
1 minute read
Prosedur Perlucutan Kewarganegaraan
Kebebasan Asasi
Suruhanjaya Reid dan Kertas Putih tidak pernah memberikan penjelasan tentang makna sebenar kebebasan asasi mengikut perlembagaan negara. Walau bagaimanapun, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999[1] telah menakrifkan bahawa perkataan “hak asasi manusia” yang dirujuk di dalam akta tersebut merujuk kepada kebebasan asasi sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 4(4) akta yang sama ada menyatakan bahawa perhatian hendaklah diberikan kepada Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 setakatmana perisytiharan tersebut selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Advertisement
Kebebasan Diri
Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.
Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihannya.
Hak terhadap harta.
Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai.
Keabdian dan kerja paksa dilarang.
Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.
Segala bentuk kerja paksa adalah dilarang, tetapi Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan mengenai perkhidmatan wajib bagi maksud-maksud negara.
Kerja atau khidmat yang dikehendaki daripada mana-mana orang sebagai akibat daripada sesuatu sabitan atau dapatan bahawa dia bersalah di mahkamah tidaklah dikira sebagai kerja paksa mengikut pengertian Perkara ini, dengan syarat kerja atau khidmat itu dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan suatu pihak berkuasa awam