Artikel 7 kajian kes saudara baru di daerah temerloh

Page 1

KAJIAN KES SAUDARA BARU DI DAERAH TEMERLOH Oleh; Razaleigh Muhamat @ Kawangit Abstrak Dilihat dari sudut fizikal, Saudara Baru sering menghadapi berbagai masalah dan cabaran dalam mengharungi hidup sebagai seorang Muslim. Masalah dan cabaran golongan ini seharusnya dikongsi bersama terutama oleh Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Daerah. Kertas kerja ini bertujuan melihat peranan dan perkhidmatan Jabatan Agama Islam Temerloh dalam menangani kes Saudara Baru. Melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Agama Islam Daerah ini, Saudara Baru boleh dibimbing dengan baik dan sempurna Kata Kunci: Kajian Kes, Daerah Temerloh, Saudara Baru, Cabaran, Permasalahan 2.1

PENGENALAN

Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) bertanggungjawab melaksanakan segala perkara yang bersangkutan dengan Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pahang Darul Makmur mengikut peraturan yang terkandung di dalam Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 (Enakmen No. 3 Tahun 1991) dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1987 (Enakmen No. 3 Tahun 1987). Seperti mana yang diketahui, Pejabat Agama Islam Daerah adalah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam. Pejabat Agama Islam Daerah meliputi tiap daerah bagi memudahkan masyarakat Islam untuk membuat rujukan, permohonan dan lain-lain urusan yang berkaitan. Di Pahang, Pejabat Agama Islam Daerah meliputi 14 daerah seperti. 1. Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan 2. Pejabat Agama Islam Daerah Pekan 3. Pejabat Agama Islam Daerah Rompin 4. Pejabat Agama Islam Daerah Muadzam Shah 5. Pejabat Agama Islam Daerah Maran 6. Pejabat Agama Islam Daerah Chenor 7. Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh 8. Pejabat Agama Islam Daerah Bera 9. Pejabat Agama Islam Daerah Jengka 10. Pejabat Agama Islam Daerah Raub 11. Pejabat Agama Islam Daerah Lipis 12. Pejabat Agama Islam Daerah Bentong 13. Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut 14. Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands


Bab ini juga akan mengupas latarbelakang Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh yang bermula dengan sejarah penubuhan, misi, visi, logo. Penulisan akan diteruskan dengan menyentuh aspek pentadbiran, perkhidmatan dan aktiviti yang dijalankan. 2.2

LATARBELAKANG PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH TEMERLOH

Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh adalah salah satu pejabat di bawah Jabatan Agama Islam Pahang yang mempunyai tanggungjawab dan peranan yang besar dalam merealisasikan visi, misi dan objektif JAIP ke arah menegakkan syiar Islam di Negeri Pahang Darul Makmur. Selaras dengan peranan JAIP, pentadbiran ini turut melaksanakan usaha yang berterusan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk mencapai hasrat JAIP ke arah pelaksanaan MS ISO 9001 : 2008 dan pelaksanaan 5S serta mendokong hasrat kerajaan iaitu “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”. Pejabat ini atau dikenali nama singkatnya, PAID Temerloh, yang diperkenalkan terlebih dahulu dengan nama Pejabat Qadhi Daerah Temerloh, telah diwujudkan sejak tahun 1924 dengan diketuai oleh Tuan Qadhi pertama iaitu Tuan Haji Ahmad bin Pilus. Pada masa peringkat awal penubuhannya adalah tertumpu kepada aspek pengurusan kekeluargaan orang Islam daerah Temerloh serta berkaitan dengan pengurusan keadilan dan kehakiman dalam masyarakat Islam. Maka dengan itu Qadhi juga merupakan Hakim Syarie. Pada tahun 1996 pertubuhan, perubahan nama dan fungsi Pejabat Qadhi kepada Pejabat Agama Islam Daerah dengan mengeluarkan fungsi kehakiman kepada Mahkamah Rendah Syariah Daerah Temerloh. Penghujung 2009, pengubahsuaian telah dilakukan bagi meningkatkan lagi taraf kondusif dan prasarana yang lebih memudahkan pelanggan. Antara prasarana baru di Pejabat Agama ini adalah memiliki bilik mesyuarat yang luas dan selesa, ruang kaunter yang menyeluruhi aspek keselesaan dan kekemasan, bilik pegawai yang mencukupi, sebuah bilik sisatan, dua buah bilik fail dan khidmat nasihat selain satu bilik untuk simpanan barang kes. 2.3

MISI ORGANISASI

“Melahirkan Ummah yang Beriman dan Bertaqwa melalui Pengurusan yang Berkualiti berlandaskan Al-Quran dan Sunnah” 2.4

VISI ORGANISASI

“Menjadi Istitusi Pengurusan Hal Ehwal Islam yang Terunggul Demi Kesejahteraan Hal Ehwal Ummah” 2.5

LOGO ORGANISASI

Pada asalnya Jabatan Agama Islam Pahang tidak mempunyai logo,akan tetapi ia mengambil daripada lambang negeri Pahang itu sendiri. Sila rujuk (www.facebook.com/note.php? note_id=176416819037551)


Makna mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran. Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyhur yang utama di Negeri Pahang. Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas. Gading yang bersilang di bawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar. Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah lembut. Simboliknya adalah bermaksud pemerintah memerintah negara tidak menggunakan kekerasan. "Ya La Tif" juga dijadikan azimat yang berguna 2.6

PENTADBIRAN ORGANISASI

Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab bagi melaksanakan segala perkara yang bersangkutan dengan Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pahang, khususnya di daerah Temerloh. Setiap penubuhan pastinya memerlukan organisasi dan struktur pentadbiran yang baik, cekap dan sistematik. Ini bertujuan untuk memastikan segala perlaksanaan tugas dan tanggungjawab dapat berjalan dengan mudah dan lancar. Manakala sesebuah organisasi diiktiraf sebagai organisasi Islam apabila beroperasi atas nama memperjuangkan dan menegakkan syariat Islam dan tidak memesongkan masyarakat daripada jalan Islam yang sebenarnya. Dalam Islam pembentukan organisasi merupakan aspek yang penting terutama dalam menegakkan dan mempertahankan Islam (Berhanurdin Abdullah 1997:8). Menyentuh soal pentadbiran pula, Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh mempunyai lapan bahagian yang merangkumi Unit Khidmat Pengurusan, Unit Dakwah, Unit Pembangunan Keluarga, Unit Penguatkuasaan, Unit Pendakwaan, Unit Pengurusan Masjid dan Surau, Unit Pendidikan dan Unit Penyelidikan. 2.6.1 Unit Khidmat Pengurusan Unit ini terbahagi kepada tiga, meliputi unit ICT, unit NCR, dan unit kewangan. Pentadbiran meliputi semua yang berkaitan dengan kewangan, pengurusan kakitangan bagi pembayaran gaji dan elaun, pembayaran bil-bil dan tuntutan serta menyelenggarakan inventori (stor). Unit ICT menyelia kemudahan komputer dan pencetak untuk keperluan semasa. Selain itu, memastikan Sistem Maklumat Perkahwinan Islam Pahang (SMPIP) berfungsi dengan baik. Disamping men’scan’ gambar untuk penyediaan kad nikah juga adalah tugas unit ini. Unit NCR atau Nikah, Cerai, Rujuk pula beroperasi di bahagian paling hadapan di pejabat ini iaitu di kaunter. Di kaunter, unit ini berperanan menyediakan permohonan


kebenaran berkahwin, pendaftaran perkahwinan, cerai, rujuk, dan khidmat nasihat. Unit ini juga membantu penyelesaian masalah-masalah yang berkaitan dengan hal-hal pembangunan keluarga terutama bagi rakyat beragama Islam di sekitar kawasan Temerloh. Manakala, bagi perjalanan unit terdapat beberapa peranan yang telah ditetapkan di dalam bahagian ini. Antara tugas-tugas dan peranan bahagian ini ialah menyediakan borang permohonan kebenaran berkahwin dan permohonan mendaftar perkahwinan dalam dan luar negeri selain urusan pendaftaran Nikah, Cerai dan Ruju’ yang melibatkan mencetak sijil-sijil serta kad nikah. Bagi pasangan suami isteri yang mempunyai masalah, unit ini bertanggungjawab menyediakan sesi khidmat nasihat untuk pasangan yang bermasalah. Bagi bakal pasangan suami isteri pula, unit ini menyediakan Kursus Pra Perkahwinan sebulan sekali, Sabtu dan Ahad, di Pusat Latihan Jaip berdekatan dengan Pejabat Agama Islam Pahang.

2.6.2 Unit Dakwah Unit ini memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi kefahaman Islam dan melahirkan sebuah masyarakat Muslim yang menghayati nilai-nilai Islam serta mentaatinya dengan cara yang sebenarnya mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah. Peranan unit ini adalah mengurus dan mengendalikan permohonan bagi mendapatkan tauliah mengajar dan kebenaran mengajar agama termasuklah permohonan berceramah, mengajar ilmu agama dan lain-lain. Unit ini berfungsi mengendalikan proses perlantikan guru agama sukarela, merekod latarbelakang individu dan melaksanakan pembahagian elaun tahunan kepada setiap yang berhak. Selain itu, ia berfungsi mengatur program-program ceramah sempena hari kebesaran Islam. Antaranya majlis kebiasaan yang diaturkan ialah Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Daerah Temerloh, Majlis Sambutan Maulidur Rasul, Majlis Isra’ Mikraj, dan Majlis Tahlil. Pengurusan pengendalian calon-calon qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran di Peringkat Saringan dan Daerah. Di samping itu, unit ini betanggungjawab ke arah melahirkan dan membentuk umat Islam yang berwawasan serta cemerlang tanpa mengira bangsa dan warna kulit seterusnya berdaya saing dengan bermatlamatkan mencapai keredhaan Allah dan kesejahteraan ummah. Unit ini begitu besar peranannya terhadap perkembangan Islam di daerah Temerloh. 2.6.3 Unit Pembangunan Keluarga (Undang-undang Keluarga Islam) Unit ini bertanggungjawab untuk mengadakan pertauliahan dan perlantikan bagi wali hakim di daerah Temerloh Pahang. Disamping mengadakan program-program yang berkaitan dengan pembangunan keluarga turut menjadi tanggungjawab unit ini dalam memastikan pembangunan keluarga harmoni untuk masyarakat Negeri Pahang. Selain daripada itu, unit ini juga berperanan untuk menyelesaikan masalah berkaitan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, mengurus mengenai Pentadbiran dan Pengurusan Bahagian Undang-Undang Syariah, mengurus dan merekodkan salinan sijil Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di daerah Temerloh, mengurus dan merekodkan


pendaftaran, mengurus Kursus Pra Perkahwinan di daerah Temerloh dan menyiasat aduan salah laku Wali Hakim. 2.6.4 Unit Penguatkuasaan Penguatkuasaan Pejabat Agama dikenali sebagai ‘polis agama’, bahagian penguatkuasaan berfungsi membanteras segala kemungkaran dan maksiat, serta perkara khurafat dan amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Bahagian ini bertanggungjawab menyiasat aduan sama ada diberikan, atau ditemui melalui media elektronik dan cetak. Rondaan di sekitar kawasan yang berpotensi menjadi sarang maksiat pula, menjadi satu rutin tiga kali seminggu bagi pihak penguatkuasa membasmi kegiatan jenayah syariah. Sekiranya mereka mendapat membuat tangkapan, orang yang ditangkap digelar OYDS (Orang Yang Di Syaki) dan mereka dibawa ke Pejabat untuk di soalsiasat, memberi nasihat, serta prosedur hukuman di atas kesalahan yang telah dilakukan. 2.6.5 Unit Pendakwaan Unit ini mempunyai kaitan dengan unit penguatkuasaan. Hal ini kerana, unit ini akan bertindak untuk mendakwa OKT (Orang Kena Tuduh) sebagai pesalah di Mahkamah. Unit ini pula saling berhubung dengan Mahkamah bagi menyediakan surat denda, saman, serta kertas pertuduhan untuk mendakwa OKT setelah tarikh perbicaraan ditentukan, mereka akan dibawa ke dalam kandang saksi, untuk membuktikan mereka bersalah atau tidak. Tugas pendakwa ketika ini adalah memberikan bukti-bukti serta fakta yang jelas tentang keadaan OKT semasa tangkapan dibuat. Mahkamah pula menentukan sama ada mereka bersalah ataupun tidak. Sekiranya mereka bersalah, mereka akan dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-dua sekali, mengikut kesalahan jenayah syariah yang telah dilakukan. Berikut merupakan senarai jenayah syariah yang beserta tindakan yang dikenakan di bawah Enakmen Pentadbiran agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987). Jadual 2.1: Senarai kesalahan jenayah syariah Seksyen 135

Nama kesalahan

Tindakan

Tidak sembahyang Jumaat

136

Meminum/Menjual/Membeli Minuman yang memabukkan

137

Tidak berpuasa di dalam Bulan Ramadhan ( termasuk menjual/membeli untuk di makan serta merta)

RM 500 atau 3 bulan penjara atau keduanya sekali. RM 5000 atau 3 tahun penjara atau keduanya sekali dan 6 sebatan. RM 500 atau 3 bulan penjara atau keduanya sekali. Kali kedua; RM 1000 atau 6 bulan penjara atau keduanya sekali.


139 144 145

146

147

149 150 155 156 157 158 159 160 161 162

163 164

Tidak menghiraukan hari kebesaran Islam

RM 2000 atau 1 tahun penjara atau keduanya sekali. Menghasut suami/isteri RM 1000 atau 6 bulan penjara atau keduanya sekali. orang Bercumbuan atau berkhalwat RM 1000 atau 6 bulan penjara atau keduanya sekali Kali kedua; RM 2000 atau 1 tahun penjara atau keduanya sekali. Zina RM 5000 atau 3 tahun penjara atau keduanya sekali dan 6 kali sebatan. Sumbang Lelaki ; RM 5000 atau 3 tahun penjara atau keduanya sekali dengan 6 kali sebatan. Perempuan ; RM 2000 atau 1 tahun penjara atau keduanya sekali. Zina dengan bukan Islam RM 5000 atau 3 tahun penjara atau kedua sekali dengan enam sebatan. Hubungan jenis antara RM 2000 atau 1 tahun penjara Perempuan atau kedua sekali. Tidak memberi kuasa kepada RM 300 Hakam Tidak melaporkan keluar RM 500 atau 3 bulan penjara atau Islam dari Mu’alaf kedua sekali. Memungut wang tanpa RM 2000 atau satu tahun penjara kebenaran majlis atau kedua sekali. Tidak menjalankan tugas RM 1000 atau 6 bulan penjara atau di bawah enakmen ini. kedua sekali. Memecahkan rahsia RM 1000 atau 6 bulan penjara atau mesyuarat majlis kedua sekali Mendirikan masjid dan RM 3000 atau 2 tahun penjara sembahyang Jumaat tanpa atau kebenaran majlis kedua sekali. Mengajar Agama dengan RM 1000 atau 6 bulan penjara atau tiada tauliah kedua sekali. Mengajar ajaran salah RM 5000 atau 2 tahun penjara atau kedua sekali atau 3 kali sebatan atau ketiga-ketiga sekali. Mengeluar/Menyiar RM 3000 atau 2 tahun penjara Menyebarkan Fatwa atau kedua sekali. Mencetak/Menerbit/ RM 2000 atau 1 tahun penjara Menjual/Mempamer/ atau Menyebar/Dokumen/Buku kedua sekali. Agama yang salah


165 166

167 168 169 170 171 172 173 174 175 176

Menyimpanbuku-buku, majalah dan lain-lain dokumen yang salah Mendakyah atau mengajar Agama lain kepada Orang Islam

RM 2000 atau 1 tahun penjara atau kedua sekali. RM 5000 atau 3 tahun penjara atau kedua sekali dan6 kali sebatan.

Menyalahgunakan ayat Quran dan Hadis Mengejek atau menyenda perbuatan yang berkaitan dengan agama Islam Menghina pihak berkuasa / Masuk pusat judi.

RM 1000 atau 6 bulan penjara atau kedua-dua sekali. RM 1000 atau 6 bulan penjara atau kedua-dua sekali.

Mencerca agama atau menghina syariat di dalam al-Quran. Tidak membayar zakat & fitrah. Enggan memberi tafsiran pendapatan Membayar zakat atau fitrah kepada bukan amil / bukan amil menerima zakat. Amil tidak menyerahkan kutipan. Menghasut / menghalang tidak melakukan ibadah atau membayar zakat. Melacurkan diri.

178

Suami memaksa, menyokong atau membiarkan isteri melacurkan diri. Isteri melacurkan dirinya.

179

Melarikan anak dara.

180

Anak dara lari dari jagaan ibubapa / penjaga.

181

Menjual atau memberi anak kepada bukan Islam.

182

Melarikan isteri orang.

177

RM 2000 atau 1 tahun penjara atau kedua sekali. RM 3000 atau 2 tahun penjara atau kedua sekali. RM 1000 atau 6 bulan penjara atau kedua sekali. RM 1000 atau 6 bulan penjara atau kedua sekali. RM 2000 atau 1 tahun penjara atau kedua sekali. RM 1000 atau 6 bulan penjara atau kedua sekali. RM 1000 atau 6 bulan penjara atau kedua sekali. RM 4000 atau 2 tahun penjara atau kedua sekali. RM 4000 atau 2 tahun penjara atau kedua sekali dan 6 kali sebatan. RM 4000 atau 2 tahun penjara atau kedua sekali. RM 2000 atau 1 tahun penjara atau kedua sekali. RM 1000 atau 6 bulan penjara atau kedua sekali. RM 4000 atau 2 tahun penjara atau kedua sekali. RM 4000 atau 2 tahun penjara atau kedua sekali.


183

Mendedahkan tubuh di khalayak ramai.

RM 1000 atau 6 bulan penjara atau kedua sekali.

184

Menjatuhkan maruah (memeluk/mencium bukan mahram di khalayak ramai)

RM 1000 atau 6 bulan penjara atau kedua sekali.

185

Mengaku keluar Islam / bukan Islam.

RM 5000 atau 3tahun penjara atau kedua sekali dan 6 kali sebatan.

186

Bersubahat

187

Kesalahan yang tidak dinyatakan hukuman. Jumlah kesalahan : 43

Sama hukuman dengan kesalahan tersebut. RM 500 atau 3 bulan penjara atau kedua sekali.

Sumber: Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh 2.6.6 Unit Pengurusan Masjid dan Surau Unit ini bertanggungjawab membuat permohonan membina Masjid dan Surau bagi kampungkampung yang baru dibuka dan kampung-kampung yang sering mengalami kerosakan serta keuzuran surau atau masjid. Di dalam urusan menentukan arah qiblat bagi masjid atau surau yang baru dibina juga menjadi tanggungjawab pihak pengurusan masjid dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Pahang. Permohonan-permohonan untuk mendapatkan kemudahan tanah perkuburan, rizab tanah, ataupun permohonan peruntukan untuk kemudahan infranstruktur masjid atau surau juga mestilah melalui pihak pengurusan masjid dan dipanjangkan kepada Jabatan Agama Islam Pahang di Pekan, atau di Majlis Ugama Islam Pahang juga di Pekan untuk menyediakan peruntukan dari segi kewangan. Disamping juga, memastikan fungsi masjid berjalan seperti terkandung di dalam Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1991. Tempat orang Islam beribadah terutamanya mendirikan solat jumaat dan solat-solat yang lain. 1.

Tempat mengadakan pendidikan Agama Islam dan pendidikan yang memberi faedah kepada ahli qariah yang beragama Islam. 2.

3.

Tempat mengadakan sesuatu majlis perayaan yang berkaitan dengan Agama Islam.

Tempat mengadakan syarahan atau ceramah agama oleh pensyarah atau penceramah yang dibenarkan oleh MUIP, JAIP atau PAID mengikut mana yang berkenaan. 4.

5.

PAID.

Pusat penyebaran dakwah, maklumat, peraturan dan arahan daripada MUIP, JAIP atau


Tempat mengadakan mesyuarat atau perjumpaan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kegiatan agama. 6.

Lain-lain fungsi yang berkaitan dengan kegiatan Agama Islam sebagaimana diluluskan oleh MUIP dari semasa ke semasa. Selain itu juga ada antara program yang biasanya di anjurkan oleh pihak pengurusan masjid antaranya, program pengimarahan Masjid / Surau, bengkel, kursus dan bimbingan yang berkaitan dengan pengurusan masjid serta menyemak kembali permohonan erlantikan pegawai-pegawai dan Ahlijawatankuasa (AJK) Masjid dan Surau khususnya. 7.

2.6.7 Unit Pendidikan Peranan unit ini adalah merancang secara sistematik pendidikan Islam kepada anak-anak orang Islam di daerah Temerloh mengikut dasar yang ditetapkan oleh kerajaan Negeri dan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Pahang. Unit ini pengkhususan penyeliaan dan pengurusan KAFA (Kelas Agama Fardhu Ain) Antara tugas penyelia KAFA adalah mengawal dan selia aktiviti guru-guru KAFA. Seperti persatuan guru-guru KAFA peringkat daerah Temerloh, mereka terbabit untuk menyelia dan menjadi penasihat dalam kalangan jawatankuasa persatuan guru-guru KAFA. Selain itu, mereka perlu mengadakan keperluan asas bagi KAFA seperti buku-buku untuk dipelajari dan tenaga pengajar yang mencukupi. Unit ini bertanggungjawab memantau tempat belajar KAFA dan guru-guru KAFA serta memastikan keselamatan dan kemudahan mencukupi juga menjadi tanggungjawab pihak penyelia demi menyediakan suasana kondusif bagi pelajar dan guruguru. Selain itu, ia berperanan membantu dan membimbing Guru KAFA ini serta merancang dan menguruskan kursus-kursus kepada guru-guru di seluruh kawasan daerah Temerloh ini. Penyelia KAFA ini membantu guru-guru daripada segi memastikan borang laporan mengajar kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) sampai ke Pejabat Agama Islam Daerah sebelum 5 haribulan di bulan berikutnya. Setelah itu, penyelia menghantar ke Bahagian Pendidikan JAIP sebelum 10 haribulan berikutnya. 2.6.8 Unit Penyelidikan Unit ini menyediakan maklumat lengkap tentang Islam untuk kegunaan pengurusan dan perancangan PAID dan juga untuk kemudahan masyarakat di daerah Temerloh Pahang dalam memahami ajaran Islam yang sebenar. Ia turut memberi khidmat dalam menyelaraskan semua maklumat berkaitan Islam di bawah satu sistem yang lengkap dan terkini. Bahagian ini juga sentiasa prihatin terhadap ajaran yang menyeleweng dan meragukan dengan membuat kajian dan penyelidikan dari masa ke semasa. Selain itu unit ini juga bertanggungjawab dalam pengurusan permohonan sijil halal makanan dan membuat pemeriksaan disetiap premis yang memohon sijil halal. Namun demikian, di Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh, tidak mempunyai pegawai yang bertugas


di Unit ini, tetapi, permohonan mereka tetap boleh dibuat di Pejabat ini seterusnya akan diproses di Jabatan Agama Islam Pahang untuk tindakan susulan. 2.7

PERKHIDMATAN PAID

Merujuk laman wed www.jaip.pahang.gov.my, Bidang tugas perkhidmatan Pejabat Agama Islam adalah pelbagai. Antaranya adalah:

1. Mengeluarkan kebenaran berkahwin bagi pemohon yang ingin berkahwin di dalam dan di luar daerah 2. Mengeluarkan Surat Perakuan Nikah bagi pasangan yang telah berkahwin dan mendaftar perkahwinan mereka di PAID 3. Mengeluarkan Surat Perakuan Cerai bagi pasangan yang telah mendaftarkan perceraian mereka di PAID 4. Mengeluarkan Surat Perakuan Ruju' bagi pasangan yang telah mendaftar ruju' mereka di PAID 5. Memberi khidmat nasihat rumahtangga / keluarga

kepada

pelanggan

yang

menghadapi

masalah

6. Membuat siasatan dan tangkapan jenayah syarie ke atas setiap aduan 7. Menyediakan kursus pra-perkahwinan kepada pasangan yang hendak berkahwin 8. Menyediakan perkhidmatan sewa van jenazah mengikut peraturan yang ditetapkan 9. Mengadakan ceramah agama mengikut jadual aktiviti dakwah yang ditetapkan 10. Memberi perkhidmatan menentukan arah kiblat 11. Menyediakan kelas-kelas KAFA 12. Membuat pendaftaran Sekolah Agama Rakyat

13. Membuat pendaftaran saudara baru (muallaf) 14. Menyediakan perkhidmatan banci penduduk Islam 2.8

PIAGAM PELANGGAN PAID


Merujuk laman web www.jaip.pahang.gov.my, Pejabat Agama Islam beriltizam memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam : 1. Menerima dan menyelesaikan Aduan Kekeluargaan Islam dalam masa 1 bulan 2. Menyiapkan Sijil Nikah, Ruju' dan Cerai dalam masa 1 bulan selepas menerima permohonan mendaftar 3. Mencari dan menyiapkan salinan Sijil Nikah, Ruju' dan Cerai dalam masa 1 minggu selepas menerima permohonan 4. Mengeluarkan surat kebenaran berkahwin untuk lelaki dan perempuan dalam masa 1 minggu 5. Menerima dan menguruskan kemasukan Islam seseorang serta menguruskan kebajikan mereka dalam masa 3 bulan 6. Mengeluarkan kebenaran mengajar dan penceramah Agama dalam masa 1 minggu selepas menerima permohonan 7. Menentukan arah kiblat bagi tempat ibadah dan tempat yang difikirkan sesuai dalam masa 1 minggu 8. Membuat penyiasatan kes jenayah dalam masa 1 bulan untuk dibawa ke Mahkamah Syariah 9. Menyiapkan dan menghantar apa-apa laporan ke Jabatan Agama Islam Pahang dan mana-mana Jabatan dalam masa 2 minggu 10. Memproses borang permohonan membaiki Masjid dan Surau serta menghantarnya ke Jabatan Agama Islam Pahang dalam masa 2 minggu 11. Menyiapkan dan memeriksa laporan tuntutan mengajar Kelas Fardhu Ain, Kelas AlQuran Kanak-Kanak dan Takmir Masjid/Surau dalam masa 15 hari 12. Memberi kebenaran menggunakan kereta jenazah dalam masa 1 jam selepas menerima permohonan 2.9

KESIMPULAN

Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh memainkan peranan yang sangat penting kepada pembangunan umat Islam. Pejabat Agama Islam juga adalah melaksanakan arahan dan peraturan-peraturan Jabatan Agama Islam Pahang bagi memastikan objektif jabatan dapat


dilaksanakan dengan jayanya. Peranan Pejabat Agama Islam sebagai medan menegakkan syiar Islam yang mencakupi segenap aspek kehidupan umat Islam iaitu aspek kebajikan, pendidikan, perundangan, perkahwinan, penceraian dan rujuk. Selain daripada itu, Pejabat Agama Islam turut memberi perhatian kepada pembangunan dan pengukuhan pegangan agama di kalangan saudara baru. Oleh yang demikian, Pejabat Agama Islam sebuah badan kerajaan yang sentiasa maju ke hadapan dalam membina dan membangun umat Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

RUJUKAN Al-Quran Abdul Aziz Mohd Zin. 1997. Pengantar Dakwah Islamiyyah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Abdul Ghafar Haji Don & Zulkiple Abd. Ghani. 2009. Dakwah Kepada Non Muslim di Malaysia: Konsep, Metode dan Pengalaman. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdul Karim Zaidan, Dr. 1988. Dasar-dasar Ilmu Dakwah. Terjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Islam Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2008. Dakwah Masyarakat Orang Asli Negeri Pahang. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd. Berhanuddin Abdullah. 1993. Pengurusan Pentadbiran Organisasi Dakwah di Malaysia. Tesis Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku Panduan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Temerloh Pahang. Ensiklopedia Islam. 1998. Jld 7. Kuala Lumpur: Pustaka Jilid Sdn Bhd. Ibnu Saad. 1980. al-Tabaqat al-Kubra’. Beirut: Dar al-Fikr Kamus Dewan. 2002. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pusataka. Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Inggeris-Melayu Melayu- Inggeris. 2004. Ed. Ke-3 Selangor: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Ku Md Ali b. Hj. Ku Ramli. 1997. Dakwah Kepada Saudara Baru: Satu kajian Mengenai Pendekatan Dalam Aspek Bimbingan dan Kebajikan. Tesis. Universiti Kebangsaan Malaysia. Laman Web Rasmi Jabatan Agama Islam Pahang. 2011. www.jaip.pahang.gov.my Muhammad bin Ali al-Shawkani. 1973.Fath al-Qadir. Beirut: Dar al-Fikr Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Bt Abdullah @ Tan Ai Pao. 2009. Cabaran Psikologi Saudara Baru: Kajian di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Tesis. Universiti Kebangsaan Malaysia. Nur Kareelawati Abd Karim.2002. Metodologi Dakwah Kepada Saudara Baru: Kajian Khusus di Darul Arqam, Singapura. Tesis. Universiti Kebangsaan Malaysia. Oxford Advanced Learner’s Dictionary. 2000. Ed Ke-7. London: Oxford University Press. Rohani binti Abdullah. 2011. Pengerak Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh. Temu bual, 2 Februari. Rosmani binti Hussin. 2004. Modul Bimbingan Saudara Baru: Kajian di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK). Tesis. Universiti Kebangsaan Malaysia. Said Ramadan Buti.1980. Fiqh al-Sirah. Beirut : Dar al-Fikr


Syamsul Bahri Andi Galigo. 2006. Anjakan Paradigma Dakwah Dalam Menghadapi Pelampau Agama. Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). Negeri Sembilan. www.facebook.com/note.php?note_id=176416819037551 Yusuf al-Qaradawi. 1982. al-Sahwah al-Islamiyyah. Qatar: Risalah al-Mahakin al-Shariyyah wa al-Shuun al-Diniyyah.


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.