Akaun CDS by Muhamad Fadzli Bin Jamaludin

Page 1

Akaun 'Central Depository System', atau akaun CDS, adalah sama seperti akaun simpanan atau semasa, anda boleh deposit dan keluarkan duit dari akaun, cuma bezanya, duit di dalam akaun CDS digunakan untuk membeli dan menjual saham. Anda mesti berumur 18 tahun ke atas untuk membuka akaun CDS.

Anda boleh membuka akaun CDS di mana-mana cawangan broker yang berdaftar di Malaysia. Broker adalah institusi kewangan yang akan menguruskan akaun CDS anda.

Anda boleh membuka akaun CDS di:

● ● ●

Mana-mana cawangan bank yang mempunyai 'investment bank group' seperti Maybank, CIMB dan lain-lain Mana-mana cawangan 'investment bank' seperti Maybank Investment Bank, CIMB Investment Bank dan lain-lain Mana-mana cawangan broker persendirian yang bukan bank seperti Kenanga, Malacca Securities dan lain-lain

Bagaimana hendak membuka akaun CDS?

1) Jika anda SUDAH MEMPUNYAI akaun simpanan atau semasa di Maybank sebagai contoh:

● ● ● ● ●

Pergi mana-mana cawangan Maybank atau Maybank Investment Bank, mohon untuk buka akaun CDS Anda akan diminta untuk memberikan sedikit info peribadi RM10.00 akan ditolak dari akaun simpanan atau semasa anda, dan akan didepositkan ke akaun CDS anda 2 minggu maksimum, akaun CDS anda akan siap Anda sudah boleh mula buat duit dengan berdagang saham

2) Jika anda TIDAK MEMPUNYAI akaun simpanan atau semasa di Maybank sebagai contoh:

● ● ● ● ● ●

Pergi mana-mana cawangan Maybank Investment Bank, mohon untuk buka akaun CDS Bawa satu fotokopi Mykad depan dan belakang Isi borang sedikit Bayar RM10.60 dan wang itu akan didepositkan ke akaun CDS anda 2 minggu maksimum, akaun CDS anda akan siap Anda sudah boleh mula buat duit dengan berdagang saham


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.