BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UTHM BIL. 2/2014

Page 1

Bil. 2/2014


DARI MEJA PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM SIDANG

REDAKSI

Assalammualaikum dan bersyukur

PENAUNG

kehadrat Allah Subhanahuwataala

Prof. Madya. Dr.

Buletin Pusat Kokurikulum edisi ke-

kerana dengan izin-Nya terhasil

Ahmad bin Esa

2 ini yang diberikan nafas baru

PENASIHAT

Tahun 2013 telah melabuhkan ti-

Prof. Madya Nawawi bin Jusoh KETUA EDITOR Dr. Norashidah Binti Abd. Rahman EDITOR Dr. Mohd. Khir bin Mohd. Nor Pn. Zalinah binti Salehon Pn. Nor Azwa

rainya dan fajar 2014 telah menjelma. Sekali lagi Pusat Kokurikulum memperlihatkan lagi perubahan pengurusan dan struktur baru yang telah diluluskan oleh Mesyuarat lembaga Pengarah Universiti Bil. 1 Tahun 2011. Warga Pusat Kokurikulum mengucapkan selamat datang kepada tiga ketua jabatan yang baru iaitu Ketua Jabatan Kepimpanan, Khimat Masyarakat dan Pengucapan Awam, Ketua Jabatan Kesukarelawan dan Ketua Jabatan Sukan, Kebudayaan dan Sastera Liberal. Pusat Kokurikulum mengalu-alukan kedatangan warga baru ke Pusat Kokurikulum dan mengharapkan dengan penstrukturan semula carta organisasi ini pertambahan tanggungjawab yang diberikan oleh pihak universiti dan keperluan semasa dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan efektif.

Prof. Madya Dr. Haji Ahmad Bin Esa

binti Mohammad

DARI KACA MATA KETUA EDITOR

PENGARANG

Assalammualaikum dan salam

Pn. Hjh. Sarebah binti

sejahtera. Selamat bertemu lagi

Warman

dalam buletin terbitan Bil. 2 sesi Januari - Jun 2014. Buletin ini

En. Ismade bin Niam

merupakan satu manifestasi kepa-

Pn. Nor Azila binti

da kesungguhan dan ketekunan

Kelewon

warga Pusat Kokurikulum dalam merealisasikan hasrat untuk

Cik Nur Afifah binti

meningggikan imej pusat sekaligus

Shahidan FOTOGRAFI & GRAFIK

meningkatkan lagi kualiti staf dan pelajar. Penglibatan secara langsung Pusat Kokurikulum kepada pembangunan akademik Universiti telah menampakkan kesan yang positif yang memberikan isyarat yang jelas tentang peranan yang perlu dimainkan demi

En. Mohd Suffian bin

menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran di UTHM. Di samping itu juga,

Md Nor

Kemahiran Insaniah adalah satu elemen yang penting perlu diterapkan kepada

EDARAN Pn. Siti Khadijah binti Hj.Md Som 2

menjana perubahan positif kearah

pelajar demi membina sahsiah diri sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan. Bersama-samalah kita bersatu dan berkerjasama demi untuk menjadikan Pusat Kokurikulum UTHM sebagai salah satu PTJ yang boleh dibanggakan oleh semua.

Dr. Norashidah Binti Abd. Rahman


PENSTRUKTURAN BARU ORGANISASI PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Bahagian Pentadbiran (Pentadbiran & Kewangan) Nama

Jawatan

No. Telefon

Email.uthm .edu.my

Prof. Madya Dr. Hj Ahmad Bin Esa

Pengarah (DS54)

07-4537480

ahmad

Setiausaha Pejabat (N27)

07-4537481

azwa

Timbalan Pengarah Dan Ketua Jabatan

07-4537011

sarebah

Pengawai Tadbir Kanan (N44)

07-4537483

zalinah

Mohd. Suffian Bin Md. Nor

Penolong Jurutera (JA29)

07/4537484

msuffian

Nur Afifah Binti Shahidan

Pembamtu Tadbir (P/O) (N17)

07-4537484

nurafifah

Pembantu Operasi (N11)

07-4537484

skhadija

No. Telefon

Email.uthm

Nor Azwa Binti Mohammad Hjh. Sarebah Binti Warman

Kepimpinan, Khidmat Masyarakat Dan Pengucapan Awam (DS52) Zalinah Binti Salehon

Siti Khadijah Binti Hj. Md. Som

Bahagian Pentadbiran (Akademik) Nama

Jawatan

.edu.my Prof. Madya Nawawi Bin Jusoh

Ketua Jabatan Keusahawanan, Daya Usaha

07-4537781

nawawi

Dan Inovasi (DS54) Dr. Mohd Khir Bin Mohd Nor

Ketua Jabatan Kesukarelawanan (DS51)

07-4537785

khir

Dr. Morashidah Binti Abdul Rah-

Ketua Jabatan Sukan, Kebudayaan Dan

07-4537485

nrashida

man

Sastera Liberal (DS52)

Nor Azila Binti Kelewon

Pembantu Tadbir (P/O) (N17)

07-4537759

norazila

Ismade Bin Niam

Pembantu Tadbir (P/O) (N57)

07-4537759

ismade

3


Selamat Datang Ke Pusat Kokurikulum Nama

: Hjh. Sarebah Binti Warman

Tarikh Lahir

: 19 Mac 1959

Tempat Lahir

: Batu Pahat, Johor

Status

: Berkahwin

Bil. Anak

: 6 orang

Tarikh Lapor Di PK

: 01/02/2014

Mula Berkhidmat Di UTHM : 03/01/1999 Pendidikan

: Sarjana Pendidikan

Pengalaman Kerja

: 27 Tahun

Nama

: Dr. Mohd. Khir Bin Mohd. Nor

Tarikh Lahir

: 24 November 1983

Tempat Lahir

: Tangkak

Status

: Berkahwin

Bil. Anak

: 1 orang

Tarikh Lapor Di PK

: 01/02/2014

Mula Berkhidmat Di UTHM : 01/02/2006 Pendidikan

: PHD Applied Mechanics

Pengalaman Kerja

: 8 Tahun Nama

: Dr. Norashidah Binti Abd. Rahman

Tarikh Lahir

: 14 Ogos 1979

Tempat Lahir

: Kuala Terengganu

Status

: Bujang

Bil. Anak

:-

Tarikh Lapor Di PK

: 01/02/2014

Mula Berkhidmat Di UTHM : 01/04/2003 Pendidikan

: PHD Kejuruteraan Awam

Pengalaman Kerja

: 11 Tahun

Nama

: Sahdan Bin Ahmad @ Mohammad

Tarikh Lahir

: 28 Ogos 1979

Tempat Lahir

: Muar, Johor

Status

: Berkahwin

Bil. Anak

: 3 Orang

Tarikh Lapor Di PK

: 09/02/2014

Mula Berkhidmat Di UTHM : 01/08/2001 Pendidikan

: Diploma Pengurusan Hartanah

Pengalaman Kerja

: 13 Tahun Nama

: Zalinah Binti Salehon

Tarikh Lahir

: 22 Oktober 1975

Tempat Lahir

: Singapura

Status

: Berkahwin

Bil. Anak

: 2 Orang

Tarikh Lapor Di PK

: 15/06/2014

Mula Berkhidmat Di UTHM : 17/01/2000

4

Pendidikan

: Ijazah Sarjana Muda

Pengalaman Kerja

: 14 Tahun


PENSTRUKTURAN BARU

PUSAT KOKURIKULUM UTHM

Pusat Kokurikulum diketuai oleh Prof. Madya Dr. Haji Ahmad Bin Esa selaku Pengarah dan dibantu oleh Timbalan Pengarah iaitu Prof. Madya Nawawi Bin Jusoh. Jawatan Timbalan Pengarah telah melalui penstruturan semula Pusat Kokurikulum yang telah mendapat kelulusan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 1/2011 Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti yang telah bersidang pada 5 April 2011. Melalui penstrukturan semula Pusat Kokurikulum ini juga, 3 jawatan Ketua Jabatan iaitu Ketua Jabatan Kepimpanan, Khidmat Masyarakat, dan Pengucapan Awam, Ketua Jabatan Kesukarelawan dan Ketua Jabatan Sukan, kebudayaan dan Sastera Liberal serta Ketua Jabatan Keusahawan, Daya Usaha dan Inovasi yang dipangku oleh Timbalan Pengarah. Dibantu oleh staf bahagian pentadbiran dan kewangan serta bahagian pendbiran akademik telah diwujudkan bagi memantapkan pentadbiran Pusat Kokurikulum.

Falsafah Melalui kursus kokurikulum semua pelajar dapat mengembangkan bakat dan serta pontensi diri melalui kursus yang diceburi

Visi Menerajui Pembangunan Holistik pelajar menerusi kursus kokurikulum berkredit

Misi Melahirkan model intelek yang kompeten dan berdaya saing di arena global melalui penerapan kemahiran insaniah berteraskan kursus kokurikulum berkredit.

5


OBJEKTIF JABATAN –JABATAN DI PUSAT KOKURIKULUM UTHM

Ketua Jabatan Keusahawanan, Daya Usaha dan Inovasi 

Menawarkan sekurang-kurangnya 3 Kursus Kokurikulum Berkredit Teras Keusahawanan, Daya Usaha dan Inovasi pada setiap semester.

Memastikan sekurang-kurangnya 90% pelajar yang mendaftar Kursus Kokurikulum Berkredit Teras Keusahawanan, Daya Usaha dan Inovasi mendapat Gred A pada setiap semester.

Memastikan 90% dari kursus-kursus Kokurikulum Berkredit di bawah Teras Keusahawanan, Daya Usaha dan Inovasi menerapkan Kemahiran Insaniah, mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi (HOTs) serta melaksanakan aktiviti University Community Engagement (UCE) pada setiap semester.

Melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri usahawan, berdaya saing dan mempunyai minda pencipta.

Ketua Jabatan Kepimpinan, Khidmat Masyarakat dan Pengucapan Awam 

Menawarkan sekurang-kurangnya 3 Kursus Kokurikulum Berkredit Teras Kepimpinan, Khidmat Komuniti dan Pengucapan Awam pada setiap semester.

Memastikan sekurang-kurangnya 90% pelajar yang mendaftar Kursus Kokurikulum Berkredit Teras Kepimpinan, Khidmat Komuniti dan Pengucapan Awam mendapat Gred A pada setiap semester.

Memastikan 90% dari kursus-kursus Kokurikulum Berkredit dibawah Teras Kepimpinan, Khidmat Komuniti dan Pengucapan Awam menerapkan Kemahiran Insaniah, mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) serta melaksanakan aktiviti University Community Engagement (UCE) pada setiap semester.

Melahirkan pelajar yang mempunyai ciri kepimpinan, berwibawa dan berketerampilan.

Ketua Jabatan Sukan, Kebudayaan dan Sastera Liberal 

Menawarkan sekurang-kurangnya 3 Kursus Kokurikulum Berkredit Teras Sukan, Kebudayaan dan Sastera Liberal pada setiap semester.

Memastikan sekurang-kurangnya 90% pelajar yang mendaftar Kursus Kokurikulum Berkredit Teras Sukan, Kebudayaan dan Sastera Liberal mendapat Gred A pada setiap semester.

Memastikan 90% dari kursus-kursus Kokurikulum Berkredit di bawah Teras Sukan, Kebudayaan dan Sastera Liberal menerapkan Kemahiran Insaniah, mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi (HOTs) serta melaksanakan aktiviti University Community Engagement (UCE) pada setiap semester.

Melahirkan pelajar yang berbakat dalam bidang sukan, seni dan serba boleh serta berpeluang menjadi pelapis kepada atlet, budayawan dan pemikiran negara.

Ketua Jabatan Kesukarelawanan 

Menawarkan sekurang-kurangnya 3 Kursus Kokurikulum Berkredit Teras Kesukarelawanan pada setiap semester.

Memastikan sekurang-kurangnya 90% pelajar yang mendaftar Kursus Kokurikulum Berkredit Teras Kesukarelawanan mendapat Gred A pada setiap semester.

Memastikan 90% dari kursus-kursus Kokurikulum Berkedit di bawah Teras Kesukarelawanan menerapkan Kemahiran Insaniah, mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) serta melaksanakan aktiviti University Community Engagement (UCE) pada setiap semester.

Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat patriotisme, sayang dan cintakan negara.

6


Kemahiran Insaniah atau Soft Skills merupakan kemahiran generik yang merentasi pelbagai aspek pembelajaran. Kemahiran ini merangkumi aspek individu dan kerja kumpulan yang perlu dikuasai oleh graduan untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan dan menjadi pekerja yang berkesan dalam pelbagai organisasi. Selaras dengan kepentingannya, Kementerian Pendidikan Tinggi telah memperkenalkan tujuh elemen utama Kemahiran Insaniah yang perlu diterapkan kepada pelajar di IPT, Jadual 1. Keberkesanan penerapan Kemahiran Insaniah dalam kalangan pelajar ini perlu diukur tahap penguasaannya. Justeru 1 instrument dikenali Skala Kemahiran Insaniah Malaysia (Malaysia Soft Skill Scale) MY3S telah dibangunkan untuk mengukur tahap penguasaan Kemahiran Insaniah dalam kalangan pelajar IPT di Malaysia. 1.

Kemahiran Berkomunikasi

2.

Kemahiran Kerja Berpasukan

3.

Kemahiran Kerja Berpasukan

4.

Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat

5.

Kemahiran Keusahawanan

6.

Moral dan Etika Profesional

7.

Kemahiran Kepimpinan Jadual 1 : Tujuh Elemen Kemahiran Insaniah

UCE - University Community Engagement 

UCE ialah aktiviti pendampingan diantara pelajar dan masyarakat di sepanjang tempuh pengajian mereka di IPTA.

UCE dapat memberi kesan yang tinggi pada masyarakat dalam penerapan Kemahiran Insaniah pelajar IPTA.

UCE memainkan peranan dalam pembangunan masyarakat setempat bagi mengubah tahap sosio-ekonomi masyarakat selari dengan ‘Plan Tranformasi Sosial’.

UCE pelajar berperanan sebagai Change Agent yang menghubungkan IPTA dengan Komuniti. 7


BERITA PUSAT KOKURIKULUM

UTHM LAKSANA KURSUS LIBERAL ART MENERUSI KOKURIKULUM Pusat Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mula menawarkan kursus berteraskan Liberal Arts pada Februari 2014 sebaik bermula semester 2 bagi sesi pengajian 2013/2014. Penawaran kursus kokurikulum tersebut telah memberi lebih pilihan kepada pelajar UTHM untuk mengikuti Kursus Kokurikulum Berkredit selain daripada kursus yang berteraskan Keusahawanan, Kepimpinan, Kesukarelawanan, Daya Usaha dan Inovatif, Kebudayaan, Sukan dan Pengucapan Awam. Idea memperkenalkan kursus kokurikulum berteraskan Liberal Arts dicetuskan oleh Naib Canselor UTHM, Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin. Beliau berpendapat kursus berteraskan Liberal Arts dapat menjadi pemangkin dalam melahirkan pelajar seimbang daripadas segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial terutamanya apabila program di UTHM kebanyakannya berteraskan disiplin kejuruteraan. Kementerian Pendidikan sebelum ini turut merangka memperkenalkan pengajian ilmu liberal sebagai sebahagian modul di universiti tempatan, selaras pelaksanaan Pelan Pembangunan Pengajian Tinggi 2015-2025. Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk memperkasa pengetahuan pelajar dalam bidang kemanusiaan dan sosial, sekali gus mengimbangi pengajian sains dan teknologi di peringkat insitusi pengajian tinggi (IPT). Ilmu liberal ini memberi pengetahuan lebih meluas dalam pelbagai bidang seperti alam sekitar, sosial dan kemanusiaan, selain sejarah, agama dan seni. Menurut Pengarah Pusat Kokurikulum UTHM, Profesor Madya Dr Ahmad Esa, antara kursus kokurikulum berteraskan Liberal Arts yang ditawarkan ialah Sains Politik, Pendidikan Wanita, Sukan dan Kecerdasan, Kewartawanan dan Kekeluargaan. Pusat Kokurikulum UTHM juga sedang menggubal kursus berkaitan Alam Sekitar, Budaya dan Ekonomi Antarabangsa. Daripada segi perlaksanaan, kokurikulum Liberal Arts adalah berlainan dengan kursus kokurikulum yang lain. Strategi pengajaran adalah melalui ceramah perdana yang disampaikan oleh tokoh-tokoh berwibawa dalam bidang seni, budaya, sukan, politik, kewartawanan dan kekeluargaan. Pelajar seterusnya diminta untuk melaksanakan kajian dan penerokaan lanjut, membuat pemerhatian dan temu bual, menyelesaikan kajian kes, mengadakan diskusi dalam kumpulan kecil, menyedia dan membentang laporan. Berdasarkan strategi pengajaran sedemikian rupa, pelajar akan memperoleh ilmu, kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Oleh itu, falsafah kokurikulum adalah pelengkap kepada kurikulum dalam menghasilkan pelajar wassatiyah dapat dijelmakan menjadi realiti. Sehubungan dengan cadangan memperkenalkan pengajian ilmu liberal atau liberal Arts di universiti tempatan oleh Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Zaini Ujang, UTHM menyambutnya dengan keyakinan positif bahawa kursus tersebut dapat memenuhi pengisian Pelan Pembangunan Pengajian Tinggi 2015-2025 sekaligus menghasilkan modal insan kelas pertama untuk memenuhi keperluan pasaran pekerjaan negara dan antarabangsa.

8


Mobiliti Tinjau Pelaksanaan Konsep Kuliah Kerja Nyata (KKN) Di Indonesia

Bagi meninjau Konsep Kuliah Kerja Nyata (KKN) dengan lebih mendalam, Pusat Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan satu program mobiliti pengajar Khidmat Masyarakat ke Universitas Negeri Yogjakarta dan Universitas Gadjah Mada, Indonesia pada 26 Februari hingga 3 Mac lalu. Kerja Nyata (KKN) yang telah dijalankan di kedua-dua Universiti tersebut untuk diterapkan ke dalam kursus khidmat masyarakat yang ditawarkan oleh Pusat Kokurikulum, UTHM. Kursus KKN yang menekankan kemahiran insaniah pelajar ini mula diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Universitas Gajah Mada. Kursus yang melibatkan tiga jam kredit ini dijadikan kursus wajib yang perlu diambil pada setiap semester akhir pengajian. Kursus ini menuntut pelajar untuk bersama komuniti selama dua bulan bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan mengikut tema tertentu seperti keusahawanan, kebudayaan, pendidikan dan sosial. Di akhir kursus, pelajar perlu mendokumenkan segala pengalaman mereka dalam bentuk penulisan, gambar dan juga video untuk penilaian. Program mobiliti pengajar kali pertama yang diadakan ini diwakili oleh Pusat Kokurikulum Puan Sarebah Warman dan Dr. Marlina Muhamad dari Pusat Kokurikulum. Kehadiran kedua-dua tenaga pengajar ini disambut dengan taklimat oleh wakil kedua- dua universiti tersebut iaitu Bapak Triatmanto, Ketua Pusat Pengelolaan KKN dan Pengembangan Wilayah Terpadu dari Universiti Negara Yogjakarta dan Dr. Irfan Dwidya Prijambada, Timbalan Ketua Kuliah Kerja Nyata dari Universiti Gajah Mada. Sepanjang program ini, wakil UTHM telah dibawa melawat lokasi aktiviti KKN yang sedang dijalankan iaitu di Desa Gading Sari, Bantul, Indonesia. Lebih menarik lagi, mereka juga berpeluang melihat dua hasil kerja KKN di kawasan Gunung Kidul yang telah diselesaikan pada tahun 2010 tetapi impaknya masih terus dinikmati oleh penduduk desa di kawasan Gunung Kidul, Indonesia. Projek KKN yang telah dijalankan di kawasan tersebut adalah projek sistem pengairan ke rumah-rumah penduduk dari punca sumber air sungai yang dijana menggunakan sistem solar dan projek sistem pengairan dari punca bawah tanah yang dijana menggunakan sistem elektrik. Di samping itu, mereka juga berpeluang melawat hasil projek pendidikan KKN yang melibatkan pengurusan sebuah rumah yang telah dijadikan sebagai pusat pembelajaran bagi desa tersebut. Hasil dari program mobiliti ini, wakil UTHM telah mendapat sedikit sebanyak pendedahan dalam pelaksanaan KKN di Indonesia. Ianya diharap dapat memberi input yang bermanfaat terhadap pelaksanaan kursus Khidmat Masyarakat di UTHM.

Pusat KokurikulumUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia

9

BERITA PUSAT KOKURIKULUM

Program ini adalah bertujuan untuk mendalami pelaksanaan Kuliah


100 PELAJAR RELASIS SERTAI UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK RELA 100 pelajar Briged Siswa Siswi RELASIS bersama 20 orang Pegawai Kehormat (RELA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjalani program Ujian Menembak RELA (UKMR) pada 16 Mei lalu yang diadakan di Lapang Sasar,Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan (PLRWS), Sungai Udang ,Melaka.

BERITA PUSAT KOKURIKULUM

Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengenalan dan cara-cara mengendalikan senjata api, panduan serta kefahaman berkaitan tatacara mengurus tadbir aktiviti serta latihan mengikut modulmodul yang telah ditetapkan dalam RELASIS. Latihan tersebut melibatkan penggunaan senjata Colt M-16 dan pistol Glock 9 mm melalui bimbingan Pegawai- pegawai RELA Daerah (PRD) negeri Johor dan pegawai bertugas dari Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan (PLRWS) Sungai Udang Melaka. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah RELA negeri Johor iaitu TPjR Haji Zaini Haji Jamari. Turut hadir, PPjKR Haji Yacub Md Jeni, Komandan RELA Melaka; PPjR Profesor Madya Kamarudin Khalid, Timbalan Komandan (Bahagian Operasi) RELASIS UTHM dan Prof. Madya Dr. Ahmad Esa, Superintendent (Kehormat RELA) yang juga Pengarah Pusat Kokurikulum. Tumpuan utama turut mengambil kira sesi latihan mencegah serta langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi oleh setiap anggota bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini dari berlaku. Sepanjang kursus ini juga, para peserta diberi peluang merasai pengalaman sendiri dalam menyertai program menembak oleh jurulatih yang telah ditetapkan. Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan lagi dari masa ke semasa bagi memberi peluang kepada pelajar RELASIS dan anggota RELA menonjolkan bakat masing-masing untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

27 PELAJAR BARU UTHM TERUJA BERAMAL DI ZOO JOHOR BAHRU JOHOR BAHRU - Seramai 27 pelajar tahun satu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh Jaya, teruja apabila berpeluang mendekati haiwan liar menerusi program insaniah 'Insight Zoo' di Zoo Johor, semalam. Pengarah Projek, Siew Wei Tang, 21, berkata, program selama dua hari itu secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri peserta untuk berdepan dengan cabaran sewaktu ditugaskan membersihkan kandang haiwan liar. Menerusi program ini pelbagai aktiviti dianjurkan termasuk gotong - royong membersihkan persekitaran zoo dan kandang haiwan seperti singa, harimau, rusa, burung dan haiwan lain. "Aktiviti seperti ini bukan hanya memberi pengalaman baru pada kami, tetapi dapat meningkatkan keyakinan diri agar lebih berani", katanya. Bagi pelajar Tahun satu, Nurul Alyani Zainol Abidin, 20, mengakui penyertaan di dalam program itu membuatkan dirinya berasa teruja untuk menyertai lebih banyak aktiviti kemasyarakatan. "Sebelum ini saya tidak pernah ikuti aktiviti seperti ini dan berasa amat berasa amat teruja apabila berpeluang menyertai program Insight Zoo. "Saya berasa amat seronok dan teruja untuk melakukan lebih banyak aktiviti berbentuk kemasyarakatan seperti ini", katanya. Semetara itu, Penasihat Program Insight Zoo, Hasniza Mustafa berkata, program ini anjuran Pusat Kokurikulum UTHM itu merupakan sebahagian daripada syarat lulus pelajar bagi kursus Khidmat Masyarakat. "Ini merupakan program tahunan kita sebagai sebahagian daripada syarat lulus pelajar yang bertujuan memupuk semangat insaniah dalam diri mereka. "Dalam kursus ini merangkumi pelbagai elemen dan menerusi program ini kami ingin tonjolkan pendedahan mengenai alam sekitar agar mereka lebih menghargai perkara disekeliling mereka," katanya. Katanya, peserta program turut mengambil inisiatif mewujubkan 'UTHM Corner' dengan menceriakan semula zoo berkenaan di samping mengedarkan risalah kempensayangi haiwan keepada pengunjung.

10

(Sumber dari Sinar Harian 21 April 2014 M/S 18)


JOHOR BAHRU 3 Jun - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menyasarkan untuk mendapatkan pensijilan MS ISO 9001:2008 menerusi Projek Rakan Komuniti Khidmat Masyarakat UTHM 2014-2016 dengan menjadikan Taman Cendana, Pasir Gudang, dekat sini sebagai Taman Contoh. Pengarah projek, Noor Zahin Sukor berkata, bagi mencapai sasaran tersebut, pihaknya merangka beberapa program dan aktiviti bersesuaian sepanjang dua tahun projek itu diadakan. Beliau berkata, antara yang diberi fokus termasuk aspek berkaitan kepemimpinan, keselamatan, kemahiran, kebersihan, kesihatan, sukan, ekonomi dan pendidikan. "Semua program dan aktiviti yang dijalankan oleh mahasiswa ini akan melibatkan penyertaan daripada pemimpin dan masyarakat setempat seperti program motivasi, kursus keusahawanan, kempen kebersihan, aktiviti gotongroyong dan kitar semula. "Sepanjang tempoh projek berlangsung, mahasiswa terlibat juga akan membuat kajian dan menghasilkan buku tentang projek ini. Oleh itu, kita sasarkan memperoleh pensijilan MS ISO 9001:2008 de-ngan menjadikan Taman Cendana, Pasir Gudang sebagai Taman Contoh," katanya selepas pelancaran projek berkenaan di Dewan Taman Cendana di sini baru-baru ini. Majlis pelancaran projek tersebut disempurnakan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang disaksikan Naib Canselor UTHM, Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad. Noor Zahin berkata, projek khidmat masyarakat yang menawarkan satu jam kredit di bawah kursus kokurikulum itu yang disertai seramai 106 mahasiswa daripada pelbagai jurusan pengajian akan dite-ruskan mahasiswa lain pada tiga semester akan datang. Beliau berkata, bagi merapatkan hubungan antara UTHM dan masyarakat setempat, mahasiswa terlibat turut diambil sebagai anak angkat bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti yang dianjurkan. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20140604/wj_01/UTHM-sasar-dapat-sijilISO#ixzz33dw1ZvGU

11

BERITA PUSAT KOKURIKULUM

RAKAN KOMUNITI KHIDMAT MASYARAKAT UTHM 2014-2016


BERITA PUSAT KOKURIKULUM

KURSUS PENOLONG JURULATIH KEBANGSAAN

Tanggal 6 hingga 12 hb April, 2014 telah berlangsung Kursus Penolong Jurulatih Kebangsaan (CALT) 2014 anjuran Pasukan Latihan Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia bersama Pusat Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di mana kursus elit ini telah diadakan di Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Kursus ini antara objektifya adalah bertujuan melatih pemimpin pengakap agar menjadi Jurulatih/Pen. Jurulatih yang berilmu dan berdedikasi agar dapat mendidik anak bangsa tentang ilmu kepengakapan dan menjadi modal insan yang berjaya sebagaimana cogankata ‘Pengakap Mentranformasi Generasi’ yang unggul. Jumlah keseluruhan peserta ialah seramai 156 orang, 7 dari Taiwan, 2 dari Maldives. Dan selebihnya dari seluruh Negara. Kursus ini telah dihadiri oleh Syd Castillo –Director of Youth Programme, dari ibu pejabat Asia Pacific Region-World Organisation Scout Movement Terdapat 5 Pengarah Kursus iaitu Tuan Mejar Mohd Khir Bin hj Muda (Kumpulan 31Banang), Tuan Hj Mohd Zulkifli Bin Dato’ Hj Maulud (Kumpulan 32-Jerai), Tuan Hj Khairil Bin Sulaiman (Kumpulan 33-Lambak), En Saiful Azlan bin Azimat (Kumpulan 34-Ledang), dan Tuan Haji Razak Bin Hj Shahidan (Kumpulan 35-Tahan). Selain dari itu, seramai 20 orang pembimbing telah dijemput untuk menjadi pembimbing kepada kumpulan-kumpulan yang telah dibahagikan dalam kursus tersebut. Pengerusi Kursus iaitu YBhg Dato’ Paduka Hj Abdul Shukor Mohsin, Pesuruhjaya Latihan Negara dalam ucapan ‘soft opening’ kursus, memaklumkan bahawa inilah Kursus Penolong Jurulatih Kebangsaan (CALT) yang julung kali diadakan di IPTA mendapat sambutan yang hebat dari seluruh negara dan luar negara sejak tahun 2010 CALT di negeri Sabah. YBhg Dato’ Paduka juga menyarankan kepada semua peserta supaya menjaga tatasusila, sahsiah perlakuan diri serta kehormatan pengakap disepanjang kursus tersebut yang diadakan di Pusat Pengajian Tinggi Awam.

12

Pada majlis penutup kursus, YH Dato’ Dr Muhammad Shahrum Bin Osman Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara telah sudi merasmikannya dan menyampaikan sijil-sijil penghargaan, sijil penyertaan dan hadiah kepada peserta-peserta kursus. Turut bersama dalam majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTHM iaitu Profesor Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim, Pengarah Pusat Kokurikulum Prof. Madya Dr. Ahmad bin Esa serta Dr Mohd Khir bin Mohd Nor Ketua Jabatan (Kesukarelawanan) Pusat Kokurikulum.


MESRA SEDESA Pada

25

April

Tarannum,

2014,

Kursus

Kursus

Kemahiran

Quran, Kursus Sembelihan Dalam Islam, Kursus Pengurusan Jenazah, Kursus Imam & Muazzin dan Kursus Perkahwinan telah bergabung tenaga menganjurkan

program

“Mesra

Sedesa” bertempat di Kg. Parit Saidi, Senggarang.

“Mesra

BERITA PUSAT KOKURIKULUM

Program

Sedesa”

merupakan aktiviti kemasyarakatan yang

menumpukan

kepada

masyarakat Islam di kampung tersebut dengan menjalankan aktiviti seperti sembelihan, pembelajaran Al-Quran, pengurusan jenazah, tarannum dan perkahwinan

Islam.

Program

ini

memberi peluang kepada mahasiswa khususnya dan penduduk kampung umumnya untuk mengendalikan sendiri aktiviti secara realiti bukan sekadar teori semata-mata. Daripada program ini juga dapat diukur

sejauh

mana

tahap

pembelajaran dan pemahaman yang diperoleh oleh mahasiswa sepanjang modul kursus dijalankan. Program

ini

telah

mendapat

kerjasama

yang baik khususnya

daripada kalangan pemimpin dan masyarakat setempat. Ahli Aewan Undangan

Negeri

(ADUN)

Senggarang iaitu YB A.Aziz bin Ismail telah sudi menyempurnakan majlis perasmian . 13


LAWATAN KERJA KE PUSAT KOKURIKULUM DI IPTA SEKITAR LEMBAH

LAWATAN AKADEMIK

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA 12/12/2014

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 10/12/2013

UNIVERSITI ISLAM MALAYA 11/12/2014

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 12/12/2014 14


LAWATAN KERJA KE PUSAT KOKURIKULUM DI IPTA SEKITAR PULAU PINANG POLITEKNIK SEBERANG PERAI 18/06/2014

UITM PULAU PINANG 18/06/2014

LAWATAN AKADEMIK

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 17/06/2014

LAWATAN KERJA KE PUSAT KOKURIKULUM DI UNIVERISTI MALAYSIA SABAH 26/06/2014

15


05 MAC 2014 - LAWATAN PUSAT KOKURIKULUM UTHM MENGENAI KURSUS KOKURIKULUM BRASSBAND DI TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR

LAWATAN KERJA KOKURIKULUM (AKADEMIK) PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMAJUAN PELAJAR DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) 26 JUN 2014

16


MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN DI ATAS PERKHIDMATAN CEMERLANG SEPANJANG TAHUN 2013 DI PUSAT KOKURIKULUM UTHM

17


Klinik Keusahawanan Muda

PROGRAM-PROGRAM SEPANJANG SEM II SESI 2013/2014

Lawatan Akademik Fotografi

2 – 3 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Keusahawanan Seksyen 4 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di SK Sri Gading dan disertai oleh 27 orang pelajar berserta pengajar Tn Hj Zuikarnain bin Daud.

30-31 Mei 2014— Dianjurkan oleh Kursus Fotografi Seksyen 2 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Cameron Highlands dan disertai oleh 24 orang pelajar berserta pengajar En Jaafar bin Mohamad. Motivasi Masih Ada Sinar Jalinan Kasih Semanis Ukhwah 22 Mei 2014— Dianjurkan oleh Kursus Bola Tampar Seksyen 2 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di SMK Permata Jaya dan disertai oleh 38 orang pelajar berserta pengajar En jamil bin Baser.

30-31 Mei 2014— Dianjurkan oleh Kursus Khidmat Masyarakat Seksyen 2 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di SK Seri Merlong dan disertai oleh 24 orang pelajar berserta pengajar Dr Haziman bin Wan Ibrahim.

Program Keluarga Sakinah Khidmat Masyarakat Dalam Pertandingan Catur 24 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Catur dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di UteM, Melaka dan disertai oleh 28 orang pelajar berserta pengajar Prof. Madya. Dr Mohd Arif bin Agam.

Ramah Mesra & Khidmat Masyarakat UTHM

25 - 26 April 2014—Dianjurkan oleh Kursus Perkahwinan Dalam Islam S1 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Kg Parit Saidi, Senggarang dan disertai oleh 31 orang pelajar berserta pengajar Ustaz Baharudin bin Yaman.

Step To Success 30 April 2014—Dianjurkan oleh Kursus Bola Tampar Seksyen 2 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di SMK Taman Putri, Kulaijaya dan disertai oleh 41 orang pelajar berserta pengajar En Jamil bin Abd Baser.

1 – 2 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Khidmat Masyarakat Seksyen 1 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Kg Tengah, Rengit dan disertai oleh 29 orang pelajar berserta pengajar En Ahmad Khirul Nizam bin Ali. Jom Bertaranum 26 April 2014—Dianjurkan oleh Kursus Taranum dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Kg Parit Saidi, Senggarang dan disertai oleh 28 orang pelajar berserta pengajar Ustaz Abdi Aziz bin Ahmad.

Program Kemasyarakatan Ke Arah Transformasi Usahawan Kecil 24 Mei 2014— Dianjurkan oleh Kursus Keusahawanan Seksyen 2 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Parit Sulong dan disertai oleh 28 orang pelajar berserta pengajar En Abd Rasid bin Abdul

18

Desamu Di Hatiku 2 – 3 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Khidmat Masyarakat Seksyen 9 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Kg Desa Temu Jodoh. Chaah dan disertai oleh 24 orang pelajar berserta pengajar Pn Hasniza binti Mustafa.

Khidmat Masyarakat Bola Jaring 24 April 2014—Dianjurkan oleh Kursus B ola Jarin g d enga n kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di SK Parit Sulong dan disertai oleh 18 orang pelajar berserta pengajar Puan Norhaiza binti Tahir.


Klinik & Pertandingan Bolasepak 7 sebelah Terbuka

26 April 2014—Dianjurkan oleh Kursus Kemahiran Al Quran, Pengurusan Jenazah dan Sembelihan Dalam Islam dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Kg Parit Saidi, Senggarang disertai oleh 82 orang pelajar berserta pengajar Ustaz Norhakim bin Mohd Ismon, Ustaz Kamal Izhar bin Kamarulzaman dan Ustaz Abdi Aziz bin Ahmad.

Ramah Mesra & Khidmat Masyarakat UTHM 1 – 2 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Khidmat Masyarakat Seksyen 1 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Kg Tengah, Rengit dan disertai oleh 29 orang pelajar berserta pengajar En Ahmad Khirul Nizam bin Ali.

Perkhemahan Asas Pertolongan Cemas & Khidmat Masyarakat 25-26 April 2014—Dianjurkan oleh Kursus Pengakap Kelamasiswa Seksyen 1 & 2 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di ORICC & Bandar Universiti dan disertai oleh 45 orang pelajar berserta pengajar En Abd Hadi bin Mohamed Zainal dan En Hanafi bin Omar. Khidmat Masyarakat Relasis I & II Salam Haramain 2014 15 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Umrah & Haji dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di sekitar Parit Raja disertai oleh 22 orang pelajar berserta pengajar En Rohizam bin Yatim.

3 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus RELASIS I & II dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Kg Pt Jelutong dan disertai oleh 32 orang pelajar berserta pengajar dari Ikatan Relawan Rakyat Malaysia.

Klinik Asas Badminton Bersama UTM 16 Mei 2014– Dianjurkan oleh Kursus Badminton dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di UTM Skudai disertai oleh 28 orang pelajar berserta pengajar En Sazali bin Suratman. Program Keusahawanan Mahasiswa Cemerlang Sehari Bersama Pelajar Sekitar Parit Raja

7 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Keusahawanan Seksyen I dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di SMK Permata Jaya, Rengit, Johordan disertai oleh 32 orang pelajar berserta pengajar Dr Alias bin Masek.

10 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus SISPA II dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di sekitar Parit Raja disertai oleh 22 orang pelajar berserta pengajar En Rohizam bin Yatim.

Khidmat Sukarela Sempena Kejohanan Rakan Wajadiri 9 - 10 Mei 2014—ianjurkan oleh Kursus Silat Cekak Hanafi dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Dewan Sultan Ibrahim UTHM disertai oleh 23 orang pelajar berserta pengajar En Khairulakmal bin Kamaludin

Klinik Sepak Takraw

Insight Zoo

16–7 Mei 2014—Ddianjurkan oleh Kursus Sepak Takraw dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di SK Seri Paya disertai oleh 21 orang pelajar berserta pengajar

18 – 19 April 2014—Dianjurkan oleh Kursus Khidmat Masyarakat Seksyen 7 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Zoo Johor, Kluang dan disertai oleh 26 orang pelajar berserta pengajar Pn Hasniza binti Mustafa.

En Norazizi bin Hamisan.

19

PROGRAM-PROGRAM SEPANJANG SEM II SESI 2013/2014

9 - 10 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Bolasepak Seksyen 1 & 2 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Padang B UTHM disertai oleh 52 orang pelajar berserta pengajar En Mohd Hazrul Fadli bin Mohd Yusoff.

Program Mesra Se Desa


PROGRAM-PROGRAM SEPANJANG SEM II SESI 2013/2014

Pembelajaran Hoki di SK Sri Gading

A picture Worth A Thousand Words

Projek Rakan Komuniti UTHM 2014

10 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Hoki Seksyen 1,2 dan 3 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di SK Seri Gading dan disertai oleh 81 orang pelajar berserta pengajar En Firdaus bin Mohd dan Pn Nuur Nasyrah binti Mat Hassan.

22-24 Mei 2014— Dianjurkan oleh Kursus Fotografi Seksyen 1 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Pulau Tioman dan disertai oleh 23 orang pelajar berserta pengajar En Mohd Hanas bin Jaafar.

22-24 Mei 2014— Dianjurkan oleh Kursus Khidmat Masyarakat seksyen 3,4,5 & 6 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Taman Cendana, Pasir Gudang dan disertai oleh 117 orang pelajar berserta pengajar dari En Mohd Suhaimi bin

Bengkel Larian Jarak Jauh 10 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Olahraga Balapan Seksyen 1 dan 2 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Kampus Induk UTHM dan disertai oleh 82 orang pelajar berserta pengajar Pn Marina binti Shazan Amir.

Rakaman & Khidmat Masyarakat Videografi 10 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Videografi dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Hutan Lipur Gunung Berlumut dan Tadika Kmeas Permai Kluang disertai oleh 32 orang pelajar berserta pengajar En Mohd Norasri bin Ismail.

Kursus Asas Arus Deras & Menyelamat Di Air 30-31 Mei 2014— Dianjurkan oleh Kursus Kayak dengan kerjasama UTHM di Kem Rekreasi Sg Sedim dan disertai oleh 20 orang pelajar berserta pengajar En Shaid bin Jaafar.

Pertandingan Golf Tertutup 2014 23 - 24 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Golf Seksyen 5 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Lapang Sasar Golf UTHM dan disertai oleh 38 orang pelajar berserta pengajar Tn Hj Mokhatar bin Mohd.

Konservasi Alam 22-24 Mei 2014— Dianjurkan oleh Kursus Treking Seksyen 1,2,3 & 4 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Pantai Pasir Lanun dan disertai oleh 86 pelajar berserta pengajar En Ainul Ezwan bin Hassan, En Zuraini bin Tasri, Cik Yazilah

Lawatan Ke Istana Budaya 2 Jun 2014—Dianjurkan oleh Kursus Apresiasi Penulisan Creatif dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Istana Budaya KL dan disertai oleh 19 orang pelajar berserta pengajar Pn Suriayati binti Baharom.

Bengkel Asas Sukan Tenis 18 Mei 2014— Dianjurkan oleh Kursus Tenis Seksyen 2 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di SMK Sri Gading dan disertai oleh 41 orang pelajar berserta pengajar dari En Hafiz bin Mohd Zaini.

20

Pertandingan Noveltys Golf Tertutup 2014 30 - 31 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Golf Seksyen 2 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Lapang Sasar Golf UTHM dan disertai oleh 25 orang pelajar berserta pengajar Tn Hj Mokhatar

Rakaman MTUN 22-25 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Fotografi Seksyen 2 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di sekitar kampus UTHM dan disertai oleh 24 orang pelajar berserta pengajar En Jaafar bin Mohamad.


Lawatan Keusahawanan

Bengkel Asas Sukan Tenis 10 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Tenis Seksyen 2 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Gelanggang Tenis dan disertai oleh 38 orang pelajar berserta pengajar dari En Hafiz bin Mohd Zaini.

Kursus Kepengadilan Ragbi MRU Thp 1 2 – 3 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Keusahawanan Seksyen 4 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Kampus UTHM dan disertai oleh 18 orang pelajar berserta pengajar En Shaiful Rizal bin Masrol. Malam Gema Paluan Anak Seni

Lawatan Fotografi

29 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Kompang dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Pentas Terbuka UTHM disertai oleh 22 orang pelajar berserta pengajar En Mohd Nizam bin Talib.

16 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Fotografi Seksyen 2 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Cameron Highlands disertai oleh 28 orang pelajar berserta pengajar En Jaafar bin Mohamad.

Kursus Kejurulatihan Taekwondo 9 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Taekwondo Seksyen 1,2 & 3 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Dewan Badminton dan disertai oleh 78 orang pelajar berserta pengajar En Prakash Kumar a/l Chinappan dan En Sasidharan a/ l Ramasamy.

Lawatan Konsert “Bintang Mencari Bintang” 30 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Muzik Moden dan Koir dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Seri Pentas TV3 dan disertai oleh 41 orang pelajar berserta pengajar Pn Norzalinda binti Za’aba.

Karnival Bola Jaring Antara Fakulti 16 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Bola Jaring Seksyen 2 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Kampus UTHM disertai oleh 38 orang pelajar ber serta p e nga jar D r Mimi Mohaffyza binti Mohamad.

21

PROGRAM-PROGRAM SEPANJANG SEM II SESI 2013/2014

1 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Keusahawanan Seksyen 3 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Bandaraya Johor Bahru dan disertai oleh 32 orang pelajar berserta pengajar Cik Nurul Nadiah binti Ismail.


PROGRAM-PROGRAM SEPANJANG SEM II SESI 2013/2014

Perjumpaan bersama Ketua-ketua Jabatan Kokurikulum 16 Februari 2014– Dianjurkan oleh Pusat Kokurikulum UTHM di Bilik Seminar PKK disertai oleh penyelaras setiap kursus kokurikulum (35 penyelaras) bersama-sama dengan setiap ketua jabatan mengikut teras masingmasing (9 teras). dianjurkan oleh Pusat Kokurikulum UTHM di Bilik Seminar PKK disertai oleh penyelaras setiap kursus kokurikulum (35 penyelaras) bersama-sama dengan setiap ketua jabatan mengikut teras masingKonsert “Muzikku Jiwaku” 23 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Muzik Moden dan Koir dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di DTMI UTHM dan disertai oleh 41 orang pelajar berserta pengajar Pn Norzalinda binti Za’aba.

Kursus Penolong Jurulatih Kebangsaan Persekutuan Pengakap Malaysia 6 - 12 April 2014– Dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Perpustakaan Tunku Tun Aminah disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara (320 peserta) dan dikendalikan oleh pelajar kursus Kelana Siswa (25 pelajar) berserta pengajar.

Taklimat Pengajaran Kokurikulum Semester II 2013/2014 17 Februari 2014—Dianjurkan oleh Pusat Kokurikulum UTHM di Bilik Seminar 2 FKEE disertai oleh semua pengajar kursus kokurikulum (115 pengajar) untuk semester II 2013/2014 bersama-sama dengan pihak pengurusan Pusat Kokurikulum.

Lawatan Akademik Kursus Teater 18 – 19 April 2014—Dianjurkan oleh Kursus Teater dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Geleri FINAS dan KL Pac Kuala Lumpur disertai oleh 32 orang pelajar berserta pengajar Pn Azleen binti Sulaiman.

Kejohanan Ping-pong Terbuka 24 Mei 2014—Dianjurkan oleh Kursus Ping-pong Seksyen 2 dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Gelanggang Serbaguna UTHM dan disertai oleh 27 orang pelajar berserta pengajar dari En Hasran bin Haron.

22


BENGKEL SENITARI TRADISI DAN KREATIF SERTA KERJAYA

Bengkel Senitari Tradisi dan Kreatif serta kerjaya seni teater dan tari untuk guru sekolah para pelajar sekolah kawasan Endau Mersing di Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Hussein Endau Mersing Johor telah berlangsung pada 23 mei 2014 bertempat di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Hussein Endau Mersing Johor yang di anjurkan oleh kumpulan pelajar dari Senitari Tradisi dan Kreatif Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Aktiviti seperti ini yang melibatkan pelajar Universiti dengan guru sekolah, para pelajar sekolah dan masyarat sangat penting untuk membantu dalam pembangunan pendidikan tentang ilmu kebudayaan dan kesenian kepada masyarakat setempat. Aktiviti Bengkel senitari tradisi dan kreatif dan teater tari kepada guru sekolah dan para pelajar sekolah berlangsung dari jam8.00pagi hingga 11.00malam. Bengkel ini terbahagi kepada 4 segment. Segment pertama iaitu pengenalan asas tari dan teater tari, segment kedua penerapan asas pengarahan dan koreografi tari dan teater tari kepada peserta, segment ketiga pembentukkan kumpulan dan membuat latihan persembahan dan segment empat membuat persembahan akhir sebagai tanda peserta memahami semua ilmu yang disambaikan. Seramai 20orang guru dan 40orang pelajar yang terlibat dalam bengkel ini tidak termasuk pelajar UTHM seramai 20orang. Keseluruhannya 80 orang yang terlibat dalam bengkel ini. Pelajar kelas Senitari Tradisi dan Kreatif telah mendapat tajaan makanan dan minuman untuk peserta dan urusetia sebanyak 100 bungkusan makanan dan minuman. Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan seni budaya kepada masyarakat terutama guru dan para pelajar tentang masa depan yang cerah dalam bidang ini dan peluang menyambung pengajian tinggi dalam bidang seni ini semakin meluas dan mahu para guru dapat memahami ilmu tari serta teater dan dapat membawanya ke kelab seni budaya mereka untuk diajar pula kepada para pelajar dan ahli kelab kebudayaan mereka. Melihat pada segment empat dalam bengkel ini, matlamat dan objektif bengkel ini sudah tercapai apabila para peserta dapat membuat satu persembahan yang sangat menarik dan dapat menerap segala ilmu yang diajar oleh pelajar kelas senitari tradisi dan kreatif Pusat Kokurikulum UTHM ini. Program seperti ini harus diteruskan agar masyarakat desa dapat mengetahui tentang perkembangan pendidikan dan kemahiran seperti seni persembahan iaitu tarian, teater, muzik dan penulisan, yang mana bidang ini sudah semakin berkembang dan menjadi bidang profesnal yang menjamin masa depan anak – anak bangsa.

23

BERITA PUSAT KOKURIKULUM

dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM dan Kelab Warisan UTHM dibawah pembimbing dan penasihatnya iaitu En. Rosdi Bin Abdullah (Pensyarah Kokurikulum dan staf Kebudayaan di Unit Kebudayaan P3P), yang dirasmikan oleh Pengerusi persatuan seni guru – guru kawasan Endau Puan Marlina Bt Abdul.


AKTIVITI STAF

AKTIVITI RIADAH KELAB STAF PUSAT KOKURIKULUM GOTONG ROYONG & TAZKIRAH

24


AKTIVITI RIADAH KELAB STAF PUSAT KOKURIKULUM BOWLING

AKTIVITI STAF 25


CORETAN

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PUSAT KOKURIKULUM UTHM 11 MEI 2014

26


JASAMU AMAT DIKENANG BARANG YANG LEPAS JANGAN DIKENANG 18 MAC 2014 - MAJLIS PERPISAHAN KETUA JABATAN DAN PENOLONG PENGAWAI TADBIR PUSAT KOKUIRKULUM

Nama

Data

: Mahyuzie Bin Jenal

Jawatan : Katua Jabatan Tempoh Berkhidmat Di Pusat Koko : 2012 - 2014

Nama

: Rosmaidi Bin Sahlal

Jawatan : Penolong Pembantu Tadbir

Data

Tempoh Berkhidmat Di Pusat Koko : 2011 - 2014

18 MAC 2014 - MAJLIS PERPISAHAN PENOLONG PENGAWAI TADBIR KANAN PUSAT KOKUIRKULUM

Nama

Data

: Sahdan Bin Ahmad @ Muhammad

Jawatan : Penolong Pembantu Tadbir Kanan Tempoh Berkhidmat Di Pusat Koko : 2014 - 2014

27


PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TUN

HUSSEIN ONN MALAYSIA

86400 PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR.

TEL:

07-4537759/7481/7484 FAKS: 07-4536808

WEB: HTTP//:P.K.UTHM.EDU.MY


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.