Buat Pilihan untuk Diri Sendiri
IM Bu A ka N n P U ub nt li uk cat D ion iju al
“Anda boleh mendengar orang yang berkerumun atau anda boleh mendengar jiwa anda berada di atas pentas anda sendiri.” (Vex King) Setiap daripada kita ada keunikan tersendiri. Ia merupakan satu rahmat. Tidak ada dua orang manusia yang serupa walaupun kembar seiras. DNA kita memiliki keunikan tersendiri. Semenjak kecil, kita diajar untuk sentiasa menjadi diri sendiri. Akan tetapi, semakin kita dewasa, kita mula terpengaruh dengan orang sekeliling. Fenomena ini dinamakan “social proof ”, iaitu apabila kita merasakan perlu mengikut orang sekeliling supaya diterima oleh mereka.
Identiti unik kita kemudian mencair bersama mereka dan kita pun mengikut kemahuan mereka. Apabila kita hanya mengikut kemahuan orang sekeliling, kita tidak akan menonjol dan tidak dapat melihat kehidupan berbeza daripada yang dilihat oleh orang ramai.
Memang benar, lazimnya orang yang rapat dengan kita mahukan yang terbaik untuk kita, khususnya ibu bapa kita. Tidak ada ibu bapa yang mahu perkara buruk terjadi kepada anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, tidak semestinya mereka faham akan perkara yang terbaik untuk kita. Barangkali mereka membuat keputusan bagi pihak kita disebabkan oleh rasa takut dan persepsi yang ada dalam diri mereka. “Kalau tak kerja kerajaan, nanti susah nak dapat pencen. Susah hidup kau.”
26 | TENTANG PILIHAN