Bil 1, 2015 BULETIN PUSAT KOKURIKULUM UTHM

Page 1

Bil. 1/2015

DELEGASI UNIVERSITAS GADJAH MADA (UGM) KE UTHM

FIESKOM 2014

KEJOHANAN BOLA TAMPAR & BOLA JARING 1 JEMPUTAN MTUN KOKURIKULUM UTHM


KANDUNGAN: 03 - Bingkisan Tahun Baru (2015). 04 - Dari Meja Pengarah Pusat Kokurikulum UTHM.

23 - Persembahan Angklung & Senitari Dari Universitas Gadjah Mada (UGM) Sempena Majlis Konvokesyen UTHM Ke 14.

05 - Carta Organisasi Pusat Kokurikulum UTHM & Direktori.

24 - Majlis Makan Malam Dan Majlis Penyerahan Angklung Daripada Universitas Gadjah Mada (UGM) Kepada UTHM.

06 - Peratusan Pelajar Kokurikulum Sem I Sesi 2014/2015

25 - Lawatan Kerja Pusat Kokurikulum UTHM Ke UNIMAP & UUM.

07 - Bilangan Pelajar Kursus Kokurikulum Mengikut Teras Sem 1 Sesi 2014/2015.

26-31 - Program-Program Kokurikulum Sepanjang Semester I Sesi 2014/2015.

08 - MTUN 2014.

32 - Bengkel Pemurnian Fail Meja Pusat Kokurikulum UTHM.

09 - 10 Pelajar UTHM Sertai Program Mobiliti Di Universitas Gadjah Mada (UGM) 10 - UTHM Perkukuh Jalinan Kerjasama Malaysia - Indonesia Melalui Kebudayaan. 11 - Siswa UTHM Bina Rumah Produksi Baja Organik di Yogyakarta 11 - Penuntut UTHM Ajar Pelajar Sekolah Asas Pertolongan Cemas. 12 - Pementasan Muzikal Uji Keberanian Penuntut. 14 - Memeriahkan FIESKOM 2014 UTHM. 15 - Bengkel-Bengkel Yang Dianjurkan Oleh Pusat Kokurikulum UTHM. 16 - Tangisan Al-Aqsa (FIESKOM 2014). 17 - Night Relay (FIESKOM 2014). 18 - Perhimpunan Pagi & Pertandingan Kawad Kaki Badan Uniform (FIESKOM 2014). 19 - Ekspo & Pameran (FIESKOM 2014) 20 - Kempen Derma Darah & Malam Kebudayaan (FIESKOM 2014). 21 - Ceramah Kuliah Kerja Nyata & Bengkel Angklung Dan Tarian. 22 - Program Lawatan Kerja Delegasi Universitas Gadjah Mada (UGM) Ke UTHM.

33 - Bengkel Penulisan Buku & Panduan Akademik Pusat Kokurikulum UTHM. 34 - Bengkel Penerapan Nilai-Nilai Hot’s Dan Training Of Trainers (TOT) Pengajar Kokurikulum UTHM Semester I Sesi 2014/2015. 35 - Majlis Perpisahan Staf Sambilan Harian.

SIDANG

REDAKSI

PENAUNG Prof. Madya. Dr.Ahmad bin Esa PENASIHAT Prof. Madya Nawawi bin Jusoh KETUA EDITOR Dr. Norashidah Binti Abd. Rahman EDITOR Dr. Mohd. Khir bin Mohd. Nor Pn. Zalinah binti Salehon Pn. Nor Azwa binti Mohammad PENGARANG Pn. Hjh. Sarebah binti Warman En. Zamhairuddin bin Ahmad Izomi Pn. Nor Azila binti Kelewon Cik Nur Afifah binti Shahidan FOTOGRAFI & GRAFIK En. Mohd Suffian bin Md Nor EDARAN Pn. Siti Khadijah binti Hj.Md Som

2


BINGKISAN BICARA TAHUN BARU (2015) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia dan Salam 1 Pusat Kokurikulum UTHM Marilah kita, keluarga Pusat Kokurikulum UTHM (PK) memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahim dan rahmat-Nya kita bertemu dengan tahun 2015. Semoga kita semua dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang terbaik dan sentiasa berada dalam perlindungan-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, semoga kita semua sentiasa memperoleh syafaat daripada Baginda. Saya ingin memulakan bingkisan bicara bagi tahun 2015 ini dengan berpesan kepada diri saya dan ahli keluarga PK sentiasa istiqamah dalam beribadat terutamanya dalam mengerjakan Solat wajib 5 waktu. Sebaiknya juga kita memperbanyakkan membaca Al-Quran dan melakukan ibadat sunat seperti solat Tahajud dan Duha. Selain biasakan lidah mengucap ‘Astaghfirullah…’ dan berselawat seperti, ‘Allahumma salli `ala Muhammad wa'ali Muhammad.’ Insya-Allah dengan sentiasa mengingati Allah dan Nabi Muhammad SAW, dan menuntaskan tanggungjawab mengikut amalan agama masing-masing, keperibadian kita akan cemerlang. Apabila diri kita cemerlang, PK akan gemilang dan UTHM, Malaysia dan dunia akan terbilang. Pada ruang dan kesempatan ini juga saya ingin menyampaikan rasa kagum saya terhadap kapasiti, inisiatif, kreativiti dan inovasi, kelembutan budi dan keikhlasan hati semua sahabat PK dan jurulatih/ pengajar sehingga membolehkan kita mampu menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh negara, masyarakat, UTHM dan PK. Paling penting kita berjaya mendidik insan pelajar dalam penguasaan kemahiran insaniah, kemahiran dan ilmu berkaitan kursus kokurikulum yang mereka ikuti. TAHNIAH SEMUA. Antara kejayaan 2014 ialah PK berjaya daripada segi pengantarabangsaan dengan menghantar pelajar mengikuti kursus kokurikulum berkredit di Universitas Gadjah Mada. Di peringkat Universiti pula, berlaku pertambahan jumlah kursus kokurikulum yang melaksanakan University Community Engagement (UCE). Di samping PK berjaya meneruskan tradisi penglibatan pelajar dalam Hari Kokurikulum menerusi FIESKOM 2014 dan mengeratkan silaturahim dengan Universiti MTUN menerusi Pertandingan Kokurikulum Sukan MTUN. Pastinya yang paling manis, PK berjaya menepati dan melepasi keperluan audit surveillance tanpa OFI dan NCR. SYABAS SEMUA Bagi menjamin kelestarian dan meningkatkan kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan kendiri dan PK, marilah kita bersama-sama menjana idea, mengatur bicara, mencurah tenaga pada tahun 2015 dan seterusnya dalam merancang dan melaksanakan program PK, Universiti dan Negara. Semoga pelanggan kita menjadi modal insan berdaya saing di pasaran glokal. Akhir kata, siapalah saya tanpa tuan-tuan? Manalah arah PK tanpa tuan-tuan? Apalah status UTHM tanpa tuan-tuan? Bagaimanalah situasi Negara tanpa tuan-tuan? Bilalah negara berjaya tanpa tuantuan? Tuan-tuanlah jawapan kepada semua persoalan tadi. Kerana apa? Kerana tuan-tuan insan yang ditakdirkan bersama PK dan tuan-tuan sebenarnya HEBAT!!! Terima kasih Semua. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2015 KOMITED, KOMPETEN, BERDIKARI Major Kehormat (RELA) Profesor Madya Dr Hj. Ahmad Bin Esa Pengarah Pusat Kokurikulum UTHM

3


DARI MEJA PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM Assalammualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Kokurikulum. Marilah kita bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, tercernanya minda kita, sasanya tubuh kita dan optimumnya masa kita, sehingga beranjak usia Buliten PK kepada keluaran yang ke-3. Penerbitan kali ini pastinya ditunggu-tunggu oleh ramai khalayak pembaca. Ini kerana, selain Laman Web PK, Newsletter, Facebook, WhatsApp dan media perdana, Buletin Pk juga merupakan saluran rasmi PK UTHM berkongsi rasa dan minda jaya bersama masyarakat kampus, warganegara dan penduduk dunia. Setiap butir peristiwa yang dicoret, setiap gambar yang dipaparkan dan setiap wahana yang dilontarkan adalah cerminan kejayaan PK UTHM dalam memantapkan kemahiran insaniah pelajar. Rentetan pelaporan di Buletin PK adalah selari dengan Pelan Perancangan Pendidikan Malaysia untuk melahirkan graduan seimbang, holistik dan berminda keusahawanan. Dengan hati terbuka dan berlapang dada, kami keluarga PK UTHM bersedia menerima kritikan membina dan cadangan penambahbaikan untuk keluaran akan datang. Sekalung budi kepada yang sudi meluangkan masa menelusuri bait-bait bahasa kami. Terima kasih tiada bertepi, tanpa limitasi Wassalammualaikum...

Prof. Madya Dr. Haji Ahmad Bin Esa

DARI KACA MATA KETUA EDITOR Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah buletin Pusat Kokorikulum edisi Bil 1. 2015 telah berjaya diterbitkan sebagai satu medium untuk pusat kokurikulum berkongsi dengan warga UTHM aktiviti-aktiviti dan program yang telah dijalankan oleh pelajarpelajar kursus-kursus kokurikulum dan warga Pusat Kokurikulum sepanjang bulan Jun 2014 sehingga Disember 2015. Program yang dijalankan adalah bertujuan mendidik pelajar-pelajar supaya bukan sahaja menjadi pelajar yang cemerlang dalam akademik malah cemerlang dalam bidang sahsiah, rohani dan jasmani. Ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian pendidikan tinggi untuk melahirkan pelajar siswazah yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi. Terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan visi dan misi Pusat kokurikulum seterusnya visi dan misi universiti.

Dr. Norashidah Binti Abd. Rahman

4


CARTA ORGANISASI PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Bahagian Pentadbiran (Pentadbiran & Kewangan) Nama

Jawatan

No. Telefon

Email.uthm .edu.my

Prof. Madya Dr. Hj Ahmad Bin Esa

Pengarah (DS54)

07-4537480

ahmad

Setiausaha Pejabat (N27)

07-4537481

azwa

Timbalan Pengarah Dan Ketua Jabatan

07-4537011

sarebah

Pengawai Tadbir Kanan (N44)

07-4537483

zalinah

Penolong Jurutera (JA29)

07/4537484

msuffian

Zamhairuddin Bin Ahmad Izomi

Pembamtu Tadbir (P/O) Kanan (N22)

07-4537484

zam

Siti Khadijah Binti Hj. Md. Som

Pembantu Operasi (N11)

07-4537484

skhadija

No. Telefon

Email.uthm

Nor Azwa Binti Mohammad Hjh. Sarebah Binti Warman

Kepimpinan, Khidmat Masyarakat Dan Pengucapan Awam (DS52) Zalinah Binti Salehon Mohd. Suffian Bin Md. Nor

Bahagian Pentadbiran (Akademik) Nama

Jawatan

.edu.my Prof. Madya Nawawi Bin Jusoh

Ketua Jabatan Keusahawanan, Daya Usaha

07-4537781

nawawi

Dan Inovasi (DS54) Dr. Mohd Khir Bin Mohd Nor

Ketua Jabatan Kesukarelawanan (DS51)

07-4537785

khir

Dr. Morashidah Binti Abdul Rah-

Ketua Jabatan Sukan, Kebudayaan Dan

07-4537485

nrashida

man

Sastera Liberal (DS52)

Nor Azila Binti Kelewon

Pembantu Tadbir (P/O) (N17)

07-4537759

norazila

Nur Afifah Binti Shahidan

Pembantu Tadbir (P/O) (N17)

07-4537759

nurafifah

5


Pelajar Kokurikulum Semester 1 Sesi 2014/2015

*Peratusan pengajar kursus Kesukarelawanan tidak termasuk pengajar bagi kursus SISPA, RELASIS dan SUKSIS

6


7


MTUN 2014

LATAR BELAKANG KEJOHANAN SUKAN MTUN

Kejohanan Bola Tampar Dan Bola Jaring Jemputan MTUN Kokurikulum UTHM 2014

Kejohanan jemputan MTUN Kokurikulum UTHM kali ke-2 telah diadakan pada 17-18 Disember 2014 di Kompleks Sukan Kluang. Dua jenis sukan telah dipertandingkan iaitu Bola Tampar (L) Dan Bola Jaring. Kejohanan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan jalinan antara pelajar dari universiti MTUN yang terdiri daripada Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) serta mendedahkan pelajar yang mengikuti kursus Bola Tampar dan Bola Jaring mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari sepanjang semester. OBJEKTIF 1.

Mengukuhkan hubungan serta kerjasama di antara universiti MTUN sekaligus menonjolkan UTHM selaku penggerak utama.

2. Mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dalam kalangan warga universiti bagi menjamin tahap kesihatan yang lebih baik dari aspek fisikal dan mental. 3. Memartabakkan Universiti Teknikal (MTUN) selari dengan IPTA yang lain melalui akriviti sukan dan permainan dalam bidang sukan dan permainan yang dianjurkan. MATLAMAT 1.

Sebagai medium untuk melahirkan modal insan melalui sukan.

2. Melahirkan pelajar yang berketerampilan selaras dasar pengajian tinggi. 3. Mewujudkan budaya sukan dalam kalangan warga universiti.

8


10 PELAJAR UTHM SERTAI PROGRAM MOBILITI DI UNIVERSITAS GADJAH MADA

Berikutan itu, satu majlis amanat telah diadakan pada 12 Ogos baru-baru ini bertujuan menemukan kumpulan pelajar tersebut dengan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Hashim Saim. Beliau dalam amanatnya mengucapkan syabas kepada semua yang terpilih dan mengingatkan mereka supaya menjaga akhlak dan tingkah laku sepanjang program ini diadakan. Beliau menegaskan adalah penting untuk semua peserta menjaga imej dan perwatakkan diri memandangkan mereka membawa nama UTHM dan negara ke sana Saya amat berharap semua peserta dapat mengunakan peluang ini sebaiknya dengan menimba sebanyak mungkin ilmu dan kemahiran semasa mengikuti Kursus Kerja Nyata (KKN) di sana. Jangan lupa berkongsi pengalaman yang dilalui bersama rakan-rakan yang lain,� katanya. Majlis yang berlangsung di Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah ini turut dihadiri Timbalan Pengarah Pusat Kokukrikulum, Puan Hajah Sarebah Warman dan Pensyarah Pengiring, Encik Mohd Safiee Idris dari Pusat Pengajian Diploma serta Dr. Khairunesa Isa dari Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan. Program mobiliti berkredit yang diadakan selama 18 hari ini memberi peluang kepada para pelajar mendalami konsep KKN dan kumpulan pelajar ini merupakan kumpulan perintis. Pertemuan tersebut diakhiri dengan upacara simbolik penyerahan bendera Malaysia kepada ketua kontingen Mobiliti Berkredit Kokurikulum ini iaitu saudara Mohamad Hamizan Mazlan.

9

BERITA PUSAT KOKURIKULUM

10 pelajar dan dua pensyarah pengiring akan mewakili Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke program Mobiliti Berkredit Kokurikulum di Universitas Gadjah Mada, Yogjakarta, Indonesia bermula pada 14 hingga 31 Ogos.


BERITA PUSAT KOKURIKULUM

UTHM PERKUKUH JALINAN KERJASAMA MALAYSIA - INDONESIA MELALUI KEBUDAYAAN

Ketua Delegasi Universitas Gadjah Mada (UGM) Indonesia, Profesor Dr. Suratman menyerahkan alat muzik ‘Angklung’ kepada Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin ketika mengadakan lawatan selama empat hari ke kampus ini pada 10 hingga 13 Oktober lalu. Penyerahan alat muzik tersebut adalah sebagai simbolik kepada hubungan kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua institusi ini terutama dalam bidang kebudayaan. Kunjungan delegasi yang terdiri daripada isteri-isteri pegawai UGM atau lebih dikenali sebagai kumpulan DERMAWAN ini mencatat sejarah tersendiri apabila mereka mengadakan persembahan tarian dan persembahan angklung pada Majlis Perasmian Pesta Konvokesyen UTHM kali ke-14 (FESKON2014). Kunjungan pertama delegasi DERMAWAN ini telah memberi ruang kepada pelajar-pelajar UTHM mempelajari budaya masyarakat di Indonesia sekaligus mengeratkan lagi hubungan dua buah negara ini melalui bidang kebudayaan. Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang lawatan tersebut antaranya Bengkel Tarian, Bengkel Alat Muzik Angklung serta Bengkel Kursus Kerja Nyata (KKN). Bengkel-bengkel ini mendapat penyertaan daripada pelajar-pelajar kokurikulum kursus Senitari Tradisi dan Kreatif, Muzik Moden dan Khidmat Komuniti. Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh melahirkan rasa terima kasihnya kepada delegasi UGM kerana memilih UTHM sebagai destinasi untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan. Beliau dalam ucapannya berharap kunjungan ini akan disusuli dengan pelbagai program yang dirancang secara bersama, demi mengeratkan lagi hubungan antara dua buah universiti ini. Sumber: http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/1441/229/lang,en/

10


Siswa UTHM Bina Rumah Produksi Baja Organik Di Yogyakarta

BERITA PUSAT KOKURIKULUM

KERJA KEBAJIKAN: Berbekal dana sebanyak RM2,700 daripada Badan Amal Zakat Imdonesia. 20 peserta Program Mobiliti Kokurikulum Berkredit Kuliah Kerja Nyata (KKN) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat, Johor Berjaya membina Rumah Produksi Baja Organik bersama penduduk Kampung Desa Dusun Bening, Yogyakarta, Indonesia baru-baru ini. Pengarah Pusat Kokurikulum UTHM, Profesor Madya Dr. Ahmad Esa berkata, pembinaan rumah tersebut merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan peserta sepanjang hampir sebulan berkampung di daerah tersebut baru-baru ini. “Program itu bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara universiti di Malaysia dengan Indonesia, malah turut memberi pendedahan berguna kepada pelajar mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kuliah” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Sumber : KOSMO 09/11/2014 Batu Pahat—Asas pertolongan cemas perlu ada setiap individu kerana bantuan awal dapat diberikan jika berlakunya kecemasan bagi menyelamatkan nyawa seseorang. Pengajar Program Asas Pertolongan Cemas Pusat Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Nur Atiqah Abd Shukur berkata, disebabkan itu, ilmu asas pertolongan cemas penting bermula di alam persekolahan lagi dimana pihaknya mengadakan aktiviti luar penuntut dengan seramai 80 orang pelajar Sekolah Sains Batu Pahat. Katanya, melalui program tersebut, mereka diajar ilmu berkaitan pertolongan cemas antaranya memasang anduh untuk tangan patah, membalut luka atau kecederaan dan melakukan bantuan pernafasan. “Dengan melibatkan pelajar sekolah, mereka akan berani ke hadapan membantu apabila berlakunya kes kecemasan. Sekurang-kurangnya mereka dapat memberi bantuan awal sebelum penyelamat tiba,” katanya selepas program Bengkel Asas Pertolongan Cemas UTHM. Katanya, program pertolongan cemas merupakan antara subjek yang perlu diambil penuntut UTHM melalui unit kokurikulum sebelum mereka menamatkan pengajian. Menurutnya, penuntut akan belajar selama satu semester di mana mereka akan belajar dalam kelas dan latihan praktikal.Ianya turut dijalankan melalui aktiviti komuniti dan University Industrial Community Engagement, yang melibatkan komuniti setempat apabila mereka menjalankan aktiviti luar. “Sekurang-kurangnya apabila penuntut UTHM mengetahui asas pertolongan cemas, mereka dapat menggunakan ilmu dimiliki kepada masyarakat setempat,” katanya

11 11


BERITA PUSAT KOKURIKULUM

PEMENTASAN MUZIKAL UJI KEBERANIAN PENUNTUT

BATU PAHAT—Seramai 63 penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

terdiri

daripada 33 penuntut kelas seni tari dan kreatif, 10 bekas penuntut kelas berkenaan dan 20 ahli Kelab Warisan mengadakan pementasan muzikal. Pementasan yang turut melibatkan tiga staf Unit Kebudayaan diadakan bagi menguji keberanian penuntut dan mengasah kemahira insaniah mereka. Pengajar kelas terbabit, Rosdi Abdullah berkata, kami ingin melihat sejauh mana mereka berhadapan dengan khalayak. Katanya, ia turut mengasah kemahiran insaniah penuntut dalam aspek kemahiran generik, yang berkait dengan kemahiran komunikasi, kerjasama berpasukan dan kepimpinan. “Dengan kemahiran terbabit, ia membentuk individu bijak berkomunikasi, berdaya tahan dan berinovatif. “ Kemahiran komunikasi penting untuk berhadapan dengan pelbagai pihak apabila tamat pengajian selain mampu membuat keputusan dengan bijak,” katanya. Pementasan muzikal bertajuk Muzikal Drama Tari Cinta tersebut juga turut menyelitkan sedutan beberapa filem terkenal dari era 40-an sehingga 2000. Menurutnya, dia kagum walaupun penuntut terdiri daripada jurusan kejuruteraan, tetapi mereka mampu melakukannya. Katanya, bidang seni dan juga dan juga kemahiran komunikasi tidak dipelajari didalam kelas, namun mereka menjadikanbidang berkenan sebagai ilmu tambahan yang berguna pada masa akan dating. “ Sekurang-kurangnya mereka sudah ada pengalaman dan pengetahuan tambahan untuk menempuh alam pekerjaan,” katanya. Sementara itu, Pengarah Pusat Kokurikulum UTHM, iaitu Prof Madya Dr Ahmad Esa berkata, program tersebut bagus untuk penuntut kejuruteraan kerana mempelajari cara berhadapan dengan umum dan buka sahaja mengenali pembelajaran dalam kelas sahaja. “Saya harap penuntut jurusan kejuruteraan dapat mengambil tempat, untuk menyertai program berbentuk pementasan ini kerana ia mempunyai kelebihan tersendiri,” katanya.

Sumber : Sinar Harian 29 November 2014

12 12


MERIAHKAN FIESKOM 2014 UTHM

Lantaran itu, program-program yang dirancang sebagai acara kemuncak bagi pelaksanaan Hari Kokurikulum setiap tahun ini telah melibatkan keseluruhan warga UTHM dengan Pusat Kokurikulum. Penganjuran FIESKOM 2014 dirancang untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa menghayati pembangunan modal insan yang menggariskan tujuh elemen kemahiran insaniah sebagai panduan kelak bergelar siswazah. Setiap acara yang dilaksanakan, melibatkan kesemua warga pelajar UTHM bagi melengkapkan lagi konsep 1Malaysia, sekali gus memantapkan elemen kemahiran insaniah. Objektif penganjuran FIESKOM 2014 ialah sebagai platform untuk semua mahasiswa UTHM mempraktikkan kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh. Ia juga diharap dapat melahirkan mahasiswa yang prihatin dan bersedia memberikan khidmat kepada masyarakat setempat menerusi kemahiran dan pengalaman yang dimiliki selain pencapaian akademik yang cemerlang. Orang ramai, terutamanya penduduk sekitar Kluang dijemput bersama-sama memeriahkan FIESKOM 2014.

Sumber : http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/meriahkan-fieskom-2014-uthm1.35587#sthash.5NciW5lj.dpuf

13 13

BERITA PUSAT KOKURIKULUM

PERTANDINGAN debat, pertandingan kawad kaki, pertandingan bola jaring dan bola tampar, program Tangisan AlAqsa, klinik ping pong, karnival hoki, malam kebudayaan dan ekspo adalah antara pengisian menarik sepanjang berlangsung Fiesta Kokurikulum Mahasiswa 2014 (FIESKOM) anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang bermula semalam hingga 18 Disember ini di sekitar pusat pengajian tinggi itu. Program FIESKOM 2014 ini merupakan acara tahunan selama seminggu itu dikendalikan oleh Pusat Kokurikulum UTHM adalah suatu aktiviti kokurikulum bersepadu yang menggabungkan kesemua teras yang ditawarkan institusi itu menekankan aspek pembangunan kemahiran insaniah kepada setiap mahasiswa.


BENGKEL-BENGKEL YANG DIANJURKAN OLEH PUSAT KOKURIKULUM UTHM BENGKEL PENULISAN BUKU DAN PANDUAN AKADEMIK PUSAT KOKURIKULUM Pusat Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Penulisan Buku dan Panduan Akademik Pusat Kokurikulum pada 17 hingga 19 Oktober 2014 bertempat di Hotel Sentral, Johor Bahru. Objektif bengkel ini adalah seperti berikut:

Bengkel ini diadakan bagi memastikan segala kandungan yang akan dilaksanakan setara dengan kehendak universiti serta dapat menentukan buku yang akan ditulis ini boleh digunakan sebagai panduan terbaik untuk pengajaran kursus kokurikulum yang lebih berkesan.

Untuk mengumpulkan hasil penulisan setiap staf Pusat Kokurikulum mengikut bab-bab yang ditentukan.

Untuk membuat suntingan dan pelarasan kepada manuskrip akhir yang merangkumi isi kandungan, muka depan, logo buku dan gambar-gambar hiasan.

BENGKEL MANUAL PROSEDUR KERJA DAN FAIL MEJA

Untuk memurnikan semula tugas dan tanggungjawab setiap staf Pusat Kokurikulum.

Untuk menghasilkan dokumentasi berkaitan fail meja terkini dan lengkap yang perlu ada pada setiap staf.

Untuk memberikan penekanan dan kesedaran mengenai peranan dan tanggungjawab sebenar setiap di Pusat Kokurikulum.

Untuk memberikan kefahaman yang mendalam terhadap kepentingan fail meja dalam menjayakan tugasan yang diamanahkan.

BENGKEL PENERAPAN NILAI-NILAI HOT’S DAN PEDAGOGI SERTA BENGKEL TRAINING OF TRAINERS PENGAJAR KOKURIKULUM UTHM SEMESTER I SESI 2014/2015 Pusat Kokurikulum telah mengadakan ini pada 29 hingga 31 Ogos 2014 bertempat di New York Hotel, Johor Bahru. Objektif bengkel ini adalah seperti berikut:

Melatih jurulatih/pengajar agar mampu melaksanakan modul yang telah dibina dan memahami dengan jelas penilaian kokurikulum mengikut standard Outcome Based Education (OBE) bagi setiap penilaian individu ataupun berkumpulan.

Melatih jurulatih/pengajar membuat penilaian kursus kokurikulum berkredit berasaskan rubric dengan memberi penekanan kepada penilaian Kemahiran Insaniah (KI).

Melatih jurulatih melakukan analisis pencapaian setiap pelajar yang mengikuti kursus tersebut serta melaksanakan teknik pengajaran dan penyampaian berkesan kepada peserta.

Bengkel ini diadakan untuk mendapatkan pengiktirafan jurulatih/pengajar kursus kokurikulum berkredit dari pihak universiti dan juga dari Majlis Kokurikulum Univeristi-Universiti Malaysia (UniCC) serta Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Melatih pengajar/jurulatih untuk mendidik para pelajar yang mempunyai Higher Order Thinking Skills (HOT’s) yang membolehkan para graduan UTHM menghadapi rintangan mendatang yang lebih mencabar di peringkat dalam Negara mahupun antarabangsa.

Platform terbaik bagi memberi kefahaman dan penerapan semula nilai Pedagogi serta latihan kepada para jurulatih/pengajar dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang perlu mereka proses sendiri.

Perlaksanaan bengkel ini kepada setiap pensyarah adalah perlu agar peserta perlu menyusun memerlukan kefahaman dan latihan komprehensif kepada jurulatih/pengajar kokurikulum agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah serta berkesan.

14

BERITA PUSAT KOKURIKULUM

Pusat Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja pada 20 hingga 22 November 2014 bertempat di New York Hotel, Johor Bahru. Objektif bengkel ini adalah seperti berikut:-


LATAR BELAKANG FIESKOM 2014

FIESKOM 2014

Fiesta Kokurikulum mahasiswa (FIESKOM) UTHM 2014 FIESKOM UTHM 2014, adalah merupakan sebuah aktiviti kokurikulum secara bersepadu yang menggabungkan kesemua teras yang ditawarkan di Universiti dengan menekankan aspek pembangunan Kemahiran Insaniah dalam diri setiap mahasiswa dan mahasiswi. Oleh itu, program yang dirancang sebagai acara kemuncak bagi pelaksanaan hari kokurikulum setiap tahun ini melibatkan seluruh mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dengan Pusat Kokurikulum. Justeru itu, program ini sebagai salah satu usaha bagi menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan supaya pelajar bukan hanya didedahkan dengan akademik sahaja malah dalam bidang kokurikulum juga.

OBJEKTIF 1.

Memberikan platform untuk semua mahasiswa/i UTHM mempraktikkan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang berada di UTHM.

2. Melahirkan mahasiswa/i yang prihatin dan bersedia untuk memberikan khidmat kepada masyarakat setempat menerusi kemahiran dan pengalaman yang dimiliki. 3. Mengukuhkan kesedaran mahasiswa/I berkenaaan kepentingan modal insan yang berkualiti selain pencapaian akademik yang cemerlang. 4. Menjana kesedaran akan pentingnya penjagaan kesihatan menerusi aktiviti sukan dan riadah agar membentuk mahasiswa/I yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. MATLAMAT Mahasiswa/I yang bakal dilahirkan UTHM bukan setakat cemerlang dalam bidang akademik menerusi aktiviti kokurikulum ini, tetapi juga seimbang dalam aspek pembinaan sahsiah diri serta penerapan modal insan dan pembelajaran berterusan, iaitu di luar konteks akademik. Justeru itu, melalui program seperti inilah pelajar dapat menimba pengalaman baru dan menambah pengetahuan mengenai bidang di luar akademik SENARAI AKTIVITI SEPANJANG FIESKOM 2014 

TANGISAN AL-AQSA—12 DISEMBER 2014

NIGHT RELAY—12 DISEMBER 2014

PERHIMPUNAN PAGI DAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI—13 DISEMBER 2014

EKSPO DAN PAMERAN FIESKOM—15 HINGGA 16 DISEMBER 2014

KEMPEN DERMA DARAH—16 DISEMBER 2014

MALAM KEBUDAYAAN FIESKOM—17 DISEMBER 2014

PERTANDINGAN BOLA JARING DAN BOLA TAMPAR MTUN—17 HINGGA 18 DISEMBER

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP FIESKOM 2014 DAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR DAN BOLA JARING JEMPUTAN MTUN KOKURIKULUM UTHM—18 DISEMBER

15


AKTIVITI - AKTIVITI SEPANJANG FIESKOM 2014

FIESKOM 2014

TANGISAN AL-AQSA - 12 DISEMBER 2014

16


AKTIVITI - AKTIVITI SEPANJANG FIESKOM 2014 NIGHT RELAY - 12 DISEMBER 2014

FIESKOM 2014 17


AKTIVITI - AKTIVITI SEPANJANG FIESKOM 2014 PERHIMPUNAN PAGI DAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI - 13 DISEMBER 2014

FIESKOM 2014

18


AKTIVITI - AKTIVITI SEPANJANG FIESKOM 2014

FIESKOM 2014

EXSPO DAN PAMERAN FIESKOM - 15 HINGGA 16 DISEMBER 2014

19


AKTIVITI - AKTIVITI SEPANJANG FIESKOM 2014 KEMPEN DERMA DARAH - 16 DISEMBER 2014

AKTIVITI - AKTIVITI SEPANJANG FIESKOM 2014 MALAM KEBUDAYAAN FIESKOM - 17 DISEMBER 2014

20


CERAMAH KULIAH KERJA NYATA 11/10/2014

BENGKEL PUSAT KOKURIKULUM

BENGKEL TARIAN DAN ANGKLUNG 11/10/2014

21 21


LAWATAN

PROGRAM LAWATAN KERJA DELEGASI UNIVERSITAS GADJAH MADA (UGM) KE UTHM10-13 OKTOBER 2014

22


LAWATAN

PERSEMBAHAN ANGKLUNG DAN SENITARI DARI UNIVERSITAS GADJAH MADA (UGM) SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UTHM KE 14

23


LAWATAN

MAJLIS MAKAN MALAM DAN PENYERAHAN ANGKLUNG DARIPADA UNIVERSITAS GADJAH MADA (UGM) KEPADA UTHM 12/10/2014

24


PROGRAM LAWATAN KERJA PUSAT KOKURIKULUM UTHM KE PUSAT KOKURIKULUM UUM & UNIMAP UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 15/11/2014

LAWATAN

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 15/11/2014

25


PROGRAM-PROGRAM SEPANJANG SEM I SESI 2014/2015

“Program “Explore The Kid’s World” 14 November 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Kokurikulum Pandu Puteri (UQR 11401) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Taska Hikmah UTHM. Disertai seramai 29 pelajar dan pengajar iaitu Pn. Yeoh Seok Tee. Hijrah FEST 2014 07 November 2014 – Dianjurkan oleh gabungan Kursus-Kursus Kokurikulum iaitu Kursus Taranum (UQD 10801), Kursus Kemahiran Al-Quran & Qiraat (UQD 10701), Kursus Falak (UQD 10601), Kursus Imam & Muazzin (UQL 10301) dan Kursus Fotografi (UQD 10101) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat Masjid Nurul Hidayah, Kg. Parit Yob, Parit Yaani. Disertai seramai 217 pelajar dan 6 orang pengajar. Bengkel Penulisan Jawi Dan Khat & Penyerahan Sumbangan Aman Palestin

“Tennis, Starter Kit” 14 – 15 November 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Tenis Seksyen 1(UQS 12201) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM. Disertai seramai 37 pelajar dan pengajar iaitu Encik Hafiz Bin Mohd. Zaini bertempat di gelanggang tenis UTHM.

“Eksplorasi Video” 21- 22 November 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Videografi (UQD 10201) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Perpustakaan Tunku Tun Aminah & Fakulti Sains Komputer dan Teknologi. Disertai oleh 36 orang pelajar dan pengajar Encik Mohd. Norasri Ismail.

20 November 2014 & 12 Disember 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Tulisan Jawi dan Khat (UQB 10901) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM di Masjid UTHM dan Aman Palesti Sdn. Bhd. (Johor). Disertai seramai 32 pelajar dan pengajar iaitu Puan Nurulisyazila Binti Othaman.

Program Telusuri Ilmu 14 – 15 November 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Pengakap Kelanasiswa I (Seksyen 1 & 2) (UQR 10701) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM. Disertai seramai 75 pelajar dan pengajar iaitu Encik Abdul Hadi Bin Mohamed Zainal bertempat di Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM. Program Konservasi Alam Program Telusuri Ilmu 14 – 15 November 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Pengakap Kelanasiswa II (UQR 11301) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM. Disertai seramai 75 pelajar dan pengajar iaitu Encik Mohd Norasri Ismail bertempat di Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM.

26 26

05 – 06 Disember 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Trecking Seksyen 1, 2, 3 dan 4 (UQS 12301) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Gunung Berlumut, Kluang. Seramai 140 pelajar dan pengajar iaitu Encik Ainnul Ezwan Bin Hassan, Encik Zuraini Bin Tasri, Puan Yazilah Binti Mohd. Yazir dan Encik Mohd. Farid Bin Abd Shukor.

Program Pengurusan Pertandingan Bola Sepak Sembilan (9) Sebelah 12 -13 Disember 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Bola Sepak (UQS 10601) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM. Disertai seramai 36 pelajar dan pengajar Encik Mohd. Hazrul Fadli Bin Mohd. Yusoff bertempat di Padang B UTHM.


“Melestari Bumi Hijau”

Minda Kreatif Masyarakat Berpendidkan 21-22 November 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Khidmat Masyarakat Seksyen 4 (UQK 10101) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor. Disertai seramai 32 pelajar dan pengajar Dr. Khairunesa Binti Isa.

Program Kejurulatihan Taekwondo (Referee)

Program Seminar Dasar Wanita, Perkahwinan Dan Kekeluargaan

31 Oktober 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Taekwondo Seksyen1 dan 2 (UQS 12101) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM. Disertai seramai 70 pelajar dan pengajar iaitu Encik Master Sasidharan A/L Ramsamy dan Master Prakash Kumar A/L Chinapan bertempat di Dewan ADTEC, Batu Pahat, Johor.

13 Disember 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Sastera Liberal Pendidikan Wanita (UQA 10201) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM. Disertai seramai 39 pelajar dan pengajar iaitu Puan Hajah Nafisah @ Kamariah Kamaruddin bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail.

Bengkel Ping Pong 15 November 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Ping Pong (UQS 11601) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Dewan Ping Pong UTHM. Disertai seramai 38 pelajar dan pengajar Encik Hasran Bin Haron. Musical Performance Consert (MECON) 12 Disember 2014 – Dianjurkan oleh gabungan Kursus Koir (UQB 10301), Kursus Teater (UQB 11201) dan Kursus Muzik Moden (UQB dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail UTHM. Disertai seramai 115 pelajar dan pengajar Puan Nurzalinda Binti Za’aba & Puan Azleen Binti Sulaiman. Klinik Sepak Takraw 07-08 November 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Sepak Takraw (UQS 11801) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Gelanggang Sepak Takraw UTHM. Disertai seramai 32 pelajar dan pengajar Encik Norazizi Bin Hamisan. “Flying With Tennis” 01 November 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Tenis Seksyen 2 (UQS 12201) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM. Disertai seramai 19 pelajar dan pengajar iaitu Encik Hafiz Bin Mohd. Zaini bertempat di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat. Usahawan Cilik Pemangkin Pembangunan Negara 08 November 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Keusahawanan Seksyen 8 (UQw 10101) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM. Disertai seramai 37 pelajar dan pengajar iaitu Cik Nur Nadia Binti Ismail bertempat di Sekolah Kebangsaan Parit Bingan, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

27

PROGRAM-PROGRAM SEPANJANG SEM I SESI 2014/2015

31 Oktober 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Khidmat Masyarakat Seksyen 2 (UQK 10101) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Sekolah Kebangsaan Sri Merlong , Rengit, Batu Pahat. Disertai seramai 32 pelajar dan pengajar Dr. Mohd. Haziman Bin Wan Ibrahim


PROGRAM-PROGRAM SEPANJANG SEM I SESI 2014/2015

Rakan Komuniti UTHM (Elemen Kemahiran) 15 November 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Keusahawanan Seksyen 5 (UQw 10101) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM. Disertai seramai 35 pelajar dan pengajar iaitu Engr Muhammad Suhaimi Hj. Sulong bertempat di Bengkel Makmal, Fakulti Pendidikan Teknikal Vokasional, UTHM.

Program Seminar Dasar Penulisan Jounalism 13 Disember 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Sastera Liberal Journalism (UQA 10501) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM. Disertai seramai 39 pelajar dan pengajar iaitu Puan Suriayati Binti Baharom bertempat di Dewan 2, Dewan Tunku Mahkota Ismail.

“Amalan Undang-Undang Serta Demokrasi Di Malaysia” 13 Disember 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Sastera Liberal Pendidikan Undang-Undang (UQA 10101) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM. Disertai seramai 38 pelajar dan pengajar iaitu Ustaz Abdullah Bin Sulaiman bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail.

“Politik Dan Mahasiswa” Apa Acuannya?

Program Perintis Usahawan Muda

13 Disember 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Sastera Liberal Art Sains Politik (UQA 10601) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM. Disertai seramai 39 pelajar dan pengajar iaitu Ustaz Abdullah Bin Sulaiman bertempat di Dewan 2, Dewan Tunku Mahkota Ismail.

09 - 10 November 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Keusahawanan Seksyen 3 (UQw 10101) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM. Disertai seramai 35 pelajar dan pengajar iaitu Cik Nur Nadiah Binti Ismail bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor.

Program Pengurusan Pertandingan Bola Sepak Sembilan (9) Sebelah 12 -13 Disember 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Bola Sepak (UQS 10601) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM. Disertai seramai 36 pelajar dan pengajar Encik Mohd. Hazrul Fadli Bin Mohd. Yusoff bertempat di Padang B UTHM.

Bengkel Asas Pertolongan Cemas 01 November 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Pertolongan Cemas (UQR 10801) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM. Disertai seramai 39 pelajar dan pengajar iaitu Nur Atiqah Binti Abd. Shukor bertempat di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor. “Fiesta Muda Mudi” 27 November 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Senitari Tradisi dan Kreatif (UQB 11101) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM. Disertai seramai 38 pelajar dan pengajar iaitu Encik Rosdi Bin Abdullah bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM.

28


Bengkel Teater Dan Senitari

13 Disember 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Pengucapan Awam Seksyen 1, 2 dan 3 (UQP 10101) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Dewan Seminar Al-Farabi, Pusat Islam UTHM. Disertai seramai 106 pelajar dan pengajar iaitu Puan Meizareena Mizad, Cik Nurzarina Binti Abdul Samad dan Puan Hasliza Binti Kadir & Shahar.

Gotong Royong Lapang Sasar Golf UTHM 29 November 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Golf (UQS 11001) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Lapang Sasar Golf UTHM. Disertai seramai 39 pelajar dan pengajar iaitu Encik Mohamad Bin Ismail.

Kembara Haji 2014 Sepanjang Semester I Sesi 2014/2015 – Dianjurkan oleh Kursus Umrah dan Haji Seksyen 1 dan 2 (UQD 10301) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Lapangan Terbang Senai, Johor, Pejabat Tabung Haji Negeri Johor dan Masjid UTHM. Disertai seramai 38 pelajar dan pengajar iaitu Puan Zanariah Bini Buang dan Tuan Haji Khalil Bin Abd. Rahim. “Road To My Silat” 27 September 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Silat Cekak Hanafi (UQB 10601) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Bukit LayangLayang, Pasir Gudang, Johor. Disertai seramai 33 pelajar dan pengajar iaitu Encik Khairulakmal Bin Kamaludin.

Pertandingan Debat Terbuka 11 – 12 Disember 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Debat (UQP 10201) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Dewan 5, Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM. Disertai seramai 334pelajar dan pengajar iaitu Encik Yuslizar Bin Kamaruddin.

Program Sehari Bersama PelajarPelajar Sekolah Menengah Dato’ Sulaiman, Parit Sulaong, Batu Pahat, Johor. 13 Disember 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Siswa Siswa Pertahanan Awam II (SISPA) (UQR 10601) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Sekolah Menengah Dato’ Sulaiman, Parit Sulaong, Batu Pahat, Johor. Disertai seramai 26 pelajar dan pengajar iaitu L/KPL. (PA) Rohaizam Bin Mohd. Yatim.

Program Anak Angakt Dan Keusahawanan 04 – 06 Diesember 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Khidmat Masyarakat Seksyen 1 (UQK 10101) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Dewan Parit Tengah, Rengit, Kluang, Johor. Disertai seramai 34 pelajar dan pengajar iaitu Encik Ahmad Khirul Nizam Bin Ali.

“Jalinan Kasih Temu Jodoh 2014” 21 – 22 November 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Khidmat Masyarakat Seksyen 8 (UQK 10101) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Desa Temu Jodoh, Chaah, Segamat, Johor. Disertai seramai 38 pelajar dan pengajar iaitu Puan Hasniza Binti haji Mustafa. .

29 29

PROGRAM-PROGRAM SEPANJANG SEM I SESI 2014/2015

22 November 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Senitari Tradisi dan Kreatif (UQB 11101) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di PEMADAM Kebangsaan, Kuala Lumpur. Disertai seramai 38 pelajar dan pengajar iaitu Encik Rosdi Bin Abdullah.

“A Day With Public Speaker”


PROGRAM-PROGRAM SEPANJANG SEM II SESI 2013/2014

Program Komuniti Bakti 06 Disember 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) RELASIS 1 SEM 1 (UQR 10901) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Pekan Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor. Disertai seramai 73 pelajar dan pengajar iaitu PGR Siti Fadilah Binti Mislan.

Program Kebudayaan Taman Cendana 04 – 06 Disember 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Khidmat Masyarakat Seksyen 6 (UQK 10101) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor. Disertai seramai 32 pelajar dan pengajar iaitu Encik Mohd. Safiee Bin Idris.

A Tribute To You-One Step To A Better Change 10 - 12 Disember 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Khidmat Masyarakat Seksyen 6 (UQK 10101) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor. Disertai seramai 32 pelajar dan pengajar iaitu Encik Mohd. Safiee Bin Idris.

“Bakti Keringat Nelayan” 12 - 13 Disember 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Khidmat Masyarakat Seksyen 7 (UQK 10101) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Kampung Nelayan Penyambong, Mersing, Johor. Disertai seramai 37 pelajar dan pengajar iaitu Puan Hasniza Binti haji Mustafa.

“KHIDMAT MASYARAKAT MENERUSI JUALAN AMAL 11 - 18 Disember 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Siswa Muamalat (UQW 10201) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Tapak Jualan Dataran Anggerik UTHM. Disertai seramai 36 pelajar dan pengajar iaitu Puan Junita Binti Abdul Rahman.

Program University Tun Hussein Onn Student Game 12 - 13 Disember 201 – Dianjurkan oleh Kursus Silat Olahraga (UQS 11901) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Dewan Serbaguna UTHM. Disertai seramai 35 pelajar dan pengajar iaitu Encik Ahmad Faizal Bin Abu Bakar.

Program Pencetus Usahawan Muda Cilik 08 - 09 Disember 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Keusahawanan Seksyen 2 (UQW 10101) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Kolej Komuniti Batu Pahat, Johor. Disertai seramai 36 pelajar dan pengajar iaitu Dr. Normah Bin Zakaria.

30 30


Jelajah Melaka – Satu Dokumentari Penulisan

Hidup Cergas Minda Sihat

14 – 15 November 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Bola Sepak (UQS 10601) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Padang Bola Sepak Sekolah Kebangsaan Parit Bingan, Parit Raja, Batu, Pahat, Johor. Disertai seramai 21 pelajar dan pengajar iaitu Encik Mohd. Hazrul Fadli Bin Mohd Yusoff.

05 - 06 Disember 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Khidmat Masyarakat Seksyen 3 (UQK 10101) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Tasik Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Disertai seramai 36 pelajar dan pengajar iaitu Dr Azita Binti Ali.

“Jalinan Kasih Temu Jodoh” 21 - 22 November 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Khidmat Masyarakat Seksyen 8 (UQS 10101) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Kampung Desa Temu Jodoh, Chaah, Segamat, Johor. Disertai seramai 35 pelajar dan pengajar iaitu Puan Hasniza Binti Mustafa.

Kursus Asas Kayak Arus Deras Dan Menyelamat Di Air 19 -20 Disember 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Kayak (UQS 11201) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Kem Rekreasi Sungai Sedim, Kulim, Kedah. Disertai seramai 35 pelajar dan pengajar iaitu Encik Shaid Bin Jaafar.

I’M4ZOO 20 - 21 Disember 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Khidmat Masyarakat Seksyen 9 (UQS 10101) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Zoo Johor. Disertai seramai 65 pelajar dan pengajar iaitu Puan Hasniza Binti Mustafa.

Program Pengurusan Pertandingan Bola Sepak Sembilan (9) Sebelah 12 -13 Disember 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Bola Sepak (UQS 10601) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM. Disertai seramai 36 pelajar dan pengajar Encik Mohd. Hazrul Fadli Bin Mohd. Yusoff bertempat di Padang B UTHM.

3131

PROGRAM-PROGRAM SEPANJANG SEM I SESI 2014/2015

29 November 2014 – Dianjurkan oleh Kursus Asas Kewartawanan (UQP 10301) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum UTHM bertempat di Bandaraya Melaka. Disertai seramai 31 pelajar dan pengajar iaitu Puan Suriayati Binti Baharom.

Klinik Bola Sepak UTHM


BENGKEL PERMURNIAN FAIL MEJA PUSAT KOKURIKULUM UTHM

BENGEKL PUSAT KOKURIKULUM

20 HINGGA 22 NOVEMBER NEW YORK HOTEL, JOHOR BAHRU

32 32


BENGKEL PENULISAN BUKU DAN PANDUAN AKADEMIK PUSAT KOKURIKULUM UTHM 17 HINGGA 19 OKTOBER 2014 HOTEL SENTRAL, JOHOR BAHRU

BENGKEL PUSAT KOKURIKULUM 33 33


BENGKEL PENERAPAN NILAI-NILAI HOT’S DAN TRAINING OF TRAINERS (TOT) PENGAJAR KOKURIKULUM UTHM SEMESTER 1 2014/2015 29-31 OGOS 2014 HOTEL NEW YORK, JOHOR BAHRU

BENGKEL PUSAT KOKURIKULUM

34


JASAMU AMAT DIKENANG 31 DISEMBER 2014 - MAJLIS PERPISAHAN STAF SAMBILAN HARIAN (PSH) PUSAT KOKURIKULULUM

ZULFADHLEE BIN KASIM 03 OGOS 2014HINGGA 31 DISEMBER 2014

Kelahiran @ Pusat Kokurikulum UTHM

Nama anak: Nur Alysha Humayra binti Hazrul Fadli Tarikh lahir: 18 Ogos 2014 Anak yang: Kedua Nama staf: Nur Azila binti Kelewon

Nama anak: Muhammad Aqil Zhafran bin Mohd Dzulkarnaen Tarikh lahir: 21 Ogos 2014 Anak yang: Pertama Nama staf: Siti Khadijah binti Haji Md. Som

35


PUSAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TUN

HUSSEIN ONN MALAYSIA

86400 PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR.

TEL:

07-4537759/7481/7484 FAKS: 07-4536808

WEB: http//:pk.uthm.edu.my

36


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.