2 minute read

Prinsip-prinsip Malaysia Berhubung Hak Asasi

Kebebasan beragama.

Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

Advertisement

Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

Tiap-tiap kumpulan agama berhak— menguruskan hal ehwal agamanya sendiri; menubuhkan dan menyenggarakan institusiinstitusi bagi maksud agama atau khairat; dan memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara; semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata; semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan— ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a)

Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negaranegara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan. ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b)

Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam. ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c)

Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.

1. Komitmen penuh mengikut prinsip-prinsip asas International Bill on Human Rights dan lain-lain agensi hak asasi manusia. Namun, pelaksanaannya perlu diambil kira nilai-nilai tempatan.

2. Berpegang kepada bahawa kesemua hak asasi manusia adalah bersifat sejagat, tidak boleh dipisahkan dan saling bergantung serta saling berkait antara satu sama lain.

3. Memegang teguh kepada prinsipprinsip yang objektif, tidak berpihakpihak dan tidak memilih-milih.

4. Menolak sebarang priinsip mempolitikkan dan memilih kasih akan hak asasi manusia.

5. Menolak penggunaan hak asasi manusia sebagai syarat-syarat untuk sebarang bantuan kewangan dan pembangunan atau sebagai langkahlangkah yang digunakan unyuk mengembangkan perdagangan. 6. Menghormati dan mematuhi sepenuhnya kedaulatan negara dan keutuhan wilayah serta tidak campur tangan dalam hal ehwal dalam negeri sesebuah negara.

7. Menyokong hak-hak untuk pembangunan sebagai hak sejagat dan merupakan sesuatu yang perlu untuk melengkapkan asas-asas hak manusia.

8. Malaysia telah bergiat aktif dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCHR) sejak awal tahun 1990-an. Pada tahun 1993 hingga 1995, Malaysia telah dilantik sebagai ahli suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Bertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Kesimpulan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan asas penting dalam undang-undang negara. Tanpa perlembagaan, sistem pemerintahan dan kawalan sukar dilaksanakan. Hal ini bertunjangkan kepada pembentukan awal perlembagaan yang mendapat persetujuan ramai. Malah jika dilihat, sebenarnya perlembagaan merupakan dasar kepada pembentukan demokrasi berparlimen di Malaysia. Maka dengan itu diharap setiap warganegara sama ada pemerintah dan rakyat mendapat hak masingmasing dan pembelaan yang sewajarnya.

Setiap wargananegara Malaysia tidak patut mempersoalkan perkara-perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan Negara. Hal ini kerana, jika sebarang perubahan dibuat terhadap sesuatu perkara ia secara tidak langsung akan menjejaskan kedaulatan perlembagaan itu sendiri. Apabila kedaulatan hilang, ia tidak akan dihormati lagi. Jika rakyat tidak menghormati perlembagaan Negara akan musnah kerana pergerakan mereka tiada kawalan.

Setiap warganegara Malaysia mendapat tempat dalam Perlembagaan Negara. Tidak kira bangsa dan agama sekalipun, mereka mempunyai kedudukan dan keistimewaan tersendiri. Setiap bangsa perlu menghormati keistimewaan bangsa-bangsa lain .

This article is from: