
2 minute read
Buat Pilihan untuk Diri Sendiri
“Anda boleh mendengar orang yang berkerumun atau anda boleh mendengar jiwa anda berada di atas pentas anda sendiri.” (Vex King)
Setiap daripada kita ada keunikan tersendiri. Ia merupakan satu rahmat. Tidak ada dua orang manusia yang serupa walaupun kembar seiras. DNA kita memiliki keunikan tersendiri. Semenjak kecil, kita diajar untuk sentiasa menjadi diri sendiri. Akan tetapi, semakin kita dewasa, kita mula terpengaruh dengan orang sekeliling. Fenomena ini dinamakan “social proof”, iaitu apabila kita merasakan perlu mengikut orang sekeliling supaya diterima oleh mereka. Identiti unik kita kemudian mencair bersama mereka dan kita pun mengikut kemahuan mereka. Apabila kita hanya mengikut kemahuan orang sekeliling, kita tidak akan menonjol dan tidak dapat melihat kehidupan berbeza daripada yang dilihat oleh orang ramai. Memang benar, lazimnya orang yang rapat dengan kita mahukan yang terbaik untuk kita, khususnya ibu bapa kita. Tidak ada ibu bapa yang mahu perkara buruk terjadi kepada anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, tidak semestinya mereka faham akan perkara yang terbaik untuk kita. Barangkali mereka membuat keputusan bagi pihak kita disebabkan oleh rasa takut dan persepsi yang ada dalam diri mereka. IMAN Publication Bukan Untuk Dijual “Kalau tak kerja kerajaan, nanti susah nak dapat pencen. Susah hidup kau.”
Advertisement
“Kau jadilah doktor, nanti kalau mak abah kau sakit senang kau tolong rawat.”
“Kau tak payah buat bisnes. Tengok pak long kau; gadai rumah sebab bisnes, selepas itu muflis. Anak bini semua tinggalkan dia.”
Disebabkan ketakutan mereka itu, maka pilihan dan keputusan mereka “dipaksakan” kepada kita tanpa disedari. Sedangkan kehidupan generasi ibu bapa berbeza dengan generasi anak.
Generasi baby boomers (lahir 50-60an) membuat pilihan kerjaya berpaksikan jaminan pekerjaan. Akan tetapi, generasi setelahnya (Gen X dan Gen Y) berbeza. Malah, dari sudut tenaga kerja sendiri, kemahiran sekarang jauh berbeza dari dahulu. Disebabkan oleh ledakan maklumat, orang muda amat mudah menjalankan perniagaan. Perniagaan juga sudah mula diterima sebagai bidang pekerjaan yang berjaya.
Oleh sebab itu, kitalah yang harus bertanggungjawab dalam membuat keputusan itu sendiri. Kita boleh mendengar nasihat dan saranan daripada orang-orang terdekat, tetapi akhirnya jika kita tidak membuat keputusan sendiri, maka orang lain yang akan menentukannya buat kita.
Ia normal jika kita takut untuk membuat keputusan yang tidak diketahui akibatnya. Pada kebanyakan waktu, kita terburu-buru membuat keputusan disebabkan tidak begitu memikirkan kesannya.
Membuat pilihan itu sukar bukan kerana ia pertimbangan antara dosa dan pahala; amal kebajikan atau maksiat. Jika ia melibatkan perkara tersebut, tentulah kita lebih mudah memilih. Sudah pasti kita akan menjauhi perkara dosa dan maksiat.
Akan tetapi, membuat keputusan itu sukar kerana ia pilihan antara perkara yang baik dan perkara yang terbaik untuk kita. Kedua-dua pilihan adalah baik, tetapi mana satu yang terbaik untuk kita, khususnya pada masa itu?
IMAN Publication Bukan Untuk Dijual
Tidak mengapa jika kita memerlukan masa.
Namun, gunakan masa itu untuk mengkaji, bertanya, dan melihat kehidupan yang dimahukan. Carian Google sangat membantu kita untuk mendapatkan jawapan.
Walaupun kita mudah terpengaruh dengan pandangan ibu bapa dan rakan-rakan, namun ambil juga pendapat yang tidak berat sebelah daripada orang yang tidak mengenali diri kita. Hal ini kerana kadangkala orang asing itu lebih jujur dan ikhlas dalam memberi pandangan daripada orang yang dikenali. Pandangan mereka lebih neutral. Cuma ambillah pendapat orang yang boleh dipercayai dan ada kredibiliti. Yang perlu kita atasi ialah ketakutan untuk membuat keputusan. Kita tidak akan tahu sama ada keputusan itu salah ataupun tidak, selagi kita tidak membuat keputusan. Terkadang kita menunggu kerana mahu maklumat yang lengkap atau mahu buat keputusan paling sempurna, tetapi keadaan itu amat jarang berlaku. Maka, buatlah keputusan dengan mencari maklumat secukupnya, berikan masa dan tarikh akhir untuk membuat keputusan. Kemudian, putuskan perkara tersebut. IMAN Publication Bukan Untuk Dijual