IKATAN Edisi Oktober 2012

Page 1

“Setulus Pengorbanan Semurni Ikatan”

Dia merungkai kepuasan sendiri apabila berjaya melalui halangan-halangan yang menyekatnya untuk ke destinasi seterusnya. Apabila tiba ke satu destinasi, dia akan menunaikan apa yang dihajati, mencari apa yang terpendam selama ini, apabila selesai segala yang dikehendaki dia akan meninggalkannya dan mencari destinasi yang baru dan membuka kamusnya satu persatu sebagai penunjuk asas perjalanan hidupnya. Begitulah umpamanya seseorang yang menuju Allah melalui perjalanan anak-anak tangga para „salik‟. Namun perjalanannya bukanlah perjalanan dunia, ia adalah perjalanan jiwa dan pensucian hati.

“Hari di mana tidak berguna harta dan anak-anak, melainkan siapa yang bertemua Allah dengan hati yang sejahtera” – ayat 87-88, Surah Asy-Syuara‟ Pada tiap-tiap kisah itu ada kuncinya Islam mengajar umatnya erti ketinggian dan kesempurnaan, dan menuntut umatnya mencari sebab-sebabnya, agar ia selari dengan kesempurnaan ciptaan manusia sebagai sebaik-baik kejadian. Dengan meraikan fitrah hati manusia yang berbolak balik, Allah SWT

...Bersambung di m/s 2


Sambungan dari m/s 1... mendatangkan pelbagai peristiwa dan sempena agar mereka dibantu secara semulajadi untuk membaiki diri dan menolak hati menuju kedudukan yang tertinggi. Penceritaan kisah anbiya‟ seringkali dijadikan sebab untuk menguatkan hati Rasulullah SAW dan sahabat. Padanya terdapat rahsia yang dipegang oleh orang terdahulu, yang tak mungkin dapat difahami melainkan dengan cara Allah menghidupkan kisah-kisah itu di sisi Rasulullah SAW dan sahabat. Dengan perasaan itu kita akan mampu me

“Dan demikianlah Kami menceritakan kisah-kisah para rasul agar ia dapat menguatkan hatimu, dan dengannyalah terjelas padamu kebenaran, nasihat dan peringatan bagi orang-orang beriman” – ayat 120, Surah Hud Nilai sebuah jalan Hakikatnya semua manusia hidup untuk sesebuah tujuan. Perjalanan hidup yang panjang akan membawa mereka kepada satu noktah pengakhiran yang wajib untuk difikirkan, iaitu ke mana mereka mahu pergi? Persoalan ini tidak mampu terjawab dengan jawapan mudah seperti ke syurga, redha Tuhan atau sebagainya. Ia perlu lebih kepada jawapan perkataan yang mampu diucapkan oleh kanak-kanak mumayyiz. Ia adalah perbuatan, kesungguhan, penat lelah hinggalah ia akan menuntut untuk ia dijawab dengan airmata dan darah. Mungkin kerana itu beberapa kali Allah menyebut dalam Al-Quran, adakah kita sudah rasa layak ke syurga sedangkan kita belum lagi merasakan apa

yang dirasai oleh orang terdahulu ? Sedangkan kita belum lagi diuji untuk Allah mengetahui siapa yang benar-benar

“...Tetapi tujuan sebenar wahyu itu adalah untuk menyembelih cinta di hatinya agar Ibrahim AS menyerahkan setulus cinta kepada Tuhannya…” berjihad dan bersabar ? Seperti yang tersebut dalam surah Al-Baqarah dan Ali Imran. Sifir mukmin .. di sisi mereka tiada yang lebih utama melainkan Allah dan Rasul-Nya, serta perjuangan menegakkan

agama-Nya. Hakikat ini ditanam hiduphidup dalam jiwa sahabat ketika turunnya surah At-Taubah ;

“Katakanlah (wahai Muhammad), sekiranya ayah-ayah kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, kaum kerabat kamu, harta yang kamu kumpulkan, perniagaan yang kamu takut ruginya, dan rumah-rumah yang kamu selesa hidup dalamnya itu, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya, dan berjihad di atas jalannya, maka tunggulah sehingga Allah menentukan urusannya, dan Allah sekali-kali tidak akan memberi hidayah kepada golongan fasiq” – ayat 24, Surah At-Taubah Inspirasi daripada Al-Khalil AS Orang terdahulu telah menyuluh jalannya. Kisah masyhur salah seorang Ulul Azmi, Ibrahim AS telah menjadi pengajaran terbesar umat Islam dalam mengutamakan wahyu berbanding kecenderungan peribadi, mengutamakan apa yang Allah mahu, berbanding apa yang dihajati nafsu. Ibnu Qayyim RHM berkata ;

“Apabila Ibrahim AS meminta agar dikurniakan seorang anak lelaki, lalu permintaannya dikabulkan, dan hatinya mula terpaut dengan anaknya dengan penuh erat. Apabila Sang Kekasih (Allah SWT) melihat perkara itu, Dia tak mahu di sisi Al-Khalil (Ibrahim AS) ada ruangan cinta selain-Nya, lalu Dia memerintahkannya untuk menyembelihnya. Ia benar-benar menguji Ibrahim AS, meski tujuannya bukanlah untuk menyembelih anaknya sendiri. Tetapi tujuan sebenar wahyu itu adalah untuk menyembelih cinta di hatinya agar Ibrahim AS menyerahkan setulus cinta kepada Tuhannya.


Apabila Al-Khalil AS segera menunaikan arahan-Nya, melebihkan cinta Tuhannya berbanding cinta kepada anak, maka tercapailah tujuan, dan terangkatlah arahan sembelih itu. Lalu digantilah anaknya itu dengan seekor kibas yang besar” – Ad-Daa‟ wad Dawaa‟ Benih cinta yang membuah agenda Kisah cinta mereka bukanlah seperti kisah mana-mana kisah cinta picisan yang memaparkan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi cinta kepada kekasih yang berlandaskan tolakan hawa nafsu sematamata. Bukan juga seperti kisah seorang abid yang setiap hari setiap malam bermunajat kepada Tuhannya, menangis dan terus menerus berdoa, namun tidak bertemu manusia kerana melarikan diri dari kefasadan.

“Bagaimana mereka boleh merasakan itulah yang lebih dicintai Allah sedangkan di sisi mereka hanyalah ketulan batu dan objekobjek mati yang tidak boleh berkata-kata ?” – Wahyul Qalam – Ar-Rafi‟e Inilah mafhum pesanan Imam Abd Qadir Al-Jailani ketika menyifatkan kategori zuhud ;

“Ahli zuhud yang baru (al-mubtadi‟) akan menjauhi manusia kerana dia merasakan pada mereka ada segala keburukan. Namun ahli zuhud yang mahir (al-muntahi) akan mendekati mereka dan mencari-cari mereka, bagaimana dia boleh lari daripada mereka kerana segala ubat permasalahan mereka itu ada padanya ?” – Al-Fath Ar-Rabbani Mereka yang terdahulu memahami erti kemuliaan seseorang Muslim itu tertakluk kepada sejauhmana mereka tulus untuk mengajak manusia mengenal Tuhan, mengajar agama dan membaiki kehidupan mereka agar selari dengan tuntutan agama. Cinta dalam jiwa perlu diterjemahkan dalam bentuk yang lebih mulia dan lebih tinggi, bukan sekadar seperti permainan jiwa antara dua manusia, bahkan ia adalah pertarungan dan medan peperangan, demi menegakkan tujuan Sang Kekasih di muka bumi.

“Sesungguhnya ia adalah perkataan pemisah ! Sekali-kali ia bukanlah kata-kata yang sia-sia” – ayat 13-14, Surah At-Thariq Menuju puncak ketinggian Orang mukmin akan sentiasa mencari asbab menuju ketinggian. Hakikat ini disebut dengan begitu baik oleh Ibnu Jauzi RHM apabila beliau mengatakan ;

“Di kalangan orang-orang terpilih itu ada segolongan manusia yang apabila mereka bangun dan sedar mereka tidak pernah tidur, apabila mula berjalan mereka tidak pernah berhenti. Cita-cita mereka hanyalah ; mendaki dan terus meningkat. Apabila mereka melepasi satu-satunya maqam (perhentian)

ke perhentian seterusnya, mereka akan melihat kekurangan dan kesilapan mereka sebelumnya, lalu mereka beristighfar” – Shaidul Khatir Beginilah bentuk kemahuan untuk menuju ke puncak dan merasakan kelazatan ketinggian yang akhirnya melemahkan kecenderungan kepada perkara-perkara kecil. Istighfar mereka terhadap kesilapan lalu melengkapkan kekurangan mereka, juga menunjukkan keseimbangan jiwa yang menolak penyakit-penyakit hati yang boleh merosakkan amal. Keseluruhan hidup mereka adalah menuju ketinggian dan kesempurnaan. Inilah yang ditunjukkan oleh orang terdahulu, inilah juga intipati yang diambil daripada kisah-kisah para anbiya‟

dan salafussoleh. Mereka memahami hakikat sebenar perjuangan, kecintaan, dan pengorbanan. Semua ini membawa kita kepada satu noktah ; Sekiranya kita ingin belajar bercinta, merekalah gurunya.

Ahmad Syamil b. Mohd Esa Master Kuliah Syariah Universiti Al-Azhar


Bagi seorang muslim, erti kehidupan ini adalah sejauhmana dia mampu melaksanakan perintah dan menjauhi larangan Allah swt dalam setiap aspek dan ruang lingkup hidupnya. Kesediaan aqal, jiwa dan jasadnya untuk patuh dan tunduk kepada arahan syarak berdasarkan panduan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw merupakan ciri utama umat Islam yang cemerlang. Umat Islam akan kembali ke kedudukan dan martabatnya yang sebenar jika ia bersikap “dengar dan patuh� kepada perintah-perintah syarak di dalam Islam. Babak Ibrahim a.s. meninggalkan isteri dan anaknya di padang pasir merupakan kisah yang padanya seribu satu pengajaran tersurat maupun tersirat. Akal manusia tak dapat menerima secara logik arahan itu kerana sifat akal ialah mencari rasional setiap perkara meskipun ianya bersumberkan wahyu. Allah swt memerinta-

hkan supaya Ibrahim a.s. meninggalkan isterinya, Hajar dan anaknya yang masih seorang bayi menyusu, Ismail di tengah padang pasir kontang yang panas terik. Dialog Hajar bertanya kepada Ibrahim meminta penjelasan : Adakah Allah yang memerintahkan ini? Jawab Ibrahim : Ya. Lalu Hajar berkata: Kami tidak akan disiasiakan selama mana Allah bersama kami dan Dia yang memerintahkan ini. Inilah contoh dan model sebuah keluarga muslim yang t u n du k melaksanakan perintah Allah swt walaupun perkara tersebut begitu sukar. Neraca syarak semestinya menjadi kayu ukur utama seorang muslim dalam pemikiran, tindakan dan gaya hidupnya. Sebab utama permasalahan umat Islam hari ini ialah bilamana syarak sudah tidak lagi menjadi sandaran. Arus terkini berkiblatkan teori barat dan aliran pemikiran sekular samada liberal, sosialis, humanism, Islam moderat dan pelbagai nama yang semuanya adalah bertentangan dengan syarak. Jika umat Islam kekal dalam situasi lemah ini, maka musuh-musuh Islam samada daripada luar maupun dalam negara akan menghancurkan kedudukan Islam dan syariat Allah swt.

Benteng terbaik umat Islam daripada serangan pemikiran ini adalah dengan memiliki kefahaman Islam yang sahih dan bersumberkan Al-Quran dan Sunnah. Umat Islam seharusnya mula sedar dengan cepat sebelum terlambat. Kekuatan kita adalah bersama syariat Allah swt. Padanya keadilan dan rahmat serta kebahagiaan. Asas dalam ibadah ialah taâ€&#x;abud (perhambaan tulus kepada Allah) tanpa melihat kepada makna yang tersirat. Ketundukan seorang muslim kepada syariat Allah swt adalah lambang kemuliaan dan kemajuannya berbanding tamadun atau aliran pemikiran selain Islam. Inilah pengajaran utama bagi umat Islam buat masa ini sempena sambutan Aidil Adha. Shuhaib Ar-Rumy b. Selamat Pengerusi Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) Mesir


Ada ketikanya sekelompok manusia bangun membantah cara penyembelihan yang dilakukan oleh ummat Islam. Antaranya seperti yang dilakukan oleh aktivis hak asasi haiwan yang mendesak agar dihentikan kekejaman terhadap haiwan sembelihan. Ada juga segolongan manusia yang menahan diri dari memakan daging haiwan kerana mendakwa kita akan berlaku kejam terhadap haiwan tersebut. Adakah benar Islam berlaku kejam terhadap haiwan sembelihan. Adakah di sana terdapat cara yang lebih baik dari yang Islam ajarkan? Terdapat video yang menunjukkan masyarakat beragama hindu di India melakukan penyembelihan dengan menetak leher haiwan sembelihan hingga terputus dari badan. Sekelompok masyarakat di Afrika pula menikam leher haiwan sembelihan sehingga mati. Ada juga yang memukul atau menghempap dengan batu hingga mati. Di Amerika pula ada satu kaedah yang menggunakan kejutan eletrik untuk memengsankan haiwan sembelihan sebelum disembelih dengan anggapan ia dapat menghilangkan rasa sakit ketika disembelih. Memetik sebuah laporan dari kajian yang dijalankan oleh seorang professor bernama Wilhelm Schulze, dalam kajiannya, beliau membandingkan di antara cara penyembelihan Islam dan cara penyembelihan yang dilaksanakan di barat. Iaitu cara menggunakan kaedah kejutan eletrik (captive bolt pistol stunning).

Sekiranya darah tidak keluar dengan sempurna, ia boleh menjadi medium kepada bakteria atau kuman pembawa penyakit. Juga menyebabkan daging cepat rosak dan berbahaya kepada manusia. Haiwan yang disembelih bukan dengan cara Islam akan menyebabkan ia mati dahulu sebelum sempat mengepam keluar darah dari badannya. Beliau telah menggunakan sebuah alat yang dapat mengesan kadar kesakitan yang dialami oleh haiwan ketika disembelih. Hasil daripada kajiannya, beliau mendapati bahawa haiwan yang disembelih dengan cara barat mendatangkan kesakitan yang amat sangat terhadap haiwan tersebut. Berlainan pula dengan sembelihan cara Islam di mana ketika disembelih, alat pengesan kesakitan menunjukkan haiwan tidak mengalami sebarang kesakitan sebaik sahaja pisau memotong urat leher. Itulah hikmahnya Islam menyuruh untuk menajamkan pisau agar dapat memotong urat leher dengan pantas. Beliau berkata, "Penyembelihan

cara Islam adalah kaedah penyembelihan yang paling berperikemanusiaan dan kaedah kejutan eletrik yang dilaksanakan di Barat menyebabkan kesakitan yang amat pada haiwan sembelihan". Selain itu juga, penyembelihan yang dilakukan dengan cara Islam membolehkan darah keluar dengan sempurna dari tubuh haiwan sembelihan. Setelah dipotong urat halkum dan urat mari‟, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang. Ini menyebabkan darah dipam keluar dari badan haiwan.

Begitulah indahnya Islam yang Allah turunkan. Allah maha mengetahui setiap sesuatu dan menetapkan segala sesuatu sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri. Itulah yang dikatakan Islam agama fitrah. Sains juga telah banyak membuktikan kebenaran Islam. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai dan darah (yang keluar mengalir) dan daging, dan binatang-binatang yang disembelih kerana selain Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)” (Surah Al-Ma‟idah 5:3) Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu, jika kamu membunuh, perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihannya itu.” (Riwayat Muslim)

Haidar Mahmud Kuliah Usuluddin, Tahun 4 Universiti Al-Azhar


Cikpuan Azzah Abdul rahman, Naib Presiden, Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

ISMA Mesir memang tidak lekang dari aktiviti dan program yang menarik untuk mahasiswa dan mahasiswi . Antara program terpenting pada oktober ini adalah Ijtimaâ€&#x; soifi pada bertempat di Fantasia Resort, Ra'su Sidr. Program ini berjaya mengumpulkan lebih dari 250 orang ahli ISMA Mesir, ikhwah dan akhawat di seluruh perlembahan Nil. Dengan fasiliti yang baik seperti kolam renang dan pantai, program setahun sekali ini bertujuan merapatkan hubungan antara semua ahli ISMA Mesir, ahli dan kepimpinan dari semua muhafazah, Antara yang paling membanggakan adalah penganjuran Bengkel Penulisan Islami pada 12 dan 13 oktober bertempat di Scout Hotel, Kaherah. Novelis sejarah terkenal Tuan Abdul Latip bin Talip sudi berkongsi pengalamannya bersama 100 orang peserta lelaki dan perempuan. Peserta juga mendapat bimbingan penulisan

Program yang julung kali ini berjaya mencapai hadafnya iaitu mengajar teknik penulisan karya kreatif dan mengeratkan lagi hubungan antara penulis-penulis Malaysia yang berada di bumi Mesir. Ucapan tahniah juga kepada 9 orang graduan terdiri dari kalangan ahli ISMA Mesir, serta salah seorang daripada mereka berjaya merangkul anugerah Imam Nawawi di konvokesyen yang dianjurkan oleh Kedutaan Malaysia barubaru ini bertempat di Pusat Persidangan Al-Azhar (ACC) iaitu saudari Maryam binti Mohd Din. Kejayaan beliau patut menjadi contoh kepada semua mahasiswa khusus bagi mereka yang mengambil jurusan agama di Mesir.

Sila layari laman sesawang ISMA Mesir di ismamesir.com untuk maklumat lanjut.

Cara penyediaan sup kawarek adalah sama seperti sup-sup biasa. Cuma perumitannya adalah pada penyediaan kaki lembu tersebut. Cara penyediaan adalah seperti berikut : 1- Kaki lembu tersebut hendaklah dipotong pada bahagian tumit. 2- Seterusnya adalah proses pembuangan sepatu/kasut dari kaki lembu. Caranya adalah rebus bahagian yang telah dipotong di dalam air yang menggelegak selama 5 minit. Proses ini akan memudahkan kita untuk mencungkil sepatu dari kaki tersebut. 3- Setelah sepatunya dicabut, kita perlu membuang bulu dari kaki lembu, terdapat dua cara iaitu pertama, mencabut menggunakan tangan dan dibantu air panas. Adapun yang kedua adalah teknik bakar dan cabut(sedikit penat kerana proses ini dijalankan berulangkali) 4- Kemudian, potong kecil-kecil sebesar 2 ibu jari. Dibasuh dan direbus selama 6 jam. 6- Dalam masa yang sama, tumis bahan untuk dibuat sup. (bahan asas memasak sup seperti biasa) 7. Campurkan tumisan tadi dengan air rebusan. Letakkan sekali garam, daun bawang, daun sup atau daun mulukhiyah. Siap! Sup kawarek sesuai dihidangakn bersama nasi untuk juadah sempena aidiladha ini. Jemput sekali jiran dan kawan untuk merapatkan ukhuwwah ya!


“Engkau mahu pergi ke mana. Bukankah engkau sudah berjanji untuk bertutor Add Math pada hari ini?” Ali memutar-mutar pena di jemari runcingnya. Dia mengecilkan mata, memandang pada pawana awanan yang berarak sayu seiring dengan detikan masa prep. Keluhannya menggamit perhatian seisi kelas. “ Panasnya petang ini! Tidak mungkin aku dapat concentrate pada study.” Ketua kelas menaikkan keningnya, melempar secangkir madah, “ Orang genius, boleh lah berkata begitu. Bukankah esok kita ada formative exam? Marilah kita mengulang kaji pelajaran bersama-sama.” “Aku sudah mengulang kaji di dorm tadi. Neuron synapse aku sudah semakin fatique. Alangkah baik, sekiranya aku dapat pulang ke kampung halaman pada cuti hari raya aidiladha ini.” “Engkau homesick ke?” Ali terkesima. Dia mengeluh perlahan sambil menundukkan wajahnya. Kerutan halus terukir hebat di wajah suci itu. “Atok mahu mengorbankan lembu aku hujung minggu ini. Hati aku sakit. Engkau sudah semestinya tidak akan mengerti instinct aku.” Samad membeliakkan mata bundarnya. Bahunya terangkat-angkat seketika sambil menghemburkan ketawa yang berirama. Menggamit suasana keriuhan di dalam kelas 4 Permata. “ Aku tak sangka yang engkau ini sentimental orangnya.” “ Engkau masih belum cukup berta‟aruf denganku lagi. Hidup ini perlulah diselusuri dengan ihsan terhadap binatang.” “ Tapi, metadologi pemahaman terhadap konsep korban yang engkau pegang itu salah.” Ali mencebikkan bibir sambil menghamburkan madahnya.

pantas

“ Lembu aku, biarlah aku sahaja yang menjaganya. Tiada seorang pun yang boleh mencederakan Si Hitam.”

“ Ali, aku minta maaf. Perut aku laparlah.” “ Lawak lah engkau ini. Aku ingatkan engkau ada masalah rumah tangga. Muka sudah seperti Adolf Hitler sewaktu Holocoust melanda je.” “ Adolf Hitler yang meniru mimik muka aku lah.” “Amboi, pandai betul engkau berseloroh. Bagaimana keadaan Si Hitam sekarang. Engkau sudah berlapang dada dengan keputusan itu? Usah sesekali engkau menyamakan keadaan ini dengan perjalanan plot sebuah drama tragedi. ” Ali mengoyak senyuman. Dia meletakkan buku Biochemistry itu di atas mejanya. “ Kelmarin, aku mendapat mimpi di sepertiga malam mengenai Si Hitam.” Samad termengkelan. Dia pantas menggerakkan garisan bibirnya. “Mimpi apa?” Titik Harmoni Berdebuk Ali jatuh di sebuah tempat yang aneh. Dia berdiri dan menyapunyapu punggung. Tiba-tiba tubuhnya menggigil. „Sejuknya! Tempat apakah ini?‟ Sambil memeluk tubuh dengan kuat, Ali memerhati sekeliling. Keseluruhan tempat itu diliputi salji berwarna merah jambu, seperti krim strawberi. “Hello! Hello! Saya di mana?” Tiba-tiba dia terdengar bunyi aneh. Seperti bunyi guruh menjerit. Memang sungguh aneh dan jarang didengari. Retinanya sempat menyambar biasan suatu cahaya harmoni. Rasulullah s.a.w menghadiahkan sebuah senyuman pada Ali. Baginda membisikkan sesuatu di gegendang telinganya. Kalimah tauhid itu meresap hebat di dalam atma seorang syabab. “Wahai Rasulullah, apakah erti korban ini?”

Samad sedikit ralat kerana kalamnya disambut penuh emosi. Namun menjadi kepantangannya berpatah menarik kata. Itu akauntabiliti.

“ Itulah sunnah daripada datukmu Ibrahim.”

Potensi

“Setiap helai bulu korban itu, merupakan satu kebaikan. Daging dan darah bi-

Samad mendengus kecil, fokusnya pada prep telah lesap dibawa angin malar. Kokleanya mencerun tidak puas hati. Dia mengibas-ngibas baju lalu mempercepat hayunan langkahnya ke dewan makan. Nafasnya turun naik, kesabaran Samad mula menghampiri infiniti.

“Apakah keuntungan korban ini untuk kita?”

natang sampai sampai ikhlas, kamu.”

korban itu tidak sekali-kali akan kepada Allah, tetapi apa yang kepada-Nya ialah amal yang berdasarkan taqwa daripada

Rasulullah s.a.w menghabiskan kalam pada malam itu dengan sepotong ayat Illahi. Ali terpukul hebat. Syahdu kondisi itu sehingga dia mampu mengalirkan kolam air mata. Jeda malam menggamit hati kecil Ali bermonolog dengan suatu firasat yang baru. “ Aku begitu mencintai Rasulullah s.a.w. Hebatnya kuasa Allah, menimpakan suatu firasat mimpi lantaran aku terlampau cintakan harta dunia. Maafkan daku, ya Allah. Aku ingin sekali menjadi hamba-Mu yang merdeka jiwanya. Si Hitam pasti akan ku korbankan.” Dia merenung wajah Rasulullah s.a.w sekali lagi, buat kali yang terakhir. Dia mencuba untuk mendekati Rasulullah s.a.w, namun kudratnya tidak sampai. Lututnya kaku. Rasulullah s.a.w membuka langkah untuk menuju ke pintu gerbang yang bercahaya itu. Baginda melafazkan ummati sepanjang perjalanannya. Biasan koklea Ali sempat menangkap cebisan bicara baginda. Rindu “Ali… Ali….” Ali bingkas bangun dan meraup wajahnya.“Mengapa? Apa yang sudah berlaku?” “ Engkau jatuh daripada katil lah. Berdebuk seperti buah nangka yang busuk. Engkau mengigau tadi. Aku hairan lah, tempat tidur engkau ini berbau kasturi.” Ali termengkelan hebat. Pantas dicapai sejadah, dahinya bersujud menyembah bumi. Secangkir Adha merubah umat. Sekelip mata. Salmi Shakirah binti Selamat Tahun 2 Universiti Ain Shams



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.