INFOKUS UMT Disember 2021

Page 1

DISEMBER 2021

Bil. 77

www.umt.edu.my

Wawancara bersama Naib Canselor UMT Profesor Dr. Mazlan Abd Ghaffar YAM Tengku Puteri Utama Raja Cemar Duli Kunjungi Pulau Bidong UMT di Landasan Tepat Wujudkan Produk Pelancongan Baharu


Terkini di pasaran

RM86.00 RM69.00

UMT Prihatin: Mengharungi Cabaran Pandemik COVID-19 (18 Mac-31 Mei 2020) Pengarang: Hafiz Zakariya ISBN: eISBN:

978-967-2939-79-5 978-967-2939- 80-1

Tahun: 2021

RM92.00 RM74.00

Perjuangan Yang Belum Selesai: Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMT Mendepani Cabaran COVID-19 (1 Ogos 2020-30 Jun 2021) Pengarang: Hafiz Zakariya ISBN: eISBN:

978-967-2939-81-8 978-967-2939- 82-5

Tahun: 2021

Malaysian Inland Ports – A Blueprint for Dyadic Collaboration between Seaports and Inland Ports Editors: Jagan Jeevan Mohamad Rosni Othman ISBN: eISBN:

978-967-2939-76-4 978-967-2939-77-1

Tahun: 2021

RM64.00 RM52.00


Sidang Redaksi

Kandungan

Pereka Grafik

4 8 10 12 14 16 20 24 26 27 28 30 32 34 36 38

Pembaca Pruf

40

Penaung

YBhg. Prof. Dr. Mazlan Abd Ghaffar

Penasihat

Prof. Madya Dr. Che Hasniza Che Noh

Ketua Pengarang

Mohd Afifullah Ahmad

Penolong Editor

Muhammad Mustaqim Roslan

Mohd Fadli Abdullah

Azeeha Ibrahim

Wawancara bersama Naib Canselor UMT Profesor Dr. Mazlan Abd Ghaffar YAM Tengku Puteri Utama Raja Cemar Duli Kunjungi Stesen Penyelidikan Alami Marin Pulau Bidong Menteri Pengajian Tinggi Lancar 3 Buku Baharu UMT UMT di Landasan Tepat Wujudkan Produk Pelancongan Baharu

PERENTAS Julang Bakat Pentadbir UMT Hatcheri Belangkas UMT Destinasi Ekopelancongan Baharu di Terengganu

Silent Planters Jana Ekonomi Buat Golongan OKU Pendengaran UMT & Trash Hero Jalin Kerjasama Didik Masyarakat Bijak Guna Plastik FTKKI Meterai Kerjasama dengan Politeknik Sultan Idris Shah Kursus CESSWI Tingkat Kebolehpasaran Graduan Teknologi Alam Sekitar

Virtual Summer School Terap Teori Matematik dalam Warisan dan Budaya Pemindahan Ilmu FTKKI Bantu Guru Prasekolah Kuasai Teknologi Digital FPEPS Pupuk Kesedaran Lindungi Hak Pengguna Produk Kecantikan FSSM dan Alam Flora Didik Kesedaran Pencemaran Beg Plastik Main Matik Satu Pendekatan Alternatif Mempelajari Matematik Tambahan “Bersama Cakna Ancaman Siber” Kolaborasi FTKKI dan CyberSecurity Malaysia Semai Kesedaran Keselamatan Siber Renungan Solusi Kehidupan dengan Terapi Zikir Asma'ul Husna al-Quran (Siri 6)

Jurufoto

Kru Media Kreatif

Hak Cipta Terpelihara © 2021. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.


4

FOKUS

Wawancara bersama

Naib Canselor UMT

Profesor Dr. Mazlan Abd Ghaffar Oleh:

Mohd Afifullah Ahmad Norul Aina Amirah Ab Rahman Penerbit UMT | Pejabat Naib Canselor


Infokus InfokusSeptember Disember 2021

2

Ogos 2021 menjadi tarikh keramat buat Prof. Dr. Mazlan Abd Ghaffar apabila dilantik sebagai Naib Canselor UMT yang baharu. Anak jati Terengganu ini berkelayakan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Perikanan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Sarjana Sains (Pesisir Topikal) daripada University of Newcastle, United Kingdom dan Ijazah Doktor Falsafah (Biologi dan Ekofisiologi Persekitaran Ikan) daripada University of Wales, United Kingdom. Pelantikan Prof. Dr. Mazlan adalah selari dengan visi UMT untuk menjadi universiti berfokus marin terunggul dalam negara dan disegani di peringkat global. Beliau yang sebelum ini memegang portfolio Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi turut menganggotai beberapa pertubuhan antarabangsa seperti Ichthyological Society of Japan, Marine Biology Association of United Kingdom, Asean Fisheries Society dan Taiwan Oceanography Society. Berikut merupakan wawancara khas INFOKUS UMT bersama Prof. Dr. Mazlan Abd Ghaffar sempena pelantikan beliau sebagai Naib Canselor UMT yang kelima.

5


6

FOKUS

INFOKUS UMT: Apakah reaksi Prof. sebaik sahaja mendapat berita mengenai pelantikan sebagai Naib Canselor UMT yang baharu? Prof. Dr. Mazlan: Saya menganggap pelantikan ke jawatan Naib Canselor UMT ini sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang amat besar yang harus dipikul, demi agama, bangsa dan negara. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad atas kepercayaan yang diberikan kepada saya melalui pelantikan ini. Penghargaan juga harus saya berikan kepada Mantan Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar atas jasa beliau menerajui UMT selama enam tahun sejak 2015. Segala jasa dan bakti YBhg. Prof. Dato’ sebagai Naib Canselor akan pastinya dikenang oleh semua Warga UMT termasuk saya sendiri yang ketika itu menjadi Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi bermula 2016.

INFOKUS UMT: Apakah hala tuju yang akan dibawa dalam mengemudi UMT yang akan dilaksanakan sebagai Naib Canselor UMT? Prof. Dr. Mazlan: Pertamanya, setinggi penghargaan ingin saya berikan kepada kesemua Warga UMT Cemerlang atas segala sumbangan, jasa dan bakti yang diberikan sejak dahulu lagi dalam usaha meningkatkan keterlihatan UMT sebagai universiti terunggul dalam bidang ilmu kelautan dan sumber akuatik. Dalam usia 20 tahun penubuhan UMT dan dalam keadaan dunia penuh cabaran mendepani wabak COVID-19, UMT telah berjaya meningkatkan kedudukannya sebagai sebuah universiti tersohor di peringkat dalam dan luar negara.

UMT mendapat pengiktirafan The World University Rankings dan QS Top University Rankings 2020 dalam kelompok 200 universiti terbaik Asia dan ini telah membuktikan UMT berada pada landasan kukuh untuk bersaing dengan universiti terkemuka lain. Penarafan ini telah memberi impak yang signifikan untuk keterlihatan global universiti serta bakal menjadikan UMT sebagai “3R and 1D University” (Respected, Referred, Relevant, Distinctive) sekali gus meningkatkan kemasukan pelajar antarabangsa termasuk kerjasama akademik dan penyelidikan bersama universiti tersohor dunia. Kejayaan ini tidak lain tidak bukan, hasil penat lelah kesemua Warga UMT Cemerlang yang sama-sama berganding bahu dalam usaha melonjakkan dan memperkasa lagi citra UMT, bagi memastikan UMT terus unggul dalam arena pendidikan dan penyelidikan, lantas menyumbang kepada komuniti serta negara secara langsung mahupun tidak langsung. Universiti boleh berkembang luas dengan warganya yang berfikiran global dan inovatif serta mampu bertindak secara glokal. Justeru, aspirasi ini ingin saya bawa dan kembangkan di UMT agar ia menjadi university berfokus dalam bidang sains marin dengan kepelbagaian ilmu, penyelidikan, idea baharu serta kualiti pendigitalan pendidikan untuk mahasiswa dapat diterokai, yang bukan sahaja menjadi rujukan di persada antarabangsa malah membawa manfaat kepada komuniti tempatan terutamanya ketika situasi negara mendepani cabaran pandemik COVID-19 ini.


Infokus Disember 2021 ENAM VISI UTAMA NAIB CANSELOR UMT:

EMPAT MISI UTAMA NAIB CANSELOR UMT:

1. Meneraju UMT sebagai universiti berfokus (Malaysia Focus University – MFUN) yang cemerlang dalam nic utama sains marin.

1. Perancangan tiga tahun pelan strategik UMT yang selari dengan keperluan dan sasaran pihak Kementerian, Kerajaan, akademik universiti, industri, komuniti serta persekitaran.

2. Pembudayaan pemikiran global dan inovatif bagi pembangunan penyelidikan dalam kalangan warga UMT bagi pencapaian penarafan MYRA 6 bintang. 3. Pemantapan inisiatif ke arah pemerkasaan pendigitalan pendidikan dan pemeliharaan kebajikan serta keselamatan mahasiswa terutamanya ketika tempoh pandemik COVID-19. 4. Pengukuhan dan pembangunan program akademik untuk mahasiswa yang bersesuaian dan memenuhi kehendak pasaran global serta lokal selain Pengukuhan dan pembangunan kebajikan hal ehwal pelajar melalui penambahbaikan fasiliti termasuk kolej kediaman serta persekitaran pembelajaran yang kondusif. 5. Pengukuhan jaringan kerjasama strategik penyelidikan dan akademik di dalam serta luar negara. 6. Pemerkasaan program pemindahan ilmu hasil dapatan kajian universiti demi manfaat komuniti.

2. Mengembangkan keterlibatan dan penumpuan 11 “focus area” universiti merangkumi kerjasama dan jaringan, komuniti, pembangunan kapasiti, keupayaan dan kebolehan mahasiswa, kualiti program akademik, pengiktirafan universiti, perkhidmatan, kelestarian kewangan, fasiliti universiti, pendigitalan, industri – universiti dan keusahawanan. 3. Mengenal pasti dan memperkasa fungsi tiga pemboleh ubah utama universiti dari segi bakat, sumber serta governans. 4. Memperkenalkan pelbagai inisiatif “by design” dan dapat dilaksanakan dalam tempoh perancangan pelan strategik terbabit.

INFOKUS UMT: Apakah pesanan dan harapan Prof. terhadap seluruh warga UMT? Prof. Dr. Mazlan: Kita tidak boleh cepat berpuas hati dengan pencapaian yang ada, sebaliknya terus berusaha bagi mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa yang akan datang. Semoga seluruh Warga UMT Cemerlang akan terus komited, berdedikasi dan tekun agar universiti kita terus kompetitif menyumbang ke arah pembangunan anak bangsa melalui penyampaian pendidikan yang berkualiti serta membolehkan UMT mencipta kejayaan demi kejayaan setaraf universiti tersohor dunia yang lain, insya-Allah.

7


8

FOKUS

YAM Tengku Puteri Utama Raja

Cemar Duli Kunjungi Stesen Penyelidikan Alami Marin Pulau Bidong oleh:

Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman Pusat Perkhidmatan Penyelidikan & Lapangan

P

emuliharaan alam sekitar dan warisan budaya merupakan antara faktor penting dalam usaha negara di seluruh dunia untuk memelihara khazanah dan keindahan estetika marin sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

inisiatif pemuliharaan alam sekitar termasuklah di Stesen Penyelidikan Alami Marin UMT di Pulau Bidong. Stesen tersebut yang merupakan makmal semula jadi kepada penyelidik dan pelajar UMT turut menjadi tumpuan dari pihak luar kerana menawarkan pakej pelesenan selam skuba.

Justeru, sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2021, UMT turut menyokong

UMT amat berbesar hati atas kesudian Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja,


Infokus Disember 2021

9

1

2

3 Tengku Nadhirah Zahrah binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli berkunjung ke Stesen Penyelidikan Alami Marin UMT di Pulau Bidong pada 22 dan 23 Oktober 2021 bagi meraikan sambutan tersebut. Menurut Profesor Dr. Mazlan Abd Ghaffar, Naib Canselor UMT, usaha murni Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja akan menjadi inspirasi kepada golongan masyarakat terutama generasi belia untuk terlibat aktif dalam menjayakan aktiviti pemuliharaan alam sekitar. “Taklimat ringkas mengenai sejarah dan latar belakang Pulau Bidong yang pernah menjadi penempatan warga Vietnam sekitar tahun 1978-1991 diberikan sepanjang pendakian bagi melihat kesan peninggalan warga Vietnam pada ketika itu. Pulau yang mempunyai 1001 khazanah tersendiri dan UMT merupakan satu-satunya universiti yang mempunyai stesen penyelidikan seumpama ini,” ujar Mazlan lagi.

Sambutan Hari Alam Sekitar turut diserikan dengan penanaman anak pokok sempena lawatan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja ke Pulau Bidong dan turut dihadiri sekumpulan pelajar dari Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA UMT). Dalam tempoh tersebut, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja turut berkesempatan melakukan selaman skuba di beberapa tempat di perairan Pulau Bidong dan sekitarnya termasuklah Pulau Karah dan Pulau Geluk bagi melihat keindahan terumbu karang dan hidupan marin yang terdapat di sana. Baharim Mustapa, Timbalan Pengarah, Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) yang mengiringi delegasi selaman skuba, berkata Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja turut berkesempatan dibawa melihat artifak di dasar laut yang berusia hampir 600 tahun. Selain itu, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja turut teruja apabila melihat keunikan Tapak Peninggalan Orang Hanyut Vietnam (OHV) yang menempatkan pelbagai monumen seperti kuil, tokong, gereja dan lain-lain lagi.

1.

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja melakukan selam skuba di perairan Pulau Bidong

2.

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja bersama sebahagian pelajar Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA UMT)

3.

Sesi taklimat mengenai sejarah peninggalan orang hanyut Vietnam (OHV) yang ditempatkan di Pulau Bidong satu ketika dahulu


10

FOKUS

Menteri Pengajian Tinggi

Lancar 3 Buku Baharu UMT oleh:

Azeeha Ibrahim Penerbit UMT

M

enteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad telah melancarkan tiga judul baharu yang diterbitkan oleh Penerbit UMT. Majlis pelancaran tersebut berlangsung pada 3 Oktober 2021 bertempat di Auditorium Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS). Naskhah tersebut ialah Universiti Malaysia Terengganu Prihatin: Mengharungi Cabaran Pandemik COVID-19 (18 Mac – 31

Mei 2020), Perjuangan yang Belum Selesai: Bahagian Hal Ehwal Pelajar UMT Mendepani Cabaran COVID-19 (1 Ogos 2020 - 30 Jun 2021) serta Strengthening GovernmentUniversity-Industry and Community Collaboration. Naskhah Universiti Malaysia Terengganu Prihatin: Mengharungi Cabaran Pandemik COVID-19 (18 Mac – 31 Mei 2020) dan Perjuangan yang Belum Selesai: Bahagian


Infokus Disember 2021

Hal Ehwal Pelajar UMT Mendepani Cabaran COVID-19 (1 Ogos 2020- 30 Jun 2021) ialah hasil garapan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Madya Dr. Hafiz Zakariya. Buku-buku ini mendokumentasikan usaha-usaha yang dilakukan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UMT sepanjang mengharungi pandemik COVID-19 ini. Manakala naskhah Strengthening

Government-University-Industry and Community Collaboration pula adalah hasil suntingan oleh Dr. Riswadi Azmi bersama kumpulan penulis yang lain. Majlis pelancaran buku ini merupakan sebahagian daripada atur cara sempena lawatan kerja Menteri Pengajian Tinggi ke UMT di samping majlis Pertukaran Dokumen Memorandum of Understanding (MoU) antara UMT dan Sina Resources Sdn Bhd.

11


12

FOKUS

UMT di Landasan Tepat Wujudkan Produk Pelancongan Baharu oleh:

Mohd Afifullah Ahmad Penerbit UMT

K

eunikan dan keindahan negeri Terengganu sebagai destinasi pelancongan memang tidak dapat disangkal. Gugusan pulau-pulau yang memukau, jajaran pesisir pantai yang begitu indah, warisan budaya yang terpelihara serta makanan yang enak telah menggamit kehadiran pelancong ke negeri ini. UMT pastinya akan sentiasa mendukung usaha untuk memajukan sektor pelancongan

negeri Terengganu khususnya dalam segmen pelancongan marin yang mana masih ada ruang untuk diteroka dan dikomersialkan. Justeru itu, UMT telah menampilkan Dato’ Sri Nancy Haji Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dalam program Sembang Santai yang telah diadakan pada 9 November 2021 di Dewan Sultan Mizan, UMT. Diskusi yang bertajuk “Keunikan Pelancongan Marin di


Infokus Disember 2021 baharu yang boleh dikomersialkan oleh orang tempatan”, ujar Dato’ Sri Nancy. “UMT berada di landasan yang tepat untuk mewujudkan suatu produk pelancongan baharu yang berteraskan selam skuba untuk menarik pelancongpelancong baharu. Kita sedia maklum ramai pelancong yang terlibat dalam selam skuba tetapi itu adalah minat dan bukannya produk pelancongan tetapi kali ini kita cuba untuk kombinasikan antara minat, ilmu pengetahuan dan produk. Ini secara tidak langsung memberi limpahan ekonomi kepada produk-produk hiliran”, kata beliau lagi. Encik Fadli Yusuf Zakaria pula menyatakan pulau dan pantai adalah tarikan utama yang menggamit kehadiran pelancong ke negeri Terengganu. Buktinya kawasan melihat penyu di Pulau Redang semakin hari semakin padat dengan kehadiran pelancong manakala para peminat selam skuba tertunggu-tunggu untuk menyelam dan berenang bersama ikan yu paus di perairan Pulau Tenggol.

Terengganu” ini turut mengenengahkan Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mazlan Abd Ghafar dan Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Encik Fadli Yusuf Zakaria sebagai ahli panel. Dato’ Sri Nancy yang sebelum itu dibawa ke dasar laut Pulau Bidong ternyata teruja dengan keindahan formasi karangan laut serta hidupan akuatik. “Pengalaman tersebut telah memberi ilham kepada pasukan kerja Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk melipatgandakan usaha kerajaan dan pihak swasta untuk memperkasakan segmen edu-tourism. “kita dapat melihat gabungan kepakaran UMT ini dalam biodiversiti marin. Saya juga melihat ini sebagai peluang kepada pemain industri untuk mewujudkan satu produk

Prof. Dr. Mazlan pula berpendapat ilmu yang ada di UMT dapat diterapkan kepada komuniti sama ada kepada sektor industri atau komuniti pesisir pantai dapat diasimilasikan bagi tujuan konservasi dan pengurusan lestari khususnya bagi pembangunan sektor pelancongan. Ini diterjemahkan menerusi kerjasama UMT bersama Yayasan Bank Rakyat dan RHB Bank bagi projek konservasi penyu dan pemuliharaan terumbu karang serta penubuhan Turtle Lab SEATRU di The Taaras Beach & Spa Resort, Pulau Redang. Penganjuran Sembang Santai “Keunikan Pelancongan Marin di Terengganu” ini turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Amazing Terengganu serta Beautiful Terengganu dan turut disiarkan secara langsung di platform media sosial.

13


14

FOKUS

PERENTAS

Julang Bakat Pentadbir UMT oleh: Tengku Nuriah Tengku Abdul Rahman Pusat Perkhidmatan Penyelidikan & Lapangan

"

Employees come number one, customers come number two. If you have a happy workforce, they’ll look after your customers anyway", itulah antara petikan kata-kata inspirasi oleh Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, syarikat penerbangan tambang murah yang terkenal dengan slogan Everyone Can Fly.

Staf merupakan aset berharga bagi sesebuah organisasi. Tanpa staf, bagaimana operasi dan perkhidmatan dapat memenuhi permintaan pelanggan serta visi dan misi organisasi. Majlis Anugerah Pentadbir UMT Tahun 2021 telah diadakan pada 30 September 2021 secara dalam talian. Penganjuran Anugerah


Infokus Disember 2021

ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam 2021 peringkat UMT untuk memberi penghargaan kepada Pentadbir UMT yang mempunyai bakat dan potensi cemerlang dalam pelbagai bidang. Menurut Wan Mohd Wazir Wan Abdul Wahab, Presiden Persatuan Pentadbir dan Ikhtisas (PERENTAS) UMT berkata, “melalui penanda aras, pencapaian kualiti Pentadbir UMT dapat diukur dan sudah pasti ia menjadi suntikan semangat motivasi untuk mereka lebih berdaya saing dalam kerjaya masingmasing”. Tambah Wazir lagi, terdapat 12 kategori anugerah yang dipertandingkan dan turut menerima lebih 35 penyertaan daripada Pentadbir UMT. Piawaian anugerah adalah mematuhi garis panduan Anugerah Pentadbir

Universiti Awam peringkat kebangsaan yang ditetapkan dengan penilaian secara teliti oleh panel universiti awam yang diketuai oleh Azri Hohad, Timbalan Presiden Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) yang juga merangkap Presiden Persatuan Pentadbir Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Menurut salah seorang pemenang yang mengungguli anugerah Tokoh Pentadbir UMT, Ustazah Faizah Ismail, anugerah yang ditawarkan oleh PERENTAS UMT ini menjadi titik permulaan untuk pentadbir menyahut cabaran dan mempamerkan hasil kreativiti serta kemahiran yang ada pada diri mereka. Dengan penilaian sistem yang mantap, pentadbir akan berusaha untuk memenuhi indikator pemilihan.

15


16

SOROTAN PERISTIWA

Hatcheri Belangkas UMT 1

Destinasi Ekopelancongan Baharu di Terengganu oleh:

Faridah Mohamad & Anis Syahira Abdul Halim Kumpulan Penyelidikan Belangkas UMT (HCRG), Institut Bioteknologi Marin Fakulti Sains dan Sekitaran Marin

J

ika Rantau Abang terkenal dengan penyu, Kuala Kemaman pula bakal terkenal dengan belangkas. Usaha Kumpulan Penyelidikan Belangkas (HCRG UMT), Institut Bioteknologi Marin mensasarkan aktiviti penyelidikan dan pemuliharaan belangkas di Hatcheri Belangkas UMT Kuala Kemaman (HBUKK) dijangka mampu menjadi daya tarikan pelancong di Terengganu. Melihat kepada potensi sebagai destinasi pelancongan baharu, HBUKK telah menerima kunjungan daripada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan Majlis Daerah Kemaman pada 25 September 2021. Turut bersama-sama dalam kunjungan tersebut ialah krew sebuah program televisyen yang bakal mempromosikan destinasi pelancongan menarik yang boleh

dilawati di Kuala Kemaman. HBUKK juga bakal dikenali di seluruh Malaysia sebagai sebuah pusat konservasi belangkas pertama di Terengganu. HBUKK yang siap dibina pada tahun 2019 di bawah peruntukan Projek Penyelidikan Translasional, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia telah dirasmikan oleh mantan Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar pada 20 Jun 2020 sempena sambutan Hari Belangkas Sedunia. Tarikh ini merupakan titik permulaan HCRG dalam menjadikan HBUKK sebagai pusat penyelidikan dan ekopelancongan mengenai belangkas yang dibantu oleh komuniti setempat seiring dengan konsep pelancongan berasaskan komuniti (CBT). Hatcheri ini juga dilengkapi dengan pelbagai


Infokus Disember 2021

17

2

3

1.

HBUKK mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Mac 2021

2.

Wakil komuniti setempat, En. Zainudin Saleh dan Pengerusi Koperasi Nelayan Kuala Kemaman Berhad, Haji Saad@Puteh bersama Dr. Kalsitinoor Set sedang ditemuramah

3.

Demonstrasi mencari telur belangkas oleh sekumpulan pelajar Latihan Industri HBUKK


18

SOROTAN PERISTIWA

4

fasiliti yang menyokong aktiviti penyelidikan berkaitan belangkas selain dari tempatnya yang mesra pengunjung. Lokasi HBUKK amat strategik kerana kedudukannya yang terletak di pinggir pantai menghadap Laut China Selatan berhadapan muka kuala Sungai Geliga. Pelbagai aktiviti perikanan dan juga pasar ikan segar berhampiran jeti LKIM Kuala Kemaman menyediakan pelancong dengan aktiviti seharian warga nelayan di sini.

Kawasan peranginan Telaga Simpul pula terletak berhadapan dengan HBUKK di seberang sungai dengan beberapa kawasan perairannya yang terlindung sesuai sebagai nurseri anak-anak belangkas. Kuala Kemaman adalah antara kawasan di perairan pantai timur Semenanjung Malaysia yang masih mempunyai jumlah bilangan belangkas yang banyak terutamanya belangkas pantai, Tachypleus gigas.


Infokus Disember 2021

19

5 Kini, para penyelidik HCRG di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Faridah Mohamad daripada Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, giat menjalankan penyelidikan di HBUKK bagi mengenal pasti kaedah yang optimum untuk menghasilkan telur dan anak belangkas untuk dilepaskan ke habitat asal yang bersesuaian. Kejayaan penyelidikan ini dapat membantu meningkatkan populasi belangkas di Malaysia amnya dan Kuala Kemaman khususnya. Selain pihak penyelidik, kejayaan usaha pemuliharaan ini amat bergantung kepada kerjasama dari pihak komuniti setempat untuk memastikan usaha ini kekal berterusan. Bagi melestarikan usaha pemuliharaan belangkas di HBUKK yang menjadi habitat semula jadi belangkas, HCRG bercadang untuk melahirkan pemandu pelancong dalam kalangan belia komuniti setempat. Golongan ini akan mengelola aktiviti pemuliharaan belangkas di HBUKK pada masa akan datang sejajar dengan konsep CBT. HBUKK turut menjadi pusat pemindahan ilmu mengenai belangkas di mana segala maklumat serta pemahaman mengenai

4.

HBUKK telah tersenarai dalam senarai tempat menarik di laman Facebook ‘Beautiful Terengganu Malaysia’

5.

Seorang ahli HCRG sedang menunjukkan anak belangkas yang berjaya ditetaskan kepada wakil Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu

6.

Antara anak belangkas yang berjaya ditetaskan di HBUKK

6 haiwan ini akan dikongsi bersama semua lapisan masyarakat terutamanya dalam kalangan generasi muda masa kini. Ilmu ini adalah perlu bagi melahirkan rasa tanggungjawab dan cintakan belangkas seterusnya memastikan kelestarian alam sekitar agar terus terpelihara. Belangkas khazanah kita!


20

1

SOROTAN PERISTIWA

Silent Planters

Jana Ekonomi Buat Golongan OKU Pendengaran oleh:

P

Ts. Dr. Wan Zaliha Wan Sembok, Prof. Madya Dr. Wahizatul Afzan Azmi, Nor Afifah Abd Rahman, Muhammad Firdaus Mohd Hatta Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin

rogram pemindahan ilmu Silent Planters yang telah berlangsung selama setahun bermula 1 Mac 2020 hingga 30 April 2021 telah menjadi titik permulaan bercambahnya minat tani dalam diri Presiden Persatuan Orang Pekak Negeri Terengganu (POPT), Tengku Arman Harris Tengku Ismail, dan juga ahli-ahli POPT yang lain. POPT merupakan sebuah organisasi bantu diri peringkat negeri yang dikawal selia oleh golongan istimewa ini sendiri dan telah ditubuhkan pada 26 Julai 2000 serta berdaftar dengan Pejabat Pendaftar

Pertubuhan (ROS). Pertubuhan ini beroperasi di Pusat Persatuan Orang Pekak Terengganu, Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Selama 21 tahun pengalaman menjadi Presiden, Silent Planters merupakan program pemindahan ilmu pertanian yang pertama diikuti oleh beliau dan juga ahli yang lain. Selain memegang tanggungjawab sebagai Presiden POPT, Tengku Arman Harris adalah usahawan batik yang memiliki butik batik yang dikenali sebagai Arman Batik dan juga butik tudung yang beroperasi di Selangor. Namun, minat terhadap aktiviti pertanian semakin menebal dalam diri beliau,


Infokus Disember 2021

2

21

3 mendorong beliau berusaha untuk menarik minat ahli-ahli POPT yang lain untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian bagi menaik taraf kehidupan mereka.

sebanyak dapat membantu mengurangkan perbelanjaan untuk membeli sayur-sayuran di samping dapat menyihatkan badan serta memenuhi masa senggang beliau.

Selama setahun program Silent Planters berjalan, beliau dan ahli-ahli POPT yang lain telah didedahkan dengan teknik penanaman secara fertigasi bagi pelbagai jenis tanaman termasuklah Melon Manis Terengganu (MMT), tomato ceri, sawi, lobak putih, cili besar, cili kecil dan timun batang. Bagi tanaman MMT, Tengku Arman Harris dan ahli POPT yang lain telah berjaya menuai hasil sebanyak dua musim sepanjang program dijalankan dengan memperoleh keuntungan melebihi RM1500 daripada 200 hingga 300 pokok.

Selain itu, aktiviti program fertigasi di pusat POPT juga diusahakan kembali setelah negeri Terengganu memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara bagi menangani COVID-19. Sebanyak 250 pokok tanaman bendi dan 200 pokok timun batang akan ditanam dan dijangka hasil tuaian akan diperoleh sekitar bulan Februari hingga Mac 2022. Kini, penanaman bendi dan timun batang yang dijalankan oleh mereka adalah pada peringkat semaian.

Kini, Tengku Arman Harris telah mula berjinak-jinak dengan menanam pelbagai jenis tanaman pula di sekitar kediamannya. Antara tanaman yang ditanam di laman kebun bandarnya adalah bendi, cili, timun batang dan melon. Aktiviti tani ini sedikit

Tengku Arman Harris juga mengambil langkah proaktif menerusi inisiatif dalam menanam minat tani kepada ahli-ahlinya dengan membuat permohonan Projek Pertanian Bandar 2021 (PENJANA) kepada Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dan telah menerima satu set Hygropot Linkage Technique Model R123. Dengan adanya

1.

Tanaman timun batang di laman rumah Presiden POPT, Tengku Arman Harris Tengku Ismail

2.

Hasil kebun oleh Tengku Arman Harris

3.

Tanaman melon


22

SOROTAN PERISTIWA

4

4.

Tanaman bendi yang berusia 50 hari selepas dialihkan ke dalam polibeg

5.

Tengku Arman Harris (empat dari kiri) dan ahli POPT serta Ts. Dr. Wan Zaliha (berbaju merah) bergambar di lokasi penanaman bendi dan timun batang yang akan diusahakan

5


Infokus Disember 2021

6

23

7

9 8 set tanaman Model R123 ini pastinya akan menambah keceriaan pusat operasi POPT dan juga meningkatkan pendapatan sampingan selain mengeratkan lagi silaturahim antara ahli.

program ini amat realistik dalam membantu melestarikan sumber makanan ketika negara sedang berusaha melawan pandemik COVID-19 yang sedang melanda seantero dunia.

Secara holistik, program pemindahan ilmu Silent Planters yang diketuai oleh Ts. Dr. Wan Zaliha Wan Sembok bersama ahlinya iaitu Prof. Madya Dr. Wahizatul Afzan Azmi, Nor Afifah Abd Rahman dan Muhammad Firdaus Mohd Hatta dilihat mampu menjadi pemangkin ke arah pembangunan sahsiah dan ekonomi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran dan juga membuka mata masyarakat umum bahawa mereka juga mampu bersaing dengan orang normal yang lain khususnya dalam bidang pertanian.

Tengku Arman Harris juga berharap agar ahli-ahli POPT dapat diberikan peluang yang lebih besar untuk berkecimpung dalam bidang pertanian ini dengan menyediakan satu lokasi khas untuk mereka mengusahakan projek pertanian serta peluang untuk memperoleh dana berkaitan pertanian dan sebagainya.

Modal permulaan sebanyak RM8000.00 yang diperoleh melalui dana Asimilasi Pengetahuan dan Teknologi (KTAGS2020) dari Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri, UMT ini mampu memberi impak positif kepada OKU pendengaran. Selain itu,

Kini, POPT sekadar menumpang di tanah milik kerajaan yang bakal diambil bagi memberi laluan kepada pembangunan pada bila-bila masa. Selain itu, beliau amat mengalu-alukan program pemindahan ilmu daripada para pensyarah UMT untuk membantu pengembangan ekonomi ahli POPT seramai 560 orang di seluruh negeri Terengganu.

6.

Pembersihan dan penyediaan Kawasan oleh Puan Zawiyah dan Encik Mohd Noor

7.

Menggaul plant booster bagi menggalakkan pertumbuhan pokok

8.

Tengku Arman Harris dan ahli POPT serta sukarelawan, Nur Fajrina Izni sedang mengisi media cocopeat ke dalam polibeg

9.

Tengku Arman Harris bersama Hygropot Linkage Technique Model R123 yang diterima dari Jabatan Pertanian Negeri Terengganu


24

SOROTAN PERISTIWA

UMT & Trash Hero Jalin Kerjasama

Didik Masyarakat Bijak Guna Plastik

D

oleh: Dr. Izyan Munirah Mohd Zaideen Fakulti Pengajian Maritim

ewasa ini, penggunaan plastik telah menjadi sebahagian dari kehidupan seharian manusia. Menurut laporan daripada World Wide Fund for Nature (WWF), Malaysia menduduki tempat kedua di Asia untuk penggunaan plastik dengan berat 16.78 kg per kapita, melebihi penggunaan daripada negara-negara yang lebih besar seperti China, Indonesia, Filipina, Thailand, dan Vietnam.

Namun begitu, penggunaan secara berlebihan terutamanya daripada aktiviti sosioekonomi manusia telah mengakibatkan lambakan sisa buangan plastik di tapak pelupusan. Amalan pengurusan dan pelupusan sampah plastik yang tidak sistematik telah menyebabkan kehadiran plastik di lautan sehingga Malaysia disenaraikan di antara negara di dunia yang menyumbang kepada sumber plastik yang besar di lautan.


Infokus Disember 2021

Hal ini bukan sahaja mencetuskan kesan yang buruk terhadap alam sekitar dan juga kesihatan dan kesejahteraan manusia dan hidupan laut, malah turut menjejaskan imej Malaysia di mata dunia. Isu global ini telah mendapat perhatian UMT dan badan bukan kerajaan (NGO) Trash Hero Malaysia bagi menyokong usaha kerajaan dalam mengimbangi pertumbuhan ekonomi dengan perlindungan alam sekitar selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Tahap kesedaran dan amalan menangani pencemaran plastik dalam persekitaran marin juga dinilai melalui soal selidik separa berstruktur.

Justeru, satu program kesedaran tentang kesan buruk penggunaan plastik sekali guna dalam kehidupan seharian telah dianjurkan oleh Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri di bawah dana Knowledge and Technology Assimilation Grant Scheme (KTAGS). Seramai enam orang penyelidik dari UMT dan 4 Chapter Leaders dari Trash Hero telah menggalas tanggungjawab sosial dalam mendidik masyarakat setempat melalui program bersiri ini.

Justeru, semua pihak terutamanya sekolah dan universiti disarankan mengadakan kempen menghindari penggunaan plastik sekali guna sebagai cara paling berkesan untuk melaksanakan perubahan. Program kitar semula bagi mengurus sisa buangan perlu dilaksanakan kerana pencemaran plastik di lautan adalah masalah global yang perlu ditangani secara lestari. Selain itu, beralih ke produk mesra alam sebagai alternatif kepada plastik juga dapat meminimumkan cabaran dan ancaman kepada hidupan marin.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 210 peserta terdiri daripada orang awam, pelajar sekolah dan universiti. Norma baharu di musim pandemik menyaksikan pemindahan ilmu dilaksanakan secara jarak jauh. Penggunaan teknologi dan aplikasi dalam talian ternyata telah membudayakan pendidikan norma baharu seterusnya menyumbang kepada kejayaan program ini. Program ini telah menjadi medium pemindahan ilmu untuk dimanfaatkan bersama seiring dengan sasaran peningkatan mutu pendidikan dalam usaha melestarikan alam sekitar marin.

Dapatan kajian melalui tinjauan yang dilakukan semasa program menunjukkan bahawa sebahagian besar peserta menyedari akan kesan buruk plastik terhadap persekitaran marin namun tidak mempraktik amalan dari segi penggunaan plastik secara berleluasa, pengurusan dan pelupusan produk plastik.

Program jalinan kerjasama ini dilihat sebagai langkah yang baik kerana melalui pelaksanaan program berbentuk pendidikan ini diyakini dapat membantu pemikiran dan tindakan seseorang. Ramai percaya sekolah dan institusi pengajian tinggi adalah platform yang yang paling sesuai untuk mendidik serta membentuk amalan generasi muda agar lebih prihatin terhadap kebersihan alam sekitar. Usaha ini diyakini mampu menjadi transformasi sikap masyarakat kearah insan yang prihatin dan beretika terhadap alam sekitar.

25


26

SOROTAN PERISTIWA

FTKKI Meterai Kerjasama Dengan Politeknik Sultan Idris Shah oleh: Dr. Aliashim Albani Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik

1

2

F

akulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI), UMT dan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menandatangani Sijil Kolaboratif Strategik yang memfokuskan kepada bidang teknologi dan kejuruteraan alam sekitar. Sesi tandatangan ini telah diadakan secara dalam talian yang dianjurkan oleh pihak PSIS dan melibatkan sebanyak 15 kolaboratif baharu PSIS bagi tahun 2021.

1.

Sesi tandatangan sijil kolaboratif strategik antara Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik dan Politeknik Sultan Idris Shah.

2.

Politeknik Sultan Idris Shah bersama beberapa rakan kolaboratif

Antara inti pati kerjasama strategik di antara FTKKI UMT dan PSIS adalah perkongsian pengetahuan dan melibatkan diri dalam aktiviti kolaboratif, melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR), penyelidikan, penerbitan dan perundingan dalam bidang teknologi dan Kejuruteraan Alam Sekitar. Di samping itu, pihak FTKKI UMT juga bersedia menyediakan khidmat nasihat

bagi pembangunan kurikulum bidang Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar di PSIS, menyediakan peluang pembangunan bakat bagi staf PSIS untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah di FTKKI serta aktiviti perkongsian atau pemindahan ilmu dalam bidang teknologi dan kejuruteraan alam sekitar. Menurut Dekn FTKKI, Prof. Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali, kerjasama Strategik antara PSIS dan FTKKI ini diharap mampu memantapkan lagi perkembangan penyelidikan dan pengajaran dalam bidang tujahan kedua-dua institusi pengajian tinggi. Turut hadir semasa sesi tandatangan adalah Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi serta wakil-wakil industri.


Kursus CESSWI

Infokus Disember 2021

Tingkat Kebolehpasaran Graduan Teknologi Alam Sekitar oleh: Dr. Aliashim Albani Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik

Dato’ Shaharuddin Abu Sohot

F

seramai 20 orang graduan terpilih yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) dengan Kepujian.

Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada graduan mengenai kepentingan memiliki sijil profesional bagi meningkatkan tahap kompetensi dan kebolehpasaran graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) dengan Kepujian.

Majlis penutup kursus ini telah diadakan secara dalam talian dan dirasmikan oleh Dato’ Shaharuddin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pengajian Tinggi.

akulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI) dengan kerjasama Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC) dan JDH Resources Sdn. Bhd. telah menganjurkan Kursus Certified Erosion, Sediment, & Storm Water Inspectors (CESSWI) in Training pada 1 hingga 5 Oktober 2021.

Selain daripada itu, penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran graduan yang khusus sebagai pemeriksa kompeten bagi risiko hakisan dan sedimen pada sesebuah projek pembangunan. Program ini telah disertai

Dalam kursus ini, selain daripada modul CESSWI, pelajar juga diberikan modul tambahan iaitu ISO 14001:2015 Awareness bagi menambah nilai kemahiran para graduan terutamanya dalam bidang pengurusan alam sekitar.

Menurut Dato’ Shaharuddin, pelaksanaan program ni diharap mampu melahirkan graduan yang memiliki kompetensi profesional yang bukan sahaja mampu bersaing dalam pasaran kerja tempatan, tetapi juga mampu bersaing di pasaran kerja antarabangsa.

27


28

SOROTAN PERISTIWA

Virtual Summer School Terap Teori Matematik dalam Warisan dan Budaya oleh:

Dr. Nur Baini Ismail & Dr. Maharani Abu Bakar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik

W

alaupun masih lagi dibelenggu pandemik COVID-19, ia tidak menghalang penganjuran program mobiliti tahunan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI) iaitu Virtual Summer School (VSS) dengan tema “Digitalized Heritage and Culture”. Program VSS telah berlangsung selama lapan hari bermula 8 Ogos hingga 15 Ogos 2021 dengan penyertaan daripada 55 orang peserta dari tiga universiti Indonesia iaitu Universitas IPB, Institut Teknologi Sepuluh November, Universitas Ahmad Dahlan serta Christ University (India), dan Abdul Wali Khan University (Pakistan). Kali ini program VSS dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian menggunakan aplikasi Webex, Telegram dan Google Meet. Sedikit pengubahsuaian terpaksa dilakukan dalam pelaksanaan

1

program, namun ia masih lagi mengekalkan format seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu penerapan elemen komputer dan matematik dalam tugasan yang diberikan. Tugasan berkumpulan untuk VSS kali ini terbahagi kepada lapan projek utama iaitu seni bina masjid, permainan gasing, pembuatan batik, seni bina Taman Tamadun Islam, pembuatan keropok lekor, seni bina “Drawbridge”, keunikan Pasar Payang dan pembinaan bot tradisional Terengganu. Para peserta dibawa menjelajah dan menghayati keunikan warisan dan budaya negeri Terengganu melalui tayangan video. Menerusi lawatan secara maya ke tempattempat tarikan utama negeri Terengganu, para peserta perlu menghasilkan video berkaitan warisan dan budaya Terengganu. Video yang dihasilkan juga perlu mempunyai fungsi realiti terimbuh


Infokus Disember 2021

29

2

3

4

5

(augmented reality) dan mengaitkan teori matematik seperti bentuk geometri, pemodelan matematik, pemodelan statistik dan penggunaan matematik dalam ekonomi dan perniagaan. Ramai peserta menzahirkan rasa bertuah dan gembira kerana dapat mengikuti program VSS pada tahun ini. Mereka seronok dapat

mempelajari warisan dan budaya negeri Terengganu, menimba ilmu baharu dalam penghasilan video serta mengaplikasikan teori matematik dalam video yang dihasilkan. Dalam masa yang sama, dapat berkenalan dengan tenaga pengajar serta rakan sebaya dari UMT. Para peserta juga berasa teruja untuk berkunjung ke Terengganu apabila pandemik COVID-19 berakhir kelak.

1.

Sesi suai kenal antara peserta VSS menggunakan aplikasi Padlet

2.

Sesi perasmian oleh Dekan FTKKI, Prof. Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali

3.

Salah satu pembentangan projek yang mengaitkan unsur ekonomi

4.

Pembentangan projek melibatkan pemodelan matematik dalam geometri Taman Tamadun Islam

5.

Salah satu sesi pembentangan akhir projek batik


30

SOROTAN PERISTIWA

Pemindahan Ilmu FTKKI Bantu Guru Prasekolah Kuasai Teknologi Digital oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Noraida Haji Ali Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik

P

andemik COVID-19 telah memberi kesan kepada pelaksanaan sistem pendidikan negara di mana amalan PdP secara bersemuka perlu dilaksanakan secara dalam yang dikenali sebagai pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Perubahan drastik ini telah memberi cabaran besar bukan sahaja kepada pelajar malah kepada guru yang menuntut

penguasaan kemahiran menggunakan pelbagai alatan digital bagi melancarkan kelangsungan proses PdPR. Justeru itu, satu Siri Pemindahan Ilmu Teknologi Digital bertemakan “PdPR: Sokongan Teknologi Digital” telah diadakan dengan tujuan berkongsi ilmu dan kepakaran pensyarah bidang Sains Komputer di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan


Infokus Disember 2021

Informatik kepada komuniti setempat di Kuala Nerus khususnya guru prasekolah berkaitan teknologi digital dalam menyokong PDPR secara dalam talian. Program ini dapat membantu guru meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi dalam PdPR agar ia seiring dengan perkembangan landskap pendidikan negara masa kini untuk berdepan dengan situasi pandemik COVID-19. Program ini telah diadakan sebanyak empat siri, pada setiap sabtu mulai 18 September sehingga 9 Oktober 2021 bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang, secara dalam talian. Sepanjang program ini berlangsung, ia telah menarik penyertaan daripada 100 orang peserta yang terdiri daripada guru prasekolah. Antara pensyarah yang terlibat dalam menjayakan siri pemindahan ilmu ini adalah Prof. Madya Ts. Dr. Rosmayati Mohemad (Pengarah Program), Prof. Ts. Dr. Noor Maizura Mohammad Noor, Prof. Madya Ts. Dr. Noraida Haji Ali, Dr. Noor Azliza Che Mat, Ts. Dr. Wan Nural Jawahir Wan Yussof, Ts. Dr. Zuriana Abu Bakar, Ts. Dr. Arifah Che Al-Hadi, Dr. Ily

Amalina Ahmad Sabri, Dr. Rosaida Rosly dan Dr. Ashanira Mat Deris. Antara pengisian siri pemindahan ilmu yang telah disampaikan adalah siri motivasi cabaran dan realiti PdPR, aplikasi kuiz dalam talian (Quizziz, Mentimeter, Kahoot, Wordwall, Socrative dan Liveworksheets), aplikasi kandungan dengan animasi, aplikasi pembangunan kandungan dalam bentuk video (Powerpoint, Powertoon, Animaker, Vyond dan Filmora), papan tulis virtual (whiteboard dan Jamboard), aplikasi dinding digital (Padlet) dan aplikasi pengajaran dalam talian (Webex, Google Meet dan Telegram). Perkongsian yang telah diberikan dapat memberi pelbagai manfaat termasuk dapat membina motivasi diri, minat dan keyakinan para guru, meningkatkan kemahiran guru dalam pelbagai pilihan aplikasi digital dan memupuk budaya pemindahan ilmu dalam kalangan pensyarah Sains Komputer kepada masyarakat setempat. Informasi program ini dapat dilayari di pautan https://pdprumt. wixsite.com/home

31


32

SOROTAN PERISTIWA

FPEPS Pupuk Kesedaran Lindungi Hak Pengguna Produk Kecantikan oleh: Dr. Fahirah Syaliza Mokhtar Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial

1

W

anita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Sebilangan besar wanita mengambil risiko untuk kelihatan muda dan cantik dengan menggunakan produk kecantikan yang secara tidak sedar membahayakan mereka. Antara kes yang paling banyak dilaporkan adalah produk kecantikan yang mengandungi bahan toksik dan terlarang yang menjadi bahan campuran bagi memutihkan wajah. Penggunaan bahan-bahan terlarang bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan kulit, malah lebih parah lagi pengguna terdedah untuk mendapat kanser kulit. Sejumlah kajian mendapati bahawa

pengguna sukar untuk mengenal pasti produk kecantikan yang selamat dan berbahaya. Ramai pengguna juga tidak mengetahui hak-hak mereka sebagai pengguna terutama sekali dalam pembelian produk-produk kecantikan lantas menyebabkan pengguna mengalami kerugian kewangan dan menderita kerosakan pada wajah. Untuk itu, program Webinar Produk Kecantikan: Ketahui Hak Anda telah diadakan pada 26 September 2021 bagi memberi pendedahan dan kesedaran berkenaan hak-hak sebagai pengguna khususnya pengguna produk kecantikan. Program yang berlangsung separuh hari


Infokus Disember 2021

2

33

3

ini menekankan tentang peraturan dan perundangan kecantikan perubatan dan produk kosmetik di Malaysia bagi memastikan bukan sahaja perlindungan pengguna yang lebih baik, tetapi juga memberikan keadilan yang sewajarnya. Naib Canselor, Prof. Dr. Mazlan Abd Ghaffar dalam ucapan perasmian berkata, “bagi penghasilan produk kecantikan sudah pasti pematuhan kepada piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa adalah sangat penting. Walaubagaimanapun, Malaysia tidak lekang menyaksikan lambakan produkproduk kecantikan yang tidak memenuhi standard, mengandungi bahan beracun dan berbahaya. Keadaan ini sudah tentu memberi kesan kepada pengguna produk kecantikan tersebut”. Webinar ini turut dimeriahkan dengan perkongsian oleh Dr. Zuha Rusufila yang menjelaskan hak wanita-wanita untuk mendapatkan produk kosmetik yang selamat di sebalik lambakan produk kecantikan yang berbahaya. Disusuli perkongsian oleh Dr. Noor Fadhiha Mokhtar yang menerangkan tentang hak-hak wanita untuk diberi

maklumat kandungan produk kosmetik yang benar dan tepat dan kemudian penerangan tentang hak untuk memilih produk kosmetik atau rawatan yang dibentangkan oleh Dr. Kalsitinoor Set. Program pemindahan ilmu ini diakhiri dengan penerangan oleh Dr. Fahirah Syaliza Mokhtar yang memfokuskan pada penguatkuasaan hak-hak serta hak menuntut pampasan sekiranya berlaku apa-apa kesan sampingan yang serius. Webinar ini telah berjaya mengumpul seramai 110 orang peserta dalam kalangan wanita daripada komuniti mukim Kuala Nerus, Chendering, Kuala Terengganu dan Batu Rakit dan orang awam. Program ini dijayakan menerusi dana geran Knowledge and Technology Assimilation Grant Scheme (KTAGS) yang diketuai oleh Dr. Fahirah Syaliza Mokhtar di samping kolaborasi bersama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) dan Pertubuhan Aspirasi Jaringan Wanita Malaysia (AJWA). Hasil penganjuran program telah memberi manfaat yang besar di mana para peserta dapat mengetahui kedudukan perundangan serta prosedur dan kaedah tuntutan sekiranya terkesan dengan produk kecantikan yang berbahaya. Di samping itu, pelbagai maklumat yang diperoleh dapat dimanfaatkan agar lebih berhati-hati dalam pembelian produk kecantikan di pasaran.

1.

e-banner

2.

Perasmian program oleh Naib Canselor UMT – Prof. Dr. Mazlan bin Abd Ghaffar

3.

Peserta webinar – 110 penyertaan terdiri dari ahli PUSPANITA, AJWA, warga UMT dan orang awam


34

SOROTAN PERISTIWA

FSSM dan Alam Flora

Didik Kesedaran Pencemaran Beg Plastik oleh: Dr. Noorlin Mohamad Fakulti Sains dan Sekitaran Marin

1

B

ertemakan “C, Jom Kitar Semula”, program “Small Acts Big Impact” telah dianjurkan oleh Microplastic Research Interest Group (MRIG), Fakulti Sains dan Sekitaran Marin. Program secara hibrid ini telah dijalankan dengan kerjasama kumpulan Alam Flora Sdn. Bhd dan merupakan antara projek pemindahan ilmu di bawah dana Knowledge and Technology Assimilation Grant Scheme (KTAGS) 2020 melalui Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PPIJI). Program ini melibatkan penyertaan seramai 30 orang murid daripada lapan buah sekolah rendah sekitar daerah Kuala Nerus iaitu Sekolah Kebangsaan Tok Jembal, Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot, Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam, Sekolah Kebangsaan IPG Kampus Dato’ Razali

Ismail, Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Terengganu dan Sekolah Rendah Swasta Sri Showme. Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada kanakkanak mengenai pendidikan alam sekitar, di mana amalan 3R (Reduce, Reuse, recycle) dan pengurusan sisa plastik menjadi fokus utama. Penglibatan kanak-kanak dalam program ini juga sedikit sebanyak dapat meningkatkan tahap kesedaran mereka terhadap penggunaan plastik sekali guna yang mampu memberi ancaman kepada manusia dan alam sekitar. Antara objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan kanak-kanak terhadap jenis sisa buangan yang boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula. Selain itu, program ini bertujuan untuk mengembangkan pemahaman dan penerapan konsep 3R


Infokus Disember 2021 2

3

4

6

35

5

selain mendorong perkembangan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif bagi kanak-kanak. Pengisian program pada hari tersebut telah dimulakan dengan sesi perkongsian ilmu berkaitan pengurusan sisa buangan dan amalan kitar semula oleh dua orang wakil kumpulan Alam Flora Sdn. Bhd. secara dalam talian. Para peserta juga telah menyertai lawatan secara dalam talian ke Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) iaitu pusat pembelajaran kitar semula yang pertama di Malaysia.

Bagi memastikan para peserta memahami tentang isu pencemaran plastik, tayangan video dan perkongsian ilmu berkaitan ancaman sisa plastik sekali guna kepada ekosistem marin dan manusia telah disampaikan oleh penyelidik MRIG. Selain itu, beberapa aktiviti berkaitan pengurusan sisa plastik dan amalan kitar semula, seperti aktiviti upcycling, serta aktiviti berasaskan permainan seperti kuiz, dan lain-lain telah dijalankan bersesuaian dengan keperluan peserta dan pada masa sama dapat menarik minat mereka.

1.

Peserta sedang menjawab borang soal selidik (pra) sebelum program berlangsung

2.

Bacaan ikrar oleh para peserta bagi menyahut kempen hindari penggunaan plastik sekali guna

3.

Sesi perkongsian ilmu mengenai ancaman sisa plastik kepada ekosistem marin dan kesihatan manusia oleh penyelidik MRIG

4.

Sesi Perkongsian ilmu daripada pihak Alam Flora Sdn. Bhd. secara dalam talian

5.

Peserta bersama produk daripada aktiviti upcycling dengan mengguna semula pakaian lama menjadi beg serba guna

6.

Antara aktiviti pembelajaran berasaskan permainan yang dijalankan


36

SOROTAN PERISTIWA

Main Matik

Satu Pendekatan Alternatif Mempelajari Matematik Tambahan oleh: Prof. Madya Dr. Laili Haji Che Rose Dr. Nurhakimah Ab. Rahman Pusat Asasi STEM

1

Dr. Laili Che Rose, serta dibantu oleh lima orang lagi ahli penyelidik yang lain, iaitu Prof. Madya Dr. Sabri Ahmad, Dr. Nurhakimah Ab. Rahman, Mimi Syazwani Suhaimi, Nurul Syahida Abu Bakar, dan Azhar Md. Sinin yang juga merupakan para pensyarah di Pusat Asasi STEM.

P

endekatan Alternatif dalam Pengajaran-Pembelajaran Matematik Tambahan, merupakan tajuk yang dipilih bagi kajian di bawah geran Knowledge and Technology Assimilation Grant Scheme (KTAGS) 2020 bagi Pusat Asasi STEM di bawah pemantauan Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PPIJI). Kajian ini diketuai oleh Pengarah Pusat Asasi STEM sendiri iaitu Prof. Madya

Secara umumnya, kajian ini bertujuan memperkenalkan pendekatan alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran matematik tambahan. Beberapa topik yang kebanyakannya sukar dikuasai oleh kebanyakan peserta dipilih untuk diterjemahkan sebagai pembelajaran alternatif dalam bentuk aplikasi bagi topik tersebut. Hasil daripada kaji selidik yang dijalankan, kebanyakan peserta mempunyai masalah dalam topik Pilih Atur dan


Infokus Disember 2021

37

2

Gabungan. Maka, satu aplikasi berbentuk web game yang berkonsepkan fun learning telah diperkenalkan. Dalam kajian ini, komuniti yang terlibat adalah terdiri daripada Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Sekolah Menengah Sains Dungun, dan Sekolah Menengah Kompleks Gong Badak. Memandangkan kajian ini memfokuskan tentang Matematik Tambahan, seramai 40 orang pelajar Tingkatan Empat dari setiap sekolah terlibat sebagai peserta bagi program kajian ini. Antara objektif kajian ini adalah untuk menguji keberkesanan pembelajaran alternatif dengan pendekatan pendidikan STEM, menguji tahap kefahaman pelajar terhadap topik matematik tambahan yang dipilih dan mengukur kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah dalam topik matematik tambahan yang dipilih.

Memandangkan kajian ini bermula Mac 2020 ketika dunia mula dilanda pandemik COVID-19, maka mod kajian yang dirancang pada awalnya secara fizikal ditukarkan sepenuhnya kepada mod atas talian. Malah, cadangan awal bagi mewujudkan kit pengajaran pada mulanya diubah kepada pelaksanaan satu web game berbentuk fun learning yang dikenali sebagai Main Matik. Main Matik pula merupakan gabungan antara main dan matematik. Melalui permainan ini, para peserta diuji dengan tiga tahap permainan yang mengandungi soalan-soalan dan masalah tentang tajuk pilih atur dan gabungan. Pembelajaran alternatif sebegini begitu menarik minat peserta dan meningkatkan lagi kefahaman peserta tentang topik ini. Hasilnya, peserta menggunakan Main Matik ini sebagai satu pendekatan alternatif untuk lebih memahami topik Pilih Atur dan Gabungan.

1.

Permainan Main Matik

2.

Antara gelagat pelajar semasa program Main Matik


38

“Bersama Cakna Ancaman Siber”

Kolaborasi FTKKI dan CyberSecurity Malaysia Semai Kesedaran Keselamatan Siber oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Noraida Haji Ali Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik

P

erubahan drastik peningkatan penggunaan harian dan kebergantungan kepada Internet berlaku akibat daripada situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia, tidak hanya mendedahkan pelajar kepada pengetahuan baharu tetapi turut membuka ruang kepada peningkatan ancaman siber seperti penyalahgunaan data peribadi, buli siber, kes gangguan dan penipuan. Kesedaran siber yang rendah dalam kalangan pengguna Internet telah dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang menyumbang kepada

peningkatan peratusan kes ancaman siber di Malaysia. Rentetan kerjasama yang ditandatangani antara UMT melalui Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) pada 2019, satu Program Kesedaran Keselamatan Siber yang bertemakan “Bersama Cakna Ancaman Siber’ telah dilaksanakan sebagai program pemindahan ilmu kepada komuniti setempat. Program ini melibatkan peserta dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang


Infokus Disember 2021

terdedah kepada risiko ancaman siber berikutan kurangnya pendedahan secara formal yang diterima mengenai penggunaan internet dengan cara yang selamat. Program ini menggunakan pembiayaan dana Knowledge and Technology Assimilation Grant Scheme (KTAGS), yang telah diluluskan oleh Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PPIJI). Objektif utama program ini adalah untuk memberi pemahaman mengenai keselamatan siber, mendedahkan peserta kepada risiko dan ancaman siber, meningkatkan tahap kesedaran peserta terhadap aspek keselamatan siber dan memupuk budaya penggunaan internet yang selamat dan beretika. Seramai 150 orang peserta yang terlibat dalam program ini daripada lima buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi

Batu Rakit, Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Abbas, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak. Antara topik menarik yang dibicarakan adalah Pengenalan kepada Keselamatan Siber, Buli Siber, Pencurian Identiti, Ketagihan Internet, dan Perisian Hasad/Virus. Selain daripada siri ceramah yang dijalankan, program ini turut diselang seli dengan penilaian ketagihan Internet, siri aktiviti permainan interaktif dan kuiz interaktif. Impak daripada program ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kesedaran terhadap ancaman keselamatan siber dalam kalangan murid sekolah. Mereka seharusnya lebih peka dengan bentuk risiko dan ancaman siber seterusnya menjadi lebih berpengetahuan dalam mengurus dan menanganinya.

39


40

RENUNGAN

RENUNGAN Solusi Kehidupan dengan Terapi Zikir Asma’ul Husna al-Quddus (Siri 6) oleh: Mohd Radhi Abu Shahim Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial

Pengenalan Surah rujukan nama Allah al-Quddus ialah Surah Al-Jumu’ah ayat 1 yang bermaksud: “Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” Allah Ya Quddus Yang Maha Suci. Ini bererti Allah SWT suci, bersih dan sempurna dari segala kesalahan, kecacatan atau kekurangan. Penciptaan langit dan bumi membuktikan kesempurnaan penciptaan-Nya dan kekuasaan-Nya. Al-Quddus juga membawa makna mempunyai pekerti yang sangat mulia diliputi dengan kasih sayang tanpa kebencian. Penghayatan al-Quddus dalam diri manusia adalah dengan menyucikan jiwa daripada sembahan-sembahan lain selain daripada Allah SWT (hawa nafsu, bisikan syaitan, dunia, katakata manusia). Menyucikan jiwa daripada penyakit-penyakit hati (dendam, benci, mengumpat, menghasut dan lain-lain). Menyucikan hidup daripada dosa dan noda, serta menyucikan mulut, telinga, mata, anggota tubuh dan sebagainya.

Perbincangan Allah SWT Ya Quddus ialah Allah SWT Yang Maha suci. Oleh yang demikian, sebagai manusia kita perlu menyucikan diri kita daripada kekotoran kepercayaan dan aqidah. Apabila membicarakan Allah SWT Ya Quddus, ia merangkumi lima perkara iaitu:

Menyucikan kepercayaan diri bahawa tiada tuhan selain Allah Allah SWT menurunkan para Nabi dan Rasul sebagai utusan-Nya adalah bertujuan untuk membetulkan aqidah manusia bahawa tiada tuhan yang wajib disembah melainkan Allah SWT. Firman-Nya yang bermaksud: “Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkan-Nya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatu pun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat” (Asy-Syuura, 42:11) “Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya” (Al-Ikhlaas,112:1-4)


Infokus Disember 2021

Menyucikan kepercayaan bahawa Allah SWT punyai rupa dan bentuk Allah SWT tiada bentuk dan rupa seperti manusia. Ia-Nya tidak boleh digambarkan dalam pemikiran manusia. Ini kerana akal manusia tidak akan mampu untuk menggambarkan zat Allah SWT. Selagi mana ia boleh digambarkan dalam minda kita, selagi itu ia bukannya Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Berfikirlah kamu akan ciptaan-ciptaan Allah, dan jangan kamu berfikir tentang Dzat Allah” (Hadis Riwayat Ath Thabrani) “Dan katakanlah: “Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagi-Nya sekutu dalam urusan kerajaan-Nya, dan tiada bagi-Nya penolong disebabkan sesuatu kelemahan-Nya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakan-Nya dengan bersungguh-sungguh!” (Al-Israa’, 17:111) “Patutkah mereka sekutukan Allah dengan benda-benda yang tidak dapat menciptakan sesuatupun, sedang benda-benda itu sendiri diciptakan?” (Al-A’raaf, 7:191) Allah SWT adalah berbeza dengan makhluknya, jika benar Allah SWT punyai rupa, maka sudah pasti Nabi SAW menceritakan kepada umatnya. Hal ini kerana Nabi SAW direzekikan melihat Allah SWT semasa peristiwa israk dan mikraj. Fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah menolak apaapa sahaja yang menggambarkan Allah SWT dengan bentuk-bentuk tertentu yang sama dengan makhluk ciptaan-Nya.

Menyucikan diri daripada Syirik kepada Allah Syirik bukanlah mereka yang tidak percaya kepada Allah SWT, tetapi syirik adalah orang yang percaya pada Allah SWT tetapi pada masa yang sama percaya adanya kuasa yang lain selain Allah SWT. Kepercayaan kepada tangkal-tangkal yang boleh menjaganya, pokok-pokok yang dapat memberi perlindungan dan kemudaratan, batu cincin dan sebagainya adalah perlambangan manusia kepada perlakuan syirik. Perkara-perkara syirik ini jangan dimulakan, sekiranya kebetulan menjadi, maka manusia akan percaya buat selama-lamanya dan menghakis kepercayaan tunggal kepada Allah SWT. Firman-Nya yang bermaksud: “Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan” (At-Taubah, 9:31)

41


42

RENUNGAN

Menyucikan Allah SWT daripada sifat-sifat buruk Kehidupan manusia penuh dengan cabaran dan ujian. Sebagai manusia kita sering berdoa dan kadang-kadang doa kita lambat diperkenankan. Malah ada juga sesetengah kita beranggapan bahawa Allah SWT tidak dengar, tidak adil dan zalim pada dirinya. Kita sering beranggapan bahawa apabila kita berbuat baik kita akan ditindas dan susah untuk maju dan kaya. Namun, konsep tersebut adalah salah, yang sebenarnya adalah kita perlu bijak menilai seperti kata pepatah melayu “buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”, “jangan seperti melepaskan anjing tersepit”. Oleh demikian kita tidak perlu menjadi jahat untuk berjaya, tetapi menjadi lebih bijak dalam tindakan. Berbuat baik pasti dibalas dengan kebaikan di dunia dan di akhirat bertambah lagi ganjaran daripada Allah SWT. Firman-Nya yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Maka berhala-berhala yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menolong mereka sedikit pun pada masa datangnya azab Tuhanmu; dan penyembahan yang mereka lakukan itu hanya menambahkan kerugian sahaja kepada mereka” (Hud, 11:101)

Menyucikan Allah SWT daripada sifat kelemahan dan kekurangan Mustahil Allah SWT itu lemah, tidak berkuasa dan terbatas kuasanya. Oleh demikian, kita perlu hakiskan pemikiran bahawa Allah SWT mempunyai sifat-sifat kekurangan. Kadang-kadang kita berdoa dan rasakan Allah SWT tidak mendengar, tetapi sifat kekurangan itu mungkin berpunca dari kita sendiri yang apabila berdoa tidak khusyuk dan hati yang terleka. Firman-Nya yang bermaksud: “Dan mereka menjadikan jin sekutu bagi Allah, padahal Allah jualah yang mencipta jin-jin itu; dan mereka berdusta terhadap Allah dengan mengada-adakan bagi-Nya anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan, dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah Ia dari apa yang mereka sifatkan” (Al-An’aam, 6:100)

Kesimpulan Menyucikan akidah dari kelima-lima perkara di atas bermakna kita sedang berusaha menyucikan diri kita daripada kekotoran aqidah dan menjemput rahmat dan keredaan daripada Allah SWT. Hal ini bertepatan dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar” (At-Taubah, 9:100)


Diskusi Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua • Hamdan Aziz • Syahrin Said • Ismar Liza Mahani Ismail

Seni Persembahan Melayu dalam Pelancongan Budaya Muhammad Abi Sofian Abdul Halim

ISBN: 978-967-2939-83-2

ISBN: 978-967-2939-74-0 eISBN: 978-967-2939-75-7

Tahun: 2021

Tahun: 2021

Impak Kenaikan Aras Laut Terhadap Sosial, Ekonomi dan Psikologi Komuniti Pulau Tioman

Modul Psikopendidikan dan Kaunseling Kelompok Teori Adler Terhadap Pelajar Berisiko

• Khatijah Omar • Muhammad Abi Sofian Abdul Halim • Hazman Samsudin • Raja Zirwatul Aida Raja Ibrahim

• • • • • •

Siti Salina Abdullah Ruhani Mat Min Nor Hayati Sa’at Zikri Muhamad Jumadil Saputra Jaharudin Padli

ISBN: 978-967-2939-70-2

ISBN: 978-967-2939-73-3

Tahun: 2021

Tahun: 2021

Ekopelancongan Pulau Tioman Keusahawanan dan Budaya Niaga • Muhammad Abi Sofian Abdul Halim • Khatijah Omar • Siti Nor Adawiyah Azzahra Kamaruddin ISBN: 978-967-2939-71-9 eISBN: 978-967-2939-72-6 Tahun: 2021

Magis Keris • Azlina Musa • Mohd Nasir Hashim ISBN: 978-967-2939-78-8 Tahun: 2021 Proceedings of the Global Tourism Conference 2021 (GTC2021) Chief Editor: Fathilah Abdullah

Grey-Interval Type-2 Fuzzy Logic System and Its Application in Forecasting CO2 Emission • Mohd Lazim Abdullah • Herrini Mohd Pauzi eISBN: 978-967-2939-69-6

Editors: • Nur Amalina Mohamad Zaki • N Alia Fahada W Ab Rahman • Aleff Omar Shah Nordin • Akmalia Mohamad Ariff • Nurul Najwa Napatah • Siti Falindah Padlee • Sofea Cheah Azlan

Tahun: 2021 eISBN: 978-967-2939-84-9 Tahun: 2021


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.