INFOKUS Disember 2023

Page 1

DISEMBER 2023

Bil. 85

www.umt.edu.my

KONVOKESYEN UMT KE-21 Rai 2,388 Graduan UMT Dua Dekad Meneroka Samudera Abadikan Perjalanan UMT Inovasi Sistem Akuaponik Kos Rendah LB-PONIC Pacu Pertumbuhan Sosioekonomi Komuniti


Terkini di pasaran RM99.00

Jawatankuasa Buku UMT Dua Dekad Meneroka Samudera ISBN: 978-629-7625-05-8 Tahun: 2023


Sidang Redaksi Penaung

YBhg. Prof. Dato' Dr. Mazlan Abd Ghaffar

Penasihat

Prof. Madya Dr. Che Hasniza Che Noh

Ketua Pengarang

Mohd Afifullah Ahmad

Pereka Grafik

Mohd Fadli Abdullah

Penolong Editor

Muhammad Amir Nazmi Alihad

Kandungan 4

Konvokesyen UMT Ke-21 Rai 2,388 Graduan

8

UMT Dua Dekad Meneroka Samudera Abadikan Perjalanan UMT

12

Inovasi Sistem Akuaponik Kos Rendah LB-PONIC Pacu Pertumbuhan Sosioekonomi Komuniti

14

UMT Kembang Agenda Penyelidikan Marin Bersama Institusi Taiwan

15

Pusat Alumni Perkenal Cincin Perak Rai Kejayaan Graduan

16

Anugerah Ikon Siswa 2023 Sanjung Bakat Mahasiswa Cemerlang

18

PPIM dan FPSM Dukung Pembudayaan University for Society

20

Program Kolaboratif UMT dan SK Pagar Besi Suntik Semangat Murid Menimba Ilmu

22

Pelajar PASTEM Raikan Kemerdekaan dengan Menempa Nama dalam Malaysian Book of Records

24

VLDP UMT Terap Kesedaran Pulihara Ekosistem Terumbu Karang

28

MaLAM Bootcamp Beri Pendedahan Cetakan 3D, Robotik, Metaverse dan Pembinaan Permainan Video kepada Komuniti

30

UMT Gondol Tempat Ketiga Anugerah IPT Bebas Denggi

32

Tiga Pelajar FPM Raih Anugerah Kecemerlangan PKT Logistics Group

34

FSSM Aplikasikan 4 Teras Alumni Melalui Program Hari Bersama Industri dan Alumni

36

Pelajar Geosains Marin Teroka Formasi Batuan Pulau Langkawi

40

Pelajar FSSM Teruja Timba Ilmu Falak

42

Pensyarah FTKKI Rasmikan Hari Keusahawanan

43

Lepasan Asasi STEM Bukan Sains ke Bidang STEM Mampu Cipta Kecemerlangan

44 Renungan

Pembaca Pruf

Nur Masyitah Najihah Che Mohd Siti Nurnatrah Zulkornaini

Jurufoto

Kru Media Kreatif

Hak Cipta Terpelihara © 2023. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.


4

FOKUS

KONVOKESYEN UMT KE-21 Rai 2,388 Graduan oleh: Rozita Alias@Abdul Latiff Pejabat Komunikasi Korporat

S

eramai 2,388 graduan UMT diraikan dengan penuh istiadat dan gilanggemilang dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Kali ke-21 yang berlangsung selama enam sesi bermula 22 hingga 24 Oktober 2023 lalu. Mereka yang diraikan terdiri daripada 196 graduan pascasiswazah yang terdiri daripada 46 graduan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dan 150 graduan Sarjana. Di samping itu, seramai 2,192 graduan prasiswazah terdiri daripada 2,081 graduan Sarjana Muda dan selebihnya 111 graduan Diploma.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultanah Nur Zahirah berkenan membuka sidang pertama Majlis Konvokesyen UMT di Dewan Sultan Mizan, UMT. Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UMT dalam titah baginda menzahirkan ucapan tahniah kepada semua graduan UMT dan penerima anugerah pada majlis berkenaan. KDYMM turut berkenan menyampaikan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti, Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) kepada Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Latiff Mohamad dan Ijazah Kehormat Doktor

1


INFOKUS Disember 2023

5

2

Pengurusan, Fakulti Pengajian Maritim (FPM) kepada Dato’ Seri Dr. Michael Tio. Dalam majlis ini juga, UMT turut memberi penganugerahan kepada penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Anugerah Pingat Emas Canselor, Anugerah Pro Canselor, Anugerah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan Anugerah Naib Canselor

(Terbaik Pusat Pengajian). Manakala, Anugerah Khas Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Anugerah Graduan Terbaik Diploma merupakan anugerah yang julung kali diperkenalkan dalam Majlis Konvokesyen UMT. Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti

1.

KDYMM Tuanku Canselor menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti kepada Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abdul Latiff Mohamad

2.

Dato’ Seri Dr. Michael Tio menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan


6

FOKUS


INFOKUS Disember 2023 kepada Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abdul Latiff Mohamad bertepatan dengan kepakaran beliau yang juga perintis dalam penyelidikan taksonomi tumbuhan tinggi dan biologi pemuliharaan. Penyelidikan beliau mengenai flora, taksonomi tumbuhan dan kepelbagaian biologi Malaysia selama hampir 40 tahun telah membawa kepada kemajuan pengetahuan yang merangkumi pemahaman sains taksonomi dan biologi pemuliharaan serta kepentingan, nilai dan faedah pemuliharaan alam sekitar di Malaysia. Tambahan pula, beliau telah mengetuai pelbagai jenis projek khususnya mengenai taksonomi tumbuhan, etnografi dan fitokimia produk semula jadi.

dan Dato’ Seri Dr. Michael bagi mengiktiraf sumbangan mereka dalam bidang masingmasing.

Di samping itu, Dato’ Seri Dr. Michael Tio pula mempunyai kepakaran dalam Pengurusan Logistik. Beliau merupakan Ketua Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan PKT Logistics Group Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat penyediaan perkhidmatan logistik terkemuka di Malaysia dan menyumbangkan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR). Antara usaha tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan PKT Logistik Sdn Bhd adalah menubuhkan Yayasan PKT yang menawarkan biasiswa dan dermasiswa kepada pelajar Malaysia yang berpencapaian tinggi sebagai salah satu daripada usaha berterusan syarikat dalam membangunkan modal insan yang merupakan masa depan negara. Setiap tahun, PKT Logistics Sdn. Bhd. telah memperuntukkan RM1 juta kepada Yayasan PKT dan telah menganugerahkan RM2.4 juta biasiswa kepada lebih 400 orang pelajar dalam menyokong pendidikan tinggi mereka di dalam dan luar negara. Dalam memainkan peranan industri ke arah pemerkasaan pendidikan, perkhidmatan beliau melalui PKT Logistics Sdn Bhd telah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai institusi pendidikan tinggi awam dan swasta di dalam serta di luar negara termasuklah Universiti Malaysia Terengganu.

Turut sama diraikan, 65 graduan sulung pengajian iaitu Sarjana Muda Pengurusan Operasi Maritim, Sarjana Muda Sains (Geosains Marin) dan Sarjana Muda Komputer (Komputer Mudah Alih).

Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata, pihaknya menganugerahkan Ijazah Kehormat kepada Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abdul Latiff

“UMT turut berbangga kerana telah menghasilkan 60 orang graduan pelajar sulung Asasi Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM) yang telah diperkenalkan pada tahun 2018 dalam pelbagai Program Sarjana Muda di UMT yang turut diraikan dalam majlis konvokesyen ini. Asasi STEM merupakan satu-satunya asasi di Malaysia yang memberi laluan kepada pelajar bukan sains tulen untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang STEM”, ujarnya sewaktu menyampaikan ucapan.

Menariknya pada tahun ini, UMT turut memperkenalkan beberapa program pengajian baharu seperti Sarjana Muda Kewangan dengan Kepujian dan Sarjana Sains Sekitaran Marin Tropika. Program-program ini ditawarkan bersesuaian dengan keperluan semasa dan permintaan oleh pihak industri. Malah, perkara yang membanggakan pada tahun ini apabila UMT telah berjaya mencatatkan kadar kebolehpasaran tertinggi dalam tempoh lima tahun, iaitu sebanyak 88 peratus. Pelbagai usaha dalam mempertingkatkan kebolehpasaran graduan terus dipergiatkan antaranya dengan memperkukuhkan jalinan universiti dengan alumni UMT dan juga kerjasama dengan pihak industri multinasional yang terkemuka. UMT kini sudah mula membina nama dan berada dalam landasan yang selari dengan bidang tujahan utama UMT sebagai universiti terfokus dalam bidang ilmu kelautan dan sumber akuatik bersesuaian dengan slogan universiti iaitu ‘Terokaan Seluas Lautan demi Kelestarian Sejagat.’

7


8

FOKUS

1

Abadikan Perjalanan UMT Oleh:

Prof Madya Dr Che Hasniza Che Noh Penerbit UMT


INFOKUS Disember 2023

9

2

P

enerbitan buku sejarah UMT yang berjudul "UMT Dua Dekad Meneroka Lautan Samudera" mencatat sejarah pengkaryaan dan penerbitan penting dalam merakamkan serta mengingati perjalanan sejak dari awal penubuhan sebagai sebuah stesen perikanan sehinggalah lahirnya Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Lebih membanggakan, pelancaran buku ini

mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah berkenan mencemar duli berangkat ke UMT bagi menyempurnakan pelancaran buku tersebut bersempena Majlis Konvokesyen UMT Kali Ke-21 yang lepas. Buku ini merupakan catatan perjalanan UMT yang diperoleh melalui kajian dokumendokumen seperti laporan tahunan, syarahan

1.

Sultanah Nur Zahirah membelek helaian buku semasa majlis pelancaran buku

2.

Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 Oktober 2023 bertajuk: ‘Sultan Mizan, Sultanah Nur Zahirah lancar buku ‘UMT Dua Dekad Meneroka Samudera’


10

tahunan Naib Canselor, majalah universiti, buku konvokesyen, buku-buku berkaitan serta melalui temu bual bersama mantan pemimpin. Dokumentasi buku ini bermula dari sejarah penubuhan stesen perikanan yang ditubuhkan pada tahun 1979, yang pada ketika itu merupakan cawangan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia. Kini, genap 20 tahun UMT berdiri gagah menelusuri ilmu sejajar dengan slogan keramat "Terokaan Seluas Lautan Demi Kelestarian Sejagat". Usaha untuk mendokumentasikan perkembangan serta pencapaian universiti untuk tempoh 20 tahun bukanlah suatu usaha yang mudah. Terdapat dokumen dan bahan yang diperlukan tidak ditemukan kerana tiada sistem penyimpanan data yang sistematik terutamanya sekitar awal tahun 2000-an. Namun demikian, dengan kerjasama semua pihak serta sokongan yang berterusan daripada pihak Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar yang juga merupakan pencetus idea kepada penulisan buku ini, maka akhirnya buku ini berjaya diterbitkan.

Penerbit selaku pengerusi kepada Jawatankuasa Penerbitan Buku Sejarah UMT telah mendapat kerjasama erat dan padu khususnya daripada pihak Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Pusat Alumni, Pejabat Komunikasi Korporat, Pusat Pengurusan Penyelidikan, Pejabat Naib Canselor, Pejabat Pendaftar dan semua pihak yang telah menyumbang secara tidak langsung. Terdapat pelbagai cabaran dan kekangan dalam merealisasikan penulisan ini misalnya informan telah meninggal dunia, dokumentasi yang tidak lengkap dan kekangan masa setiap penyumbang artikel dan maklumat yang diperlukan. Tidak dinafikan, terdapat pelbagai kekurangan dari segi fakta dan kandungan buku ini, namun kumpulan penulis telah berusaha sebaik mungkin untuk menerbitkan buku sebagaimana yang dihasratkan oleh pengurusan tertinggi UMT. Buku ini mengandungi enam bab utama iaitu bermula dengan Bab Satu yang menyingkap lembaran sejarah bermula daripada tercetusnya idea penubuhan Universiti Malaysia


INFOKUS Disember 2023

Terengganu asalnya hanyalah sebuah stesen yang dikenali sebagai Stesen Perikanan dan Sains Samudera, sehinggalah pada tahun 1979,

Bab 4 membicarakan segmen pemindahan ilmu di mana ia menjelaskan tentang kewujudan universiti yang bukan sahaja menjadi wadah

dijadikan sebagai salah satu cawangan UPM. Perkembangan tersebut dirancakkan lagi apabila UPM (yang ketika itu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) menubuhkan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera pada 1 Mei 1979. Kemajuan demi kemajuan ditunjukkan sehingga akhirnya tertubuh Universiti Pertanian Malaysia Terengganu (UPMT) pada tahun 1996, Kolej Universiti Terengganu (KUT) pada 26 Julai 1999, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) pada 20 Jun 2001 dan akhirnya Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 1 Februari 2007. UMT seterusnya diiktiraf sebagai universiti berautonomi pada 12 Disember 2014.

dalam mendidik anak bangsa menjadi pemimpin keluarga, masyarakat atau negara tetapi turut memberikan sumbangan signifikan kepada masyarakat umum. Bab 5 lebih menumpukan kepada alumni yang merupakan sumber manusia yang tidak ternilai harganya yang boleh menjamin kelestarian masa depan sebuah universiti awam yang berkait rapat dengan elemen kebolehpasaran graduan. Akhir sekali, Bab 6 merumuskan kegemilangan dan keunikan universiti setelah 20 tahun berdiri gagah yang meletakkan kedudukannya hampir setanding dengan universiti awam yang terkemuka di Malaysia.

Bab 2 seterusnya membicarakan perkembangan pengajaran dan pembelajaran yang bermula dari satu penawaran program pengajian iaitu Ijazah Bacelor Sains (Perikanan) di bawah Fakulti Perikanan dan Sains Samudera (FPSS) UPM pada tahun 1979. Kepesatan penawaran program pengajian berkembang dari tahun ke tahun apabila berlakunya pertambahan enrolmen pelajar setiap tahun selari dengan pertambahan bilangan program pengajian. Bab 3 pula membicarakan segmen penyelidikan iaitu salah satu fungsi utama sesebuah universiti yang kini telah meletakkan UMT di persada antarabangsa khususnya dalam penyelidikan kelautan dan sumber akuatik.

Buku ini bukan sahaja menjadi rujukan penting malah bakal meninggalkan nostalgia terindah buat warga UMT sebagai warisan bernilai untuk ditatapi bersama generasi kini dan akan datang dalam menyumbang bakti kepada pembangunan dan kelestarian agama, bangsa dan negara sehingga ke peringkat global. Buku ini juga turut merakamkan sumbangan penting individu yang pernah berkhidmat dengan UMT untuk sekian lama dan akhirnya meninggalkan UMT kerana telah bersara atau pun telah kembali kepada Allah SWT. Justeru, buku ini juga merupakan hadiah dan kenangan yang amat bermakna kepada keluarga dan waris mereka.

11


12 FOKUS

Inovasi Sistem Akuaponik Kos Rendah LB-PONIC Pacu Pertumbuhan Sosioekonomi Komuniti Oleh:

Dr. Norhidayah Abdul Manan Amyra Suryatie Kamaruzzan Institut akuakultur Tropika dan Perikanan

1

D 1.

2.

Salah seorang peserta dari komuniti JPKK Mengabang Telong telah berjaya menternak ikan tilapia dan melakukan penanaman sayuran kangkung dalam sistem akuaponik yang telah dibangunkan Antara peserta dari komuniti JPKK Mengabang Telong dan JPKK Pengkalan Atap yang terlibat dalam projek ini

3.

Dr. Hidayah Manan selaku ketua projek komuniti dan bertanggungjawab bagi pembangunan sistem akuaponik kos rendah LB-PONIC

4.

Pemantauan berkala kualiti air menggunakan kit ringkas (API kit) dan Multiparameter probe (YSI Quadro) bagi ternakan ikan tilapia dalam sistem akuaponik LB-PONIC

ibawah dana geran komuniti, Knowledge and Technology Assimilation Grant Scheme (KTAGS) 2023-2024, sebuah inovasi sistem akuaponik kos rendah yang diberi nama LB-PONIC telah dibangunkan bagi membantu memacu pertumbuhan sosioekonomi komuniti penduduk sekitar Kuala Nerus, Terengganu. Projek ini telah diketuai oleh Dr. Norhidayah Abd. Manan, pensyarah Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) dan dibantu oleh ahli projek yang lain. Terdapat empat komuniti penduduk sekitar Kuala Nerus Teregganu yang terlibat dalam menjayakan program ini. Antara komuniti yang terlibat dalam projek akuaponik kos rendah (LB-PONIC) ini ialah Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Mengabang Telong seramai 15 orang, JPKK Pengkalan Atap seramai 10 orang, berserta Rumah Anak Yatim Darul Akhyar seramai 70 orang murid dan juga Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi seramai 10 orang murid. Setiap komuniti yang terlibat dengan projek ini diberikan dua sistem LB-PONIC untuk mereka menternak ikan tilapia dan menanam sayuran jenis hidroponik seperti sawi putih,

2

kailan dan kangkung. Sistem LB-PONIC ini berkapasiti dua tan dan menggunakan aplikasi Recirculating Aquaculture System (RAS) serta aplikasi Teknik Air Jatuh yang bertujuan untuk menjimatkan kos operasi sistem. Melalui inovasi sistem LB-PONIC yang dibangunkan, komuniti setempat dapat menjana pulangan sekitar RM750.00 bagi setiap satu kitaran ternakan ikan tilapia selama empat bulan sehingga mencapai saiz pasaran. Sayuran yang ditanam dalam sistem akuaponik boleh dituai setelah mencapai umur 30 hari bagi jenis sayuran seperti kangkung, sawi dan juga kailan. Program ini secara tidak langsung telah menjana ekonomi dan meningkatkan pendapatan isi rumah melalui ternakan ikan


13

INFOKUS Disember 2023

3

4

5

dan tanaman sayur yang dihasilkan. Komuniti terlibat juga dapat menampung keperluan harian bahan mentah melalui ikan yang diternak dan juga sayuran yang ditanam. Selain itu, sayuran yang ditanam juga bebas bahan kimia dan racun perosak. Projek ini mendapat perhatian Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Prof. Dr. Mohamad Salmi Mohd Sohod yang telah meluangkan masa berkunjung ke tapak projek LB-PONIC komuniti JPKK Mengabang Telong. Lawatan

6

pada 2 November 2023 ini turut disertai oleh rakan industri yang berminat dengan sistem LBPONIC yang telah dibangunkan. Sistem LB-PONIC yang dibangunkan bukan sahaja berjaya membantu komuniti setempat untuk menjana pendapatan, malah dapat mengeratkan kerjasama dan perkongsian kepakaran antara penyelidik UMT dengan komuniti setempat sekali gus membantu mereka meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi.

5.

Pegawai AKUATROP mengukur pertumbuhan sayuran yang ditanam dalam sistem LB-PONIC

6.

Lawatan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Prof. Dr. Mohamad Salmi Mohd Sohod berserta rakan industri ke tapak projek LB-PONIC di Masjid Mengabang Telong


14 PENYELIDIKAN

UMT Kembang Agenda Penyelidikan Marin bersama Institusi Taiwan Oleh: Prof. Madya Dr. Lee Jen Nie Prof. Madya Dr. Maizah Abdullah Fakulti Sains dan Sekitaran Marin

K

erjasama antara UMT dengan beberapa institusi Taiwan telah giat dijalankan. National Academy of Marine Research (NAMR) ialah agensi terbaru yang ditubuhkan semenjak tahun 2019 di Taiwan bagi pembangunan polisi marin, pemantauan sumber marin, menjalankan kajian saintifik marin, membangunkan industri maritim dan persediaan dalam pelbagai agenda marin yang semakin rancak. Ia adalah sangat mirip dengan konsep dan hala tuju UMT dalam aspek pendidikan dan penyelidikan. Selepas pembukaan NAMR, pandemik COVID-19 telah mendatangkan impak yang besar sehinggakan segala perancangan jaringan kerjasama terpaksa ditangguhkan ke tahun 2022. Semenjak itu, beberapa aktiviti bersama telah dijalankan termasuk Ekspedisi Nansha, Taiwan dan Ekspedisi Biodiversiti Selangor, Malaysia menerusi kerjasama oleh kedua-dua belah pihak. Berikutan kejayaan ekspedisi yang telah dijalankan, pihak NAMR telah menyampaikan hasrat untuk mengeratkan hubungan melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara UMT dengan National Academy

of Marine Research (NAMR), Taiwan. Hubungan dua hala ini telah dimeterai pada 1 November 2023 oleh Presiden NAMR, Prof. Dr. Chen Jiahn-Horng dan Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar di Taiwan. Prof. Chen telah memberi maklum balas positif dalam aktiviti yang telah dirancang oleh kedua-dua pihak. Naib Canselor juga berpendapat bahawa kedua-dua pihak dapat merangka pelbagai acara bagi mempromosikan kepelbagaian penyelidikan yang boleh dijalankan bersama. Sokongan padu yang diberikan dalam melaksanakan aktiviti akademik juga akan diterapkan dalam perancangan jaringan kerjasama. Sempena lawatan tersebut juga, UMT turut memperbaharui memorandum persefahaman (MoU) bersama National Sun Yat-Sen University (NSYSU), Kaohsiung, Taiwan. NSYSU telah bekerja rapat dengan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin dan Fakulti Perikanan dan Sains Makanan semenjak tahun 2018. Pembaharuan tersebut akan mempergiatkan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembelajaran bagi bidang akademik, para pelajar dan pegawai-pegawai UMT.


INFOKUS Disember 2023

15

Pusat Alumni

Perkenal Cincin Perak Rai Kejayaan Graduan oleh:

Noorullaily Saffain Pusat Alumni

B

ersempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu Kali Ke-21 pada 22 hingga 24 Oktober 2023 yang lalu, buat julung kalinya UMT memaparkan citra baharu alumni iaitu penganugerahan cincin alumni "The Silver Ring of UMT Alumni". Penganugerahan ini diberikan kepada 69 orang alumni yang terdiri daripada penerima anugerah utama universiti dan graduan cemerlang bagi setiap program pengajian. Penerima cincin ini terdiri daripada penerima Anugerah Pelajaran Diraja kategori Bumiputera dan Bukan Bumiputera, 18 orang penerima dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS) dan lapan orang penerima dari Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM). Selain itu, seramai 16 orang penerima daripada Fakulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM), manakala Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI) menyenaraikan 22 orang penerima dan diikuti oleh Fakulti Pengajian Maritim (FPM) pula seramai tiga orang penerima. Cincin alumni ini ialah simbol pengenalan alumni dari pelbagai tahun graduasi serta kejayaan dan pencapaian mereka dalam menamatkan pengajian di UMT. Setiap cincin direka khas agar mampu bertahan lama sebagai

1

2

bentuk cenderamata yang akan dikenang sepanjang hayat sebagai lambang sentimental yang tinggi. Cincin ini akan memupuk rasa kecintaan alumni kepada alma mater dan seterusnya melebarkan sayap kerjasama sebagai duta UMT dengan mengangkat slogan 'Ocean of Discoveries, Nurturing Humanity'. Direka dengan teliti menggunakan perak yang berkualiti tinggi, cincin ini bermotifkan terumbu karang yang merupakan ikon sinonim dengan UMT. Ia diukir dengan tulisan tahun bergraduat di sebelah kiri dan logo Alumni UMT pada bahagian kanan cincin manakala pada bahagian permukaan dalam pula tercatat slogan 'Ocean of Discoveries, Nurturing Humanity' yang cukup memberi makna yang mendalam kepada alumni. Bermula tahun hadapan, penjualan cincin alumni akan dibuka sepanjang tahun kepada semua alumni yang berminat. Proses jualan cincin alumni akan dibuat secara prapesanan melalui kerjasama Pusat Alumni dengan i-Create UMT. Promosi jualan cincin juga akan diperluaskan melalui semua media sosial Pusat Alumni UMT.

1.

Penerima anugerah Cincin Alumni dari Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM)

2.

Penerima anugerah Cincin Alumni dari Fakulti Pengajian Maritim (FPM)


16 PENYELIDIKAN

Anugerah Ikon Siswa 2023 Sanjung Bakat Mahasiswa Cemerlang oleh:

Wan Muhammad Naziq Che Nor Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa

B

ahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah menganjurkan Anugerah Ikon Siswa (AIS) 2023 bagi mengiktiraf kecemerlangan bakat mahasiswa UMT. Acara yang penuh gemilang itu menampilkan 17 anugerah dalam pelbagai kategori. Ia tidak termasuk dua anugerah utama, iaitu Anugerah

Justeru, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah memperkenal agenda Pemerkasaan Mahasiswa yang bertujuan mengupayakan bakat dan potensi mahasiswa melalui lebih banyak tanggungjawab dan ruang membuat keputusan.

Tokoh Siswa UMT dan Anugerah Bingkas Timbalan Naib Canselor (HEPA) UMT. Majlis ini telah diadakan pada 14 November 2023 di Dewan Sultan Mizan, UMT.

Mansor, 23, pelajar Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian telah dinobatkan sebagai Ikon Siswa UMT tahun 2023. Kecemerlangan anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini bukan sahaja dalam bidang akademik malah turut bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Beliau telah menganjurkan 14 program sepanjang mengetuai Kelab Sekretariat Anak Johor (SOHOR) yang mana terdiri daripada program keusahawanan, kepimpinan, sukarelawan, kemasyarakatan dan pembangunan komuniti.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Profesor Dr. Azlinda Azman ketika merasmikan program itu berkata, bakat-bakat muda yang berada di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) menjadi taruhan utama serta sebagai nakhoda negara pada masa hadapan. Katanya, KPT memandang serius mengenai pembangunan bakat dalam kalangan mahasiswa.

Pada majlis berprestij tersebut, Munirah

Anugerah Bingkas Timbalan Naib Canselor HEPA UMT pula disandang oleh Nur Izzati


INFOKUS Disember 2023

Yusri, 22, pelajar tahun tiga, Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim). Beliau mula bergiat aktif dalam persatuan sejak tahun pertama serta memegang jawatan sebagai Bendahari Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus (JPLK). Dia turut menjadi Pengarah Program ‘Colors of Korea: Students Council Autumn Delegation’. Di bawah kepimpinannya, program ini berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM19,827.00 daripada pelbagai program yang dianjurkan dan sumbangan luar. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Mohd Izani Mohd Zain berkata, AIS memberi sanjungan kepada bakat cemerlang yang telah dipamerkan oleh mahasiswa UMT sepanjang 2022 dan 2023. Calon-calon yang berjaya ke peringkat akhir merupakan mereka yang telah menunjukkan pencapaian luar biasa dalam aktiviti kemahasiswaan pelbagai kategori seperti kepemimpinan, akademik, kesukarelawanan, pengucapan awam, intelek, budaya dan sukan. Pemenang AIS yang berjaya akan mewakili UMT ke Anugerah Tokoh Siswa (ATS) di peringkat KPT. Menurutnya lagi, calon-calon untuk AIS 2023 merupakan graduan yang holistik. Mereka terdiri daripada mahasiswa yang memperoleh

CGPA 3.0 dan ke atas, serta mempunyai keperibadian dan sahsiah diri yang tinggi. Majlis ini turut diserikan dengan beberapa pelancaran antaranya Kanvas Siswa Madani@ UMT, iaitu program berimpak tinggi daripada mahasiswa untuk komuniti. Kanvas menampilkan sembilan program berjenama yang berlangsung bermula November 2023 hingga Februari 2024. Salah satu program yang menarik ialah Konservasi Hijau Gelam di Setiu, iaitu projek penanaman pokok gelam yang boleh membantu menjana pendapatan komuniti setempat. Turut diadakan ialah pelancaran buku “Membingkas Prakarsa ke Arah Pemerkasaan Mahasiswa” dan pelancaran HEPA Rangers yang memanfaatkan pempengaruh dalam kalangan mahasiswa UMT bagi mempromosi perkhidmatan HEPA serta UMT dan aktiviti pemerkasaan mahasiswa. Untuk rekod, antara anugerah yang diperkenalkan dalam majlis ini adalah Anugerah Kepimpinan Kebudayaan, Anugerah Kepimpinan Keusahawanan, Anugerah Kepimpinan Sukan, Anugerah Kepimpinan Pengucapan Awam, Anugerah Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan banyak lagi bagi mengangkat dan mengiktiraf kecemerlangan mahasiswa UMT.

17


18 SOROTAN PERISTIWA

PPIM dan FPSM Dukung Pembudayaan University for Society Oleh:

Dr. Faridah Yahya Dr. Siti Nur ‘Afifah Jaafar Fakulti Perikanan dan Sains Makanan

1

B

2

uat julung-julung kalinya Fakulti Perikanan dan Sains Makanan (FPSM) melalui Program Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) dengan Kepujian dengan kerjasama Pergerakan Puteri Islam Malaysia Daerah Kuala Terengganu menganjurkan Program Kolaboratif Pergerakan Puteri Islam Malaysia Kuala Terengganu@UMT yang telah

3

berlangsung pada 25 November 2023 bertempat di FPSM. Program kolaboratif ini adalah hasil cetusan idea seorang alumni Program Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) yang juga penerima anugerah Ikon Alumni Unggul UMT tahun 2021 iaitu Cikgu Hajjah Saripah Binti Embong. Penyumbangan semula Cikgu Saripah kepada UMT telah


INFOKUS Disember 2023

4

6

membawa ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang disertainya iaitu Pergerakan Puteri Islam Malaysia Daerah Kuala Terengganu untuk merasai sendiri pengalaman menimba ilmu dan mengasah kemahiran di samping menggunakan fasiliti serta khidmat kepakaran pensyarah dan staf FPSM. Penyertaan peserta adalah amat memberangsangkan di mana seramai 40 orang ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat dari 20 buah sekolah menengah di Daerah Kuala Terengganu, 17 orang guru pengiring dan 15 orang Ahli Jawatankuasa PPIM. Program kolaboratif ini adalah satu program pemindahan ilmu kepakaran para pensyarah dalam bidang perkhidmatan makanan di FPSM melalui bengkel latihan penghasilan produk tart yang disampaikan oleh Dr. Wan Hafiz Wan Zainal Shukri di Makmal Asas Penyediaan Makanan manakala tunjuk ajar ‘table setting’ dan ‘table etiquette’ bertempat di Makmal Komersial Makanan dikendalikan oleh Dr. Siti Nur ’Afifah Jaafar yang juga merangkap Pengarah program kolaboratif ini. Bengkel latihan ini juga turut dibantu oleh staf FPSM yang berpengalaman dan lima orang pelajar tahun tiga Program Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan).

19

5

Para peserta mendapat pendedahan secara langsung daripada tenaga pakar di samping berpeluang merasai pengalaman belajar secara interaktif dalam suasana pembelajaran di universiti. Kaedah ini sangat efektif bagi memastikan peserta mendapat pemahaman yang lebih baik serta mampu melaksanakan kemahiran yang dipelajari dalam situasi sebenar. Program serampang dua mata ini juga turut menjadi platform aktiviti promosi program pengajian Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) serta program-program pengajian lain yang ditawarkan di FPSM yang mana ia dapat memberi panduan dan penerangan kepada pelajar sekolah menengah untuk membuat persediaan awal serta mengambil maklum berkenaan syarat kemasukan asas yang diperlukan bagi program pengajian di UMT yang bakal dipilih. Program ini dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada mereka supaya berusaha lebih gigih dengan mensasarkan gred yang baik bagi mata pelajaran berkaitan sains seperti kimia, biologi dan sebagainya yang seiring dengan syarat kemasukan asas yang dinyatakan. Majlis penutup program kolaboratif Pergerakan Puteri Islam Malaysia Kuala Terengganu @UMT ini telah disempurnakan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Zamzahaila Mohd Zin, Ketua Program Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) mewakili Dekan FPSM. Maklum balas yang diterima daripada peserta program juga sangat baik malah turut dicadangkan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan diperluaskan lagi golongan sasarannya ke peringkat yang lebih tinggi.

1.

Dr. Wan Hafiz sedang menerangkan langkah demi langkah penghasilan tart kepada peserta yang turut dibantu oleh En. Ikhwan

2.

Peserta menyediakan tart manis dan tart pedas mengikut kumpulan

3.

Peserta teruja berjaya membuat lipatan napkin sendiri

4.

Staf FPSM yang berpengalaman membantu penyediaan menu bengkel latihan. Dari kiri: Puan Nor Azni, Puan Wan Nor Haryani, Puan Suzana dan Puan Faridah.

5.

Peserta menikmati hidangan sambil mengaplikasikan etika yang dipelajari

6.

Dr. Siti Nur ’Afifah berinteraksi dengan salah seorang peserta semasa sesi bengkel ‘table setting’


20 SOROTAN PERISTIWA

Program Kolaboratif UMT dan SK Pagar Besi Suntik Semangat Murid Menimba Ilmu Oleh:

P

Prof. Madya Dr. Che Hasniza Che Noh Pusat Pendidikan Asas Dan Lanjutan UMT

rogram Kolaboratif UMT, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus dan Sekolah Kebangsaan Pagar Besi telah berjaya dilaksanakan pada 17 Oktober 2023. Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Bahasa dan Komunikasi, Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan, Penerbit UMT dan PPD Kuala Nerus. Program ini disertai oleh 67 orang murid tahun dua hingga enam yang dipilih daripada kalangan murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca sepenuhnya berpunca dari pelbagai faktor sama ada keluarga, diri dan persekitaran. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekitar UMT untuk lebih mengenali UMT di samping menyuntik semangat murid untuk lebih komited dan bersungguh-sungguh dalam menguasai kemahiran membaca demi masa depan yang lebih cemerlang.

1


INFOKUS Disember 2023

21

2

3

Seramai 12 orang pensyarah Jabatan Bahasa dan Komunikasi serta lima orang staf Penerbit UMT terlibat sebagai ahli jawatankuasa program selain disokong oleh empat orang pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus serta tujuh orang guru pengiring SK Pagar Besi. Program yang diadakan di Bilik Seminar Fakulti Sains dan Sekitaran Marin UMT ini dimulakan dengan aktiviti ceramah motivasi oleh pensyarah Bahasa Sepanyol, dari Jabatan Bahasa dan Komunikasi, Dr Radhiah Ismail. Dengan penyampaian santai dan disulami dengan aktiviti-aktiviti menarik, ia telah berjaya menarik perhatian murid-murid sehingga menggamatkan bilik seminar. Murid-murid aktif memberikan respon bagi setiap persoalan dan aktiviti berkaitan dan telah menunjukkan kesungguhan yang luar biasa. Usai ceramah motivasi, aktiviti latihan dalam kumpulan diadakan dan dikendalikan oleh fasilitator dari Jabatan Bahasa dan Komunikasi dan Penerbit UMT. Pelbagai

4

lukisan menarik telah dihasilkan oleh murid yang menterjemahkan kehidupan dan harapan mereka. Murid seterusnya diminta untuk membentangkan hasil lukisan tersebut. Selesai aktiviti LDK, murid-murid diiringi guru dan fasilitator berjalan kaki ke Galeri INOS. Sekali pun kediaman murid-murid berhampiran pantai, mereka tidak pernah melihat penyu dan kehidupan marin yang lain. Murid-murid kelihatan amat teruja apabila dapat menyentuh penyu yang telah diawet serta melihat pameran hidupan laut yang lain. Ratarata murid-murid yang ditemui amat berpuas hati dan gembira kerana terpilih menyertai program ini. Pegawai PPD Kuala Nerus, Puan Norlia Ibrahim berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan. Di pihak PPAL, tanggungjawab kepada komuniti merupakan antara keperluan yang perlu dipenuhi khususnya bagi memastikan pemindahan ilmu dapat dijalankan kepada golongan sasar yang memerlukan.

1.

Dr. Radhiah sedang menyampaikan ceramah motivasi dan soal jawab bersama peserta

2.

Murid-murid memaparkan lukisan masingmasing dan membuat pembentangan di hadapan kelas

3.

Lukisan ‘ikan, lori, kapal dan UMT’

4.

Para peserta teruja dapat menyentuh penyu yang telah diawet semasa lawatan ke galeri INOS


22 SOROTAN PERISTIWA

Pelajar PASTEM Raikan Kemerdekaan dengan Menempa Nama dalam Malaysian Book of Records oleh :

Prof. Madya Dr. Laili Haji Che Rose Siti Zairyn Fakurol Rodzi Pusat Asasi STEM

P

usat Asasi STEM (PASTEM) telah menempa nama dalam Malaysian Book of Records (MBOR) apabila telah berjaya mencipta rekod bagi ‘Most Patriotic Slogans on a Jalur Gemilang’. Kegigihan yang tidak kenal erti mengalah telah dibuktikan oleh kelab pelajar Asasi STEM yang juga dikenali sebagai Kelab BlaSTEMa. Majlis yang berlangsung pada 5 Oktober 2023 yang lalu telah menghimpunkan hampir 400 orang termasuk 258 orang pelajar Asasi STEM, 100 orang pelajar sekolah angkat yang terdiri daripada lima buah sekolah di Terengganu dan 30 orang kakitangan PASTEM. Acara ini menjadi platform bagi menonjolkan pelajar-pelajar yang berbakat tinggi dan berdaya intelektual. PASTEM telah berjaya memeriahkan acara melalui tiga aktiviti yang menarik iaitu Larian Kemerdekaan, mewarna Jalur Gemilang dan menulis slogan patriotik terbanyak pada Jalur Gemilang.

1


INFOKUS Disember 2023

2

23

3

4

Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata, pelajar merupakan imej masa depan negara. Pelajar juga merupakan agen kepada perubahan, peneraju pemikiran dan penggerak utama untuk membentuk masa depan negara. “Kami akan sentiasa memberi sokongan padu kepada para pelajar untuk melibatkan diri dalam penghasilan sesuatu yang kreatif dan inovatif bagi menjana pembelajaran sepanjang hayat mereka. UMT akan sentiasa ada untuk menyokong apa jua usaha untuk menjadikan Program Asasi STEM sebaris dengan programprogram lain di Malaysia,” ujar beliau. Menulis slogan terbanyak pada Jalur Gemilang merupakan aktiviti terakhir. Beberapa

hari sebelum pelaksanaan program, ahli Kelab BlaSTEMa telah bertungkus-lumus melukis dan mewarna Jalur Gemilang yang berukuran sembilan meter panjang dan dua meter lebar. Sebanyak 505 slogan telah ditulis oleh para pelajar. Slogan-slogan berkenaan ditulis menggunakan bahasa dan tulisan yang berbeza sebagai suatu bentuk keunikan seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Bahasa Mandarin, dan tulisan Jawi yang awalnya telah dicetak dan diagihkan kepada setiap pelajar. Aktiviti yang julung kalinya ini telah menjadi satu aspirasi buat semua pelajar di samping mengukuhkan kerjasama yang kuat antara ahli Kelab BlaSTEMa dan pengurusan PASTEM dalam menjayakan program tersebut.

1.

Slogan-slogan pelbagai bahasa yang ditulis dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin

2.

Sebanyak 505 slogan Jalur Gemilang direkodkan Pusat Asasi STEM, UMT

3.

Pelajar STEM menulis slogan patriotik pada Jalur Gemilang

4.

Rekod kebangsaan yang dianugerahkan oleh Malaysian Book of Records bagi ‘Most Patriotic Slogans On A Jalur Gemilang’


24 SOROTAN PERISTIWA

VLDP UMT Terap Kesedaran Pulihara Ekosistem Terumbu Karang Oleh:

Dr. Tengku Fara Kamilia Tengku Mohd Kamil Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Sharifah Nur Azah Anim Syed Noor Azalan Volunteer Leadership Development Program UMT

K

arang, suatu hidupan laut yang banyak disalahertikan sebagai batu atau tumbuhan di dalam laut. Tetapi hakikatnya ia dikategorikan sebagai haiwan yang bersimbiosis dengan sejenis alga dan mampu makan sendiri. Bervariasi dari segi bentuk dan warna, ia bukan sekadar menghiasi lautan tropika tetapi memainkan peranan penting

sebagai habitat dan kawasan perlindungan organisma marin serta pelbagai jenis ikan komersial. Terumbu karang menyumbang kepada industri pelancongan dan sumber perikanan negara selain berfungsi sebagai kukuhan semulajadi untuk melindungi persisiran pantai daripada ombak kuat dan ribut taufan. Namun,


INFOKUS Disember 2023

25

2

1

3

kesan antropogenik seperti pencemaran air laut, tumpahan minyak, sauh kapal, aktiviti perikanan terlarang serta aktiviti pelancongan pulau seperti selam scuba dan snorkel, karang semakin terancam dan berisiko berhadapan dengan masalah kepupusan dalam jangka masa 30 tahun lagi.

Muhammad Fauzi bin Sahrani. Titik permulaan program ini adalah apabila VLDP berjaya memperoleh peruntukan kewangan dan sokongan daripada Kementerian Perpaduan Negara bagi mengalakkan pelajar universiti tempatan terlibat di dalam aktiviti pembangunan kelestarian alam.

Lebih memburukkan keadaan, peningkatan suhu laut sejagat dan pengasidan laut telah meningkatkan lagi risiko kemusnahan karang. Oleh itu, program pendidikan alam marin merupakan salah satu usaha untuk memberi kesedaran dan mendidik orang ramai tentang penjagaan ekosistem terumbu karang.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan awam tentang kepentingan terumbu karang dan hidupan marin kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia, seterusnya menyumbang dan menyokong kepada kelestarian hidupan marin. Program kebangsaan ini melibatkan peserta seramai 26 orang pelajar daripada UMT serta beberapa universiti tempatan. Kebanyakan para peserta tiada pengetahuan mengenai flora dan fauna marin namun mereka amat berminat untuk mengenali dan mempelajari dengan lebih mendalam mengenai terumbu karang.

Penganjuran Program Coral Awareness: Our Flamboyant Seabed 2023 telah diinspirasikan oleh Pasukan Volunteer Leadership Development Program (VLDP), Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) UMT, diketuai oleh Pengarah Program, saudara

1.

Peserta selepas demonstrasi penanaman karang pada bulan Mac 2023

2.

Demonstasi restorasi karang di dasar laut bersama Ambassador REEFS pada praprogram Coral Awareness

3.

Nubin karang


26 SOROTAN PERISTIWA

4

5

6

Coral Awareness: Our Flamboyant Seabed 2023 telah diadakan sebanyak dua peringkat iaitu sesi praprogram di Pulau Bidong pada bulan Mac 2023 di mana ahli pasukan VLDP didedahkan dengan ilmu mengenai teknik penanaman karang di dasar laut. Demonstrasi dan tunjuk ajar penanaman karang ini telah dilaksanakan oleh “Ambassador” REEFS yang melibatkan sukarelawan pelajar dan penyelam profesional UMT di kawasan restorasi karang yang sedia ada. Penanaman sebanyak 30 nubin karang ini adalah bagi tujuan pemuliharaan dan restorasi karang, dalam menuju ke arah kelestarian ekosistem marin. Seterusnya, peringkat kedua Program Coral Awareness telah berlangsung pada 29 Julai hingga 1 Ogos 2023

melibatkan himpunan pelajar yang lebih ramai dari UMT sendiri dan beberapa UA lain. Para peserta dibawa meneroka alam marin bermula dengan taklimat Pengenalan Terumbu Karang, Kesedaran Pencemaran Marin dan Literasi Kelautan yang disampaikan oleh penyelidik-penyelidik REEFS. Taklimat ini telah membuka minda peserta terhadap kepentingan terumbu karang serta penjagaan habitat. Para peserta kemudiannya dapat menghayati sendiri keunikan dan kecantikan terumbu karang sewaktu aktiviti snorkel yang dijalankan. Program pendidikan alam sekitar ini juga merangkumi ceramah Youngsters Literacy with Loligo and Staggy (YouOLLS) oleh pensyarah Biologi Marin, Dr. Tengku Fara dan diceriakan


INFOKUS Disember 2023

7

8

9

10

4.

Penasihat Utama program, Dr. Tengku Fara bersama pasukan REEFS

5.

Taklimat Pengenalan Terumbu Karang oleh pasukan REEFS, Prof. Madya Dr. Tan Chung Hong

6.

Para peserta peringkat kedua Program Coral Awareness: Our Flamboyant Seabed 2023

7.

Antara aktiviti bermotifkan flora dan fauna marin dijalankan bersama ahli peserta

8.

Aktiviti pembentangan kumpulan tentang fauna marin

9.

Aktiviti semasa sesi malam – “Create your coral reefs”

10.

Lawatan peserta ke perkampungan pelarian Vietnam

11.

Aktiviti snorkel

11

dengan aktiviti permainan berunsurkan ekosistem marin antaranya “Design Your Coral Reefs” dan “Finding Nemo”. Ekspedisi Bidong ini juga telah dilengkapi dengan aktiviti melawat kampung tinggalan pelarian Vietnam yang menjadi destinasi wajib singgah apabila tiba di Pulau Bidong. Para peserta dapat menikmati alam semula jadi di samping mempelajari dan mengetahui sejarah Pulau Bidong.

“Kalau tak kenal, maka tak cinta”. Itulah yang boleh diperumpamakan bagi peserta Program “Coral Awareness: Our Flamboyant Seabed 2023”. Dengan mengenali fauna marin ini dengan lebih dekat, setiap daripada peserta seharusnya akan lebih beretika dan bertanggungjawab terhadap ekosistem semulajadi di sekeliling mereka, bagi menuju ke arah kelestarian alam, supaya dapat diwarisi generasi masa depan.

27


28 SOROTAN PERISTIWA

MaLAM Bootcamp Beri Pendedahan Cetakan 3D, Robotik, Metaverse dan Pembinaan Permainan Video kepada Komuniti oleh:

P

Prof. Madya Dr. Laili Haji Che Rose Nurul Syahida Binti Abu Bakar Pusat Asasi STEM

usat Asasi STEM (PASTEM) bekerjasama dengan rakan strategik Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam usaha menganjurkan program, aktiviti serta mewujudkan pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi

Pembudayaan sains melalui pendidikan secara formal atau tradisional di dalam kelas atau bilik darjah semata-mata bukan lagi merupakan suatu kaedah yang strategik. Namun, pembelajaran dan pembudayaan STEM ini perlu diperluaskan di luar bilik

(STI) secara bersepadu, seterusnya memperkasa Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM) secara besar-besaran.

darjah melalui kaedah hands-on dan secara langsung daripada pengamal serta pakar-pakar STEM. Melalui kaedah ini, pembelajaran STEM dapat disampaikan secara interaktif dan langsung khususnya berkaitan aplikasi teknologi dalam kehidupan seharian. Besarlah hasrat UMT untuk merealisasikan pembudayaan STEM dalam kalangan komuniti masyarakat Terengganu khususnya.

Bersempena Minggu Sains Negara (MSN) 2023, Machine Learning Additive Manufacturing (MaLAM) Bootcamp dianjurkan oleh PASTEM dengan penglibatan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK), sekolah-sekolah angkat PASTEM dan Unit Pembangunan Modal Insan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

MaLAM Bootcamp 2023 memberi fokus kepada empat bidang utama antaranya Robotik, Percetakan 3D, Metaverse dan Pembinaan Permainan Video. MaLAM Bootcamp ini


INFOKUS Disember 2023

diadakan selama tiga hari dua malam dengan berkonsepkan pendedahan secara pembelajaran dan seterusnya bertanding. Dalam masa yang amat singkat semua peserta berjaya menunjukkan model cetakan 3D, produk metaverse dan permainan video. Bukan itu sahaja, program ini turut melibatkan murid-murid yang berkeperluan khas dalam aktiviti robotik. Mereka diberi pendedahan dalam pemasangan dan pengendalian robot. Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar menzahirkan rasa

syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar berkeperluan khas yang turut menyertai aktiviti ini dan usaha melibatkan pelajar khas ini harus dipuji kerana mereka juga perlu diberi perhatian serta peluang dalam aktiviti memperkasa minat ke arah STEM. Semoga program sebegini mampu menarik minat dan meningkatkan bilangan pelajar memilih jurusan STEM selaras agenda STEM negara serta dapat mengiktiraf sumbangan dan kejayaan khususnya dalam bidang sains.

29


30 SOROTAN PERISTIWA

UMT Gondol Tempat Ketiga Anugerah IPT Bebas Denggi Oleh:

Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman Dr. Daeng Malis Ab. Kahar Pusat Kesihatan Universiti

U

MT telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam Anugerah Insitusi Pengajian Tinggi (IPT) Bebas Denggi Peringkat Kebangsaan tahun 2023. Anugerah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan,

UMT melalui PKU dengan kerjasama fakulti, kolej kediaman dan Pejabat Pembangunan dan Harta (PPH) telah memainkan peranan yang signifikan bagi melayakkan UMT disenarai pendek dalam penjurian lapangan yang telah diadakan pada

Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan bertempat di Summit Hotel Subang USJ pada 15 Oktober 2023 bersempena Konvensyen MyChampion@KKM. Pengarah Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Dr. Arnie A Rahim telah mewakili UMT bagi menerima hadiah berupa wang tunai RM2,000.00 dan sijil penyertaan. Pertandingan tersebut merupakan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

25 September 2023. Antara tempat yang dilawati dan dinilai ialah Bangunan Canselori, Institut Adaptasi Iklim dan Bioteknologi Marin dan Blok Ibnu Hibban, Kolej Kediaman dan persekitaran UMT. Pembentangan laporan dan pemeriksaan melibatkan dokumen berkaitan penglibatan serta pengendalian semua pihak pengurusan UMT dalam usaha membenteras wabak denggi, aktiviti kebersihan dalam kampus dan komuniti


INFOKUS Disember 2023

31

1

2

sekitar, program kesedaran dan projek inovasi yang berkaitan. Penjurian diwakili oleh pegawai dari KPKT, KKM dan KPM. Pemeriksaan turut memastikan tiada bekas dan kawasan berpotensi menakung air serta tempat pembiakan nyamuk aedes sekitar dalam dan luar bangunan. Terdahulu, para juri diberikan taklimat secara menyeluruh mengenai aktiviti yang dilaksanakan oleh UMT dalam menjayakan pertandingan tersebut. Turut memberikan sokongan adalah Timbalan Naib Canselor

(Penyelidikan dan Inovasi) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMT, Profesor Chm. Dr. Marinah Mohd Ariffin dan Pendaftar, Tuan Haji Zukiferee Ibrahim. UMT merupakan antara enam IPT yang terpilih untuk ke peringkat akhir selain Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Turut terlibat adalah Kolej Matrikulasi Perak, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi MARA Puncak Alam cawangan Selangor.

1.

Pemeriksaan bangunan Canselori UMT bagi melihat kawasan yang berpotensi takungan air dan pembiakan nyamuk aedes

2.

Fakulti turut menyediakan tempat pengumpulan bahan sisa buangan seperti plastik, botol dan kertas dalam menyokong dan mengamalkan konsep 3R (reduce,reuse and recycle)


32 SOROTAN PERISTIWA

Tiga Pelajar FPM Raih Anugerah Kecemerlangan PKT Logistics Group Oleh: Dr. Nik Nurhalida Nik Hariry Fakulti Pengajian Maritim

F

akulti Pengajian Maritim (FPM) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Pelajar Fakulti Pengajian Maritim 2023 di Auditorium Muhyidin pada 21 Oktober 2023. Majlis ini bertujuan untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada para pelajar Fakulti Pengajian Maritim yang cemerlang dalam bidang akademik khususnya para pelajar yang mendapat Anugerah Dekan pada semester sebelumnya. Dalam majlis ini, FPM meraikan seramai 110 orang pelajar cemerlang dari program Sarjana Muda Pengurusan (Maritim), Sarjana Muda Pengurusan (Operasi Maritim), dan Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim. Penerima Anugerah Pelajar Terbaik bagi program Sarjana Muda Pengurusan (Maritim) dengan kepujian dianugerahkan

kepada Muhammad Nur Hafiy Darwisy Mohd Norhisam yang meraih CGPA 3.94 dan merit Mystar sebanyak 2140. Bagi program Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim) dengan kepujian dianugerahkan kepada Aiman Hazem Sudirman dengan pencapaian CGPA 3.84 dan merit Mystar sebanyak 640 dan bagi program Sarjana Muda Pengurusan (Operasi Maritim) dengan kepujian dianugerahkan kepada saudari Nurin Faqihah Mahadi dengan pencapaian CGPA 3.96 dan merit Mystar sebanyak 2560. Kriteria pemilihan Anugerah Pelajar Terbaik Program Sarjana Muda FPM adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik dan kokurikulum. Penerima anugerah menerima sijil penghargaan daripada FPM dan sebentuk cincin perak alumni "The Silver Ring of UMT Alumni" sumbangan Pusat Alumni dan Hal Ehwal Pelajar.


INFOKUS Disember 2023

Sewaktu berlangsungnya Majlis Apresiasi Pelajar Fakulti Pengajian Maritim 2023 juga, Pengarah dan Eksekutif PKT Logistics Group Sdn. Bhd., Prof. Adjung Dato’ Seri (Dr.) Michael Tio berbesar hati menyampaikan Anugerah Kecemerlangan PKT Logistics Group Sdn. Bhd. kepada tiga orang pelajar FPM. Penilaian anugerah ini dibuat berdasarkan aspek penampilan, motivasi, pengetahuan, kecerdasan, keyakinan, kepimpinan dan kemahiran bertutur. Sesi temu duga telah dilaksanakan sendiri oleh beliau pada 11 Oktober 2023. Hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.00 dan sijil penghargaan dianugerahkan kepada graduan Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim), Muhammad Ibrahim Mohd Arasad, graduan Sarjana Muda Pengurusan (Maritim), Balqis Azhan dan graduan Sarjana Muda Pengurusan (Operasi Maritim), Nurin Faqihah Mahadi. Penerima

anugerah juga ditawarkan jawatan sebagai Young Executive di PKT Logistics Group Sdn. Bhd. dengan gaji permulaan sebanyak RM3,200.00. Terdahulu, Prof. Adjung Dato’ Seri (Dr.) Michael Tio telah menyampaikan syarahan beliau yang bertajuk “PKT: Transforming the Logistics Industry”. Beliau juga merupakan penerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan pada Majlis Konvokesyen UMT Kali Ke-21.

33


34 SOROTAN PERISTIWA

FSSM Aplikasikan 4 Teras Alumni

Melalui Program Hari Bersama Industri dan Alumni Oleh: Noorullaily Saffain Pusat Alumni

F

akulti Sains dan Sekitaran Marin (FSSM) dengan kerjasama Pusat Alumni dan Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM) telah mengadakan program Hari Bersama Industri dan Alumni bertempat di Dewan Sultan Mizan, UMT. Program yang berlangsung pada 8 dan 9 November 2023 ini telah telah dihadiri oleh seramai 520 orang pelajar tahun akhir FSSM dan turut disertai 19 orang penceramah yang merupakan alumni UMT dari industri yang berbeza serta empat penaja dari industri untuk pameran kerjaya. Selain itu juga, empat syarikat turut hadir bagi menemu duga calon secara dalam talian

dan bersemuka untuk penempatan pekerjaan kepada alumni iaitu Permula Sdn. Bhd., Amspec Inspection Malaysia, Aztec Sinar Sdn Bhd dan Airestec Innovation Sdn Bhd. Melalui program yang julung kali diadakan ini, seorang alumni iaitu Nur Nadhirah Liyana Mohd Zuki dari program Sarjana Muda Sains (Sains Kimia) telah berjaya mendapat tawaran pekerjaan di bawah syarikat Amspec Inspection Malaysia. Program yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor ChM. Dr. Marinah Mohd Ariffin ini diadakan untuk berkongsi pengalaman dan pandangan agar dapat membantu pelajarpelajar tahun akhir FSSM meningkatkan


INFOKUS Disember 2023

1

35

2

pengetahuan semasa serta berkongsi pendapat akan realiti pekerjaan di zaman ekonomi digital. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan awal serta persediaan kepada bakal alumni UMT bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan. Pelajar juga didedahkan dengan cabaran pengembangan bakat dan keperluan industri serta mengaitkan dengan skop pengajian program mereka semasa di UMT khususnya. Alumni-alumni UMT yang hadir telah berkongsi pengalaman serta tips bagi mencapai kejayaan dalam bidang pekerjaan serta perkongsian penyelidikan terbaru dan berimpak tinggi. Program ini merupakan platform terbaik bagi pelajar, bakal graduan, alumni dan juga pensyarah untuk berkongsi pengalaman serta pandangan, selain membina jaringan bersama alumni daripada pelbagai industri dan badan kerajaan. Menerusi program ini, empat teras alumni sepertimana yang terkandung dalam Pelan Hala Tuju Alumni 2023-2027 (PEHTA 2023-2027) telah diaplikasikan antaranya teras pengesanan alumni melalui penyertaan alumni yang hadir sebagai penceramah program sekaligus dapat meningkatkan peratusan pengemaskinian data terkini alumni. Selain itu, dapat juga dilihat teras pembudayaan dan pembangunan alumni yang turut diterap kepada pelajar tahun akhir melalui ceramah khas daripada Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya Dr. Yusof Shuaib Ibrahim. Akhir sekali, teras penyumbangan kembali alumni dijelmakan melalui perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman untuk memasuki alam kerjaya. Pusat Alumni menerima banyak maklum balas positif daripada peserta yang hadir

3

antaranya platform ini dapat meningkatkan pengetahuan tentang pekerjaan pada zaman kini, cabaran-cabaran realiti dalam sektor kerajaan dan industri serta tambahan maklumat kepelbagaian fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Alumni UMT. Program berimpak sebegini perlu diteruskan lagi oleh fakulti-fakulti lain dengan skala yang lebih tinggi melibatkan lebih ramai pelajar dengan kerjasama pelbagai pusat tanggungjawab dan industri.

1.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) mengunjungi booth pameran kerjaya dari industri

2.

Sesi temuduga secara bersemuka dan dalam talian sepanjang program berlangsung

3.

Alumni UMT yang hadir ke program untuk sesi perkongsian bersama bakal Alumni


36 SOROTAN PERISTIWA

Pelajar Geosains Marin Teroka Formasi Batuan Pulau Langkawi Oleh: Dr. Dony Adryansyah Nazaruddin Muhammad Hafiz Irham Muhammad Tasnim Fakulti Sains dan Sekitaran Marin

P

rogram Geosains Marin, FSSM telah menjalankan kerja lapangan di Pulau Langkawi, melibatkan seramai 21 orang pelajar Tahun 1 yang mengambil subjek Kerja Lapangan Geosains I (MGS3963). Para pelajar ini diiringi oleh tiga orang pensyarah iaitu Dr. Razak Zakariya, Dr. Muhd Nur Ismail Abdul Rahman dan Dr. Dony Adryansyah. Kerja lapangan geosains ini bertujuan untuk mendedahkan fitur-fitur geologi penting di beberapa lokasi yang mewakili kesemua formasi batuan yang membentuk pulau berkenaan. Pulau yang diisytiharkan sebagai ‘UNESCO Global Geopark’ pada tahun 2007 itu didukung oleh formasi batuan tertua di Malaysia iaitu Formasi Machinchang, diikuti oleh Formasi

Setul, Formasi Singa, Formasi Chuping, rejahan granit Gunung Raya dan Endapan Kuartener sebagai unit termuda. Pada hari pertama, para peserta dibawa melawat ke Galeri PPL-UKM bagi melihat koleksi kepelbagaian geologi dan biologi selain berkunjung ke Geopark Discovery Center (GDC) yang mempamerkan poster dan koleksi yang menjelaskan keadaan geologi, formasi batuan dan landskap geopark pertama di Asia Tenggara tersebut. Perjalanan diteruskan ke beberapa lokasi di Kilim Geoforest Park yang terletak di sebelah timur laut Pulau Langkawi yang terbina dari batuan Formasi Setul yang didominasi oleh batu kapur. Di sini, para peserta berpeluang


INFOKUS Disember 2023

meninjau struktur Gua Kelawar dan Gua Buaya serta pembentukan batu kapur. Pada hari kedua, para peserta mengunjungi Gunung Machinchang yang terletak di kawasan Machinchang Geoforest Park di sebelah barat laut Pulau Langkawi. Gunung tersebut terbentuk menerusi formasi batuan tertua di

Malaysia iaitu Formasi Machinchang yang berusia 550 juta tahun lalu (Kambrian) yang didominasi oleh batu pasir yang diselangi konglomerat, batu lumpur dan batu lodak. Seterusnya, para peserta bertumpu ke Pantai Pasir Tengkorak dan Air Terjun Temurun yang juga tersusun oleh formasi yang sama.

37


38 SOROTAN PERISTIWA


INFOKUS Disember 2023

Di sebelah petang, perjalanan diteruskan menuju Pulau Dayang Bunting yang berstatus Dayang Bunting Geoforest Park. Dalam perjalanan ke pulau ini, para pelajar berpeluang melihat bentuk bukit yang menyerupai seorang wanita berbaring yang sedang mengandung. Keunikan yang dimiliki oleh bukit berkenaan telah diabadikan menjadi nama kepada pulau tersebut. Setibanya di Pulau Dayang Bunting, sesi penerangan diberikan oleh para pensyarah berkenaan keadaan geologi, formasi batuan yang didominasi oleh batuan marmar dan proses terbentuknya tasik tersebut akibat lubang benam (sinkhole) yang berlaku di kawasan tersebut. Kemudian, perjalanan diteruskan ke Pulau Beras Basah dan Pulau Ular yang mana kedua-

duanya adalah sebahagian daripada Formasi Singa yang terdiri daripada batuan sedimen didominasi oleh batu lumpur. Sewaktu berada di kedua-dua pulau ini, para pelajar didedahkan kepada teknik pengukuran arah jurus dan kemiringan lapisan batuan dan struktur geologi. Perjalanan hari terakhir diteruskan di Pantai Teluk Burau untuk mencerap batuan igneus (granit) yang tersingkap di kawasan pantai tersebut dan seterusnya ke Air Terjun Telaga Tujuh yang merupakan lokasi kontak antara Formasi Machinchang dengan Granit Gunung Raya. Di kawasan air terjun ini juga boleh dijumpai seri sesar yang membentuk air terjun tersebut.

39


40 SOROTAN PERISTIWA

Pelajar FSSM Teruja Timba Ilmu Falak

Oleh: Dr. Dony Adryansyah Nazaruddin Fakulti Sains dan Sekitaran Marin

P

ada 24 Oktober 2023, pelajar Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Sains (Geosains Marin) yang mengambil kursus Asas Bumi (MGS3003) telah mengikuti satu lawatan sambil belajar ke Balai Cerap ESERI KUSZA (UniSZA). Lawatan ini melibatkan seramai 24 orang pelajar dan diiringi pensyarah, iaitu Dr. Dony Adryansyah. Tujuan lawatan ini dijalankan adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar terhadap objek-objek yang berada di angkasa seperti matahari, bulan, planet, dan bintangbintang melalui pencerapan secara langsung menggunakan peralatan dan kemudahan di balai cerap tersebut. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk mempelajari dengan lebih mendalam ilmu astronomi dan ilmu falak terutamanya dalam sistem suria kita. Sebaik sahaja tiba di balai cerap tersebut, rombongan disambut oleh pegawai-pegawai balai cerap. Menurut Pegawai Penyelidik, Encik Amirul Hazim, balai cerap ini dibina pada tahun 1992 dan mula beroperasi pada tahun 1995. Balai cerap ini adalah salah satu lokasi

cerapan rasmi anak bulan yang tercanggih di negeri Terengganu dan kawasan Pantai Timur. Sebagai maklumat tambahan, ilmu falak merupakan salah satu kursus elektif yang ditawarkan oleh pihak UniSZA. Setelah taklimat, rombongan diberi peluang untuk mencerap matahari dengan menggunakan teleskop yang terdapat pada bahagian atas balai cerap ini sebelum matahari terbenam. Terdapat dua jenis teleskop yang boleh digunakan untuk melihat lapisan luar matahari iaitu kromosfera (chromosphere) dan fotosfera (photosphere). Selepas menunaikan solat Maghrib, rombongan sekali lagi diberikan taklimat berkenaan objek-objek angkasa. Rombongan pelajar kemudian dibahagi kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan proses pencerapan di bilik cerapan yang berbentuk kubah. Secara bergilir-gilir, kumpulan pelajar diberi peluang untuk mencerap secara langsung beberapa objek angkasa yang boleh dilihat pada malam itu antaranya bulan dan planet Zuhal melalui teleskop besar.


INFOKUS Disember 2023

41

1

2

Para pelajar nyata teruja kerana berpeluang menggunakan teleskop yang canggih apatah lagi dapat melihat planet Zuhal yang merupakan satu-satunya planet dalam sistem suria yang memiliki cincin yang terbentuk daripada gas. Pengalaman ini tentu saja membawa hikmah untuk mengingatkan kita akan kebesaran Allah yang telah menciptakan langit dan bumi.

1.

Menggunakan teleskop untuk mencerap matahari sehingga terlihat lapisan terluar matahari (kromosfera dan fotosfera)

2.

Penggunaan teleskop untuk mencerap beberapa objek di langit pada malam hari seperti bulan dan planet Zuhal


42 SOROTAN PERISTIWA

Pensyarah FTKKI Rasmikan Hari Keusahawanan Oleh:

P

Dr. Syerrina Zakaria Dr. Ummu ‘Atiqah Mohd Roslan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik

1

ensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik FTKKI), Dr. Syerrina Zakaria telah diundang bagi merasmikan Hari Keusahawanan Sekolah Kebangsaan Pechah Rotan yang telah diadakan pada 26 Oktober 2023. Program yang bertemakan Berbelanja Sambil Beramal ini bertujuan untuk mencari dana bagi menjalankan pelbagai aktiviti sekolah. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah kurang murid (SKM) yang terletak di Kampung Pechah Rotan, Kuala Nerus yang hanya mempunyai 80 orang murid dengan 12 orang kakitangan sahaja.

1.

Ucapan perasmian oleh Dr. Syerrina Zakaria

2.

Kumpulan pencak silat SK Pechah Rotan

Turut sama pada hari tersebut ialah Dr. Ummu ‘Atiqah Mohd Roslan, pensyarah kanan FTKKI. Tetamu jemputan lain terdiri daripada kakitangan sekolah-sekolah sekitar Kuala Nerus, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta masyarakat setempat.

2

Pelbagai acara yang menarik disediakan pada hari tersebut seperti pameran agensi kerajaan dan swasta, soopa doopa, giant bubble, gerai jualan makanan, dan lain-lain. Program tersebut sangat bermanfaat bagi memberi pendedahan berkaitan kepada para murid, guru, ibu bapa dan komuniti setempat. Di samping menyertai pelbagai aktiviti, komuniti juga boleh menyumbang kepada dana sekolah yang akan digunakan untuk aktiviti anak-anak pada masa akan datang. Program ini turut disajikan dengan persembahan tarian Selamat Datang oleh pasukan tarian sekolah yang baru ditubuhkan. Sesungguhnya, dengan jemputan sedemikian kepada ahli akademik UMT, ia boleh dijadikan suatu platform untuk mempromosikan programprogram akademik yang ditawarkan oleh UMT sekaligus menyumbang kepakaran yang ada kepada komuniti setempat.


INFOKUS Disember 2023

Lepasan Asasi STEM Bukan Sains ke Bidang STEM Mampu Cipta Kecemerlangan Oleh: Prof. Madya Dr. Laili Haji Che Rose Norizan Ismail Pusat Asasi STEM

M

ajlis Konvokesyen UMT Ke-21 yang telah berlangsung baru-baru ini telah melibatkan 57 graduan dari program Asasi STEM kohort pertama turut diraikan. Pelajar-pelajar ini telah melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang Sains di UMT. Istimewanya konvokesyen kali ini menyaksikan lima orang graduan yang bukan dari aliran sains tulen telah berjaya mengharungi cabaran kehidupan di kampus sebagai graduan aliran sains. Pelajar tersebut ialah Noorsaadah Abd Samad, Nur Sabrina dan Mohamad Ikram dari program Sarjana Muda Sains (Matematik

Kewangan) dengan Kepujian, Alya Syakirah Tajul Ariffin dari program Sarjana Muda Sains (Geosains Marin) dengan Kepujian, Syakir Hakimi Zainulabidin dari program Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) dengan Kepujian dan Muhammad Fathi `Izzat Muhamat dari program Sarjana Muda Sains (Sains Marin) dengan Kepujian. Dengan memperoleh CPGA antara 3.43 hingga 3.87, telah membuktikan hasil kesungguhan dan pengorbanan dalam mengejar ilmu pengetahuan dalam bidang yang berbeza iaitu bukan dari aliran sains kepada aliran sains adalah tidak mustahil untuk dicapai.

43


44 RENUNGAN

RENUNGAN

SOLUSI KEHIDUPAN DENGAN TERAPI ZIKIR ASMA’UL HUSNA AL-BAARI (SIRI 14) Oleh: Mohd Radhi Abu Shahim Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial

Pengenalan Di antara nama-nama Allah SWT dalam rantaian Asma’ul Husna ialah Allah Al-Baari iaitu Allah Yang Maha Mengadakan dan Allah SWT juga boleh mentiadakan. Oleh demikian, jika Allah SWT boleh mengadakan bagi kita rezeki maka Allah SWT yang sama juga boleh mentiadakan rezeki bagi kita. Dalam ayat al-Quran Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam”. (Al-A’raaf 7:54) Perbincangan Apabila kita berbicara mengenai nama Allah Al-Baari, kita akan berbicara mengenai lima sudut iaitu: Allah SWT yang mengadakan manusia dan Allah SWT memperkenalkan siapa diri-Nya. Al-Quran satu-satunya kitab yang menjelaskan secara terperinci siapakah Tuhan iaitu Allah SWT. Sudah menjadi fitrah manusia untuk mencari Tuhan. Hal ini dikisahkan dalam surah al-An’aam tentang bagaimana Nabi Ibrahim A.S mencari siapakah Tuhan yang mencipta alam terbentang luas ini. “Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin. Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”. Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: “Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat”. Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).”Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”. (Al-An’aam 6: 75-79) Tidak mungkin bumi dan alam sejagat yang kompleks ini tiada penciptanya. Hari ini ramai saintis-sainstis bukan Islam yang mengkaji alam ini akhirnya mengakui alam ini ada pencipta dan tidak kurang juga ada yang akhirnya memeluk Islam kerana kagum dengan keindahan mukjizat al-Quran yang menerangkan dengan begitu terperinci tentang kejadian alam. Secara fitrah juga manusia akan menyembah sesuatu yang dikagumi, maka mengkagumi kebesaran Allah SWT membuatkan manusia menyerah dan menyembah Allah SWT


INFOKUS Disember 2023 Allah SWT tunjukkan cara bagaimana pengabdian kepada-Nya Setelah Allah SWT memperkenalkan-Nya pada manusia, maka Allah SWT tunjukkan pula syariat sebagai tanda pengabdian kepada-Nya. Pengabdian ini disyariatkan dalam ibadat seperti solat, puasa, zakat, haji, perkahwinan dan lain-lain lagi yang merangkumi segala aspek kehidupan. Ketika solat kita sering ungkapkan dalam doa iftitah yang bermaksud “Katakanlah sesungguhnya solatku dan ibadatku dan hidup dan matiku hanya kerana Allah tuhan sekalian alam”. “Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya. Dan (ingatlah) Dia lah yang mentadbirkan segala-galanya”. (Al-An’aam 6:102) Sebagai orang Islam kita ditunjukkan cara bagaimana untuk menyembah Allah SWT melalui syariatnya dan dilarang dalam menokok tambah atau mengada-adakan dalam urusan agama seperti dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa yang mengada-adakan suatu perkara di dalam urusan [agama] kami ini yang bukan berasal darinya, maka ia pasti tertolak.” (HR. Bukhari dan Muslim). Islam agama yang lengkap dan semua hukum peraturan ada dalam al-Quran, maka kita dengar dan kita taat untuk mencari keredhaan Allah SWT. Maka sebagai umat Islam kita perlu sentiasa mempertingkatkan ilmu dan amalan seperti mana yang disarankan oleh Allah SWT. Allah SWT boleh membinasakan seluruh makhluk ketika berlakunya hari kiamat Allah SWT yang mengadakan dan Allah SWT juga boleh membinasakan setiap manusia. Hal ini jelas dinyatakan dalam Firman-Nya yang bermaksud: “Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan” (Ar-Rahmaan 55:26-27) Sebelum kita dibinasakan pada suatu hari yang telah ditetapkan, maka jadikanlah perjalanan hidup di dunia ini sabagai ladang amalan untuk di bawa ke akhirat sebagai bekalan. Hal ini kerana, semua makhluk yang wujud akan binasa seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturanNya. Dan Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan yang demikian amatlah mudah bagiNya. Dan bagiNyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (Ar-Ruum 30:26-27) Setelah ditiupkan sangkakala pertama semua akan binasa kerana kiamat besar telah tiba. Setelah manusia melalui kiamat kecil iaitu dengan kematian. Oleh demikian, selagi hayat dikandung badan, perbanyakkanlah amalan kerana hanya amalan sahaja yang menentukan untung rugi kita di akhirat kelak.

45


46 RENUNGAN

Allah SWT mengadakan kembali kehidupan iaitu hari pembalasan. Setelah semua makhluk di matikan pada hari kiamat, maka Allah SWT akan menghidupkan kembali seperti dalam Firman-Nya yang bermaksud: “Dan Dia lah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur”. (Al-Hajj 22:66) “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Al-Baqarah 2:156) Kehidupan kembali di hari kiamat adalah untuk perhitungan siapakah yang paling baik amalannya. Pada saat ini terdapat tujuh golongan dalam perlindungan Arasy Allah SWT iaitu: 1. Pemimpin yang adil. 2.

Pemuda yang rajin dalam beribadah kepada Allah SWT.

3.

Seorang yang hatinya bergantung ke masjid.

4.

Dua orang yang saling mencintai kerana Allah SWT, berkumpul dan berpisah kerana Allah SWT.

5.

Seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang perempuan kaya dan cantik tetapi ia menolak dan berkata, “aku takut pada Allah.”

6.

Seseorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kiri tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan.

7.

Seseorang yang berzikir kepada Allah SWT dalam kesunyian sehingga menitiskan air mata.

Allah SWT mengadakan penilaian amalan kepada manusia. Oleh disebabkan penilaian terhadap amalan itu akan dibuat, maka seharusnyalah kita sebagai manusia perlu sentiasa bertaubat dan bermuhasabah diri. Muhasabah diri memerlukan kemahiran dan kemampuan seseorang untuk melihat kelemahan diri. Sekiranya tiada kemahiran ini, maka manusia tidak akan rasa berdosa dan tidak mungkin pula seseorang itu ingin bertaubat. Hal ini kerana setiap amalan kita akan dihitung oleh Allah SWT seperti dalam maksud ayat di bawah: “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Az-Zalzalah 99:7-8) Kesimpulan Allah al-Baari ialah Allah Yang Maha Mengadakan dan Allah SWT juga mampu untuk mentiadakan sesuatu benda itu. Zikir al-Baari untuk bantu kita agar sentiasa memanfaatkan masa yang ada dengan amalan-amalan yang soleh. Doa dan mohonlah keberkatan pada masa, agar masa yang diberi walaupun sedikit dapat memberi kualiti seperti mana pada tokoh-tokoh ilmuan Islam contohnya Ibnu Sina. Walaupun beliau tidak ditakdirkan panjang umurnya, tetapi ilmunya memberi banyak kebaikan sehingga ke hari ini. Jadikanlah dunia sebagai ladang berbuat amalan dan tidak memperbesarkan perkara yang tidak mendatangkan manfaat untuk kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat kelak.


INFOKUS Disember 2023

Kaunseling Penyalahgunaan Bahan Pengarang: Mohd Radhi Abu Shahim Fazliyaton Ramley Mohd Faizal A Wahab ISBN : 978-629-7625-07-2 2023

Modern Trends and Challenges in Research of Marine Biodiversity Resources Penyunting: Siti Azizah Mohd Nor Tengku Sifzizul Tengku Muhammad Thirukanthan Chandra Segaran ISBN : 978-629-7625-08-9 2023

The Indo-Malayan Stingless Bees of Sekayu: Morphology, Systematic and Biology Pengarang: Zubaidah Abu Hassan Shamsul Bahri Abd Razak Junedah Sanusi ISBN: 978-629-7625-12-6 eISBN: 978-629-7625-13-3

Membingkas Prakarsa ke Arah Pemerkasaan Mahasiswa Pengarang: Mohd Izani Mohd Zain ISBN: 978-629-7625-06-5 2023

Bibi the Blue Whale Penyunting: Nor Mazlina Abu Bakar Nur Salina Ismail Azza Jauhar Ahmad Tajudin Tengku Fara Kamilia Tengku Mohd Kamil ISBN: 978-629-7625-03-4 2023

Modul Keusahawanan, Personaliti dan Kerjaya Penyunting: Noorhaslinda Kulub Abd Rashid Nor Ermawati Hussain Zuhda Husain Jasmi Abu Talib Zaleha Mohamad Azlina Abd Aziz ISBN: 978-629-7625-09-6

2023

2023

Biologi dan Kultur Udang Galah

Navigating the Blue Frontier: Emerging Research and Therapeutics in Biotechnology

Penyunting: Abol Munafi Ambok Bolong Sairatul Dahlianis Ishak Hidayah Manan Suhairi Mazelan Amyra Suryatie Kamaruzzan ISBN: 978-629-7625-16-4 eISBN: 978-629-7625-17-1 2023

Penyunting: Nor Afiqah-Aleng Yeong Yik Sung Yosie Andriani eISBN: 978-629-7625-10-2 2023

47



Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.