IKATAN Edisi Ogos 2012

Page 1

“Sesuci Fitrah Seikhlas Kemaafan” Perubahan itu perlu. Dan dia sedang berada dalam fasa ‘the last quarter’ miliknya. Saat melihat ke dada langit sewaktu pekatnya malam, yang kelihatan adalah bulan sabit kiri. Jika yang melihatnya adalah Abu Bakar, bagaimana agaknya reaksi sahabat agung nabi itu? Ketika kita mengerti bahawa sesungguhnya Ramadan itu akan berlalu pergi, wajar sangat kita bertanya kepada diri sendiri. Masihkah kita manusia yang sama? Nabi yang agung itu menjanjikan pelbagai kemulian daripada Ramadhan. Bukan sekadar janji, namun telah menjadi matlamat bagi seorang mukmin untuk dia miliki.

Lihat diri sendiri. Adakah kita masih sama sejak 10 tahun dahulu? Alam yang kita duduki ini sangat sinonim dengan perubahan. Sinonim yang bagaimana? Kita perhatikan, setiap satu makhluk dan kehidupan dalam alam ini, masing-masing mempunyai garis masa sendiri. Ada waktu mula, berkembang dan membesar lantas berakhir. Demikian undang-undang alam. Pernahkah kita menduga, perubahan kita pula bagaimana? Apakah yang mendasari perubahan diri ini? 2 jalan buat manusia. Jika kita tidak tahu mahu ke mana, kelak rugilah perjalanan itu. Memandang kembali Ramadan, terpacul satu soalan. Mengapakah Tuhan ...Bersambung di m/s 2

  

 


Sambungan dari m/s 1... langit dan bumi mengutus dia kepada kita? Apakah yang Allah mahu kita dapat ataupun apa yang sewajarnya kita kejar daripada Ramadan? Kerana bulan murni ini akan pergi dan tiada jaminan kita berpeluang mendampinginya lagi. Taqwa. Demikian satu kalimah ringkas yang diajar Tuhan kepada kita sebagai destinasi untuk ditujui. Inilah inspirasi Ramadan yang sepatutnya dan selayaknya. Satu kembara memburu taqwa. Taqwa bukan omongan kosong.. malahan menuntut kepada bukti hidup dalam realiti. Persoalannya, bagaimana dan apa. Bagaimanakah hidup seorang yang bertaqwa? Apakah perubahan yang akan berlaku, bertitik-tolak daripada taqwa itu? Kehidupan kita sebagai hamba, sangat berkait dengan sejauh atau serapat mana hubungan kita dengan Allah. Teringat satu katakata dalam siri-siri pengajian yang panjang, ‘aku tahu hubungan aku baik

atau tidak dengan Allah, melihat kepada tindak balas keldaiku terhadapku’.

Sikap individu yang dekat dengan Allah, tidak akan sama dengan yang sebaliknya. Kerana sikap ini berupaya

menguba h orientasi kehidupan seorang hamba. Kalau dahulu, hidup berpandukan keseronokan, kini, keredaan Allah menjadi panduan. Jika sebelumnya, buta dengan agama sendiri, namun selepas Ramadan ini, tidak lagi. Senyampang pernah hati kita hitam, kerana maksiat, noda, dan dosa, justeru itu, sikap yang berubah menyebabkan kita rajin solat dan rindu kepada al Quran. Kerana Allah, adalah Rabb Al Muhaimin dan Rabb Al Ghaffar yang sama, sebelum, semasa, dan sesudah Ramadan. Perubahan sikap adalah satu tuntutan. Butiran air mata. Perlahan, butir-butir itu menitis membasahi pipi lantas turun ke bumi. Meski 1 Syawal juga menjadi saksi akan gugurnya air mata kita, namun sebabnya boleh jadi berbeza. Aidilfitri dunia Islam, tidak segamat yang kita sangkakan. Tidak semua nikmat serba baru. Tidak semua tempat menikmati keamanan. Tidak semua ahli keluarga turut serta. Ada yang sudah pulang dahulu menuju kekasih abadi kerana memperjuangkan akidah ini. Pernahkah kita terfikir, bagaimana sambutan 1 Syawal di negara-negara Islam yang sedang bergolak? Masih ada tanah-tanah umat ini yang terjajah. Menanti pembelaan dan bantuan.

1 Syawal tidak menjanjikan muncung senjata diturunkan. Sentiasa mereka dalam keadaan siap siaga dan bersedia. Gazza , Syria, dan lain-lain pemukiman umat Islam sentiasa kacau bilau dan tidak sentosa. Malah, kebejatan ini akan berterusan seandainya umat tidak kembali bersama. Tidak mahu memadukan tenaga dan menongkah arus pertempuran yang ada. Noktah ini yang sepatutnya kita genggam erat daripada Ramadan. Keutuhan hubungan dengan Pencipta, membawa kita ke puncak taqwa, melahirkan perubahan sikap, dan membuahkan amal bakti kepada Ilahi. Noktah ini akan melahirkan kesungguhan, jihad, dan ketamadunan. Sesuci Ramadhan. Sesuci itu juga, nilai persaudaraan kita sebenarnya. Aidilfitri datang dengan membawa seruan kembali kepada fitrah. Kembali kepada keadaan jiwa sebagaimana yang Tuhan itu mahukan. ٍ ‫َونَ ْف‬ ‫﴾ فَأَ ْ​ْلَ​َم َها فُ ُج َورَها َوتَ ْق َوىٰ َها‬٧﴿ ‫س َوَما َس َّوىٰ َها‬ ﴾١۰﴿ ‫اب َمن َد َّسٰى َها‬ َ ‫﴾ َوقَ ْد َخ‬٩﴿ ‫﴾ قَ ْد أَفْ لَ َح َمن َزَّكٰى َها‬٨﴿


Atas prinsip akidah, Aus dan Khazraj memadamkan api dendam sesama mereka. Muhajirin dan Ansar bersaudara, walau belum pernah bersua, kerana iman dan ketaqwaan yang membara. Kesucian fitrah yang kita miliki, seusai Ramadan, sepatutnya mampu mendorong dan menolak kita untuk memadamkan segala macam sengketa dan buruk sangka. Kerana akidah menuntut kita melakukannya. Bukan calang-calang manusia. Muslim pasca Ramadan, bukan calang-calang manusia. Apa yang ditempuh adalah satu proses pembinaan yang mana manusia itu akan beroperasi memakmurkan bumi untuk 11 bulan seterusnya. Mulakanlah dengan memperbaiki hubungan sesama kita. Kuatkan persaudaraan dan ukhwah yang ada. Kerana jasad umat lemah longlai dan sangat mendambakan tiupan semangat baru untuk dibangkitkan. Inilah permata syawal yang perlu dipelihara...Salam Lebaran Mohd Ad bin Satiman Tahun 1, Kuliah Usuluddin Universiti Al-Azhar Kaherah

Aidilfitri menjelang lagi pada kali ini. Sambutan yang menjadi simbolik kemenangan bagi orang mukmin atas kejayaan sebulan berpuasa dan menyucikan jiwa serta mendapatkan taqwa. Begitulah tujuan dari pensyariatan berpuasa. Bagi sesiapa yang meraihnya maka kemenangan kali ini miliknya. Bersalaman, bermaafan seperti saling mengucapkan ‘maaf zahir batin’ perlulah diteruskan di bumi Mesir ini walaupun tiada suasana ini di bumi Mesir ini. Malah, ia perlu diteruskan dalam amalan kehidupan seharian kita. Ramadan yang pergi meninggalkan kita ini mempunyai seribu satu pengajaran. Bermula dari bangun sahur, berpuasa di siang hari hinggalah ke solat tarawih dan tilawah al-Quran, semuanya mempunyai manfaat yang tersendiri apabila dibawa keluar dari bulan ini dan memerlukan penerusan amal walaupun tidak lagi berada di bulan ini. Antara kelebihan bulan Ramadan adalah ianya seolah satu program yang disusun oleh Allah kepada umat ini sebagai pentarbiyyahan untuk menjadi sebaik-baik umat. Pada siang harinya berlapar, dan malamnya pula berjaga. Begitulah persediaan umat untuk yang dikatakan sebaik umat untuk sentiasa bersiap siaga dalam kehidupan seharian mereka.

Namun begitu, dalam keriangan dan kegembiraan menyambut Aidilfitri ini, haruslah kita mengingati saudara kita yang masih diuji dengan pelbagai cubaan. Dalam kesempatan ini, marilah sama-sama kita menghadiahkan doa kepada mereka di pagi syawal yang mulian ini supaya Allah memberi mereka kekuatan untuk terus kekal dan yakin bersama islam dan Berjaya melepaskan diri dari ujian yang melanda. Seruan ‘satu umat’ perlu sentiasa dilaungkan sempena kemenangan kali ini. Umat ini menang apabila sama- sama mengakui tuhan mereka satu, nabi mereka satu, manhaj dan hati mereka juga bersatu. Itulah yang patut dirasai apabila laungan takbir dilaungkan selain memuji Yang Maha Esa yang bertujuan mengajar umat ini untuk tunduk bersama kepada tuhan dalam ibadah solat sunat Aidilftri dan takbir yang bergema ke seluruh alam ini. Apabila menyebut akan laungan takbir, suka saya mengingatkan akan makna tersembunyi dalam takbir tersebut. Takbir mengajak kepada umat Islam supaya kembali kepada manhaj Islam yang sebenar dan dituntut juga untuk menjadi sebaik-baik umat. Bagaimana kita boleh digelar umat yang terbaik sedangkan kita berada dalam kedudukan yang bawah dan keterbelakang? Tentu sekali kerana kita mengenepikan al-Quran dan Sunnah daripada kehidupan kita. Oleh itu, pada Ramadan dan Aidilfitri kali ini marilah sama-sama berjanji untuk menjadi umat yang satu, umat yang menjadi khalifah atas muka bumi ini, khususnya di Malaysia, tanah air kita yang tercinta. Membangun umat beragenda, Melayu Sepakat Islam Berdaulat. Ustaz Ikram bin Abu Hasan Ketua Exco Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) Mesir


Tarikh 21 Ogos adalah satu detik hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. Genap 41 tahun yang lalu (21 Ogos 1969), maruah umat Islam telah tercalar dengan satu penghinaan apabila Masjid al-Aqsa telah dibakar oleh pelampau Yahudi yang disokong kuat oleh golongan Kristian Zionis. Usaha terkutuk ini telah dilakukan oleh penjenayah yang berasal dari Australia yang bernama Michael Dennis Rohan. Michael Rohan telah menyalakan api di dalam Masjid al-Aqsa untuk membakar dan sekaligus memusnahkannya. Api yang marak membakar hampir-hampir sahaja memusnahkan keseluruhan bangunan Masjid al-Aqsa. Namun tindakan tangkas umat Islam di Baitul Maqdis selama sehari suntuk mengizinkan mereka untuk memadamkan api tersebut.

Adakah Michael Rohan bertindak bersendirian? Tidak, sekali-kali tidak. Michael Rohan sebenarnya tidaklah ber-

sedirian di dalam melakukan jenayah keji ini. Beliau mendapat sokongan padu dari rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid al-Aqsa lenyap dari muka bumi bagi meneruskan projek mereka untuk membina kuil Yahudi yang dikenali sebagai ‘Solomon Temple’ atau Haikal Sulaiman di dataran Baitul Maqdis tersebut. Penjenayah yang bertanggungjawab terhadap pembakaran tersebut telah ditangkap tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa sebarang hukuman. Mahkamah Israel sememangnya sentiasa bersandiwara apabila memutuskan bahawa Michael Rohan yang merupakan seorang doktor perubatan itu sebagai seorang yang tidak siuman dan hanya dikenakan tindakan dihantar pulang ke Australia. Michael Rohan pula dengan rasa bongkaknya telah berkata bahawa apa yang dilakukannya adalah satu tanggungjawab agama sebagaimana yang termaktub di dalam ajaran Talmud. Dia turut mendakwa bahawa beliau telah berjaya di dalam melaksanakan misinya yang merupakan satu perintah dari tuhan.

Apakah kesan pembakaran tersebut? Pihak Zionis telah memulakan perancangan mereka terlebih awal dengan menutup saluran paip air menuju ke Masjid al-Aqsa agar agenda jahat itu berjaya membuahkan hasilnya yang maksimum. Tentera Israel juga telah menghalang pasukan bomba dan warga Arab daripada memasuki kawasan masjid pada hari tersebut. Tindakan biadap tersebut telah menyebabkan:

 Sebahagian besar Masjid al-Aqsa mengalami kerosakan dan musnah menjadi arang. Kemusnahan tersebut melebihi sepertiga daripada keseluruhan kawasan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi daripada 4400 meter persegi keluasan masjid.


 Mimbar Solahuddin al-Ayyubi yang bersejarah, Mihrab Zakaria, Masjid Umar al-Khattab dan sebahagian besar daripada serambi masjid turut hangus

 Turut musnah dalam kejadian tersebut adalah atap-atap masjid yang telah roboh menyembah bumi serta tiang-tiang yang indah dengan hiasan ayat-ayat al-Quran.

juangkan masa depan Masjid alAqsa.

 Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (Zionis) dan juga pendokong mereka.

 Melibatkan golongan bukan Islam dalam isu ini di atas asas persefahaman bersama dan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, kemanusiaan dan keadilan sejagat.

Apa yang boleh saya lakukan untuk menyelamatkan alAqsa?

 Melonjakkan isu ini ke persada in-

Sebenarnya banyak langkah praktikal yang boleh kita lakukan bagi menyelamatkan Masjid al-Aqsa dari ancaman kemusnahan. Di antaranya ialah

ternasional kerana perjuangan pembebasan al-Aqsa adalah isu yang menyatukan cita-cita dan hasrat umat Islam sejagat.

 Bermula dengan diri kita dengan

 Berdoa kepada Allah swt agar Mas-

mengenali sejarah Palestin serta kepentingan Masjid al-Aqsa di dalam aqidah umat Islam.

jid al-Aqsa diselamatkan dari musuh-musuh umat Islam dan kemuliaannya sentiasa terpeilhara.

 Didiklah keluarga dan masyarakat

Jom… kita bertindak segera secara berterusan dan sistematik demi masa depan al-Aqsa. Sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita berganding bahu dan mengorak langkah ke hadapan bagi memperjuangkan kemuliaan alAqsa yang tercinta.

tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam termasuk dengan apa yang berlaku di Palestin dan alAqsa serta menyebarkan kesedaran tentang status sebenar al-Aqsa kepada mereka dengan apa jua cara.

 Menganjurkan

program berkaitan dengan Masjid al-Aqsa pada sambutan peristiwa Isra’ dan Mi’raj ataupun pada Hari al-Aqsa Sedunia pada 21hb Ogos di masjid-masjid, sekolahsekolah, kampus universiti dan di premis-premis yang lain serta melibatkan pihak media.

 Memberikan sumbangan kewangan kepada badan-badan yang memper-

Semoga kita bertemu di Masjid alAqsa… Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin Naib YDP ISMA Cawangan Seremban Perunding Aman Palestin

Baldi – ember

Besen - beskom

Tepi - siring

Pengotor – pemihir

Tuala – handuk

Kejar – bubut

Beg plastic – bahai

Lalu – limpas

Sembunyi – tepuk

Seronok – siuk

Seminar ulum syara’ - 1 hinga 3 ogos

Syantoh(kafilah dakwah) – 4 ogos

Iftar perdana – 5 ogos

Rehlah masyi – 6 ogos

Kem utaqa’ – 9 hingga 13 Ogos

JKP ISMA Mesir hadir iftar PMRAM – 13 ogos

Kembara iftar muhafazah 1. mansurah (8 ogos) 2. alex (15 ogos)


Hambarkah Hari Raya Mu? Pagi rayaku akan hambar Andai sendu dan pilu teringatkan orang yang tiada Kecewa dan resah teringatkan baju dan kuih yang tak tersedia

Kosong..tiada seri wajah tanda syukur Sebuah kemerdekaan buat jiwa yang suci

Hambar,

Jiwa yang dibersih dalam taman Ramadan yang telah pergi

Andai di awal lebaran lagi hanya sibuk mengira duit raya

Hambarlah lebaranmu wahai sahabat

Hari Rayaku akan hambar

Andai gagal dirasai hikmah besar di pagi Syawal

Andai 10 Ramadan terakhirku sudah rancak berpesta Raya

Takbir gema menggugah jiwa bergenang air mata

Ketupat rendang kuih penuh di dapur

Tadahan doa menyahut alunan zikir dan pujian bagi-Nya

Saf-saf terawih kian mengecut Hilang meninggalkan imam dan bilal tercanggung Alunan quran entah ke mana sudah menghilang Lagu raya pula berdendang riang Inilah lebaran yang digembar gemburkan gembira Hambar sebenarnya, kosong tiada makna Hanya terhias dengan kenyang juadah beraneka Hanya bermakna bila kocek terisi berates-ratus duit Raya..

Inilah pesta sebenar di Hari Raya Jiwa merdeka merasai girang dan gelora dibenaknya Sebulan latihan telah berlalu hari ini graduasi untuk dirinya Jiwa baru lahir bersama nafsu yang tunduk

embiraan sebenar Seakan – akan menyambut graduasi tahunan dari Allah buat hamba-Nya, Taqwa terbina, jiwa tenang telah disedia Alunan takbir tanda terima kasih buatNya yang memerdekakan kita Sebagai sebuah jiwa putih yang suci tiada dosa Sesuci fitrah yang mengalir dalam diri.. Saudaraku, Apakah tahun ini hambar lagi lebaranmu? Serikan..serikanlah rayamu Bermula hari ini, bersedialah untuk gegarkan pagi rayamu Dengan kedatangan jiwamu yang baru Sesuci fitrah kembali zuhudmu,

Dalam pilu Ramadan berlalu

Sediakanlah,

Syawal ini disambut sepenuh perasaaan syukur dan taqwa

Persiapkan ia dari sekarang duhai teman

Inilah perasaan sebenar

Tersenyumlah di pagi Syawal

Sebuah jiwa yang merdeka di pagi Raya

Dengan beroleh taqwa dan iman sesempurna Ramadan yang bepergian..

Hambar sebenarnya‌kering tiada makna

Bukan juadah Raya sebagai kegembiraan sebenar

Kering dari basahnya takbir dan zikir pada-Nya

Bukan baju cantikmu sebagai pemanis muka

Kering dari keringat yang khusyuk bertahajjud di malam berganti malam

Bukan hiburan-hiburan dunia yang menjadi penyeri acara Namun kemenanganmu adalah keg-

Oleh: Nadiah binti Norudin Tahun 6, Kuliah Perubatan Universiti Iskandariah


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.