Current status of accacia supply in malaysia (malay) 2014

Page 1

STATUS SEMASA BEKALAN AKASIA DI MALAYSIA

1.0

TUJUAN Kertas kerja ini bertujuan untuk memaklumkan status bekalan kayu balak daripada spesies Akasia di Malaysia.

2.0

LATARBELAKANG 2.1

Malaysia merupakan salah sebuah negara pengeksport terbesar bagi kayu tropika. Malaysia juga merupakan negara pengeluar dan pengeksport terbesar bagi kayu balak dan produk-produk panel seperti plywood, medium density fibreboard dan particle board serta produk-produk kayu lain seperti flooring, pintu dan joinery products.

2.2

Pada tahun 2013, industri perkayuan telah menyumbang sebanyak RM19.5 billion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar di mana Semenanjung Malaysia mencatatkan nilai eksport sebanyak RM10.4 billion, Sabah sebanyak RM1.8 billion dan Sarawak sebanyak RM 7.3 billion dan telah menyediakan sebanyak lebih daripada 300,000 peluang pekerjaan kepada rakyat.

2.3

Sumber bekalan bahan mentah diperolehi daripada hutan asli samada dari tanah hutan negeri, tanah terbiar dan program penanaman semula tanaman getah. Adalah dijangkakan bahawa sumber bekalan bahan mentah akan mengalami kekurangan disebabkan oleh pengurangan pembukaan tanah hutan negeri disamping penggunaan tanah terbiar bagi tujuan pembangunan.

2.4

Manakala, program perladangan hutan telah mula dilaksanakan sejak lewat tahun 1980 oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Dianggarkan keluasan ladang hutan sedia ada di Malaysia adalah sebanyak 600,000 hektar. Secara keseluruhannya, spesies yang ditanam kebanyakannya adalah daripada spesies Akasia.

2.5

Sebagai kesinambungan bagi program sedia ada, Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) telah dibangunkan sejak tahun 2006 dengan memfokuskan penanaman 9 spesies pokok cepat membesar iaitu, Akasia, Laran, Khaya, Jati, Sentang, Getah, Batai, Binuang dan Buluh (diluluskan pada tahun 2011) bagi 1


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.