Trading Tips by Muhamad Fadzli Bin Jamaludin

Page 1

Tips-tips ini adalah bersesuaian dengan perdagangan saham di dalam Bursa Malaysia:

1) Ada saham yang perlukan masa untuk naik. Pelbagaikan portfolio anda. 1/3 untuk jangka masa pendek, 1/3 untuk jangka masa sederhana, 1/3 untuk main intra (beli dan jual pada hari yang sama).

2) Jauhi saham yang mempunyai volume yang rendah, atau anda mungkin 'terperangkap' di dalam saham itu untuk masa yang lama. Masuk saham yang mempunyai sekurangnya 300k volume sehari.

3) Sentiasa beli selepas pukul 4:30 pm untuk mengelak 'false rally' di waktu pagi atau tengah hari. Biasanya apabila harga saham naik di waktu pagi, anda akan 'kejar harga' dan beli, kemudian harga jatuh waktu petang dan anda panik dan jual semula pada harga yang lebih murah.

4) Fundamental Analysis (FA) digunakan untuk memilih saham APA untuk dibeli/dijual. Untuk FA, biasanya kami hanya mencari syarikat yang membuat banyak untung dan memenangi tender projek yang besar-besar.

5) 'Laut merah' adalah masa untuk beli saham ketika masih murah. 'Laut hijau' adalah masa untuk jual semula ketika harga sudah naik. Volume dan 'price spike' adalah WAJIB UNTUK JUAL dan ambil profit, walaupun harga belum sampai target price lagi.

Volume spike: Jika saham masuk top volume page selepas 10:00 am

Price spike: Harga naik lebih dari 5% daripada harga tutup hari sebelum

6) Jika ada lebih dari satu target price, apabila harga sudah naik lebih daripada target price pertama, target price pertama akan secara automatik menjadi stop loss yang baru. Sebagai contoh:

Saham A

Current Price=0.12 Stop Loss=0.10 Target Price 1=0.15


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.