INFOKUS UMT Jun 2022

Page 1

JUN 2022

Bil. 79

www.umt.edu.my

UMT Raih 5 Bintang MyMohes Penerbit UMT Hangatkan PBAKL 2022 MTE 2022 PASTEM Tuai 3 Emas


Terkini di pasaran RM48.00

RM39.00

Penyunting: • • •

Zukiferee Ibrahim Azunaidah Deraman Zakiah Mohamed

ISBN: 978-967-2793-09-0 eISBN: 978-967-2793-10-6 Tahun: 2022


Sidang Redaksi Penaung

YBhg. Prof. Dato' Dr. Mazlan Abd Ghaffar

Penasihat

Prof. Madya Dr. Che Hasniza Che Noh

Ketua Pengarang

Mohd Afifullah Ahmad

Pereka Grafik

Mohd Fadli Abdullah

Pembaca Pruf Farida Ibrahim

Kandungan

4 6 8 10 14 16 18 22 24 26 28 30 32 36 35

UMT Kekal Pencapaian 5 Bintang Penarafan Data MyMoheS Penerbit UMT Hangatkan PBAKL 2022 MTE 2022 PASTEM Tuai 3 Pingat Emas Daripada UMT untuk Komuniti Jana Pendapatan Golongan B40 Melalui Penternakan Lebah Kelulut

Dr. Mohd Zul Helmi Dinobat Ikon Akademik Alumni UMT MAIKA’ 21 Iktiraf Alumni Cemerlang Kursus Pengurusan Tanaman Kelapa Galak Penglibatan Usahawan Tani Muda Terengganu Sebar Ilmu Kajian Tesis dalam Bentuk Buku BkCI Penanda Aras Mutu Buku Ilmiah IBTPL Suburkan Kembali Ilmu Perubatan Tradisional dan Perbidanan I-ProCom Bimbing Usahawan Pelajar Kembang Perniagaan UMT Terajui Kursus Micro-Credential di Terengganu Iftar Perdana Luar Kampus Erat Silaturahim Pelajar dan Komuniti Setempat E-Majalah Biodiversiti Usahasama Pensyarah dan Pelajar Renungan Solusi Kehidupan dengan Terapi Zikir Asma’ul Husna As-Salam (Siri 8)

Jurufoto

Kru Media Kreatif

Hak Cipta Terpelihara © 2022. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.


4

FOKUS

UMT Kekal Pencapaian 5 Bintang Penarafan Data MyMoheS

oleh:

U

Nur Amirah Amiruddin Norhana Ayub Pusat Ekosistem Digital

niversiti Malaysia Terengganu mengekalkan pencapaian penarafan ‘5 Bintang’ MyMohes dan mencapai 100 peratus markah dalam kelompok universiti komprehensif bagi penarafan data MyMohes yang dihantar untuk tempoh berakhir 30 November 2021 (Modul pelajar) dan 31 Disember 2021 (Modul Staf, R&D&C dan Institusi).

Pengumuman penarafan bintang ini telah dibuat oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Mesyuarat Kualiti Data (MKD) MyMoheS Bil.01/2022 yang diadakan pada 15 Mac 2022 secara dalam talian dengan kehadiran semua wakil Universiti Awam Malaysia. MyMohes merupakan satu sistem pengumpulan data yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada


Infokus Jun 2022

tahun 2006 dan digunakan sepenuhnya oleh semua Universiti Awam bermula tahun 2009. Sistem MyMoheS mengumpul data berkaitan staf, pelajar, R&D&C dan maklumat institusi serta mempunyai satu pangkalan data yang komprehensif. Penggunaan sistem MyMoheS telah memantapkan proses penyaluran data dan maklumat semua Universiti Awam dan meningkatkan kualiti data secara berterusan. Data yang dihantar perlu memenuhi kualiti yang ditetapkan kerana keperluan data MyMoheS dalam penginterasian data dengan sistemsistem lain. Contohnya, Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG), portal GREaT (Graduates Reference Hub for Employment and Training) serta agensi luar yang memerlukan data berkaitan. Bagi meningkatkan kualiti data yang dihantar, KPT telah memperkenalkan penarafan bintang untuk menilai kesediaan dan kecekapan IPTA dalam membekalkan data. Kriteria penilaian adalah berdasarkan kepada tiga kategori iaitu masa penghantaran (pematuhan tarikh penghantaran), Kesempurnaan data (mematuhi format dan medan data) dan

Kualiti data (kelompongan data dan logik data pada format dan medan setiap modul yang dipilih KPT). Proses penghantaran data ke sistem MyMoheS diselaraskan dan diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Data, Pusat Ekosistem Digital (PED). Untuk itu, PED telah menyelaras dan menggandakan usaha bagi memantapkan sistem pengurusan data universiti seperti mengadakan mesyuarat berkala, bengkel penghantaran data bersama PIC data Pusat Tanggungjawab dan perbincangan bersama pemilik data (owner system). Hasil usaha ini telah membuahkan hasil apabila UMT berjaya mengekalkan status 5 bintang sekali lagi bagi penarafan data MyMohes bagi tahun 2021, mengulangi pencapaian 5 bintang sebelum ini pada tahun 2014 hingga 2020 dengan pencapaian markah 96 peratus hingga 100 peratus. Pencapaian yang diperoleh ini jelas membuktikan penglibatan dan komitmen tinggi daripada semua warga UMT khususnya PIC PTj dalam membekalkan data yang diperlukan dan kecekapan sistem pengurusan data UMT.

5


6

FOKUS

Penerbit UMT Hangatkan PBAKL 2022 oleh:

Mohd Afifullah Ahmad Penerbit UMT

D

ua tahun menyepi, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kembali pada tahun 2022 di sebalik kegusaran pihak penganjur akan sambutan pengunjung terhadap PBAKL kali ini. Sasaran awal penganjur dengan meletakkan jumlah pengunjung seramai 750 ribu hingga ke 1 juta orang ternyata meleset dengan kehadiran melebihi 1.3 juta pengunjung selama 11 hari PBAKL 2022 berlangsung. Penerbit UMT nyata teruja untuk kembali beraksi di PBAKL 2022. Sebagaimana kelaziman, penyertaan Penerbit UMT di PBAKL kali ini turut bernaung di bawah payung Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).

Untuk persediaan ‘bertempur’, wakil pemasaran ahli-ahli MAPIM dari seluruh pelusuk tanah air berkumpul di Hotel Avillion Cameron Highland untuk sesi Bootcamp bengkel persediaan PBAKL. Dalam bengkel yang diadakan pada 22 hingga 24 Mei ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai teknik pemasaran termasuklah promosi dan tatacara jualan buku di reruai dan juga secara dalam talian. Seminggu kemudian, semua ahli MAPIM kembali bertemu di Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur bagi memulakan kempen jualan di PBAKL 2022 yang bermula pada 3 hingga 12 Jun 2022.


Infokus Jun 2022

7

1

Di PBAKL 2022, Penerbit UMT menawarkan diskaun 20 peratus untuk semua buku dan beberapa buku terpilih diberikan diskaun sebanyak 50 peratus dan 70 peratus. Kemeriahan jualan buku di reruai MAPIM turut diserikan dengan program Republika Merah yang membuka ruang diskusi berkenaan buku sekali gus menjadi medium promosi. UMT telah melengkapkan dua slot Republika Merah dengan menampilkan Prof. Dr. Wan Iryani Wan Ismail bagi segmen KKesoh Buku yang diadakan pada 7 Jun 2022 bagi mempromosikan dua buah buku karya beliau iaitu Aku Seorang pensyarah dan Che Bee and Its Colony. Seterusnya pada 10 Jun 2022, slot Republika Merah meneruskan kemeriahan sambutan World Ocean Week UMT 2022 dengan menampilkan Dr. Azza Jauhar Ahmad Tajuddin dan Dr. Tengku Fara Kamilia Tengku Mohd Kamil bersama moderator, Prof. Madya Dr. Che Hasniza Che Noh bagi segmen Ocean Literacy Series: Empowering Youngsters to Be Ocean Protectors yang mempromosikan buku-buku bergenre kanak-kanak. Kedua-dua slot Republika Merah ini turut ditayangkan secara langsung di Facebook dan YouTube MAPIM serta Penerbit UMT. Bukan itu sahaja, Penerbit UMT turut mengambil peluang mempromosikan

2

3

lima judul buku yang disiarkan di Shopee Live sempena jualan dalam talian PBAKL X Shopee yang berlangsung secara serentak. Selain itu juga, promosi “Happy Hour” selama satu jam setiap hari turut menjadi daya penarik para pengunjung ke reruai MAPIM dengan penawaran diskaun sebanyak 30 peratus selama tempoh tersebut. Sepanjang PBAKL 2022 berlangsung, Reruai MAPIM turut diserbu oleh para pengedar dan kontraktor yang ingin mencari buku-buku baharu selain turut membuat pemiliihan perolehan perpustakaan untuk agensi awam dan swasta. Ternyata penyertaan MAPIM khususnya Penerbit UMT di PBAKL 2022 disifatkan amat berjaya dengan jumlah jualan melangkaui jumlah yang disasarkan lantas membantu menjana pendapatan universiti.

1.

Slot Republika Merah yang mengupas bukubuku terbitan Penerbit UMT

2.

Penerbit UMT tidak melepaskan peluang membuat promosi Shopee Live

3.

Petugas mengangkat sepanduk ketika sesi jualan ‘Happy Hour”


8

FOKUS

MTE 2022

PASTEM Tuai 3 Pingat Emas

oleh :

P

Prof. Madya Dr. Laili Haji Che Rose Farah Najihah binti Razali Pusat Asasi STEM

usat Asasi STEM (PASTEM) UMT telah menghantar tiga penyertaan inovasi pelajar di Malaysian Technology Expo (MTE) 2022 yang berlangsung secara dalam talian pada 21 hingga 25 Mac 2022. Ini merupakan penyertaan ketiga PASTEM di MTE. Setiap tahun, MTE akan menerima penyertaan baik daripada dalam negara mahupun dari luar negara. Para pencipta yang terdiri dalam kalangan pelajar sekolah dan pelajar universiti akan mereka cipta produk mahupun sistem dan ini akan dipertandingkan dalam MTE. MTE meraikan produk inovasi dan idea daripada pelbagai bidang seperti kejuruteraan, pendidikan, sukan, telekomunikasi dan juga teknologi hijau.

Pelajar PASTEM telah bertungkus lumus untuk menyiapkan reruai secara maya yang telah disediakan oleh penganjur daripada proses mengisi borang, memuat naik poster dan juga video. Segala usaha penat lelah ini ternyata telah membuahkan hasil apabila ketiga-tiga penyertaan daripada PASTEM telah berjaya meraih pingat emas. Penyertaan pertama adalah menerusi produk “Eco Wet Cleaner: Anti-Germ that Fertilises”. Kumpulan ini diketuai oleh Pavitra A/P Palaniappan, Nurjeha Noor Azizan, Nur Maisarah Mohd Shari, Nur Syakirah Abd Razak, dan dikelola oleh Profesor Madya Dr. Laili Haji Che Rose, Dr. Mohd Ulul Ilmie Ahmad Nazri dan Dr. Razifah Mohd Razali. Eco-Wet Cleaner


Infokus Jun 2022

9

1

2

merupakan satu produk yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti daun pudina dan lemon. Produk pembersihan domestik ini dihasilkan tanpa menggunakan bahan kimia sintetik selain daripada mesra alam Justeru, penggunaan bahan kimia yang selamat seperti yang diekstrak daripada bahan-bahan semula jadi akan menjadi bahan-bahan utama dalam menghasilkan produk pencuci domestik. Kumpulan kedua pula menghasilkan produk minyak wangi yang dihasilkan 100 peratus daripada bahan buangan sisa makanan yang dinamakan Les Beaute des Deschet. Les Beaute des Deschet dihasilkan oleh Wan Lutfil Hadie Wan Mahadi, Tuan Amirul Izzat Tuan Mohd Izani, Wan Hasni Hayati Wan Nasrudin dan Nur Salsabila Sarimen. Mereka diselia oleh Profesor Madya Dr Laili Haji Che Rose dan Cik Farah Najihah Razali. Produk ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu penghasilan alkohol sebagai bahan asas minyak wangi dan minyak esen yang menjadi pewangi semula jadi. Penghasilan alkohol terjadi daripada proses pemeraman sisa nasi selama beberapa minggu kemudian alkohol yang terhasil akan disuling sebelum digunakan. Kulit buah limau pula diekstrak melalui proses penyulingan dan pati kulit limau yang terhasil akan dicampur bersama alkohol. Produk seumpama ini diharapkan akan menjadi pelopor kepada evolusi

3

industri minyak wangi yang berasaskan sisa makanan pada masa akan datang Produk yang ketiga merupakan inovasi menghasilkan Shun Wristband. Produk ini diinspirasikan oleh pandemik COVID-19 yang menetapkan penjarakan sosial sebagai langkah untuk mengawal penyebaran COVID-19. Peranti ini direka oleh Muhammad Fikri Arsyad Nagur Gani, Kuan Shu Hui, Safiyya Basyeera Mohd Fadzli, dan Nurul Nazihah Ahmad Zulkifli. Mereka diselia oleh En. Khairul Ariffin Ab Rahman dan Puan Nurul Syahida Abu Bakar. Peranti ini juga mampu untuk memberi notifikasi kepada pengguna apabila penjarakan sosial tidak dikawal. Idea seperti pengesanan suhu pada jarak satu meter menjadi perangsang dan akan menghasilkan tindak balas untuk memberi amaran kepada pengguna. Komponen utama yang digunakan adalah penderia gerakan PIR, penderia suhu DHT11 selain lampu LED turut dipasang sebagai tanda amaran. Jika terdapat sebarang pergerakan atau suhu yang diimbas pada jarak kurang daripada tiga meter, lampu LED akan menyala dan pembaz akan berbunyi. Dengan kejayaan ini, adalah diharapkan pelajar asasi STEM akan terus menggembleng idea dan menghasilkan produk-produk baharu pada masa akan datang yang bakal membuka ruang pengkomersialan.

1.

Produk Eco-Wet Cleaner

2.

Proses penyediaan Shun Wristband

3.

Proses penyediaan Les Beaute des Deschet


10

FOKUS

Dari UMT untuk Komuniti Jana Pendapatan Golongan B40 Melalui Penternakan Lebah Kelulut Oleh: Prof. Madya Dr. Wahizatul Afzan Azmi | Nurfasihah Ismail Fakulti Sains dan Sekitaran Marin

K

ekurangan bekalan makanan, kenaikan harga barangan dan kos sara hidup adalah antara masalah serius yang dihadapi oleh kebanyakan isi rumah golongan B40 luar bandar di Malaysia sepanjang berdepan dengan pandemik COVID-19. Menyedari akan kepentingan keselamatan makanan dan peningkatan sosioekonomi kumpulan B40, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) telah melancarkan Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera

1


Infokus Jun 2022

(DPUB 2020) yang melibatkan pihak universiti sebagai rakan strategik. Pemilihan UMT sebagai Rakan Strategik di negeri Terengganu oleh TERAJU merupakan satu pengiktirafan pihak kerajaan kepada UMT untuk melaksanakan projek komuniti berimpak tinggi yang mensasarkan kumpulan B40. Inisiatif ini selari dengan Agenda Nasional Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (“WKB2030”) yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatan dan kuasa beli isi rumah berpendapatan rendah, meningkatkan ekonomi luar bandar, penciptaan dan peluang pekerjaan, menggalakkan keusahawanan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan meningkatkan produktiviti masyarakat luar bandar.

11

Melalui program pemindahan ilmu DPUB 2020 “Empowering Marginalised Communities’ Socio-Economy Through Sustainable Cultivation of Melon Manis Terengganu”, sekumpulan penyelidik UMT telah berjaya membantu meningkatkan hasil pendapatan golongan B40 dengan membuka peluang pekerjaan melalui aktiviti penternakan kelulut (Heterotrigona itama) di ladang Big Bee Honey Sdn. Bhd., Marang, Terengganu. Program ini adalah kerjasama antara pihak UMT dengan pihak industri iaitu Big Bee Honey Sdn. Bhd. bagi membantu menjana pendapatan golongan B40 di daerah Marang. Pengarah urusan Big Bee Honey Sdn. Bhd., Encik Nor Ehsan Bin Abd Rahman @ Draman dan kumpulan penyelidik dalam subprojek kelulut yang diketuai oleh pensyarah Fakulti Sains

2

3

1.

Bersama empat orang peserta DPUB 2020 untuk program penternakan kelulut di Marang

2.

Proses penuaian madu oleh pesertapeserta DPUB 2020.

3.

Penyelidik UMT bersama rakan industri, En. Nor Ehsan dari Big Bee Honey Sdn. Bhd. (kiri) dan Dr. Mohd. Zulkifli dari USM (kanan)


12

FOKUS

dan Sekitaran Marin (FSSM), Prof. Madya Dr. Wahizatul Afzan Azmi telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar secara amali kepada peserta-peserta DPUB 2020 dalam aspek amalan baik penternakan kelulut ini. Sumber dana daripada pihak TERAJU sebanyak RM715,200.00 telah banyak membantu melancarkan dan menggerakkan proses pemindahan ilmu berimpak tinggi ini. Seramai empat orang peserta telah berjaya menternak 100 log sarang kelulut dan menghasilkan lebih 50 kilogram madu pada setiap bulan bagi fasa pertama ini. Bermula Ogos 2021 sehingga Mac 2022, dianggarkan jumlah madu yang telah berjaya dituai oleh peserta adalah melebihi 120 kg. Sebahagian besar madu dijual secara borong (RM120 perkilogram) dan selebihnya dibotolkan untuk jualan runcit secara dalam talian. Jumlah keuntungan hasil jualan secara runcit dan borong adalah melebihi RM21,000.00 setakat ini.

4

Lebih membanggakan hasil tuaian madu DPUB fasa pertama ini telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa di Casablanca, Maghribi melalui kerjasama strategik dengan bantuan kumpulan DPUB Universiti Sains Malaysia. Keunikan rasa dan kualiti madu premium monofloral Akasia ini telah berjaya menambat hati pelabur asing dari Timur Tengah dan satu inisiatif kolaborasi antarabangsa iaitu


Infokus Jun 2022

13

5

kontrak pembekalan madu secara berkala dijangka akan termeterai tidak lama lagi. Program ini telah banyak memberi kebaikan dan manfaat kepada semua pihak yang terlibat iaitu UMT-Industri-Komuniti khususnya kepada golongan sasaran iaitu kumpulan masyarakat B40 terpinggir melalui penternakan lebah kelulut dan penjualan madu kelulut.

6

4.

Sebanyak 100 log sarang kelulut telah diternak dalam program ini (kiri) dan contoh log kelulut yang sangat produktif yang mampu mengeluarkan >1 kg madu setiap bulan (kanan)

5.

Madu DPUB 2020 yang dijual secara borong (kiri) dan runcit (kanan).

6.

Madu DPUB 2020 yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa di Casablanca, Maghribi melalui kerjasama strategik dengan bantuan kumpulan DPUB USM.


14

FOKUS

Dr. Mohd Zul Helmi Dinobat Ikon Akademik Alumni UMT

1 oleh:

Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman | Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan Noorullaily Saffain | Pusat Alumni

P

usat Alumni UMT telah menobatkan Profesor Madya ChM. Dr. Mohd Zul Helmi Rozaini atau lebih mesra disapa sebagai Dr. Zul sebagai Ikon Alumni UMT sempena Majlis Anugerah Ikon Alumni UMT (MAIKA) 2021. Terdahulu, anak kelahiran Kluang, Johor ini melanjutkan pengajian di UMT bermula pada tahun 2003 dengan memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Kimia) dan seterusnya mengenggam ijazah kedoktoran dalam bidang bioteknologi di UMT.

pencalonan dan anugerah penting sepanjang berkhidmat di UMT antaranya, Anugerah Khas Naib Canselor 2020, Finalis Anugerah Saintis Muda Negara sempena World Innovation Forum serta dipilih sebagai ahli bersekutu Young Scientist Network – Akademi Sains Malaysia (YSN-ASM) (2012), Anugerah Malim Ilmu kategori Pembelajaran dan Pengajaran dan Anugerah Penyelidikan Makalah Jurnal Terbaik (2010) serta tempat ketiga bagi Anugerah Penulisan Makalah Terbaik UMT (2009).

Bapa kepada lapan orang cahaya mata ini telah memenangi beberapa

Kejayaan-kejayaan ini telah memberi suntikan semangat kepada Dr. Zul


Infokus Jun 2022

15

2

untuk terus meluaskan kajian beliau dalam bidang penyelidikan dan inovasi, pemindahan teknologi dan mempatenkan produk ciptaan yang boleh dikomersialkan ke peringkat yang lebih global serta memberi manfaat kepada komuniti. “Aspek harta intelek menjadi bidang yang saya minat untuk diteroka kerana ia melambangkan kesarjanaan sesebuah universiti. Bidang penyelidikan dan inovasi juga memberikan sumbangan yang besar kepada universiti. Pada tahun lepas kumpulan kami berjaya membawa masuk dua geran penyelidikan antarabangsa dari Universiti Qatar dan Pusat Antarabangsa untuk Kejuruteraan Genetik dan Bioteknologi (ICGEB), Italy serta satu

Geran Swasta dari Bioeconomy (dahulunya dikenali sebagai Biotech Corp), untuk meneruskan penyelidikan dalam bidang bio-bahan (bio materials, sekali gus, ia dapat membantu UMT untuk meningkatkan perolehan markah dalam Instrumen Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA) ke arah Enam Bintang,” ujar Dr. Zul lagi. Beliau juga turut berkongsi kata semangat bersama sahabat warga pendidik dan pelajar UMT, bahawa kejayaan itu tidak mudah, namun kita sentiasa perlu berusaha gigih dan tidak cepat berputus asa dalam mencapai cita-cita untuk menjadi insan yang cemerlang di dunia serta berjaya di akhirat kelak.

1.

Dr Zul Helmi mempunyai minat yang tinggi dalam bidang penyelidikan dan inovasi yang berkaitan dengan aspek pemindahan teknologi dan pengkomersialan produk.

2.

Antara produk yang berjaya dipatenkan oleh Dr Mohd Zul Helmi melalui kajian penyelidikan yang dilakukan oleh beliau sepanjang berkhidmat di UMT.


16

FOKUS

MAIKA’ 21 Iktiraf Alumni Cemerlang Oleh : Norul Hanizan Hazin Noorullaily Saffain Pusat Alumni UMT

A

lumni merupakan aset penting yang tidak ternilai harganya bagi menjamin kelestarian masa depan sesebuah universiti. Alumni adalah sekelompok kecil “bekas pelajar” yang telah bersama-sama universiti suatu ketika dahulu, mendapat pendidikan dan pengetahuan di universiti dan kini telah menjadi warganegara berkedudukan. Pada prinsipnya, UMT memberikan perhatian serius dalam memperkasa jaringan alumni UMT untuk masa depan yang lebih cemerlang. Untuk itu, buat

julung kalinya Majlis Anugerah Ikon Alumni 2021 (MAIKA `21) anjuran Pusat Alumni, HEPA telah diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada alumni-alumni UMT yang cemerlang dan berjaya dalam bidang masing-masing. MAIKA `21 telah diadakan pada 31 Mac 2021 bertempat di Dewan Sultan Mizan, UMT. Majlis ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr. Mazlan Abd. Ghaffar dan perasmian majlis telah disempurnakan oleh En. Mohd Khairul Hakimi Mohd Nawi,


Infokus Jun 2022 Ahli Lembaga Pengarah Universiti (wakil Alumni) yang juga merupakan Presiden, Persatuan Alumni UMT.

penyertaan manakala penilaian dan pemilihan penerima Anugerah Ikon Alumni UMT diadili oleh Jawatankuasa Penilai Anugerah Ikon Alumni UMT 2021 pada 10 Januari 2022.

Anugerah ini terbuka kepada semua alumni UPMT/KUT/KUSTEM/UMT dan calon-calon tersenarai adalah mereka yang terbukti telah mencipta kejayaan cemerlang. Lima kategori anugerah telah dipertandingkan iaitu Ikon Alumni Unggul (Utama), Ikon Alumni Akademik, Ikon Alumni Usahawan, Ikon Alumni Industri dan Ikon Alumni Pengurusan Awam. Ikon Alumni yang terpilih bagi setiap kategori anugerah menerima sijil, plak dan hadiah wang tunai. Hebahan penyertaan telah dibuat pada 4 Oktober 2021 dan Pusat Alumni telah menerima sebanyak 23 permohonan NAMA ALUMNI

ANUGERAH

JAWATAN

Pusat Alumni UMT berharap MAIKA akan menjadi platform utama dalam menghimpunkan alumni di samping memberi penganugerahan kepada para alumni. Pelbagai kategori anugerah juga akan diwujudkan pada masa akan datang dengan mengambil kira pelbagai sumbangan alumni UMT. Sememangnya Pusat Alumni amat mengharapkan agar penyumbangan kembali alumni kepada alma mater akan berlangsung dengan lebih mekar.

NAMA SYARIKAT

TAHUN GRADUASI

PROGRAM PENGAJIAN

Hajah Saripah Ikon Alumni Embong Unggul (Utama)

Guru

SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu

2005

Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan Dan Pemakanan)

Prof Madya Dr. Mohd Zul Helmi Rozaini

Ikon Alumni Akademik

Pensyarah

Universiti Malaysia Terengganu

Ijazah : 2003 PhD : 2017

Degree : Sarjana Muda Sains (Sains Kimia) PhD : Ph.d. (Penyelidikan) Bioteknologi

Puan Li Hui Ling

Ikon Alumni Pegawai Pengurusan Sains Awam

Jabatan Kimia Malaysia

Ijazah : 2001 Master : 2012

Degree : Bacelor Sains (Kepujian) Master : Sarjana (Penyelidikan) Sains Kimia

Puan Nur Zahirah Shahrudin

Ikon Alumni Industri

Ketua Pegawai Pemasaran

KPJ Sentosa Kuala Lumpur

2016

Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)

Puan Wan Sabariah Shuib

Ikon Alumni Usahawan

Pengarah / Ketua Pegawai Operasi

Nature Profusion Sdn Bhd

2007

Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan Dan Pemakanan)

17


18

FOKUS

Kursus Pengurusan Tanaman Kelapa Galak Penglibatan Usahawan Tani Muda Terengganu Oleh:

T

Prof. Madya Dr. Siti Nordahliawate Mohamed Sidique Prof. Madya Dr. Nur Aida Hashim Fakulti Perikanan dan Sains Makanan

anaman kelapa merupakan tanaman industri keempat terpenting di Malaysia selepas kelapa sawit, getah dan padi. Rekod statistik Jabatan Pertanian 2018 menunjukkan seluas 76,612 hektar kawasan diusahakan oleh pekebun kecil kelapa manakala kawasan seluas 4,973 hektar adalah oleh pihak swasta.

Walaubagaimanapun, negara masih menghadapi isu kekurangan hasil buah kelapa bagi menampung permintaan tinggi pengguna termasuk juga dari sektor pelancongan di pulau-pulau peranginan. Oleh itu kira-kira sebanyak RM322 juta dibelanjakan oleh negara pada tahun 2020 bagi pembelian kelapa dari negara jiran


Infokus Jun 2022

19

1

untuk menampung keperluan tempatan. Manakala negara mendapat pendapatan melalui eksport produk-produk berasaskan kelapa seperti minyak kelapa, kelapa parut kering, santan cecair dan serbuk yang bernilai sekitar RM 75 juta setahun. Rentetan dengan itu, kumpulan RIG Biointeractions and Crop Health, Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM) bersama Persatuan Usahawan Kelapa Malaysia telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kelapa 2022 pada 13 dan 14 Mac 2022 di Auditorium Kompleks Kuliah, UMT. Kursus ini telah berjaya mengumpulkan seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada pengusahapengusaha tanaman kelapa, usahawan tani muda, para penyelidik dan para pelajar UMT. Kursus ini yang ditaja penuh oleh pihak industri telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Zulkepli Amin bin Mat Jusoh @ Yusof.

2

1.

Para peserta Kursus Pengurusan Kelapa 2022

2.

Perkongsian kajian penyelidikan kawalan serangga perosak kumbang palma merah oleh Prof. Madya Dr. Wahizatul Afzan Azmi.


20

FOKUS

3

Dekan FPSM, Prof. Dr. Mohd. Effendy Abd Wahid dalam ucapannya berkata penganjuran kursus ini adalah sangat bertepatan dan relevan dengan komitmen FPSM untuk bekerjasama dengan pihak industri demi kemajuan sektor pertanian negara dan memperkasakan komuniti dengan ilmu pengetahuan. Beliau berharap kursus ini dapat membantu para peserta kursus sama ada usahawan kelapa yang baharu atau sudah lama menceburi atau yang baru meninjau potensi industri kelapa untuk lebih bersedia menghadapi cabaran dalam industri kelapa Malaysia. Di sepanjang kursus ini, para peserta dapat memahami keperluan tanaman kelapa terutamanya pengurusan di ladang bagi mencapai keperluan untuk mendapat pensijilan MyGAP dan kaedah berkesan bagi menangani isu-isu perosak dan penyakit kelapa.

Perkongsian pihak industri daripada usahawan air nira dan gula nisan, Encik Asri Musa serta perkongsian oleh usahawan minyak kelapa dara Encik Dahari Mohd Desa, telah berjaya menyuntik semangat kepada para peserta kursus untuk meneroka potensi penghasilan produk-produk hiliran kelapa yang baharu terutamanya yang mempunyai permintaan tinggi dan berkualiti seperti produk kosmetik, farmasi dan industri kraftangan. Semasa sesi lawatan ke ladang Syarikat SGG di Besut, Ketua Program Sarjana Muda Agroteknologi Sains Tanaman, Prof. Madya Dr. Fauziah Tufail Ahmad memuji keenakan produk gula nisan keluaran syarikat tersebut yang setanding dengan sirap maple luar negara. Produk tersebut dilihat boleh ditambah baik untuk pasaran antarabangsa.


Infokus Jun 2022

21

4

Kursus kelapa ini telah memberi ruang untuk perkongsian bersama pihak industri berkenaan realiti pertanian dan di mana penyelidikan membantu pembangunan sektor industri tanaman kelapa dari ladang sehingga kepada penghasilan produk. Oleh itu, Persatuan Usahawan Kelapa Malaysia ingin meneruskan kerjasama ini bersama pihak FPSM melalui ikatan memorandum persefahaman (MoU) yang akan dibincangkan kelak di Kompleks Agroteknologi FPSM di Bukit Kor, Marang.

5

3.

Nira gula melaka yang boleh diketengahkan setanding sirap maple.

4.

Peserta di ladang kelapa SGG, Besut.

5.

Para penyelidik daripada FPSM bersama En. Mohd Azizi Irwan Sukiman, Pengerusi Persatuan Usahawan Kelapa Malaysia di ladang kelapa SGG.


22

FOKUS

Sebar Ilmu Kajian Tesis dalam Bentuk Buku oleh:

S

Rabil Sitta Abdul Rahman Penerbit UMT

ebuah tesis yang bagus jika tidak dirombak menjadi penerbitan buku, ia hanya akan kekal tersimpan di atas rak di bilik penulis selepas mereka bergraduat. Lama kelamaan ia hanya akan diselaputi habuk dan ilmu kajian yang ditemui hanya akan tersimpan rapi. Tahukah anda jika ilmu hasil penyelidikan yang terdapat dalam tesis ini jika didokumentasikan menjadi bentuk buku ilmiah mahupun buku umum ia akan dimanfaatkan oleh khalayak pembaca tempatan mahupun luar negara?

“Khalayak tesis hanyalah beberapa orang panel penilai dan juga penyelia pelajar tetapi khalayak sebuah buku lebih ramai dan menyeluruh.” Itulah nasihat yang diberikan oleh mantan Pengarah Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Puan Hajah Zainab Kassim ketika menyampaikan ceramah dan menjadi pembimbing Bengkel Pemindahan Tesis ke Buku yang telah dianjurkan oleh Penerbit UMT secara atas talian pada pada 21 dan 22 Mac 2022. Seramai 28 orang peserta telah mendaftar hasil pencalonan semua pusat


Infokus Jun 2022

pengajian dan juga institut penyelidikan di UMT. Semua peserta telah diberikan bimbingan untuk mengubah suai tesis pengajian doktor falsafah (PhD) dan ijazah sarjana masing-masing kepada bentuk buku ilmiah, monograf, buku mewah dan juga buku umum. Peserta bengkel terdiri daripada kalangan pensyarah yang baru kembali ke kampus selepas tamat PhD, pasca kedoktoran, pegawai sains dan juga pelajar siswazah. Turut hadir memberikan kata semangat kepada semua peserta bengkel ialah Pengarah Penerbit UMT, Prof. Madya Dr. Che Hasniza Che Noh. Melalui ucapan alu-aluan beliau kepada peserta bengkel tersebut, beliau menzahirkan hasrat supaya peserta bengkel dapat menghantar manuksrip hasil rombakan tesis kepada Penerbit UMT pada penghujung tahun 2022. Selain diberikan bimbingan mengenai kaedah pemindahan tesis ke buku, para peserta juga diberikan penerangan mengenai hak cipta sesebuah karya. Hak cipta penulis pada karyanya adalah sepanjang tempoh hayat penulis berkenaan dan sehingga 50 tahun selepas kematiannya. Selepas kematian penulis,

waris penulis berhak mendapatkan royalti hasil penjualan karya penulis tersebut. Puan Zainab juga telah menjadikan buku “Parliament and Deliberative Practices: Malaysia under Barisan Nasional” karya Dr. Nazli Aziz sebagai contoh buku terbitan Penerbit UMT yang telah berjaya dirombak dengan baik daripada tesis PhD beliau yang judul asalnya “Deliberative Practices In and Outside the Malaysia Parliament.” Karya ini juga telah berjaya dinobatkan sebagai buku ilmiah terbaik Kategori Sains Sosial di Anugerah Julangan Bakat UMT pada Majlis Anugerah Tahunan UMT tahun 2021. Kemenangan ini sudah pasti memberikan semangat kepada semua warga akademik UMT yang cemerlang untuk terus aktif berkarya dan menghasilkan penerbitan yang berkualiti dan boleh meningkatkan citra UMT di peringkat tempatan dan juga antarabangsa.

23


24

FOKUS

BkCI Penanda Aras Mutu Buku Ilmiah oleh:

Azeeha Ibrahim Penerbit UMT

B

ook Citation Index (BkCI) adalah salah satu instrumen penarafan untuk memperakui kualiti sesebuah buku penyelidikan yang diiktiraf di peringkat global. Sebagai penerbit universiti, Penerbit UMT amat menitikberatkan mutu sesebuah penerbitan yang bukan sahaja membawa imej penerbit malah turut menyerlahkan kepakaran dan kredibiliti pengarang. Bagi memberi maklumat lanjut berkenaan BkCI, Penerbit UMT telah

mengadakan sesi taklimat pada 3 Mac 2022 kepada semua warga UMT khususnya untuk para pensyarah dan penyelidik. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Prof. Dato’ Dr. Roslan Abd Shukor dari Jabatan Sains Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia melalui aplikasi Webex. BkCI adalah satu aspek penting yang perlu didedahkan kepada penulis buku di UMT khususnya agar sesebuah buku yang


Infokus Jun 2022

Lima judul buku yang berjaya diindeks di BkCI pada November 2021

dihasilkan berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan bagi mencapai piawaian sesebuah buku tersebut diindeks di Web of Science. Dalam taklimat tersebut, Prof. Dato’ Dr. Roslan memberi perincian tentang BkCI itu sendiri selain kriteria yang melayakkan sesebuah buku diindeks. Secara umumnya, jenis-jenis buku yang layak diindeks dalam BkCI adalah terdiri daripada buku ilmiah, monograf dan bab dalam buku yang ditulis berdasarkan dapatan kajian penyelidikan yang asli. Tempoh buku-buku tersebut mestilah tidak melebihi lima tahun daripada tahun penerbitan ketika dicalonkan yang merangkumi buku-buku bersiri dan tidak bersiri. Buku yang diterbitkan dalam bahasa Melayu pula perlu mengandungi elemen terjemahan bahasa Inggeris pada bahagian prelim dan rujukan bagi melayakkan sesebuah buku tersebut diindeks dalam BkCI. Setakat November 2021, Penerbit UMT telah berjaya mengindeks lima judul buku dalam BkCI. Empat naskhah tersebut

terdiri daripada pengarang dalaman UMT dan satu naskhah oleh pengarang daripada Universiti Malaya. Judul naskhah yang telah diindeks tersebut adalah Malaysian Seaport System (Jagan Jeevan), Fused Preferences Relations for Accessing Quality of Life of a Community (Mohd Lazim Abdullah & Fatin Mimi Anira Alias), The Contribution of Line Management in HRM (Nik Hazimah Nik Mat & Intan Nur Fatin Abdul Rani), Accessing Rural Telecentres in Malaysia using Program Logic Framework (Marhaini Mohd Noor), dan Light Emitting Diode Value Chains (Suhana Mohezar). Dengan terhasilnya buku terindeks tersebut memberi cerminan bahawa Penerbit UMT mampu menerbitkan bukubuku berkualiti hasil daripada dapat penyelidikan yang bermutu. Hal ini akan memberi galakan kepada bakal pengarang untuk menghasilkan manuskrip yang berkualiti pada masa akan datang sekali gus mengangkat martabat ilmu.

25


26

SOROTAN PERISTIWA

IBTPL Suburkan Kembali Ilmu Perubatan Tradisional dan Perbidanan Oleh:

I

Prof. Madya Dr Khatijah Omar Institut Biodiversiti Tropika & Pembangunan Lestari

lmu perubatan Melayu tidak kurang hebatnya berbanding perubatan moden dalam usaha merawat pelbagai jenis penyakit. Malah, suatu ketika dahulu di zaman perubatan moden belum begitu menguasai pasaran, ramai warga emas mengakui mereka terus kekal cergas dan sihat di usia lanjut kerana mengamalkan pemakanan sihat daripada herba dan akar kayu serta sumber daripada haiwan seperti lebah, belut, haruan dan lain-lain.

Namun, kaedah perubatan tradisional yang diwarisi secara turun temurun dari satu generasi ke generasi ini banyaknya adalah melalui lisan dan tidak semua didokumentasikan. Akibatnya generasi muda kini tidak begitu arif tentang ilmu perubatan tradisional terutama mengenai khasiat-khasiat tumbuhan herba, urutan dan petua-petua pemakanan yang sihat yang dapat membantu kesihatan dan kecergasan tubuh badan.


Infokus Jun 2022

Menyedari hakikat ini, satu usaha oleh Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL) untuk menyemarakkan kembali ilmu perubatan dan kesihatan tradisional dalam kalangan komuniti telah dilaksanakan melalui program pemindahan ilmu perubatan tradisional di bawah projek KTAG, PPIJI, UMT dengan pelaksanaan projek “Ilmu Perubatan Tradisional, Perbidanan Dan Penjagaan Kesihatan Kepada Komuniti”. Projek diketuai oleh Prof. Madya Dr. Khatijah Omar dan ahli-ahli terdiri dari Prof. Dato’ Dr Mohd Tajuddin Abdullah, Prof Madya Dr Muhammad Abi Sofian Abdul Halim, Dr Hazman Samsudin, Dr Norhayati Ab Manaf, Dr Norhayati Sa’at, Dr Azlinzuraini Ahmad dan En. Muhammad Syahrunizan Abdul Rashid. Projek ilmu perubatan tradisional dan urutan serta kecantikan ini disertai oleh 10 orang peserta yang bernaung di bawah payung Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT). Kelebihannya program ini adalah kerana ia menggabungkan empat agensi iaitu UMT, YPKT, UNISZA dan YPU untuk bekerjasama dalam usaha memertabatkan kembali perubatan tradisional di samping membantu menjadikan projek ini sebagai sumber pendapatan bagi golongan B40 yang rataratanya ialah suri rumah dan juga ibu tunggal. Program ini dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu Fasa Satu (Urutan Tradisional) yang memfokuskan asas perbidanan melalui kelas asas urutan manakala

Fasa Dua (Penjagaan Kesihatan dan Kecantikan) mengetengahkan ilmu dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan dengan menggunakan manfaat herba dan juga teknik urutan. Fasa Tiga (Pemasaran Digital dan Pentauliahan) pula memfokuskan pelan pemasaran serta tips perolehan dana untuk peserta memulakan perniagaan dan seterusnya mengembangkan lagi perniagaan mereka. Antara impak projek ini adalah pentauliahan peserta oleh tenaga pengajar yang bertauliah selain kesemua peserta telah berjaya mendaftarkan perniagaan spa mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ini telah menambah bilangan usahawan wanita yang berpotensi dan berdaya saing sekali gus membuka laluan penyediaan modul latihan untuk pelatih spa. Dengan konsep dan kaedahnya yang tersendiri, perubatan tradisional masih diperlukan kerana keupayaannya dalam menyembuhkan penyakit yang mana perubatan moden didapati tidak serasi dengan pesakit. Usaha IBTPL untuk memperkasakan ilmu perubatan tradisional, urutan dan penjagaan kecantikan dan kesihatan secara tradisional adalah amat baik kerana bidang ini juga berpotensi untuk diketengahkan. Buktinya, disaat negara kita dan seluruh dunia ditimpa musibah pandemik, tidak kurang yang berbalik kepada usaha mengubat dan mencegah secara tradisional dan ternyata hasilnya tidak menghampakan.

27


28

SOROTAN PERISTIWA

I-ProCom Bimbing Usahawan Pelajar Kembang Perniagaan

M

Oleh: Zaizulhizma Salleh Wan Mohd Amirul Hafiz W A Bakar Pusat Keusahawanan dan Kerjaya

enyahut Dasar Keusahawanan Negara, Kementerian Pengajian Tinggi menjadikan keusahawanan sebagai agenda utama. Mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) digalakkan untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti keusahawanan termasuklah menjalankan perniagaan dalam tempoh pengajian. Oleh itu Program Idea, Product and Commercial (I-ProCom) dilaksanakan bagi membantu pelajar ini untuk mengetengahkan produk mereka ke pasaran yang lebih luas. Justeru, UMT melalui Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) telah dilantik sebagai penyelaras bagi penganjuran program kolaborasi KPTMEDAC, Idea, Product and Commercial (I-ProCom). Program berimpak tinggi

ini turut berkolaborasi bersama agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) (kini dikenali sebagai KUSKEP) iaitu Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR) selaku pembimbing dan penyedia latihan. I-ProCom secara langsung membantu usahawan pelajar memulakan dan mengkomersialkan produk inovasi yang dihasilkan serta mendapat peluang pengembangan perniagaan selain memberi nilai tambah kepada mentor melalui bimbingan dan latihan. Sebanyak empat fasa telah diikuti oleh pelajar dan mentor iaitu No2Know, Bootcamp, Ready to Market dan Big Stage yang melibatkan Seramai 222 pelajar dan 44 mentor daripada 20


Infokus Jun 2022

Universiti Awam, tiga Politeknik serta enam Kolej Komuniti seluruh Malaysia dengan penyertaan 142 pelajar perniagaan. Fasa satu No2Know yang diadakan pada 9 hingga 11 April 2021 dilaksanakan berpandukan kepada Modul Business Fasilitator Training Programme (BFTP) yang memberi latihan dan bimbingan kepada mentor, manakala pelajar pula dibimbing berkenaan pembangunan produk. Fasa ini, pelajar dinilai berdasarkan rancangan perniagaan (RP) dan business model canvas (BMC) yang dihasilkan. Sebanyak 10 RP dan BMC terbaik telah dipilih dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000.00. Di fasa dua Bootcamp, mentor diperkemaskan dengan BFTP 2.0 manakala pelajar mengikuti pembangunan produk, perniagaan digital Shopee, Lazada dan latihan smartphone photography. Bootcamp ini berlangsung pada 1 September 2021 hingga 6 Oktober 2021 secara dalam talian. Seterusnya, fasa tiga Ready to Market yang diadakan pada 8 Oktober hingga

15 Disember 2021 memerlukan pelajar menjalankan perniagaan sebenar dengan mempraktikkan ilmu yang diperoleh sepanjang program. Mereka perlu merekod jualan di Shopee dan Lazada setiap hari termasuk kos yang digunakan. Pelajar diwajibkan menghantar laporan jualan setiap dua minggu dan video transformasi produk kepada urus setia untuk dinilai ke peringkat Big Stage (fasa akhir). Kemuncak fasa empat Big Stage, menyaksikan 17 pasukan telah berjaya mara ke peringkat ini yang berlangsung pada 26 Mac 2022 di UMT Convention Centre. Pada peringkat ini, kesemua peserta membentangkan perniagaan dan produk mereka di hadapan juri dalam tempoh masa tiga minit diikuti dua minit sesi soal jawab. I-ProCom yang berlangsung selama hampir satu tahun ini secara rasmi melabuhkan tirai pada 27 Mac 2022 di Dewan Sultan Mizan dengan menyaksikan UMT meraih tempat kedua. Perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar.

29


30

SOROTAN PERISTIWA

UMT Terajui Kursus Micro-Credential di Terengganu oleh: Dr. Abdul Hanis Embong Prof. Dr. Hafiza Aishah Hashim Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan

1

U

MT melalui Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat di bawah Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan (PPAL) berjaya menerajui pembelajaran secara Micro-Credential khususnya di Negeri Terengganu. Langkah pertama ini berjaya direalisasikan secara rasminya pada 11 April 2022 dalam Majlis Penyerahan Replika Penawaran Kursus MicroCredential oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Zamri Ibrahim kepada Komandan Akademi Bomba Wilayah Timur yang disaksikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan Wahid. Majlis ini diadakan sempena Pelancaran e-Course Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur.

Kerjasama antara kedua-dua pihak ini telah terjalin erat sebelum ini melalui kursus-kursus dua hala antara Jabatan Kokurikulum Berkredit di PPAL dengan Akademi Bomba Wakaf Tapai, Terengganu. Kedua-dua pihak saling bertukar kepakaran dalam memberi latihan kepada pelajar dan peserta yang mengambil kursus kokurikulum. Pada tahap selanjutnya, selari dengan galakan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam penawaran program pembelajaran berbentuk Micro-Credential, UMT sekali lagi mengorak langkah menyusun strategi pada pertengahan tahun 2021 dengan beberapa siri perbincangan dan bengkel bagi penawaran kursus Micro-Credential kepada pelatih baharu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Sebanyak tujuh kursus dengan 29 modul berkredit secara mikro berjaya disepakati antara kedua-dua


Infokus Jun 2022

31

2

pihak. Kursus-kursus Micro-Credential ini bakal ditawarkan kepada pelatih bomba secara hibrid selama empat bulan bermula pertengahan April sehingga akhir Julai 2022. Bagi memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aplikasi e-Bayou UMT telah dibangunkan oleh Pusat Ekosistem Digital (PED) bagi memberi kemudahan kepada para pelatih, pensyarah dan penunjuk ajar dalam melaksanakan program ini secara dalam talian dan hibrid. UMT komited dalam memberi mutu perkhidmatan terbaik kepada komunitiindustri dan berharap program ini akan mencapai objektif yang telah dihasratkan iaitu mengukuhkan asas-asas utama dalam aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan di Akademi Bomba Wakaf Tapai dengan memberi penekanan teori ilmiah serta memberi peluang kepada

pelatih menimba ilmu di peringkat universiti secara pengajaran mikro dan pembelajaran mikro dengan pendekatan yang fleksibel. Kursus jangka pendek berakreditasi ini juga boleh dimanfaatkan oleh pelatih sekiranya berhasrat untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi melalui saluran pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu pada masa akan datang. Kerjasama yang terjalin ini diharapkan terus berjalan lancar. Ruang dan peluang ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin oleh kedua pihak kerana implikasinya yang baik khususnya pada jangka masa panjang yang melibatkan kerjaya dan pendidikan berkualiti dalam diri para pelatih yang terlibat. Bagi UMT, rangkai kata universitikomuniti harus dipegang erat dalam membina jambatan ilmu kepada warga tempatan khususnya di negeri Terengganu.

1.

Sesi Penyerahan Replika Penawaran Kursus MicroCredential UMTJBPM

2.

Sesi lawatan para pensyarah UMT ke Akademi Bomba Wakaf Tapai, Terengganu


32

SOROTAN PERISTIWA

1

Iftar Perdana Luar Kampus Erat Silaturahim Pelajar dan Komuniti Setempat oleh: Ts. Dr. Nik Aziz Nik Ali Muhammad Ashraff Aiman Roslan Kolej Kediaman UMT

S

seksyen pentadbiran dan luar kampus menyahut seruan berkenaan dengan mengadakan Program Iftar Perdana Luar Kampus.

Oleh kerana pengimarahan masjid dibenarkan bermula 1 April 2022 bagi memudahkan umat Islam menjalani ibadah puasa, Kolej Kediaman UMT menerusi

Tujuan utama Iftar Perdana Luar Kampus ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar luar kampus mengikut zon selain merapatkan ukhuwah dengan penduduk setempat. Kerjasama ini jelas terpapar menerusi aktiviti “merewang” mula daripada persiapan tempat sehingga

etelah dua tahun mahasiswa berdepan dengan pandemik COVID-19 yang mencabar, kini mereka boleh menarik nafas lega kerana dapat pulang ke UMT untuk menjalani pengajian secara fizikal. Apatah lagi bulan Ramadan pada tahun ini juga dapat disambut bersama-sama di UMT.


Infokus Jun 2022

33

2 3

4

proses penyediaan makanan berbuka yang dilaksanakan bersama-sama. Setiap zon yang ditetapkan ialah zon A Mengabang Telipot, zon B Gong Badak dan Zon C Tok Jembal. Program ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 14 dan 15 April 2022 bertempat di lokasi zon C iaitu Surau AtTaqwa, Kg Kubang Badak, Tok Jembal dan dihadiri oleh lebih 400 orang pelajar luar kampus dan komuniti setempat. Bagi memastikan semua pelajar di zon lain juga mendapat juadah berbuka, Kolej Kediaman turut mengadakan subprogram iaitu Kembara Sungkei ke rumah pelajar untuk mengedarkan makanan kepada pelajar sekali gus dapat bertanya khabar. Kembara Sungkei ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Prof. Madya Dr. Hafiz Zakariya dan Pengarah Kolej Kediaman, Ts. Dr. Nik Aziz Nik Ali. Sebanyak 800 pek makanan diperuntukkan untuk agihan

makanan ini dan dijalankan dua kali bagi setiap zon dan memakan masa selama dua minggu. Program bersama komuniti ini jelas memainkan peranan penting dalam mewujudkan interaksi bagi kedua-dua pihak lantas memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelajar terjamin. Program-program sebegini mampu memberi manfaat kepada pelajar-pelajar luar kampus sekali gus dapat meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan sepanjang menjalani sesi pembelajaran dalam fasa yang mencabar ini. Semua usaha dari Kolej Kediaman UMT adalah demi memenuhi aspirasi melahirkan pelajar yang memiliki keperibadian yang baik serta mempunyai nilai kemasyarakatan yang tinggi bersama komuniti dan menjadi pemangkin negara kerana golongan sasar khasnya belia adalah aset negara yang paling bernilai.

1.

Kembara Sungkei Luar Kampus yang turut dihadiri oleh TNC HEPA UMT, Prof. Madya Dr. Hafiz Bin Zakariya dan penulis

2.

Persediaan makanan berbuka pelajar luar kampus bersama komuniti setempat

3.

Kehadiran pelajar luar kampus ke Surau At-Taqwa untuk iftar perdana bersama komuniti

4.

Sebahagian Ahli Jawatankuasa Surau Ketua Felo Kolej Kediaman UMT serta warga komuniti setempat turut hadir memeriahkan iftar perdana luar kampus


34

SOROTAN PERISTIWA

E-Majalah Biodiversiti

usahasama pensyarah dan pelajar Oleh: Dr. Nurul Shahida Redzuan Dr. Nurulhuda Zakaria Fakulti Sains dan Sekitaran Marin

S

ebagai salah satu langkah mempromosi bidang biodiversiti dalam kalangan pelajar sekolah dan komuniti, para pensyarah dan pelajar daripada program Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti), Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) telah bekerjasama menerbitkan e-majalah Biodiversiti Edisi 1 yang telah dilancarkan pada April 2022. Dalam keluaran pertama ini, topik menarik berkenaan Pokok Berus Botol Putih telah diketengahkan oleh pakar gelam, Prof. Madya Dr. Jamilah Mohd Salim @ Halim. Selain itu, karya terbaik pelajar yang dipilih daripada tugasan bagi kursus Pengurusan Hidupan Liar (BDV3701) pada semester 1 sesi 2021/2022, turut sama dipaparkan sebagai bahan utama

majalah ini. Sebagai tambahan, temu bual bersama alumni, pelajar pascasiswazah, pelajar terbaik program sarjana muda, dan pengerusi Kelab Pelajar turut diselitkan dalam edisi sulung ini. Mensasarkan golongan pembaca daripada pelbagai peringkat umur, penggunaan bahasa mudah dan ringkas dalam penyediaan e-majalah Biodiversiti ini diharap dapat menarik minat dan pemahaman pembaca berkenaan ilmu biodiversiti dan kepentingan menjaga sumber biodiversiti. Sidang editor merancang untuk menghasilkan sebanyak enam edisi e-majalah Biodiversiti setiap tahun manakala edisi kedua dijangka diterbitkan pada bulan Jun 2022 dengan fokus utama berkenaan belangkas.


RENUNGAN Solusi Kehidupan dengan Terapi Zikir Asma’ul Husna (Siri 8) Mohd Radhi Abu Shahim Fakulti Perniagaan, Ekonomi Dan Pembangunan Sosial

Allah SWT Ya Mukmin Yang Maha Memberi Keamanan. Memberi keamanan jiwa, emosi dan jasmani serta dibebaskan daripada rasa takut dan bimbang. Allah SWT sumber keamanan kehidupan manusia, saat sama Dia juga mampu memberikan bahaya dan ancaman (Ya Dharr). Untuk mendapat keamanan daripada Ya Mukmin, memerlukan kekuatan persandaran dan keimanan yang teguh kepada Allah SWT, malaikat, rasul, kitab, akhirat, qadak dan qadar sebagaimana yang dituntut dalam Rukun Iman. Penghayatan kepada al-Mukmin adalah seseorang harus ikhlas dalam setiap apa yang dilakukan demi kerana Allah SWT semata-mata, bersemangat dan tidak ada sikap putus asa. Tidak gentar atau takut menghadapi cabaran kehidupan ini kerana tingginya keyakinan berdampingan dengan Allah SWT Ya Mukmin. Allah SWT yang memberi keamanan dan kita manusia bergantung kepada Allah SWT untuk peroleh keamanan. Allah SWT akan beri keamanan pada hati orang-orang yang beriman. Orang yang beriman tidak mempunyai rasa takut pada urusan dunia tetapi mereka takut hanyalah pada Allah SWT. Takut adalah reaksi emosi yang semula jadi bagi manusia tetapi orang yang beriman sentiasa dapat atasi perasaan takut itu. Ini dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu (wahai orang-orang mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan); dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh yang menimbulkan) ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu (wahai Muhammad, meminta pertolonganmu) dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, sambil mereka tamakkan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kamu). Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya” (Al-Ahzaab 33:19) Ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa sifat orang yang beriman adalah tidak takut kepada kehidupan dunia tetapi hanya takut kepada Allah SWT. Sekiranya iman seseorang itu meningkat maka Allah SWT mencabut perasaan takut dalam hatinya seperti FirmanNya yang bermaksud: “…maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita” (Al-Baqarah 2:38)

Infokus Jun 2022

35


36

RENUNGAN

Kebiasaannya manusia itu mempunyai lima ketakutan iaitu: Takut Sakit dan Kematian

Manusia itu sering takut akan kesakitan dan kematian. Namun sama ada kita suka atau tidak, mahu atau tidak, kematian pasti menjemput setiap manusia yang bernyawa. Bila dan bagaimana adalah rahsia Allah SWT sebagai nikmat kepada manusia untuk terus berusaha dan beramal agar kematiannya menemui kesudahan yang baik. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan” (Al-Anbiyaa’, 21:35) Orang beriman diingatkan supaya tidak takut kepada kematian tetapi sering diingatkan agar risau dan takut kehidupan selepas kematian. Hal ini kerana, kehidupan di dunia, jika di dalam kesusahan masih ada yang boleh datang membantu, namun kehidupan selepas kematian tiada siapa yang mampu membantu melainkan amalan kita semasa hidup di dunia yang menentukan nasib kita di sana. Oleh yang demikian Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: “Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar (hari kiamat)”. (Al-An’aam 6:15) Allah SWT al-Mukmin akan mencabut rasa takut kepada kematian bagi orang yang risau akan kehidupannya selepas kematian. Orang beriman akan sentiasa bersedia dengan memikirkan kehidupan selepas kematian dengan menjadikan setiap detik kehidupan seperti masa, rezeki, tenaga ini ditukar dalam bentuk amalan untuk dijadikan bekalan di akhirat sana. Takut Akan Kegagalan Manusia juga takut akan kegagalan dalam hidupnya. Allah SWT mengingatkan kepada kita bahawa kurniaan-Nya berdasarkan apa-apa yang kita usahakan. Allah SWT menyebut dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan (ingatlah), Allah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat (untuk membuktikan keesaan-Nya dan keadilan-Nya), dan supaya tiap-tiap diri diberi balasan dengan apa yang mereka telah kerjakan (baik atau jahat), sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun” (Al-Jaathiyah, 45:22) Sesungguhnya rezeki bagi semua manusia yang hidup di dunia adalah telah dijamin. Kita disuruh berusaha, kerana Allah SWT memberi apa-apa yang kita usahakan. Oleh demikian, manusia disuruh agar memaksimumkan usahanya kemudian bertawakal, maka Allah SWT akan cabut daripada hatinya perasaan takut akan kegagalan. Hal ini kerana hatinya telah bergantung sepenuhnya kepada takdir Allah SWT.


Infokus Jun 2022 Takut Apabila Dikata (Dicerca) Manusia sering takut dan risau apa-apa anggapan orang lain terhadap dirinya. Memikirkan kata-kata orang lain membuatkan kita takut untuk meningkatkan diri. Oleh sebab itu, bagi orang-orang yang beriman, mereka tidak akan takut dengan anggapan orang selagi mana perkara yang dilakukan itu adalah bertepatan dengan syarak. Ayat al-Quran ada menceritakan yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Meliputi Pengetahuan-Nya” (Al-Maaidah, 5:54) Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor keldai, manakala anaknya mengikut daripada belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, “Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.” Setelah mendengarkan kata-kata daripada orang ramai, maka Luqman pun turun daripada keldainya itu lalu diletakkan anaknya di atas keldai itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki keldai itu, sungguh kurang adab anak itu.” Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang keldai itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, “Lihat itu, dua orang menaiki seekor keldai, adalah sungguh menyiksakan keldai itu.” Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari keldai itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, “Dua orang berjalan kaki, sedangkan keldai itu tidak dinaiknya.” Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, “Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah SWT saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.” Sekiranya memikirkan mulut orang, maka ia tidak pernah akan berkesudahan. Orang baik pun dikata, orang buruk lagikan dikata. Lebih baik kita dikata dengan perkara-perkara yang baik daripada dikata dalam keadaan kita jahat. Orang beriman tidak akan takut akan sebarang celaan orang lain selagi mana dia yakin perbuatannya berada pada landasan syarak. Orang yang takut dengan celaan Allah SWT, akan dicabut rasa takut akan celaan orang lain terhadapnya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “(Kaum Yahudi yang demikian sikapnya) mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah; dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh menolongnya” (An-Nisaa’ , 4:52)

37


38

RENUNGAN

Manusia diingatkan untuk membina peribadi (akhlak) bukannya membuat topeng (kepura-puraan). Orang yang membuat topeng akan sentiasa rasa takut, bimbang, penat dan lelah apabila topeng itu tertanggal daripada rupanya yang sebenar. Kita akan sentiasa penat hanya ingin menunjuk di depan orang semata-mata. Orang yang beruntung adalah orang yang sentiasa memperbaiki dirinya seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)” (Asy-Syams, 91:9) Mereka yang membina peribadi, mereka itulah orang yang beruntung dan dipandang mulia di sisi Allah SWT dan manusia. Allah SWT akan menutup keaiban kita apabila kita sering memperbaiki hubungan dengan Allah SWT selain sesama manusia. Takutkan Kemiskinan

Antara sifat manusia adalah mereka takut akan kemiskinan. Kadang-kadang manusia sanggup berbuat perkara-perkara yang haram untuk mengelak diri daripada kemiskinan. Namun Allah SWT akan mencabut rasa takut akan kemiskinan pada orang beriman kerana yakin bahawa rezeki semuanya telah dijamin oleh Allah SWT. Hal ini disebutkan dalam alQuran yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (al-Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan” (Al-Jinn, 72:13) “…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya (disangka-sangka). Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu” (At-Talaaq, 65:2-3)


Infokus Jun 2022 Takut Kehilangan Kasih Sayang Menjadi kebiasaan ketakutan manusia sekiranya hilang rasa kasih sayang. Ketakutan ini membuatkan manusia itu sanggup melakukan sehingga sanggup melanggar hukum syarak semata-mata untuk mendapatkan kasih sayang daripada orang lain. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang soleh, sedang ia beriman, maka tidaklah (seharusnya) ia merasa takut dianiaya (tiada kasih-sayang) atau dikurangkan sedikitpun dari pahalanya” (Taha, 20:112) Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak menyayangi manusia, maka dia tidak akan disayangi oleh Allah” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) “Berhadiah-hadiahlah di antara kamu, nescaya akan bertambah kasih sayang”. (Hadis riwayat Bukhari) “Demi tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya, kamu tidak akan masuk Syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dikatakan beriman dengan sempurna sehinggalah kamu berkasih sayang. Sukakah kamu jika aku tunjukkan sesuatu apabila kamu melakukannya nescaya kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah ucapan salam dalam kalangan kamu.” (Hadis riwayat Muslim) Hadis-hadis Rasulullah SWT di atas jelas menyeru agar manusia sentiasa melakukan kebaikan kerana dengan berbuat baik maka akan melahirkan kasih-sayang. Kita juga digalakkan menunjukkan kasih sayang maka kita akan disayangi. Setelah kita meneliti perkara-perkara di atas, maka benarlah firman Allah yang bermaksud: “Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan” (Quraisy, 106:4) Bagi orang-orang yang beriman Allah SWT akan memberi keamanan kepada lima perkara yang biasa manusia takutkan dan apabila Allah SWT mencabut rasa ketakutan dalam hati orang beriman, maka hidupnya akan menjadi lebih tenang.

39


Potensi Pelancongan Pulau: Strategi

Bahasa, Komunikasi dan Sosial dalam

Adaptasi Pengurusan Hotel Kesan

Konteks Pembinaan Masyarakat

Perubahan Persekitaran

Sejahtera

Nik Hazimah Nik Mat

Penyunting:

Zaharul Nizal Zabidi

Kasyfullah Abd Kadir

Hayatul Safrah Salleh

Nurhazliyana Hanafi

Che Mohd Zaid Yusof

978-967-2793-12-0

Mariati Mat Salleh @ Md Nor

2022

978-967-2793-07-6 2022

Asas Pelayaran •

Mohd Hafizi Said

Nur Hafiza Muhamaruesa

978-967-2793-19-9 2022

Mencemerlangkan Pengajaran yang Baik; Strategi Harian untuk Pengajaran Berkesan •

Annette Breaux

Todd Whitaker

978-967-2793-08-3 2022

Tajwid Qur’ani Serta Aplikasi Teknologi dan Spektrogram Al-Quran

Kemahiran Kaunseling Individu •

Mohd Radhi Abu Shahim

Abdul Hanis Embong

Kamarul Md. Shah

Wan Mohd Khairul Firdaus Wan

Nor Fadhiah Malek

Khairuldin •

Azizul Hassan

978-967-2793-11-3

978-967-2793-20-5 2022

2022

Under the sea, I can see... •

Azza Jauhar Ahmad Tajuddin

Tengku Fara Kamilia

978-967-2793-21-2 2022

Che Bee and the Colony •

Wan Iryani Wan Ismail

Azza Jauhar Ahmad Tajuddin

978-967-2793-22-9 2022


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.