Lmck2811 sosial dan kepertanggungjawaban

Page 1

1

LMCK2811 SOSIAL DAN KEPERTANGGUNGJAWABAN: DARI PERSPEKTIF ETIKA KERJA DAN PERKHIDMATAN Etika Kerja dan Perkhidmatan: Definisi dan Pemahaman... 1 Kepentingan Nilai dan Amalan Etika interpersonal.. 7 Akauntabiliti Dalam Pekerjaan.. 34 Al-wala’ (kepatuhan) Dalam Konteks Pekerjaan.. 47 Kepentingan Akujanji Dalam Pekerjaan.. 58 Etika protokol dan etika social Di Dalam Majlis Dari Perspektif Islam.. 75 Budaya kerja cemerlang.. 98 Pemakaian Kod Kelakuan dan Tatatertib 1993 di Malaysia: Penilaian Dari Sudut Etika kerja.. 112 ETIKA KERJA DAN PERKHIDMATAN: DEFINISI DAN PEMAHAMAN

Etika kerja

Etika kerja dimaksudkan sebagai cara kerja, kebiasaan kerja, tatatertib kerja dan adat resam kerja. Di dalam pemakaian dan pemahaman sektor pekerjaan etika kerja adalah berkaitan dengan dasar atau etika atau peraturan dan seumpamanya yang digunakan oleh pekerja di dalam menjalankan pekerjaan rutin. (Robbins, S.P, 1998: 9-12) Dasar atau etika atau peraturan pada kebiasaannya


2

dikuatkuasakan oleh pemimpin sesuatu organisasi. Walau bagaimanapun etika kerja juga sebenarnya merangkumi sifat peribadi dan dalaman seseorang pekerja. Walaupun seseorang itu bekerja tanpa peraturan atau dasar yang mengikat dirinya tetapi dia mempunyai sifat peribadi dan dalaman yang jujur, pekerja tersebut masih dapat melakukan pekerjaannya dengan baik walaupun dengan pemantauan yang minima.

Di dalam tamadun Barat, etika bekerja sudah dibincangkan dengan panjang lebar. Perbincangan yang mendalam di dalam tamadun ini telah melahirkan bermacam-macam teori berkaitan dengan pengurusan dan kepimpinan organisasi. Impak daripadanya dilihat tamadun Barat lebih berkembang pesat jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain buat masa ini. Di dalam tamadun Barat ini perbincangan awal mengenai teori etika kerja ialah berkaitan dengan teori kemoralan yang diceduk pada asalnya dari teori kemoralan Yunani yang banyak membicarakan atas tajuk Mores yang bermaksud moral atau etika berkelakuan dan kemudiannya diperincikan lagi perbicaraannya kepada etika berkelakuan di dalam pekerjaan. (William, B., 1972: 4)


3

Apabila membicarakan etika kerja di dalam Islam, terlebih dahulu golongan pekerja harus memahami konsep bekerja di dalam Islam. Ini kerana pemahaman konsep bekerja di dalam Islam mempunyai kaitan yang amat rapat dengan etika kerja seseorang Muslim dalam melakukan sesuatu kerja. Tanpa pemahaman yang jitu di dalam konsep bekerja di dalam Islam, seseorang Muslim tidak dapat menghayati kerjanya dengan berkesan malah walaupun etika kerjanya sangat baik tetapi tidak dapat memahami konsep bekerja di dalam Islam, pekerjaan seseorang Muslim itu akan siasia. (Al-Faruqi, Ismail Raji, 1982: 30-35)

Secara umumnya konsep bekerja di dalam Islam dapat diringkaskan seperti berikut;

i.

Bekerja sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Ain – bekerja

di dalam Islam adalah keperluan setiap individu. Ini kerana setiap seorang terutamanya kaum lelaki bekerja untuk memenuhi tuntutan hidup seperti menyara diri dan keluarga, memenuhi tuntutan makan dan minum dan memenuhi keperluan pakaian dan sebagainya. Jika seseorang Muslim tidak bekerja ini bermakna akan menimbulkan kesan yang buruk bukan sahaja kepada diri yang tidak dapat memenuhi keperluan harian tetapi juga akan memberi kesan dan


4

mudharat kepada tanggungannya. Keperluan Fardhu Ain ini lebih mendesak kepada seseorang Muslim yang bekerja untuk membayar hutang piutang yang ditanggungnya di dalam hidup di dunia. (Fazlur Rahman, 1982: 43)

ii.

Bekerja sebagai satu ibadah – konsep ini berdasarkan

kepada keimanan seseorang itu adalah berteraskan kepada amalannya. Dari sudut pekerjaan amalan seseorang itu adalah pekerjaan yang dilakukannya. Konsep ini juga berkaitan dengan niat seseorang ketika melakukan

pekerjaannya. Jika diniatkan

kerana Allah s.w.t, maka seseorang itu akan mendapat ganjaran yang selayaknya tetapi jika diniatkan kerana keduniaan, maka seseorang itu juga akan mendapat keduniaanya. (Fazlur Rahman, 1988: 20-23) Di dalam memenuhi konsep bekerja sebagai ibadah ini Allah s.w.t berfirman yang maksudnya;“Seseorang itu akan mendapat habuan berdasarkan usahanya. Sesungguhnya hasil usaha pekerjaannya akan diperlihatkan kepadanya” (1:281)

iii.

Bekerja boleh menghapuskan dosa – dosa-dosa kecil yang

terkumpul akan terhapus dengan kesungguhan seseorang itu melakukan pekerjaannya. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud;“Dari sekian banyak dosa,


5

dosa yang tidak dapat dihapuskan oleh sembahyang, sedekah ataupun Haji dapat dihapuskan dengan susah payah mencari rezeki” (Sahih Muslim, 1987: 22) Sabda baginda lagi yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghayati waktu petangnya dengan bergantung kepada hasil usaha tangannya sendiri nescaya petang itu ia berada di dalam keampunan Allah” (Sahih Muslim, 1987: 23)

iv.

Bekerja setaraf dengan jihad – konsep ini berdasarkan

kepada kesusahan dan pengorbanan seseorang itu mencari rezeki. Kesusahan dan pengorbanan ini telah disamakan tarafnya dengan kesusahan dan pengorbanan melakukan jihad fisabilillah. Di dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya; “Barangsiapa yang bertungkus lumus mencari sara hidup dirinya dan keluarganya maka ia seperti Mujahid fisabilillah” (Sahih Muslim, 1987: 39)

Bukti ini juga jelas melalui satu cerita yang telah diriwayatkan bahawa Sufian bin Malik telah dilantik oleh Saidina Umar al-Khattab sebagai pengurus kutipan untuk Baitulmal di Basrah. Suatu ketika Sufian bin Malik meminta izin daripada


6

Saidina Umar al-Khattab untuk meninggalkan tugasnya kerana hendak pergi berjihad melawan kaum Musyrikin, lantas Saidina Umar berkata “Bukankah engkau sedang dalam jihad?” (Muhammad Husain Haekal, 1986: 632)

v.

Menjaga halal dan haram di dalam pekerjaan – perhitungan

bekerja di dalam Islam bukan sahaja berkaitan dengan ganjaran seperti gaji dan sebagainya, tetapi lebih jauh daripada itu ialah seseorang itu perlu menjaga batasan halal dan haram di dalam melakukan kerjanya. Ini adalah sebagai satu syarat kepada konsepkonsep kerja di dalam Islam yang diterangkan sebelum ini. Di dalam perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya; “Orang yang paling menyesal dan kerugian di hari Akhirat kelak ialah orang yang mendapat sara hidup dari rezeki yang tidak halal, sehingga ia masuk bersama-sama dengan orang-arang Kafir ke Neraka” (Sahih Muslim, 1987: 335)

Apabila saeseorang Muslim itu dapat menghayati konsep bekerja di dalam Islam, maka mudahlah baginya pula untuk menerapkan dan melaksanakan etika kerja dengan nilai-nilai murni di dalam pekerjaanya. Etika kerja adalah rutin yang seharusnya dilaksanakan dengan baik. Dasar-dasar atau peraturan bekerja yang diwujudkan


7

oleh sesebuah organisasi adalah bertujuan untuk memupuk etika kerja yang baik dan cemerlang. KEPENTINGAN NILAI1 DAN AMALAN ETIKA2 INTERPERSONAL3

1.

Latarbelakang.

Perbincangan yang berlarutan berkaitan dengan piawaian etika yang sepatutnya digunakan samada secara individu atau masyarakat 1

Nilai adalah sebahagian daripada moral iaitu satu bentuk perlakuan yang di dasarkan kepada sesuatu yang membina, baik dan berfaedah. Umpamanya seseoraang yang menghayati nilai bertanggungjawab maka akan terserlah nilainilai tersebut di dalam perlakuannya sehari-harian tanpa adanya tekanan atau dorongan yang serius. 2

Etika berasal daripada perkataan Yunani , iaitu 'ethos' yang bermaksud adat resam, kebiasaan dan rutin. Bahasa Latin pula menggunakan perkataan 'mores' untuk tujuan dan maksud yang sama. Oleh itu, etika dan moral mempunyai bidang kajian yang serupa. Di dalam agama Islam konsep ini dikenali sebagai 'akhlak'. 3

Interpersonal adalah istilah komunikasi yang digunakan untuk mengambarkan hubungan antara dua individu atau antara individu dengan kelompok masyarakatnya. Hubungan ini juga melibatkan tanggapan dan perasaan dalaman seseorang tersebut. Oleh itu, interpersonal melibatkan tiga perkara. Sifat dalaman individu, perlakuan individu dan penerimaan masyarakat terhadap perlakuan individu.


8

telah menimbulkan satu konflik masyarakat yang teramat serius. Anehnya perbincangan ini tidak menemukan satu titik pertemuan selari berkaitan konsep, asas dan dimensi etika yang boleh digunakan oleh masyarakat sejagat. Perkara ini berlaku kerana banyak sebab. Antaranya etika banyak dipengaruhi oleh sifat dalaman manusia yang menjadikannya sukar untuk diukur ditambah lagi dengan perbuatan yang tidak menunjukkan sifat dalaman seseorang. Selain itu, kewujudan nilai-nilai murni yang difahami berdasarkan kepada tamadun manusia juga tidak sama dan berbeza-beza. Kemurnian didikan dan ajaran agama juga tidak dapat membantu menemukan satu etika sejagat yang boleh diguna pakai.

Rentetan daripada itu, banyak penulis mengemukakan berbagai idea dan pandangan untuk menemukan satu asas kepada penggunaan etika yang seimbang. Warnock (1979) umpamanya, telah mengetengahkan teori etika utilitarianisme yang bermaksud etika itu hendaklah berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada kelompok masyarakat. Malangnya idea ini dikatakan lebih bersifat ‘official’ sahaja kerana ianya tidak dapat mengukur maksud dalaman seseorang yang


9

melakukan tindakan tersebut.4 Jean Paul Sartre (1905) pula mengemukakan idea eksistensialisme yang mengukur etika sebagai satu perbuatan yang lahir daripada pemikiran manusia semata-mata. Idea ini juga tidak mempunyai asas yang kukuh kerana sesuatu tindakan selalunya disalah anggap oleh orang lain.5

Idea yang paling tua dikemukakan dan menjadi pegangan sebahagian besar manusia adalah idea yang datangnya daripada agama-agama yang dianuti. Pegangan agama pada asasnya adalah amalan nilai-nilai murni dari didikan kalbu hinggalah diwujudkan dalam bentuk tindakan-tindakan tertentu. Walaupun idea ini mempunyai

kelemahannya

seperti

wujudnya

pertentangan

sensitiviti agama sehingga lahirnya ektremis agama tetapi amalan dan pegangan nilai sekurang-kurangnya menemukan satu titik persamaan amalan nilai sejagat. Etika keagamaan ini kemudiannya 4

Lihat penghurian berkaitan dengan etika Utilitarianisme dan Egoisme merangkumi maksud, sifat dan perlaksanaannya di dalam buku, Warnock, G.J. 1979. Introduction. Dalam Mills, J.S. Utilitarianism. Disunting oleh Warnock. M. Glasgow: Collins Fount Paperbacks. 5

Penulis ini menghuraikan bahawa teori etika eksistensialisme adalah sesuatu yang datang bersama manusia ataupun dianggap sebagai sesuatu nilai yang semulajadi yang merangkumi nilai-nilai baik dan sebaliknya. Manusia menurut penulis ini mempunyai etika eksistensialisme yang seimbang. Suasana, masa dan zaman yang akan menentukan penonjolan samada etika baik atau buruk.


10

telah disulami dan dihiasi dengan amalan budaya murni sesetengah masyarakat. Amalan ini berbeza dari satu tamadun ke tamadun yang lain dan dari satu kelompok masyarakat ke kelompok masyarakat yang lain yang ditandakan dengan kewujudan berbagai suku kaum dan bangsa.

Lanjutan daripada tidak adanya piawaian yang tepat berkaitan pemahaman dan amalan etika ini telah melahirkan banyak kekeliruan dan kesamaran berkaitan dengan amalan interpersonal. Istilah interpersonal adalah satu istilah komunikasi yang lahir daripada tanggapan, perasaan dan tindakan individu terhadap individu yang lain. Daripada keadaan asas ini akhirnya dilebarkan kepada

bentuk

berkelompok

atau

bermasyarakat.

Istilah

interpersonal ini juga difahami dengan hubungan individu dengan individu yang lain ataupun kadang-kadang menggunakan istilah keperibadian ataupun istilah sahsiah diri. Ianya adalah satu asas kepada pembentukan peribadi merangkumi tanggapan dan perasaan yang dilahirkan dalam bentuk perkataan dan tidakan. Amalannya secara berkelompok akan menjadikan sesuatu masyarakat atau bangsa itu di anggap mulia, bertatasusila dan beretika.


11

2.

Sumber-sumber etika interpersonal.

Sebelum perbincangan yang lebih mendalam berkaitan dengan etika interpersonal ini, perlu diketahui dan diselidiki terlebih dahulu dari mana sumber kemunculan etika ini. Walaupun bergitu, sumbersumber yang diutarakan hanyalah berbentuk altenatif atau dengan lain perkataan wujud sumber-sumber lain yang menyokong kewujudan etika interpersonal ini yang tidak diutarakan kerana ianya berbentuk sifat dalaman individu yang mempraktiskannya. Antara sumber-sumbernya adalah seperti berikut;

i.

Amalan dan praktik nilai-nilai di dalam agama.6

Sekian lama kewujudan agama telah menjadi pegangan kukuh umat manusia di dalam kehidupan. Doktrin agama bukan sekadar teori dan praktik teologi semata-mata atau memahami konsep-konsep paranormal di dalam agama atau berkaitan dengan amalan-amalan 6

Nilai-nilai agama pada dasarnya adalah satu bentuk pengajaran nilai-nilai murni yang mempunyai hubungan dengan sifat-sifat keagamaan seperti patuh kepada tuhan, amalan rukun-rukun agama dan seumpamanya. Ilmuan Barat cuba memisahkan dua rangkuman ini, iaitu dengan hanya mengammbil nilai-nilai murni dan meninggalkan sifat-sifat keagamaan yang dibawa. Oleh itu, dilihat amalan nilai-nilai murni di Barat tidak mempunyai asas yang kukuh.


12

ritual khusus agama malahan ianya lebih besar dan lebar daripada itu. Sesuatu yang harus difahami berkaitan dengan agama ini adalah amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan kehidupan beragama. Perkara ini berasaskan kepada tidak ada satu agama yang lahir di dunia ini yang mengajar penganut-penganutnya melakukan sesuatu tindakan yang tidak berfaedah dan mendatangkan keburukan. Umpamanya, jika di dalam agama Islam wujud satu sagmen khusus berkaitan hal ini yang disebut sebagai ‘akhlak’. Amalan dan praktik nilai-nilai agama ini telah diwarisi sekian lama dan ada sesetengahnya yang telah diwarisi semenjak zaman sebelum Masihi lagi.

Berdasarkan kepada kekukuhan amalan agama ditambah pula dengan perkembangannya maka amalan nilai-nilai murni ini adalah satu amalan yang berbentuk individu. Maksudnya setiap seorang

daripada

penganut

mempraktikkannya. Jika tidak,

sesuatu

agama

itu

mesti

maka individu tersebut tidak

dianggap seorang penganut agama yang baik. Praktik nilai-nilai murni di dalam agama telah melahirkan insan yang dianggap mulia dan beretika. Kemuliaan ini disebut dengan berbagai gelaran umpamanya Ulama, Paderi, Sami, Utusan tuhan, anak tuhan dan sebagainya. Amalan nilai-nilai murni ini bertambah kukuh dengan


13

utusan-utusan agama yang disuruh untuk menyampaikan agama ini kepada semua orang.

ii.

Adat resam dan budaya.7

Adat resam lebih merujuk kepada sesuatu tindakan berkelompok yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Sebahagian daripada adat resam dan budaya masih mempunyai hubungan yang sinonim dengan amalan dan praktik agama tetapi sebahagian besarnya telah diubah suai mengikut kepentingan masyarakat yang mengamalkannya dengan mengambil kira juga kesesuaian waktu dan zaman. Contohnya, amalan menghormati dan mengutamakan orang-orang yang lebih tua walaupun terdapat di dalam agama tetapi cara dan bentuk penghormatan tersebut telah disesuaikan dengan keadaan masa, zaman dan tempat. Oleh kerana itu, generasi yang terkemudian kadang-kadang tidak mengetahui bahawa itu

7

Adat resam dan budaya adalah merangkumi praktik manusia yang dilakukan secara berkelompok dan diamalkan secara warisan dari satu generasi ke generasi yang lain. Ini bermaksud amalan dan praktiknya merangkumi adat-adat animisme, agama dan kebudayaan. Lihat penghuraiannya di dalam Hunter, G. 1966. Southeast Asia: Race, Culture and Nation. London: Oxford University Press.


14

adalah ajaran agama sebaliknya lebih mengetahui bahawa perkara tersebut adalah warisan ibu bapa dan nenek moyang mereka.

Perkara asas di dalam pendidikan dan pengajaran ibu bapa terhadap anak-anak adalah berdasarkan pengalaman ibu bapa tersebut sebelum itu. Ini bermakna jika adat resam dan budaya sesuatu kelompok masyarakat itu tidak diturunkan maka tidak ada lagi asas yang kukuh untuk dijadikan pengajaran. Intipati dari adat resam dan budaya ini pula pada kebiasaannya adalah berbentuk amalan nilai-nilai murni walaupun ada sebahagiannya yang berbentuk khurafat dan tidak berasas tetapi mempunyai asas-asas yang kukuh untuk pengajaran. Pengamalan nilai-nilai murni di dalam adat resam dan budaya adalah penentu kepada generasi yang beretika terutama sekali dalam bentuk interpersonal.

iii.

Sifat kendiri.

Sifat kendiri adalah sifat dalaman seseorang yang akhirnya diterjemahkan di dalam bentuk tindakan. Sifat kendiri ini banyak dipengaruhi oleh pendidikan dan pengajaran samada yang berbentuk formal atau informal. Terdapat juga sifat kendiri yang diperolehi secara warisan umpamanya sifat pendiam yang ada pada


15

seseorang mungkin diwarisi daripada ibu bapanya yang juga bersifat bergitu. Sesuatu yang mengubah sifat kendiri ini adalah suasana, keadaan masa dan tekanan. Umpamanya, jika seseorang itu bersifat pasif dan tidak banyak berkomunikasi semasa hidupnya di kampung tetapi apabila berhijrah ke ibu kota individu tersebut perlu bersifat aktif dan banyak berkomunikasi. Oleh yang demikian, manusia perlu sentiasa mengubah sifat kendirinya dari sesuatu yang baik kepada yang lebih baik pada masa-masa akan datang.

Seperkara lagi, jika diteliti terhadap perkembangan sifat kendiri ini, perkara asas yang perlu ada pada diri seseorang untuk memperbaiki sifat dan tindakannya adalah motivasi diri yang tinggi. Tidak dapat dibayangkan bagaimana kehidupan dan hubungan interpersonal seseorang itu jika tidak mempunyai motivasi yang dapat membantunya mencapai sesuatu cita-cita. Keakhiran daripada sifat kendiri ini jika dikaitkan dengan hubungan interpersonal ialah kecemerlangan hidup. Oleh yang demikian, adalah pentin bagi seseorang itu mempunyai sifat kendiri yang positif dan disertai dengan motivasi yang tinggi untuk menunjukkan dirinya itu beretika.

3.

Pemahaman nilai dan amalan interpersonal dalam Islam.


16

Secara tipikalnya pemahaman umum kepada nilai dan amalan etika interpersonal dalam Islam merangkumi maksud, ciri-ciri dan sifatsifatnya dinukilkan di dalam contoh-contoh berikut yang diambil daripada sumber primer Muslim iaitu al-Quran dan Sunnah;

I Banyak contoh-contoh mengenai nilai dan amalan etika interpersonal ini di dalam al-Quran yang pendekatannya adalah mengenai seseorang yang sentiasa mahu memperbaiki pekerjaannya daripada satu tahap ke satu tahap dalam apa juga bidang pekerjaan yang diceburi. Ayat-ayat al-Quran yang menandakan sedemikian adalah seperti maksud firman Allah s.w.t: "Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat

kepada

orang-orang

yang

sentiasa

memperbaiki pekerjaannya" (7:56) Maksud firman Allah s.w.t lagi: "Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh


17

keredhaan) dan sesungguhnya pertolongan dan bantuan Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki pekerjaannya" (29:69) dan maksud firman Allah s.w.t lagi: "...(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha memperbaiki pekerjaannya, maka ia akan beroleh pahalanya dari sisi tuhannya dan tidak akan bimbang dari sesuatu kejadian yang tidak baik dan mereka pula tidak akan berdukacita" (2:112)

II Hadis Nabi pula mengambarkan nilai dan amalan interpersonal

itu

sebagai

sifat

ikhlas

dan

bersederhana dalam melakukan sesuatu perbuatan dan pekerjaan. Sifat ini digambarkan sehingga keperingkat walaupun seseorang itu melakukan pekerjaan tanpa ada pemantauan daripada sesama manusia tetapi tetap ada pemantauan daripada tuhan. Ini bersesuaian dengan maksud hadis: "Pada suatu hari ketika kami sedang duduk bersama-sama


18

Nabi, tiba-tiba datang seorang lelaki yang pakaiannya sangat putih dan rambutnya sangat hitam. Tidak ada kesan-kesann bekas perjalanan seperti debu dan lainnya pada diri lelaki tersebut dan tidak ada seorang pun dari kami yang mengenalinya. Kemudian dia duduk menghadap Nabi dengan menyandarkan dua lututnya kepada dua lutut Nabi lalu berkata: "Wahai Muhammad beritahu aku mengenai Islam?" Jawab baginda: "Hendaklah engkau bersaksi bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Dan engkau dirikan sembahyang, engkau keluarkan zakat, engkau berpuasa bulan Ramadhan, engkau menunaikan Haji jika engkau berkemampuan" Lelaki itu berkata: "Betul...!" Kami tercengang melihat lelaki itu kerana ia bertanya Nabi dan mengesahkan jawaban baginda. Kata Umar a.s, lelaki itu berkata lagi: "Wahai Muhammad beritahu aku mengenai iman?"Baginda menjawab: "Hendaklah kamu percaya kepada Allah,

Malaikat-MalaikatNya,

kitab-kitabNya,

Rasul-RasulNya, hari akhirat dan percaya kepada


19

hukum dan takdir Allah samada baik atau jahat" Lelaki itu berkata: "Betul...!" Lelaki itu berkata lagi: "Beritahu aku mengenai ehsan?" Jawab Nabi: "Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya. Jika engkau tidak dapat melihatNya, maka percayalah bahawa Dia melihat engkau"(Muslim)

Satu

lagi

hadis

yang

menggambarkan sifat-sifat kesederhanaan berkaitan dengan doktrin nilai dan amalan etika interpersonal ini ialah seperti maksud hadis: Naluri adalah modalku, akal fikiran sumberku, cinta adalah dasar hidupku, rindu adalah tungganganku, berzikir adalah

kawan

dekatku,

keteguhan

perbendaharaanku, duka adalah kawanku, ilmu adalah senjataku, ketabahan adalah pakaianku, kerelaan

sasaranku,

kesederhanaan

adalah

kebanggaanku, menahan diri adalah pekerjaanku, keyakinan

makananku,

kejujuran

peantaraku,

ketaatan adalah ukuranku, berjihad perangaiku dan hiburanku adalah dalam sembahyang" (Muslim)

III


20

Para ilmuan Islam memberikan pendapat yang berbeza-beza berkaitan dengan nilai dan amalan interpersonal ini. Tetapi pendapat yang berbeza tersebut dapat disimpulkan bahawa nilai dan amalan interpersonal itu adalah sifat-sifat Mahmudah manusia dalam berurusaan dengan tuhan dan berurusan sesama manusia. Imam al-Ghazali menyimpulkan etika itu sebagai Wala' atau ketaatsetiaan samada pada ajaran agama atau kepada

manusia

yang

sepatutnya.

Beliau

menggambarkan etika itu sebagai pelengkap kepada budipekerti Menurut

Ibn

manusia.

(al-Ghazali,

Taymiyyah

nilai

dan

1988:13) amalan

interpersonal Islam ialah tindakan yang baik dan positif dalam melakukan sesuatu pekerjaan hasil daripada naluri yang dididik dengan nilai-nilai yang murni. Oleh itu pada pendapat beliau didikan dalaman atau naluri hendaklah diutamakan agar dapat melahirkan tindakan-tindakan yang baik. (Ibn Taimiyyah, t.th: 43)


21

Rangkuman daripada pemahaman berkaitan dengan nilai dan amalan etika interpersonal Islam seperti yang telah dihuraikan di atas dapatlah disimpulkan seperti berikut;

i.

Sifat ingin sentiasa memperbaiki diri dalam pekerjaan rutin yang dilakukan oleh seseorang.

ii.

Sifat-sifat ikhlas, jujur, amanah dan bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perbuatan atau pekerjaan walaupun dengan ketiadaan pemantauan sesama manusia kerana wujudnya pemantauan daripada tuhan.

iii.

Sifat-sifat kesederhanaan dalam melakukan sesuatu tindakan tanpa adanya berlebih-lebihan dalam beberapa tindakan sahaja.

iv.

Sentiasa berfikir untuk menghasilkan tindakan-tindakan yang baik dan positif.

v.

Amalan nilai-nilai murni diutamakan di dalam melakukan sesuatu tindakan.

4.

Dasar amalan etika interpersonal.


22

Di dalam amalan dan praktik interpersonal di dalam kehidupan manusia terdapat beberapa dasar dan intipati yang menjadi tujahan penting untuk ditonjolkan, antaranya adalah;

i.

Amalan nilai-nilai murni.

Menurut Rokeach (1973), amalan dan praktik nilai-nilai murni adalah berfungsi sebagai ukuran yang membantu individu mengenalpasti kedudukannya di dalam sesuatu isu sosial atau moral. Tegasnya, nilai bukan sahaja memberi satu tunjuk arah kepada seseorang tentang bagaimana dia patut berkelakuan terhadap orang lain, malah bagaimana untuk menilai tingkahlaku sendiri serta orang lain. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa amalan nilai-nilai menyediakan satu piawai yang asas dan kekal (konsisten) supaya

dapat

membantu

individu

dalam

pemikiran

dan

perlakuannya.8 8

Walaupun amalan nilai-nilai murni dianggap sebagai ukuran sejagat etika interpersonal, Rokeach di dalam penulisannya masih lagi mempertikaian tentang bentuk dan sumber nilai-nilai murni tersebut. Ini kerana sesetengah nilai-nilai murni yang diamalkan dianggap mempunyai maksud lain yang tersirat atau dengan lain perkataan mempunyai niat yang tidak baik, umpamanya amalan tersebut kadang-kadang dianggap sebagai 'mengampu' terutama sekali di dalam etika kerja dan perkhidmatan. Lihat penghuraian yang lebih jelas di dalam Rokeach, M. 1973. The Nature of Human Values. New York: The Free Press.


23

Al-Ghazali di dalam bukunya Ihya’ Ulumuddin telah menggariskan beberapa kefungsian amalan nilai murni di dalam kehidupan. Antaranya amalam nialai-nilai ini akan menjadikan seseorang itu sntiasa berpegang dengan prinsip-prinsip agama yang kukuh. Lantaran itu, dua faedah didapati pertama; individu yang mengamalkannya akan sentiasa dipandang mulia dan keduanya; terjalinnya hubungan antara seseorang dengan seseorang atas dasar kasih sayang yang akrab. Perkara asas yang ingin disimpulkan oleh al-Ghazali ialah dengan amalan nilai-nilai murni ini dapat menjaga dua hubungan, iaitu hubungan keagamaan dan hubungan interpersonal.

ii.

Etika keperibadian mulia.

Etika keperibadian mulia ialah penonjolan sifat, perangai dan perwatakan mulia. Perkara ini mula-mula dibincangkan oleh Aristotle (384-322 S.M) dengan menggunakan perkataan 'virtues'. Di dalam dunia Arab perbincangannya menggunakan perkataan 'Fadhilah' atau 'Muruwwah'. Sifat, perangai dan perwatakan ini


24

adalah

merangkumi

keberanian,

perlakuan

kejujuran,

keadilan,

kesabaran

dan

kemurahan

hati,

kebijaksanaan

yang

memainkan peranan penting di dalam moral. Kehidupan manusia sentiasa dilingkungi oleh sifat dan perwatakan tersebut samada dalam bentuk individu atau interpersonal. Sifat dan perwatakan ini sekaligus menjadi ukuran terhadap amalan moral seseorang selain daripada amalan nilai-nilai murni. Oleh itu, tidak keterlaluan jika dikatakan orang yang mempunyai sifat dan perwatakan yang berlawanan dianggap sebagai manusia yang tidak mempunyai keperibadian mulia atau tidak beretika.

Etika keperibadian mulia memerlukan asuhan dan didikan yang sempurna. Ini kerana pada asasnya manusia dilahirkan serba boleh di dalam perlakuannya. Ini bermakna disamping mempunyai etika keperibadian mulia, manusia juga mempunyai etika yang berlawanannya dengannya. Oleh itu, kecenderungan untuk tidak beretika juga adalah salah satu darri sifat semulajadi manusia.

iii.

Kemoralan sosial.

Iaitu etika yang berkaitan perlakuan manusia di dalam masyarakatnya. Perlakuan ini asalnya dinyatakan di dalam bentuk


25

percakapan dan akhirnya dibuktikan melalui perbuatannya. Contohnya, etnik Jawa umpamanya berpegang kepada peraturan tradisi bahawa sesuatu permintaan tidak boleh terus ditolak dengan jawapan 'Mboten' (tidak), jawapan yang lebih baik dan tepat ialah 'Engggih' (ya) dan jika permintaan itu terpaksa ditolak, alasannya dinyatakan dengan penuh sopan dan tertib. Perlakuan bergini dianggap sebagai sesuartu yang biasa pada masyarakat timur dengan alasan tidak mahu mengecilkan hati masyarakat sekeliling. Tatakromo ini adalah sebagai satu bentuk kemoralan sosial.

Tetapi kemoralan sosial ini perlu mengambil kira beberapa perkara. Antaranya ialah sensitiviti masyarakat, sensitiviti agama, sensitiviti

individu

dan

keupayaan

mengenalpasti

sesuatu

permintaan tersebut samada boleh dicapai atau tidak. Perlakuan ini juga mestilah mengambil kira permintaan tersebut samada ianya bersifat mendatangkan faedah bersama atau sebaliknya. Praktik perlakuan

ini

sebenarnya

interpersonal.

iv.

Insan bermoral.

telah

memenuhi

amalan

etika


26

Insan bermoal lebih kepada dasar pembentukan keperibadian atau sahsiah mulia sekalipun tidak melibatkan individu atau masyarakat. Ini bermakna, individu itu sepatutnya berfikir tentang kebaikan insan bermoral berbanding dengan insan yang tidak bermoral. Selepas itu individu tesebut seharusnya menjadikan insan bermoral ini sebagai prinsip dalam mengatur hidupnya. Contohnya, individu yang sentiasa mempraktikkan membasuh pinggan sendiri selepas makan tanpa adanya suruhan. Maka, apabila makan dikhalayak ramai perlakuannya secara individu ini dijadikan prinsip dan tetap akan membasuh pinggan sendiri tanpa mengharapkan orang lain untuk membasuhnya.

Motivasi diri yang tinggi adalah asas kepada perlakuan insan bermoral ini. Oleh itu, seringkali dilihat mereka yang tidak mempunyai prinsip diri gagal di dalam mencapai sesuatu matlamat atau cita-cita. Ini kerana kejayaan itu datangnya daripada amalan prinsip atau amalan moral peribadi yang bersungguh-sungguh.

5.

Kepentingan nilai dan amalan etika interpersonal.

Terdapat beberapa kepentingan nilai dan amalan etika interpersonal ini dipraktikkan, antaranya;


27

i.

Kepatuhan kepada ajaran agama-ini kerana sebahagian daripada etika dan tanggungjawab interpersonal terdapat di dalam ajaran agama. Bagi sesiapa yang mematuhinya dianggap sebagai manusia yang menghormati ajaran agamanya.

ii.

Mengukur tahap kemuliaan manusia samada kemuliaan disisi tuhan atau kemuliaan sesama manusia-ini berkait rapat dengan tahap amalan ilai-nilai murni seseorang. Jika amalan nilai murni seseorang itu sempurna maka ia akan dianggap sebagai manusia yang mulia dan bergitulah sebaliknya.

iii.

Menjaga keharmonian mayarakat-amalan nilai dan etika interpersonal dikalangan mayarakat akan dapat mengelakkan perkara-perkara masyarakat

yang

seperti

membawa dendam,

keruntuhan

dengki,

institudi

menindas

dan

seumpamanya. iv.

Menjadi

penguatkuasa

kepada

diri-iaitu

asas

untuk

menghalang seseorang daripada melakukan sesuatu yang tidak bermoral dan tidak beretika seperti melakukan jenayah dan sesuatu yang dianggap tidak baik oleh masyarakat.


28

v.

Memahami sensitiviti individu, masyarakat dan agamamenjaga hubungan interpetsonal adalah asas kepada mempelajari sempadan dan sensitiviti-sensitiviti yang wujud.

vi.

Mewujudkan semanngat kecintaan terhadap sesuatu- ianya bergantung kepada dasar dan untuk apa seseorang itu mengamalkan nilai dan etika interpersonalnya.

6.

Nilai dan amalan etika interpersonal di Malaysia.

Memandangkan

peri

pentingnya

nilai

dan

amalan

etika

interpertsonal untuk manusia, wajarlah diberi gambaran ringkas tentang nilai dan amalan etika interpersonal ini dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia yang didokong oleh tiga bangsa utama, iaitu Melayu, Cina dan India. Ukuran kepada amalan nilai dan etika interpersonal ini adalah kewajaran hidup dalam satu sosial majmuk yang mengamalkan berbagai nilai agama, adat resam dan budaya. Tujuannya supaya wujud satu kesepakatan untuk samasama hidup harmoni di dalam sebuah negara.

Menurut Ho (1977), orang-orang Asia (termasuklah masyarakat di Malaysia) adalah satu kelompok masyarakat yang lebih menekannkan pencapaian ketenteraman fikiran serta lebih


29

cenderung kepada hal kerohanian dan agama berbanding masyarakat Barat. Mereka tidak menekankan dan terlalu mengejar kehidupan meterialistik atau kekayaan. Orang-orang Asia menerima hakikat bahawa negara mereka sedang membngun dan banyak kekurangan keperluan asasi. Oleh itu, penilaiann orang Asia sesama mereka dan orang yang luar dari Asia adalah berdasarkan kepada nilai moral dan bukan kekayaan. Mereka juga dianggap sebagai orang yang pasif dan tidak ganas dalam hubungan sosial. Kumpulan etnik ini lebih senang menyelesaikan sesuatu permasalahan mereka dengan menggunakan ikatan agama dan persepakatan.

Walaupun bergitu, Ho cuba mengetengahkan ciri-ciri perbezaan manyarakat Asia yang disebabkan oleh berlainan negara, masyarakat, juga kerana faktor geografi, faktor politik, faktor bangsa dan banyak lagi faktor-faktor lain yang menjadi sempadan antara masyarakat Asia. Ini bermakna nilai orang Malaysia berbeza daripada masyarakat Asia lain, malah dikalangan orang Malaysia juga mempunyai nilai-nilai yang berbeza kerana wujudnya amalan praktik adat resam dan budaya yang berbeza. Nnamun, diakui bahawa sesetengah nilai dikongsi bersama oleh kaum-kaum di Malaysia. Misalnya, seperti yang diketengahkan oleh Muzaffar


30

(1980) orang Melayu, Cina dan India mengamalkan nilai-nilai kekeluargaan yang tinggi sebagai asas kepada komuniti. Mereka menghormati ibu bapa, orang yang lebih tua dan orang yang bijaksana.

Menurut Tham (1977) , budi pekerti, budi bahasa, pendidikan

agama,

pendidikan

nilai

dan

simpati

adalah

keperihatinan utama di dalam kehidupan orang Melayu. Suatu keistimewan bangsa ini ialah menganggap budi sebagaai sesuatu yang berharga dan bernilai melebihi nilai-nilai materialistik. Budi adalah salah satu bentuk amalan nilai-nilai interpersonal yang terserah dikalangan masyarakat Melayu. Keunggulan budi dibentuk daripada nilai-nilai seperti baik hati, simpati, bertolak ansur, cenderung kepada sesuatu yang baik, kesyukuran dan kepekaan sosial. Lazimnya, budi dikaitkan dengan sikap mengambil berat terhadap orang lain dan orang yang berbudi akan diberi balasan yang serupa. Darjat seseorang itu diukur dari segi budinya. Budi diberi premium yang tinggi dalam skala nilai yang menentukan tingkahlaku. Seseorang akan dianggap biadap, tidak sopan, hina atau kurang ajar jika tidak ada budi.


31

Di dalam membezakaan kemoralaan sosial masyarakat di Malaysia, Tham (1977) cuba pula menyelidiki amalan nilai-nilai di dalam masyarakat Cina. Menurut beliau masyarakat Cina di Malaysia mengutamakaan nilai-nilai kekeluargaan yang harmonis dan stabil bergantung kepada pengurusan hubungan manusia serta sumber ekonomi yang kukuh. Terdapat dua sagmen amalan nilai dikalangan masyarakaat Cina di Malaysia jika amalan nilainya adalah seperti yang dinyatakan. Pertama; amalan nilai-nilai kekeluargaan yang akan membawa kepada kehidupan yang harmonis. Ini termasuklah amalan menghormati ibu bapa, orang yang lebih tua malah nenek moyang sekalipun. Kedua; mengurus hubungan manusia berdasarkan kepada ekonomi yang kukuh. Ini termasuklah amalan nilai-nilai seperti rajin, berusaha, tidak bergantung kepada orang lain dan sempamanya.

Selanjutnya di dalam menggambarkan etnik India pula, Tham (1977) mengambarkan bahawa etnik ini adalah golongan tipikal yang kuat pegangan agamanya samada yang berbentuk ritual khas ataupun yang berbentuk kebudayaan. Oleh yang demikian, kitaran hidup masyaraakat India ini adalah di dalam lingkungan agamanya. Ini bermakna nilai-nilai agama adalah panduan khas bagi masyarakat ini dalam menghadapi kehidupannya.


32

7.

Kesimpulan.

Terdapat beberapa perkara penting yang boleh disimpulkan berkaitan dengan nilai dan amalan etika interpersonal. Antaranya;

i.

Setiap individu itu mempunyai keperibadian yang seimbang antara yang baik dan yang buruk. Oleh itu, potensi untuk menonjolkan sesuatu yang baik itu bergantung kepada individu tersebut. Caranya ialah dengan amalan nilai-nilai murni dalam bentuk interpersonal. Jika amalan nilai-nilai murni ini diketengahkan di dalam kelompok masyarakat maka individu tersebut ankan dianggap sebagai individu beretika.

ii.

Pegangan, didikan dan asuhan agama serta budaya adalah sumber yang kukuh untuk dijadikan sebagai dasar kepada amalan nilai-nilai interpersonal. Ini kerana nilai-nilai yang terkandung di dalam agama dan budaya telah sekian lama menjadi ukuran dan piawaian kepada perlakuan manusia. Ini bermaksud, jika seseorang itu berpegang teguh dengan amalan agama dan budayanya bermaksud individu tersebut mempraktikkan nilai-nilai interpersonal.


33

iii.

Nilai-nilai etika interpersonal di Malaysia lebih bersifat kepada bentuk etnik, iaitu setiap etnik mempunyai dan mempraktikkan nilai-nilai tersebut di dalam etnik mereka sendiri samada yang diperolehi daripada agama atau budaya. Di khuatiri suatu hari nanti akan wujudnya sentimen yang berdasarkan kepada bangsa. Oleh itu, amalan nilai-nilai persamaan dalam etika interpersonal ini perlu lebih banyak diketengahkan dan dijadikan asas kepada pembentukan masyarakat majuk seterusnya.


34

AKAUNTABILITI DALAM PEKERJAAN

Anggota organisasi merupakan pemegang amanah. Keutuhan organisasi bergantung kepada akhlak, moral dan tatasusila. Justeru itu, setiap pegawai dan kakitangan organisasi dari peringkat tertinggi hingga peringkat terendah perlu mengamalkan nilai dan etika kerja yang terpuji. Kecemerlangan hasil organisasi itu merupakan cetusan dari usaha dan penglibatan setiap individu yang bekerja di dalamnya. Pengenalan dasar dan program nilai serta sikap yang baik akan membawa kemajuan kepada organisasi.

Pemupukan akauntabiliti adalah perlu bagi menjana tenaga kerja yang cemerlang dan efisyen. Tanpa akauntabiliti, pengurusan organisasi akan menjadi lemah, mudah berlaku penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penipuan. Ini akan membawa kepada implikasi yang negatif. Akauntabiliti organisasi menuntut sesebuah organisasi itu beroperasi berdasarkan matlamat syariah untuk memelihara tahap kepentinan dalam Islam memberi keadilan kepada semua pihak. Sesebuah organisasi perniagaan umpamanya


35

harus memastikan produk atau perkhidmatan yang dapat memberi keadilan antara syarikat dan pengguna. Begitulah selainnya.

Secara umumnya, akauntabiliti adalah satu etika kerja yang melihat setiap orang bertanggungjawab terhadap setiap perbuatan yang dilakukan dan pertanggungjawabannya yang utama ialah kepada penciptanya iaitu Allah s.w.t sebagaimana yang disebut dalam Al Quran

dalam surah al-Zalzalah ayat 7-8 yang

maksudnya: “Barangsiapa mengerjakan kebaikan, meskipun seberat zarah, akan dilihatnya balasan kebaikan itu. Barangsiapa mengerjakan kejahatan, meskipun seberat zarah, akan dilihatnya balasan kejahatan itu.�

Akauntabiliti boleh didefinisikan sebagi tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan dan memastikan tercapainya objektif serta matlamat tugas tersebut, melaksanakan tugas mengikut peraturan, undang-undang, prosedur dan arahan yang diberikan. Bagi mencapai matlamat itu, setiap kakitangan organisasi mestilah berhati-hati, cermat, teliti dan cekap. Juga tidak membazirkan sumber yang ada. Akauntabiliti dalam pengertian konvensional diberikan pemahaman yang berbeza-beza bergantung dari sudut mana ianya dilihat. Akauntabiliti dalam pengurusan


36

dijelaskan sebagai satu aspek kepimpinan iaitu sifat tanggungjawab golongan pemimpin untuk mencapai matlamat dan objektif sesuatu dasar yang dicipta. Manakala dari sudut tindakan atau gelagat di peringkat bawahan sebagai sifat tanggungjawab individu pekerja melaksanakan kerja yang diarahkan dengan disiplin yang ditetapkan oleh golongan pemimpin.

Dapatlah dikatakan bahawa akauntabiliti bermakna bahawa pihak pengurusan mempunyai hak untuk menuntut pihak pekerja melaksanakan kerja mereka dan mengambil tindakan pembetulan sekiranya pekerjanya gagal berbuat demikian. Pihak pekerja seharusnya membuat laporan kepada pihak pengurusan berhubung dengan status dan kualiti kerja. Di Dalam sesebuah organisasi wujud sekurang-kurangnya empat sektor pertanggungjawaban, iaitu pertanggungjawaban dalam hal ehwal birokrasi atau perjalanan organisasi, pertanggungjawaban perundangan sebagai satu cara penguatkuasaan, pertanggungjawban professional dalam memelihara etika kerja pekeja dan pertanggungjawaban politik sebagai atau cara mengawal kuasa dan kepimpinan.


37

Di dalam Islam terdapat beberapa falsafah disebalik perlaksanaan

akauntabiliti

dalam

pekerjaan.

Antaranya

termasuklah:

i)

Ketauhidan, iaitu merupakan falsafah yang mempengaruhi

tindakan dan tingkahlaku manusia. Secara umumnya tauhid bermaksud mempercayai dan mengakui akan keesaan Allah. Kesan tauhid dalam kehidupan manusia ialah ia memberikan misi yang jelas dalam setiap pekerjaan. Ini bermakna falsafah ketauhidan di dalam melakukan sesuatu pekerjaan dilaksanakan melalui akauntabiliti. Oleh yang demikian, sesibuk mana sekalipun seseorang pekerja itu melakukan kerjanya, soal ketauhidan dan pengabdian ini tidak harus dikebelakangkan. Hal ini bersesuain dengan maksud firman Allah dalam Surah al-Nur, ayat 37: “Beberapa orang lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak juga oleh jual beli dari mengingati Allah dan mendirikan solat kerana mereka takut kepada hari yang ketika itu hati dan penglihatan bergoncang�

ii)

Akhlak, iaitu merupakan falsafah lanjutan daripada sifat

ketauhidan. Sifat ketauhidan yang sempurna akan melahirkan perlakuan atau akhlak yang baik dalam melakukan sesuatu


38

pekerjaan. Akhlak dalam demensi pekerjaan ialah berbentuk sifatsifat peribadi dalaman pekerja yang disulami dengan kehendak Islam seperti sifat amanah, jujur, rendah diri dan seumpamanya yang melahirkan akauntabiliti. Dalam hal ini Allah berfirman dalam Surah al-Hadid, ayat 4 yang maksudnya: “Allah beserta kamu walau dimana pun kamu berada dan melihat apa yang kamu kerjakan�

iii)

Peranan pekerjaan dalam Islam, iaitu lebih kepada satu

pengawalan dan penguatkuasaan dalam diri pekerja dalam melaksanakan pekerjaannya. Bekerja sebagai Fardhu Ain kepada setiap individu mesti diaksanakan kerana Allah dalam memenuhi tuntutan peribadi seperti tanggungan hutang, tanggungan keluarga, tanggungan keperluan hidup dan sebagainya. Dengan kesedaran ini secara tidak langsung akan mewujudkan akauntabiliti. Allah berfirman dalam Surah al-Qashah, ayat 73 yang maksudnya: “Diantara rahmatNya ialah mengadakan untuk kamu malam dan siang supaya bersenang-senang pada malam hari dan mencari kurniaNya (bekerja di siang hari), mudah-mudahan kamu bersyukur kepadaNya


39

Akauntabiliti amatlah perlu bagi menentukan satu-satu tugas yang dilaksanakan itu adalah menepati dan mencapai objektif yang telah ditetapkan dan memastikan tidak ada pembaziran yang menjejaskan sesuatu perlaksanaan objektif. Dalam semua aspek pengurusan perkhidmatan, matlamat akauntabiliti adalah untuk mencapai satu kaedah kawalan yang berkesan bagi memastikan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan satu –satu pengurusan dipatuhi. Selain dari itu,

akauntabiliti juga

menyediakan satu sistem yang berkesan bagi melaksanakan dan mengesan tanggungjawab yang diamanahkan.

Peranan akauntabiliti boleh dilihat dalam berbagai-bagai aktiviti umpamanya akauntabiliti memainkan peranan penting dalam pengurusan kewangan. Sistem kawalan dijalankan terhadap perbelanjaan melalui pelbagai peringkat oleh beberapa pihak berkuasa yang telah ditentukan tanggungjawab masing-masing. Tiap-tiap

peringkat

terdapat

akauntabiliti

tertentu

untuk

memastikan perlaksanaan kawalan dan pengurusan kewangan yang berkesan. Dengan itu, tanpa penetapan akauntabiliti, pengurusan kewangan akan menjadi lemah dan mudah berlaku penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, penipuan dan sebagainya.


40

Konsep akauntabiliti boleh juga dipanjangkan kepada perlaksanaan kawalan disiplin dan tatatertib di dalam pekerjaan. Setiap lapisan pegawai dan kakitangan yang telah ditetapkan tangungjawab tertentu perlu memainkan peranan masing-masing bagi menjamin kejayaan projek atau program yang dilaksanakan. Sebaliknya,

jika

terdapat

mana-mana

pihak

yang

tidak

melaksanakan tanggungjawab masing-masing mengikut apa yang sepatutnya, ini mungkin akan menjejaskan perlaksanaan dan penyiapan projek atau pencapaian objektif program yang dilaksanakan.

Terdapat dua langkah perlaksanaan akauntabiliti samada dalam bentuk peribadi atau dalam bentuk yang lebih besar seperti di dalam organisasi dan sebagainya, iaitu:

i)

Persediaan dalam bentuk kerohanian yang merangkumi

fizikal dan mental. Persediaan ini memerlukan kepada beberapa tindakan susulan, antaranya ialah:

a) Menanaman sifat-sifat ketauhidan yang tulen atau dengan erti kata lain ialah akidah yang jelas terutama dalam konsep perlaksanaan pekerjaan dalam Islam.


41

b) Mempunyai niat yang jelas dan baik dalam melaksanakan sesuatu kerja kerana semua tidakan dan pekerjaan itu brmula dengan niat. c) Memahami dengan baik konsep bekerja dari perspektif Islam. d) Mengambil kira penguatkuasaan dalam bentuk kerohanian seperti halal dan haram juga dosa dan pahala. e) Mengambil tindakan-tindakan yang perlu kepada penerusan akidah dalam pekerjaa terutama dalam bentuk

fizikal

seperti

penyediaan

tempat

sembahyang dan kemudahan menunaikannya.

ii)

Persediaan

dalam

bentuk

pengorganisasian

sesuatu

pekerjaan sebagai melaksanakan persediaan kerohanian di atas. Perkara ini juga memerlukan beberapa tindakan susulan, antaranya:

a)

Menyatakan dengan jelas dalam bentu dokumentasi akauntabiliti setiap pekerjaan yang ditawarkan iaitu perlu membuat penentuan tanggungjawabkan bagi tiap-tiap

pekerja

dan

jenis

dipertanggungjawab kepadanya.

tugas

yang


42

b)

Menentukan penguatkuasaan dalam bentuk penalti atas apa juga nama samada undang-undang, prosedur,

peraturan

dan

arahan-arahan

yang

spesifik. c)

Menamakan satu badan bebas yang dapat memberi nasihat dan cadangan mengenai perlaksanaan akauntabiliti dalam rutin kerja seharian. Hal ini boleh dilakukan secara berkala.

d)

Mengenalpasti

ruang-ruang

yang

boleh

menyebabkan pekerja mengabaikan akauntabiliti terutama yang berkaitan dengan skop kerja mereka.

Di dalam perlaksanaan akauntabiliti dalam Islam terdapat beberapa bentuk yang diberi penekanan, iaitu:

i)

Akauntabiliti peribadi.

Setiap orang bertanggungjawab melaksanakan tugas yang telah diperintahkan kepadanya oleh Allah sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran dan Hadith. Seseorang individu itu mempunyai fungsi yang berbeza dan dia mempunyai akauntabiliti terhadap Allah. Syariat Islam telah menentukan sistem akhlak, sistem


43

ekonomi, sistem sosial, politik dan lain-lain lagi yang harus dipatuhi. Akauntabiliti peribadi dan hubungannya dengan Allah sering berkait rapat dalam melahirkan tenaga kerja yang luhur dan lebih efektif. Antara kejayaan Islam ialah metodnya yang berkesan dalam melahirkan pengurus-pengurus dan pekerja-pekerja yang mempunyai keperibadian yang luhur. Seorang individu dalam masyaraklat Islam dibentuk untuk senantiasa mengingati Allah. Akauntabiliti peribadi melibatkan dua dimensi iaitu setiap orang bukan hanya bertanggungjawab terhadap segala tindakannya di dunia sahaja tetapi merangkumi akhirat. Oleh itu, seseorang individu itu perlu memikirkan implikasi samada yang diterima di dunia mahupun akhirat.

ii)

Akauntabiliti kepimpinan.

Akauntabiliti kepimpinan sebenarnya secara umum merujuk kepada semua orang kerana walau apapun kerjayanya dia sebenarnya merupakan seorang pemimpin. Seseorang yang diamanahkan memegang sesuatu jawatan bertanggungjawab untuk memastikan


44

pencapaian organisasi sebagaimana yang telah ditetapkan oleh orang yang memilihnya. Seseorang individu itu perlu menjadi contoh dan teladan kepada orang diperingkat bawahan agar segala keputusan dan tindakan mudah diterima oleh mereka. Individu itu juga tidak boleh bertindak secara diktator tetapi hendaklah membuat keputusan selepas dilakukan musyawarah. Sebagai individu dia akan dipersoalkan oleh Allah terhadap kegagalannya dalam melaksanakan amanah dengan baik.

iii)

Akauntabiliti pekerja.

Seorang pekerja bertanggungjawab untuk melaksanakan tugasnya berdasarkan peranan yang telah diberi oleh majikan. Dia seharusnya mentaati arahan pemimpinnya supaya organisasi boleh mencapai metlamat yang telah ditetapkan. Akauntabiliti pekerja menuntut seorang pekerja itu:

a) Membuat laporan tentang perkembangan tugasnya dan mengenalpasti masalah yang timbul. b) Bertanggungjawab secara langsung kepada ketuanya. c) Mengetahui sistem dan prosedur yang cekap untuk melaksanakan tugas dengan berkesan


45

d) Bekerja sebagai satu pasukan. e) Melakukan dengan penuh amanah dan tidak terlibat dengan perkara bercanggah dengan etika Islam.

iv)

Akauntabiliti organisasi.

Akauntabiliti organisasi melihat kepada peranan organisasi keseluruhannya yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti moral, mental dan fizikal pekerjanya. Sekiranya organisasi berbentuk perniagaan matlamatnya tidak hanya untuk mendapat keuntungan

yang

maksimum

tetapi

ia

harus

memenuhi

tanggungjawab sosialnya. Akauntabiliti organisasi menuntut sesebuah organisasi itu beroperasi berdasarkan matlamat syariah dan menjauhi mana-mana yang bertentangan dengannya. Dengan cara ini akan menyediakan satu tempat bekerja yang benar-benar menepati apa yang dikehendaki Islam.

Akauntabiliti mempunyai faedah yang besar. Ia menjamin pelaksanaan tanggungjawab dan tugas lebih berkesan. Ia juga merupakan satu mekanisma yang dapat menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu tugas atau tanggungjawab. Melalui konsep akauntabiliti

ini

manusia

akan

berusaha

agar

mendapat


46

kebahagiaan dunia dan akhirat berbanding dengan manusia dari konsep Barat yang hanya mementingkan kehidupan duniawi sahaja. Kekuatan hubungan dengan Allah akan membentuk manusia yang berakhlak mulia kerana dia mengetahui bahawa penciptanya sentiasa memerhatikan setiap perlakuan dan akan diberi ganjaran yang setimpal dengan apa yang dilakukan.


47

AL-WALA’ (KEPATUHAN) DALAM KONTEKS PEKERJAAN

Di dalam pemakaian dan pemahaman sektor pekerjaan etika kerja adalah berkaitan dengan dasar atau etika atau peraturan dan seumpamanya yang digunakan oleh pekerja di dalam menjalankan pekerjaan rutin. Dasar atau etika atau peraturan pada kebiasaannya dikuatkuasakan oleh pemimpin sesuatu organisasi. Walau bagaimanapun etika kerja juga sebenarnya merangkumi sifat peribadi dan dalaman seseorang pekerja. Walaupun seseorang itu bekerja tanpa peraturan atau dasar yang mengikat dirinya tetapi dia mempunyai sifat peribadi dan dalaman yang jujur, pekerja tersebut masih dapat melakukan pekerjaannya dengan baik walaupun dengan pemantauan yang minima.

Bekerja di dalam Islam adalah keperluan setiap individu. Ini kerana setiap seorang terutamanya kaum lelaki bekerja untuk memenuhi tuntutan hidup seperti menyara diri dan keluarga, memenuhi tuntutan makan dan minum dan memenuhi keperluan pakaian dan sebagainya. Jika seseorang Muslim tidak bekerja ini bermakna akan menimbulkan kesan yang buruk bukan sahaja


48

kepada diri yang tidak dapat memenuhi keperluan harian tetapi juga akan memberi kesan dan mudharat kepada tanggungannya. Keperluan Fardhu Ain ini lebih mendesak kepada seseorang Muslim yang bekerja untuk membayar hutang piutang yang ditanggungnya di dalam hidup di dunia.

Dari sudut pekerjaan amalan seseorang itu adalah pekerjaan yang dilakukannya. Konsep ini juga berkaitan dengan niat seseorang ketika melakukan pekerjaannya. Jika diniatkan kerana Allah s.w.t, maka seseorang itu akan mendapat ganjaran yang selayaknya tetapi jika diniatkan kerana keduniaan, maka seseorang itu juga akan mendapat keduniaanya. (Fazlur Rahman, 1988: 2023) Di dalam memenuhi konsep bekerja sebagai ibadah ini Allah s.w.t berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 281 yang maksudnya; “Seseorang itu akan mendapat habuan berdasarkan usahanya. Sesungguhnya hasil usaha pekerjaannya akan diperlihatkan kepadanya�

Hadis daripada Rasulullah s.a.w juga banyak yang menerangkan tentang kemuliaan bekerja ini. Antaranya: Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Dari sekian banyak dosa, dosa yang tidak dapat dihapuskan oleh sembahyang, sedekah ataupun


49

Haji dapat dihapuskan dengan susah payah mencari rezeki” (Muslim). Sabda baginda lagi yang maksudnya: “Barangsiapa yang menghayati waktu petangnya dengan bergantung kepada hasil usaha tangannya sendiri nescaya petang itu ia berada di dalam keampunan Allah” (Muslim)

Bergitulah keperluan pekerjaan dalam hidup Muslim. Di dalam alam pekerjaan sendiri disamping bekerja memenuhi tuntutan agama, Islam mempunyai etika dan dasarnya yang tersendiri yang dianggap unik. Etika dan dasar ini adalah merupakan praktis keagamaan dalam pekerjaan yang dilakukan seharian. Salah satu etika dan dasar yang unik ini ialah dasar alwala’ (kepatuhan) dalam pekerjaan. Al-wala’ (kepatuhan) dalam pekerjaan ialah dasar ketaatsetiaan seseorang yang bergelar pekerja kepada ketuanya atau majikannya selagi ketua dan majikan ini tidak melanggar syariah Islam. Keperluan dasar al-wala’ (kepatuhan) dalam pekerjaan berlaku tanpa disedari atau dengan erti kata lain ketua atau majikan kadang-kadang tidak dapat memantau pekerjanya samada wujud dasar al-wala’ (kepatuhan) ini dalam diri pekerja. Fenomena ini adalah sifat dalaman pekerja. Seumpama keperluan wujudnya al-wala’ (kepatuhan) ini dalam jiwa Muslim kepada tuhannya bergitulah juga perlunya wujud al-wala’


50

(kepatuhan) ini dalam alam pekerjaannya kerana pekerjaannya ini juga akan dinilai oleh tuhannya.

Secara dasarnya al-wala’ (kepatuhan) dalam pekerjaan seseorang Muslim ingin menerapkan unsur-unsur berikut:

i.

Ketaatsetiaan kepada pemimpin.

Pemimpin yang dimaksudkan disini ialah ketua dan majikan. Walau bagaimanapun terdapat batasan kepada al-wala’ (kepatuhan) kepada pemimpin ini. Batasan ini mengambil kira ketua dan pemimpin yang tidak melanggar syariah Islam. Kewujudan alwala’ (kepatuhan) kepada ketua dan majikan ini bukan sahaja mengambil kira sifat menghormati batang tubuh ketua atau majikan semata-mata, malah ia meliputi sesuatu yang lebih luas daripada itu termasuklah dari sudut arahan, peraturan, dasar yang dicipta, penguatkuasaan dan apa juga bentuk yang dikuatkuasakan oleh ketua dan majikan ini. Dalam hal ini Allah berfirman dalam Surah al-Nisa’, ayat 59 yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada orang yang berkuasa dari kalangan kamu”


51

ii.

Melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh,

cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab.

Cermat,

bersungguh-sungguh,

cekap,

jujur,

amanah

dan

bertanggungjawab adalah nilai-nilai murni Islam dan nilai-nilai murni sejagat. Nilai-nilai ini sepatutnya ada pada diri seorang yang digelar Muslim terutama di dalam pekerjaannya. Ini kerana seperti yang diketahui bahawa bekerja itu adalah satu ibadah dan perlaksanaan ibadah itu mestilah disertai dengan akhlak yang baik. Islam tidak mengambil kira setakat sesuatu matlamat yang baik tetapi dicapai dengan akhlak yang tidak baik. Seperkara lagi, dengan wujudnya al-wala’ (kepatuhan) kepada ketua dan majikan secara langsung juga memberi dorongan kepada pekerja untuk berkerja dengan nilai-nilai murni di atas kerana semua nilai-nilai murni ini wujud di dalam semua dasar yang dikuatkuasakan oleh ketua atau majikan. Perkara ini membenarkan lagi peringatan Allah dalah Surah al-Anfal, ayat 27 yang maksudnya: “Janganlah kamu mengkhianati

amanah-amanah

kamu,

sedangkan

mengetahuinya�

iii.

Tidak mengutamakan kepentingan peribadi.

kamu


52

Sebagai seorang manusia dan anggota masyarakat, seorang pekerja sudah pasti tidak dapat lari dari menolak sepenuhnya kepentingan peribadi semasa membuat keputusan yang membabitkan diri sendiri. Keadaan ini secara tidak langsung akan menjadi faktor penentu sejauh mana keberkesanan keputusan yang akan dibuatnya bagi faedah orang ramai. Di dalam kontek ini, seseorang pekerja haruslah meletakkan kemaslahatan umum

lebih daripada

kepentingan peribadi. Konsep bekerja di dalam Islam juga telah menunjukkan bahawa pengorbanan untuk kepentingan umum adalah lebh utama seperti Islam menganggap bekerja itu adalah satu perjuangan jihad untuk kepentingan umum. Sifat dan sikap inilah yang sepatutnya menjadi etika kerja seseorang Muslim. Allah telah memberi amaran berkaitan perkara ini sebagaimana maksud firmaNya dalam Surah al-Kahfi sebahagian ayat 18-20: â€œâ€Śdan janganlah kedua mata kamu berpaling dari kerja yang mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini dan janganlah kamu mengikut orang yang hatinya telah kami lalaikan dari mengingati kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batasâ€?

iv.

Menjaga nama baik organisasi.


53

Persoalan imej atau nama baik organisasi merupakan satu perkara yang penting kerana ianya seringkali dikaitkan dengan keutuhan dan kecekapan sesebuah organisasi tersebut. Oleh itu, menjadi kewajipan pekerja agar menjaga dan memelihara nama baik organisasi supaya sentiasa dipandang bersih bukan sahaja oleh masyarakat tempatan malah masyarakat luar negara. Sehubungan itu, setiap pekerja mestilah mengamalkan keperibadian mulia dalam setiap tindak-tanduknya. Dari sudut Islam, keperibadian mulia juga diertikan sebagai mengamalkan akhlak yang mulia, iaitu berkelakuan dengan menjaga batasan-batasan syariah Islam termasuk di dalamnya menjaga halal dan haram, menjaga hukumhakam agama, bergaul dengan pergaulan yang baik dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan nilai-nilai Islam dan tidak bertentangan dengan syariah Islam.

Kekitaan terhadap tempat bekerja itulah sebahagian dari konsep al-wala’ (kepatuhan). Perasaan sayang terhadap organisasi, ketua dan majikan secara tidak langsung mendorong seseorang pekerja memepertahankan kebaikan yang ada dalam organisasi. Mempertahankan organisasi juga adalah hasil dari wujudnya konsep al-wala’ (kepatuhan) dalam pekerjaan.


54

v.

Menjaga

tindakan

daripada

sesuatu

yang

boleh

meruntuhkan akhlak.

Akhlak adalah perlakuan seseorang. Jika seseorang bekerja, akhlaknya adalah bagaimana ia melakukan kerja yang telah diamanahkan itu. Akhlak dalam melakukan kerja ini adalah sebahagian dari konsep al-wala’ (kepatuhan). Akhlak sebahagian dari nilai-nilai moral yang juga adalah nilai-nilai sejagat yang diertikan dari sudut sesuatu tamadun. Semua tamadun di dunia ini mempunyai nilai-nilai moral, iaitu nilai-nilai baik dari sudut kehidupan. Di dalam al-wala’ (kepatuhan) terdapat satu mesej yang menyuruh pekerja mernjaga diri mereka daripada terlibat dengan sesuatu yang boleh meruntuhkan akhlak dan moral diri. Jika di dalam perkhidmatan moden sesebuah organisasi yang dikatakan keruntuhan akhlak dan moral pekerja adalah seperti keterlibatan dengan penyalahgunaan dadah, disabitkan kes di dalam mahkamah samada mahkamah civil atau syariah, mempunyai tanggunggan hutang yang melebihi emolumen diri, ketagihan alkhohol dan seumpamanya. Islam juga melarang umatnya terlibat dengan sesuatu tindakan yang menyebabkan keruntuhan akhlak peribadi. Ini kerana imej yang sedemikian akan merosakkan umat Islam seluruhnya. Oleh itu, Islam mengajar umatnya supaya mengelakkan


55

nilai-nilai negatif di dalam etika kerja dan mengamalkan nilai-nilai positif di dalam etika kerja. Maka tepatlah seperti yang difirmankan Allah dalam Surah al-Taghabun, ayat 4 yang maksudnya: “Dia mengetahui segala yang di langit dan di bumi dan Dia mengetahui segala apa yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan dan Allah sentiasa mengetahui segala isi hati yang terkandung di dalam dada”

vi.

Mewujudkan pemuafakatan.

Di dalam hal ini, Islam telah mencadangkan supaya dihidupkan suasana Syura atau perbincangan sebagai etika kerja di dalam sesuatu perkhidmatan. Dengan wujudnya suasana permesyuaratan ini masalah yang dihadapi akan diselesaikan mengikut peraturan dan saluran yang betul. Pemuafakatan inilah hasil daripada wujudnya konsep al-wala’ (kepatuhan) dalam jiwa seseorang pekerja. Oleh itu, praktislah Syura ini seperti yang dianjurkan oleh Allah dalam Surah al-Syura, ayat 38 yang maksudnya: “…dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka”

vii.

Tidak ingkar perintah.


56

Arahan atau perintah merupakan salah satu unsur terpenting dalam pentadbiran sesebuah organisasi. Setelah sesuatu keputusan dibuat atau dipersetujui, arahan yang jelas dan khusus adalah perlu untuk memastikan keputusan atau dasar itu dilaksanakan bertepatan dengan

matlamat

ianya

diputuskan.

Pekerja

yang

diberi

tanggungjawab melaksanakan keputusan atau dasar tersebut sudah pasti tidak mampu melaksanakannya secara bersendirian tanpa bantuan pegawai lain. Oleh itu, beliau tidak ada pilihan lain kecuali mengarahkan pekerja bawahannya melaksanakan tugas tersebut. Sekiranya pegawai tersebut enggan mematuhi perintah yang dikeluarkan, maka perlaksanaan tugas tersebut sudah pasti akan terjejas. Kepatuhan kepada arahan, peraturan, undang-undang, dasar, prosedur atau apa juga nama adalah sebagai kayu pengukur kemantapan konsep al-wala’ (kepatuhan) dalam jiwa pekerja.

Al-wala’ (kepatuhan) bukan sekadar satu peraturan kerja tetapi sepatutnya menjadi rutin dan amalan etika kerja lebih-lebih lagi kepada golongan Muslim. Ini kerana walaupun dari satu sudut ia dilihat sebagai satu peraturan yang menghampiri kepada arahan tatatertib

kelakuan

dengan

penalti

tetapi

perlaksanaannya

bertepatan dengan etika kerja. Etika kerja sememangnya menggalakkan taat setia, nilai bertanggungjawab, jujur, cermat


57

berdedikasi, patuh perintah, menjaga kepentingan umum, tidak mengutamakan kepentinan peribadi dan lain-lain etika kerja yang terkandung di dalam konsep al-wala’ (kepatuhan).

Perlaksanaan etika kerja seperti yang terkandung di dalam al-wala’

(kepatuhan)

sepatutnya

tidak

memerlukan

penguatkuasaan kerana ia sepatutnya menjadi darah daging di dalam bekerja. Etika kerja yang terdapat di dalam al-wala’ (kepatuhan) ini juga dilihat bersesuaian dengan nilai-nilai kemoralan sejagat. Oleh itu, tidak ada ruang dan alasan kepada golongan pekerja untuk mempraktiskannya.


58

KEPENTINGAN AKUJANJI DALAM PEKERJAAN

1. Latarbelakang Akujanji

Akujanji adalah satu dasar awam yang berkaitan dengan etika kerja atau cara kerja yang mesti diguna pakai oleh penjawat awam. Akujanji

dikuatkuasakan

melalui

Pekeliling

Perkhidmatan

Bilangan 17, tahun 2001 dan di dalam pekeliling tersebut Akujanji disebut sebagai Surat Akujanji. Pekeliling ini mula diguna pakai di sektor awam bermula dari 1 Januari 2002. Ini bermakna semua pekerja awam mesti menandatangani surat Akujanji ini sebagai memenuhi syarat perlaksanaannya. (Pekeliling Perkhidmatan, Bilangan 17, tahun 2001)

i.

Perlaksanaannya.

Surat Akujanji telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui pekeliling kepada semua Ketua Jabatan. Ketua


59

Jabatan dimaksudkan sebagai pegawai yang mengetuai sesebuah organisasi samada diperingkat ibu pejabat, bahagian, cawangan, seksyen atau unit dalam sesebuah agensi awam atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan diperingkat

ibu

pejabat

untuk

menandatangani

ruangan

Tandatangan Ketua Jabatan dalam Surat Akujanji.

Pegawai atau pegawai awam bermaksud seseorang yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak oleh sesebuah pihak berkuasa melantik untuk berkhidmat dengan sesebuah agensi awam. Pihak berkuasa melantik bermaksud pihak yang diberi kuasa mengikut undang-undang untuk melantik seseorang berkhidmat dengan agensi awam di bawah bidang kuasa pihak berkuasa melantik berkenaan. Agensi awam pula bermaksud Kementerian atau Jabatan Kerajaan (Persekutuan dan Negeri), pihak berkuasa berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan pihak berkuasa tempatan.

Cara perlaksanaannya ialah seseorang penjawat awam samada secara perseorangan atau berkumpulan yang menggunakan Surat Akujanji perseorangan menandatangani Surat Akujanji dengan disaksikan Ketua Jabatan atau wakilnya yang telah diturunkan kuasa untuk menyaksikannya. Kecenderungan sesebuah


60

organisasi ialah menandatanganinya secara berkumpulan kerana ia menjimatkan masa untuk menerangkan berkaitan Surat Akujanji ini.

ii.

Dasar.

Dengan berkuatkuasanya pekeliling ini semua pegawai awam dikehendaki menandatangani dua salinan Surat Akujanji ini. Satu salinan Surat Akujanji ini disimpan samada oleh pihak berkuasa melantik, ketua perkhidmatan atau Ketua Jabatan di dalam fail peribadi pegawai untuk tujuan rekod. Satu salinan lagi hendaklah disimpan oleh pegawai awam yang menandatanganinya. Bagi pegawai

awam

yang

bukan

warganegara

mereka

boleh

menandatanganinya di dalam versi bahasa Inggeris yang telah disediakan.

Bagi menguatkuasakan Surat Akujanji, pemakaian Surat Akujanji ini kepada pegawai yang sedang berkhidmat, satu peruntukan khusus akan dimasukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, manakala bagi pegawai yang dilantik selepas tarikh kuatkuasa, Perintah-Perintah Awam Bab A (Perlantikan dan Kenaikan Pangkat) 1973, akan


61

dipinda dan memasukkan Perintah Am 23(a) dan Perintah Am 24(a), yang berbunyi;

Perintah Am 23(a); “Semua calon yang dilantik ke perkhidmatan Kerajaan

dikehendaki

menandatangani

Surat

Akujanji bahawa mereka akan mematuhi PeraturanPeraturan

Pegawai

Awam

(Kelakuan

dan

Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, Pekeliling, Surat Pekeliling, Peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa sepanjang perkhidmatan mereka dengan Kerajaan” (Perintah Awam Bab A (Perlantikan dan Kenaikan Pangkat), 1973) Perintah Am 24(a); mengantikan perkataan “dan Surat Sumpah” dengan perkataan “Surat Sumpah dan Surat Akujanji”. (Perintah Awam Bab A (Perlantikan dan Kenaikan Pangkat), 1973)

iii.

Tanggungjawab organisasi.


62

Semua pihak berkuasa melantik dikehendaki memasukkan penandatanganan Surat Akujanji ini sebagai salah satu syarat perlantikan. Dengan kemasukan syarat yang baru ini, surat tawaran perlantikan yang digunapakai sebelum ini hendaklah diubahsuai sewajarnya. Ketua Jabatan boleh mencetak sendiri Surat Akujanji juga boleh dicetak dan dibahagikan kepada setiap pegawai semasa mereka menandatangani Surat Akujanji.

Mana-mana organisasi atau Ketua Jabatan tidak dibenarkan mengubah atau meminda kandungan Surat Akujanji ini. Walau bagaimanapun pihak berkuasa berkanun atau pihak berkuasa tempatan boleh mengubah istilah-istilah atau rangkaikatarangkaikata tertentu seperti Perintah Am, pegawai awam dan lainlain lagi supaya penggunaannya selaras dengan peraturan yang terpakai dan berkuatkuasa di agensi berkenaan.

Semua pegawai awam dikehendaki menandatangi Surat Akujanji ini dihadapan Ketua Jabatan masing-masing. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat semasa Surat Akujanji ini dikuatkuasakan, mereka dikehendaki menandatanginya dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kuatkuasa. Manakala bagi pegawai yang dilantik pada atau selepas tarikh kuatkuasa, mereka hendaklah


63

menandatanganinya pada tarikh melaporkan diri bertugas atau dalam tempoh sebulan dari tarikh melapor diri. Penandatanganan Surat Akujanji adalah diwajibkan kepada semua pegawai yang dilantik berkhidmat dengan agensi awam, samada perlantikan kali pertama atau kali kedua dan seterusnya.

Pegawai yang dilantik secara pinjaman juga dikehendaki untuk

menandatanganinya.

perkhidmatan

awam

Walau

bagaimanapun

Persekutuan/Negeri

yang

pegawai

dipinjamkan

keperkhidmatan awam Persekutuan/Negeri yang lain serta pegawai yang dilantik secara pertukaran sementara atau tetap adalah dikecualikan. Pegawai kontrak yang dilantik semula juga dikehendaki menandatanganinya semula jika kontaraknya telah habis atau terputus selama 6 bulan.

Pegawai yang menandatangani Surat Akujanji pada tarikh melaporkan

diri

bertugas

dikehendaki

mengembalikannya

bersama-sama dengan dokumen perlantikan yang lain kepada pihak berkuasa melantik. Bagi pegawai yang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Gunasama dan Perkhidmatan Kader yang sedang berkhidmat sebelum dan pada tarikh kuatkuasa, Surat Akujanji itu hendaklah

diedarkan

oleh

Ketua

Jabatan

kepada

ketua


64

perkhidmatan mereka. Surat Akujanji bagi pegawai yang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Tertutup disimpan oleh Ketua Jabatan masing-masing. Tertakluk kepada kesesuaiannya, upacara menandatangani Surat Akujanji boleh dibuat secara beramai-ramai dan hendaklah dicatitkan dalam rekod perkhidmatan seseorang pegawai awam itu.

Cara melengkapkannya ialah dengan mengisi Surat Akujanji yang telah disiapkan oleh organisasi, butir-butir pegawai awam yang mengisinya seperti nama yang mengikut kad pengenalan baru, nombor kad pengenalan baru, alamat

tetap

terbaru beserta dengan jawatan hakiki yang disandang. Setiap Surat Akujanji yang telah lengkap hendaklah mendapatkan cap rasmi Ketua Jabatan atau cap rasmi jabatan tempat berkhidmat.

Setiap organisasi terutamanya melalui Ketua Jabatan hendaklah bertanggungjawab memastikan peanandatanganan Surat Akujanji ini dibuat dengan betul, adil dan saksama dan memastikan penandatanganan tersebut tidak disalahgunakan. Mereka hendaklah menjelaskan

kandungan

penguatkuasaannya

Surat

kepada

tanggungjawab masing-masing.

Akujanji

semua

dan

pegawai

tujuan dibawah


65

2. Kandungan Surat Akujanji.

Kandungan Surat Akujanji ini dilampirkan dengan keterangan mengenai penandatanganan Surat Akujanji tersebut, iaitu di dalam Lampiran A bagi versi bahasa Malaysia dan Lampiran B bagi versi bahasa Inggeris. Antara lain kandungannya ialah mengenai pematuhan pegawai awam dengan peraturan dan pekeliling perkhidmatan awam yang telah terlaksana sebelum ini iaitu Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, Pekeliling dan Surat Pekeliling dan peraturan serta arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan.

Kandungan yang dititikberatkan di dalam Lampiran A dan Lampiran B di dalam Surat Akujanji ialah mengenai Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, iaitu yang menyentuh perkara-perkara berikut; (Pekeliling Perkhidmatan, Bilangan 17, tahun 2001 - Lampiran A dan Lampiran B)


66

i.

Taat setia kepada Yang Di Pertuan Agong, negara dan Kerajaan.

ii.

Melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab.

iii.

Tidak membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi.

iv.

Tidak berkelakuan dengan cara yang menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas awam.

v.

Tidak berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak

yang

munasabah

bahawa

telah

membiarkan

kepentingan peribadi bercanggah dengan tugas rasmi sehingga menjejaskan prestasi tugas awam. vi.

Tidak menggunakan kedudukan sebagai pegawai awam bagi faedah diri sendiri.

vii.

Tidak berkelakuan yang boleh menjejaskan nama baik perkhidmatan awam.

viii.

Tidak membawa sebarang pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong tuntutan peribadi atau pegawai lain berhubung dengan perkhidmatan awam.

ix.

Tidak ingkar perintah atau dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah.


67

Kandungan Surat Akujanji ini diakhiri dengan peringatan berkaitan

dengan

pelanggaran

Surat

Akujanji.

Sebarang

pelanggaran atau mana-mana tindakan yang boleh ditafsirkan sebagai pelanggaran Surat Akujanji akan dikenakan penalti tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

3. Etika kerja di dalam Akujanji.

Terdapat banyak etika kerja disebalik penguatkuasaan Surat Akujanji dikalangan pegawai awam ini. Walaupun secara dasarnya Surat Akujanji adalah satu peraturan yang mesti dipatuhi tetapi dari sudut etika kerja terutama yang terkandung di dalam Surat Akujanji ini sepatutnya sudah dipraktiskan oleh golongan Muslim terutamanya dan golongan non-Muslim umumnya kerana ia adalah penerapan nilai-nilai murni di dalam gerak kerja seharian.

Secara dasarnya etika kerja yang terdapat di dalam Surat Akujanji ini adalah seperti berikut;

i.

Ketaatsetiaan kepada pemimpin dan negara.


68

Pemimpin di Malaysia ialah Yang Di Pertuan Agong. Oleh yang demikian, amat wajarlah setiap pegawai awam memberikan taat setia kepada Yang Di Pertuan Agong yang juga merupakan simbol kedaulatan negara. Akujanji ini juga bersesuaian engan asas dan prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Dengan mematuhi Akujanji ini daharap akan lahir seorang pegawai awam yang mengamalkan etika kerja selaras dengan nilai-nilai Islam

iaitu

berdedikasi,

komited,

bertanggungjawab

dan

mempunyai semangat patriotisme yang tinggi untuk memajukan negara. Pada waktu yang sama kesetiaan dan kepatuhan juga haruslah diberikan kepada kerajaan yang memerintah serta dasarnya tanpa mengira parti yang berkuasa. Pegawai yang menentang atau mengkritik dasar Kerajaan akan merosakkan kebolehpercayaan

dan

keutuhan

perkhidmatan

awam

keseluruhannya.

ii.

Melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh,

cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab.

Cermat,

bersungguh-sungguh,

cekap,

jujur,

amanah

dan

bertanggungjawab adalah nilai-nilai murni sejagat dan telah


69

dijadikan nilai-nilai teras di dalam perkhidmatan awam di Malaysia.

Nilai-nilai

meningkatkan

sejagat

produktiviti,

ini

sangat

kualiti

dan

berkesan

untuk

kecemerlangan

perkhidmatan awam jika diamalkan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Akujanji yang ditandatangani daharapkan dapat mendorong pegawai awam menjalankan tugas dengan cekap, jujur, bertanggungjawab dan patuh kepada semua peraturan yang dikeluarkan oleh Kerajaan. Pegawai yang gagal mematuhi peraturan dan enggan mengamalkannya atau secara umumnya bersifat kontra dengan nilai-nilai murni sejagat dengan sendirinya menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan sambil lewa di dalam pekerjaannya.

iii.

Meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada

kepentingan peribadi.

Sebagai seorang manusia dan anggota masyarakat, seorang pegawai awam sudah pasti tidak dapat lari dari menolak sepenuhnya kepentingan

peribadi

semasa

membuat

keputusan

yang

membabitkan diri sendiri. Keadaan ini secara tidak langsung akan menjadi faktor penentu sejauh mana keberkesanan keputusan yang akan dibuatnya bagi faedah orang ramai. Di dalam kontek ini,


70

seseorang pegawai awam haruslah meletakkan kepentingan awam lebih daripada kepentingan peribadi. Konsep bekerja di dalam Islam juga telah menunjukkan bahawa pengorbanan untuk kepentingan umum adalah lebh utama seperti Islam menganggap bekerja itu adalah satu perjuangan jihad untuk kepentingan umum. Sifat dan sikap inilah yang sepatutnya menjadi etika kerja seseorang Muslim.

iv.

Tidak mengutamakan keuntungan peribadi

daripada

jawatan awam.

Perkara ini disebut dengan jelas seperti yang tercatat di dalam kandungan Akujanji. Mengutamakan keuntungan peribadi hasil daripada jawatan awam yang disandang adalah merupakan nilainilai negatif di dalam sesuatu pengurusan. Pegawai awam sepatutnya mengelakkan dirinya daripada menerima secara peribadi hadiah yang berharga daripada syarikat, ahli perniagaan dan individu-individu keuntungan.

Juga

tertentu mestilah

yang

bertujuan

mengelakkan

untuk

mengaut

dirinya

daripada

memproses, menimbang atau meluluskan sesuatu permohonan daripada ahli keluarga tertentu sahaja. Di dalam keadaan ini, Islam telah melarang umatnya menjalankan atau terlibat dengan sesuatu


71

yang mempunyai unsur-unsur rasuah. Sejarah perkembangan pengurusan Islam telah membuktikan bahawa etika kerja negatif ini akan menjadi duri dalam daging kepada seseorang yang mempunyai kuasa.

v.

Menjaga nama baik organisasi.

Persoalan imej atau nama baik perkhidmatan awam merupakan satu perkara yang penting kerana ianya seringkali dikaitkan dengan keutuhan dan kecekapan perkhidmatan awam. Oleh itu, menjadi kewajipan pegawai awam agar menjaga dan memelihara nama baik perkhidmatan awam supaya sentiasa dipandang bersih bukan sahaja oleh masyarakat tempatan malah masyarakat luar negara. Sehubungan itu, setiap pegawai awam mestilah mengamalkan keperibadian mulia dalam setiap tindak-tanduknya. Dari sudut Islam, keperibadian mulia juga diertikan sebagai mengamalkan akhlak yang mulia, iaitu berkelakuan dengan menjaga batasanbatasan syariah Islam termasuk di dalamnya menjaga halal dan haram, menjaga hukum-hakam agama, bergaul dengan pergaulan yang baik dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan nilai-nilai Islam dan tidak bertentangan dengan syariah Islam.


72

vi.

Menjaga

tindakan

daripada

sesuatu

yang

boleh

meruntuhkan moral diri.

Nilai moral juga adalah nilai-nilai sejagat yang diertikan dari sudut sesuatu tamadun. Semua tamadun di dunia ini mempunyai nilainilai moral, iaitu nilai-nilai baik dari sudut kehidupan. Di dalam Akujanji terdapat satu mesej yang menyuruh kakitangan awam mernjaga diri mereka daripada terlibat dengan sesuatu yang boleh meruntuhkan moral diri. Keterlibatan dengan penyalahgunaan dadah, disabitkan kes di dalam mahkamah samada mahkamah civil atau syariah, mempunyai tanggunggan hutang yang melebihi emolumen diri dan ketagihan alkhohol yang serius adalah contohcontok tindakan yang meruntuhkan moral diri. Islam juga melarang umatnya terlibat dengan sesuatu tindakan yang menyebabkan keruntuhan akhlak peribadi. Ini kerana imej yang sedemikian akan merosakkan umat Islam seluruhnya. Oleh itu, Islam mengajar umatnya supaya mengelakkan nilai-nilai negatif di dalam etika kerja dan mengamalkan nilai-nilai positif di dalam etika kerja.

vii.

Tidak membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan

luar yang boleh menyokong tuntutan peribadi atau pegawai lain di dalam bekerja.


73

Contoh yang paling jelas di dalam perkara ini ialah meminta jasa orang kenamaan untuk mempengarihi kenaikan pangkat atau meminta bantuan daripada mana-mana

ahli politik untuk

menyokong sesuatu permohonan dan berbagai-bagai contoh lagi. Semua masalah yang dihadapi oleh seseorang pegawai awam seharusnya diurus mengikut saluran rasmi yang disediakan. Bantuan atau pengaruh luar boleh memberi gambaran seolah-olah kepimpinan dan perkhidmatan awam tidak mampu dan tidak cekap menangani sesuatu masalah. Pengaruh luar ini hanya kana memburukkan keadaa0n disebabkan akan berlakunya pertentangan kuasa antara pegawai awam. Di dalam hal ini, Islam telah mencadangkan

supaya

dihidupkan

suasana

Syura

atau

perbincangan sebagai etika kerja di dalam sesuatu perkhidmatan. Dengan wujudnya suasana permesyuaratan ini masalah yang dihadapi akan diselesaikan mengikut peraturan dan saluran yang betul.

4.

Kesimpulan.


74

Surat Akujanji yang ditandatangani oleh pegawai-pegawai awam sebenarnya bukan sekadar satu peraturan kerja tetapi sepatutnya menjadi rutin dan amalan etika kerja lebih-lebih lagi kepada golongan Muslim. Ini kerana walaupuin dari satu sudut ia dilihat sebagai satu peraturan yang menghampiri kepada arahan tatatertib kelakuan dengan penalti yang dinyatakan tetapi disebalik penguatkuasaan Akujanji ini terdapat etika kerja yang bertepatan dengan etika kerja. Etika kerja sememangnya menggalakkan taat setia, nilai bertanggungjawab, jujur, cermat berdedikasi, patuh perintah, menjaga kepentingan umum, tidak mengutamakan kepentinan peribadi dan lain-lain etika kerja yang terkandung di dalam Akujanji.

Perlaksanaan etika kerja seperti yang terkandung di dalam Surat Akujanji sepatutnya tidak memerlukan penguatkuasaan kerana ia sepatutnya menjadi darah daging di dalam bekerja. Etika kerja yang terdapat di dalam Akujanji ini juga dilihat bersesuaian dengan nilai-nilai kemoralan sejagat.


75

ETIKA PROTOKOL DAN ETIKA SOSIAL DI DALAM MAJLIS DARI PERSPEKTIF ISLAM

1.

Pengenalan.

Etika protokol dan etika sosial dalam sesuatu majlis sangat penting untuk diketahui oleh semua lapisan masyarakat. Ini kerana ia melibatkan tatasusila dan sahsiah diri dalam menampilkannya kepada khalayak ramai dan ianya juga melibatkan imej sesuatu kelompok masyarakat atau tamadun atau sesebuah agama. Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud cara, rutin, kebiasaaan, adat resam dan budi pekerti. Bahasa Latin pula menggunakan perkatan Mores iaitu kata dasar bagi moral untuk maksud dan konsep yang sama. Oleh itu, perkataan etika digunakan untuk maksud cara, kebiasaan dan budi pekerti. Jika ia melibatkan protokol dan sosial ia membawa maksud cara, kebiasaan dan budi pekerti di dalam protokol dan sosial.


76

Di dalam Islam maksud etika menghampiri dengan apa yang digariskan di dalam perbicaraan akhlak Islam. Akhlak Islam adalah perbicaraan yang melibatkan adap sopan diri, cara berkelakuan dan hubungannya dengan agama. Oleh yang demikian jika etika itu dikaitkan dengan akhlak Islam ini ia membawa maksud tatsusila dan budi pekerti yang mempunyai hubungan dengan agama. Jika maksud ini digunakan untuk protokol dan sosial ianya bermaksud tatasusila dan budi pekerti yang mempunyai hubungan dengan agama. Hubungan ini terbentuk samada dengan apa yang disarankan oleh al-Quran atau Sunnah Nabi (perkataan, kelakuan dan ikrar Nabi) atau apa yang telah dipersetujui bersama oleh para cendikiawan (Ijmak).

Melalui

huraian

ini

dapatlah

disimpulkan

bahawa

pengertian etika protokol dan etika sosial di dalam majlis dari perspektif Islam adalah tatsusila dan budi pekerti dalam protokol dan sosial yang mempunyai hubungan dengan agama. Ianya adalah satu perbicaraan yang lebih seimbang kerana di dalam usaha seseorang itu menjaga penampilan dirinya di dalam sesuatu majlis untuk memenuhi keperluan protokol dan sosial pada waktu yang sama ia dapat memenuhi kehendak dan batasan agamanya tanpa


77

menyentuh perasaan peribadi masyarakat sekeliling yang hadir sama.

Tujuan kertas kerja ini diutarakan bukan untuk mengukur etika protokol atau sosial yang sedia ada yang telah digunakan secara rasmi oleh mana-mana organisasi atau badan samada menepati ciri-ciri Islam atau sebaliknya. Islam itu adalah agama sejagat dan semua perkara yang berkaitan dengan etika protokol atau sosial yang tidak bercanggah dengan batasan-batasan Syariah Islam boleh diguna pakai. Pengutaraan kertas kerja ini adalah bersifat altenatif kepada etika protokol atau sosial yang telah diguna pakai.

2.

Kepentingan protokol dan sosial majlis dalam Islam.

Islam sangat mementingkan adap sopan dan akhlak dalam kehidupan penganut-penganutnya. Oleh itu, adab sopan dan akhlak ini menjadi ukuran yang cukup berkesan dalam menilai individu Muslim. Jika adab sopan dan akhlak ini dipraktiskan dalam bentuk berkelompok ia akaan mengambarkan bertapa murni dan baiknya tatacara Islam dalam sesuatu perkara. Jika adab sopan dan akhlak ini dibawa dalam sesuatu majlis maka akan menunjukkan bertapa


78

baiknya peraturan-peraturan atau protokol Islam itu. Secara umumnya kepentingan peraturan-peraturan tertentu atau protokol di dalam majlis dari sudut pandangan Islam dapat dilihat melalui sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “tempatkanlah manusia (tetamu) pada tempat dan kedudukan mereka yang selayaknya� (al-Tirmidzi)

Secara khususnya pula kepentingan protokol di dalam sesuatu majlis itu adalah untuk menjaga perkara-perkara berikut:

i.

Adab sopan dan akhlak Islam pada individu dan kumpulan yang menghadiri majlis.

ii.

Majlis mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t.

iii.

Menjaga kemuliaan dan kedudukan seseorang yang menghadiri majlis.

iv.

Mengutamakan dan memuliakan tuan rumah atau penganjur majlis.

v.

Tidak menyinggung mana-mana tetamu atau pihak di dalam majlis.

vi.

Mematuhi dan menjaga nilai-nilai murni sejagat di dalam majlis.


79

Etika sosial di dalam majlis mengikut Islam pula lebih luas perbicaraannya. Ini kerana selain menjaga kepentingan diri, tetamutetamu dan hadirin yang hadir dalam bentuk fizikal atau lahiriah seperti memberi salam, memperkenalkan orang lain, menjaga percakapan, menjaga gurauan, adab makan minum dan lain-lain perkara yang berkaitan, ianya juga mempunyai nilai-nilai dalaman yang behubung dengan agama yang mesti disedari dan dijaga oleh mereka yang menghadiri sesuatu majlis. Ini termasuklah tidak menanam sifat benci dalam pergaulan di majlis, tidak menyinggung perasaan tetamu-tetamu lain, tidak mengumpat, tidak ada perasaan hasad dan dengki dan lain-lain yang berkaitan dengan sifat-sifat mazmumah dalaman. Ini bertepatan dengan peringatan Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Jika kalian bertiga (dalam sesuatu majlis), maka janganlah dua orang diantara kalian berbisik-bisik tanpa mengajak orang yang ketiga, sebab hal yang demikian akan membuat seseorang itu sedih (tersinggung Syaikhani)

dan

menaruh

wasangka)�

(al-


80

Paduan antara menjaga sifat luaran dan sifat dalaman di dalam sesuatu majlis menjadikan etika sosial Islam dalam sesuatu majlis itu menjaga batasan-batasan sosial dari satu sudut, manakala dari sudut yang lain pula menjaga batasan-batasan yang ada dalam agama. Secara khususnya kepentingan etika sosial Islam dalam majlis adalah untuk menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

i.

Adab sopan dan akhlak Islam dalam pergaulan di dalam majlis.

ii.

Menjaga batasan-batasan pergaulan di dalam majlis.

iii.

Tidak menaruh hasad dengki, menyinggung perasaan, benci dan lain-lain sifat dalaman yang negatif.

iv.

Bersosial dengan semangat kasih sayang dan persaudaraan serta saling hormat menghormati.

v.

Sentiasa mengharapkan keredhaan Allah s.w.t dalam bersosial.


81

3.

Etika protokol dan etika sosial di dalam majlis menurut

Islam.

Berikut adalah garis panduan etika protokol dan etika sosial menurut Islam:

3.1

Etika protokol.

i.

Memberi salam ketika masuk majlis dan setiap kali

berjumpa tetamu.

Memberi salam adalah sebagai pembukaan kepada individu samada ketika mahu masuk ke dalam majlis atau ketika bertemu para tetamu. Salam yang diberikan hendaklah ikhlas dan dengan muka senyum dengan penuh semangat persaudaraan dan perasaan kasih sayang. Dalam perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Kalian tidak akan masuk Syurga sebelum kalian beriman. Dan kalian tidak akan beriman sebelum kalian saling cinta mencintai. Mahukah kalian aku tunjukkan kepada kalian sesuatu yang apabila kalian


82

kerjakan

akan

wujud

perasaan

saling

cinta

mencintai? Ucapkanlah salam diantara kalian” (Muslim)

Islam juga mengajarkan cara bagaimana salam itu mesti diucapkan dengan sabda-sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Hendaklah orang yang berkenderaan mengucapkan salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan kaki kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit kepada orang yang banyak” (alSyaikhani) “Orang yang lebih kecil mengucapkan salam kepada orang yang lebih tua” (Bukhari)

ii.

Berjabat tangan orang yang ditemui di dalam majlis.

Berjabat tangan adalah satu budaya yang menerapkan keakraban dan kasih sayang dalam Islam. Praktis budaya ini di dalam majlis akan menyohorkan sifat akrab dan kasih sayang dikalangan tetamu majlis. Falsafah disebalik berjabat tangan ini dalam sesuatu majlis


83

dapat dijelaskan melalui sabda-sabda Rasulullah s.a.w berikut yang bermaksud: “Apabila dua orang Muslim bertemu lalu saling berjabatan tangan, memuji Allah dan memohon keampunannya,

sudah

tentu

Allah

akan

mengampunkan mereka berdua” (Abu Daud) “Tidak ada dua orang Muslim yang bertemu, lalu saling berjabatan tangan, kecuali kedua-dunya diampuni Allah sebelum kedua-duanya berpisah” (Ibnu Majah) “Saling berjabat tanganlah kalian, sudah tentu kedengkian akan hilang dan saling memberi hadiahlah kalian, sudah tentu kalian akan cinta mencintai dan permusuhan akan hilang” (Imam Malik)

iii.

Duduk ditempat yang telah dikhaskan.


84

Di dalam setiap majlis rasmi yang diadakan pada kebiasaannya tempat duduk telah disediakan dan dikhaskan. Di dalam perkara ini protokol di dalam Islam mengajar agar seseorang itu duduk di dalam majlis ditempat yang telah disediakan dan dikhaskan oleh tuan rumah atau pihak penganjur. Ini bertepatan dengan apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya: “Barangsiapa memasuki rumah atau majlis sesuatu kaum, hendaklah ia duduk ditempat sebagaimana yang telah mereka perintahkan, kerana kaum itu lebih mengetahui tentang aib rumah dan majlis mereka� (Majma’ al-Zawa’id)

iv.

Tidak duduk ditengah-tengah para tetamu (jika para tetamu

berada dalam keadaan bulatan).

Protokol ini hendaklah dijaga jika sesuatu majlis itu berada dalam keadaan bulatan atau di dalam majlis rasmi pada kebiasaannya diadakan jamuan meja bulat. Jika seseorang itu duduk ditengahtengah

ia seolah membelakngkan para tetamu lain dan ini

menyakiti tetamu lain sehingga mencemuh dan mengutuk. Perkara


85

ini dilarang oleh Rasululah s.a.w melalui sabda-sabdanya yang bermaksud: “Orang yang duduk ditengah-tengah lingkaran majlis adalah orang yang terkutuk” (Abu Daud) “Bahawa seorang lelaki duduk ditengah-tengah lingkaran suatu majlis kemudian Hudzaifah berkata “Terkutuklah menurut lisan Muhammad s.a.w orang yang

duduk

ditengah-tengah

lingkaran””

(al-

Tirmidzi)

v.

Orang yang datang terakhir duduk ditempat yang terakhir.

Peraturan dan protokol ini adalah untuk tetamu yang menghadiri majlis tanpa ada jemputan khas. Ini kerana jika majlis yang mempunyai jemputan khas, tempat duduk khas telah disediakan. Falsafah dan moral disebalik peraturan ini supaya tidak menganggu majlis yang mungkin telah bermula. Ini jelas dapat dilihat seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


86

“Apabila kami mendatangi Nabi (dalam satu majlis dan majlis telah pun bermula), maka antara kami duduk ditempat yang terakhir” (Abu Daud)

vi.

Dilarang duduk diantara dua orang (tempat duduk yang

kosong) kecuali dengan izin keduanya.

Perkara ini adalah untuk mengelakkan daripada seseorang itu mengambil tempat duduk yang telah dikhaskan untuk orang lain yang mungkin belum datang atau kerana sebab-sebab tertentu tempat tersebut sengaja dikosongkan oleh tuan rumah atau penganjur. Rasulullah s.a.w telah melarang perkara ini melalui sabda-sabda baginda yang bermaksud: “Tidak dihalalkan bagi seorang lelaki untuk memisahkan dua orang (dengan duduk diantaranya), kecuali dengan izin keduanya” (al-Tirmidzi) “Dilarang duduk antara dua lelaki (dalam suatu majlis) kecuali dengan izin keduanya” (Abu Daud)

vii.

Berdiri menyambut tetamu yang datang kemudian.


87

Protokol ini adalah sebagai menghormati, memulia dan mengalualukan kedatangan tetamu. Dengan praktis yang sedemikian tetamu yang datang akan merasa diri mereka dihargai. Perkara ini jelas seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui sabdasabdanya yang bermaksud: “Berdirilah untuk menghormati tetamu atau orang yang paling baik diantara kamu� (al-Syaikhani) “Nabi s.a.w memberikan ucapan (dalam satu majlis), apabila baginda berdiri, maka kami pun berdiri tegak sampai kami melihat beliau masuk� (al-Nasa’i)

viii.

Mencium tangan tetamu yang lebih tua ketika berjabat

tangan.

Praktis ini menampakkan kepada menjaga hak orang yang lebih utama. Disamping itu ianya juga menampakkan kepada perasaan hormat dan menyanjung sesetengah tetamu di dalam sesuatu majlis yang dihadiri. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:


88

“Aku berkata kepada Ibnu Abi Aufa (dalam satu majlis), “berikan tanganmu yang telah kau gunakan untuk mengadakan baiah dengan Rrasulullah s.a.w” ia menghulurkannya lalu aku menciumnya (selepas berjabat tangan)” (Imam Malik)

ix.

Menyediakan tempat duduk mengikut keutamaan tetamu.

Menyediakan tempat duduk yang khas mengikut keutamaan tetamu juga adalah satu protokol yang diajar oleh Islam di dalam sesuatu majlis. Cara ini adalah sebagai menjaga kemuliaan, kedudukan dan kepentingan tetamu tersebut. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Dudukkanlah

orang-orang

pada

kedudukan

mereka” (Abu Daud)

x.

Menyediakan keutamaan tempat duduk berdasarkan kepada

orang yang lebih tua.


89

Selain daripada menyediakan tempat duduk mengikut keutamaan tetamu keutamaan yang selanjutnya adalah berdasarkan kepada orang yang lebih tua dari sudut usia. Ini sebagai tanda menghormati dan mengutamakan golongan ini. Nabi bersabda yang maksudnya: “Tiga orang yang tidak boleh dihinakan kecuali orang Munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan ketua yang adil� (al-Tabrani)

3.2

Etika sosial.

i.

Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.

Ini adalah etika sosial dalam menghadapi hidangan di dalam majlis. Perkara ini dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya yang bermaksud: “Berkah makan itu terdapat pada mencuci (mencuci tangan) pada sebelum dan sesudah makan� (alTirmidzi)


90

ii.

Membaca Basmalah sebelum makan dan Hamdalah

selepasnya.

Etika ini ialah sebagai satu cara dalam sosial di dalam majlis untuk mengingati Allah s.w.t dalam menjamah makanan. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kamu makan, hendaklah ia menyebut nama Allah (Basmalah). Dan apabila ia terlupa menyebut nama Allah pada awalnya hendaklah ia menyebut nama Allah pada awal dan akhirnya (Hamdalah)� (al-Tirmidzi)

iii.

Meminum air dengan tiga kali teguk sebelum menjamah

makanan lain.

Perkara ini adalah untuk mengelakkan seseorang itu gelojoh di dalam menjamah makanan. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Janganlah kamu minum dengan sekali teguk seperti unta minum, tetapi minumlah dengan dua atau tiga


91

kali teguk. Bacalah Basmalah sebelum minum dan bacalah Hamdalah bila selesai minum� (al-Tirmidzi)

iv.

Tidak mencela makanan yang disajikan.

Mencela makanan yang disajikan adalah seperti mencela rezeki yang dikurniakan Allah s.w.t. Di dalam perkara ini Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya: “Rasulullah s.a.w tidak pernah mencela suatu makanan berselera

yang

dihidangkan,

terhadap

apabila

makanan

itu

baginda baginda

memakannya, dan jika baginda tidak menyukainya baginda akan meninggalkannya� (al-Syaikhani)

v.

Makan dengan tangan kanan dan mencapai makanan yang

dekat.

Perkara ini bertujuan untuk menjaga keharmonian majlis dan dari satu sudut dapat menilai sosial seseorang di dalam majlis. Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:


92

“Pernah aku menjadi seorang budak dibawah pengawasan

Rasulullah

s.a.w

ketika

makan.

Tanganku bergerak ditempat makanan, Rasulullah s.a.w menegurku “Wahai anak, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang dekat dengan kamu”” (Muslim)

vi.

Tidak makan sambil bersandar.

Makan sambil bersandar menunjukkan kesombongan seseorang itu di dalam sesuatu majlis. Rasulullah s.a.w mengajarkan perkara ini dengan sabdanya yang bermaksud: “Aku tidak makan sambil bersandar” (al-Bukhari)

vii.

Dianjurkan berbincang-bincang ketika makan.

Ini akan merapatkan lagi silaturahim sambil berkenalan antara tetamu yang hadir. Ramai para sahabat Nabi suka makan dengan baginda dalam sesuatu majlis kerana baginda akan berbincangbincang tentang hal-hal semasa. Jabir r.a berkata yang maksudnya:


93

“Rasulullah s.a.w akan berbincang sambil menjamah makan dengan orang sekelilingnya� (Abdullah Nasih Ulwan, 1989: 428)

viii.

Mengutamakan tetamu kehormat dan orang yang lebih tua

dalam menjamah makanan.

Etika ini adalah sebagai tanda hormat dan tanda kasih sayang seseorang terhadap tetamu yang lebih utama dan orang-orang yang lebih tua dari sudut usia. Rasulullah s.a.w mengajarkan dengan sabdanya yang bermaksud: “Jika kami menghadiri suatu jamuan makan bersama Rasululah s.a.w, belum pernah kami meletakkan tangan kami pada makanan sebelum Rasulullah s.a.w memulai meletakkan tangan baginda� (Muslim)

ix.

Dilarang makan dan minum terlalu kenyang.

Perkara ini untuk mengelakkan tetamu yang lain memandang seseorang itu terlalu tamak dengan makanannya disamping dapat menjaga kesihatannya. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:


94

“Tidak ada satu tempat yang lebih buruk bagi anak Adam kecuali perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap sahaja sekadar dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika terpaksa ia harus berbuat, maka hendaklah sepertiga diisi untuk makanannya, sepertiga diisi untuk minumannya dan sepertiga lagi diisi untuk nafasnya� (al-Tirmidzi)

x.

Makan dan minum sambil duduk.

Falsafah disebalik perkara ini ialah untuk menunjukkan akhlak yang tinggi di dalam makan dan minum dalam majlis. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Rasulullah s.a.w melarang seseorang untuk minum sambil berdiri. Lalu kami bertanya tentang makan. Baginda menjawab bahawa perkara itu lebih buruk� (Muslim)

xi. sesuai.

Berbincang di dalam majlis dengan tahap pengetahuan yang


95

Perkara ini bagi mengelakkan rasa rendah diri dan rasa dihina oleh seseorang yang diajukan perbicaraan. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berbicaralah dengan manusia sesuatu yang sesuai dengan pengetahuan mereka. Apakah kamu suka jika Allah dan RasulNya didustakan?� (Muslim)

xii.

Bergurau yang tidak keterlaluan dalam majlis.

Bergurau di dalam ssuatu majlis adalah untuk mengeratkan silaturahim. Tetapi Rasulullah s.a.w melarang daripada bergurau yang keterlaluan melalui sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa

yang

banyak

tertawa

maka

akan

berkuranglah wibawanya. Sesiapa yang banyak bergurau senda (dengan keterlaluan) maka ia akan diremehkan� (al-Bukhari)

xiii.

Meminta izin sebelum keluar daripada majlis.


96

Etika ini bertujuan supaya adab dan akhlak kita dapat dilihat oleh tetamu lain dan keluar dalam keadaan yang baik dan sopan. Perkara ini juga bertujuan untuk memelihara kehormatan penganjur. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya meminta izin (keluar dari sesuatu majlis) dijadikan untuk melihat (menonjolkan adab sopan seseorang di dalam majlis)� (al-Syaikhani)

4.

Kesimpulan.

Ungkapan ‘hidup dikandung adat, mati dikandung tanah’, adalah ungkapan yang menggambarkan bahawa kehidupan manusia adalah tertakluk kepada peraturan dan adat istiadat yang diwarisi oleh mereka. Ungkapan tersebut mengandungi falsafah yang tersendiri, yang menggambarkan bahawa seseorang itu akan diterima baik oleh masyarakatnya sekiranya ia patuh pada peraturan, adat istiadat dan kepentingan orang ramai. Walaupun pengukuran nilai ini bersifat subjektif tetapi ada nilai-nilai yang diterima oleh semua golongan yang dikenali sebagai nilai-nilai sejagat.


97

Etika protokol dan etika sosial di dalam majlis dari sudut pandangan Islam yang dibicarakan dalam kertas kerja ini juga mempunyai nilai-nilai sejagat yang bukan sahaja boleh diterima oleh masyarakat secara umum malah yang lebih penting mempunyai kesinambungan dengan agama Islam. Dengan ertikata lain jika dipraktiskan bukan sahaja dapat menjaga kepentingan manusia dari sudut adab sopan di dalam majlis bahkan yang lebih penting ialah mempunyai nilai-nilai ibadah dalam agama.


98

BUDAYA KERJA CEMERLANG

Budaya kerja cemerlang merupakan budaya organisasi yang baik. Islam melihat budaya ini sebagai langkah menggilap sikap dalam bekerja. Kajian yang dibuat oleh pengkaji-pengkaji dalam bidang korporat menunjukkan bahawa organisasi-organisasi yang berjaya mempunyai persamaan iaitu mereka mempunyai budaya organisasi yang

cemerlang.

Sesungguhnya

manusia

mempunyai

tanggungjawab terhadap kerja , lebih-lebih lagi di hadapan Allah yang melihat semua tingkah laku manusia. Apabila konsep ini difahami maka ini akan menghasilkan satu sikap bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja dengan bersungguh-sungguh seterusnya menghasilkan kerja yang cemerlang. Islam juga melihat kerja adalah lebih unggul dari hanya sekadar untuk diri sendiri, bangsa dan negara bahkan kerja dalam Islam adalah kerana Allah. Ajaran ini secara tidak langsung dapat mendidik manusia untuk melakukan kerja dengan penuh keikhlasan dan meghasilkan perkhidmatan yang memuaskan.

Islam telah menggariskan banyak panduan kepada manusia khususnya dalam bidang pekerjaan. Panduan-panduan inilah yang banyak diterapkan oleh organisasi-organisasi yang ada pada masa


99

kini contohnya, penghayatan nilai-nilai Mahmudah, al-itqan dalam bekerja, al-ehsan dalam pekerjaan al-Syura dalam organsasi dan termasuklah budaya kerja cemerlang. Budaya kerja cemerlang ialah tata cara dan etika yang baik di kalangan kakitangan pengurusan atasan dan pekerja bawahan. Tatacara yang baik itu antaranya ialah rajin , gigih, kreativiti, inovatif, bekerjasama, integriti, berdisplin dan berusaha meningkatkan prestasi. Cemerlang adalah budaya kerja murni yang beteraskan kualiti sebagai amalan kerja bersama, diperkukuhkan dengan sistem, proses, prosedur, peraturan yang jelas dan mudah dilaksanakan. Bermula dari peringkat pengurusan atasan

disambut

baik

oleh

pengurusan

pertengahan

dan

dilaksanakan oleh pekerja bawahan. Dalam konteks yang lebih kecil dapat diertikan sebagai sistem-sistem nilai, norma, sikap dan prinsip-prinsip yang dipegang bersama oleh setiap kakitangan. Unsur-unsur inilah yang mengawal perlakuan kakitangan.

Perbincangan budaya kerja cemerlang sebenanya berkaitan dengan etika, iaitu sifat dalam seseorang yang mengawal tindakan seseorang itu baik atau tidak baik. Salah satu ciri masyarakat yang bermoral dan beretika ialah masyarakat yang kuat berpegang kepada ajaran Islam kerana nilai-nilai kerohanian yag terdapat di dalam ajaran Islam adalah satu praktis nilai etika yang tinggi dan


100

murni. Dapat dirumuskan disini bahawa budaya kerja cemerlang merupakan satu prinsip moral yang digariskan oleh Islam. Kerana setiap nilai yang dipandang baik oleh Islam merupakan satu akhlak yang baik.

Kerja dalam Islam adalah satu langkah persiapan ke arah mengabdi diri kepada Allah. Oleh itu, faedah dan nilai kerja adalah untuk dunia dan akhirat. Allah menciptakan manusia adalah untuk menjalankan tugas yang telah ditetapkan iaitu melakukan ibadah seperti firmanNya yang bermaksud: “Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada Ku�

Sesungguhnya tugas ibadah bergantung kepada syaratsyarat seperti badan sihat, ada makanan, ada pakaian, ada kerja dan negara aman. Tanpa syarat-syarat tersebut ibadah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Dalam al-Quran banyak nas yang menggesa kepada bekerja antaraya seperti: Firman Allah dalan surah al-Baqarah, ayat 198 yang maksudnya:


101

"Tidak ada dosa bagimu untuk mencari kurnia (rezeki hasil perniagaan ) dari Tuhanmu”

Firman Allah dalam surah al-Muzammil, sebahagian ayat 20 yang maksudnya: “…Apa-apa kebaikan yang kamu lakukan untuk diri kamu akan kamu peroleh pula kebaikan dari Allah dan akan memperoleh pahala yang besar” Nabi bersabda ertinya: “Ada dosa yang tidak terhapus kecuali dengan susah payah mencari rezeki” Sabda baginda lagi yang maksudnya: “Sesiapa mencari rezeki halal kerana mengelak diri dari meminta-minta, menanggung keluarga dan menyayangi jiran ia pasti berjumpa dengan Allah dalam keadaan wajah yang gilang gemilang”

Beramal dengan peringatan-peringatan di atas dapat mengelakkan budaya malas kerja timbul dalam masyarakat Islam. Apabila kerja boleh membantu kegiatan ibadah, maka kerja itu sendiri termasuk dalam ibadah juga. Islam amat menekankan sikap


102

amanah dalam menjalankan tugas. Tanpa sikap ini kerja tidak ikhlas, sambil lewa, curi masa dan sebagainya. Sifat-sifat negatif ini tidak mampu melahirkan hasil kerja yang baik. Seperti sabda Nabi yang maksudnya: “ Amanah disia-siakan maka tunggulah saat kehancuran�.

Berdasarkan peringatan-peringatan di atas juga dapat dibuat beberapa kesimpulan demi mewujudkan budaya kerja cemerlang, antaranya ialah:

i.

Asas kepada sesuatu pekerjaan yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah. Manusia adalah hamba Allah, maka wajib bagi setiap manusia mengabdikan diri kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya dalam apa juga pekerjaan yang dilakukan. Oleh itu, sebagai tanda beriman kepada Allah maka hendaklah manusia melakukan pekerjaan dengan tanda-tanda ibadah seperti bekerja dengan niat ibadah, mengamalkan sifat-sifat Mahmudah dalam pekerjaan dan meninggalkan sifat-sifah Mazmumah dalam pekerjaan.


103

ii.

Bekerja dengan ikhlas dan amanah atau dengan erti kata lain bekerja dengan penuh kerelaan dan niat semata-mata mencari keredaan Allah. Sebagai pekerja juga hendaklah sedar bahawa pekerjaan yang baik adalah amal soleh yang sangat dituntut oleh Allah untuk kepentingan keluarga dan masyarakat.

iii.

Bekerja dengan tekun dan cekap kerana pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan dan mutu kerja jika mereka menjalankan tugas dengan tekun. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Apabila sesuatu urusan (pekerjaan) diberikan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah kehancurannya�. Hadis ini menunjukkan pentingnya

memilih

pekerja

yang

benar-benar

berkelayakan dan cekap bagi memastikan hasil kerja yang baik. iv.

Bekerja

dengan

menghasilkan

semangat

perkhidmatan

gotong yang

royong.

Bagi

cemerlang

maka

kumpulan pekerja hendaklah bekerjasama, bergotongroyong menjalankan tugas. Perbincangan sesama sendiri dan bertukar fikiran juga amat penting untuk menghadapi masalah yang mungkin timbul.


104

v.

Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat. Ini bersesuaian dengan maksud firman Allah dalam Surah alMaidah, ayat 8 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman , hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan�

Menurut Islam, kerja hendaklah dilakukan oleh pekerja menurut perjanjian yang berasaskan keadilan serta tanggungjawab kepada majikan dan Allah bagi melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Dengan cara ini hasil pendapatan daripada hasil titik peluhnya dianggap sah menurut agama. Secara tidak langsung perkara ini menyentuh pendapatan halal dan haram hasil dari pekerjaan yang dilakukan. Seseorang yang malas umpamanya antara sedar atau tidak telah melanggar prinsip bekerja dalam Islam yang disarankan oleh Allah dan secara fizikalnya pula telah melanggar perjanjian dengan majikannya untuk bekerja secara bersungguh-sungguh.


105

Penghasilan budaya kerja cemerlang memerlukan beberapa pemahaman pekerja kepada dua perkara asas, iaitu pemahaman dari sudut kerohanian dan pemahaman dari sudut amalan organisasi kerja. Antara pemahaman dari sudut kerohanian yang mesti wujud dalam diri pekerja ialah konsep pekerjaan dalam Islam, konsep ibadah

dalam

pekerjaan,

akhlak

dalam

pekerjaan

dan

penguatkuasaan dari sudut kerohanian yang boleh juga dipanggil sebagai konsep dosa dan pahala khusus dalam pekerjaan Muslim. Manakala pemahaman dari sudut amalan organisasi kerja ialah pekerja memahami semua jenis peraturan organisasi, etika, program, matlamat dan seumpamanya yang sedang berkuatkuasa di dalam organisasi.

Terdapat beberapa ciri yang menjadi kayu ukur budaya kerja cemerlang. Apabila individu atau sesebuah organisasi berjaya menepati ciri-ciri ini maka ia dikatakan mempunyai satu budaya kerja yang cemerlang. Antaranya ialah :

i.

Wujudnya

sifat

bertanggungjawab

pekerja

terhadap

pekerjaan yang dilakukan walaupun dengan pemantauan yang minima. Dalam Islam konsep ini dipanggil sebagai akauntabiliti atau dalam amalan organisasi disebut sebagai


106

akauntabiliti. Pertanggungjawaban dalam Islam ini meliputi dua perkara penting iaitu pertanggungjawaban kepada Allah dan pertanggungjawaban terhadap majikan yang telah mengamanahkan kerja. Oleh itu, maka benarlah apa yang telah di firmankan Allah dalam Surah al-Muddasir, ayat 38 yang maksudnya: “Tiap-tiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya” ii.

Wujudnya ketaatan kepada majikan kepada perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan samada untuk diri pekerja atau organisasi umumnya. Ketaatan ini tidaklah menyamai ketaatan kepada Allah, tetapi ia merupakan ketaatan yang mendatangkan kepada kebaikan untuk mengatur pekerjaan supaya lebih baik dan lebih sempurna. Di dalam Islam konsep ini terkenal dengan nama konsep al-wala’ (kepatuhan). Allah berfirman dalam Surah al-Nisa’, ayat 59 yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada orang yang berkuasa dari kalangan kamu”

iii.

Wujudnya hubungan dan jaringan dalam bentuk pekerjaan yang dilakukan atau dengan kata lain pekerjaan yang dilakukan saling berkait antara satu sama lain. Jika seseorang pekerja itu diamanahkan dengan satu pekerjaan,


107

pekerja lain tidak akan dapat melakukan kerja selanjutnya sekiranya pekerjaan yang terdahulu belum diselesaikan. Dalam Islam konsep yang sedemikian bolehlah dipanggil sebagai konsep amanah. Di dalam hal ini Allah berfirman dalam

Surah

al-Nisa’,

ayat

58

yang

maksudnya:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya� iv.

Wujudnya semangat gotong royong dan berpadu fikiran dalam pekerjaan. Semangat ini bukanlah satu perkara yang amat mudah kerana tolong menolong dan kesepakatan fikiran memerlukan kepada saling faham memahami terutama dalam melakukan rutin kerja. Tanpa sikap ini akan wujud berbagai tekanan pekerjaan. Natijah daripada wujudnya sikap tolong menolong dan kesepakatan buah fikiran ini akan membuahkan hasil kerja yang luar biasa. Allah berfirman dalam Surah al-Maidah, ayat 2 yang maksudnya: “Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong menolong dalam membuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksanya"


108

v.

Wujudnya pekerjaan yang sentiasa berdasarkan kepada keadilan dalam semua aspek pekerjaan samada dalam membuat keputusan, dalam hal kewangan, dalam hal kebajikan pekerja, dalam hal imbalan dan imbuhan dan seumpamanya. Konsep ini jika diamat-amati dapat menyelesaikan banyak kekalutan organisasi seperti sifat mengampu di kalangan pekerja, rasuah, pecah amanah dan lan-lain lagi sifat negatif.

vi.

Wujudnya kesepakatan dan pemuafakatan dalam tindakan pekerjaan. Kesepakatan ini sepatutnya menjadi tunjang kepada kejayaan samada kejayaan individu atau kejayaan organisasi. Di dalam Islam rahsia kesepakatan dan pemuafakatan itu terletak pada amalan Syura seperti maksud firman Allah dalam Surah al-Syura, ayat 38: “Dan urusan mereka dijalankan secara syura sesama mereka�

Daripada kayu pengukur yang telah dinyatakan di atas, maka bolehlah dicongak apakah yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pekerja atau organiasi kerja untuk mencapai budaya kerja cemerlang mengikut acuan Islam. Antara yang boleh dilakukan termasuklah:


109

i.

Meningkatkan mutu kerja.

Setiap pekerja bertanggungjawab membaiki mutu perkhidmatannya dengan meningkatkan kemahirannya menerusi latihan-latihan tertentu, pembacaan, perbincangan tentang aspek-aspek pekerjaan dan lain-lain lagi yang boleh membantu pekerja mendalami tugas mereka dengan lebih rapi. Ini adalah sikap terpuji untuk faedah bersama.

ii.

Bekerja dengan lebih bertanggungjawab.

Setiap pekerja juga hendaklah melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Seperti yang diajarkan oleh Islam. Manusia mempunyai tanggungjawab terhadap kerja lebih-lebih lagi di hadapan Allah yang melihat semua gerak geri manusia.

iii.

Mengikis sikap mementingkan diri sendiri.

Menurut al-Quran manusia itu mempunyai tiga hubungan yang utama iaitu hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan dengan dirinya sendiri dan hubungan dengan alam ini. Ini menunjukkan kesepaduan yang perlu ada dalam diri manusia yang mana Allah


110

menjadikan sifat semulajadi manusia memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu, mana mungkin manusia dapat hidup bersendirian dan sikap ini perlu dikikis untuk mengelakkan berlaku perpecahan dalam sesebuah organisasi.

iv.

Perkhidmatan yang muhibbah dan mesra.

Dalam sesebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan keturunan serta mengamalkan pelbagai kepercayaan dan budaya, sikap tidak adil dan pilih kasih perlu disisihkan. Keadaan ini memerlukan pekerja yang bekerja dengan muhibbah dan kemesraan untuk memastikan kepuasan kepada semua pihak.

v.

Membenteras segala kelemahan.

Dalam perkhidmatan pekerjaan khususnya semua pihak terlibat dalam usaha membenteras kelemahan organisasi seperti kejahilan, malas, rasuah, pecah amanah dan seumpamanya. Kerjasama dari semua pihak amat penting untuk memastikan kejayaannya.


111

Pada zaman yang serba moden ini budaya kerja cemerlang amat penting untuk memastikan masyarakat khususnya umat Islam tidak ketinggalan. Di negara kita, Gerakan Budaya Kerja Cemerlang yang dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia suatu ketika dulu sebenarnya merupakan amalan budaya kerja yang sangat murni dalam menentukan pekerjaan yang dilakukan benarbenar menepati matlamat samada matlamat individi ataupun organisasi dan secara tidak langsung ianya seiring dengan apa yang dikehendaki Islam dalam etika kerja dan Perkhidmatan.

Oeh itu, apabila setiap pekerja memahami etika kerja dalam Islam maka secara tidak langsung mereka telah merialisasikan Gerakan Budaya Kerja Cemerlang ini. Maka dengan ini akan dapat membentuk masyarakat yang rajin dan berdisplin seterusnya dapat menghasilkan tugas dengan cemerlang dan berkualiti tinggi.


112

PEMAKAIAN KOD KELAKUAN DAN TATATERTIB 1993 DI MALAYSIA: PENILAIAN DARI SUDUT ETIKA KERJA

1. PENDAHULUAN

Peraturan dan undang-undang adalah penting dalam melahirkan sesebuah organisasi yang seimbang dan berbudaya sihat di dalam alam pekerjaan. Terutamanya yang berlandaskan ajaran Islam. Betapa pentingnya peraturan dan undang-undang ini bagi melahirkan kakitangan atau pekerja yang cemerlang serta bersih dari segi rohani dan jasmani.

1.1

DEFINISI

Undang-undang iaitu:-

Sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan; dalam sesebuah negara demokrasi, parlimen membuat undangundang yang mesti diikuti oleh setiap orang. 2) peraturan yang digubal untuk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan dll)


113

oleh orang-orang tertentu; tiap- tiap ahli hendaklah patuh kepada persatuan ini.(kamus dewan edisi 3)

1.2

PERATURAN

DAN

UNDANG-UNDANG

PERKHIDMATAN AWAM DI MALAYSIA

1.2.1

Bahagian I

i.

Nama

ii.

Pemakaian

iii.

Tafsiran

1.2.2

Bahagian II

i.

Tatakelakuan

ii.

Pekerjaan luar

iii.

Pakaian

iv.

Dadah

v.

Hadiah

vi.

Keraian

vii.

Pemunyaan harta


114

viii.

Menyenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendirian lain yang sah

ix.

Meminjam wang

x.

Keterhutangan kewangan yang serius

xi.

Laporan mengenai keterhutangan kewangan yang serius dsb. Daripada mahkamah dan pegawai pemegang harta

xii.

Meminjam wang

xiii.

Penglibatan dalam pasaran komoditi atau pasaran sekuriti hadapan

xiv.

Refel dan loteri

xv.

Penerbitan buku, dsb

xvi.

Membuat penyataan awam

xvii.

Larangan bertindak sebagai penyunting, dsb. Bagi surat khabar, dsb

xviii.

Mengambil bahagian dalam politik

xix.

Memulakan prosiding undang-undang dan bantuan guaman

xx.

Ketidakhadiran

1.2.3

Bahagian III

i.

Tugas kawalan dan pengawasan tatatertib


115

1.2.4

i.

Bahagian IV: Prosedur Tatatertib (prosedur Am)

Syarat-syarat bagi pembuangan kerja atau penurunan pangkat

ii.

Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah menentukan jenis kesalahan tatatertib

iii.

Prosedur dalam kes tatatertib bukan dengan tujuan untuk buang kerja atau turun pangkat

iv.

Prosedur dalam kes tatatertib dengan tujuan untuk buang kerja dan turun pangkat

v.

Prosedur jika prosiding jenayah dimulakan

vi.

Tanggungjawab Ketua Jabatan jika terdapat sabitan jenayah

vii.

Tiada

tindakan

tatatertib

boleh

diambil

sementara

menunggu penyelesaian prosiding jenayah viii.

Akibat pembebasan

ix.

Prosedur jika terdapat perintah tahanan, buang negeri dsb.

x.

Pertimbangan Pihak Berkuasa Tatatertib dalam kes sabitan dan tahanan

1.2.5

i.

Bahagian V: Hukuman

Hukuman tatatertib


116

ii.

Denda dan lucuthak emolumen

iii.

Penangguhan pergerakan gaji

iv.

Penurunan gaji

v.

Penurunan pangkat

vi.

Butir-butir kesalahan dan hukuman hendaklah direkodkan

1.2.6

Bahagian VI: Penahanan kerja dan penggantungan kerja

i.

Penahanan kerja

ii.

Penahanan kerja bagi maksud penyiasatan

iii.

Penggantungan kerja

iv.

Penerimaan emolumen yang tidak dibayar

v.

Meninggalkan negara semasa di bawah penahanan kerja atau penggantungan kerja

1.2.7

i

1.2.8

i.

Bahagian VII

Penamatan demi kepentingan awam

Bahagian VIII: Pelbagai

Pemakaian Peraturan-peraturan 1993


117

ii.

Surcaj

iii.

Penyampaian notis, dokumen, dsb

iv.

Tandatangan pada surat dan persuratan lain

v.

Pemansuhan dan kecualian

2. BAHAGIAN I

Peraturan-peraturan ini boleh dinamakan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 15hb. Disember 1993.

2.1 PEMAKAIAN

Peraturan-peraturan ini hendaklah terpakai bagi seseorang pegawai sepanjang tempoh perkhidmatannya dan seseorang pegawai yang tidak memilih untuk memasuki Sistem Saran Baru, hendaklah terpakai dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu dan wajar dengan mengambil kira tema dan syarat perkhidmatannya. Pelanggaran mana-mana

peruntukan

peraturan-peraturan

ini

akan

mengakibatkan seseorang pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib.


118

2.2

TAFSIRAN

Dalam peraturan-peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain iaitu “disabitkan atau sabitan� termasuklah suatu dapatan bersalah oleh sesuatu mahkamah jenayah di Malaysia atau di luar Malaysia, atau oleh sesuatu badan kompeten yang di berikan kuasa untuk menjalankan penyiasatan terus di bawah mana-mana undang-undang bertulis, bahawa orang yang dipertuduhkan atau dituduh itu telah melakukan suatu kesalahan. “Emolumen� bererti segala saran dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada seseorang pegawai dan termasuklah gaji pokok, imbuhan tetap, bayaran insentif dan elaun bulanan lain. Gaji bererti gaji pokok seseorang pegawai. Ketua jabatan bererti seseorang

pegawai

yang

bertanggungjawab

bagi

sesuatu

kementerian, jabatan, institusi, agensi atau unit dan termasuklah mana-mana pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi kementerian, jabatan, institusi, agensi atau unit untuk bertindak bagi pihaknya.


119

3. BAHAGIAN II

3.1 TATA KELAKUAN

Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan kerajaan.

Seseorang pegawai tidak boleh:-

a) Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya b) Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan

kepentingan

persendiriannya

bercanggah dengan tugas awamnya. c) Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan kepentingan syak yang munasabah bahawa:-

i. Dia

telah

persendiriannya

membiarkan bercanggah

kepentingan dengan

tugas


120

awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam ii.

Dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri

d) Berkelakuan dengan demikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam e) Kurang cekap atau kurang berusaha f) Tidak jujur atau tidak amanah g) Tidak bertanggungjawab h) Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, samada tuntutan

itu

adalah

tuntutannya

anggota-

anggota

perkhidmatannya yang lain. i) Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh di tafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah. j) Cuai dalam melaksanakn tugasnya

3.2 PEKERJAAN LUAR


121

Kecuali setakat yang dia dikehendaki dalam perjalanan tugasnya atau diberi kuasa dengan nyata oleh ketua jabatannya untuk berbuat sedemikian:-

a) Sebagai seorang pakar memberi apa-apa laporan atau keterangan pakar sama ada dengan percuma atau dengan mendapat upah b) Bertugas sebagai seorang wasi, pentadbir atau penerima

Walau apa pun peruntukan subperaturan(1), seseorang pegawai boleh memohon kebenaran bertulis daripada ketua jabatan untuk mengusahakan perkhidmatan tertentu daripada jenis yang disebutkan dalam subperaturan(1), bagi faedah dirinya atau saudara maranya yang terdekat atau bagi mana-mana badan yang tidak mencari keuntungan, yang mana dia ialah seorang pemegang jawatan dalam badan tersebut. Dengan menyumbangkan sama ada kebenaran di bawah subperaturan(2) patut diberi atau tidak, ketua jabatan hendaklah mengambil perhatian akan tatakelakuan yang ditetapkan dalam pertaturan (4) dan khususnya hendaklah memastikan bahawa pekerjaan luar itu:-


122

a) Tidak di lakukan semasa waktu pejabat dan semasa pegawai itu di kehendaki menjalankan tugas rasminya b) Tidak akan dengan apa-apa cara berkecenderungan untuk menjejaskan kegunaan pegawai itu sebagai seorang perkhidmat awam c) Tidak akan dengan apa-apa cara berkecenderungan untuk bercanggah dengan kepentingan jabatan atau menjadi tidak konsisten dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang perkhidmat awam.

Kecuali setakat yang ditetapkan selainnya, segala jumlah wang yang diterima oleh seseorang pegawai sebagai saraan kerana memberi mana-mana perkhidmatan yang disebutkan dalam subperaturan (1) hendaklah dibayar ke dalam Perbendaharaan Persekutuan sementara menunggu keputusan Perbendaharaan tentang amaun jika ada, yang boleh disimpan oleh pegawai itu sendiri dan anggota kakitanganya.

3.3

PAKAIAN


123

Seseorang pegawai semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa. Seseorang pegawai yang dikehendaki menghadiri suatu upacara rasmi hendaklah berpakaian sebagaimana yang ditentukan bagi upacara tersebut dan jika pakaian untuk upacara itu tidak ditentukan, dia hendaklah berpakaian dengan sepatutnya bagi upacara tersebut.

3.4

DADAH

Perkhidmatan seseorang pegawai yang diperakui oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sebagai menggunakan, mengambil (selain daripada maksud perubatan), menyalahgunakan atau menagih dadah berbahaya berlanggaran dengan subperaturan (1) boleh ditamatkan demi kepentingan awam di bawah peraturan 49. Akta 234, bagi maksud peraturan ini “dadah berbahaya� ertinya apa-apa dadah atau bahan yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.


124

3.5 HADIAH

Tertakluk kepada peruntukan peraturan ini, seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberi, atau tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain menerima atau memberi bagi pihaknya, secara langsung atau tidak langsung, apaapa hadiah (sama ada dalam bentuk zahir atau selainnya) daripada atau kepada mana-mana persatuan, badan, orang atau kumpulan orang jika:-

a) Penerimaan atau pemberian hadiah itu mempunyai kaitan, dengan apa-apa cara dengan perlaksanaan tugas awam pegawai itu. b) Bentuk amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah itu diberikan.

Ketua jabatan boleh membenarkan seseorang pegawai menerima surat pujian daripada mana-mana persatuan, badan, orang atau kumpulan orang sempena persaraan atau pertukarannya dengan syarat bahawa surat pujian itu tidak terkandung dalam bekas yang bernilai. Ketua jabatan boleh membenarkan pungutan sumbangan secara spontan oleh pegawai-pegawai di bawahnya bagi


125

maksud membuat sesuatu penyampaian kepada seseorang pegawai dalam jabatannya sempena persaraan, pertukaran atau perkahwinan pegawai tersebut atau perkahwinan anak pegawai tersebut tau sempena apa-apa upacara lain yang sesuai.

Jika:-

a) Seseorang pegawai berasa ragu-ragu tentang sama ada bentuk amaun atau nilai hadiah yang diterima olehnya adalah sepadan dengan maksud hadiah itu diberikan b) Hal keadaan sedemikian menyebabkan sukar bagi seseorang pegawai untuk menolak sesuatu hadiah atau cenderamata yang bernilai, yang penerimaannya dilarang oleh peraturan ini.

Apabila

diterima

laporan

yang

dibuat

di

bawah

subperaturan (4), ketua jabatan hendaklah memutuskan sama ada:-

a) Untuk membenarkan pegawai itu menyimpan hadiah itu.


126

b) Untuk

mengarahkan

supaya

hadiah

itu

dikembalikan kepada pemberinya melalui Ketua Jabatan.

Bagi maksud peraturan ini, Ketua Jabatan ertinya Ketua Setiausaha sesuatu Kementerian atau ketua jabatan di peringkat Ibu Pejabat mengikut mana-mana yang berkenaan.

3.6

KERAIAN

Seseorang pegawai boleh memberi atau menerima apa-apa jenis keraian kepada atau mana-mana orang jika:-

a) Keraian itu tidak dengan apa-apa cara mempengaruhi perlaksanaan tugas rasminya sebagai seorang pegawai awam bagi kepentingan orang itu. b) Pemberian atau penerimaan keraian itu tidak dalam apa-apa cara, tidak konsisten dengan tatakelakuan yang ditetapkan di bawah peraturan 4.


127

3.7

PEMUNYAAN HARTA

Seseorang pegawai hendaklah, semasa perlantikannya ke dalam perkhidmatan awam atau pada bila-bila masa selepas itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Kerajaan, mengisytiharkan secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan melalui Ketua Jabatan segala harta yang dipunyai olehnya, atau isteri atau suaminya atau anaknya atau yang dipegang oleh manamana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya. Seseorang pegawai yang tidak mempunyai apa-apa harta hendaklah dengan demikian mengisytiharkan secara bertulis keadaan sedemikian. Jika selepas membuat pengisytiharan di bawah subperaturan (1), seseorang pegawai atau isteri atau suaminya atau anaknya memperolehi apa-apa harta, sama ada secara langsung atau tidak langsung atau melupuskan apa-apa harta yang telah diperoleh olehnya atau dia hendaklah dengan segera mengisytiharkan pemerolehan atau pelupusan harta itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan melalui ketua jabatan. Jika seseorang pegawai atau isteri atau suaminya atau anaknya bercadang hendak memperoleh apa-apa harta, dan pemerolehan yang dicadangkan itu adalah tidak konsisten dengan tatakelakuan yang ditetapkan di dalam peraturan 4, pemerolehan itu tidaklah


128

boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis diperoleh oleh pegawai itu daripada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan. Dalam memutuskan sama ada hendak memberikan kebenaran atau tidak di bawah subperaturan (3) Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah mengambil kira perkara-perkara yang berikut:-

a) Pendapat

ketua

jabatan

tentang

pemerolehan

atau

kepunyaan harta b) Apa-apa faktor lain yang dianggapkan perlu oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi menjaga keutuhan dan kecekapan perkhidmatan awam.

Jika Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpuas hati dengan pengisytiharan harta yang dibuat oleh pegawai ia hendaklah mengarahkan ketua

jabatan merekodkan

di

dalam Buku

Perkhidmatan Kerajaan bahawa pengisytiharan itu telah dibuat. Di dalam peraturan ini, “anak� termasuklah anak angkat tetapi tidak termasuk anak yang bukan di bawah tanggungan pegawai itu. “Harta� termasuklah harta daripada apa-apa perihalan, sama ada harta alih atau tidak alih, yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.


129

3.8

MENYENGGARA

MELEBIHI

TARAF

EMOLUMEN

KEHIDUPAN

DAN

YANG

PENDAPATAN

PERSENDIRIAN LAIN YANG SAH

Jika ketua jabatan berpendapat bahawa seseorang pegawai adalah ternyata:-

a) Menyenggara

suatu

taraf

kehidupan

yang

melabihi

emolumennya dan pendapatan persendirian lain yang sah, jika ada. b) Mempunyai kawalan atau memiliki sumber-sumber kewangan atau harta, harta alih atau tidak alih yang nilainya tidak seimbang dengan atau yang tidak boleh semunasabahnya dijangka

telah

diperoleh

oleh

pegawai

itu

dengan

emolumennya dan apa-apa pendapatan persendiriannya yang sah.

Ketua jabatan hendaklah, melalui notis bertulis memanggil pegawai itu supaya memberi penjelasan bertulis dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis itu bagaimana ia boleh menyenggara taraf kehidupan tersebut atau bagaimana dia telah mendapat sumber-sumber kewangannya atau hartanya. Ketua


130

jabatan hendaklah, apabila diterima penjelasan di bawah subperaturan (1) atau, jika pegawai itu tidak memberi apa-apa penjelasan dalam tempoh yang ditentukan, apabila tempoh itu tamat melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan dengan melampirkan penjelasan pegawai itu. Tiada pegawai boleh meminjam daripada mana-mana orang atau menjadi penjamin kepada mana-mana peminjam, atau dengan apa-apa cara meletakkan dirinya di bawah suatu obligasi kewangan kepada mana-mana orang:-

a) Yang secara langsung atau tidak langsung tertakluk kepada kuasa rasminya. b) Yang dengannya pegawai itu ada atau mungkin ada urusan rasmi c) Yang tinggal atau memiliki tanah atau menjalankan perniagaan di dalam kawasan-kawasan tempatan yang dia mempunyai kuasa rasmi d) Yang menjalankan perniagaan pemberian pinjaman wang.

Akta 372, seseorang pegawai boleh, bagaimanapun meminjam wang daripada atau menjadi penjamin kepada manamana orang yang meminjam wang daripada bank, syarikat insurans,


131

koperasi, atau syarikat kewangan yang di lesenkan di bawah akta Bank dan Institusi- Institusi kewangan 1989 atau menanggung hutang dengan cara memperoleh barang-barang melalui perjanjian sewa beli dengan syarat bahawa:-

a) Bank, syarikat insurans, koperasi atau syarikat kewangan berlesen itu yang daripadanya pegawai itu meminjam tidaklah secara langsung tertakluk kepada kuasa rasminya. b) Peminjaman itu tidak akan membawa kepada skandal awam atau tidak akan ditafsirkan bahawa pegawai itu telah menyalahgunakan kedudukan awamnya untuk faedah persendiriannya. c) Agregat hutangnya tidak menyebabkan atau tidak mungkin menyebabkan pegawai itu berada dalam keterhutangan kewangan yang serius sebagaimana yang ditakrifkan di bawah peraturan 13.

Tertakluk kepada peruntukan subperaturan (2) seseorang pegawai boleh menanggung hutang-hutang yang berikut:-


132

a) Jumlah wang yang dipinjam atas cagaran tanah yang digadai atau digadaikan, jika jumlah wang tersebut tidak melebihi nilai tanah tersebut b) Overdraf atau kemudahan kredit lain yang diluluskan oleh mana-mana institusi kewangan berlesen c) Jumlah wang yang dipinjam daripada syarikat insurans atas cagaran polisi insurans d) Jumlah wang yang dipinjam daripada kerajaan atau koperasi e) Jumlah wang yang kena dibayar atas barang-barang yang diperoleh melalui perjanjian sewa beli

Tanpa menjejaskan peruntukan subperaturan (1), seseorang pegawai hendaklah di sifatkan sebagai berada dalam keterhutangan kewangan yang serius:-

a) Jika agregat hutang dan liabilitinya yang tidak bercagar pada bila-bila masa, tertentu melebihi jumlah wang sebanyak enam kali emolumen bulanannya b) Jika pegawai itu seorang penghutang penghakiman dan hutang penghakiman itu belum lagi dijelaskan dalam tempoh satu bulan dari tarikh penghakiman itu


133

c) Jika pegawai itu seorang yang bankrap atau seorang pemakan gaji tidak solven, mengikut mana-mana yang berkenaan, selagi apa-apa penghakiman terhadapnya yang memihak kepada pegawai pemegang harta masih belum di jelaskan, atau selagi tidak ada pembatalan penghukuman kebankrapannya.

Keterhutangan kewangan yang serius kerana apa jua pun sebab selain daripada malang yang tidak dapat dielakkan yang tidak disebabkan dengan apa-apa cara oleh pegawai itu sendiri hendaklah dianggap memburukkan nama perkhidmatan awam dan hendaklah menyebabkan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib. Jika keterhutangan kewangan yang serius yang telah berlaku itu adalah disebabkan oleh malang yang tidak dapat dielakkan , kerajaan boleh memberi kepada pegawai itu apa-apa bantuan yang didapati wajar mengikut hal keadaannya. Jika seseorang pegawai mendapati bahawa hutangnya menyebabkan atau mungkin menyebabkan keterhutangan kewangan yang serius kepadanya, maka dia hendaklah serta merta melaporkan fakta ini kepada ketua jabatan. Seseorang pegawai yang tidak melaporkan atau melengahkan dalam melaporkan keterhutangan kewangannya yang serius atau yang melaporkannya tetapi tidak mendedahkan hutangnya dengan


134

sepenuhnya atau memberi keterangan yang palsu atau yang mengelirukan mengenainya adalah melakukan suatu pelanggaran tatatertib yang serius (walau apa pun yang mula-mula menyebabkan keterhutangan kewangan yang serius itu) dan boleh menyebabkan dirinya

dikenakan

tindakan

tatatertib.

Tanpa

menjelaskan

peruntukan-peruntukan peraturan ini, jika hutang pegawai terjumlah kepada keterhutangan kewangan yang serius tetapi dia belum dihukum sebagai seorang bangkrap atau sebagai seorang pemakan gaji tidak solven, ketua jabatan hendaklah mengkaji semula kes itu dari semasa ke semasa.

Pegawai pemegang harta hendaklah, sebaik sahaja dia telah menyiasat dengan secukupnya tentang hal ehwal seseorang pegawai awam yang mana seseorang itu bangkrap atau pemakan gaji yang tidak solven, menyampaikan kepada ketua jabatan yang berkenaan suatu laporan yang mengandungi perkara-perkara berikut:-

a)

Pernyataan Hal Ehwal yang difailkan oleh si bangkrap atau

pemakan

gaji

tidak solven itu mengikut

kebangkrapan yang sedang berkuatkuasa.

undang-undang


135

b)

Amaun ansuran yang diperintahkan atau yang dicadangkan

dibuat c)

Sama ada atau tidak Pegawai Pemegang Harta bercadang

untuk memulakan apa-apa prosiding selanjutnya dan jika demikian suatu pernyataan ringkas mengenai jenis prosiding selanjutnya d)

Sebab utama kebankrapan itu, sama ada pada pendapatnya

kes itu melibatkan malang yang tidak dapat dielakkan, kelakuan hina atau apa-apa hal keadaan lain yang khas, sama ada yang memihak atau tidak memihak kepada pegawai itu e)

Apa-apa perkara lain yang mengikut budi bicaranya, dia

fikirkan patut di sebut

Ketua jabatan hendaklah menghantar laporan yang diterima dibawah subperaturan (1) dan (2) beserta dengan laporannya mengenai kerja dan kelakuan pegawai itu sebelum dan sejak keterhutangan kewangannya yang serius kepada pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan. Setelah menimbangkan semua laporan itu Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah memutuskan sama ada hendak mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai berkenaan dan jika demikian apa tindakan yang hendak diambil. Jika tindakan tatatertib yang diambil di bawah subperaturan

(3)

mengakibatkan

hukuman

penangguhan


136

pergerakan gaji, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan apabila habisnya tempoh penangguhan pergerakan gaji. Seseorang pegawai yang mendapat pembatalan kebankrapannya bolehlah dikira sebagai telah memulihkan kedudukan kewangannya dengan sepenuhnya.

3.9

MEMINJAMKAN WANG

Seseorang pegawai tidak boleh meminjamkan wang dengan bunga sama ada dengan cagaran atau tanpa cagaran. Penyimpanan wang secara deposit tetap dalam mana-mana bank atau dalam suatu akaun dalam mana-mana bank atau dalam mana-mana syarikat kewangan berlesen atau dalam mana-mana sekuriti atau saham yang diterbitkan oleh Kerajaan atau oleh mana-mana badan berkanun tidaklah dianggap sebagai meminjamkan wang dengan bunga bagi maksud subperaturan(1). Penglibatan dalam Pasaran Komoditi atau Pasaran Sekuriti Hadapan. Tiada pegawai boleh melibatkan dirinya dalam pasaran komoditi atau pasaran sekuriti hadapan sebagai pembeli atau penjual atau selainnya, sama ada dalam pasaran tempatan atau luar negeri.


137

3.10 REFEL DAN LOTERI

Seseorang pegawai tidak boleh mengadakan, mengelolakan atau mengambil bahagian dalam mana-mana refel atau loteri akan harta persendiriannya.

3.11 PENERBITAN BUKU

Seseorang pegawai tidak boleh menerbit atau menulis apa-apa buku, makalah atau karya lain yang berasaskan maklumat rasmi terperingkat

3.12 MEMBUAT PERNYATAAN AWAM

Seseorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain:-

a) Membuat apa-apa pernyataan awam berhubungan dengan apaapa dasar, program atau keputusan Kerajaan di atas apa-apa isu. c) Memberi apa-apa maklumat faktual berhubung dengan jabatannya


138

d) Memberi apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa insiden atau laporan berhubung dengan jabatannya

Dan dia juga tidak boleh mengeliling apa-apa pernyataan, maklumat atau penjelasan, sama ada yang dibuat olehnya atau oleh mana-mana orang lain, kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu sama ada secara am atau khusus, daripada Menteri yang bertanggungjawab bagi kementerian atau jabatan di mana dia sedang berkhidmat.

3.13LARANGAN BERTINDAK SEBAGAI PENYUNTING, DSB. BAGI SURAT KHABAR DSB.

Seseorang pegawai tidak boleh bertindak sebagai penyunting, atau mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan, atau dengan apa-apa cara membuat apa-apa sumbangan kewangan

atau selainnya

kepada, mana-mana

penerbitan, termasuk mana-mana surat khabar, majalah, atau jurnal, kecuali yang berikut:-

a) Penerbitan jabatan atau kakitangan b) Penerbitan professional


139

c) Penerbitan organisasi sukarela yang bukan bercorak politik

3.14MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM POLITIK

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperaturan (3), seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang mengambil bahagian aktif dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik, dan khususnya dia tidak boleh:-

a) Membuat apa-apa pernyataan awam, sama ada secara lisan atau bertulis, yang memberikan suatu pandangan yang berat sebelah, atas apa-apa perkara yang menjadi isu di antara parti-parti politik. b) Menerbit atau mengeliling buku, makalah atau risalah yang mengemukakan pandangan orang lain, atas apa-apa perkara yang berkaitan dengan manamana parti politik c) Terlibat dalam merayu undi bagi menyokong manamana calon pada suatu pilihanraya untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik


140

d) Bertindak sebagai ejen pilihanraya atau ejen tempat mengundi atau atas apa-apa sifat untuk atau bagi pihak seseorang calon dalam sesuatu pilihanraya bagi Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan Negeri.

Seseorang pegawai dalam kumpulan sokongan yang bukan seseorang pegawai dalam perkhidmatan perlu boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik setelah terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan. Walau apapun peruntukan subperatuaran(1), seseorang pegawai yang dibenarkan bercuti sehingga tarikh persaraannya bagi maksud menghabiskan semua cutinya yang terkumpul boleh mengambil bahagian dalam aktiviti politik dengan syarat bahawa:-

a) Dia terlebih dahulu mendapatkan kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan.


141

b) Dengan penglibatan sedemikian dia tidak melanggar peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972.

Sesuatu permohonan bagi mendapatkan kelulusan di bawah perenggan(3) (a) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh pegawai itu dibenarkan bercuti sebelum persaraan. Tiada apa-apa jua dalam peraturan ini boleh menghalang seseorang pegawai daripada menjadi anggota biasa mana-mana parti politik. Seseorang pegawai yang telah diterima menjadi anggota biasa mana-mana parti politik itu hendaklah memberitahu fakta ini kepada

Ketua

Jabatannya.

Bagi

maksud

peraturan

ini,

‘perkhidmatan perlu’ ertinya perkhidmatan- perkhidmatan yang dinyatakan dalam jadual.

3.15

MEMULAKAN

PROSIDING

UNDANG-UNDANG

DAN BANTUAN GUAMAN

Jika

seseorang

pegawai

berkehendakan

bantuan

guaman

sebagaimana yang diperuntukan di bawah subperaturan (3) dia tidak

boleh

memulakan

prosiding

undang-

undang

bagi

kepentingan peribadinya berkaitan dengan perkara-perkara yang berbangkit daripada tugas awamnya tanpa persetujuan terlebih


142

dahulu daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Seseorang pegawai yang menerima notis mengenai permulaan prosiding undang- undang atau permulaan prosiding undang-undang yang dicadangkan terhadapnya berkaitan dengan perkara-perkara yang berbangkit daripada tugas awamnya atau menerima apa-apa proses mahkamah berhubungan dengan prosiding undang-undang tersebut hendaklah dengan segera melaporkan perkara itu kepada Ketua Jabatan bagi mendapat arahan tentang sama ada dan bagaimana notis atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, proses mahkamah itu hendak diakui terima, dijawab atau di bela. Seseorang pegawai yang berkehendakkan bantuan guaman untuk mengambil dan mengarah seseorang peguambela dan peguamcara bagi maksud dan dikemukan kepada ketua pengarah Perkhidmatan Awam melalui Peguam Negara Apabila diterima permohonan itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam boleh melulus atau menolak permohonan tersebut, tertakluk kepada nasihat Peguam Negara tentang:-

a) Amaun bantuan guaman yang hendak diluluskan b) Peguambela dan peguamcara yang hendak diambil dan diarahkan oleh pegawai itu


143

c) Apa-apa syarat lain yang Peguam Negara fikirkan baik.

Dan kepada syarat tersirat selanjutnya bahawa, sekiranya pegawai itu diawardkan kos oleh mahkamah apabila selesai prosiding undang-undang tersebut, tiada bayaran berkenaan dengan bantuan guaman yang diluluskan demikian akan dibuat oleh Kerajaan melainkan jika amaun kos yang diawardkan demikian kepadanya itu tidak mencukupi untuk membayar caj-caj mengambil dan mengarah seseorang peguambela dan peguamcara. Caj untuk mengambil khidmat seseorang peguambela dan peguamcara yang diambil dan diarah oleh atau bagi pihak seseorang pegawai dalam prosiding undang- undang berkaitan dengan perkara-perkara yang berbangkit daripada tugas awamnya selain daripada dengan menurut kuasa kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam tidak akan dibayar oleh kerajaan.

3.16

KETIDAKHADIRAN

Ketidakhadiran daripada bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib.


144

Jika seseorang pegawai tidak hadir daripada bertugas, Ketua Jabatan hendaklah, dengan seberapa segera melaporkan fakta itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan beserta dengan tarikh-tarikh dan hal keadaan ketidakhadiran itu dan apa-apa maklumat selanjutnya yang mungkin dikehendaki berkenaan dengan pegawai itu. Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh, setelah menimbangkan laporan dalam subperaturan (2), mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu mengikut peraturan 27 atau 28. Bagi maksud peraturan ini, “ketidakhadiarn� termasuklah kegagalan untuk hadir bagi apa-apa jua tempoh masa atau pun pada satu- satu masa dan tempat di mana pegawai itu dikehendaki hadir bagi perlaksanaan tugas- tugasnya. Seseorang pegawai yang tidak menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya, atau tidak mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya, atau tidak mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya melakukan pelanggaran tatatertib, hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

4

PROSEDUR TATATERTIB


145

1.1 PROSEDUR AM

Syarat-syarat bagi pembuangan kerja atau penurunan pangkat tertakluk kepada peruntukan subperaturan (2), tiada pegawai boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat dalam apa-apa prosiding tatatertib di bawah bahagian ini melainkan jika dia telah di beritahu secara bertulis mengenai alasan-alasan yang berdasarkannya tindakan itu di cadangkan diambil terhadapnya dan telah diberi peluang yang munasabah untuk didengar. Subperaturan (1) tidaklah terpakai dalam hal-hal berikut:-

a) Jika seseorang pegawai

dibuang kerja atau

diturunkan pangkat atas alasan

kelakuan yang

berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya. b) Jika pihak berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpuas hati bahawa kerana sesuatu sebab, yang hendaklah direkodkan olehnya secara bertulis, adalah

tidak

munasabahnya

praktik

untuk

menjalankan kehendak- kehendak peraturan ini. c) Jika Yang Di Pertuan Agong berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau


146

mana-mana

bahagiannya

adalah tidak sesuai

manfaat untuk menjalankan kehendak-kehendak peraturan ini. d) Jika

apa-apa

perintah

tahanan,

pengawasan,

kediaman terhad, buang negeri atau deportasi telah dibuat terhadap pegawai itu. e) Jika apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya telah dikenakan ke atas pegawai itu, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen atau perlindungan wanita dan gadis.

1.2 PENGERUSI PIHAK BERKUASA TATATERTIB HENDAKLAH MENENTUKAN JENIS KESALAHAN TATATERTIB

Jika terdapat suatu pelanggaran tatatertib yang dikatakan telah dilakukan oleh seseorang pegawai, Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib. Dalam hal dimana terdapat lebih daripada satu peringkat


147

Pihak Berkuasa Tatatertib, Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa hendaklah, sebelum memulakan apa-apa prosiding tatatertib berkenaan dengan pegawai itu, menimbangkan sama ada pelanggaran tatatertib yang diadukan adalah daripada jenis yang patut dikenakan suatu hukuman buang kerja atau turun pangkat atau suatu hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat. Jika Pengerusi Pihak Berkuasa Tatertib yang berkenaan (dalam hal dimana terdapat lebih daripada satu peringkat Pihak Berkuasa Tatatertib) yang berkenaan hendaklah merujukkan kes itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun pangkat.

4.2

PROSEDUR DALAM KES TATATERTIB BUKAN DENGAN TUJUAN UNTUK BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT

Jika Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan mendapati bahawa pelanggaran tatatertib yang diadukan adalah daripada jenis yang patut dikenakan hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat, Pihak Berkuasa yang berkenaan hendaklah memberitahu pegawai itu secara bertulis fakta-fakta pelanggaran tatatertib yang dikatakan telah dilakukan


148

olehnya dan hendaklah memberi peluang kepada pegawai itu untuk membuat representasi bertulis dalam tempoh tidak kurang daripada dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan fakta- fakta itu. Jika setelah

menimbangkan

representasi

yang

dibuat

dibawah

subperaturan (1), Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan mendapati:-

a) Pegawai itu bersalah, ia hendaklah mengenakan ke atas pegawai itu mana- mana satu atau lebih hukuman yang dinyatakan dalam peraturan 38 yang difikirkannya sesuai dan patut. b) Pegawai itu tidak bersalah ia hendaklah dibebaskan

4.3

PROSEDUR DALAM KES TATATERTIB DENGAN TUJUAN UNTUK BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT

Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan yang bersidang untuk menimbangkan suatu kes yang pelanggaran tatatertib yang diadukan adalah didapati daripada jenis yang patut dikenakan suatu hukuman buang kerja atau turun pangkat hendaklah menimbangkan segala maklumat yang ada dan jika didapati bahawa terdapat satu


149

kes prima facie terhadap pegawai itu untuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat. Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan hendaklah

mengarahkan

supaya

suatu

pernyataan

yang

mengandungi fakta-fakta pelanggaran tatatertib yang dikatakan telah dilakukan oleh pegawai itu dan apa-apa alasan yang dicadangkan, yang berdasarkannya pegawai itu hendak dibuang kerja atau diturunkan pangkat dihantarkan kepada pegawai itu dan pegawai itu hendaklah diminta membuat suatu respresentasi bertulis, yang mengandungi alasan-alasan yang berdasarkannya pegawai itu bergantung untuk membebaskan dirinya, dalam tempoh tidak kurang daripada dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan pertuduhan itu. Jika pegawai itu tidak membuat apa-apa representasi dalam tempoh yang dinyatakan dalam subperaturan (1), atau jika pegawai itu membuat representasi yang tidak dapat membebaskan dirinya sehingga memuaskan hati Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan, Pihak Berkuasa Tatatertib itu henhdaklah terus menimbangkan dan memutuskan sama ada untuk membuang kerja atau menurunkan pangkat pegawai itu. Jika Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat bahawa kes terhadap pegawai itu menghendaki penjelasan selanjutnya. Pihak Bekuasa Tatatertib itu boleh melantik Jawatankuasa Penyiasatan yang terdiri daripada tidak kurang daripada dua orang pegawai


150

kerajaan yang lebih kanan daripada pegawai yang di bawah penyiasatan. Ketua jabatan pegawai yang di bawah penyiasatan itu tidak boleh menjadi anggota jawatankuasa yang dilantik di bawah subperaturan (4). Jawatankuasa Penyiasatan yang dilantik di bawah subperaturan (4) :-

a) Hendaklah memberitahu pegawai mengenai tarikh yang persoalan mengenai pembuangan kerja atau penurunan pangkatnya akan dibawa ke hadapan Jawatankuasa Penyiasatan dan, jika Jawatankuasa Penyiasatan itu berpendapat bahawa pegawai itu boleh dibenarkan hadir, bahawa dia hendaklah menghadirkan

diri

di

hadapan

Jawatankuasa

Penyiasatan itu untuk membebaskan dirinya. b) Boleh memanggil dan memeriksa saksi-saksi atau mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu dan patut untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya mengenai kes itu.

Jika saksi-saksi dipanggil dan diperiksa oleh Jawatankuasa Penyiasatan itu, pegawai itu hendaklah diberi peluang untuk hadir dan untuk menyoal saksi-saksi itu bagi pihak dirinya sendiri dan


151

tiada keterangan dokumentar boleh digunakan terhadapnya melainkan jika pegawai itu telah sebelum ini dibekalkan dengan suatu salinan keterangan dokumentar itu atau diberikan akses kepadanya. Jawatankuasa Penyiasatan itu boleh membenarkan kerajaan atau pegawai itu diwakili oleh seseorang pegawai dalam perkhidmatan awam atau, dalam kes yang luar biasa oleh seorang peguambela dan peguamcara, dan tertakluk kepada apa-apa penangguhan yang munasabah dan perlu untuk membolehkan pegawai itu sendiri membentangkan kesnya, Jawatankuasa Penyiasatan boleh menarik balik kebenaran itu pada bila-bila masa. Dengan syarat bahawa jika Jawatankuasa Penyiasatan itu membenarkan kerajaan diwakili, ia hendaklah juga membenarkan pegawai itu untuk diwakili dengan cara yang sama. Jika seseorang pegawai yang dikehendaki untuk menghadirkan diri di hadapan suatu Jawatankuasa Penyiasatan pada tarikh dan masa yang ditetapkan bagi pendengaran itu tidak menghadirkan dirinya, dan jika tiada alasan yang mencukupi diberikan bagi suatu penangguhan, menimbangkan

Jawatankuasa dan

Penyiasatan

memutuskan

aduan

itu

boleh

atau

ia

terus boleh

menangguhkan pendengaran itu kepada suatu tarikh hadapan. Setelah tamat penyiasatannya, Jawatankuasa Penyiasatan itu hendaklah membuat suatu laporan kepada Pihak Berkuasa


152

Tatatertib yang berkenaan. Jika Pihak Berkuasa Tatatertib itu berpendapat bahawa laporan itu tidak jelas dalam apa-apa perkara tertentu atau bahawa penyiasatan selanjutnya adalah dikehendaki perkara itu boleh dirujukkan balik kepada Jawatankuasa Penyiasatan itu untuk menjalankan penyiasatan selanjutnya dan membuat laporan selanjutnya. Jika setelah menimbangkan representasi di bawah subperaturan (1) dan jika suatu Jawatankuasa Penyiasatan dilantik, setelah menimbangkan laporan Jawatankuasa itu, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan mendapati:-

a) Bahawa pegawai itu bersalah kerana salahlaku dan patut dibuang kerja atau diturunkan pangkat, Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah dengan serta merta mengenakan hukuman yang sesuai. b) Bahawa pegawai itu bersalah kerana salahlaku tetapi salahlaku itu tidak patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat tetapi patut dikenakan hukuman yang lebih ringan. Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah mengenakan ke atas pegawai itu apa-apa hukuman yang lebih ringan yang difikirknnya lebih sesuai dan patut.


153

c) Bahawa pegawai itu tidak bersalah kerana salahlaku, Pihak

Berkuasa

Tatatertib

itu

hendaklah

membebaskannya.

2. PROSEDUR DALAM KES JIKA PEGAWAI TIDAK HADIR

TANPA

CUTI

DAN

TIDAK

BOLEH

DIKESAN.

5.1

PEGAWAI TIDAK HADIR TANPA CUTI DAN

TIDAK BOLEH DIKESAN

Walau apa pun peruntukan peraturan 52, jika seseorang pegawai tidak hadir tanpa cuti selama tujuh hari berturut-turut dan tidak boleh dikesan, ketua jabatan itu hendaklah menyebabkan suatu surat dihantar kepada pegawai itu melalui Pos Berdaftar Akuan Terima ke alamatnya yang akhir diketahui sebagaimana yang diberikan kepada ketua jabatan di bawah peraturan 52, mengarahkan pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas dengan serta-merta. Jika selepas surat diserahkan:-

a) Pegawai itu datang melapor diri untuk bertugas


154

b) Pegawai itu tidak melaporkan diri untuk bertugas atau tiada apa-apa jua khabar untuk didengar daripadanya c) Bagi maksud peraturan ini, jika surat Pos Berdaftar Akuan Terima itu diterima oleh seseorang lain selain daripada pegawai yang dimaksudkan, surat tersebut hendaklah disifatkan tidak terserah.

5.2

AKIBAT TIDAK HADIR TANPA CUTI SELEPAS

PEMBERITAHUAN DALAM WARTA

Jika pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penyiaran pemberitahuan dalam Warta, ketua jabatan hendaklah melaporkan perkara itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan dan Pihak Berkuasa Tatatertib tersebut hendaklah memulakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-peraturan ini. Jika seseorang pegawai itu tidak melaporkan diri untuk bertugas dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penyiaran pemberitahuan dalam Warta, pegawai itu hendaklah disifatkan telah dibuang kerja daripada perkhidmatan mulai dari tarikh dia tidak hadir tanpa cuti.


155

5.3

PERLUCUTAN

EMOLUMEN

KERANA

KETAKHADIRAN TANPA CUTI

Jika seseorang pegawai didapati bersalah kerana tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah, segala emolumen bagi apa-apa tempoh yang dia tidak hadir hendaklah dilucuthakkan walaupun Pihak Berkusa

Tatatertib

yang

berkenaan

tidak

mengarahkan

perlucuthakkan itu. Seseorang pegawai yang emolumennya yang dilucuthakkan di bawah peraturan ini hendaklah diberi notis bertulis mengenai perlucuthakkan tersebut. Bagi maksud peraturan ini perlucuthakkan emolumen bukanlah satu hukuman tatatertib dalam pengertian peraturan 38.

6.

6.1

HUKUMAN

HUKUMAN TATATERTIB

Jika Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati seseorang pegawai bersalah kerana melanggar mana-mana peruntukan peraturanperaturan ini, dan setelah mengambil serius kesalahan itu, maka Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah mengenakan ke atas pegawai


156

itu mana-mana satu daripada hukuman yang berikut atau gabungan dua hukuman atau lebih:-

a) Amaran b) Denda c) Lucuthak emolumen d) Tangguh pergerakan gaji e) Turun gaji f) Turun pangkat g) Buang kerja

6.2

DENDA ATAU LUCUTHAK EMOLUMEN

Bagi maksud peraturan-peraturan ini, hukuman denda atau lucuthak emolumen hendaklah dibuat mengikut peruntukan-peruntukan yang berikut:-

a) Apa-apa denda yang dikenakan pada mana-mana satu masa tidak boleh melebihi amaun setara dengan tujuh hari emolumen pegawai yang berkenaan. Jika


157

seseorang pegawai didenda lebih daripada sekali dalam mana-mana satu bulan kalendar, agregat denda yang dikenakan ke atasnya dalam bulan itu tidak boleh melebihi amaun yang setara dengan empat puluh lima peratus daripada emolumen bulanannya. b) Hukuman lucuthak emolumen tidak tertakluk kepada perenggan (a) di atas berhubungan dengan amaun maksimum denda pada mana-mana satu masa tertentu atau dalam mana-mana satu bulan tertentu. Jika hukuman itu berkaitan dengan kesalahan tidak hadir tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab munasabah,

amaun

emolumen

yang

hendak

dilucuthakkan hendaklah diputuskan oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan, dikira dengan mengambil kira tempoh sebenar pegawai itu tidak hadir.

6.3

PENANGGUHAN PERGERAKAN GAJI

Hukuman tangguh pergerakan gaji boleh dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tempoh:-


158

a) Tiga bulan b) Enam bulan c) Sembilan bulan d) Dua belas bulan

Ini tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang mana difikirkan sesuai dan patut. Hukuman tangguh pergerakan gaji yang dikenakan ke atas seseorang pegawai hendaklah dilaksanakan pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya bagi pegawai itu selepas tarikh pengenaan hukuman itu oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan. Seseorang pegawai yang dikenakan ke atasnya hukuman tangguh pergerakan gaji, tidak berhak mendapat apa-apa pergerakan gaji bagi tempoh dan sepanjang tempoh hukuman itu berkuatkuasa. Hukuman tangguh pergerakan gaji hendaklah mempunyai akibat-akibat yang berikut:-

a) Tarikh pergerakan gaji seseorang pegawai yang dikenakan ke atasnya hukuman, hendaklah diubah kepada tarikh pergerakan gaji paling hampir selepas habisnya tempoh hukuman.


159

b) Tarikh pergerakan gajinya hendaklah kekal pada tarikh yang diubah di bawah perenggan (a) sehingga pegawai itu mencapai tangga gaji maksimum bagi jadualnya.

6.4

PENURUNAN GAJI

Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh mengenakan suatu hukuman turun gaji ke atas seseorang pegawai mengikut peruntukan-peruntukan yang berikut:-

a) Gaji itu hanya boleh diturunkan secara mendatar dalam peringkat yang sama b) Penurunan gaji itu tidak boleh melebihi tiga pergerakan gaji c) Tempoh hukuman jyang dikenakan tidak boleh kurang daripada dua belas bulan tetapi tidak boleh melebihi tiga puluh enam bulan pada mana-mana satu masa.


160

Tarikh pergerakan gaji seseorang yang ke atasnya hukuman turun gaji dikenakan, hendaklah diubah kepada tarikh pergerakan gaji yang berikutnya selepas habisnya tempoh hukuman itu.

6.5

PENURUNAN PANGKAT

Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengenakan hukuman turun pangkat ke atas seseorang pegawai mengikut cara yang berikut:-

a) Dengan menurunkan gred pegawai itu kepada gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama. b) Dengan menentukan gaji pegawai itu pada suatu mata gaji dalam jadual gaji gred yang dikurangkan itu, adalah gaji yang lebih rendah tetapi paling hampir dengan gaji akhir yang diterima oleh pegawai itu sebelum hukuman dikenakan ke atasnya.


161

6.6

BUTIR-BUTIR KESALAHAN DAN HUKUMAN

HENDAKLAH DIREKODKAN

Tiap-tiap tindakan tatatertib yang diambil terhadap seseorang pegawai yang berkeputusan dengan suatu hukuman yang dikenakan ke atas pegawai itu di bawah peraturan-peraturan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai itu dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang dilakukan dan hukuman yang dikenakan.

7.

FUNGSI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Peraturan dan undang-undang terbentuk, yang mana berlaku sekatan pada setiap perlakuan mahupun tindakan seseorang yang bekerja di dalam sesebuah organisasi samaada institusi Kerajaan mahupun swasta. Fungsi peraturan dan undang- undang dalam organisasi adalah bertujuan untuk mendidik kakitangan di dalamnya supaya bersifat :

7.1 AMANAH


162

Amanah terhadap diri sendiri, seperti mana yang disebutkan bahawa diri manusia dan segala anggotanya adalah menjadi amanah Allah s.w.t. Akal, mata, telinga, kaki dan tangan menjadi amanah Allah. Setiap diri kita mempunyai tanggungjawab dan kewajipan dari segi rohaniah dan juga lahiriah. Begitu juga dalam sektor pekerjaan di dalam sesebuah organisasi, setiap pekerja hendaklah mempunyai sifat amanah dalam menjalankan tugas yang diberikan untuk

menjamin

kesempurnaan

pekerjaan.

(Ensiklopedia

Islam.1998: 114) Firman Allah s.w.t:‫يأيها الذين ءامنوا ال تخونوا هللا والرسول وتخونوا أمنتكم وأنتم تعلمون‬ Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu menghianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedangkan kamu mengetahui" (al-Anfal: 27)

Amanah bermaksud sesuatu yang diberi kepercayaan kepada orang lain untuk melaksanakannya. Orang yang tidak amanah dianggap telah melakukan satu pengkhianatan dan juga penipuan. Nilai amanah perlu ada pada setiap pekerja kerana tugas mereka adalah mengurus dan menjaga kepentingan

sesebuah


163

organisasi.

Dalam Agama Islam sangat mementingkan soal

amanah, dan menyerahkan amanah pada yang berhak. Firman Allah s.w.t:‫ان هللا يأمركم أن تؤدوا األمنت الى اهلها‬ Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya” (al-Nisa’: 58)

Hendaklah bersikap amanah dalam melaporkan dan merekodkan sesuatu seperti mana firman Allah s.w.t:‫يأيها الذين ءامنوا اذا تداينتم بدين الى أجل مسمى فاكتبوه وليكتب بينكم كاتب بالعدل‬ Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya, dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar” (al-Baqarah : 28 )

Dan hendaklah bersikap amanah dalam mengukur dan menyukat, firman Allah s.w.t:-


164

‫فأوفوا الكيل والميزان والتبخسوا الناس أشياءهم‬ Maksudnya: “Maka sempurnakanlah takaran dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang takaran dan timbangannya.” (al-A’raf :85)

Oleh yang demikian sudah jelas membuktikan bahawa sifat tidak amanah merupakan satu sifat yang dikeji dan dibenci Allah, agama dan masyarakat. Ciri-ciri orang yang bersifat amanah, antaranya ialah :

i.

Menggunakan masa sewaktu di pejabat dengan sebaikbaiknya

ii.

Membelanjakan harta awam mengikut peraturan-peraturan yang telah di tetapkan

iii.

Tidak melakukan penipuan, penyelewengan dan rasuah

iv.

Menyiapkan kerja dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Sebaliknya orang yang tidak amanah melakukan perkara-perkara berikut :

i.

Melakukan penipuan dan penyelewengan


165

ii.

Menyalahgunakan kuasa dan kedudukan

iii.

Cuai dalam menjalankan tugas

iv.

Menggunakan waktu bekerja untuk membuat kerja persendirian. (INTAN. 1994: 58-59)

7.2 BERTANGGUNGJAWAB

Tanggungjawab bermaksud melaksanakan tugas, kerja, yang telah diamanahkan. Sebagai contoh dalam perkhidmatan awam daripada peringkat bawahan hingga peringkat tertinggi mestilah mempunyai sikap bertangungjawab. Kejayaan mereka memikul tanggungjawab akan membawa kejayaan kepada perkhidmatan awam. Sebaliknya mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti termaktub dalam peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Antara

ciri-ciri

yang

dapat

menggambarkan

bertanggungjawab ini ialah:-

i.

Bersungguh- sungguh melaksanakan kerja

ii.

Melaksanakan kerja dengan sempurna

sikap


166

iii.

Rasa bersalah jikalau tugas yang dipikul tidak dapat di sempurnakan mengikut tahap piawai dan tempoh yang telah ditetapkan

iv.

Menjaga maruah agama, bangsa dan negara

Sebaliknya ciri-ciri yang menunjukkan seseorang itu kurang bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya ialah:-

i.

Tidak melaksanakan tugasnya dengan bersungguh-sungguh sehingga

orang

lain

terpaksa

membantu

untuk

menyempurnakannya. ii.

Hasil kerjanya di ragui dan tidak menepati tahap piawai yang di kehendaki

iii.

Tidak menyudahkan kerjanya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan

iv.

Tidak

berusaha

untuk

membaiki

mutu

kerjanya.

(INTAN.1994:60)

Adalah menjadi tanggungjawab kepada pekerja untuk menjalankan dan memikul amanah yang telah diberi. Dalam konteks ini juga seseorang perlulah bertanggungjawab dalam menjaga harta dan kemudahan yang disediakan oleh pihak


167

pengurusan pentadbiran. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Al-Tarmizi yang bermaksud: Di riwayatkan daripada Abdullah bin Omar yang berkata aku dengar dari Rasulullah s.a.w berkata: “semua kamu bertanggungjawab akan orang-orang di bawah jagaannya. Imam bertanggungjawag kepada rakyatnya. Seorang lelaki bertanggungjawab kepada ahli keluarganya. Isteri bertanggungjawab terhadap rumah tangga suaminya. Pekerja bertanggungjawab kepada orang-orang di bawah jagaan kamu.�

Berdasarkan kepada hadith diatas, jelas menunjukkan bahawa Islam sangat menitikberatkan tentang tanggungjawab. Oleh yang demikian setiap manusia harus bertanggungjawab di atas setiap tugas yang diprtanggungjawabkan. Ini membuktikan bahawa Islam begitu mengambil berat soal tanggungjawab dan kepimpinan. Pengabaian tugas-tugas tersebut bererti mengkhianati amanah tanggungjawab dan kepimpinan yang telah diberikan. (Kor Agama Angkatan Tentera, 1995: 38-39)


168

7.3 IKHLAS

Ikhlas bermaksud hati yang bersih, jujur dan suci. Jika seseorang itu ikhlas dalam kerjanya ia akan melaksanakan tugas tersebut dengan sempurna dan menghasilkan output yang memuaskan secara berterusan. Tanpa sifat ikhlas, seseorang itu sentiasa akan merungut, menyalahkan orang lain, menunujuk-nunjuk dan gagal melaksanakan tugas yang cemerlang secara berterusan. Seseorang yang bekerja kuat semata-mata untuk menerima kenaikan gaji melintang akan merosot prestasinya apabila ia telah berjaya memperolehinya. Manakala orang yang mempunyai sifat ikhlas, sentiasa bekerja keras untuk meningkatkan mutu kerjanya secara berterusan. Antara ciri-ciri pekerja yang ikhlas ialah:-

i.

Tidak menunjuk-nunjuk dalam melaksansakan tugas

ii.

Tidak memilih-milih kerja dan melakukan apa saja tugas yang telah di berikan

iii.

Melaksanakan sesuatu tugas tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, tanpa mengira waktu samada di pejabat atau selepas waktu pejabat.


169

Sebaliknya ciri-ciri pekerja yang tidak ikhlas dalam menjalankan tugasnya ialah;-

i.

Bekerja dengan tekun hanya di hadapan ketua dengan tujuan menunjuk-nunjuk.

ii.

Memilih kerja iaitu hanya melakukan kerja-kerja yang disukai oleh ketua, kerja-kerja yang akan membuatnya terkenal, untuk mendapat pujian atau kenaikan pangkat

iii.

Membuat kerja berdasarkan kepada tempat, masa, dan orang yang memberi arahan

iv.

Memberikan syarat tertentu jikalau kerja-kerja tersebut diluar dari kerja-kerja rutinnya. (INTAN.1994: 61-62) Orang yang tidak ikhlas dalam menjalankan kerjanya selalu

bermuka-muka dan gemar mengampu-ampu. Sesungguhnya orang yang bersifat sedemikian adalah berakhlak rendah.

Keikhlasan

seseorang

sebenarnya

melambangkan

keperibadian dirinya itu tinggi, sanggup melakukan sebarang tugas biarpun dia tidak pernah dan tidak mengetahui bagaimana caranya. Namun begitu berusaha untuk mencapai sesuatu kerja dengan sempurna adalah salah satu lambang keikhlasan tanpa sebarang rungutan mahupun sogokan. Malah berusaha untuk menghasilkan


170

produktiviti yang terbaik semata- mata kerana Allah dan bukan atas dasar pujian. (Kor Agama Angkatan tentera ,1995:11) Firman Allah s.w.t: ‫ومن أحسن دينا ممن اسلم وجهه هلل‬ Maksudnya: “Dan tiadalah orang yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah dengan ikhlas” (al-Nisa’: 125)

7.4

BERDEDIKASI

Berdedikasi bermaksud pembaikian seseorang bagi melaksanakan tugas dengan sempurna. Sikap berdedikasi sangat perlu dimiliki oleh semua pekerja dalam pekerjaan. Seseorang yang mempunyai sifat berdedikasi akan melaksanakan kerja tanpa mengharapkan sebarang tambahan upahan, ganjaran dan juga puji-pujian. Setiap tugas akan dilaksanakan dengan cepat, berkesan dan berkualiti. Seseorang yang mempunyai sifat berdedikasi juga akan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan dirinya dan bersedia menerima nasihat, teguran, dan tunjuk ajar. Sebaliknya pekerja-pekerja yang


171

tidak mempunyai sifat-sifat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya adalah seperti berikut:-

i.

Selalu mengelakkan diri daripada membuat kerja

ii.

Sentiasa meminta simpati dan pertolongan orang lain dalam melaksanakan tugasnya

iii.

Tidak dapat menyempurnakan tugas mengikut tempoh yang telah ditetapkan. (INTAN. 1994: 63)

Berusaha dalam memperbaiki diri dan menyerah sebulatnya kepada Allah tanpa mempunyai niat yang buruk serta bukanlah untuk mendapat perhatian orang lain terutamanya ketua, maka dengan ini Allah akan menilai mengikut niat yang baik akan dibalas setimpalnya di dunia mahupun di akhirat. Firman Allah s.w.t: ‫وعلى هللا فتوكلوا ان كنتم مؤمنين‬ Maksudnya: “Dan hanya kepada Allah hendaklah kamu bertawakkal jika kamu benar-benar orang yang beriman." (alMaidah :23)


172

7.5 BERDISIPLIN

Berdisiplin bermaksud patuh kepada peraturan-peraturan dan undang-undang. Pekerja yang disiplin adalah mereka yang mematuhi peraturan ,arahan dan undang-undang. Mereka juga sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama dan sentiasa menjaga imej dan maruah diri. Masyarakat yang mengamalkan budaya berdisiplin adalah masyarakat yang bertamadun tinggi dan dapat menghasilkan kerja yang cemerlang. Di antara ciri-ciri pekerja yang berdisiplin ialah :-

i.

Patuh dan taat kepada peraturan dan arahan

ii.

Berpegang teguh kepada ajaran agama

Sebagai contohnya, Dalam perkhidmatan awam mengapa perakam waktu (punch card) dibuat? Ini adalah salah satu tujuan mendisiplinkan pekerja mengikut waktu yang telah di tetapkan tanpa sebarang curi tulang, secara automatiknya pekerja tidak berpeluang untuk hadir lewat tanpa sebarang sebab yang munasabah, jika tidak mereka akan di kenakan tindakan tatatertib. Secara tidak langsung ianya menanam sikap berdisiplin dalam diri seseorang. (INTAN. 1994: 64-65)


173

7.6 BEKERJASAMA

Bekerjasama bermaksud saling tolong menolong antara satu sama lain, terutamanya bekerjasama dalam memberikan kebaikan kepada organisasi. Setiap pekerja mestilah mempunyai semangat kerja berpasukan. Nilai kerjasama ini dapat melahirkan suasana harmoni aman, gembira dan mengeratkan hubungan silaturrahim. Suasana demikian akan meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja. Menerusi sifat bekerjasama juga kerja yang berat akan dapat dijalankan dengan mudah dan pantas.

Tradisi dalam masyarakat tempatan serta agama Islam, sangat menggalakkan umatnya supaya bekerja dengan penuh muhibbah, kasih sayang dan menjalin kemesraan di antara pekerja dengan pekerja dan di antara pekerja dengan majikan. Banyak ayat dalam al-Quran menghuraikan kisah- kisah yang menunjukkan unsur bekerjasama dan tolong-menolong yang perlu di amalkan. (INTAN. 1994: 66-67) Firman Allah s.w.t:‫وتعاونوا على البر والتقوى وال تعاونوا على االثم والعدوان واتقوا هللا ان هللا شديد العقاب‬


174

Maksudnya:

“Dan

tolong-menolonglah

kamu

dalam

(mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu tolongmenolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran, dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksaanNya”(al-Maidah :2)

Firman Allah s.w.t: ‫والمؤمنون والمؤمنت بعضهم أولياء بعض‬ Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain”(al-Taubah :71)

Di antara ciri-ciri bekerjasama yang perlu ada pada setiap pekerja ialah :

i.

menjalankan tugas yang diamanahkan secara kolektif

ii.

menyedari bahawa idea-idea yang diperolehi secara berkumpulan adalah lebih bernas dan mantap dan jitu kearah mencapai kejayaan sesuatu organisasi

iii.

selalu merujuk atau mendapatkan pandangan rakan sejawat tentang perkara yang rumit. (INTAN. 1994: 66-67)


175

7.7 BERSIH

Bersih bermaksud kebersihan dari segi fizikal (misalnya diri, pakaian, kawasan persekitaran) dan juga kebersihan moral (hati, fikiran yang baik, jiwa yang murni dan tidak sombong). Kebersihan daripada aspek rohani akan menghindarkan seseorang daripada perasaan dengki, khianat, tamak haloba, dan sifat-sifat yang tercela. Di antara ciri-ciri bersih ialah :-

i.

Suka mengamalkan sikap bantu-mambantu dan tolong menolong antara satu sama lain.

ii.

Sentiasa menjaga kebersihan diri, pakaian yang kemas dan bersih ke pejabat

iii.

Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan sopan

iv.

Menjauhkan diri daripada perbuatan keji seperti rasuah dan pecah amanah.

Manakala ciri-ciri orang yang tidak bersih ialah:-

i.

Suka menuturkan perkataan yang kotor dan lucah.


176

ii.

Datang ke pejabat dalam keadaan diri yang tidak terurus seperti tidak bercukur, berambut panjang dan tidak bersikat, pakaian tidak bergosok dan kasut yang tidak digilap.

iii.

Melakukan penipuan dan rasuah.

Disini ditekankan sifat bersih itu dari segi perbuatan dalaman dan luaran, memelihara diri dari segala perlakuan buruk dan menjaga adab- adab pergaulan. Jika batiniah seseorang itu bersih maka akan lahirlah zahiriah yang sempurna dari pandangan mata manusia. (INTAN. 1994: 68-69)

7.8 TEKUN

Tekun bermaksud bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu tugas. Seseorang yang tekun akan dapat menyiapkan tugasnya mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pekerja yang tekun akan mengutamakan kepentingan tugas daripada kepentingan peribadi, sanggup berkorban masa dan tenaga untuk perkhidmatan dan sentiasa

meningkatkan

mutu

kecekapan

dan

produktiviti.

Ketekunan akan wujud kepada pekerja yang memberi penumpuan terhadap tugasnya dan tidak mengutamakan kepentingan diri. Oleh kerana itu setiap pekerja yang tekun dalam menjalankan tugas,


177

sentiasa berusaha supaya matlamat dan objektif yang telah dirancang akan dapat dicapai dengan jayanya. Mereka akan sentiasa suka kepada kerja tanpa rasa jemu dan kecewa, tanpa lalai dan leka. Mereka juga akan sentiasa berusaha mengatasi sebarang masalah dengan bersungguh-sungguh sama ada secara berseorangan dan berkumpulan. (INTAN. 1994: 70-71) Firman Allah s.w.t: ‫وأن ليس لالنسن اال ما سعى‬

Maksudnya:

“Dan

bahawasanya

seorang

manusia

tiada

memperoleh sesuatu, selain apa yang telah diusahakannya” (alNajm: 39)

Mengikut hadith Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi bermaksud:“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara ia melakukannya dengan tekun (memperbaiki dan mempertingkatkannya)”

Di antara ciri-ciri ketekunan ialah:-


178

i.

Mengutamakan kepentingan tugas daripada kepentingan diri supaya hasil kerjanya benar-benarsempurna.

ii.

Sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan untuk kemajuan negara.

iii.

Dapat meningkatkan mutu kecekapan dan produktiviti ke tahap yang cemerlang. (INTAN. 1994: 71)

Sebaliknya ciri-ciri orang yang tidak tekun dalam menjalankan tugas antaranya:-

i.

Bekerja sambil lewa dan tidak mementingkan kualaiti kerja.

ii.

Tidak sanggup bekerja lebih masa atau di luar waktu pejabat.

iii.

Tidak

berusaha

meningkatkan

mutu

kerja

dengan

menghadiri latihan. (INTAN. 1994: 72)

7.9 SEDERHANA

Kesederhanaan adalah sikap yang menentang akan sikap keterlaluan sama ada keterlaluan dalam menetapkan sesuatu peraturan perbelanjaan atau dari segi kelakuan seperti percakapan, pakaian, tindakan dan tingkahlaku. Agama Islam sangat


179

menggalakkan sifat sederhana seperti dalam ayat al-Quran, firman Allah s.w.t:‫ ان هللا ال يحب كل مختال فخور‬,‫وال تصعر حدك للناس وال تمش فى االرض مرحا‬ Maksudnya: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orangorang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Luqman: 18)

Antara sifat-sifat sederhana yang perlu diamalkan ialah:-

i.

Sedia menerima nasihat, cadangan dan pendapat orang lain.

ii.

Mudah memaafkan kesilapan orang lain.

iii.

Bijaksana dalam membuat pertimbangan dan keputusan.

Sebaliknya ciri-ciri orang yang tidak beersifat sederhana antaranya ialah:-

i.

Suka menonjol-nonjolkan diri dan suka menggunakan perkataan bombastik apabila bercakap.

ii.

Suka menunjuk-nunjuk kepandaiannya.


180

iii.

Berlebihan dalam berbelanja dan membazirkan harta awam. (INTAN. 1994: 73)

Mengikut kajian barat yang telah dilakukan oleh Shultz (1964), beliau mendapati bahawa pekerja yang berprestasi sederhana mampu memberi sumbangan yang signifikan sekiranya beliau diletakkan dalam situasi yang tepat. Antara contoh situasi yang tepat yang dimaksudkan ialah kumpulan kerja yang serasi, sistem komunikasi yang terbuka dan pengurus yang sedia membantu. Dalam hal ini keupayaan mereka untuk melakukan tugas yang diserahkan hendaklah dinilai dengan berhati-hati kerana mereka tidak sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tugas yang dilakukan. Kebiasaannya mereka hanya melakukan sebahagian kecil daripada keseluruhan kerja yang dilakukan, manakala lain-lain bahagian dipertanggungjawabkan kepada pihak lain. (Salaman dan Esland. 1980) Oleh itu, prestasi kerja mereka dipengaruhi oleh prestasi kerja pihak lain seperti lain-lain anggota kumpulan sekerja, penyelia, teknologi dan persekitaran, di mana mereka melakukan pekerjaan. Sehubungan dengan ini dalam menilai mereka, semua factor ini perlulah diambil kira dengan sewajarnya kerana ia turut mempengaruhi prestasi kerja pekerjapekerja berkenaan. Lebih-lebih lagi sifat sesuatu pekerjaan itu


181

sendiri yang lebih berbentuk satu penentuan awal yang menutup ruang budi bicara pekerja. Peraturan ini juga mampu memupuk sifat- sifat berikut:-

7.10 BERBUDI BAHASA

Berbudi mulia bermaksud tingkahlaku yang baik dan percakapan yang bersopan santun. Antara sifat-sifat berbudi mulia ialah peramah, memberi layanan yang baik, menuturkan kata yang sopan, berkelakuan yang menyenangkan dan suka menolong orang lain. Sesuatu masyarakat itu akan dipandang tinggi jika kebanyakan anggotanya berbudi mulia. Berbudi mulia sangat dituntut di dalam Islam dan ini dapat diperhatikan dalam ayat al-Quran, firman Allah s.w.t:‫ ان هللا كان على كل شىء حسيبا‬,‫واذا حييتم بتحية فحيوا بأحسن منها أو ردوها‬ Maksudnya: “Dan apabilakamu diberikan penghormatan dengan suatu ucapan (hormat seperti memberi salam) maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik daripadanya, atau balaslah dia dengan cara yang sama. Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (al-Nisa’: 86)


182

Berbudi mulia selalunya terpancar daripada sikap yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

i.

Bertutur dengan lemah lembut tetapi tegas.

ii.

Menberi layanan dengan wajah yang manis dan bersopan santun.

iii.

Bertindak dengan kelakuan yang menyenangkan

iv.

Bersedia membantu orang lain dengan tangan yang terbuka.

v.

Bertimbang rasa dan bertolak ansur.

Sebaliknya ciri-ciri orang yang tidak berbudi mulia antaranya melakukan tingkahlaku yang berikut:-

i.

Bertindak dengan cara yang kasar

ii.

Sentiasa menunjukkan muka yang masam dan bertutur dengan perkataan yang kurang menyenangkan.

iii.

Tidak memikirkan kesusahan orang lain. (INTAN. 1994: 74-76)


183

8. KESIMPULAN

Mana-mana organisasi pun di dalam dunia ini memerlukan peraturan dan undang-undang bagi memantau dan menyelia pergerakan kakitangan serta membantu melancarkan proses pentadbiran dalam organisasi. Kepentingannya didalam sesebuah organisasi adalah bertujuan untuk melahirkan nilai-nilai murni didalam setiap individu malah peraturan yang berlandaskan syariat amat penting kerana ianya bukan sahaja untuk kepentingan semua malah secara automatiknya ia mendapat keredhaan Ilahi. Jika dilihat perbezaan diantara yang mengamalkan peraturan dan undang-undang dengan yang tidak mengamalkannya, boleh mengakibatkan pelbagai permasalahan yang wujud serta timbul pelbagai gejala yang tidak sihat sebagai contoh, rasuah, tidak amanah, makan gaji buta dan sebagainya. Di sinilah pentingnya peraturan dan undang- undang bagi mengawal selia perjalanan organisasi dan kakitangan didalamnya.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.