INFOKUS UMT Jun 2020

Page 8

8

Penarafan 5 Bintang MyRA UMT Terus Cemerlang oleh:

Zul-Atfi Hashim Sayed Mohd Tamimuddin Sayed Ibrahim Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

U

MT telah meraih lima bintang bagi penarafan Malaysia Research Assessment (MyRA) 2020 yang merupakan suatu instrumen yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian bagi mengukur pencapaian kesemua universiti di Malaysia di dalam Penyelidikan, Pembangunan, Pengkormersialan dan Inovasi (RDCI). Pencapaian RDCI merupakan kayu ukur utama yang digunakan oleh kesemua universiti di dunia untuk memastikan keterlihatan global mereka dicapai. Majlis penganugerahan watikah penarafan bintang MyRA ini telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad dalam satu majlis ringkas bertempat di Palm Garden Hotel, Putrajaya pada 16 Mac 2020. RDCI merupakan jantung bagi semua universiti. UMT sebagai sebuah universiti komprehensif yang berfokuskan kepada ilmu

kelautan dan sumber akuatik, ahli akademik perlu menghasilkan pengetahuan baharu melalui aktiviti penyelidikan serta menyebar dan berkongsi pengetahuan baharu yang dijana kepada pelajarpelajar, komuniti dan industri bagi menghasilkan kekayaan, meningkatkan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat. Apabila kepakaran UMT diiktiraf di peringkat antarabangsa, universiti berupaya meningkatkan pengambilan pelajar siswazah antarabangsa serta menghasilkan kolaborasi penyelidikan dengan institusi terkenal luar negara. Secara tidak langsung para penyelidik UMT berpeluang menerima geran antarabangsa serta menghasilkan penerbitan bersama di dalam jurnal berimpak tinggi. Ia telah dibuktikan dengan beberapa penyelidik UMT telah berjaya menghasilkan artikel penyelidikan di dalam jurnal Nature, Nature Ecology and Evolution dan Nature Communications.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.