Penguatkuasaan Akta Pendidikan 1996

Page 1

PENGUATKUASAAN AKTA PENDIDIKAN 1996 Dalam Warta Kerajaan Bertarikh 21 Mei 1998, jilid 42 No. 11 Tambahan No. 41 Perundangan (A),P.U(A)196,AKTA PENDIDIKAN 1996 ada dinyatakan: PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998 Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut: 1.

Nama Dan Mula Berkuatkuasa. 1.1 Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah)1998 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 21 Mei 1998.

2.

Pemakaian. 2.1 Peraturan-peraturan ini adalah terpakai bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

3.

Tafsiran Dalam peraturan-peraturan ini --3.1 “Guru Besar” atau “Pengetua” ertinya pegawai dalam perkhidmatan pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan untuk mengurus sekolah. 3.2 “Jawantankuasa” ertinya sekumpulan orang yang dilantik atau dipilih untuk menjalankan tugas persatuan sekolah. 3.3 “Penasihat” ertinya guru yang dilantik oleh Guru Besar atau Pengetua untuk memberi nasihat kepada persatuan sekolah.

4.

Penubuhan Persatuan Sekolah 4.1 Guru besar atau Pengetua, setelah menerima pemohonan secara bertulis, hendaklah menubuh persatuan sekolah daripada kategori yang berikut : 4.1.1 Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997: 4.1.2 Hobi dan Rekreasi; 4.1.3 Sukan dan Permainan; 4.1.4 Badan Beruniform; atau 4.1.5 Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

5.

Laporan. 5.1 Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah mengmukakan secara bertulis kepada Guru besar atau Pengetua,laporan yang lengkap mengenai pekara-pekara yang berikut : 5.1.1 Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan 5.1.2 Senarai Ahli Jawatankuasa Persatuan dan 5.1.3 Senarai aktiviti utama persatuan. 5.2

5.3

6.

Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari mula bertkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini atau dalam hal persatuan yang ditubuhkan selepas Peraturan-Peraturan ini berkuatkuasa, dalam tempoh empat belas hari selepas mesyuarat pertama persatuan tersebut. Perlembagaan dan peraturan persatuan sekolah hendaklah diluluskan oleh Guru Besar atau Pengetua.

Perubahan Dalam Perlembagaan Dan Peraturan Persatuan Sekolah 6.1 Jawatan kuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada Guru Besar atau Pengetua, laporan yang lengkap mengenai apa-apa perubahan dalam perlembagaan, peraturan, jawatan kuasa atau persatuan.


6.2

6.3

Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh yang laporan tentang perubahan itu dibuat dan hendaklah disahkan dengan tandatangan pengerusi dan setiausaha persatuan yang berkenaan. Guru Besar dan Pengetua boleh menerima atau enggan untuk menerima perubahan yang dinyatakan dalam subperaturan (1).

7.

Rekod Persatuan Sekolah Guru Besar atau Pengetua hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu rekod tentang ahli-ahli persatuan sekolah dalam tempoh tiga puluh hari selepas berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh Pendaftar.

8.

Penasihat Guru Besar atau Pengetua hendaklah melantik seorang atau beberapa orang guru untuk bertindak sebagai penasihat atau penasihat-penasihat bagi setiap persatuan sekolah dan Guru Besar atau Pengetua itu hendaklah menyimpan atau menyebabkan sedia ada bagi pemeriksaan oleh Pendaftar.

9.

Akaun 9.1 Akaun bagi tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah di bawah kawalan Guru Besar atau Pengetua atau Penasihat. 9.2 Guru Besar atau Pengetua hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu akaun yang sewajarnya dan hendaklah menyimpannya di bawah jagaannya bagi tempoh tidak kurang dari enam bulan setelah berakhir tiap-tiap tahun kewangan dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh Pendaftar. 9.3 Apa-apa tajaan atau kutipan derma bagi setiap persatuan sekolah hendaklah mendapat kelulusan Guru Besar atau Pengetua.

10. Mesyuarat Tiap-tiap mesyuarat persatuan sekolah atau jawatan kuasanya hendaklah dihadiri oleh Penasihat dan mana-mana guru lain yang telah dilantik oleh Guru Besar atau Pengetua bagi maksud itu. 11. Pematuhan Pengurusan Persatuan Sekolah, Dsb. Pendaftar, Guru Besar atau Pengetua boleh secara bertulis mengarah mana-mana persatuan sekolah mematuhi persatuan tentang pengurusan, aktiviti, keahlian atau yang selainnya berkenaan dengan persatuan itu. 12. Pembubaran Persatuan 12.1 Pendaftar, Guru Besar atau Pengetua boleh, secara bertulis mengarah mana-mana persatuan sekolah dibubarkan jika dia berpuas hati bahawa persatuan itu mungkin digunakan bagi maksud ; 12.1.1 Yang tidak memberi manfaat kepada guru atau murid; 12.1.2 Propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau awam ; 12.1.3 Yang memudaratkan kepentingan murid ; atau 12.1.4 Yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini. 12.2

Tiap-tiap arahan yang dibuat di bawah subperaturan (1) atau Peraturan 10 hendaklah disiarkan dengan menampalkan suatu salinan mengenainya di papan kenyataan sekolah atau di mana-mana tempat yang boleh dilihat di premis sekolah.

13. Pembatalan Peraturan-peraturan di bawah Seksyen 92 Ordinan Pelajaran 1952 dibatalkan.

Dibuat 8 April 1998. (KP(PUU) S 10075/07/1/JLD.IV(25): PN.(PU2) 569)


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.