INFOKUS UMT Mac 2022

Page 1

MAC 2022

Bil. 78

www.umt.edu.my

Amanat Naib Canselor 2022 Memacu Perubahan, Memugar Kecemerlangan Konvokesyen UMT ke-19 Rindu Kembali Bertaut Monumen Ikonik ASEAN Tawar Keunikan Pulau Bidong


Terkini di pasaran RM58.00

RM47.00

• • • •

Mohd Tajuddin Abdullah Les S. Hall Faisal Ali Anwarali Khan Mohd Isham Mohd Azhar

ISBN: 978-967-2939-88-7 eISBN: 978-967-2939-89-4 Tahun: 2022


Sidang Redaksi Penaung

YBhg. Prof. Dato' Dr. Mazlan Abd Ghaffar

Penasihat

Prof. Madya Dr. Che Hasniza Che Noh

Ketua Pengarang

Mohd Afifullah Ahmad

Penolong Editor

Muhammad Mustaqim Roslan

Pereka Grafik

Mohd Fadli Abdullah

Pembaca Pruf

Kandungan

4 6 10 14 16 20 22 24 26 28 30 32 34 36 38 39 41

Tahniah Profesor ChM Dr. Marinah Mohd Ariffin AMANAT NAIB CANSELOR 2022 Memacu Perubahan, Memugar Kecemerlangan Konvokesyen UMT ke-19 Rindu Kembali Bertaut UMT Terima Sumbangan Zakat RM1.3 Juta

Penerbitan Buku dan Kepentingannya Kepada Dunia Akademik Monumen Ikonik ASEAN Tawar Keunikan di Pulau Bidong UMT Bantu Pembangunan dan Pemantapan Keselamatan Air Karnival Inovasi@UMT 2021 Budayakan Inovasi dan Kreativiti The Bidong Shipwreck UMT Rungkai Artifak Arkeologi Bawah Air Pesona ‘Buah Dari Syurga’ Buka Ruang Kerjasama Universiti-Industri ‘Kitchen Waste to Biogas’ Pupuk Kesedaran Pengurusan Sisa Pepejal Domestik “Leadership For Climate Resilient Fisheries” Lestarikan Sumber Perikanan Ketam Negara FPSM Bimbing Komuniti Laksana Penanaman Sayuran Kaedah Hidroponik UMT Bergabung Tenaga Jayakan Terengganu Monsoon Challenge International Alumni Talk Platform Strategik Jaringan Alumni Antarabangsa Matematik di Hati Program Bijak Sifir Kembali Lagi Renungan Solusi Kehidupan Dengan Terapi Zikir Asma’ul Husna AsSalam (Siri 7)

Nurul Asyiqin Sulaiman

Jurufoto

Kru Media Kreatif

Hak Cipta Terpelihara © 2022. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.


4

FOKUS

Tahniah

Profesor ChM Dr. Marinah Mohd Ariffin atas pelantikan sebagai

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Terengganu

ikhlas daripada

Seluruh warga UMT


Infokus Mac 2022

5


6

FOKUS

AMANAT NAIB CANSELOR 2022

Memacu Perubahan, Memugar Kecemerlangan oleh: Mohd Afifullah Ahmad Penerbit UMT

Tahun 2022, merupakan tahun yang lebih mencabar untuk kita semua. Oleh itu, adalah amat penting, untuk kita memecahkan ‘tembok kaca’ atau ‘the glass ceiling,’ yang menghalang kita untuk terus bangun, dan memastikan momentum positif ditingkatkan, bagi melonjakkan pencapaian UMT ke paras yang lebih cemerlang.” Ungkapan tersebut adalah kata perangsang yang dititipkan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar dalam majlis Amanat Naib Canselor 2022 baru-baru ini. Majlis amanat sulung beliau sejak dilantik sebagai Naib Canselor UMT ini telah berlangsung pada 30 Januari 2022 bertempat di Dewan Sultan Mizan dan

dilaksanakan secara bersemuka dan juga dalam talian. Mengangkat tajuk “Memacu Perubahan, Memugar Kecemerlangan”, Prof. Dato’ Dr. Mazlan dalam majlis amanat ini turut berkongsi kepada warga pencapaian UMT pada tahun 2021 dan inisiatif universiti melibatkan perancangan di bawah lapan teras utama Pelan Strategik UMT. Pada majlis tersebut juga turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan Misi Banjir UMT, pelancaran tanda pagar #WargaUMTCemerlang serta pelancaran buku Marine Fishes of Kuantan: Malaysia Biodiversity Information System dan Tinta Samudera.


Infokus Mac 2022 TERAS PENYELIDIKAN DAN INOVASI 1. Pengukuhan Pencapaian Penyelidikan – Menuju ke arah penarafan 6 Bintang MyRA dan melonjakkan penarafan QS dan THE Rankings melalui: a. Plus One Initiatives b. Special Interest Group (SIG) InterDisciplinary, Multi Faculty & MultiCohort c. Inter-Disciplinary Impact-Driven Research Grant (ID2-RG) d. Penyelidik pasca-kedoktoran kepada SIG e. Peruntukan Dana Khas 2022 2. Pemerkasaan Pengkomersialan – Meningkatkan jenama dan reputasi UMT serta membantu penjanaan pendapatan bersempena Tahun Pengkomersialan UMT 2022 melalui: a.

Innovation and Commercialisation Centre (ICC) b. Commercialisation and Entrepreneurship (ICEHUB) c. ‘ICE Incubator Start-Up Fund’ & ‘ICE Xcelleration Start-up Fund’ d. Terengganu Innovation Centre (TIC) 3. Peningkatan Kecemerlangan dan Pengiktirafan Institut – Meningkatkan Keterlihatan dan Pengiktirafan Antarabangsa melalui : a. Joint Research Centres UMT b. Institute of Climate Adaptation and Marine Biotechnology (ICAMB) c.

Climate Change Adaptation (CCA Lab) d. Geran padanan berfokus e. Malaysia Marine Forecast System (MFAST)

TERAS BAKAT 1. Merealisasi Blueprint Pembangunan Bakat UMT 2. Pemerkasaan program Pembangunan Bakat UMT melalui : a.

Peningkatan kemahiran dan pengetahuan kakitangan melalui platform dalam talian (Island) b. Sistem Pengurusan Kompetensi (CMS) c. Program Sangkutan Industri Bukan Akademik d. Penawaran insentif latihan untuk Program Cuti Belajar (Sepenuh Masa) & yang Berjaya menamatkan pengajian (GOT) 3. Pemerkasaan program Kesejahteraan Bekerja melalui : a. Chemical Health to Risk Assessment b. Pelaksanaan Audit Keselamatan sejajar Garis Panduan Pengurusan Rahsia Rasmi UMT

7


8

FOKUS

TERAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Pemerkasaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2. Interactive Learning Space (Flipped classrooms dan Blended learning) 3. Digital Learning and Smart Classroom 4. Penawaran kursus Micro-Credential 5. Penawaran program Ijazah Kedoktoran Joint Degree dan Ijazah Sarjana Muda Dual Degree (Program UMT-UGENT Joint-PhD Degree in Biotechnology & Program UMT-Solent University DualDegree Programme) 6. Pelaksanaan program IBM SkillsBuild@ UMT Learning Institute dan SciLets UMTMie University Japan 7. Penubuhan 6 Fakulti Baharu

TERAS PEMBANGUNAN PELAJAR 1. Pemerkasaan dan pengukuhan pelbagai program keusahawanan, pembangunan kemahiran insaniah, Alumni UMT dan Citra pelajar 2. Penambahan fasiliti penginapan pelajar 3. Penjajaran melibatkan fungsi Keusahawanan, Alumni, Kaunseling dan Kerjaya TERAS PEMINDAHAN ILMU DAN JARINGAN INDUSTRI 1. Pewujudan Komuniti Hub antaranya: a. Komuniti Hub Kampus UMT b. Komuniti Hub Warga Emas (PAWE@ UMT) c. Komuniti Hub berfokuskan Pertanian d. Komuniti Hub berfokuskan Akuakultur e. Komuniti Hub berfokuskan Biodiversiti & Pembangunan Lestari


Infokus Mac 2022

2. Melestarikan Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) melalui: a. Program Sentuhan Kasih UMT b. Program Magnet Minda UMT c. Program USR Antarabangsa 3. Pewujudan Jaringan Pintar IndustriAkademia melalui: a. Technical Talk b. Bootcamp@iMAKERS, c. Bootcamp@IT4.0 Competence Centre d. Softskill Training e. E-Fulfillment f. Pembangunan platform berpusat pangkalan data kepakaran industri & fasiliti

TERAS PENGANTARABANGSAAN 1. Penubuhan 3 unit terfokus Global Recruitment Unit, Global Alliance Unit dan Global Mobility Unit 2. Pemerkasaan Jaringan Antarabangsa bersama Negara Jiran 3. Global University Presidents Engagement 4. International Alliance@UMT 5. Program Khas Ambassador@UMT 6. Program Join Mobility and Edutourism kolaborasi University of Nottingham Malaysia dan Redang Bay Resort 7. International Internship Programme 8. Penganjuran Webinar Series: International Students Recruitment Programme 9. International Alumni Engagement TERAS KELESTARIAN KEWANGAN Penerapan budaya kelestarian kewangan berfokus 2J (Jana & Jimat)

9


10

FOKUS

Konvokesyen UMT ke-19

Rindu Kembali Bertaut oleh: Mohd Afifullah Ahmad Penerbit UMT

M

ajlis Konvokesyen UMT ke-19 menjadi tempat melepas rindu buat sebilangan besar graduan setelah hampir dua tahun tidak bersua muka. Meskipun tersembunyi di balik pelitup muka, perasaan teruja jelas kelihatan di setiap raut wajah para graduan tatkala bertemu rakan-rakan dan juga para pensyarah.


Infokus Mac 2022

1

11

2

1.

Pengisytiharan pembukaan oleh ProCanselor UMT, Tan Sri Samsuddin Osman

2.

Pro-Canselor UMT, Tan Sri Samsuddin Osman menyampaikan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi kepada Tan Sri Mohammed Azlan Hashim


12

FOKUS 3

Konvokesyen UMT kembali membuka tirai buat kali ke-19 dengan meraikan seramai 2542 orang graduan terdiri daripada 160 orang graduan pasca siswazah, 2274 orang graduan Sarjana Muda dan 108 orang graduan Diploma. Majlis Konvokesyen ini berlangsung pada 20 hingga 23 Mac 2022 dengan pembukaan konvokesyen diisytiharkan oleh Pro-Canselor UMT, Tan Sri Samsuddin Osman mewakili Canselor, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah. Selain menjulang kejayaan para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian di UMT, majlis konvokesyen pada kali ini turut menyaksikan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi kepada tokoh korporat, Tan Sri Mohammed Azlan Hashim yang juga mantan Pengerusi Lembaga Pengarah UMT atas sumbangan dan kewibawaan memimpin badan-badan korporat serta membawa UMT sebagai

gedung ilmu yang cemerlang diperingkat antarabangsa. Selain itu, atlet sukan berbasikal, Dato’ Mohd Azizulhasni Awang yang juga Karyawan Tamu Utama UMT turut dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Sains Sosial. Anugerah Pelajaran Diraja dirangkul oleh graduan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling, Fatonah Mohd Zaidi (kategori bumiputera) dan Tan Swe Lan, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi) bagi kategori bukan bumiputera. Anugerah Pingat Emas Canselor menjadi milik graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti), Nur Syafiqah Mohd Maulana. Sementara itu, Anugerah Pro Canselor diraih oleh Mohd ‘Ulul ‘Ilmie Ahmad Nazri (Doktor Falsafah Fisiologi) dan Kamelia Moh’d Khier Ahmad Almomani (Doktor Falsafah Perakaunan manakala Anugerah


Infokus Mac 2022

13

4

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti diberi kepada Khoo Shing Ching (Sarjana Sains Bioteknologi). Dalam Majlis Konvokesyen UMT Ke19 yang melibatkan keseluruhan lapan sesi ini, UMT turut menganugerahkan ijazah anumerta kepada Allahyarham Muhammad

3.

Penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Tan Swe Lan meraikan kejayaan bersama ibu dan bapa

4.

Ibu kepada Allahyarham Muhammad Rashidullah Masbah memegang potret anaknya sewaktu pengurniaan ijazah amunerta

Rashidullah Masbah dan Allahyarhamah Nur Nabila Husna Zulkafli. Konvokesyen kali ini turut mencatat episod duka buat seorang graduan Sarjana Muda Pengurusan (Maritim), Nurzakhiriah Sapri apabila ibu tirinya meninggal dunia di sebuah inap desa sehari sebelum sesi konvokesyen berlangsung.


14

FOKUS

UMT Terima Sumbangan Zakat RM1.3 Juta oleh:

Rozita bt Alias@Abdul Latiff Pejabat Komunikasi Korporat

1

U

MT berbesar hati menerima sumbangan zakat berjumlah RM1.3 juta daripada Badanbadan Korporat untuk manfaat asnaf pelajar demi menjaga kebajikan mereka yang kurang berkemampuan bagi memastikan kelangsungan dan kecemerlangan pendidikan mereka. Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar melahirkan rasa syukur dan berbesar hati serta merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua Badan Korporat yang terlibat dengan sumbangan ini. “Alhamdulillah UMT menerima sumbangan zakat daripada tujuh Badan Korporat yang terdiri daripada Lembaga Tabung Haji, Etiqa General Takaful Berhad, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Perumahan Kinrara Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia

Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad.” “Selain itu, tambahan sumbangan sebanyak RM50,000 daripada Etiqa General Takaful Berhad untuk diagihkan khusus kepada pelajar UMT yang terjejas dengan bencana banjir. InsyaAllah sumbangan ini akan memanfaatkan pelajar UMT yang terdiri daripada asnaf zakat.” Sumbangan zakat yang diterima tersebut dianggarkan bakal memanfaatkan seramai 2279 orang pelajar asnaf di UMT. Sumbangan ini diserahkan oleh wakilwakil badan korporat kepada Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi bagi pihak UMT sempena Program KPT Prihatin di Terengganu, Majlis Sanjung Budiman dan Perasmian Bangunan Institut Bioteknologi Marin yang berlangsung pada 28 Januari di UMT.


Infokus Mac 2022

15

2

3

Kunjungan Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad ke kampus UMT juga bagi meneruskan misi #KPTPrihatin serta Majlis Sanjungan Budiman dengan menyempurnakan bantuan banjir kepada masyarakat yang terlibat. KPT Prihatin merupakan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha membantu para pelajar yang kurang bernasib baik terutamanya di kalangan B40 dan juga mereka yang terjejas akibat musibah. Melalui program ini, bantuan yang disalurkan oleh IPT bukan hanya memberi memanfaatkan para pelajar, malah ianya turut disalurkan kepada masyarakat umum sebagai tanggungjawab sosial kepada komuniti umum yang terjejas akibat musibah banjir di seluruh negara. Bagi Inisiatif KPT Prihatin pada kali ini, UMT dan UniSZA telah sama-sama berkerjasama dalam memperuntukkan

sejumlah 1500 hamper dalam misi bantuan pasca banjir kepada mangsa yang terjejas di Negeri Terengganu. Datuk Seri Dr. Noraini turut menyempurnakan perasmian bangunan baharu Institut Bioteknologi Marin (IMB) yang sebahagian besar bangunan ini merupakan makmal penyelidikan. Makmal ini telah siap dibina pada 8 November 2018 serta beroperasi pada awal 2021 secara berperingkat.

Sebanyak 11 buah makmal di dalamnya serta berfokus kepada bidang kajian bioteknologi. Dua makmal di sini merupakan di bawah projek penyelidikan kolaborasi antara UMT dan Ghent University, Belgium, iaitu Makmal Bioinformatik dan sebuah makmal lagi dengan Ocean University of China di bawah program Joint - Academic Centre Marine Studies.

1.

Lembaga Tabung haji antara penyumbang zakat kepada pelajar UMT

2.

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad menyempurnakan perasmian bangunan baharu Institut Bioteknologi Marin

3.

Wakil pelajar menerima sumbangan zakat yang diperuntukkan sebagai simbolik penyampaian zakat ini


16

FOKUS

Penerbitan Buku dan Kepentingannya Kepada Dunia Akademik Oleh: Prof Madya Dr Che Hasniza Che Noh Penerbit UMT

B

uku dan ilmu adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Berkembangnya sesuatu ilmu adalah kerana adanya penulisan yang berkaitan dengan ilmu tersebut dan seterusnya dibaca dan diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi. Antara medium yang signifikan dan mempunyai pembaca yang meluas dan pelbagai latarnya adalah buku, sama ada dalam bentuk fizikal mahu pun digital. Buku memainkan peranan yang berkesan sebagai alat pembangunan fikiran, sosial dan kebudayaan sesuai dengan keperluan dan cita-cita negara. Buku dapat dinikmati oleh semua golongan masyarakat kerana ia merupakan rujukan yang paling mudah diakses dan boleh diperolehi di

mengikut minat dan kecenderungan masingmasing.

perpustakaan, kedai-kedai buku mahupun di laman sesawang berkaitan. Ia juga sangat dekat dengan sesiapa sahaja termasuk kanakkanak seawal usia setahun sehinggalah kepada warga emas, mengenali buku

laporan penyelidikan.

Sebagai seorang ahli akademik, penulisan dan penerbitan adalah sesuatu yang wajib kerana ia melambangkan keilmuwan yang dimiliki. Bagi memastikan pengajaran yang berkesan, seseorang ahli akademik terlebih dahulu perlu melakukan pembacaan, penelitian dan penyelidikan. Setelah itu, segala ilmu yang telah diperoleh itu perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan sama ada artikel jurnal, buku, laporan dan sebagainya. Antara sasaran kerja tahunan yang disasarkan kepada pensyarah ialah penerbitan artikel jurnal terindeks, buku penyelidikan, artikel prosiding terindeks, monograf, kertas polisi, dan Penerbitan buku turut dikira sebagai salah satu kriteria penting dalam pencapaian sasaran kerja tahunan dan


Infokus Mac 2022

boleh dipertimbangkan juga sebagai salah satu kriteria kenaikan pangkat seseorang ahli akademik. Menulis buku memerlukan kesabaran, ketekunan dan kesungguhan kerana ia agak mengambil masa untuk meneliti, menulis ayat demi ayat, menyunting dan membuat semakan pruf sebelum dihantar untuk proses penerbitan. Setelah manuskrip tersebut diserahkan kepada penerbit, ia akan melalui beberapa proses semakan, penilaian dan suntingan yang teliti. Justeru itu, pengiktirafan kepada penerbitan buku seharusnya diberi penilaian yang sewajarnya sebagaimana penerbitan artikel jurnal berindeks dan lain-lain penerbitan berkaitan.

penulisan. Justeru itu, buku yang baik dan berkualiti seharusnya memiliki ciri-ciri dan kriteria yang ditetapkan serta diterbitkan oleh penerbit yang diiktiraf.

Kriteria buku penerbitan yang diiktiraf

mengikut topik khusus). Terdapat juga karya kreatif seperti novel, buku kanak-kanak, puisi dan sebagainya yang lebih santai dan lebih meluas khalayaknya.

Terdapat perbezaan yang jelas dari segi format penulisan buku dengan artikel jurnal khususnya dari segi sasaran audiens dan gaya

Secara umumnya, buku boleh dibahagikan kepada beberapa kriteria seperti buku penyelidikan (hasil penyelidikan dalam bidang tertentu), buku teks (untuk rujukan pelajar bagi kursus berkaitan), biografi (riwayat kehidupan individu tertentu yang ditulis oleh pihak lain), autobiografi (penulisan naratif berkaitan kehidupan penulis sendiri), monograf (hasil penyelidikan berkaitan topik yang khusus dan secara mendalam), rujukan (kamus, ensiklopedia, buku panduan) dan modul (bahan pengajaran yang mengandungi latihan

17


18

FOKUS

Di Malaysia, antara penerbit yang diiktiraf adalah yang bernaung di bawah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) iaitu sebuah badan yang bergiat aktif dalam pembangunan bidang penerbitan ilmiah dan saintifik. Ahlinya terdiri daripada semua penerbit Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pusat penyelidikan di Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Jawatankuasa ini ditubuhkan pada 11 Julai 1996 hasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal DBP-IPT (5/96) yang diadakan di DBP cawangan Sarawak. Secara rasmi, MAPIM telah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu MAPIM pada 22 Mei 1997. Pelantikan ahli MAPIM dibuat oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) Jawatankuasa Pemandu MAPIM, dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada ketika ini, MAPIM dianggotai oleh 27 anggota terdiri daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, penerbit universiti awam, institut penyelidikan dan agensi kerajaan. Bagi melayakkan sesebuah manuskrip itu diterbitkan oleh penerbit yang diiktiraf seperti Penerbit UMT, manuskrip yang

lengkap haruslah mengandungi kriteria yang diperlukan seperti prakata, kandungan bab, kesimpulan, rujukan, indeks, biodata pengarang dan blurb. Ia juga harus ditulis dengan teliti, merupakan karya asli dan baik mutu kesarjanaanya. Selain itu juga, manuskrip tersebut tidak boleh bercanggah dengan kehendak Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Hak Cipta, Akta Hasutan dan Akta Rasmi Kerajaan. Sekiranya semakan mendapati buku tersebut memenuhi kriteria yang diperlukan, ia akan melalui proses prapenerbitan yang akan mengambil masa antara enam bulan hingga setahun sehinggalah buku tersebut siap dicetak. Terlebih dahulu semakan Turnitin akan dilakukan bagi memastikan ianya karya asli pengarang dan setelah itu, manuskrip akan dihantar kepada dua penilai yang pakar dalam bidang berkaitan. Keputusan penilaian akan dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Buku yang terdiri dari ahli yang dilantik dan dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI). Sekiranya mendapat kelulusan mesyuarat, manuskrip akan diserahkan untuk penambahbaikan oleh pengarang sebagaimana cadangan oleh


Infokus Mac 2022 kedua-dua penilai. Proses seterusnya adalah semakan oleh pegawai penerbit bagi memastikan pembetulan telah dibuat oleh pengarang. Manuskrip yang telah lengkap akan melalui proses suntingan bahasa oleh penyunting luar yang berkelayakan bagi memastikan manuskrip yang dihasilkan baik dan berkualiti. Setelah selesai suntingan, proses reka letak dan reka bentuk oleh pegawai penerbit dan juga permohonan ISBN akan dilakukan. Manuskrip akan disemak sekali lagi oleh pengarang untuk proses cetakan dan akan diserahkan kepada pengarang setelah semakan kualiti cetakan dilakukan. Buku dan kepentingannya kepada ahli akademik dan universiti Nilai penerbitan sesebuah buku kepada ahli akademik boleh dikategorikan kepada dua iaitu sebagai pencapaian sasaran kerja tahunan dan juga pertimbangan untuk kenaikan pangkat. Sebagai contoh, seorang Profesor Madya (DS 53/54) disasarkan untuk menghasilkan satu buku untuk setahun, manakala bagi tujuan kenaikan pangkat pensyarah dari DS 52 ke DS 54, nilai penerbitan kesetaraan yang diambil kira adalah sebuah buku bersamaan dengan tiga artikel jurnal terindeks (buku hendaklah hasil penyelidikan yang diterbitkan oleh penerbit yang diiktiraf). Sementara itu, bagi buku yang diterbitkan oleh Penerbit Antarabangsa seperti Springer, Elsevier dan Emerald, nilai kesetaraan adalah bersamaan dengan lima artikel terindeks. Bagi artikel bab dalam buku yang diindeks WOS atau Scopus, nilai kesetaraan adalah satu bab bersamaan dengan tiga artikel terindeks, dan bab dalam buku oleh penerbit MAPIM adalah satu bab bersamaan satu artikel terindeks. Bagi penerbitan monograf pula, nilai kesetaraan adalah satu monograf bersamaan satu artikel terindeks. Penerbitan buku juga turut menyumbang kepada pencapaian data Malaysia Research Assessment Instrument I (MyRA® I).

Berdasarkan kepada Glosari MyRA (Pindaan 2018), buku yang diambilkira adalah Buku Penyelidikan berindeks Scopus/WOS dan Buku Penyelidikan Tidak Berindeks sitasi. Antara kriteria tambahan yang diperlukan adalah buku yang diterbit mestilah mematuhi piawaian buku penyelidikan seperti diwasit dan disunting, buku mestilah mempunyai piawaian seperti muka hadapan, isi kandungan, prakata, ISBN, indeks dan hak cipta serta diterbitkan oleh penerbit yang berdaftar dengan badan beriktiraf seperti MAPIM. Kesimpulan Penerbitan buku merupakan satu usaha yang perlu dilakukan secara berterusan bagi memastikan perkembangan sesuatu ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh semua pihak secara lebih meluas lagi. Berbeza dengan penerbitan artikel jurnal, buku dapat diakses oleh orang awam, justeru ilmu yang dimiliki oleh seorang profesor atau ahli akademik dapat dipindahkan dalam bentuk yang mudah difahami untuk kepentingan umum. Bagi ahli akademik, penulisan buku dilakukan atas pelbagai tujuan di mana ada yang menulis untuk kepuasan diri kerana dapat berkongsi ilmu yang ada, untuk pencapaian sasaran kerja tahunan sebagaimana yang telah ditetapkan, untuk kenaikan pangkat, dan sebagainya. Tidak kiralah apa pun matlamatnya, penerbitan buku harus dikira sebagai satu penerbitan yang diiktiraf setara dengan penerbitan artikel jurnal terindeks WOS atau Scopus kerana ia memerlukan satu usaha yang bukan sedikit dan perlu melalui satu proses prapenerbitan yang begitu teliti sebelum melayakkan sesebuah buku berada di rak-rak buku fizikal mahu pun digital. Justeru itu, tiada istilah jemu bagi seorang ahli akademik untuk terus menulis di samping perlunya sokongan daripada pihak universiti untuk terus menggalakkan ahli akademik menulis buku misalnya memberikan sejumlah dana tertentu selain mengiktiraf penerbitan buku pada kedudukan yang sewajarnya.

19


20

FOKUS

Monumen Ikonik ASEAN

Tawar Keunikan di Pulau Bidong oleh:

Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan

T

arikh 8 November 2021 mencipta sejarah apabila Projek First ASEAN Underwater Mini Landmark (AUMiL) telah dilaksanakan bertempat di perairan Stesen Penyelidikan Alami Marin UMT, Pulau Bidong, Setiu. Projek yang mendapat pembiayaian dan peruntukan hampir RM 300,000.00 tersebut telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan , Seni dan Budaya dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara (JWN) dan UMT. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Nancy Shukri berkata, 11 monumen telah diturunkan ke kedalaman 15 meter dasar laut di Pulau Bidong yang terdiri daripada Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur (KLCC)( Malaysia), Masjid Haji Omar Ali Saifuddien (Brunei), Jose Rizal Monument ( Filipina), Cambodia Independent Monument (Kemboja), Patuxai Monument (Loas) dan sebuah monumen khas sebagai simbol penyatuan negara ASEAN yang diberi nama ASEAN Symbol of Unity Monument.

Selain itu, terdapat monumen lain yang ditempatkan di sini ialah Merlion (Singapura), Wat Arun Ratchawararam Ratchaworamahawihan (Thailand), Indonesia National Monument (Indonesia), Tran Quoc Pagoda (Vietnam), dan Shwedagon Pagoda (Myanmar). “Kewujudan monumen dasar laut tersebut akan dapat menarik minat pelancong terutamanya penyelam skuba dari serantau dunia termasuk dari negara ASEAN yang sentiasa mencari lokasi baharu seperti Pulau Bidong yang menawarkan tempat keunikan untuk diterokai. Projek AUMiL ini sudah pasti mampu menjadi daya tarikan baharu pelancongan Negeri Terengganu yang terkenal dengan keindahan pulau selain Pulau Perhentian dan Pulau Redang,” kata Nancy lagi. Memandangkan UMT merupakan satu-satunya universiti yang mempunyai stesen penyelidikan yang berfokuskan ilmu kelautan dan sumber akuatik, ia digunakan oleh para penyelidik termasuk pelajar UMT


Infokus Mac 2022

Pulau tersebut mempunyai 1001 khazanah tersendiri termasuklah tapak peninggalan Orang Hanyut Vietnam (OHV) yang menempatkan pelbagai monumen seperti kuil,tokong,gereja dan lain-lain lagi. untuk tujuan kajian dan pembelajaran dan pengajaran. Bilangan kemasukan pelancong juga dihadkan bagi tujuan memelihara dan memulihara khazanah serta alam semula jadi di Pulau Bidong. Antara aktiviti lain yang boleh dijalankan di Pulau Bidong adalah berkayak, snorkelling dan merentas hutan.

Turut hadir ke majlis perasmian AUMiL adalah Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr Mazlan Ghaffar, dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan , Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman.

21


22

FOKUS

UMT Bantu

Pembangunan dan Pemantapan Keselamatan Air oleh:

Rudiah Md Hanafiah Fakulti Pengajian Maritim

S

ektor pelancongan merupakan salah satu sektor yang menyumbang kepada kerancakan ekonomi di Malaysia. Tasik, pantai, sungai, serta air terjun merupakan antara destinasi tumpuan pelancong tanpa mengira sama ada dari dalam atau luar negara. Setiap destinasi ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dan menawarkan pengalaman yang berbeza kepada setiap pengunjung. Namun, kadar kematian akibat lemas yang kian meningkat saban tahun sangat membimbangkan. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sungai atau tali air menjadi lokasi kejadian lemas tertinggi sepanjang bulan Januari hingga Oktober 2019, iaitu melibatkan sebanyak 109 kes. Selain itu, kejadian lemas yang dilaporkan

turut melibatkan kawasan pantai dengan 41 kes, diikuti 27 kes di tasik dan 11 kes di kawasan air terjun. Analisis data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa golongan kanak-kanak dan remaja adalah golongan mangsa paling ramai iaitu hampir 50 peratus daripada jumlah kematian sepanjang tahun. Kes kematian tertinggi ini mengikut kategori pula melibatkan golongan kanak-kanak berusia lima hingga 14 tahun diikuti kategori remaja berusia antara 15 hingga 24 tahun. Angka ini dijangka akan terus meningkat saban tahun. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia lagi, kadar kematian lemas di Malaysia adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding kadar kematian melibatkan mangsa kebakaran. Untuk rekod,


Infokus Mac 2022

bagi tahun 2019 sahaja, sebanyak 300 kes lemas melibatkan 232 kematian dilaporkan berbanding 121 kematian yang melibatkan mangsa kebakaran. Secara majoritinya, kemalangan lemas ini banyak berlaku pada musim cuti sekolah, cuti umum atau hujung minggu. Ia berpunca daripada beberapa faktor terutamanya sikap masyarakat yang mengabaikan aspek keselamatan di kawasan rekreasi air. Selain itu, kemalangan lemas ini juga berpunca daripada perasaan panik dan kekurangan ilmu untuk memberi bantuan awal mula kecemasan. Dalam keadaan negara yang masih berjuang melawan pandemik COVID-19, sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh En. Shahriman Abdul Hamid dari Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) berserta empat orang penyelidik daripada UMT tetap bersemangat untuk meneruskan program pembangunan dan pemantapan keselamatan air bersama komuniti remaja di Pulau Redang, Terengganu. Program ini telah dianjurkan oleh Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PIJI) di bawah dana Knowledge and Technology Assimilation Grant Scheme (KTAGS). Seperti yang diketahui umum, Terengganu merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan kecantikan pantai dan keindahan pulaunya. Terengganu juga sering menerima kunjungan pelancong yang ramai

khususnya pelancong yang suka menikmati keindahan alam semula jadi. Hal ini membuatkan Pulau Redang menjadi lokasi pilihan kerana faktor geologi Pulau Redang yang dikelilingi oleh sumber air. Oleh yang demikian, pelajar Sekolah Kebangsaan Pulau Redang dipilih untuk turut serta terlibat dalam program yang sangat bermanfaat ini. Objektif kursus secara dalam talian ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai keselamatan apabila berada berhampiran air, kemahiran asas menyelamatkan diri, mencapai peralatan yang ada untuk menyelamat, teknik menyelamatkan mangsa serta cara untuk bertindak sewajarnya dalam situasi kecemasan akuatik. Program yang telah dijalankan pada tanggal 25 Julai 2021 itu juga seiring dengan sambutan Hari Pencegahan Lemas yang telah disambut serentak di seluruh dunia. Diharapkan dengan adanya kursus dan pelbagai kempen kesedaran ini orang ramai lebih bersedia dan mahir sewaktu melakukan kegiatan air dan apabila menghadapi situasi bencana. Usaha ini sedikit sebanyak akan dapat membantu pihak yang terlibat seperti Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perangkaan dan Kementerian Kesihatan untuk meminimumkan kematian akibat kemalangan lemas.

23


24

FOKUS

Karnival Inovasi@UMT 2021

Budayakan Inovasi dan Kreativiti oleh: Ahmad Nazri Abdullah Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi

meneroka dan berkongsi idea atau inovasi masing-masing selain dapat meningkatkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Pelaksanaan karnival ini juga adalah sejajar dengan Pelan Strategik UMT (PSUMT) 2018-2022 dengan Teras Pertama iaitu Pemerkasaan Bakat. Selain itu, program ini juga sejajar dengan lonjakan kedua yang berfokuskan kepada kecemerlangan bakat dan juga lonjakan keenam iaitu tadbir urus perkasa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025.

P

embudayaan inovasi dan kreativiti secara terancang dan konsisten mampu membawa kebaikan terhadap produktiviti dan mutu perkhidmatan yang disediakan oleh sesuatu organisasi. Penghasilan inovasi secara berterusan dan berimpak tinggi akan dapat meningkatkan kecekapan sesuatu proses atau penyampaian perkhidmatan, sekali gus memastikan keberlangsungan dan kemampanan dalam mengharungi cabaran ke arah menjadi sebuah organisasi yang berprestasi tinggi. Sehubungan dengan itu, bagi membudayakan inovasi dan kreativiti dalam kalangan warga UMT, Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi (PPBI) mengambil inisiatif dengan menganjurkan Karnival Inovasi@ UMT 2021. Karnival ini merupakan salah satu platform bagi pensyarah dan pentadbir untuk

Karnival inovasi@UMT 2021 ini telah diadakan pada 19 Disember 2021 hingga 23 Disember 2021 yang lalu secara dalam talian dengan tema Cakna Inovasi Pemangkin Generasi Lestari. Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi telah membuat kerjasama strategik dalam melaksanakan karnival ini dengan melantik urus setia bersama karnival iaitu Pusat Ekosistem Digital (PED), Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) dan Pusat Pembangunan Holistik dan Kaunseling Pelajar (PPHKP). Kejayaan penganjuran karnival ini adalah hasil daripada kerjasama yang erat antara urus setia induk dan urus setia bersama serta sokongan warga UMT. Aktiviti utama yang dilaksanakan dalam karnival ini ialah pertandingan amalan inovasi serta sesi ucaptama perkongsian amalan inovasi yang disampaikan oleh keynote speaker yang dijemput khas oleh penganjur. Keynote speaker bagi sesi ucaptama perkongsian amalan inovasi yang dijemput khas bagi berkongsi ilmu dengan peserta dan pengunjung karnival ialah Prof. Dr. Fauziah Abdul Rahim, Pengarah Pusat


Infokus Mac 2022

Pengajaran Pembelajaran Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad, Pengarah, Bahagian Kecemerlangan Akademik Jabatan Pendidikan Tinggi dan Puan Muhaslizawati Mohd Bakri, Penolong Pengurus Malaysia Productivity Corporation Cawangan Terengganu. Bagi pertandingan amalan inovasi pada kali ini, terdapat penambahan dalam kategori penyertaan. Jika pada tahun 2020, hanya dua kategori sahaja dipertandingkan iaitu Amalan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (AIPP) dan Amalan Inovasi Pengurusan (AIPN) tetapi pada tahun 2021, dua kategori baharu telah diwujudkan iaitu Amalan Inovasi Penyelidikan (AIPY) dan Amalan Inovasi Pelajar (AIPJ) . Pertandingan ini menerima sebanyak 204 penyertaan daripada peserta dalam dan luar UMT meliputi Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Setiap peserta pertandingan amalan inovasi perlu membentangkan hasil inovasi yang dihasilkan kepada panel penilai yang dilantik dalam tempoh 15 minit dan diikuti dengan sesi soal jawab oleh panel. Kriteria yang dinilai oleh panel penilai adalah meliputi amalan inovasi dan kebolehgunaan, impak serta persembahan peserta. Pusat Pembangunan Bakat dan Inovasi berharap agar penganjuran program karnival inovasi yang membawa kepada pembudayaan kreativiti dan inovasi ini terus mendapat sokongan dan dorongan daripada setiap warga UMT. Diharapkan dengan usaha dan sokongan yang mantap daripada semua pihak ini akan memastikan pembudayaan kreativiti dan inovasi di UMT terus subur dan mekar yang seterusnya memberi impak yang positif bagi memacu UMT ke arah sebuah organisasi yang berprestasi tinggi.

25


26

SOROTAN PERISTIWA

The Bidong Shipwreck

UMT Rungkai Artifak Arkeologi Bawah Air oleh: Rafidah Hanipah @ Razali Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan

A

dakah anda pernah terbaca mengenai penemuan warisan kebudayaan bawah air di Selat Melaka ? Harian Metro September 2020 ada membongkarkan kisah beberapa serpihan artifak dan syiling dipercayai berusia lebih 900 tahun yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Dinasti Song, Yuan dan Ming, pernah dijumpai oleh ahli arkeologi di kawasan tambakan pasir di Pulau Melaka, Bandar Hilir. Menariknya, masih terdapat pelbagai khazanah di dasar laut khususnya di perairan laut sekitar Malaysia yang masih belum diteroka. Untuk itu, UMT telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Bengkel Inventori dan Konservasi Artifak The Bidong Shipwreck yang telah berlangsung pada 10 hingga 13 Januari 2022 secara hibrid bertempat di Makmal Sains Bahan, Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL).

Bengkel seumpama ini adalah pertama kali dianjurkan oleh PPPL yang juga telah membuka lembaran baru dalam bidang penyelidikan arkeologi bawah air di UMT berikutan penemuan kapal karam atau lebih dikenali sebagai The Bidong Shipwreck yang mengandungi artifak sejarah di perairan sekitar Pulau Bidong, Terengganu pada tahun 2012. Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada 45 warga UMT termasuk staf dan pelajar serta selebihnya adalah daripada agensi kerajaan iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Muzium Tentera Darat (MTD) serta Jabatan Warisan Negara (JWN) Pusat dan Wilayah Timur telah terlibat dalam bengkel tersebut. Penganjuran bengkel ini juga turut mendapat kerjasama daripada JWN dengan menghantar seramai lima orang fasilitator yang berpengalaman untuk memberi tujuk ajar bagi sesi amali.


Infokus Mac 2022

Hari pertama, peserta didedahkan dengan kuliah secara bersemuka berkaitan pengenalan asas seramik dan konservasi artifak bawah air yang telah disampaikan oleh pakar arkeologi iaitu Prof. Dr. Stephen Chia yang juga merupakan Pengarah Pusat Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM). Manakala pada sesi petang, kuliah telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Arkeologi JWN, Ruzairy Arbi berkaitan pengurusan warisan budaya bawah air negara yang termaktub di dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005. Syarahan hari kedua bengkel telah disampaikan secara dalam talian melalui aplikasi Cisco Webex dan dimulai oleh Abdul Aziz Abdul Rashid, Ketua Kurator Muzium Seni Asia, Universiti Malaya. Melalui syarahan yang disampaikan, peserta telah didedahkan dengan kaedah mengenal pasti seramik terutama artifak yang telah dijumpai daripada The Bidong Shipwreck. Seterusnya pihak penganjur juga turut menjemput Karen Loh yang merupakan mantan Presiden Persatuan Sukarelawan Muzium bagi sesi perkongsian pengalaman dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat artifak warisan budaya bawah air di perairan negara. Profesor Madya Dr Hasrizal Shaari, Pengarah PPPL ditemui berkata, objektif penganjuran bengkel adalah untuk membangunkan sumber manusia yang kompeten di UMT dalam bidang arkeologi bawah air sebagai persediaan untuk

membangunkan Pusat Latihan Arkeologi Bawah Air Marin pertama di Malaysia selaras dengan saranan Menteri di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Dato’ Seri Nancy Shukri. Melalui bengkel ini juga, peserta turut didedahkan dengan pelbagai perkongsian ilmu dan pengalaman pengurusan artifak mengikut piawaian yang telah ditetapkan. “Bengkel ini turut memberi peluang strategik antara agensi kerajaan dan swasta dalam memperkasakan penyelidikan arkeologi bawah air marin di Malaysia. Pihak UMT turut merasa sangat bertuah apabila bermula tahun 2012, JWN sentiasa memberikan sokongan dalam memastikan projek arkeologi terutama dalam bidang penyelidikan Kapal Karam Pulau Bidong dapat direalisasikan,” ujar Prof. Madya Dr. Hasrizal. Sementara itu, salah seorang peserta yang ditemu bual, Syahnon Mohammad, Pegawai Sains, Bahagian Selam dan Lapangan, PPPL berkata, penganjuran bengkel tersebut telah memberi satu dimensi baru dan nilai tambah kepada peserta bengkel khususnya dan UMT umumnya berkaitan bidang aerkologi bawah air. Turut hadir dan berkongsi maklumat dalam sesi bengkel tersebut adalah daripada wakil Nukleus Galeri Pahlawan Negara Putrajaya, Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Kolonel Muhammad Zuraiman Abdul Ghani serta En. Yusri Yusuf, pensyarah Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, UMT.

27


28

SOROTAN PERISTIWA

Pesona ‘Buah Dari Syurga’ Buka Ruang Kerjasama Universiti-Industri

T

oleh : Dr. Ramisah Mohd Shah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan

anaman gac ataupun nama saintifiknya Momordica cochinchinensis terkenal dengan gelaran ‘buah dari syurga’ oleh penggemar buah ini. Gelaran ini diberikan kerana khasiat yang terkandung di dalam buah ini yang mana boleh dikatakan setiap bahagian

Kembara mencari buah gac bermula di daerah Kuala Langat di dalam negeri Selangor. Kampung Jenjarom merupakan satu lokasi yang unik di mana plot tanaman gac untuk Ladang FIR Organic Gac beroperasi. Pertemuan bersama pemilik iaitu Encik Koh dan rakan kongsi beliau, Encik Johnny

buah mempunyai kandungan fitonutrisi yang tersendiri. Pokok gac juga istimewa kerana ia adalah sejenis tanaman diocius iaitu terdapat jantina jantan dan betina pada pokok yang berlainan. Pendebungaan daripada bunga jantan adalah diperlukan bagi menghasilkan buah. Melalui kajian literatur yang dibuat, terdapat beberapa variasi tanaman gac yang unik seperti bentuk daun, bunga dan buah yang berbeza.

telah diatur dan disusuli dengan lawatan ke Kampung Jenjarom yang disertai oleh pensyarah, pembantu penyelidik dan pelajar siswazah pada 18 November 2021.

Kumpulan penyelidikan UMTSuperGac dengan inisiatif untuk meneroka variasi genetik tanaman gac yang ditanam di Malaysia telah memulakan misi eksplorasi. Pencarian melalui media sosial membuahkan hasil di mana beberapa orang perseorangan dan syarikat-syarikat pertanian yang terlibat dengan penanaman tanaman gac mula memberikan respons yang positif.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menjalankan pensampelan koleksi tanaman gac di FIR Organic Farm serta berbincang mengenai potensi untuk mengkomersialkan produk buah gac. Sewaktu masuk ke dalam ladang, rombongan dari UMT terpesona dengan landskap menarik yang dihasilkan daripada penanaman tanaman gac. Pokok gac ditanam secara berpara tinggi di mana bahagian bawahnya boleh dilalui dan naungan yang dihasilkan daripada ranting pokok gac yang menjalar menutupi para tersebut sangat memukau mata ahli rombongan. Buah gac yang mula menguning dan bergantungan di bawah para turut memberikan satu tarikan istimewa.

1

A

B


Infokus Mac 2022 2

4

29

3

5

6

Menurut Encik Koh, hanya sepasang tanaman gac iaitu satu pokok jantan dan satu pokok betina di tanam di bawah para tersebut dan ia sudah berusia lapan tahun. Tanaman ini diberikan baja organik secara berkala mengikut jadual supaya sentiasa berbunga dan berbuah tanpa mengira musim. Keunikan ini memberi kami idea bahawa tanaman ini sesuai dijadikan tanaman landskap yang menarik di sesuatu tempat bagi tujuan menarik kehadiran pelancong sekali gus memajukan lagi industri pelancongan tempatan. Ladang ini juga telah mengeluarkan produk daripada buah gac dalam bentuk enzim dan mendapat sambutan yang sangat baik apabila dipasarkan secara dalam talian.

Buat masa ini, syarikat sedang berusaha untuk memperluaskan plot tanaman baru di mana sebuah ladang seluas lima ekar akan diusahakan bagi memastikan hasil tuaian buah gac mencukupi untuk penghasilan produk. Kumpulan penyelidik UMTSuperGac turut diminta untuk membantu dalam memberikan khidmat nasihat dan pembiakan tanaman gac supaya dapat mencapai hasil yang diinginkan. Kembara ini benar-benar membuka peluang dan ruang kerjasama yang lebih meluas antara kedua belah pihak, iaitu universiti dan industri untuk menuju ke arah kecemerlangan pada masa selain membuka ruang pengkomersialan produk buah gac kepada khalayak umum.

1.

Bunga pokok gac. A: Bunga jantan, B: Bunga betina

2.

Tanaman gac berpara di Ladang FIR Organic Gac

3.

Penyelidik UMTSuperGac bergambar bersama pemilik Ladang FIR Organic Gac

4.

Perbincangan bersama mengenai teknik pembiakan tanaman gac

5.

Pendebungaan bunga jantan kepada bunga betina

6.

Encik Johnny bersama produk dari buah gac


30

SOROTAN PERISTIWA

‘Kitchen Waste to Biogas’

Pupuk Kesedaran Pengurusan Sisa Pepejal Domestik oleh: Ts. Dr. Mohammad Hakim Che Harun Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik

P

engurusan sisa pepejal sering kali dikaitkan dengan aktiviti kitar semula dan pengasingan bahan-bahan terbuang melalui sistem tong sampah yang berwarna. Pengenalan konsep penguraian bahan buangan dapur kepada gas metana ini harus diberikan kesedaran daripada peringkat awal usia bagi perkembangan dan minat yang lebih mendalam dengan menggunakan cara ‘waste to energy’. Kitchen waste into green energy adalah antara idea yang paling mudah untuk difahami bagi menguruskan sisa pepejal domestik.

Pemindahan dan Jaringan Ilmu (PPIJI) telah melaksanakan program “Kitchen Waste to Biogas”. Program yang bertemakan ‘Waste to Wealth’ ini telah berlangsung di Dewan Seminar Kuliah Berpusat pada 27 Januari 2022 dan dihadiri oleh komuniti setempat sekitar Kuala Nerus. Komuniti tersebut adalah guru dan pelajar dari SMK Kompleks Gong Badak, SBPI Batu Rakit, SK Kompleks Seberang Takir selain turut disokong oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), dan Unit Dietetik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Justeru, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI) dan Pusat

Turut diundang adalah wakil industri dari Concord Green Energy iaitu Mr. Otto


Infokus Mac 2022

Banegas dan Pn. Irma Hanafiah. Dengan adanya penglibatan luar seperti daripada kepakaran industri, program dilihat lebih berjaya dengan perkongsian dan sudut pandangan daripada pihak Concord sendiri.

SMK Kompleks Gong Badak juga mengakui bahawa program ini telah membuka mata mereka akan teknologi hijau ini yang merupakan serampang dua mata kepada masalah sumber tenaga dan alam sekitar.

Dr. Mohd Zaid, yang merupakan guru di SBPI Batu Rakit berpandangan program seperti ini harus dipanjangkan lagi seperti menyediakan ‘pilot’ sistem di kantin sekolah.’ Menerusi maklum balas, para pelajar dari

Kaedah pelaksanaan program ini adalah berdasarkan tiga modul yang dijalankan menerusi aktiviti ‘hands-on’ dan melibatkan kemahiran kolaboratif antara pelajar, kakitangan kerajaan dan orang awam.

31


32

SOROTAN PERISTIWA

“Leadership For Climate Resilient Fisheries” Lestarikan Sumber Perikanan Ketam Negara oleh : Dr. Mohamad Nor Azra Md Adib Institut Bioteknologi Marin

P

rogram “Leadership for Climate Resilient Fisheries” yang diadakan pada bulan September 2021 yang lepas menyaksikan Dr. Mohamad Nor Azra telah berjaya mendapat tempat sebagai salah seorang daripada sembilan orang felo sulung di Asia Timur termasuk Asia tenggara untuk menjayakan program berkenaan. Program ini ditaja buat pertama kalinya oleh dua buah organisasi yang bukan berasaskan keuntungan di Amerika Syarikat

iaitu “Sustainable Ocean Alliance” dan “Environmental Defense Funds”. Program ini secara asasnya merupakan salah satu program yang mengukuhkan kebolehan memimpin terutamanya dalam menyentuh isu daya ketahanan dunia perikanan terhadap cabaran perubahan iklim. Program tersebut melibatkan 12 minggu latihan dan ceramah secara maya oleh beberapa orang tokoh yang berpengaruh di dunia seperti Prof. Dr. Boris


Infokus Mac 2022

Worm yang telah berjaya menghasilkan lebih 10 buah artikel yang diterbitkan di Nature, salah sebuah jurnal berimpak tinggi di dunia. Selain itu, pengucaptama yang terkenal di dunia seperti Nathan Gold, yang terkenal dengan jolokan “An elevator pitch expert” oleh Wall Street Journal juga merupakan salah seorang penceramah yang turut serta dalam program tersebut. Program tersebut juga memerlukan peserta untuk menyiapkan satu projek yang berkait dengan daya ketahanan dunia perikanan negara peserta terhadap cabaran perubahan iklim. Untuk itu, projek rumah ketam dan daya ketahanan ketam bertelur terhadap perubahan iklim telah dijalankan bersama pihak industri dan komuniti di Kelong Hua Kee, Selat Tebrau, Gelang Patah, Johor. Kawasan yang dipilih ini merupakan salah satu kawasan yang sangat prolifik untuk ketam renjung betina bertelur.

Rekod terdahulu oleh Jabatan Perikanan menunjukkan kawasan ini merupakan kawasan yang merekodkan jumlah tangkapan ketam renjung yang tertinggi di Malaysia. Namun, data menunjukkan kemerosotan tangkapan berlaku pada tahun 2020. Sehingga kini, tiada rekod yang menunjukkan terdapat aktiviti berkaitan pelepasan umum/ pengurusan benih ataupun induk dijalankan sejak tahun 2010. Projek ini melibatkan dua fasa utama, iaitu pembinaan rumah ketam (crab house) untuk pengurusan benih dan induk ketam serta pengenalan polisi baru kepada pihak kerajaan dan pihak yang berkepentingan. Program seperti ini diharap dapat memastikan kelestarian sumber ketam dapat dikawal, dikekalkan dan dipulihara daripada ancaman berganda ekoran penangkapan ketam secara berlebihan dan perubahan iklim di kawasan ini.

33


34

SOROTAN PERISTIWA

FPSM Bimbing Komuniti Laksana Penanaman Sayuran Kaedah Hidroponik

oleh: Ramisah Mohd Shah, Norhidayah Che Soh, Nurul Faziha Ibrahim, Husni Hayati Mohd Rafdi, Suhaizan Lob, Iffah Hazirah Mohd Nawi dan Nor Idzwana Mohd Idris Fakulti Perikanan dan Sains Makanan

1

H

idroponik merupakan kaedah penanaman menggunakan media air bagi menggantikan tanah. Ia adalah satu kaedah mudah dengan meletakkan biji benih sayuran di dalam span atau sabut kelapa yang bertindak sebagai media tanaman yang diletakkan di dalam air baja. Kaedah penanaman ini bukan sahaja sangat mudah dan praktikal tetapi juga mampu untuk mengurangkan risiko penyakit tanaman bawaan tanah. Hidroponik sudah lama bertapak di Malaysia dan beberapa syarikat tempatan telah menghasilkan bekalan sayuran di pasaran tempatan melalui kaedah ini. Namun, masih ramai yang tidak menyedari bahawa teknologi ini boleh dilakukan sendiri di rumah dengan menggunakan alatan yang sedia ada. Menyedari manfaat kaedah hidroponik kepada masyarakat, satu projek pemindahan ilmu penanaman sayuran menggunakan kaedah ini kepada komuniti sekitar UMT telah dilaksanakan. Projek yang berteraskan

pada prinsip ‘Kesejahteraan Sosial’ di dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 ini telah melibatkan komuniti Kampung Padang Nenas dan komuniti Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS). Seramai 23 orang peserta terpilih menyertai program yang mengambil masa 12 bulan bermula bulan April 2021. Sebelum memulakan penanaman, peserta diberikan taklimat di dalam Bengkel Latihan Kaedah Penanaman Hidroponik Sayuran secara dalam talian. Satu modul khas yang menerangkan kaedah hidroponik secara bertulis dan juga rakaman video demonstrasi kaedah hidroponik telah diberikan kepada setiap peserta sebagai rujukan sepanjang tempoh pelaksanaan program. Setiap peserta juga dibekalkan dengan 10 set hidroponik ringkas termasuk baja A dan B, dan empat jenis biji benih sayuran bagi mempraktikkan tanaman hidroponik di rumah masing-masing. Sepanjang program berlangsung, setiap ahli projek dalam kalangan pensyarah


Infokus Mac 2022

2

35

3

4

1.

Sebahagian peserta Bengkel Latihan Penanaman Sayuran Hidroponik secara dalam talian

2.

Set hidroponik ringkas, baja A dan B, dan biji benih sayuran yang dibekalkan kepada setiap peserta program

3.

Penyerahan set hidroponik kepada peserta

4.

Tanaman hidroponik peserta dari Komuniti Kampung Padang Nenas

5.

Sebahagian peserta dari komuniti Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) bersama tanaman hidroponik yang diusahakan

5

telah melakukan pemantauan secara berkala bagi melihat kemajuan tanaman peserta dan memberikan khidmat nasihat bagi memastikan projek penanaman ini terlaksana. Komitmen yang diberikan oleh para peserta amat luar biasa. Ini dibuktikan dengan peserta melaksanakan projek penanaman hidroponik tanaman sayuran dengan tekun dan mampu hidup subur seterusnya menikmati hasil tuaian. Dengan adanya penanaman sayuran, ia dapat digunakan oleh peserta sekali gus mengurangkan kos pembelian sayur-sayuran.

Pelaksanaan program ini dibiayai menerusi geran Knowledge and Technology Assimilation Grant Scheme (KTAGS), Pusat Pemindahan Ilmu Dan Jaringan Industri (PPIJI) dan diketuai oleh Dr Norhidayah Che Soh serta dibantu oleh enam orang pensyarah lain dari Fakulti Perikanan dan Sains Makanan. Projek pemindahan ilmu seperti ini diharapkan dapat diperluaskan lagi agar lebih ramai masyarakat di luar sana dapat mengaplikasikan kaedah penanaman hidroponik di kediaman masing-masing.


36

SOROTAN PERISTIWA

UMT Bergabung Tenaga Jayakan

Terengganu Monsoon Challenge oleh:

Mohd Hafizi Said Noor Hidayah Mat Isa Pusat Latihan Pelayaran

P

usat Latihan Pelayaran (PLP) UMT dan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dengan kerjasama Terengganu Sailing Association (TESA), Terengganu Windsurfing Sailing Association (TWSA) telah menganjurkan kejohanan Terengganu Monsoon Challenge (TMC) 2021 bertempat di Duyong Marina & Resorts, Pulau Duyong, Kuala Terengganu selama empat hari bermula pada 30 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022. Penyertaan peserta bagi kejohanan ini amat memberangsangkan dan penganjuran TMC2021 merupakan kejohanan peringkat kebangsaan bagi sukan pelayaran yang pertama dianjurkan pasca COVID-19. Seramai 213 orang peserta telah menyertai kejohanan kali ini dengan menghimpunkan pelayar-pelayar profesional yang terdiri daripada persatuan pelayaran negeri di seluruh Malaysia iaitu kedah, Pulau Pinang,

Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Sabah serta pelajar IPT. Seramai 63 orang pelajar UMT yang mengambil subjek Kompetensi Asas Pelayaran (MNS 3003) dan Lanjutan Pelayaran (CCS 3162) telah menyertai dan terlibat sebagai urusetia dan pegawai teknikal kejohanan. Kejohanan ini telah dijadikan platform penilaian yang memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar di dalam tugasan penganjuran dan pertandingan acara/regatta. Kejohanan kali ini merupakan penganjuran kali keempat bagi pihak UMT sejak 2017 dengan kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan negeri Terengganu dan TWSA. Kejayaan penganjuran pada tahun 2017, 2018 dan 2019 telah memberi petunjuk acara ini mampu menggantikan


Infokus Mac 2022

kehebatan penganjuran Monsoon Cup sebelum ini. Sebanyak lima kategori dipertandingan iaitu Fleet Race, Pelapis & Bakat Fleet Race, UMT-IPT Open, Optimist Team Race dan Hansa Access 2.3. Kejohanan kali ini juga sangat istimewa kerana turut disertai oleh Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi kategori Hansa Access 2.3. TMC 2021 telah menghidupkan semula kategori Handicap Sailing dan memberi peluang kepada pelayar OKU negara untuk kembali aktif setelah kategori ini sudah lama tidak dipertandingkan di Malaysia sejak tamat Paralimpik Rio 2016. Banyak keunikan sepanjang kejohanan kali ini di mana tiupan angin yang sangat kuat iaitu sekitar 18 hingga 24 knot telah memberi cabaran yang luar biasa kepada semua peserta. Inovasi baru juga telah diperkenalkan oleh pihak penganjur menerusi sistem penggiliran dan

perkongsian bot dan alatan, sekali gus dapat mengurangkan beban logistik pasukan luar. Selain itu ia dapat mengurangkan jumlah peserta dalam sesuatu ruang kejohanan selari dengan langkah pencegahan COVID-19. Sistem penggiliran ini akan diteruskan dalam mana-mana acara regatta kebangsaan pada masa akan datang. Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Dr. Haji Alias bin Razak. Pemenang bagi pasukan terbaik telah dimenangi oleh pasukan Terengganu dengan kutipan mata sebanyak 941 manakala pelayar terbaik dimenangi oleh Iqbal Nazham Musmuliadi dari Kedah. Kejohanan ini juga telah berjaya mencungkil seramai 30 orang bakat baharu pelayar pelapis bermula daripada usia lapan tahun.

37


38

SOROTAN PERISTIWA

International Alumni Talk Platform Strategik Jaringan Alumni Antarabangsa oleh : Noorullaily Saffain | Pusat Alumni

P

ada 16 Januari baru-baru ini, telah berlangsung satu program bersama alumni antarabangsa sebagai pembuka tirai program Pusat Alumni bagi tahun 2022. Program ini dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Webex dan siaran langsung menerusi Facebook Live Pusat Alumni yang telah bersiaran dari Galeri Pejabat Komunikasi Korporat (PKK), UMT. Program yang dihoskan oleh Profesor Dato’ Dr. Saharuddin Abdul Hamid, Pengarah Pusat Alumni ini bertajuk “Leadership In Environmental and Technology Management in Achieving Sustainable Development Goals (SDGs)” . Program ini juga merupakan cetusan idea daripada Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar, Felo Penyelidik Utama, Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) yang berperanan selaku moderator program ini. International Alumni Talk (IAT) pada kali ini menjemput seorang alumni universiti selaku speaker yang berpangkalan di luar negara. Alumni yang dimaksudkan ialah Dr. Zurina Moktar, Head of Science, Technology and Innovation (STI) Division,

ASEAN Secretariat, Jakarta, Indonesia. Dr. Zurina Mokhtar merupakan alumni program Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti) yang telah bergraduat pada tahun 2006. Beliau seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di University of Cambridge, United Kingdom dari tahun 2013 hingga 2018 dalam bidang Pemuliharaan dan Kejuruteraan. Melalui program ini, Dr. Zurina memberi penjelasan yang ringkas dan padat berkenaan Sustainable Development Goals (SDG) serta cabaran dan matlamat yang boleh dimainkan oleh Malaysia amnya dan UMT khasnya. UMT perlu memainkan peranan penting dalam membawa matlamat SDG yang begitu bertepatan dengan bidang tujahan serta program pengajian yang ditawarkan di UMT. Pada masa yang sama, UMT amat berbangga mempunyai seorang alumni yang menganggotai pertubuhan antarabangsa serta membawa nama universiti selaku Duta Alumni UMT.


Infokus Mac 2022

Matematik di Hati

39

Program Bijak Sifir Kembali Lagi oleh: Dr. Nur Baini Ismail , Dr. Syerrina Zakaria, Dr. Azwani Alias Dr. Ruwaidiah Idris, Siti Madihah Abdul Malik Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik

E

koran sambutan yang menggalakkan daripada para peserta dan ibu bapa terhadap program Bijak Sifir 2020, program ini diteruskan lagi dengan siri kedua yang masih mengekalkan nama program yang sama iaitu Program Bijak Sifir 2021. Program ini telah dijalankan secara dalam talian bermula 19 hingga 23 Disember 2021 di aplikasi Google Meet. Program lima hari ini mendapat pembiayaan sepenuhnya dari geran Knowledge and Technology Assimilation Grant Scheme (KTAGS) yang diketuai oleh Dr. Syerrina dan dibantu oleh

empat orang pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI). Seperti tahun sebelumnya, program Bijak Sifir 2021 memfokuskan pemindahan ilmu untuk komuniti sekitar UMT yang melibatkan sepuluh buah sekolah sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Program ini disertai oleh 69 orang peserta berumur 10 dan 11 tahun, iaitu 20 orang daripadanya adalah peserta yang pernah mengikuti program Bijak Sifir 2020. Seperti program Bijak Sifir 2020, program siri kedua ini bertujuan

1

2

1.

Aktiviti dalam kumpulan “Square” bersama Dr. Syerrina

2.

Salah satu teknik hafalan sifir menggunakan jari


40

SOROTAN PERISTIWA

3

4

untuk memupuk minat dan menghayati kepentingan sifir dalam kalangan pelajar sekolah rendah dalam suasana yang santai. Program ini masih lagi mengekalkan format seperti tahun lepas iaitu pengukuhan konsep asas Matematik menggunakan sifir dengan sedikit pertambahan modul seperti modul operasi bahagi, pecahan, peratus dan pertukaran unit. Terdapat empat topik utama dalam modul yang membantu para peserta memahami konsep Matematik dengan lebih baik. 3.

Aktiviti dalam kumpulan “Heart” bersama fasilitator

4.

Teknik sifir menggunakan gigi dan rambut

Para peserta dibahagikan kepada lapan kumpulan kecil yang dibantu oleh enam orang pelajar Matematik selaku fasilitator sepanjang program. Para peserta juga

dibekalkan dengan modul bercetak berserta alat tulis dan bahan bantu belajar supaya proses pembelajaran menjadi lebih seronok dan interaktif. Rata-rata pelajar memberi kerjasama dan tumpuan yang sangat baik semasa program berlangsung selama lima hari. Hasil maklum balas yang diperoleh di akhir program, 90% dari mereka merasa sangat gembira dapat mengikuti Program Bijak Sifir 2021. Mereka seronok dapat berkenalan dengan kawan-kawan baharu dan dapat belajar dalam suasana santai bersama para fasilitator. Sebahagian besar ibu bapa memberi cadangan agar program ini dapat dijalankan secara bersemuka pada masa akan datang yang pastinya lebih menarik.


RENUNGAN Solusi Kehidupan Dengan Terapi Zikir Asma’ul Husna As-Salam (Siri 7) Mohd Radhi Abu Shahim Fakulti Perniagaan, Ekonomi Dan Pembangunan Sosial

A

llah Ya Salam bererti Yang Maha Sejahtera, tenang, menyelamatkan dan damai. Dia yang memberi kesejahteraan, ketenangan, keselamatan dan kedamaian kepada manusia. Dia memberi kesejahteraan jiwa, pemikiran, emosi dan tubuh badan. Untuk mendapat kesejahteraan daripada Ya Salam, hendaklah mendekatkan diri dengan-Nya dengan melakukan ketaatan dan memperbanyak ibadah-ibadah sunat. Di antara nama-nama Allah SWT dalam rantaian Asmaul Husna adalah As-Salam iaitu Allah SWT yang memberikan keselamatan dan mengurniakan kesejahteraan. Di dalam AlQuran Allah SWT banyak menyebut mengenainya antaranya menerusi Surah As-Saffat 37: 109, “Keselamatan dan kesejahteraan dilimpahkan kepada Nabi Ibrahim” iaitu ketika Nabi Ibrahim AS dicampakkan ke dalam unggun api yang besar di mana tidak ada seorang pun yang boleh membantunya. Dalam surah As-Saffat, 37: 120, “Kesejahteraan dilimpahkan ke atas Nabi Musa dan Nabi Harun”. Ketika pesta pantai dan Firaun hendak menghapuskan orang-orang beriman, Allah SWT membelah Laut Merah untuk Nabi Musa AS dan pengikutnya melintas ke seberang dan menyelamatkan orang-orang beriman. Juga dalam As-Saffat, 37: 181, “Dan kesejahteraan dan keselamatan dilimpahkan kepada para Rasul”. Para Rasul berhadapan dengan pelbagai ujian. Nabi SAW ada menyebut di dalam hadis bahawa manusia itu akan diuji. Sehebat-hebat ujian diterima oleh para Nabi diikuti orangorang yang mengikut mereka berdasarkan iman masing-masing. Kalau iman kita kuat, ujian kita juga kuat. Kalau iman kita tidak kuat, ujian kita juga kecil seumpama digigit semut. Daripada surah Al-Baqarah, 2: 286, firman-Nya yang bermaksud; “Allah tidak meletakkan satu ujian itu melainkan atas kemampuan kita”. Nabi SAW telah menyuruh kita (dari Hadis) untuk membaca doa yang bermaksud, ”Ya Allah, Engkaulah Yang Maha memberi keselamatan, dan dari Engkaulah keselamatan, hidupkanlah kami Ya Allah dengan keselamatan.” Jika diikutkan tiada tempat yang selamat melainkan Allah SWT berikan keselamatan. Negeri kita selamat (dari ujian) tetapi jika Allah SWT tidak memberikan keselamatan, maka kita tidak akan beroleh keselamatan. Apabila kita meminta kepada Allah keselamatan dan kesejahteraan, kita akan meminta keselamatan daripada lapan perkara iaitu:

Keselamatan hidup di dunia Di dunia ini banyak ujian dan perkara yang mungkin memberatkan kita. Banyak perkara tidak terduga dengan kedatangan bencana, permusuhan, fitnah, kesusahan, kehilangan dan sebagainya. Oleh yang demikian, kita memohon agar Allah SWT As-Salam untuk menghindarkan kita daripada bencana-bencana yang tidak mampu kita tanggung.

Infokus Mac 2022

41


42

RENUNGAN Di dalam Al-Quran, Allah SWT menyatakan bahawa orang beriman adalah orang yang sentiasa memohon keselamatan daripada Allah SWT seperti Firman-Nya yang bermaksud: “Dan di antara mereka, ada orang yang berdoa “Ya Tuhan kami, berikan kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada siksa neraka.” (Al-Baqarah, 2: 201) Sekiranya mengikut riwayat hadis, doa ini adalah doa yang paling banyak dibaca oleh Nabi SAW dalam hidupnya.

Keselamatan daripada gangguan syaitan Permusuhan manusia dengan syaitan adalah permusuhan yang tidak bertepi, tidak berpenghujung, Hal ini kerana hari di mana manusia itu diciptakan adalah merupakan hari syaitan itu rasa terhina. Maka, syaitan akan cuba menyesatkan kita, jika tidak dengan hasutan, dia akan cuba mengganggu dengan kesusahan zahir seperti sihir, jelmaan-jelmaan dan sebagainya seperti bisikan-bisikan iaitu berbisik-bisik pada hati manusia seperti firman-Nya yang bermaksud: “Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, iaitu pembisik dan penghasut daripada kalangan jin dan manusia.” (An-Naas, 114:5-6) Kita boleh mengenali bisikan syaitan dan nafsu. Bisikan syaitan adalah bersifat merancang seperti “kau buat macam ini, macam tu”. Bisikan nafsu pula seakan-akan rengekan budakbudak. Kalau syaitan tidak berjaya dengan bisikan, muncul pula gangguan lain seperti sihir atau gangguan-gangguan yang ternampak di mata bertujuan untuk mensyirikkan kita. Allah SWT bagaimanapun telah memberitahu bahawa semua perbuatan itu akan hanya berlaku jika dengan izin-Nya. Oleh demikian, kita memohon kepada Allah SWT As-Salam agar menghindarkan perkara-perkara tersebut seperti Firman-Nya yang bermaksud: “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Fussilat, 41:36)

Keselamatan daripada tipuan hawa nafsu Allah SWT mengatakan bahawa nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan. Kita tidak akan mampu melawan nafsu jika tiada bantuan dari Allah SWT As-Salam seperti ayat al-Quran yang bermaksud: “Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Yusuf, 12:53) Juga sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis Nabi

yang bermaksud:

“Musuhmu yang paling ganas ialah nafsumu sendiri yang berada antara dua sisimu (lambung).” (Riwayat Al-Baihaqi) Subjek yang terdapat di lambung ini adalah perut dan apa-apa yang berada di bawah perut(kemaluan). Nafsu di kedua-dua tempat ini sering membawa manusia ke arah kejahatan.


Infokus Mac 2022 Nafsu tiada hentinya, sentiasa merasa tidak cukup dan kita sendiri perlu mengawalnya. Nafsu tidak boleh dihapuskan tetapi perlu dididik. Nafsu yang mendapat rahmat daripada Allah SWT menjadi nafsu yang terdidik.

Keselamatan dari tipu daya dunia Dunia ini memberi kehidupan yang menyenangkan tetapi tidak memberi ketenangan. Kesenangannya membuatkan manusia lupa bahawa ia hanya sementara. Ramai tertipu dengan tipu daya dunia dan kita perlu meminta kepada Allah SWT As-Salam menyelamatkan kita daripada tipu daya tersebut. Ayat al-Quran yang bermaksud: “Ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan juga anak seperti hujan yang tanam-tanamannya mengkagumkan para petani kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning, kemudiannya menjadi hancur dan di akhirat nanti ada azab yang keras serta ampunan serta keredhaan-Nya dan kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Al-Hadiid, 57:20) Ketahuilah bahawa kesenangan di dunia ini hanyalah kesenangan yang menipu daya. Maka, kita memohon kepada Allah SWT As-Salam untuk menyelamatkan kita daripada tipu daya dunia. Kita juga digalakkan membuat solat istikharah memohon yang terbaik buat kita.

Keselamatan ketika hendak mati Ketika waktu sedang menuju maut, seseorang akan bertarung dengan Iblis yang hendak merampas imannya. Kita memohon daripada Allah SWT daripada fitnah kematian ini. Jika seseorang itu sentiasa mengingati Allah SWT As-Salam ketika hidupnya, Allah SWT As-Salam tidak akan meninggalkannya ketika berada di ambang kematian. Allah SWT As-Salam memerintahkan kita memohon untuk mati dalam keadaan Islam. Melalui ayat Al-Quran, Allah SWT memerintahkan kita yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” (A-li’Imraan, 3:102) Saat kematian adalah pertarungan terakhir syaitan untuk merebut iman manusia. Mohonlah kepada Allah SWT untuk mati dalam keadaan husnul khatimah iaitu kematian dalam keadaan yang baik dari segi iman dan jasadnya . Sekiranya kita berhadapan dengan orang dalam keadaan nazak, iaitu ketika matanya hanya memandang kepada suatu arah sahaja, ketika itulah kita bacakan talkin “La ila haillallah”. Kalau orang itu ahli solat, pegang jari telunjuk tangan kanannya sambil talkinkan. Pegangan tersebut akan mengingatkan orang tersebut bacaannya ketika duduk tahiyyat. Orang yang mati di dalam tidur juga menghadapi pertarungan yang sama.

43


44

RENUNGAN

Keselamatan di kubur Kita juga perlu memohon keselamatan daripada fitnah kubur, Hal ini kerana kubur adalah satu di antara dua lubang iaitu sama ada lubang keselamatan atau lubang siksa. Kita semua, sama ada suka atau tidak tetap akan dihantar ke kubur. Selepas selawat tahiyyat akhir, kita digalakkan untuk berdoa antaranya doa memohon perlindungan Allah daripada fitnah hidup dan fitnah mati dan azab kubur sebelum memberi salam. “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari azab Jahanam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada keburukan fitnah Dajjal.” Azab kubur ini memang wujud. Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa tetapi bukanlah kerana mereka melakukan dosa yang besar. Seorang daripadanya diseksa kerana tidak mencuci air kencingnya dengan betul dan seorang lagi diseksa kerana sentiasa berjalan bagi tujuan mengadu domba. Kemudian baginda mengambil pelepah kurma yang masih basah lalu mematahkannya menjadi dua. Setelah itu baginda menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua.” Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, mengapa engkau melakukan hal sedemikian?” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Semoga dengan pelepah ini dapat meringankan seksanya selagimana ia belum kering.” (Hadis riwayat al-Bukhari) Terdapat amalan orang-orang Melayu yang menaburkan bunga di kubur, maka niatkan berdasarkan hadis tersebut. Adalah lebih baik untuk menanam pokok yang senang dipelihara tanpa banyak penyeliaan.

Keselamatan di Padang Mahsyar Dalam hadis Nabi SAW, ada disebutkan mengenai Baitulmaqdis sebagai bumi bermulanya padang mahsyar. Maksudnya dibukakan alam ghaib di padang mahsyar bermula daripada Baitulmaqdis. Manusia bangkit di padang mahsyar dalam keadaan tiada berpakaian, masingmasing sibuk memikirkan hal sendiri dan tidak tahu di mana hujung di mana pangkal. Dalam satu hadis daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad SAW menerangkan yang bermaksud: “Terdapat tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan daripada Allah SWT pada hari kiamat, mereka adalah: pemimpin yang adil, pemuda yang sejak kecil sudah beribadat kepada Allah yang Maha Besar lagi Maha Perkasa, orang yang hatinya terpaut pada masjid, dua individu yang saling mengasihi kerana Allah, kedua-duanya berkumpul kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah, lelaki yang dipikat wanita yang mempunyai status dan kecantikan tetapi dia berkata: “Percayalah, saya takut kepada Allah”, orang yang bersedekah dan merahsiakan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya, orang yang ingat kepada Allah dalam keadaan sunyi lalu menitis air matanya.” (Hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim)


Infokus Mac 2022 Keselamatan di titian Siratul Mustaqim dan keselamatan daripada neraka Sebelum menuju ke syurga, manusia akan melalui titian yang di bawahnya adalah api neraka. Firman Allah SWT melalui Surah At-Tahrim, 66 : 6 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan peliharalah keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarannya daripada manusia dan batu. Penjaganya adalah malaikatmalaikat yang kasar dan bengis dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” Katakan kita hendak menghidupkan unggun api di dunia, ada bahan bakarannya iaitu kayu kering, namun bahan bakaran api neraka ada dua sahaja iaitu manusia yang tidak beriman dan batu-batu daripada berhala membakar menerusi celah-celah bulu roma. Semoga Allah As-Salam memberi keselamatan kepada kita semua. Penghayatan kepada as-Salam melahirkan manusia yang sanggup mengorbankan diri bagi kesejahteraan dan keselamatan orang lain dengan membantu mengikut kemampuan, memberi ketenangan melalui motivasi, nasihat dan pandangan. Kita sebagai manusia hendaklah sentiasa memerlukan keselamatan dan kesejahteraan dari Allah SWT as-Salam bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

45


‘Ibad Al-Rahman, Karakter yang Dicintai Allah • • • •

Riswadi Azmi Nor Hazmin Sabri Aisyah Dollah@Abdullah Mohd Hasrul Shuhari

ISBN: 978-967-2939-90-0

Pemerkasaan Pembangunan Lestari Masyarakat dengan Ekosistem Tasik Kenyir Nor Hayati Saat ISBN: 978-967-2939-93-1 Tahun: 2021

eISBN: 978-967-2939-91-7 Tahun: 2021

Merchang Lagoon: Coastal Resources and Social Economy

Sistem Alat Bantuan Pelayaran di Malaysia

Penyunting: • Mohd Hanafi Idris • Najiah Musa • Rumeaida Mat Piah • Wan Mohd Rauhan Wan Husin • Emienour Muzalina Mustafa • Alfian Zein

Ahmad Faizal Ahmad Fuad ISBN: 978-967-2939-86-3 Tahun: 2021

ISBN: 978-967-2939-96-2 Tahun: 2021

Marine Fishes of Kuantan: Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS) • • • •

Seah Ying Giat Mohd Sharol Ali Mazlan Abd Ghaffar Tun Nurul Aimi Mat Jaafar

Globalisation of Cultural Heritage: Issues, Impact and Challenges Editors: • Nordiana Mohd Nordin • Azman Mat Isa • Shamila Mohamed Shuhidan • Tamara Adriani Salim-Susetyo

ISBN: 978-967-2939-94-8

ISBN: 978-967-2939-85-6

eISBN: 978-967-2939-95-5

Tahun: 2021

Tahun: 2021

Islamic Attributes of Destination in Malaysia Azizul Yadi Yaakop ISBN: 978-967-2939-97-9 Tahun: 2021

Tadbir Urus Lautan: Pendekatan Adaptasi Kenaikan Aras Air Laut Pulau Perhentian dan Pulau Redang • Nazli Aziz • Wan Izatul Isma Wan Talaat • Amri Md Shah ISBN: 978-967-2939-87-0 Tahun: 2021


Praktis Konjugasi Bahasa Sepanyol Radhiah Ismail ISBN: 978-967-2939-92-4 Tahun: 2021

Membina Masyarakat Madani Sejahtera: Pendidikan, Dakwah, Politik dan Kepimpinan Penyunting: • Noor Rohana Mansor • Mohd Yusri Ibrahim • Wan Nurhafeza Wan Salam ISBN: 978-967-2939-98-6 Tahun: 2021

Aku Seorang Pensyarah Kembara dan Tips Mengenal Alam Akademia Wan Iryani Wan Ismail ISBN: 978-967-2939-58-0 Tahun: 2022

Maritime Logistics and Transport Research Volume II • • • •

Nurul Haqimin Mohd Salleh Kasypi Mokhtar Loke Keng Bin Marhaini Mohd Noor

ISBN: 978-967-2793-02-1 eISBN: 978-967-2793-03-8 Tahun: 2022

COVID-19 Isu dan Cabaran PdP di PASTEM • • • • • • •

Laili Che Rose Razifah Mohd Razali Nurhakimah Ab. Rahman Noor Farahani Mohd Lazim Farah Najihah Razali Nur Syahida Abdul Rahim Mohd Muzammir Firdaus Abu Bakar

eISBN: 978-967-2793-01-4 Tahun: 2021

Kajian Kelestarian Program Akademik Universiti Malaysia Terengganu Penyunting: • Mohd Lazim Abdullah • Nur Amirah Amiruddin • Fauzayani Ibrahim • Norhana Ayub eISBN: 978-967-2793-00-7 Tahun: 2021


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.