PANDUAN KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT UTHM

Page 1

PANDUAN KOKURIKULUM BERKREDIT UNIVERSITI

PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


PANDUAN KOKURIKULUM BERKREDIT UNIVERSITI

Edisi Pertama Cetakan 2016

Pusat Kokurikulum


PRAKATA PENGARAH

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Bersyukur saya ke hadrat llahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Panduan Kursus Kokurikulum Berkredit UTHM berjaya diterbitkan. Syabas dan tahniah serta terima kasih kepada semua pihak yang telah menggembleng tenaga, idea dan pandangan untuk merealisasikan buku panduan ini. Buku panduan ini penting bagi memastikan Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) dapat dijalankan dengan lancar. Selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melahirkan modal insan yang intelek, kompeten dan berdaya saing di arena global melalui penerapan Kemahiran Insaniah berteraskan KKB. KKB bertujuan untuk membentuk kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah, semangat bekerja berkumpulan dan mempunyai pelajar/graduan holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang serta melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran kreatif dan kritis. Melalui kursuskursus yang ditawarkan diharap dapat mengembangkan lagi bakat dan minat pelajar terhadap kursus yang diceburi. Akhir kata, diharap buku panduan ini dapat membantu pelajar memahami dengan lebih terperinci setiap KKB yang ditawarkan kepada pelajar. Sekian, terima kasih.

PROF. MADYA DR. HJ. AHMAD BIN ESA Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

i


ISI KANDUNGAN TAJUK

M/S

PRAKATA PENGARAH ............................................................................................................................. i ISI KANDUNGAN ....................................................................................................................................ii Visi ......................................................................................................................................................... iv Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ................................................................................................... iv Misi Universiti ....................................................................................................................................... iv Falsafah Pendidikan .............................................................................................................................. iv Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ................................................................................................... iv Visi ..........................................................................................................................................................v Pusat Kokurikulum .................................................................................................................................v Misi.........................................................................................................................................................v Pusat Kokurikulum .................................................................................................................................v Falsafah ..................................................................................................................................................v Pusat Kokurikulum .................................................................................................................................v Objektif Kualiti ...................................................................................................................................... vi Pusat Kokurikulum ................................................................................................................................ vi 1.

PENGENALAN ............................................................................................................................... 1

2.

KONSEP KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT .............................................................................. 1

3.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ........................................................................................ 1

4.

MATLAMAT DAN HASIL PEMBELAJARAN KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT ........................... 1

5.

KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT ............................................................................................ 2

6.

STATUS KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT .............................................................................. 9

7.

PERATURAN PENDAFTARAN ...................................................................................................... 10

8.

PENGECUALIAN KREDIT ............................................................................................................. 10 ii


9. 10.

PENDAFTARAN KURSUS KOKURIKULUM................................................................................... 11 SINOPSIS KURSUS .................................................................................................................. 12 TERAS SASTERA LIBERAL ............................................................................................................. 12 TERAS KEBUDAYAAN................................................................................................................... 14 TERAS DAYA USAHA DAN INOVASI ............................................................................................. 16 TERAS KHIDMAT KOMUNITI ....................................................................................................... 19 TERAS KEPIMPINAN .................................................................................................................... 20 TERAS KEMAHIRAN ..................................................................................................................... 21 TERAS PENGUCAPAN AWAM ...................................................................................................... 26 TERAS KESUKARELAWANAN ....................................................................................................... 27 TERAS SUKAN .............................................................................................................................. 33 TERAS KEUSAHAWANAN ............................................................................................................ 37

iii


Visi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Menuju ke arah universiti bertaraf dunia dalam kejuruteraan, sains dan teknologi untuk pembangunan lestari

Misi Universiti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM komited untuk mewujudkan dan menyebarkan pengetahuan bagi memenuhi keperluan industri dan komuniti serta menyuburkan modal insan yang kreatif dan berinovasi berasaskan paradigma tauhid

Falsafah Pendidikan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pendidikan di Universiti ini adalah usaha berterusan untuk menerajui program akademik yang berorientasikan pasaran dan berfokuskan pelajar menerusi pembelajaran-melalui-pengalaman (experiential learning) untuk menghasilkan sumber manusia terlatih dan profesional sebagai pemangkin ke arah kemajuan negara yang mampan.

iv


Visi Pusat Kokurikulum Menerajui pembangunan holistik pelajar menerusi Kursus Kokurikulum Berkredit

Misi Pusat Kokurikulum Melahirkan modal intelek yang kompeten dan berdaya saing di arena global melalui penerapan kemahiran insaniah berteraskan Kursus Kokurikulum Berkredit

Falsafah Pusat Kokurikulum Melalui kursus kokurikulum semua pelajar berpeluang untuk mengembangkan bakat dan minat serta potensi diri melalui kursus yang diceburi.

v


Objektif Kualiti Pusat Kokurikulum 

Memastikan sekurang-kurangnya 90% pelajar yang mendaftar Kokurikulum Berkredit mendapat Gred A bagi setiap kursus yang ditawarkan pada setiap semester.

Memastikan 90% daripada kursus-kursus Kokurikulum Berkredit menerapkan Kemahiran Insaniah, mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi (HOTs) serta melaksanakan aktiviti University Community Engagement (UCE) pada setiap semester.

Melaksanakan pemurnian dan penilaian silibus bagi semua kursus sekurang-kurangnya 2 tahun sekali.

Memastikan semua jurulatih terlibat dalam Training of Trainers sekurang-kurangnya sekali setahun.

Fungsi Pusat Kokurikulum 

Melaksanakan Kursus Training of Trainers kepada semua tenaga pengajar/jurulatih kokurikulum yang diiktiraf oleh Majlis Kokurikulum Universiti-Universiti Malaysia (UniCC).

Meningkatkan kompetensi tenaga pengajar/jurulatih dalam pengajaran dan pembelajaran bagi setiap kursus kokurikulum berkredit berkaitan.

Menawarkan kursus kokurikulum berkredit holistik bagi melahirkan mahasiswa kompeten dalam Kemahiran Insaniah.

Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau aktiviti kokurikulum.

Merancang pembangunan prasarana dan menyediakan kelengkapan yang kondusif.

Memupuk semangat perpaduan dan menjana pengembangan ilmu dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat.

Menyediakan peluang kepada mahasiswa untuk mengembangkan bakat dan potensi diri dalam aktiviti kokurikulum.

vi


1. PENGENALAN Buku panduan ini mengandungi penerangan mengenai Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) yang wajib diikuti oleh setiap pelajar di UTHM sebagai syarat penganugerahan Diploma atau Sarjana Muda.

2. KONSEP KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT 2.1

Memastikan setiap pelajar berketerampilan dalam Kemahiran Insaniah melalui KKB yang menyokong perkembangan atribut pelajar.

2.2

Pembelajaran KKB berfokuskan kepada pembelajaran melalui pengalaman (experiential learning).

2.3

Menerapkan nilai murni dan melatih interaksi sosial yang tinggi kepada pelajar melalui KKB.

3. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertangggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

4. MATLAMAT DAN HASIL PEMBELAJARAN KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT 4.1

Matlamat KKB bertujuan untuk melahirkan ahli teknologi dan profesional yang mempunyai sikap positif, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam menyelesaikan masalah di samping mengamalkan etika dan nilai murni untuk kesejahteraan sejagat.

4.2

Hasil Pembelajaran 4.2.1

Mengaplikasi pengetahuan dalam KKB yang diikuti.

4.2.2

Mengamalkan semangat kerja berpasukan dalam aktiviti kokurikulum.

4.2.3

Mempamerkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dalam aktiviti kokurikulum yang diceburi.

1


5. KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT 5.1

KKB dibahagikan kepada sepuluh (10) bidang teras utama iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x.

5.2

Sastera Liberal (Kod UQA) Kebudayaan (Kod UQB) Daya Usaha dan Inovasi (Kod UQD) Khidmat Komuniti (Kod UQK) Kepimpinan (Kod UQL) Kemahiran (Kod UQM) Pengucapan Awam (Kod UQP) Kesukarelawanan (Kod UQR) Sukan (Kod UQS) Keusahawanan (Kod UQW)

Jadual 1 menunjukkan senarai KKB yang ditawarkan kepada pelajar. Kursus kokurikulum yang ditawarkan pada setiap semester adalah tertakluk kepada Pusat Kokurikulum. Sinopsis setiap kursus disertakan di akhir buku panduan ini.

Jadual 1 : Senarai kursus kokurikulum yang ditawarkan

BIL

BIDANG TERAS

1 2 3

Sastera Liberal

4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Kebudayaan

KURSUS

KOD KURSUS

Pendidikan Undang-Undang

UQA 10101

Pendidikan Wanita

UQA 10201

Perkahwinan dan Kekeluargaan

UQA 10301

Sukan dan Kecergasan

UQA 10401

Kewartawanan

UQA 10501

Sains Politik

UQA 10601

Pendidikan Alam Sekitar

UQA 10701

Asas Kesihatan Awam

UQA 10801

Kemahiran Maklumat

UQA 10901

Keselamatan Maklumat

UQA 11001

Apresiasi Penulisan Kreatif

UQB 10101

Gamelan

UQB 10201

Koir

UQB 10301

2


14

Kompang

UQB 10401

15

Muzik Moden

UQB 10501

Silat Cekak Hanafi

UQB 10601

17

Silat Sunda

UQB 10701

18

Taranum

UQB 10801

19

Tulisan Jawi dan Khat

UQB 10901

20

Senitari Tradisi Dan Kreatif

UQB 11001

21

Teater

UQB 11201

22

Gendang Budaya

UQB11301

23

Silat Seni Gayung Malaysia

UQB11401

Fotografi

UQD 10101

25

Videografi

UQD 10201

26

Umrah dan Haji

UQD 10301

27

Sembelihan Dalam Islam

UQD 10401

28

Pengurusan Jenazah

UQD 10501

29

Ilmu Falak

UQD 10601

30

Kemahiran Al-Quran

UQD 10701

31

Robocon I

UQD 10801

32

*Robocon II

UQD 10901

33

*Robocon III

UQD 20801

34

*Robocon IV

UQD 20901

35

*Robocon V

UQD 30801

36

*Robocon VI

UQD 30901

37

Pengurusan Kreativiti

UQD 11001

38

Pancaragam UTHM I

UQD 11101

39

*Pancaragam UTHM II

UQD 11201

16

24

Kebudayaan

Daya Usaha dan Inovasi

3


*Pancaragam UTHM III

UQD 21101

*Pancaragam UTHM IV

UQD 21201

Asas Landskap

UQD 11301

Khidmat Masyarakat

UQK 10101

44

Khidmat Komuniti Siswa

UQK 10201

45

Perkahwinan Dalam Islam

UQL 10201

Imam dan Muazzin

UQL 10301

47

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

UQL 10401

48

Pengurusan Diri

UQL 10501

Penyelenggaraan Komputer

UQM 10101

Rekaan Grafik Berkomputer

UQM 10201

Etiket dan Tata Cara di Meja Makan

UQM 10301

Pemandu Pelancong

UQM 10401

Servis dan Senggaraan Motosikal

UQM 10501

Servis dan Senggaraan Kenderaan Ringan

UQM 10601

Juru Kerja Paip I

UQM 10701

*Juru Kerja Paip II

UQM 10801

Gubahan dan Hantaran Pengantin

UQM 10901

Kerja Konkrit

UQM 11001

Pembuatan Perabot

UQM 11101

Penyediaan dan Penyajian Makanan

UQM 11201

Persembahan Pintar Multimedia

UQM 11301

Penyenggaraan Peralatan Elektrik Domestik

UQM 11401

40 41

Daya Usaha dan Inovasi

42 43

46

Khidmat Komuniti

Kepimpinan

49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65

Kemahiran

Menservis Sistem Penyamanan Udara Kenderaan Menservis dan Memasang Sistem Penyamanan Udara Jenis Pisah Pendawaian Elektrik dan Penyamanan Udara Pisah

UQM 11501 UQM 11601 UQM 11701

4


66

Asas Kawalan Motor Satu Fasa Asas Satu Pemasangan dan Pendawaian Elektrik Satu Fasa *Asas Dua Pemasangan dan Pendawaian Elektrik Domestik Satu Fasa *Pemasangan dan Pendawaian Elektrik Satu Fasa

67 68 69 70

Kemahiran

UQM 11801 UQM 11901 UQM 12001 UQM 21901

Tahfiz Al-Quran I

UQM 12101

*Tahfiz Al-Quran II

UQM 12201

*Tahfiz Al-Quran III

UQM 22101

*Tahfiz Al-Quran IV

UQM 22201

*Tahfiz Al-Quran V

UQM 32101

*Tahfiz Al-Quran VI

UQM 32201

Pengucapan Awam

UQP 10101

77

Debat

UQP 10201

78

Asas Kewartawanan

UQP 10301

79

PALAPES I

UQR 10101

80

*PALAPES II

UQR 10201

81

*PALAPES III

UQR 20101

82

*PALAPES IV

UQR 20201

83

*PALAPES V

UQR 30101

84

*PALAPES VI

UQR 30201

SUKSIS I

UQR 10301

86

*SUKSIS II

UQR 10401

87

*SUKSIS III

UQR 20301

88

*SUKSIS IV

UQR 20401

89

*SUKSIS V

UQR 30301

90

*SUKSIS VI

UQR 30401

91

SISPA I

UQR 10501

71 72 73 74 75 76

85

Pengucapan Awam

Kesukarelawanan

5


92

*SISPA II

UQR 10601

93

*SISPA III

UQR 20501

94

*SISPA IV

UQR 20601

95

*SISPA V

UQR 30501

96

*SISPA VI

UQR 30601

97

Pengakap Kelana Siswa I

UQR 10701

98

*Pengakap Kelana Siswa II

UQR 11301

99

RELASIS I

UQR 10901

100

*RELASIS II

UQR 11001

*RELASIS III

UQR 20901

102

*RELASIS IV

UQR 21001

103

*RELASIS V

UQR 30901

104

*RELASIS VI

UQR 31001

105

Pertolongan Cemas

UQR 10801

106

SISKOR I

UQR 11101

107

*SISKOR II

UQR 11201

108

*SISKOR III

UQR 21101

109

*SISKOR IV

UQR 21201

110

Pandu Puteri Siswi I

UQR 11401

111

*Pandu Puteri Siswi II

UQR 11501

112

Pasukan Bomba Bantuan Institusi I

UQR 11601

113

*Pasukan Bomba Bantuan Institusi II

UQR 11701

114

Bulan Sabit Merah I

UQR 11801

115

Badminton

UQS 10101

Bola Baling

UQS 10201

Bola Jaring

UQS 10301

101

116 117

Kesukarelawanan

Sukan

6


118

Bola Keranjang

UQS 10401

119

Bola Lisut

UQS 10501

120

Bola Sepak

UQS 10601

121

Bola Tampar

UQS 10701

122

Catur

UQS 10801

123

Futsal

UQS 10901

124

Golf

UQS 11001

125

Hoki

UQS 11101

126

Kayak

UQS 11201

127

Memanah

UQS 11301

128

Ping Pong

UQS 11601

129

Ragbi

UQS 11701

130

Sepak Takraw

UQS 11801

131

Silat Olahraga

UQS 11901

132

Olahraga Balapan

UQS 12001

133

Taekwondo

UQS 12101

134

Tenis

UQS 12201

135

Treking

UQS 12301

136

Tenpin Boling

UQS 12401

137

Renang

UQS 12501

138

Karate-Do

UQS 12601

139

Keusahawanan

UQW 10101

140

Siswa Muamalat

UQW 10201

141

*Bisnes Siswa

UQW 10301

Keusahawanan

* Kursus yang mempunyai prasyarat

7


5.3

Struktur Pelaksanaan Kursus Kokurikulum Teras Kesukarelawanan Jadual 2 : Kursus kokurikulum teras kesukarelawanan BIL 1

KURSUS

CATATAN

PALAPES Pelajar perlu menamatkan kursus yang sama sehingga ENAM (6) semester.

2

SISPA

Pelajar perlu menamatkan kursus yang sama sehingga LIMA (5) semester.

4

PENGAKAP KELANA SISWA

Pelajar perlu mengambil kursus Pengakap Kelanasiswa I sebelum mendaftar kursus Pengakap Kelanasiswa II

5

RELASIS

Pelajar perlu menamatkan kursus yang sama sehingga EMPAT (4) semester.

6

SISKOR

Pelajar perlu menamatkan kursus yang sama sehingga EMPAT (4) semester.

7

Pandu Puteri Siswi

Pelajar perlu menamatkan kursus yang sama sehingga DUA (2) semester.

8

Pasukan Bomba Bantuan Institusi

Pelajar perlu menamatkan kursus yang sama sehingga DUA (2) semester.

3

5.4

SUKSIS

Waktu Pembelajaran dan Pengajaran Secara umumnya semua aktiviti pembelajaran dan pengajaran KKB dilaksanakan dalam semester lazim pada setiap hari KHAMIS bermula jam 2:00 petang hingga 7:00 petang. Selain daripada waktu yang telah ditetapkan di atas, pelajar juga WAJIB melaksanakan aktiviti luar selama 14 jam iaitu pada hari JUMAAT dan SABTU. Pada hari dan waktu seperti di atas, pelajar TIDAK DIBENARKAN mengikuti aktiviti akademik selain daripada KKB. Kehadiran pelajar adalah tertakluk kepada Peraturan Akademik (Program Sarjana Muda & Diploma) Edisi Keenam Mei 2013.

8


6. STATUS KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT KKB adalah kursus Wajib Universiti dan tertakluk kepada syarat-syarat berikut : 6.1

Pelajar wajib lulus dalam KKB sebagai salah satu syarat penganugerahan diploma atau sarjana muda.

6.2

Pelajar program Sarjana Muda dan Diploma wajib lulus dua (2) kredit KKB.

6.3

Bagi kursus Tahfiz Al-Quran, jumlah jam kredit adalah enam (6) kredit iaitu empat (4) Kredit Kira dan dua (2) Kredit Dapat. Empat (4) Kredit Kira bermaksud pengiraan kredit bagi Tahfiz Al-Quran I, Tahfiz Al-Quran II, Tahfiz Al-Quran III dan Tahfiz Al-Quran IV, manakala dua (2) Kredit Dapat berikutnya adalah Tahfiz Al-Quran V dan Tahfiz AlQuran VI.

6.4

Bagi kursus PALAPES, jumlah jam kredit adalah enam (6) kredit iaitu empat (4) Kredit Kira dan dua (2) Kredit Dapat. Empat (4) Kredit Kira bermaksud pengiraan kredit bagi PALAPES I, PALAPES II, PALAPES III dan PALAPES IV, manakala dua (2) Kredit Dapat berikutnya adalah PALAPES V dan PALAPES VI.

6.5

Bagi kursus SISPA, jumlah jam kredit adalah enam (6) kredit iaitu empat (4) Kredit Kira dan dua (2) Kredit Dapat. Empat (4) Kredit Kira bermaksud pengiraan kredit bagi SISPA I, SISPA II, SISPA III dan SISPA IV, manakala dua (2) Kredit Dapat berikutnya adalah SISPA V dan SISPA VI. Namun bermula Semester I Sesi 2013/2014 mesyuarat Senat Universiti telah meluluskan perubahan jumlah jam kredit bagi SISPA daripada enam (6) kredit kepada lima (5) kredit. Mata kredit adalah lima (5) iaitu dua (2) Kredit Kira bagi SISPA I dan SISPA II manakala tiga (3) Kredit Dapat bagi SISPA III, SISPA IV dan SISPA V.

6.6

Bagi kursus SUKSIS, jumlah jam kredit adalah enam (6) kredit iaitu dua (2) Kredit Kira dan empat (4) Kredit Dapat. Dua (2) Kredit Kira bermaksud pengiraan kredit bagi SUKSIS I dan SUKSIS II manakala empat (4) Kredit Dapat berikutnya adalah SUKSIS III, SUKSIS IV, SUKSIS V dan SUKSIS VI.

6.7

Bagi kursus RELASIS, jumlah jam kredit adalah enam (6) kredit iaitu dua (2) Kredit Kira dan empat (4) Kredit Dapat. Dua (2) Kredit Kira bermaksud pengiraan kredit bagi RELASIS I dan RELASIS II manakala empat (4) Kredit Dapat berikutnya adalah RELASIS III, RELASIS IV, RELASIS V dan RELASIS VI. Namun bermula Semester I Sesi 2013/2014, Senat Universiti telah meluluskan perubahan mata kredit bagi RELASIS daripada enam (6) jam kredit kepada empat (4) jam kredit. Jumlah jam kredit adalah empat (4) iaitu dua (2) Kredit Kira bagi RELASIS I dan RELASIS II manakala dua (2) Kredit Dapat bagi RELASIS III dan RELASIS IV.

6.8

Bagi kursus SISKOR, jumlah jam kredit adalah empat (4) kredit iaitu dua (2) Kredit Kira bagi SISKOR I dan SISKOR II manakala dua (2) Kredit Dapat bagi SISKOR III dan SISKOR IV.

6.9

Bagi kursus Pandu Puteri Siswi, jumlah jam kredit adalah dua (2) kredit. Jumlah jam kredit adalah dua (2) Kredit Kira bagi Pandu Puteri Siswi I dan Pandu Puteri Siswi II. 9


6.10

Bagi kursus Pasukan Bomba Bantuan Institusi, jumlah jam kredit adalah dua (2) kredit. Jumlah jam kredit adalah dua (2) Kredit Kira bagi Pasukan Bomba Bantuan Institusi I dan Pasukan Bomba Bantuan Institusi II.

6.11

Bagi kursus ROBOCON, jumlah jam kredit adalah enam (6) kredit iaitu dua (2) Kredit Kira dan empat (4) Kredit Dapat. Dua (2) Kredit Kira bermaksud pengiraan kredit bagi ROBOCON I dan ROBOCON II manakala empat (4) Kredit Dapat berikutnya adalah ROBOCON III, ROBOCON IV, ROBOCON V dan ROBOCON VI.

6.12

Bagi kursus Pancaragam, jumlah jam kredit adalah empat (4) kredit iaitu dua (2) Kredit Kira dan dua (2) Kredit Dapat. Dua (2) Kredit Kira bermaksud pengiraan kredit bagi Pancaragam I dan Pancaragam II manakala dua (2) Kredit Dapat berikutnya adalah Pancaragam III dan Pancaragam IV.

6.13

Pelajar wajib hadir tidak kurang daripada 80% masa pertemuan. Markah sifar (0%) akan diberikan kepada pelajar yang tidak hadir melebihi 3 (tiga) kali pertemuan dalam kursus tersebut. Manakala keputusan Hadir Gagal (HG) akan diberikan kepada pelajar kes sama yang mengambil kursus Hadir Wajib (HW) dan kursus Hadir Sahaja (HS).

7. PERATURAN PENDAFTARAN 7.1

Pelajar hanya dibenarkan mendaftar SATU (1) KKB yang ditawarkan pada setiap semester lazim.

7.2

Pelajar mestilah mendaftar dalam tempoh pendaftaran yang ditetapkan bagi mendapat pilihan kursus yang dikehendaki.

7.3

Pelajar TIDAK DIBENARKAN T arik Diri (TD) daripada kursus kokurikulum yang didaftarkan berdasarkan Peraturan Akademik (Program Sarjana Muda & Diploma) UTHM Edisi 2013 Bahagian IV Perkara 9 (6).

7.4

Pelajar TIDAK DIBENARKAN menukar kursus dan seksyen bagi kursus kokurikulum berdasarkan Peraturan Akademik (Program Sarjana Muda & Diploma) UTHM Edisi 2013 Bahagian IV Perkara 8 (6) kecuali disebabkan oleh masalah kesihatan yang disokong dan disahkan oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Kerajaan atau Pusat Kesihatan Universiti.

7.5

Pelajar yang gagal boleh mengulang semula atau mendaftar KKB lain. Kredit dan mata nilaian KKB tersebut akan diambil kira dalam pengiraan kredit kira, GPA dan CPA berdasarkan Peraturan Akademik (Program Sarjana Muda & Diploma) UTHM Edisi 2013 Bahagian V Perkara 15 (2).

8. PENGECUALIAN KREDIT 8.1

Lulusan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) boleh memohon untuk mendapatkan pengecualian kredit bagi semua KKB yang telah diperoleh. Kelulusan permohonan 10


adalah tertakluk kepada Peraturan Akademik (Program Sarjana Muda & Diploma) UTHM Edisi 2013 Bahagian IV Perkara 12 Peraturan Pengecualian Kredit. 8.2

Pelajar Diploma lepasan Politeknik adalah tidak layak dipertimbangkan untuk pengecualian kredit bagi kursus kokurikulum.

8.3

Pengecualian kredit bagi lulusan daripada IPT selain UTHM hanya diberi bagi KKB yang membawa kredit dan gred serta diiktiraf setaraf oleh Senat.

8.4

Permohonan untuk mendapatkan pengecualian kredit mesti dibuat dalam semester pertama pengajian.

9. PENDAFTARAN KURSUS KOKURIKULUM 9.1

Semua pelajar yang mengambil kursus kokurikulum berkredit pada semester berkenaan hendaklah mendaftar secara atas talian (online) dalam tempoh pendaftaran.

9.2

Pendaftaran kursus kokurikulum hendaklah memenuhi keperluan prasyarat kursus tersebut.

9.3

Pelajar hanya boleh mendaftar kursus kokurikulum yang ditawarkan oleh Pusat Kokurikulum pada semester berkenaan sahaja.

9.4

Pelajar hendaklah mendaftar secara manual di Pusat Kokurikulum bagi kes-kes berikut: i.

Kedudukan Bersyarat (KS)

ii.

Pendaftaran kursus kurang daripada 12 kredit.

iii.

Pendaftaran kursus melebihi 18 kredit hendaklah mendapat kelulusan Dekan terlebih dahulu.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung pendaftaran kursus kokurikulum berkredit sila hubungi pegawai berkaitan di talian berikut : No. Telefon No. Faksimili

: :

07 - 4537759 07 - 4536808

11


10.

SINOPSIS KURSUS TERAS SASTERA LIBERAL 1

UQA 10101 PENDIDIKAN UNDANG-UNDANG Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan sistem perundangan Malaysia, Perlembagaan Persekutuan, sistem mahkamah di Malaysia, panduan undang-undang jenayah di Malaysia serta Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

2

UQA 10201 PENDIDIKAN WANITA Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan kepada penjagaan diri wanita, kaunseling wanita, dasar wanita, keusahawanan wanita dan wanita dalam kejuruteraan, sains dan teknologi.

3

UQA 10301 PERKAHWINAN DAN KEKELUARGAAN Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang perkahwinan dan institusi keluarga. Topik kursus terdiri daripada hubungan akrab dalam konteks sosial, dinamik hubungan akrab, peringkat-peringkat hubungan akrab, cabaran perkahwinan dan keluarga serta perundangan perkahwinan dan keluarga.

4

UQA 10401 SUKAN DAN KECERGASAN Kursus ini memberi pendedahan dan kefahaman kepada pelajar berkaitan pengenalan sukan dan kecergasan, sukan dan aktiviti kehidupan, peralatan sukan dan kecergasan, makanan dan minuman, kecederaan serta kekuatan mental.

5

UQA 10501 KEWARTAWANAN Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan kepada kewartawanan, perolehan sumber berita, pembinaan penulisan berita, proses penerbitan berita, memahami jenis-jenis berita, tanggungjawab sosial dan etika dalam kewartawanan serta kepentingan gambar dan ilustrasi dalam berita di Malaysia.

6

UQA 10601 SAINS POLITIK Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang elemen-elemen sains politik yang merangkumi dari aspek skandal politik, politik wang, politik dan media, NGO dan politik, hak asasi, alam sekitar, sejarah politik, hubungan antarabangsa, isu-isu politik semasa dan keselamatan. 12


7

UQA 10701 PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan kepada alam sekitar, isu-isu dalam pengurusan alam sekitar, pencemaran alam sekitar, impak kepada alam sekitar dan kepentingan menjaga alam sekitar.

8

UQA 10801 ASAS KESIHATAN AWAM Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan kepada World Health Organisation (WHO), kebersihan dan keselamatan makanan, kawalan mutu air minum, kawalan penyakit bawaan vektor, kawalan penyakit berjangkit, perundangan di dalam kesihatan awam dan promosi kesihatan.

9

UQA 10901 KEMAHIRAN MAKLUMAT Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan kepada perpustakaan, sumber maklumat, sistem perpustakaan, internet dan sumber web, teknik pencarian maklumat, sumber rujukan bibliografi dan sumber rujukan.

10

UQA 11001 KESELAMATAN MAKLUMAT Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan tentang pengenalan kepada rangkaian, media rangkaian, TCP/IP, keselamatan internet dan emel, keselamatan semasa melayari Internet dan digital forensik.

13


TERAS KEBUDAYAAN

1.

UQB 10101 APRESIASI PENULISAN KREATIF Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan asas penulisan puisi dan kebudayaan, penghayatan hasil puisi lama dan baru, deklamasi, analisis karya.

2.

UQB 10201 GAMELAN Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas gamelan dari aspek sejarah, ciri muzik, peralatan, membaca skor dan memainkan alat muzik gamelan.

3.

UQB 10301 KOIR Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknik-teknik asas dalam nyanyian, masalah dalam nyanyian dan cara mengatasinya, olah tubuh (posture), pernafasan, sebutan, lontaran suara (registration), penghasilan ton dan teknik-teknik asas pimpinan koir (conducting).

4.

UQB 10401 KOMPANG Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan kompang, asas pukulan, pukulan tambahan, konsep 3W dan pengurusan persembahan.

5.

UQB 10501 MUZIK MODEN Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas pemuzik, asas alat muzik dan membaca nota muzik yang merangkumi peraturan, permainan dalam pembacaan, pemilihan pemain, mengendalikan peralatan, teknik latihan, kemahiran asas seperti fingering pada tiap-tiap alat yang bertali, wood wind, brass drum dan keyboard.

6.

UQB 10601 SILAT CEKAK HANAFI Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan kepada asas Silat Cekak Hanafi, asal usul dan sejarah, ijazah silat, ceramah persilatan, majlis ijazah dan kemahiran langkah.

7.

UQB 10701 SILAT SUNDA Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan kepada asas Silat Sunda meliputi kemahiran jurus, asas pergerakan langkah dan sepakan. Kursus ini juga akan 14


menekankan kemahiran tangkisan serangan tangan, permainan berpasangan dan kaedah menjatuhkan musuh.

8.

UQB 10801 TARANUM Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan asas ilmu taranum, suara, istilah-istilah dalam ilmu taranum, Taranum Bayyati, Taranum Soba, Taranum Hijaz, Taranum Nahawand dan pengukuhan Taranum Bayyati, Soba, Hijaz dan Nahawand.

9.

UQB 10901 TULISAN JAWI DAN KHAT Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang sejarah tulisan Jawi dan perkembangannya, manuskrip Jawi, kaedah pengejaan Jawi, teknologi tulisan Jawi masa kini, pengenalan kepada seni khat (Khat Thuluth, Khat Nasakh, Khat Raq’ah) dan kaligrafi kontemporari.

10.

UQB 11001 SENITARI TRADISI DAN KREATIF Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar dari aspek sejarah senitari Melayu asli, asas rentak tari Melayu, tari gamelan, tari utara, selatan dan timur Semenanjung Malaysia serta asas tari Sabah dan Sarawak.

11.

UQB 11201 TEATER Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan asas teater dan kebudayaan, sejarah teater/drama, komponen naskah/skrip, asas lakonan, hubungan antara pelakon dan pengurusan seni.

12.

UQB 11301 GENDANG BUDAYA Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan gendang budaya, asas gendang budaya, teknik pola lantai dan persembahan.

13.

UQB 11401 SILAT SENI GAYONG MALAYSIA Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan silat seni gayong Malaysia, etika dan nilai, asas senaman, asas elakan, tangkapan dan pukulan serta seni tari bunga tanjung.

15


TERAS DAYA USAHA DAN INOVASI

1

UQD 10101 FOTOGRAFI Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan fotografi, jenis-jenis kamera, lensa, filem, denyar, pencahayaan penuras dan tripod, pengimbasan imej skrip dan kamera digital.

2

UQD 10201 VIDEOGRAFI Kursus ini memberi pendedahan berhubung asas videografi, penggunaan kamera video, teknik merakam dan penyelarasan gambar, penggambaran bergerak, asas penulisan skrip, penyuntingan video dan audio.

3

UQD 10301 UMRAH DAN HAJI Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang takrif haji dan umrah, pekerjaan haji dan umrah, Ihram, Tawaf, Saie, wajib haji , larangan Ihram dan Dam.

4

UQD 10401 SEMBELIHAN DALAM ISLAM Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan sembelihan, cara sembelihan binatang, korban, akikah, sembelihan binatang buruan dan isu-isu semasa berkaitan sembelihan.

5

UQD 10501 PENGURUSAN JENAZAH Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan pengurusan jenazah, memandikan, mengafan, solat jenazah, mengebumi dan mentalkin.

6

UQD 10601 ILMU FALAK Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan ilmu falak, konsep asas Falak, asas pengiraan Falak, penentuan arah kiblat, penentuan waktu solat, penentuan puasa dan hari raya.

7

UQD 10701 KEMAHIRAN AL-QURAN Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang sejarah Al-Quran, hukum Tajwid, Imam-imam Qiraat, Manhaj Qiraat Qalun, Manhaj Qiraat Warsy dan hafazan Al-Quran.

16


8

ROBOCON 8.1

UQD 10801 ROBOCON I To develop in-depth understanding about the basics of robotics technology and mechanism development for mobile robotics.

8.2

UQD 10901 ROBOCON II To develop in-depth understanding about the basics of of electrical and electronics system in mobile robotics application.

8.3

UQD 20801 ROBOCON III To develop in-depth understanding about the advanced mechanism system for the application in wheeled mobile robot.

8.4

UQD 20901 ROBOCON IV To develop in-depth understanding about the development technique of advanced electronics control system for the application in wheeled mobile robot.

8.5

UQD 30801 ROBOCON V To develop a competent team and robust robots in representing the Universiti Tun Hussein Onn Malaysia at the National Asia Broadcasting Unit (ABU) Robot Contest.

8.6

UQD 30901 ROBOCON VI To produce a competent team and robust robots in representing the Universiti Tun Hussein Onn Malaysia at National Asia Broadcasting Unit (ABU) Robot Contest.

9

UQD 11001 PENGURUSAN KREATIVITI Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan inovasi, penjanaan idea kreatif, fasa penerokaan, fasa prototaip dan fasa pengkomersialan dan hak cipta.

10

PANCARAGAM 10.1

UQD11101 PANCARAGAM I Kursus ini bertujuan memberi pendedahan terhadap asas muzik dan alat muzik dalam pancaragam.

10.2

UQD11201 PANCARAGAM II Kursus ini bertujuan memberi pendedahan terhadap permainan alat muzik dan etika dalam pancaragam. 17


10.3

UQD21101 PANCARAGAM III Kursus ini bertujuan memberi pendedahan terhadap permainan alat muzik secara individu dan kumpulan dalam pasukan pancaragam.

10.4

UQD21201 PANCARAGAM IV Kursus ini bertujuan memberi pendedahan terhadap persembahan pancaragam dalam bentuk konsert pancaragam dan perbarisan formasi.

11

UQD 11301 ASAS LANDSKAP Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan landskap, asas pelaksanaan landskap, asas penyelenggaraan landskap, kawalan perosak dan penyakit, konsep rekabentuk landskap dan rekabentuk landskap.

18


TERAS KHIDMAT KOMUNITI

1

UQK 10101 KHIDMAT MASYARAKAT Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan khidmat masyarakat, penubuhan jawatankuasa pelaksana khidmat masyarakat, penyediaan kertas kerja, mesyuarat dengan agensi, kaedah berkomunikasi dengan masyarakat, simulasi program, pelaksanaan program, penyediaan dan pembentangan laporan program.

2

UQK 10201 KHIDMAT KOMUNITI SISWA Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan konsep khidmat komuniti siswa, penubuhan jawatankuasa pelaksana program khidmat masyarakat, penyediaan kertas kerja, kaedah mesyuarat dengan agensi, kaedah berkomunikasi dengan masyarakat, simulasi program serta laporan program.

19


TERAS KEPIMPINAN

1

UQL 10201 PERKAHWINAN DALAM ISLAM Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman terhadap pengurusan perkahwinan dalam Islam. Kursus ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan kepada asas-asas Islam, pengenalan kepada perkahwinan, adab pertunangan, adab perkahwinan, hak dan tanggungjawab suami isteri, prosedur perkahwinan menurut undang-undang Islam, Talaq, Iddah serta prosedur cerai dan Fasakh. Pada akhir kursus, pelajar boleh mengaplikasi teori dan kemahiran undang-undang perkahwinan dalam Islam serta mengamal semangat kerja berpasukan sepanjang melaksanakan projek berkumpulan dan menghayati pelaksanaan tatacara keluarga Sakinah dengan jelas.

2

UQL 10301 IMAM DAN MUAZZIN Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang azan dan iqamah, masalah Fiqh berkaitan dengannya, masjid dan pengurusannya serta tahlil, wirid dan doa.

3

UQL 10401 PEMBIMBING RAKAN SEBAYA Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan kepada Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), menjadi sukarelawan dan khidmat masyarakat, perancangan untuk menjalankan projek yang berbentuk sukarelawan dan khidmat masyarakat dengan prinsip dan pengetahuan PRS kepada masyarakat di universiti mahupun warga masyarakat yang lebih sekunder.

4

UQL 10501 PENGURUSAN DIRI Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan pengurusan diri, mengenali diri, melakukan perubahan diri, menetapkan matlamat diri, memahami halangan kejayaan diri, membina kemahiran diri untuk berjaya dan kejayaan diri yang sebenar.

20


TERAS KEMAHIRAN

1.

UQM 10101 PENYELENGGARAAN KOMPUTER Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan bahagian komputer, pengenalan penyelenggaraan komputer, pembersihan personal computer (PC), pengurusan komputer, troubleshooting, perbaiki masalah perisian, dan tips meningkatkan keupayaan komputer.

2.

UQM 10201 REKAAN GRAFIK BERKOMPUTER Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan kepada perisian, kawasan kerja, penggunaan tool box, penggunaan cahaya dan warna, pengurusan layer, penggunaan filter dan simpanan dan cetakan fail.

3.

UQM 10301 ETIKET DAN TATA CARA DI MEJA MAKAN Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan kepada etiket dan tatacara makan, menu dan penyediaan meja makan, tatacara asas peranggu meja makan, etiket dan tatacara di meja makan serta etiket dan tatacara bufet.

4.

UQM 10401 PEMANDU PELANCONG Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan pemandu pelancong, kod etika pemandu pelancong, sejarah Malaysia, budaya dan masyarakat di Malaysia, itinerari pelancong dan produk-produk pelancongan di Malaysia. Selain pendedahan dari aspek teori, kursus ini juga mensyaratkan setiap graduan menjalani aktiviti amali sebagai seorang pemandu pelancong di destinasi pelancongan yang dikenalpasti.

5.

UQM 10501 SERVIS DAN SENGGARAAN MOTOSIKAL Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar asas enjin motosikal, pemeriksaan motosikal, menyenggara motosikal, servis sistem enjin, bateri, peralatan dan alat ganti, operasi tukar roda, pertukaran brake lining dan brake pad dan keselamatan kerja dan diri.

21


6.

UQM 10601 SERVIS DAN SENGGARAAN KENDERAAN RINGAN Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan kepada kenderaan enjin pembakaran dalam dan peralatan, pemeriksaan kenderaan, senggaraan minor, senggaraan lanjutan, kotak fius, senggaraan pengalih haba (radiator), operasi roda dan peralatan, pertukaran brake lining dan brake pad dan penjimatan minyak.

7.

JURU KERJA PAIP 7.1

UQM 10701 JURU KERJA PAIP I Kursus ini meliputi bahan pemasangan & lekapan perpaipan, lukisan perpaipan, anggaran dan kos projek dan sistem bekalan air sejuk.

7.2

*UQM 10801 JURU KERJA PAIP II Kursus ini meliputi bahan pemasangan & penyambungan sistem paip sanitari, pemasangan kelengkapan sanitari dan paip pembentungan dan bahan pepasang.

8.

UQM 10901 GUBAHAN DAN HANTARAN PENGANTIN Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang adat resam perkahwinan, gubahan tepak sireh dan sireh junjung, gubahan manisan, gubahan persalinan, gubahan penjagaan diri, gubahan cenderahati dan gubahan bunga pahar.

9.

UQM 11001 KERJA KONKRIT Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, komposisi campuran konkrit, sifat konkrit, kotak bentuk, bancuhan konkrit, kaedah bancuhan konkrit dan proses pengkonkritan.

10.

UQM 11101 PEMBUATAN PERABOT Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang amalan keselamatan bengkel, alatan tangan dan mesin, penyediaan lukisan kerja, perancangan projek, penghasilan projek berasaskan kayu dan kemasan projek pembuatan perabot.

22


11.

UQM 11201 PENYEDIAAN DAN PENYAJIAN MAKANAN Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang amalan penyediaan dan penyajian makanan, kajian perkhidmatan, penyediaan dan hidangan pembuka selera, penyediaan dan hidangan utama dan penyediaan dan hidangan minuman. Selain itu, teknik-teknik asas penyajian dan penglibatan dalam kerja lapangan yang berkaitan dengan penyediaan dan penyajian makanan.

12.

UQM 11301 PERSEMBAHAN PINTAR MULTIMEDIA Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan kepada perancangan persembahan, slide persembahan, memanfaatkan grafik dan imej, multimedia dan animasi dan persediaan persembahan.

13.

UQM 11401 PENYENGGARAAAN PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan keselamatan, unit-unit, simbolsimbol, dan asas elektrik, kendalian peralatan asas dan pengujian, pencahayaan, pemanas elektrik dan motor elektrik arus ulangalik satu fasa.

14.

UQM 11501 MENSERVIS SISTEM PENYAMANAN UDARA KENDERAAN Kursus ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai asas sistem penyamanan udara kenderaan, asas pendawaian sistem penyamanan udara kenderaan, peralatan menservis, asas memasang sistem penyamanan udara kenderaan dan asas menservis penyamananan udara kenderaan.

15.

UQM 11601 MENSERVIS DAN MEMASANG SISTEM PENYAMANAN UDARA JENIS PISAH Kursus ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai asas sistem penyamanan udara domestik, asas pendawaian sistem penyaman udara jenis pisah, sistem pepaipan, asas memasang sistem penyamanan udara jenis pisah domestik dan asas menservis penyamanan udara domestik.

16.

UQM 11701 PENDAWAIAN ELEKTRIK DAN PENYAMANAN UDARA PISAH Kursus ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai asas pendawaian elektrik satu fasa, asas kawalan sistem penyamanan udara pisah, sistem penyamanan udara pisah, mengesan kerosakan sistem dan penyelenggaraan sistem penyamanan udara jenis pisah.

23


17.

UQM 11801 ASAS KAWALAN MOTOR SATU FASA Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep asas kawalan motor, komponen kawalan, litar kawalan motor dan penyenggaraan dan pembaikan.

18.

UQM 11901 ASAS SATU PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN ELEKTRIK SATU FASA Kursus ini memberi pendedahan tentang keselamatan elektrikal dan mekanikal, aksesori pendawaian, perancangan dan pemasangan pendawaian elektrik, asas pendawaian permukaan fasa tunggal dan asas pendawaian konduit satu fasa (pembuluh).

19.

UQM 12001 ASAS DUA PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK SATU FASA Kursus ini memberi pendedahan tentang keselamatan elektrikal dan mekanikal, aksesori pendawaian, asas pendawaian permukaan fasa tunggal, asas pendawaian kondiut satu fasa (pembuluh) dan pendawaian tersembunyi fasa tunggal (jam).

20.

UQM 21901 PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN ELEKTRIK SATU FASA Kursus ini memberi pendedahan tentang keselamatan elektrikal dan mekanikal, aksesori pendawaian, perancangan dan pemasangan pendawaian elektrik, pemasangan pendawaian konduit satu fasa (pembuluh) dan pemasangan pendawaian gabungan sesalur dan konduit.

21.

TAHFIZ AL-QURAN 21.1

UQM 12101 TAHFIZ AL-QURAN I Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang Pengenalan Al-Quran, Hukum Tajwid I dan Hifz Al-Quran.

21.2

*UQM 12201 TAHFIZ AL-QURAN II Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang Sejarah Al-Quran, Hukum Tajwid II dan Hifz Al-Quran.

21.3

*UQM 22101 TAHFIZ AL-QURAN III Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang Qiraat Ilmi I, Hukum Tajwid III dan Hifz Al-Quran.

24


21.4

*UQM 22201 TAHFIZ AL-QURAN IV Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan Al-Quran, Qiraat Ilmi II, Qiraat Amali dan Hifz Al-Quran.

21.5

*UQM 32101 TAHFIZ AL-QURAN V Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan Al-Quran, Tarannum I dan Hifz Al-Quran.

21.6

*UQM 32201 TAHFIZ AL-QURAN VI Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang Pengenalan Al-Quran, Tarannum II dan Hifz Al-Quran.

25


TERAS PENGUCAPAN AWAM

1

UQP 10101 PENGUCAPAN AWAM Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep berucap dan mendengar, etika pengucapan awam, membina keyakinan diri dan menganalisis audien, jenis pengucapan awam, teknik-teknik menyedia dan menyampaikan ucapan dan teknik menghadapi sesi soal jawab.

2

UQP 10201 DEBAT Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan debat, kaedah perdebatan, etika berdebat, persediaan perdebatan, membina karektor pendebat, teknik berdebat, kejurulatihan perdebatan dan sistem serta peraturan pertandingan.

3

UQP 10301 ASAS KEWARTAWANAN Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan kepada kewartawanan, perolehan sumber berita, pembinaan penulisan berita, proses penerbitan berita, memahami jenis-jenis berita, tanggungjawab sosial dan integriti dalam kewartawanan, kepentingan gambar dan ilustrasi dalam berita, serta proses penerbitan media massa di Malaysia.

26


TERAS KESUKARELAWANAN

1

PALAPES 1.1

UQR 10101 PALAPES I Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap pengetahuan asas ketenteraan di tahap anggota Soldadu Muda Rekrut (SMR).

1.2

UQR 10201 PALAPES II Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai pengetahuan Asas Ketenteraan pada tahap anggota berpangkat prebet.

1.3

UQR 20101 PALAPES III Kursus ini bertujuan untuk membentuk peradaban, kualiti kepimpinan dan pengetahuan asas ketenteraan untuk menghasilkan pegawai muda yang berketerampilan dan berwawasan.

1.4

UQR 20201 PALAPES IV Kursus ini bertujuan untuk membentuk peradaban, kualiti kepimpinan dan pengetahuan ketenteraan untuk menghasilkan pegawai muda yang berketerampilan dan berwawasan.

1.5

UQR 30101 PALAPES V Kursus ini bertujuan untuk membentuk peradaban, kualiti kepimpinan dan pengetahuan asas ketenteraan untuk menghasilkan pegawai muda yang berketerampilan dan berwawasan.

1.6

UQR 30201 PALAPES VI Kursus ini bertujuan untuk membentuk peradaban, kualiti kepimpinan dan pengetahuan ketenteraan untuk menghasilkan pegawai muda yang berketerampilan dan berwawasan.

2

SUKSIS 2.1

UQR 10301 SUKSIS I Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pendedahan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), akta polis dan perundangan serta latihan asas kepolisan.

27


2.2

UQR 10401 SUKSIS II Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pendedahan kaedah-kaedah perundangan kepolisan, penggunaan senjata dan latihan asas pasukan gerak am.

2.3

UQR 20301 SUKSIS III Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan kepada kanun prosedur jenayah, kanun keseksaan, liberal, kenegaraan, modul senjata, latihan dan aktiviti luar.

2.4

UQR 20401 SUKSIS IV Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pendedahan terhadap kanun keseksaan, prosedur jenayah, kawad dan penggunaan senjata dan latihan luar termasuk operasi khidmat masyarakat.

2.5

UQR 30301 SUKSIS V Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pendedahan terhadap kanun keseksaan, kanun prosedur jenayah, kaedah mempertahankan diri dan perkhemahan tahunan.

2.6

3

UQR 30401 SUKSIS VI Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pendedahan pelatih mengenai latihan perbarisan tamat latihan dan aktiviti sebenar sebagai seorang anggota polis.

SISPA 3.1

UQR 10501 SISPA I Siswa Siswi Pertahanan Awam I (SISPA I) memberi pendedahan awal berkaitan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan International Civil Defence Organization (ICDO), kenegaraan, pengenalan pertolongan cemas, anatomi, asas sokongan hayat, tanda-tanda dan rawatan, teknik ekstrikasi mengeluarkan mangsa, arahan keselamatan dan latihan kawad kaki.

3.2

UQR 10601 SISPA II Siswa Siswi Pertahanan Awam II (SISPA II) adalah lanjutan daripada SISPA I yang mana ia memberi penekanan terhadap perlembagaan Malaysia, teknik menyelamat, ascending dan descending, melawan kebakaran, arahan keselamatan, etika dan moral serta latihan kawad kaki.

3.3

UQR 20501 SISPA III Siswa Siswi Pertahanan Awam III (SISPA III) merupakan kursus lanjutan SISPA II yang memberi penekananan terhadap ascending dan descending lanjutan I, melawan 28


kebakaran dalam keadaan kawad basah dan kering, arahan keselamatan lanjutan, dan latihan luar serta kawad kaki. 3.4

UQR 20601 SISPA IV Siswa Siswi Pertahanan Awam IV (SISPA) merupakan kursus pengenalan kepada standard operating procedure (SOP) dan khidmat kemasyarakatan 999 pertahanan awam. Disamping itu, pelajar akan didedahkan dengan kemahiran kepimpinan dalam organisasi, etika dan moral serta kemahiran berkomunikasi.

3.5

UQR 30501 SISPA V Siswa Siswi Pertahanan Awam V (SISPA V) merupakan kursus SISPA lanjutan yang memberi penekanan terhadap pertolongan cemas lanjutan, teknik menyelamat lanjutan, melawan kebakaran lanjutan, ascending dan descending lanjutan II, dan khidmat kemasyarakatan serta pengucapan awam berkaitan Perlembagaan Malaysia.

3.6

UQR 30601 SISPA VI Siswa Siswi Pertahanan Awam VI (SISPA VI) merupakan latihan praktikal setelah tamat lima kursus SISPA. Segala ilmu yang dipelajari akan digunakan sepanjang latihan praktikal ini. Para pelajar akan di tempatkan di bilik kawalan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) atau di bilik gerakan bencana.

4

PENGAKAP KELANA SISWA 4.1

UQR 10701 PENGAKAP KELANA SISWA I Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan Skim Latihan Modulasi Pengakap Kelana, Skim Latihan Linear Pengakap Kelana, Persekutuan Pengakap Malaysia. Latihan ini meliputi aktiviti individu dan kumpulan dalam pembinaan diri, membangunkan keupayaan diri, penjanaan keyakinan diri, menguasai bakat kepimpinan, semangat setia kawan, jati diri, pengukuhan disiplin, penerapan nilai kemasyarakatan dan membina semangat patriotik untuk menghayati nilai perpaduan dan kewarganegaraan.

4.2

UQR 11301 PENGAKAP KELANA SISWA II Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan Skim Latihan Modulasi Pengakap Kelana, Skim Latihan Linear Pengakap Kelana, Persekutuan Pengakap Malaysia. Latihan ini meliputi aktiviti individu dan kumpulan dalam pembinaan diri, membangunkan keupayaan diri, penjanaan keyakinan diri, menguasai bakat kepimpinan, semangat setia kawan, jati diri, pengukuhan disiplin, penerapan nilai kemasyarakatan dan membina semangat patriotik dalam menghayati nilai perpaduan dan kewarganegaraan.

29


5

RELASIS 5.1

UQR 10901 RELASIS I Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), perundangan RELA, peranan RELA dalam penyatuan bangsa, konsep sukarela, latihan luar dan kawad kaki.

5.2

UQR 11001 RELASIS II Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang komunikasi dan kepimpinan, Operasi dan perundangan, aktiviti luar dan kawad gerakan.

5.3

UQR 20901 RELASIS III Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang kenegaraan, operasi pencegahan jenayah, seni pertahanan diri, latihan luar dan asas kawad senjata.

5.4

UQR 21001 RELASIS IV Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang perundangan, pengurusan senjata api, ilmu medan perang, kawad lanjutan bersenjata dan ujian kemahiran menembak RELA (UKMR).

6

PERTOLONGAN CEMAS UQR 10801 PERTOLONGAN CEMAS Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas pertolongan cemas, anatomi, fisiologi, luka dan pendarahan, kecederaan pada tulang, resusitasi kardio pulmonari (CPR), tercekik, kecederaan ringan, menyelamat waktu kecemasan dan simulasi pertolongan cemas.

7

SISKOR 7.1

SISKOR I Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peranan sukarelawan koreksional, asas kepenjaraan, akta dan peraturan penjara, pembinaan sahsiah, kawad asas, seni bela diri (SENTAP), pengenalan senjata api, parol dan perkhidmatan komuniti.

7.2

SISKOR II Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pengurusan kepenjaraan iaitu keselamatan, penahanan, layanan dan pemulihan (PPI) di Jabatan Penjara Malaysia. Selain itu, kursus ini juga memberi penekanan 30


kepada pembinaan kemahiran interpersonal dan sahsiah pelajar. Pelajar akan didedahkan dengan latihan kemahiran kawad, SENTAP dan pengendalian senjata api. Di samping itu pelajar diberikan pendedahan tentang pusat kehadiran wajib (PKW) yang melibatkan program dengan komuniti.

7.3

SISKOR III Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai dasar kepenjaraan, memasyarakatkan penjara, pemulihan, rumah perantaraan (RP) dan kemahiran kawad kaki.

7.4

SISKOR IV Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pengurusan keselamatan dan program parol dan perkhidmatan komuniti di institusi penjara. Pelajar juga akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan asas program pemulihan pemasyarakatan, latihan teori dan praktikal senjata api, program pemulihan, dan unit keselamatan dalaman. Disamping itu pelajar dikehendaki menjalankan aktiviti jalinan universiti dan komuniti.

8

PANDU PUTERI SISWI 8.1

PANDU PUTERI SISWI I Kursus ini meliputi pengenalan asas pergerakan Pandu Puteri, struktur dan organisasi pertubuhan, perlembagaan pertubuhan, pengurusan dan pentadbiran, disiplin dan kerohanian, asas pertolongan cemas, istiadat, perkhemahan, kraf perkhemahan dan laluan masa depan ahli Pandu Puteri.

8.2

PANDU PUTERI SISWI II Kursus ini meliputi pengenalan asas perkhemahan, tali & ikatan, kem kraf, ikhtiar hidup, kraf kayu, perancangan dan penyediaan laporan perkhemahan dan diakhiri dengan kebudayaan.

9

PASUKAN BOMBA BANTUAN INSTITUSI 9.1

PASUKAN BOMBA BANTUAN INSTITUSI I Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar ilmu pengetahuan asas kebombaan dan penyelamatan seperti pengenalan Bomba dan Penyelamat, kawad kaki & operasi, terminologi, pengenalan peralatan kebombaan dan jatidiri.

9.2

PASUKAN BOMBA BANTUAN INSTITUSI II Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar ilmu pengurusan kebombaan, asas 31


pertolongan cemas, pelan strategik jabatan, integriti, high performance organization, pengurusan komunikasi dan operasi, Incident Command System, Akta 341 (Akta Perkhidmatan Bomba), Uniform Building By-Laws dan simulasi kebombaan.

10

BULAN SABIT MERAH UQR 11801 BULAN SABIT MERAH I Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar pengenalan PPM/BSM, undang-undang antarabangsa, pengenalan konsep pertolongan cemas, luka dan pendarahan, patah tulang, terbakar dan melecur, bebat dan balutan, perlaksanaan CPR, pengangkutan dan usungan.

32


TERAS SUKAN

1

UQS 10101 BADMINTON Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan permainan badminton, undang-undang dan peraturan, kemahiran asas, kemahiran kejurulatihan dan kemahiran kepegawaian dalam permainan badminton.

2

UQS 10201 BOLA BALING Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan permainan bola baling, teknik-teknik permainan, kemahiran asas, kemahiran mengatur strategi permainan, kemahiran kejurulatihan dan kemahiran kepegawaian dalam permainan bola baling.

3

UQS 10301 BOLA JARING Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan permainan bola jaring, kemahiran asas, kawasan permainan dan undang-undang, kemahiran kejurulatihan dan kemahiran kepegawaian dalam permainan bola jaring

4

UQS 10401 BOLA KERANJANG Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan permainan bola keranjang, peraturan, undang-undang permainan, kemahiran asas permainan, latihan dan pembentukan pasukan, kemahiran kejurulatihan dan kemahiran kepegawaian dalam permainan bola keranjang.

5

UQS 10501 BOLA LISUT Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan peralatan bola lisut, kemahiran asas permainan, memadang dan menyerang, pemadang larian dan meluncur, kemahiran kejurulatihan dan kemahiran kepegawaian dalam permainan bola lisut.

6

UQS 10601 BOLA SEPAK Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar kemahiran asas tentang pengenalan permainan bola sepak, kecergasan, undang-undang asas, kemahiran hantaran leret, hantaran lambung, kawalan bola tinggi, menggelecek, menanduk, menangkap bola untuk penjaga gol, teknik perlawanan dan pengelolaan pertandingan permainan bola sepak.

33


7

UQS 10701 BOLA TAMPAR Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang undang-undang dan peraturan permainan, asas sukan, konsep asas sains sukan, teknikal permainan, prinsip latihan dan pembentukan pasukan, kemahiran permainan, pegawai rasmi pasukan dan pengurusan pertandingan sukan bagi permainan bola tampar.

8

UQS 10801 CATUR Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar terhadap falsafah, undang-undang dan peraturan serta prosedur permainan, kemahiran asas permainan catur dan pengelolaan sesuatu pertandingan.

9

UQS 10901 FUTSAL Kursus ini memberi pendedahan terhadap kemahiran asas permainan futsal, undangundang dan peraturan permainan, asas kemahiran hantaran dan kawalan bola leret, hantaran dan kawalan bola lambung, menggelecek, menanduk dan menangkap serta prosedur mengelola sesuatu pertandingan.

10

UQS 11001 GOLF Kursus ini memberi pendedahan aspek kemahiran asas memegang, kedudukan bola, membuat ayunan, memukul di tempat halangan, pukulan menghampiri green, pukulan di atas green, mengatasi pukulan mencabar dalam permainan golf, undang-undang dan peraturan permainan, istilah-istilah permainan golf dan prosedur mengelolakan sesuatu pertandingan.

11

UQS 11101 HOKI Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan kepada permainan hoki, peraturan dan undang-undang permainan, kemahiran hantaran, lontaran, lantunan, pertahanan, menyerang, menghalang, kemahiran menjaga gol dan prosedur mengelolakan sesuatu pertandingan.

12

UQS 11201 KAYAK Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas kemahiran berkayak, teknikteknik kayuhan yang betul, peraturan dan kod keselamatan berkayak, permainan kayak, undang-undang dan peraturan permainan serta prosedur mengelolakan sesuatu pertandingan.

34


13

UQS 11301 MEMANAH Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas permainan sukan memanah yang merangkumi sejarah sukan memanah, peralatan yang digunakan, langkah-langkah keselamatan, teknik-teknik asas permainan, undang-undang permainan, pengurusan latihan dan pertandingan serta penyelenggaraan alatan.

14

UQS 11601 PING PONG Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan penyesuaian kumpulan, pengenalan kepada asas sukan ping pong, pengenalan kepada bentuk servis, membina kemahiran asas, kejurulatihan, kepegawaian dan pengelolaan pertandingan.

15

UQS 11701 RAGBI Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengetahuan asas permainan ragbi, asas sukan ragbi, undang-undang dan peraturan permainan, konsep asas sains sukan, kemahiran asas individu, kemahiran berpasukan, asas kejurulatihan dan asas pengadilan.

16

UQS 11801 SEPAK TAKRAW Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas permainan sepak takraw, kecergasan, anatomi dan asas fisiologi, keselamatan dan pengurusan kecederaan sukan, kemahiran asas permainan, lambungan bola servis dan servis, kawalan, hantaran/umpanan, rejaman, hadangan, menanduk, undang-undang dan peraturan permainan dan pengurusan pertandingan.

17

UQS 11901 SILAT OLAHRAGA Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan kepada silat olahraga, aplikasi sains sukan dalam silat olahraga, asas pencak silat, asas pergerakan tangan, asas pergerakan kaki, jatuhan, tepisan dan elakan, senjata dalam pencak silat, pengelolaan pertandingan silat olahraga dan kejohanan pencak silat.

18

UQS 12001 OLAHRAGA BALAPAN Kursus ini memberi pendedahan dalam aspek kemahiran asas sukan olahraga balapan, undang-undang dan peraturan serta prosedur mengelolakan sesuatu pertandingan yang meliputi aspek keselamatan semasa bersukan, etika pakaian serta aktiviti memanaskan badan sebelum dan selepas sesuatu permainan dilaksanakan.

35


19

UQS 12101 TAEKWONDO Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang sejarah, peraturan dan falsafah, asas memanaskan badan, teknik regangan, Taegeuk, sparing dan tempur tanpa senjata (combat).

20

UQS 12201 TENIS Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengetahuan permainan dan sukan tenis, undang-undang dan peraturan permainan, memulakan pertandingan, teknik pukulan, latih tubi dan pengelolaan pertandingan tenis.

21

UQS 12301 TREKING Kursus ini memberi penekanan terhadap pengenalan treking, peralatan perkhemahan, peta dan kompas, bantuan hutan, pengawalan di kawasan curam dan pertolongan cemas.

22

UQS 12401 TENPIN BOLING Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang sejarah permainan tenpin boling, keperluan permainan tenpin boling, ciri permainan tenpin boling, kecergasan asas, kemahiran asas permainan tenpin boling, perancangan pengelolaan pertandingan, persembahan unit jawatankuasa pengelolaan pertandingan dan pertandingan tenpin boling.

23

UQS 12501 RENANG Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan renang, asas renang, kemahiran renang, kemahiran kejurulatihan dan pengurusan dan pengelolaan pertandingan.

24

UQS 12601 KARATE-DO Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang Sejarah Karate-Do, Kemahiran Asas, Kyu, Kumite(Sparing,), Karate-do Combat, Kejurulatihan dan Kepegawaian.

36


TERAS KEUSAHAWANAN

1

UQW 10101 KEUSAHAWANAN Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan pengenalan keusahawanan, mendekati usahawan berjaya, penulisan rancangan perniagaan, mesyuarat perancangan perniagaan, belanjawan, pemasaran, pentadbiran dan pengurusan perniagaan dan amalan perniagaan, rancangan perniagaan alternatif, operasi perniagaan dan pembentangan laporan perniagaan.

2

UQW 10201 SISWA MUAMALAT Kursus ini merangkumi pengenalan dan pencairan, konsep muamalat, pendekatan kaedah konvensional dan muamalat dalam pengurusan, pencarian maklumat dan perancangan muamalat.

3

UQW 10301 BISNES SISWA Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berhubung konsep dan falsafah bisnes siswa, projek bisnes, laporan interim, penyerahan sumbangan sosial serta laporan akhir.

37


PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 86400 PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR. TEL: 07-4537759/7481/7484 FAKS: 07-4536808 WEB: HTTP://PK.UTHM.EDU.MY

38


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.