IKATAN Edisi September 2012

Page 1

Mengubah Paradigma Pemikiran Mahasiswa Mesir

Menurut ilmu psikologi dan pembangunan sumber manusia, perbuatan dan tindakan manusia didorong oleh dua perkara. Yang pertama, kepercayaan dan ideologi yang dimiliki seseorang. Di dalam Islam, ia lebih dikenali sebagai 'aqidah. Yang kedua, nilai dan prinsip yang dipegang dan dianggap penting dalam hidup seseorang. Ini lebih dikenali di dalam Islam dengan apa yang disebut sebagai akhlaq. Hasil adunan kedua-dua ini akan membentuk paradigma atau tasawwur di dalam seseorang terhadap dunia,hingga lahirlah kemudiannya segala tindak-tanduk dan cara hidup. *** Mahasiswa dan mahasiswi Mesir membanjiri perlembahan Nil saban tahun, sejak awal kurun ke-20 lagi. Generasi demi generasi datang berduyun-duyun dengan hajat menimba ilmu di bumi yang penuh dengan suasana yang tersendiri, dan asing di sisi bangsa Melayu. Generasi awal dari Tanah Melayu yang datang ke bumi Anbiya' ini membina sejarah dan legasi mereka yang tersendiri. Penilaian dan pemerhatian mereka kepada

suasana yang mengelilingi mereka pada zaman itu, membawa mereka kepada beberapa usaha penting di sisi mereka, dengan niat ingin membina suasana saling membantu dan persaudaraan yang tinggi di kalangan semua bangsa Melayu yang ada pada ketika itu. Atas dasar dan semangat persaudaraan ini, serta ruh keterikatan dan kesatuan yang ada di jiwa, mereka dirikan badan yang mampu memenuhi hasrat tersebut. Satu-satunya badan, pada ketika itu, yang wujud sesuai dengan kecilnya bilangan mereka, yang berusaha memelihara keterikatan hati dan sifat saling membantu di kalangan para penuntut ilmu, khususnya di Al-Azhar. Zaman demi zaman berlalu. Generasi yang dahulu membuka jalan menuntut ilmu di Al-Azhar, kini sudah mula menghantar generasi cucu mereka pula menimba di telaga yang pernah mereka timba dahulu. Demi meneguk siraman ilmu yang sama yang pernah mereka rasai dahulu. Cuma bezanya kini, di zaman cucu mereka, penuntut dan penimba ilmu sudah berpuluh kali ganda

ramainya. Berkat doa mereka inginkan zuriat yang berilmu, maka Allah alirkan generasi cucu-cucu mereka yang berbondong-bondong berasak di bangku ilmu, di Mesir ini. Selari dengan fitrah manusia yang pelbagai rencah dan kerenahnya, pertambahan penuntut di bumi Mesir membawa satu suasana yang baru dan tersendiri, ditambah pula dengan para penuntut ilmu perubatan yang tidak pernah putus dihantar ke sini. Gerombolan penuntut ilmu baru ini mencipta satu suasana baru yang tersendiri, yang jauh berbeza dengan suasana datuk dan ne-

...Bersambung di m/s 3


Banyak perkara yang berlaku dan berlalu dalam sekitar sebulan ini. Walaupun Hari Merdeka berada dalam bulan Ogos, tetapi saya jangka semangat panasnya pasti berlegar pada bulan ini, khususnya dalam diri mahasiswa Mesir. Ditambah dengan seri Syawal, amalan puasa enam, kunjung mengunjung dan rumah terbuka turut menghiasi bulan September ini. Namun tidak dilupakan juga beberapa tarikh penting seperti peringatan 11 september 2001, Pembunuhan Shabra shatilla (16-18 september) dan sambutan Hari Malaysia yang juga pada 16 September. Moga sidang pembaca siswa dan siswi cakna dengan keadaan sekeliling samada isu tanah air kita, mahupun dunia islam di luar sana.

Bagi ISMA-Mesir, bulan ini ada keistimewaan yang tersendiri. Dua tokoh ISMA hadir bertujuan melawat ISMA Mesir iaitu Exco Tarbiyyah ISMA pusat, Ustaz Rusdi Alias dan juga Dr. Aznan Hasan yang merupakan Yang Dipertua Majlis Ulama ISMA (MUIS). Kehadiran mereka menambahkan lagi semangat ahli-ahli ISMA untuk terus berada dalam tarbiyyah dan bersungguhsungguh dalam pelajaran samada jurusan pengajian islam atau perubatan. Kami di ISMA Mesir juga ingin mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru dan berharap anda semua berani dan tabah dalam menghadapi ujian di bumi mesir ini. Teruskan bersama kami dan layari ismamesir.com untuk maklumat lanjut!

Siapa nama kamu?

‫اسمك ايه؟‬

Berapa umur kamu?

‫عندك كم‬

Kamu tinggal di mana?

‫انت ساكن‬

Apakah warganegara kamu? Kamu tinggal bersama siapa? Bagaimana kehidupan kamu?

‫سنة؟‬

‫فين؟‬ ‫جنسك ايه؟‬ ‫ساكن مع‬ ‫مين؟‬ ‫انت عملت ايه؟‬


Sambungan dari m/s 1... nek mereka di Mesir dahulu, yang kecil bilangannya, dan sedikit pula ragamnya. *** Imam Ibnu Al-Qayyim, ulama' ulung Islam satu masa dahulu, pernah menyebut di dalam kitabnya I'lam Al-Muwaqi'in : "Sesungguhnya Syariah ini terbina atas asas hikmah dan kemaslahatan hamba." Kata-kata beliau ini menjadi petunjuk penting tentang satu hakikat di dalam Syariah yang asasi, iaitu kemampuan Syariah untuk berkembang dan berubah (pada yang boleh berubah) sesuai dengan perubahan zaman dan perkembangan situasi semasa. Ini dinyatakan dan ditekankan dengan jelas oleh Dr Yusuf Al-Qardhawy di dalam bukunya Madkhal Li Dirasah Syariah Islamiah di dalam bab 'Perubahan fatwa menurut perubahan zaman, tempat, dan situasi'. Sifat fleksibel, mampu berkembang, dan sentiasa memelihara faktor kesesuaian situasi inilah yang memungkinkan Islam sentiasa membawa kebahagiaan di dalam hidup para Muslim di dunia ini. Malangnya, di bumi Mesir, di bumi ilmu berkaitan Syariah luas diajar dan dibincangkan, sifat penting Syariah ini tidak pula dihayati dan dijiwai para penuntut ilmu yang datang dari Malaysia. Keghairahan aktivisma dan keasyikan membina bakat kepimpinan, sering kali mengakibatkan sifat penting Syariah ini tidak sedaya upaya dijiwai serta diaplikasikan dalam kehidupan serta pengurusan seharian. Hilanglah hikmah dan kemaslahatan yang dipelihara oleh Islam, dan hilanglah kebahagiaan yang sepatutnya. Bumi Mesir yang luas dan kaya dengan ruang untuk semua mahasiswa disempitkan dimensinya. Pintu-pintu ker-

jasama dan perbincangan yang amat disaran di dalam Islam, tidak diusahakan untuk dibuka, malah dengan selesa dibiarkan tertutup sahaja. Tiadalah yang rugi melainkan yang tidak menghayati ruh perubahan, ruh keterbukaan, serta ruh keanjalan, yang terpasak padu di dalam inti Islam dan Syariah sendiri. *** Masyarakat Malaysia sedang melalui fasa-fasa perubahan yang besar. Rakyat Malaysia semakin terdedah kepada pelbagai perkara, secara positif dan negatif. Ini bererti, cabaran bagi mereka yang berada di Mesir, khususnya yang mengambil jurusan pengajian Islam, semakin berat. Kerja mendidik dan memahamkan rakyat terhadap Islam di Malaysia bakal menjadi lebih rumit dan menduga. Di dalam arus dan suasana yang sebegini, mahasiswa yang diperlukan hanyalah mahasiswa yang mampu berkata seperti yang diajar oleh Al-Quran : " Katakanlah (hai Muhamad) : Inilah jalanku, aku menyeru manusia kepada Allah berdasarkan keterangan yang jelas dan nyata..." (Yusuf : 108) Mahasiswa yang mampu membawa ajaran dan seruan di atas basiirah kefahaman yang jelas, tepat, dan sahih tidak akan mampu muncul dan lahir dalam suasana yang masih berpegang kepada fahaman lapuk, fahaman yang diwarisi, dan fahaman yang statik. Hal ini juga jelas dikritik oleh Al-Quran :

" Dan apabila dikatakan kepada mereka : Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada Rasul-Nya, mereka menjawab : Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati dari apa yang datuk nenek kerjakan. " (AlMaidah : 104) Ketidakmahuan berfikir, kegagalan mengubah paradigma, dan selesa dengan taklid serta kefahaman 'ikut-ikutan' tidak akan membawa mahasiswa ke manamana. Lebih teruk, mahasiswa begini jika pulang kelak ke tanah air, lebih banyak mudarat yang dibawa berbanding manfaat yang dinanti-nantikan seluruh warga Malaysia. *** Mana-mana pakar motivasi dan pembangunan manusia bersetuju di atas satu perkara : Hasil yang baru, sama sekali tidak mungkin diperolehi, dengan hanya menggunakan kaedah yang lama. Seruan anjakan paradigma serta meluaskan hati dan pandangan minda, bukan lagi satu seruan yang hanya sekadar manduub atau sunat sahaja. Ia merupakan kewajipan semasa, dan seharusnya difikirkan dan direnungkan oleh semua mahasiswa Malaysia di bumi Mesir ini, demi kemaslahatan bangsa, negara, dan agama.

Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim Kuliah Syariah Tahun 4 Universiti Al-Azhar, Kaherah


Mujur Allah mencipta bulu mata, jika tidak pastilah berparut korneanya diguris pepasir.

Mengimani pertemuan kembali di syurga yang kekal tidak menjadikan perpisahan ini manis. Tetap perit. Apalagi jika harus mengorbankan perasaan orang yang tersayang. Mengorbankan perasaan sendiri mungkin tidaklah seperit itu. “Setelah setahun berlalu, aku tidak tahu lagi untuk menangis. Yang ada hanya rintihan-rintihan bisu bagai gelombang kecil bersembunyi di dasar lautan yang ada masa -masanya tiba-tiba mengganas bak tsunami. Di waktu itu tiada lagi esak tangis bahkan sedu-sedan yang tak tertahantahan. Aku akan tergagap-gagap menyusun bicara. Bibir bawah digetap untuk menyembunyikan getar di kerongkong sedang pipi terus dibanjiri air mata.”

Betapa perjuangan ini memerlukan lebih daripada hanya kata-kata. -Ummu Musaab, IUG2012 Umairah terjelepok ke tanah. Cuba menelan ayat yang teramat pahit itu. Cuba menenangkan diri dengan mengandaiandaikan dirinya adalah jelmaan Musaab bin Umair yang kacak. Muhajir terawal ke Madinah, kalau boleh digelarkan begitu. Belum ada arahan hijrah secara langsung daripada Allah, tetapi arahan daripada Rasulullah untuk pulang ke Madinah bersama penduduk Yathrib selepas perjanjian Aqabah I. Menjadi duta yang mengetuk pintu hati ahli Yathrib. Angin musim sejuk bertiup kasar, menghulur salam pertemuan.

Beza antara dia dan hanya dia wanita dan jejaka. Musaab adalah Nabi. Wajar dia sehebat bat. Aku tak mampu!

Musaab bukan Musaab adalah pemuda pilihan itu. Aku tak he-

“Bukankah aku juga pilihan? Pilihan Allah. Jika tidak, takkan aku masih di sini menghirup bayu bumi Solahuddin,” bisik jiwa besarnya. Umairah membuka sneaker biru mudanya yang dibanjiri pasir. Membalikbalikkan. Pasir-pasir halus terbang keluar. Habaan mansura. Debu-debu yang berterbangan. Umairah tak sanggup menggadaikan tiketnya ke syurga. Amalamalnya bagaikan debu. Apa patut kini dia menyiakan peluang yang hadir sekali seumur nafas? Panggilan ke Malaysia semalam benarbenar menyesak nafas. “Baliklah Maia. Ummi bukan sihat sangat. Balik!” ringkas kata-kata Insyirah sebelum talian mati. Talian internet putus. Entah buat ke berapa kali hari ini. Bersama matinya talian penghubung itu dikuburkan juga air mata ke lantai meja bagi menyisih resah menggunung di dada. Andai Insyirah tahu, pilihannya tidak semudah itu. Perjalanan masuk memakan masa berminggu-minggu. Masih Umairah sabar berulang-alik ke pejabat kedutaan. Penahanan berjam-jam di pintu masuk Rafah bertemankan isy baladi sematamata untuk menjaga pengaliran wang

keluar. “TIADA BAJET PULANG,” begitu dicoret dalam diari kecilnya setiap hari. Motivasi diri! Jika hanya sebelah kaki dihulur ke luar sempadan sekalipun, dia bakal mimpi siang seumur hidup untuk kembali berbakti di situ lagi. “Maia, ni ummi nak cakap.” “Ummi.” Umairah memandang sayu lapangan Islamic University Ghaza (IUG). Universiti termuda antara 8 universiti di sekitar Ghaza ini menampung kira-kira 20,000 mahasiswa dan mahasiswi. Sayap timurnya hancur kesan amukan Zionis yang tak pernah surut dendam. „Ah, masih berbaki 3 bulan!‟ Umairah sedang mengusahakan sistem perpustakaan baru buat institut pengajian tinggi ini setelah hancur dalam serangan Zionis pada tahun 2009. Mengumpulkan bahan yang sedia ada, membawa masuk bahan dari luar dan menyusun atur. Sepenuh daya. IUG yang hampir lumpuh menelan kira-kira USD35 juta untuk proses membaik pulih. Makmal kejuruteraan dan bioperubatan yang telah musnah pasti diberi tempat duduk yang lebih utama. Maka, sistem sumber ilmu ini terpaksa dianak tirikan buat sementara waktu. . Melainkan jika ada yang suka dan rela membantu. Tiada sistem kod elektronik seperti di Malaysia. Segalanya manual. Sekurang-kurangnya buat masa ini. Umairah mengetuai sekumpulan anak


lam lemah, tetapi sebenarnya mereka silap, kerana setelah kesyahidannya telah lahir ramai „beliau‟ yang baru, malah lebih hebat lagi!

muda dari Malaysia yang secara sukarela menawarkan diri untuk membangunkan sistem sumber ilmu di IUG ini. Kerja mereka tidak kompleks, tidak hebat. Hanya mereka ini darah muda yang beriman dengan sabda baginda ar-Rasul.

Beliau adalah ‘Sang Jurutera’ AlQuds - Yahya Ayyash

“Sebaik-baik daripada kamu, yang bermanfaat untuk orang lain.” Mereka pegang utuh pada hadis menyedekahkan sendi-sendi di jalan Allah. Mereka ingin memanfaatkan diri menjadi aset umat, bukan liabiliti. “Achoo!” Umairah mengesat hujung matanya yang berair. Alergi. Umairah alah pada udara lembap Malaysia. Umairah mengesat lagi hujung matanya. Makin deras, makin lebat. Bercampur baur antara kesedihan meninggalkan IUG dan bimbang rintangan yang menanti di hadapan. Akhirnya, sireh pulang ke gagang. Belut pulang ke lumpur. Azimat nafi‟un lighayriha akan bertebaran di bumi pendekar. Pendekar beriman itulah mujahid. Umairah membayangkan sentuhan-sentuhan yang bakal menghidupkan jiwa anak singa yang telah lama menjadi kijang. Lalu singa-singa ini meneruskan legasi sentuhan keramat warisan ar-Rasul. Ini manfaat terbesar buat umat yang sedang sakit. Bahkan mungkin lebih besar daripada jerih payah merentas sempadan Rafah. “Satu rijal seribu umat, darah pahlawan ku genggam azimat, diriku manfaat dan aset umat, akan aku hantar lebih ramai pendekar ke sana!”

Amirah Binti Jalil Kuliah Perubatan Tahun 6 Universiti Kaherah

Beliau merupakan salah seorang daripada syuhada‟ Al-Quds, beliau adalah seorang pemuda yang hidup di zaman permulaan kezaliman regim Zionis terhadap rakyat di bumi Palestin. Beliau dilahirkan di Rafah pada 3 Mac 1966. Nama beliau bermaksud „kehidupan yang panjang‟ bertepatan dengan maksudnya, kini namanya tersemat dalam hati para pencinta Al-Quds. Contoh teladan yang beliau tonjolkan memberi motivasi kepada para pemuda Palestin, untuk terus berjuang membebaskan Masjidil Aqsa. Kisah hidup beliau bukanlah satu kisah luar biasa. Beliau mempunyai keluarga, saudara-mara, guru-guru, kawan-kawan dan beliau juga pernah hidup sebagai seorang pelajar di Rafah. Cuma berbezanya, beliau hidup dalam keadaan peperangan, kesusahan, manakala kita hidup dalam keamanan dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Beliau menamatkan persekolahan di Rafah dengan keputusan yang cemerlang. Sehinggakan beliau layak menyambung pelajarannya di Beit Zeit Universiti dalam ijazah Electrical Engineering pada tahun 1988. Ketika itu umur beliau 22 tahun. Selepas itu, beliau ingin menyambung pelajarannya ke peringkat master, tetapi dihalang oleh pihak Zionis. Bermula daripada inilah, beliau menggunakan kepakarannya, dengan bergerak secara aktif dalam Briged Izzuddin Al-Qassam. Sumbangan beliau dalam pembuatan bom telah memberi impak yang besar kepada tentera Zionis. Beliau juga bertanggungjawab dalam misi „pengebom berani mati‟ dalam peperangan menentang regim Zionis. Hal ini menyebabkan, pihak Zionis menjadikan beliau sebagai sasaran. Zionis telah merancang pembunuhan kotor keatasnya. Regim Zionis menggunakan anak buah beliau untuk memasukkan bom di dalam telefon bimbitnya. Pihak Zionis menyangka kesyahidan beliau akan menyebabkan umat Is-

Yahya Ayyash sangat mahir dalam bidang pembuatan bom, beliau adalah ketua pembuat bom Hamas. Kemahirannya begitu terserlah apabila beliau berjaya membunuh 90 orang tentera Zionis dalam misi pengeboman yang dirancang. Beliau juga digelar sebagai „ Sang Jurutera‟ oleh rakyat Palestin. Yahya Ayyash adalah wira bagi rakyat Palestin, sehinggakan nama beliau diabadikan sebagai nama tempat dan jalan di sekitar Palestin. Tentunya masyarakat di Malaysia dan mahasiswa mahasiswi di Ardul Kinanah ternanti-nanti akan kelahiran Yahya Ayyash. Apa yang pasti, kepakaran dalam sesuatu bidang sangat memberi manfaat dalam kebangkitan Islam. Islam kini memerlukan lebih ramai pakar dalam pelbagai bidang. Lihat kembali sejarah kegemilangan Islam, bagaimana ketika itu lahir ramai ulama‟ dalam bidang fiqh, hadis, falaq dan mantiq. Umat Islam ketika itu cintakan ilmu, mereka benar-benar mahir dalam bidang yang dipelajari. Sehinggakan kini, ilmu mereka masih digunakan oleh barat dan barat sendiri mengakui kehebatan mereka. Yahya Ayyash mampu menyambung pelajarannya sehinggamemperoleh ijazah kejuruteraan ,walaupun diakhirnya beliau disekat oleh pihak Zionis. Apatah lagi kita, yang tiada sekatan malah dilimpahkan dengan pelbagai kemudahan.Tetapkan matlamat dan atur strategi. Jadilah pemuda yang sentiasa menguji diri untuk melakukan sesuatu yang hebat, kerana jika tidak, anda akan merasakan satu kerugian yang besar apabila sudah tua nanti.

Nahdiyyah binti Rushdan Kuliah Syariah Universiti Al-Azhar


1 paket macaroni - direbus sampai kembang 1 paket mafrum - ayam/daging cincang 2/3 sudu besar - tepung cheese monzarella/cheddar sedikit butter 1 biji bawang besar 3/4 biji bawang putih 1 liter susu segar 1 sudu teh lada sulah/lada hitam 1 sudu teh oregano/italian mix herbs 1 kiub pati ayam Garam secukup rasa

CARA MEMASAK : (Untuk makaroni) 1. Panaskan butter dan tumis bawang putih yang telah di mayang halus. Kemudian masukkan tepung dan susu, kacau sehingga tidak berketul dan pastikan pekat. 2. Masukkan origano sedikit dan garam. 3. Apabila siap, tutup api dan kacaukan makaroni bersama sos ini dan letakkan ketepi. (Utk mafrum) 1. Panaskkan butter dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang halus. Kemudian masukkan mafrum daging/ayam dan biarkan sehingga daging/ayam masak. 2. Masukkan lada sulah dan lada hitam dan juga sedikit origano, kacau sehingga sebati dan kemudian masukkan kiub ayam (jika perlu) dan tambah sedikit garam. 3. Masukkan makaroni yang telah dicampur sos tadi ke dalam Loyang, kemudian di selangi dengan daging mafrum dan lapisan atas sekali adalah makaroni. Lapisan atas sekali boleh diletakkan cheese (jika perlu). 4. Bakar dalam suhu 180 darjah selama 40 minit. Sesuai untuk dikongsikan bersama jiran arab, selamat mencuba ‌‌ ^_^


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.