12 Kaedah PdPc Kemahiran Abad Ke-21

Page 1

      

 

KAEDAH ‘FAN-N-PICK’ Murid berkumpul dalam kumpulan. Guru memberi nombor kepada murid 1-4 / Murid memberi nombor kepada diri sendiri 1-4. Guru memberikan satu set kad kepada setiap kumpulan. Murid #1 memegang kad dalam bentuk kipas tangan dan menyatakan “Pilih satu kad, yang mana anda mahu”. Murid #2 memilih satu kad dan membacakan soalan yang terdapat pada kad tersebut untuk dijawab oleh murid #3 dan memberikan masa 5 saat untuk berfikir. Murid #3 menjawab soalan. Murid #4 memberi respons/merumus jawapan tersebut. [Jika soalan dijawab dengan betul, murid #4 memberikan pujian. Jika jawapan yang diberikan „salah‟, murid #4 memberikan/mendapatkan jawapan yang betul. Jika soalan terbuka, murid ke-4 hanya memuji idea rakan dan menambah/merumus idea. Murid bertukar peranan mengikut arah pusingan jam.

VARIASI  Fan-N-Pick boleh dimainkan secara berpasangan. Murid #1 memegang kad, murid #2 memilih dan membaca soalan. Murid #1 menjawab, murid #2 memuji dan menjelaskan/merumuskan. Murid bertukar peranan.

KAEDAH ‘JIGSAW’      

Mulakan dengan KUMPULAN RUMAH (HOME GROUP) Setiap ahli diberikan nombor mengikut topik kecil yang diberikan oleh guru. KUMPULAN RUMAH dipecahkan kepada KUMPULAN PAKAR (EXPERT GROUP) mengikut nombor yang ditetapkan dalam kumpulan. KUMPULAN PAKAR duduk bersama untuk membincangkan topik mereka. Selepas peruntukan masa tamat, KUMPULAN PAKAR kembali kepada KUMPULAN RUMAH. Mereka akan membimbing rakan dalam KUMPULAN RUMAH dalam tajuk khusus mereka.


KAEDAH ‘SIMULTANEOUS ROUND TABLE’  Murid duduk berkumpulan.  Guru mengajukan isu/masalah/soalan yang mempunyai pelbagai respons dan memberikan masa untuk murid berfikir.  Setiap murid mendapat sehelai kertas.  Murid menulis satu idea di atas kertas sendiri dan kemudian apabila menerima isyarat dari guru, murid memberikan kertas kepada rakan sebelah (ikut pusingan arah jam).  Murid membaca idea yang ditulis oleh rakan dan kemudian menulis idea baru. *Idea yang ditulis hendaklah berbeza.  Ulangi langkah 3 – 5 sehingga mendapat isyarat seterusnya dari guru.

KAEDAH ‘RALLYROBIN/ROUNDROBIN’  Guru mengajukan isu/masalah/soalan yang mempunyai pelbagai penyelesaian dan respons yang mungkin dan memberikan masa untuk murid berfikir.  Apabila menerima isyarat dari guru, murid berkongsi pendapat secara berpasangan (RALLYROBIN) kepada rakan sebelah „shoulder partner‟ dan kemudian rakan di hadapan „face partner‟ dan seterusnya dalam kumpulan (ROUNDROBIN).  Murid berterima kasih kepada rakan atas perkongsian idea.  Guru meminta wakil berkongsi pendapat. VARIASI KAEDAH ‘ALLWRITE ROUNDROBIN’  Semasa ROUNDROBIN, setiap murid merekodkan setiap idea di atas kertas sendiri. KAEDAH ‘ALLWRITE CONSENSUS’  Semasa ROUNDROBIN, hanya apabila mendapat persetujuan semua ahli tentang satu-satu idea, setiap murid merekodkan idea tersebut di atas kertas sendiri.


KAEDAH ‘GIVE ONE GET ONE’  Guru mengajukan masalah/isu yang mempunyai pelbagai penyelesaian atau respons yang mungkin dan memberikan masa kepada murid untuk berfikir dan menulis idea.  Apabila menerima isyarat dari guru, bergerak dan mencari rakan untuk bertukar-tukar idea (hanya bagi satu idea dan hanya ambil satu idea baru dari rakan)  Murid terus bergerak mencari rakan baru dan mengulangi langkah 2.  Berhenti apabila mendapat isyarat dari guru.

.

KAEDAH ‘GALLERY WALK’  Hasil kerja murid dipamerkan pada dinding kelas (kemas dan jarak antara satu sama lain).  Murid berdiri di sekeliling paparan kumpulan masingmasing.  Apabila menerima isyarat dari guru, secara berkumpulan atau individu, murid bergerak ke satu paparan yang lain.  Murid menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru merujuk kepada paparan tersebut.  Apabila menerima isyarat seterusnya, murid bergerak ke paparan yang lain dan mengulangi langkah di atas.


KAEDAH ‘THINK-PAIR-SHARE’

KAEDAH ‘CAROUSEL BRAINSTORMING’ •

Bahagikan setiap murid kepada beberapa kumpulan (4 orang satu kumpulan) • kaedah KFC (Kesan, Faktor & Cara) – untuk BM • setiap ahli kumpulan akan menjawab KFC di atas kertas sebak kumpulan lain. Langkah 1 • bentuk kumpulan Langkah 2 • agihkan kumpulan dengan tugasan dan masukkan jawapan dalam ruangan kumpulan yang disediakan. • kumpulan 1 - Kesan • kumpulan 2 - Faktor • kumpulan 3 - Cara

    

Topik diberikan oleh guru. Murid berfikir sendiri dalam jangka masa tertentu. Masa tamat dan murid mencari pasangan lalu berkongsi idea bersama pasangan. Masa tamat dan murid mengucapkan terima kasih. Murid mencari pasangan baharu dan proses diulangi.


KAEDAH ‘STAY, STRAY : CONTOH 2 STAY, 2 STRAY’ 

Kaedah ini merupakan kaedah pembentangan dalam kumpulan.

Hasil kerja diletak di atas meja.

2 orang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan.

2 orang ahli lagi akan bergerak melihat/menyoal hasil kumpulan lain.

Apabila kembali ke kumpulan asal, 2 ahli yang bergerak harus berkongsi dengan ahli-ahli lain.

lain

untuk

untuk

KAEDAH ‘PLACEMAT CONSENSUS’/ MINE-COMBINE’ 

   

Guru mengajukan masalah/isu yang mempunyai pelbagai penyelesaian atau respons yang mungkin dan memberikan masa kepada murid untuk berfikir dan menulis idea. Murid duduk dalam kumpulan. Setiap kumpulan disediakan satu borang „placemat consensus‟ Setiap murid dalam kumpulan akan mengemukakan idea dalam ruangan masing-masing. Idea yang dipilih akan ditulis di tengah-tengah.


KAEDAH ‘CAROUSEL FEEDBACK’     

Murid secara berkumpulan berdiri di hadapan tugasan masing-masing Apabila menerima isyarat dari guru, secara berkumpulan, murid bergerak ke kumpulan yang lain. Guru memperuntukkan masa untuk murid membincangkan reaksi mereka terhadap hasil kerja kumpulan lain (tanpa menulis) Selepas perbincangan, wakil kumpulan memberikan maklum balas dalam borang maklum balas (Two stars one wish) Guru memberikan isyarat untuk murid bergerak ke kumpulan yang lain dan ulangi langkah 2-3 sehingga balik ke kumpulan sendiri. (Gilir-gilirkan wakil untuk menulis maklum balas) Apabila balik ke kumpulan asal, murid membaca maklum balas yang diberikan oleh ahli kumpulan lain.

KAEDAH ‘FIND, FIX AND MATCH’    

Murid secara individu diberikan satu keping kad. Apabila menerima isyarat dari guru, murid bergerak dalam kelas dan mencari siapakah yang sama kategori kad dengannya. Guru memperuntukkan masa untuk murid mencari ahli kumpulan berdasarkan kad yang diberikan. Setelah selesai, maka terbentuklah ahli kumpulan berdasarkan kad yang diperoleh.

VARIASI #Kaedah ini boleh digunakan untuk membentuk kumpulan. #Kaedah ini digunakan untuk mengkategorikan maklumat berdasarkan tugasan yang diberikan oleh guru.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.