatib Mohamad ketika berucap membuka tirai majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Rakyat di Padang Astaka Majis Daerah Marang, di Kampung Paya, Marang, baru-baru ini. Tanpa berucap panjang, lima seloka mengandungi mesej yang cukup jelas untuk difahami itu berjaya menarik perhatian lebih 10,000 penduduk tempatan. Bantuan rakyat 1Malaysia telahpun bermula, Ada yang dapat telahpun berbelanja, Bagus sungguh Perdana Menteri kita, Dia beri belaka walaupun tidak sokong kita.

Dato’ Seri Haji Ahmad bersama rombongan membuat tinjauan ke Bukit Payong dalam Parlimen Marang. Beliau berkata, kerajaan negeri menyediakan pelbagai kemudahan seperti bantuan Tabung Penyakit Kronik dan bantuan atap rumah bagi penduduk miskin. ``Tidak ada maknanya jika kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat, tetapi ia tidak dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan kerana tidak ada maklumat. ``Jadi kita minta JKKK memainkan peranan bagi mengenal pasti golongan yang memerlukan bantuan seumpama ini dan bantuan dapat diberikan kepada mereka dengan kadar yang segera,'' katanya. Menteri Besar yakin jika rakyat

Bulan kini mula gerhana, Ikut telunjuk rakan sebaya, Negara Kebajikan Islam ke mana, Cita-cita tinggi nak ganti kita. Manifesto baru direkacipta, Putrajaya mahu ditawannya, Cakap banyak tipu belaka, Kawasan sendiri tidak dijaga. Cerita lama didendang semula, Kononnya Islam pilihan dia, Rakyat muak cakap hok tule, Baham gaji buta kena ke dia.

JKKK mengambil kesempatan bersalaman dengan Menteri Besar. mendapat segala kemudahan yang disediakan kerajaan, mereka akan menghargai usaha tersebut dan

terus mempertahankan kedudukan Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah.

Sampai di sini saya bermadah seloka, Menyambut Perdana Menteri ke parlimen kita, Kami berjanji terus berusaha, Perjuangan agama bangsa dan negara.

BR1M beri manfaat kepada 80 peratus isi rumah seluruh negara tanpa `pilih bulu’ K

erajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan dasar dan program yang terbukti mampu membela kebajikan rakyat termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memberi manfaat kepada 80 peratus isi rumah di seluruh negara, di mana ia tidak dilaksanakan mana-mana kerajaan lain di seluruh dunia. Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, berkata bantuan itu diberikan kepada seluruh rakyat negara ini yang layak tanpa `memilih bulu' dan parti. ``Kita tidak memilih bulu..bak kata Dato' Yahya (Khatib Mohamad) dalam

ungkapan pantunnya tadi, orang yang tidak sokong kita pun dapat juga. Walaupun mukanya barangkali tebal agaknya. Yang duk kutuk, duk maki hamun kita, apabila nampak duit (BR1M) lima keping, dia yang pertama sekali berbaris. ``Hak puak-puak kita dalam panas, dalam hujan berjuang untuk menegakkan kerajaan. Tetapi saya kira tidak mengapa, jika kita tidak mendapat undi, di akhirat nanti Insya-Allah kita akan menerima ganjaran daripada Allah s.wt,'' katanya ketika berucap pada Program Perdana Menteri Bersama Rakyat Dun Rhu Rendang, di

Penduduk beratur untuk mendapatkan BR1M di Kampung Paya, Marang.

Padang Astaka Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, Marang, baru-baru ini. ``Pas tidak boleh pakai, kerana banyak `lebong'. Sebab itulah Haji Hadi (Dato' Seri Abdul Hadi Awang) sudah condong...bunyi-bunyi tidak mahu bertanding. Tidak tahulah kalau dia `pelawok' (menipu). ``Pas juga berkecamuk. Orang yang baik, imannya kuat, orang yang memperjuangkan Islam, orang yang nak pertahankan akidah, nak menegakkan akhlak, orang ini yang dipecat oleh Pas. Di mana perjuangan untuk Islam?,'' katanya.


“Jangan guna orang tengah ambil pemain import� M enteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said mengulangi peringatan yang dilontarkan suatu ketika dulu, supaya mengenal pasti serta memilih pemain import yang berkebolehan dan layak sahaja menyertai skuad bola sepak di negeri ini. ``Awal-awal lagi saya dah beritahu kepada pengurusan bola sepak Terengganu dan T-Team, jangan guna orang tengah untuk mendapatkan pemain dari luar negara atau sekadar melihat video saja,'' katanya. Menteri Besar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemain import skuad T-Team Zacharia Simukonda dari

Zambia yang bakal ditamatkan kontrak dalam masa terdekat kerana beraksi hambar dalam lima perlawanan yang berlangsung.

SELAMAT TINGGAL ZACHARIA...T-Team tekad menamatkan kontrak pemain dari Zambia ini (gambar) kerana prestasi hambar.

Zacharia juga dikatakan mengalami kecederaan tisu di pangkal pahanya koyak dan memerlukan masa yang lama untuk pulih. T-Team akan menanggung kerugian sekiranya mahu menunggu Zacharia pulih daripada kecederaan. Jadi pihak pengurusan terpaksa mencari pemain import baru mengelak prestasi pasukan terjejas. ``Kita bawa masuk mereka untuk memperkuatkan pasukan dan ingin mencipta kemenangan bukannya untuk eksperimen,'' katanya. Tambahnya, untuk menempa kejayaan kita perlukan pemain terbaik yang boleh menjaringkan gol serta mempunyai persefahaman baik dengan pemain tempatan dan bila mereka tidak berjaya memenuhi kreteria yang digariskan, kontrak mereka perlu disemak semula.

ISSN 2180-4737 | PERCUMA | Bil: 54, 1-15 FEBRUARI 2012

Oleh: Fauzi Mohd

fauzibinmohd@yahoo.com

P

erlumbaan jelajah berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) kini sudah menjadi satu jenama kepada acara berbasikal di rantau ini yang bakal memasuki edisi ke-17 bermula 24 Februari nanti. Terengganu terus meniti kemasyhuran sebagai kuasa baru sukan negara apabila melakar sejarah sebagai negeri pertama menjadi tuan rumah siri penjelajahan berstatus dua Hors (2H) pada kalendar perlumbaan Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI). Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, perlumbaan 10 hari yang berakhir di Terengganu pada 4 Mac depan bakal memberi impak besar kepada sektor sukan dan industri pelancongan negeri untuk jangka masa panjang. Menurutnya, liputan media antarabangsa dari 70 buah negara bukan sekadar mempamerkan aksi kayuhan 22 pasukan profesional, malah mampu menjana peluang ekonomi kepada masyarakat setempat. ``Liputan media asing sudah tentu memberi promosi meluas kepada Terengganu menerusi penyiaran kepada ratusan juta penonton,'' katanya selepas majlis penyerahan penajaan LTdL bernilai RM1 juta di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Pengarah Pengurusan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN), Dato' Ab. Jalil Abdullah menerima tajaan berkenaan daripada

LTdL jaja Terengganu ke 70 negara

Menteri Besar yang mewakili penganjur iaitu Kementerian Belia dan Sukan, MSN dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF). Tambah Dato' Seri Ahmad, melalui pengenalan konsep penajaan venue yang pertama kali diperkenalkan dalam penganjuran LTdL, Terengganu tampil mengambil bahagian dalam inisiatif berkenaan. Menurutnya, konsep itu memecah tradisi penganjurannya yang tidak melibatkan Langkawi dan ia sama seperti konsep Tour de France di mana lokasi permulaan jelajah terbesar itu diadakan di banyak lokasi seperti Monaco, London, Dublin dan Amsterdam. ``Dengan komitmen yang diberikan Kerajaan negeri, penganjur juga akan memberi peluang kepada rakyat negeri ini menyaksikan pelumba kelahiran Terengganu beraksi,'' jelasnya sambil merujuk kepada pasukan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) yang turut serta. Beliau turut meminta penganjur menjemput pasukan seperti Champion System dari China yang membarisi dua pelumba kelahiran Terengganu, Anuar Manan dan Adiq Husainie Othman serta OCBC Cycling Team, Singapura yang disertai Ahmad Haidar Anuawar, pelumba kelahiran Kemaman. ``Tidak kiralah apa pasukan yang mereka wakili, apa yang penting ialah pelumba itu kelahiran Terengganu dan ia akan memberi rasa bangga buat rakyat negeri ini nyatakan sokongan ketika perlumbaan berlangsung,'' katanya. Pada edisi kali ini, Terengganu akan menjadi hos kepada tiga peringkat perlumbaan iaitu peringkat kelapan dari Pekan, Pahang ke Chukai sejauh 100.8km, diikuti dua peringkat berikutnya iaitu KemasikKuala Terengganu (165.7km) dan Tasik Kenyir-Kuala Terengganu (114.8km).

Dicetak Oleh: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Tel: 09-666 8611, 666 6652, 666 8601. Faks: 09-666 0611, 666 0063 email:spyit@tm.net.my


teganukita 54