PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
"PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN" ?
PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH
MELAYU & PERLEMBAGAAN KEMERDEKAAN
PERUNTUKAN
DALAM PERLEMBAGAAN
Perlembagaan
Persekutuan
Merupakan undang -
undang tertinggi negara

"PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN" ?
PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH
MELAYU & PERLEMBAGAAN KEMERDEKAAN
PERUNTUKAN
DALAM PERLEMBAGAAN
Perlembagaan
Persekutuan
Merupakan undang -
undang tertinggi negara
Selamat sejahtera dan ribuan rasa syukur dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Sir
Wan Faisal Wan Ahmad Mohtasa, Pensyarah Matapelajaran Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU20132) di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami dan membantu kami sesuatu sedikit sebanyak yang termampu.
Selain itu, tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan dan dorongan dari sefizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan. Lebih-lebih lagi, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakanrakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan.
Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberiini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Majalah Perlembagaan Persekutuan merupakan satu platform yang disediakan kepada para pelajar dalam melaksanakan
tugasan e-folio bagi kursus MPU20132
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERDABAN.
Tugasan ini telah mengenengahkan konsep
penulisan kreatif bertemakan isu-isu yang melibatkan perlembagaan negara.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar daripada kelas
DDT3C, Jabatan TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI, Politeknik Kuching
Sarawak bagi pengajian sesi I 2022/2023
yang telah memberikan komitmen padu dan kesungguhan dalam menjayakan penulisan ini sehingga terhasilnya e-majalah ini untuk
dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat di luar sana.
Pensyarah Politeknik Sarawak Malaysia
En. Wan Faisal Wan Ahmad Mohtasa
05DDT21F1046
05DDT21F1114
Perlembagaan Persekutuan merupakan satu set undang-undang tertinggi bagi Negara Malaysia. Ia telah di gunapakai sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957.
Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara. Mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan secara automatik akan terbatal.
Perlembagaan digubal diParlimen dengan tiga kali pendengaran (perdebatan).
Sesuatu perlembagaan atau akta akan dikira digazetkan apabila ia mendapat sokongan 2/3 dari ahli dewan rakyat.
Perlembagaan Persekutuan memperakui dan menerima bentuk pembinaan negara bangsa Malaysia yang dipersetujui oleh pemimpin dan pejuang kemerdekaan negara. Perlembagaan itu dipegang sebagai panduan hidup bernegara dalam aman damai dan perpaduan.
"Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.
Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir."
British memperkenalkan undangundang di Negeri-Negeri Selat (NNS) yang dikenali sebagai Charter of Justice yang diambil daripada undang-undang yang digubal di England.
Melayu
Raja sebagai pemerintah manakala rakyat hendaklah memberi ketaatsetiaan.
Undang-undang dan sistem pemerintahan ditentukan oleh raja.
Undang-undang yang wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka mempengaruhi kandungan undangundang bertulis di negeri Melayu termasuklah Hukum Kanun Pahang, Undang-Undang Kedah, UndangUndang Johor dan Undang-Undang 99 Perak.
Sebelum kedatangan kuasa barat, negara kita mempunyai undang-undang dan adat Melayu yang menjadi panduan kepada raja dan pembesar dalam proses pemerintahan negara.
Di Sarawak terdapat The Sarawak Application of Laws Ordinance 1949 yang menggunakan The Common Law of England. Pada ogos 1956, Perlembagaan Sarawak beri kuasa pada badan Council Negri (Majlis Negeri) terdiri 45 ahli dan pengerusi Ketua Setiausaha. Majlis Tertinggi dipengerusi Gabenor, anggota lain Ketua Setiausaha, Setiausaha Kewangan, Peguam Negara. Perlembagaan Sarawak tahun 1959 beri kuasa pentadbiran negeri kepada Majlis Tertinggi dan Council Negeri.
Di Sabah terdapat undangundang yang sama disebut Sabah Application of Laws Ordinance 1951. Majlis Undangan dan Majlis Kerja ditubuh pada 1950. Majlis Undangan memberi kuasa pada Gabenor untuk menggubal undang-undang dalam pemerintahannya.
Perlembagaan Persekutuan
menggariskan pasak negara iaitu
kedudukan Raja Berperlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan kedudukan istimewa
orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Raja Berperlembagaan menjadi
simbol perpaduan, bahasa ibunda
boleh dipelajari, agama lain diamalkan dan perkara 153 juga menjamin
kepentingan minoriti lainnya.
Rukun Negara yang diisytiharkan
pada 31 Ogos 1970 susulan peristiwa
13 Mei 1969 mengandungi lima prinsip;
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan.
Setiap warga Malaysia perlu
menghormati, menghargai serta
memahami maksud dan kandungan
serta latar belakang sejarah
pembentukan perlembagaan negara bagi mengelak masyarakat menjadi kucar-kacir dan hilang arah tujuan.
Perlembagaan mengandungi asasasas persetujuan dan persefahaman antara pelbagai bangsa yang hidup dinegara ini.
Selain mengiktiraf hak warganegara semua bangsa, ia juga memberi kedudukan istimewa kepada orang
Melayu dan Bumiputera, Bahasa
Melayu, Agama Islam dan SultanSultan Melayu yang merupakan
penduduk dan pemerintah asal serta
agama yang diamalkan kaum
Bumiputera Tanah Melayu.
Bahasa menentukan identiti sesebuah bangsa.
Para pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan
negara kita telah membuat
keputusan supaya kita memiliki satu
bahasa kebangsaan untuk tujuan berikut;
Perhubungan umum
Bahasa rasmi
sebagai alat untuk
menyatupadukan rakyat berbilang kaum dinegara kita.
Perkara 152. Bahasa kebangsaan; Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undangundang oleh Parlimen.
Dengan syarat bahawa-
tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain. tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.
Suatu penjelasan perlu dibuat berulang kali, bahawa Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam adalah agama persekutuan, bukan agama rasmi seperti yang biasa dihujahkan oleh pihak-pihak yang tidak memahami konteks perundangan.
Mendefinisikan Islam sebagai “agama rasmi” negara adalah tidak tepat kerana perkataan “rasmi” itu tidak pernah disebut dalam Perkara 3. Frasa “agama rasmi” juga akan menyempitkan tafsiran tersebut dan akan menjadikan agama Islam terhad kepada amalan ritual serta upacara rasmi dan keagamaan sematamata.
Perkara 3 (1) Perlembagaan
memperuntukkan bahawa : “Islam ialah agama bagi Persekutuan ; tetapi agamaagama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.”
Islam diiktiraf oleh Perlembagaan sebagai agama tertinggi Negara bukan sahaja berfaktor dari fakta sejarah, yang mana Islam menjadi agama yang dominan di Semenanjung Tanah Melayu sejak kurun ke 12 lagi, tetapi juga sebagai mengiktiraf tonggak dan kekuasaan Raja-Raja yang semuanya adalah beragama Islam sewaktu Negara ini dibentuk.
Kedudukan Perkara 3 ini sudah pun diperjelaskan melalui penghakimanpenghakiman yang diputuskan oleh mahkamah, namun ada pihak yang masih mempertikaikannya Dalam kes Azalina
Jailani (Lina Joy) lwn Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan & 2 Yang Lain [2007]
3 AMR 693, Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz memberi makna Islam
sebagai “bukan sahaja suatu himpunan
dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi ianya juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian dan awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman”.
Perkara 11 (3) Perlembagaan memberikan hak kepada penganut agama-agama ini termasuk agama Islam untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan untuk tujuan agama masingmasing dan khairat, memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya megikut undangundang.
Sungguhpun begitu, kebebasan yang diberikan tersebut tidaklah bermaksud agama-agama bukan Islam boleh menyebarkan agama mereka kepada penganut agama Islam. Ini adalah sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama tertinggi dalam Negara.
Perkara 11 (4) memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaaan persekutuan untuk menggubal undangundang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam
Perkara 11 (4) Perlembagaan memperuntukkan “Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.”
Kebebasan yang diberikan untuk
mengamalkan agama masing-masing ini juga tidaklah sehingga membenarkan apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang, mendatangkan
masalah kepada kesihatan awam dan akhlak individu yang lain. Perkara ini diperuntukkan dalam Perkara 11 (5)
Perlembagaan
Berdasarkan kuasa yang diberikan di bawah perkara 11 (4) Perlembagaan tersebut, maka kerajaan-kerajaan negeri sejak 30 tahun yang lalu telah meluluskan undang-undang untuk mengawal pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam, sebagaimana berikut :-
Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam)
Terengganu, 1980 (Enakmen No. 1/1980)
Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Kelantan, 1981 (Enakmen No. 11/1981)
Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam)
Kedah, 1988
Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Melaka, 1988 (Enakmen No. 1/1988)
Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Perak, 1988 (Enakmen No. 10/1988)
Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor, 1988 (Enakmen No. 1/1988)
Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam)
Pahang, 1989 (Enakmen No. 5/1989)
Negeri Sembilan: Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama
Bukan Islam) Negeri Sembilan, 1991
Enakmen Kawalan Dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam)
Johor, 1991 (Enakmen No. 12/1991)
Hak istimewa Orang Melayu pula adalah hak yang telah dipersetujui oleh para pemimpin terdahulu yang telah diberikan kepada orang melayu sebagai cagaran atau gantian kepada kesediaan rakyat melayu di tanah melayu untuk menerima etnik India dan Cina bagi berkongsi kehidupan di tanah melayu secara bersama.
Ia dibuat di dalam perlembangaan persekutuan tanah melayu 1948, sewaktu rundingan kemerdekaan ingin dilaksanakan.
Hak ini dipinda bagi melindungi orang melayu kerana pada waktu itu orang melayu tidak mahu menerima kehadiran kaum india dan Cina sebagai rakyat di tanah melayu. Keadaan ini akan menyukarkan proses kemerdekaan pada masa itu kerana masing-masing ingin menegakkan hak kaum sendiri.
Hak keistimewaan melayu adalah hak yang telah diberikan kepada orang melayu sebagai tanda apabila orang melayu sudi untuk berkongsi tanah melayu (Malaysia) dengan orang India dan Cina yang datang ke sini pada zaman dahulu.
Ia juga merangkumi hak rakyat peribumi dan etnik di Sabah dan Sarawak. Hak ini tidak sepatutnya diungkit walaupun Malaysia mengalami permodenan akibat globalisasi. Kerana mengungkit hak
pertuanan melayu ini secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya perselisihan di mana orang melayu akan merasakan hak mereka sedang diusik.
Kewarganegaraan merupakan status yang dimiliki oleh setiap individu untuk hidup dalam sesebuah negara.
Status ini memberikan hak,manfaat dan kemudahan tertentu serta memberikan hak untuk seorang warganegara:
Mengundi dalam pilihan raya
Hak kewarganegaraan ini disertai oleh tanggungjawab.
Rakyat bertanggungjawab untuk:
Mematuhi undang-undang negara dan negeri.
Memberi khidmat kepada negara apabila diperlukan seperti mempertahankan negara apabila diserang musuh dengan menyertai pasukan keselamatan.
Menyumbang terhadap produktiviti negara dalam bidang masingmasing.
Menyokong dan mengambil bahagian dalam rancangan dan kegiatan negara seperti menyambut Hari Kebangsaan, membasmi kemiskinan, membantu kerajaan membendung jenayah dan sebagainya.
Mengambil bahagian secara aktif dalam politik seperti bertandingan dalam pilihan raya, menjadi wakil rakyat, menjadi menteri dan sebagainya.
Memiliki harta dan membangunkannya.
Bergerak dengan bebas ke manamana bahagian negara.
Menerima manfaat dan kemudahan seperti pendidikan, bantuan kebajikan, perubatan dan sebagainya.
Seseorang boleh kehilangan hak warga negara berdasarkan 2 sebab:
Apabila individu itu menolak kewarganegaraannya.
Apabila terlucut atau dilucutkan oleh Perlembagaan Malaysia sekiranya individu tersebut melakukan sesuatu tindakan yang bertentangan dengan kehendak perlembagaan.
Tidak lagi berminat untuk mengekalkan kewarganegaraan dengan menjadi warganegara asing.
Tidak lagi setia kepada negara melalui tindakan atau percakapan.
Telah bermastautin dinegara asing selama lebih daripada 5 tahun secara berterusan dan tidak pernah melapor atau mendaftar di Pejabat Konsul Persekutuan.
Pemberitahuan secara bertulis berserta alasankepada individuyang dikenakan perintah perlucutan.
Individu berkenaan merujuk kesnya kepada sebuah jawatankuasa siasatan.
Penentuan perlucutan kewarganegaraan oleh Kerajaan menerusi laporan daripada Jawatankuasa siasatan.
Suruhanjaya Reid dan Kertas Putih tidak pernah memberikan penjelasan tentang makna sebenar kebebasan asasi mengikut perlembagaan negara. Walau bagaimanapun, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999[1] telah menakrifkan bahawa perkataan “hak asasi manusia” yang dirujuk di dalam akta tersebut merujuk kepada kebebasan asasi sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 4(4) akta yang sama ada menyatakan bahawa perhatian hendaklah diberikan kepada Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 setakatmana perisytiharan tersebut selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kebebasan Diri
Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.
Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihannya
Hak terhadap harta.
Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
Tiada undang-undang boleh
memperuntukkan pengambilan atau
Keabdian dan kerja paksa dilarang.
Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.
Segala bentuk kerja paksa adalah dilarang, tetapi Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan mengenai perkhidmatan wajib bagi maksud-maksud negara.
Kerja atau khidmat yang dikehendaki daripada mana-mana orang sebagai akibat daripada sesuatu sabitan atau dapatan bahawa dia bersalah di mahkamah tidaklah dikira sebagai kerja paksa mengikut pengertian Perkara ini, dengan syarat kerja atau khidmat itu dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan suatu pihak berkuasa awam
penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai. 10
Perlindungan daripada undang-undang jenayah
kuat kuasa ke belakang dan perbicaraan berulang.
Tiada seorang pun boleh dihukum kerana
sesuatu perbuatan atau peninggalan yang tidak
boleh dihukum menurut undang-undang pada masa perbuatan atau peninggalan itu dilakukan atau dibuat, dan tiada seorang pun boleh menanggung hukuman yang lebih berat kerana
sesuatu kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukan.
Seseorang yang telah dibebaskan daripada
sesuatu kesalahan atau disabitkan atas sesuatu
kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana
kesalahan yang sama kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan oleh suatu mahkamah yang
lebih atas daripada mahkamah yang telah
membebaskan atau mensabitkannya itu
Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak. Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri dari atau ditahan masuk ke Persekutuan.
Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau manamana bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan awam, atau penghukuman pesalah, tiap-tiap warganegara berhak bergerak dengan bebas di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya
Selagi mana-mana Negeri lain berada dalam kedudukan istimewa di bawah Perlembagan ini berbanding dengan Negeri-Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan sekatan-sekatan, antara Negeri itu dengan Negeri-Negeri yang lain, ke atas hak-hak yang diberikan oleh Fasal (2) berkenaan dengan pergerakan dan kemastautinan
Semua orang adalah sama rata di sisi undangundang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang
Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undangundang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan
Kebebasan beragama.
Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
menguruskan hal ehwal agamanya sendiri; menubuhkan dan menyenggarakan institusiinstitusi bagi maksud agama atau khairat; dan memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang
tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara; semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a)
Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negaranegara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan.
ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b)
Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam.
ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
1. Komitmen penuh mengikut prinsip-prinsip asas International Bill on Human Rights dan lain-lain agensi hak asasi manusia. Namun, pelaksanaannya perlu diambil kira nilai-nilai tempatan.
2. Berpegang kepada bahawa kesemua hak asasi manusia adalah bersifat sejagat, tidak boleh dipisahkan dan saling bergantung serta saling berkait antara satu sama lain.
3. Memegang teguh kepada prinsipprinsip yang objektif, tidak berpihakpihak dan tidak memilih-milih.
4. Menolak sebarang priinsip mempolitikkan dan memilih kasih akan hak asasi manusia.
5. Menolak penggunaan hak asasi manusia sebagai syarat-syarat untuk sebarang bantuan kewangan dan pembangunan atau sebagai langkahlangkah yang digunakan unyuk mengembangkan perdagangan.
6. Menghormati dan mematuhi sepenuhnya kedaulatan negara dan keutuhan wilayah serta tidak campur tangan dalam hal ehwal dalam negeri sesebuah negara.
7. Menyokong hak-hak untuk pembangunan sebagai hak sejagat dan merupakan sesuatu yang perlu untuk melengkapkan asas-asas hak manusia.
8. Malaysia telah bergiat aktif dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCHR) sejak awal tahun
1990-an. Pada tahun 1993 hingga 1995, Malaysia telah dilantik sebagai ahli suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Bertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan asas penting dalam undang-undang negara. Tanpa perlembagaan, sistem pemerintahan dan kawalan sukar dilaksanakan. Hal ini bertunjangkan kepada pembentukan awal perlembagaan yang mendapat persetujuan ramai. Malah jika dilihat, sebenarnya perlembagaan merupakan dasar kepada pembentukan demokrasi berparlimen di Malaysia. Maka dengan itu diharap setiap warganegara sama ada pemerintah dan rakyat mendapat hak masingmasing dan pembelaan yang sewajarnya.
Setiap wargananegara Malaysia tidak patut mempersoalkan perkara-perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan Negara. Hal ini kerana, jika sebarang perubahan dibuat terhadap sesuatu perkara ia secara tidak langsung akan menjejaskan kedaulatan perlembagaan itu sendiri. Apabila kedaulatan hilang, ia tidak akan dihormati lagi. Jika rakyat tidak menghormati perlembagaan Negara akan musnah kerana pergerakan mereka tiada kawalan.
Setiap warganegara Malaysia mendapat tempat dalam Perlembagaan Negara. Tidak kira bangsa dan agama sekalipun, mereka mempunyai kedudukan dan keistimewaan tersendiri. Setiap bangsa perlu menghormati keistimewaan bangsa-bangsa lain .
https://www.malaysiakini.com/letters/17 3450
https://kertasbirumuda.blogspot.com/201 6/08/23-peruntukan-utamaperlembagaan_19.html
http://bab4perlembagaan.blogspot.com/2 016/03/peruntukan-utama-dalamperlembagaan.html
https://www.slideshare.net/NajihahWahd aniah/peruntukan-utama-perlembagaanmalaysia