
6 minute read
Tiga Keputusan Besar dalam Hidup
Sebenarnya, ada beberapa keputusan penting yang harus diambil oleh diri sendiri dalam kehidupan. Hal ini kerana impaknya terlalu besar jika kita membuat keputusan itu disebabkan oleh desakan orang.
“Tiga keputusan besar – apa yang kamu buat, di mana kamu tinggal, dan dengan siapa kamu berada. Dan, apa yang kamu tidak lakukan.” Tiga perkara ini diajarkan oleh Naval Ravikant, dan diceritakan semula dalam buku yang ditulis oleh Eric Jorgenson, The Almanack of Naval Ravikant. Apabila saya membaca kata-kata Naval itu, saya sedar bahawa banyak keputusan salah yang dibuat dalam kehidupan saya sehingga menyebabkan banyak masa dan wang terbazir. Jika perkara ini dipelajari lebih awal, pasti lebih banyak masa dan wang yang boleh dijimatkan. Kata-kata ini juga mempunyai persamaan dengan perkara yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA (maksudnya): “Jika anak Adam meninggal dunia, maka amalnya terputus kecuali daripada tiga perkara; sedekah jariah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (Riwayat Muslim) IMAN Publication Bukan Untuk Dijual Berdasarkan kata-kata Naval Ravikant itu, terdapat tiga keputusan besar yang harus diambil perhatian dalam kehidupan kita, iaitu:
Advertisement
1. Apa yang dibuat (pekerjaan)?
Orang ramai sering mengingatkan kita akan kepentingan untuk lulus peperiksaan dan mendapat segulung ijazah, sedangkan hakikatnya kita hanya belajar selama tiga hingga lima tahun, tetapi bekerja untuk 30 hingga 50 tahun seterusnya.
Kita tidak diajar untuk mencari pekerjaan yang disukai dan cemerlang dengannya. Kita hanya diajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
Bergelar pelajar cemerlang tidak semestinya menjadi tiket bagi kita mendapatkan kehidupan yang cemerlang. Kita banyak meluangkan masa untuk belajar atau bekerja, tetapi tidak banyak berfikir tentang pekerjaan yang dimahukan. Pekerjaan sangat membentuk peribadi dan nilai diri kita. Jenis pekerjaan pula menentukan persekitaran tempat kerja kita.
Pekerjaan kita itu membentuk siapa diri kita.
Kita perlu meluangkan masa untuk berfikir dan menentukan apa pekerjaan yang dimahukan dalam kehidupan, supaya apabila peluang itu datang, kita akan terus mengambilnya.
Disebabkan masih mahu berdakwah, menulis dan dalam masa sama menjadi seorang doktor, saya dibukakan mata untuk melihat peluang bagi membina karier dan pekerjaan dalam bidang tersebut.
Siapa yang kita mahu jadi menentukan tempat kerja dan dengan siapa kita bekerja. Kita meluangkan separuh masa kehidupan di tempat kerja.
Bagaimanakah kita hendak tahu apa pekerjaan yang sesuai untuk kita?
IMAN Publication Bukan Untuk Dijual
Fikirkan semula apa nilai dan potensi kita yang boleh diberikan kepada dunia, dan kemudian cari peluang untuk menyumbang dalam bidang tersebut. Barangkali bidang kepimpinan, pengekodan atau reka bentuk. Barangkali juga berkaitan sains atau penulisan.
Setelah mengenal pasti bidang yang diminati, terokai dengan lebih mendalam bidang tersebut sehingga akhirnya kita temui jawapan, sama ada kita memang betul-betul bagus dalam bidang itu ataupun sebaliknya.
Bagaimanakah pula hendak menentukan baik atau bagusnya kita? Antara jawapannya adalah, apabila kita buat perkara itu, kita merasakan seperti sedang bermain berbanding sedang bekerja.
Walaupun ada waktunya kita rasa “Monday blues” dan malas, tetapi pada kebanyakan masa ia tidak akan selalunya begitu. Ia merupakan kombinasi antara minat dan juga kepakaran. Kadangkala pekerjaan itu susah, tetapi kita gembira membuatnya. Kalau kita berseronok melakukan perkara tersebut pada kebanyakan waktu, barangkali kita telah membuat pilihan yang betul.
Akan tetapi jika kita asyik mengeluh, merungut, atau berasa berat hendak pergi bekerja, barangkali itu petanda bahawa pekerjaan tersebut tidak sesuai dengan kita.
Carilah pekerjaan yang membolehkan kita betul-betul bagus dengannya, dan rasa seronok dengan kerja itu. Itulah hakikat kegembiraan dalam kehidupan.
IMAN Publication Bukan Untuk Dijual
2. Di mana tempat tinggal?
Saya tidak menyedari kepentingan lokasi tempat tinggal sehinggalah saya membeli rumah sejurus pulang ke Malaysia. Saya tidak berfikir panjang apabila ibu saya siap-siap menempah sebuah rumah baru di kawasan Sungai Buloh selepas saya menyatakan hasrat untuk membeli rumah (bendera merah; apabila ibu bapa masuk campur dalam urusan penting dalam kehidupan, ada waktunya kesan keputusan itu sifatnya berpanjangan). Pada waktu itu, saya baru setahun pulang setelah menetap di luar negara. Saya tidak pernah tahu tentang ilmu hartanah. Yang saya tahu pada waktu itu adalah, ramai kawan sebaya saya sudah memiliki rumah, maka saya harus juga memiliki rumah (bendera merah kedua; pilihan dipengaruhi oleh teman sekeliling, bukan atas sebab yang jelas dan difahami kesannya). Disebabkan mahu mentaati dan menjaga hati ibu bapa kerana sudah lapan tahun tidak balik ke Malaysia, maka saya berasa serba salah jika tidak mengikut cakap mereka (bendera merah ketiga; buat keputusan kerana serba salah). Tambahan pula, saya juga fikir bahawa keperluan membeli hartanah pada usia muda agak logik, maka saya setuju untuk membeli rumah pertama. Pekerjaan saya ialah doktor pensyarah pelatih, maka permohonan pinjaman perumahan saya amat mudah diluluskan oleh pihak bank walaupun saya tidak memiliki sebarang pinjaman lain. Namun, setelah memiliki rumah itu, banyak masalah yang tidak diketahui berlaku. Tidak ada yang memberi amaran kepada saya bahawa kos sebuah rumah bukan setakat pada bayaran bulanan IMAN Publication Bukan Untuk Dijual sahaja, tetapi juga pada bayaran kos guaman, pengubahsuaian, penyelenggaraan dan lain-lain lagi.
Pembelian rumah disangka akan menjadi pelaburan yang membawa masuk wang secara pasif ke dalam akaun bank saya, namun akhirnya menjadi kerugian bagi saya.
Bukan itu sahaja, bahkan rumah itu jauh dari tempat kerja mahupun rumah ibu bapa saya. Oleh sebab tuntutan pekerjaan saya bersifat mengikut giliran di pelbagai hospital sepanjang waktu pengajian sarjana, rumah itu tidak sesuai untuk saya duduki.
Tempat tinggal menentukan jarak masa kita dengan tempat kerja. Kita membazirkan hampir 10% hingga 20% masa seharian di jalan raya semata-mata.
Oleh sebab itu, pilihan untuk bekerja dari rumah atau manamana tempat lain dapat membantu mengatasi masalah pembaziran masa di jalan raya ini – meskipun ia bukan pilihan yang terbaik dari segi budaya kerja. Kita masih boleh menyelesaikan tugas walaupun tidak berada di pejabat.
Selain itu, lokasi tempat tinggal sangat penting dalam menentukan kebolehcapaian kita kepada kemudahan yang diperlukan untuk hidup seperti pengangkutan (tren dan lebuh raya yang tidak sesak), makanan yang sihat, tempat rawatan kesihatan, dan lain-lain lagi.
Lokasi tempat tinggal juga akan menentukan siapa komuniti kita. Pilihan kita untuk hidup di situ sangat membentuk kehidupan kita. Misalnya, aktiviti surau dan kemasyarakatan – malah mendengar suara azan pun – sangat membentuk hati dan peribadi kita. Di Scotland, sepanjang lapan tahun hidup di sana, saya tidak dapat menikmati suara azan. Di Malaysia, suara azan sering dipandang remeh dan diabaikan.
Pemilihan lokasi tempat tinggal yang baik juga memudahkan kita berjumpa dengan rakan baru untuk menambah rangkaian kenalan.
IMAN Publication Bukan Untuk Dijual
Di Lembah Klang, terdapat lebih ramai usahawan muda berbanding negeri lain. Bertemu dan bergaul dengan mereka pada waktu bekerja lebih mudah.
Begitu juga aktiviti sukarelawan NGO dan pembelajaran agama. Kebanyakan program dibuat di kawasan universiti atau tempat tumpuan aktivis. Maka, tinggal berdekatan dengan komuniti besar yang meminati perkara tersebut akan membentuk kehidupan kita.
Lokasi tempat tinggal juga menentukan lokasi sekolah anakanak. Amat penting jika rumah, tempat kerja dan sekolah anak-anak berada pada jalur jalan yang sama, atau di kawasan yang mudah diakses dari sudut pengangkutan. Perancangan ini sangat membantu dalam pengurusan masa dan kehidupan.
Selain harga (walaupun harga sering menjadi faktor utama), pilihlah rumah yang memberikan kesan paling optimum dalam kehidupan yang dimahukan.
3. Siapa pasangan hidup dan teman rapat? Memilih siapa orang yang akan mengelilingi kehidupan kita adalah antara keputusan paling penting yang harus dibuat dalam hidup. Pasangan hidup kita sangat berpengaruh dalam mencorakkan siapa diri kita dan cara kita melihat diri. Pasangan kita itu sama ada akan meningkatkan potensi kita atau menekan potensi kita. Pasangan hiduplah yang memberi kesan paling besar dalam kehidupan kita. Selain pasangan, orang yang paling memberi kesan besar dalam kehidupan kita ialah orang yang paling banyak kita luangkan masa IMAN Publication Bukan Untuk Dijual dengannya; sama ada di dalam atau di luar tempat kerja.
Orang yang kita pilih untuk bersama ialah orang yang kita mahu jadi sepertinya. Alike will attract alike. Jika kita mahu menjadi orang yang memiliki nilai moral dan agama yang tinggi, carilah pasangan hidup dan teman rapat seperti itu juga. Kita ialah cerminan lima orang yang paling rapat dengan kita.
Dalam memilih pasangan hidup, sering kali faktor emosi memainkan peranan dalam membuat pilihan. Oleh sebab itu, disebabkan besarnya impak pasangan hidup ini, maka kita tidak boleh membuat keputusan dalam keadaan tidak bersedia ataupun disebabkan tekanan rakan atau keluarga. Perkahwinan juga terjalin bukan semata-mata atas perasaan, tetapi atas dasar kesedaran dan kefahaman untuk membina sebuah keluarga yang mempunyai visi dan misi hidup yang sama.