Komitmen sepanjang hayat adalah lebih baik daripada yang dipercayai oleh pasangan yang bertunang. Janji temu, saling mengambil berat, dan kasih sayang sebelum berkahwin tidak semestinya lenyap untuk selama-lamanya dalam kekecewaan. Perkahwinan tetap berbaloi walaupun risiko perceraian adalah tinggi. Namun, untuk menuntut
semula visi hubungan perkahwinan yang sebenar, kita perlu meneliti harapan, niat dan kepercayaan kita dalam Tuhan sendiri.
Dalam halaman berikut, staf penulis ODB, David Egner menunjukkan bahawa hikmat Alkitab boleh memperbaharui dan menyemarakkan semula janji perkahwinan bagi setiap insan yang tidak sempurna.