Aznan Omar : Manusia dan Gajet (Aznan Omar : Man & Gajet)

Page 1

1




17 . 01 - 30 . 03 . 2019 Creative Space Balai Seni Negara Penerbit Balai Seni Negara No 2 Jalan Temerloh Off Jalan Tun Razak 53200 Kuala Lumpur T... 603 4026 7000 F... 603 4025 4987

Ketua Editor Prof. Dato’ Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa Editorial Alizam Hasan Osmihamidy Osman Hartini Yajid Rosaniza Abbidin Penolong Kurator Muhamad Adziim Abd Wahab

Rekabentuk Nuzaihan Mustapa Zasreen Zainal Percetakan Media LPSVN ISBN 978-967-0914-31-2

Detail Depan : ‘Non Face To Face’ 2014 Kepingan Aluminium Instalasi

© 2019 Balai Seni Negara Hakcipta terpelihara. Karya yang disiarkan di dalam penerbitan ini tidak boleh diterbit semula dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa-apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Balai Seni Negara. www.artgallery.gov.my


KANDUNGAN 06.. Pengenalan 08..

Aznan Omar : Manusia Dan Gajet

14..

Karya-Karya

36..

Biografi Artis

38.. Penghargaan


MANUSIA DAN GA JET

Pameran solo Aznan Omar-Manusia dan Gajet merupakan projek penyelidikan dan pameran yang bertujuan untuk mentafsir semula interaksi di antara manusia dengan gajet melalui pengguna teknologi mudah alih menerusi gaya hidup digital. Projek ini dibentuk bagi menghasilkan satu aras kepada perkembangan di dalam meneroka, menilai dan memperkenalkan fenomena gaya hidup digital masyarakat sekarang melalui keunikan pendekatan seni visual. Projek ini juga merupakan sebahagian daripada penyelidikan pelukis dalam bidang pengajian Doktor Falsafah Studio Seni Halus. Manusia dan Gajet adalah representasi interaksi yang berlaku di antara manusia dengan mesin (gajet) menerusi gaya hidup digital melalui teknologi mudah alih. Penghasilan siri karya seni arca ini merupakan interpretasi semula fenomena masyarakat tentang pengalaman gaya hidup seharian pengguna menerusi elemen interaksi sosial, tingkah laku dan obsesi terhadap alat teknologi mudah alih. Penerokaan idea terhadap aspek gaya hidup digital di dalam siri karya solo ini melibatkan isu amalan masyarakat terhadap teknologi, ikon dan simbol, trend penyebaran dan perkongsian sosial serta budaya berhibur menerusi hiburan mudah alih. Penghasilan berpandukan pada Teori Aktiviti oleh Engestrรถm, Y. (1987), yang digunakan sebagai panduan kontekstual yang menjadi asas kepada penghasilan projek studio.

6


Pameran solo yang melibatkan bidang seni arca amat kurang dipertontonkan dewasa ini. Pameran solo ini secara tidak langsung dapat memberi sumbangan dalam memberi koleksi simbolik visual dan perkaitan isu-isu kolektif budaya baharu dalam konteks gaya hidup popular masyarakat menerusi ruang realiti dan maya. Karya-karya dalam Pameran Solo ini berpotensi memberi impak dalam penjanaan pemahaman terhadap trend dan amalan gaya hidup digital yang bersifat variasi, sentiasa berubah-ubah dan membentuk budaya popular menerusi semangat dan tingkah laku, keinginan dan kepuasan serta ekspresi masyarakat. Penerokaan seni arca sebegini bakal melahirkan persepsi baharu terhadap pemahaman interaktiviti pengguna teknologi terkini yang mencorakkan budaya baharu dan membina sikap dan tingkah laku di dalam menjalani kehidupan berteknologi. Projek dan pameran solo yang dijalankan ini diharap dapat menghasilkan kefahaman dan meningkatkan tahap aprisiasi masyarakat terhadap objek seni yang berkaitan dengan budaya baharu gaya hidup digital yang sedang diamalkan di Malaysia. Di samping itu pameran solo ini juga diharap dapat membantu dalam memperjelaskan hubungan dan perkongsian ilmu di antara pelukis, masyarakat dan pendidik.

7


AZNAN OMAR : MANUSIA DAN GA JET oleh Faizal Sidik

Masyarakat hari ini terutamnya di Malaysia sangat berbeza dengan kehidupan masyarakat pada 50 atau 60 tahun sebelumnya. Sebagai sebuah negara pertanian selepas kemerdekaan, Malaysia memasuki fasa kedua sebagai sebuah negara perindustrian pada awal tahun 1980-an. Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan oleh kerajaan membawa Malaysia sebagai sebuah negara yang pesat membangun sehingga dikenali sebagai The Asian Tiger atas kekuatan ekonominya. Penciptaan komputer dan evolusinya telah membawa kepada penciptaan-penciptaan yang sukar untuk dipercayai oleh masyarakat dahulunya. Memasuki era teknologi maklumat mahu atau tidak mahu Malaysia perlu mengikut rentak negara-negara yang agak kehadapan ke arah itu maka Koridoraya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) telah dibangunkan pada pertengahan tahun 1990-an seperti model yang terdapat di Silicon Valley. Maka syarikat-syarikat luar yang berasaskan media telah diberi status MSC dalam menjalankan penyelidikan dan pelabur media baru seperti telekomunikasi, animasi dan media baru. Inkubator-inkubator sebegini di serata dunia ini telah menjadi makmal terhadap penciptaan manusia pada hari.

8


Kehadiran internet atau jaringan-jaringan yang menghubungkan antara satu sama lain seperti jaring pada sarang labah-labah telah memacu perkembangan teknologi perhubungan pada hari ini dan pada masa yang sama telah mengubah persekitaran kehidupan manusia. Teknologi yang juga world wide web atau www ini pada awalnya telah digunakan oleh Pentagon bagi kegunaan dalaman ketenteraan terhadap misi keselamatan dan peperangan telah dikomersialkan kepenggunaannya kepada orang awam. Pembinaan enjin carian yang terawal seperti Internet Explorer, Yahoo, Mozilla Firefox dan yang popular pada hari ini Google telah membuka era baru maklumat kini berada di hujung jari dengan adanya kabel internet di pejabat dan rumah. Wujudnya capaian terkini melalui wifi atau internet tanpa wayar membolehkan manusia berkomunikasi walau di mana sahaja mereka berada; di atas kapal laut, kapal terbang di udara. Malah di kutub utara sekalipun manusia masih boleh berhubung. Sebagai makhluk sosial manusia sememangnya tidak boleh hidup keseorangan. Di dalam Al-Quran surah Al-hujurat ayat 13 Allah S.W.T. ada menyebut â€&#x;Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah

9


menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).″ Ayat ini mengajak umat manusia bukan untuk bermusuhan terhadap perbezaan yang ada pada pada mereka dari segi warna kulit, bangsa dan agama tetapi untuk memakmurkan bumi ini. Dalam kata lain perihal ini bermaksud manusia bukan sahaja menjaga hubungannya dengan pencipta secara vertikal, apa yang disebut sebagai ‘hablumminallah’ tetapi juga hubungan dengan manusia, alam dan haiwan secara horizontal atau ‘habluminanass’. Bidang seni dan rekaan juga tidak terlepas daripada terbias dengan fenomena baru yang menyerang masyarakat dunia pada hari ini. Seniman hidup di dalam masyarakat, persekitaran bermasyarakat yang menjadi inspirasi mereka dalam menghasilkan bentukan yang mewakili masyarakatnya. Aznan Omar bukanlah Creative Space nama baru dalam pengarcaan, pameran solo kedua beliau di Balai Seni Negara yang bertajuk ‘Manusia dan Gajet’ adalah refleksi pelukis terhadap fenomena gaya hidup digital masyarakat kita pada hari ini. Karya ini boleh dianggap kritikan sinis beliau terhadap kegilaan masyarakat kita pada hari ini terhadap penggunaan telefon mudah alih sebagai interaksi sosial.

10


Perubahan perhubungan ini bukan sahaja merubahkan persekitaran masyarakat dari segi sosial malah dari sudut budaya iaitu bahasa juga telah berlaku. Misalnya istilah-istilah yang dicipta oleh pengguna telefon mudah alih seperti selfie, wefie, viral, hashtag dan lain-lain telah memaksa badan perancangan bahasa di negara ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka mencari padanan yang sesuai bagi memenuhi permintaan bahasa masyarakat pada hari ini seperti swafoto, foto, tular dan tanda palang bagi istilah-istilah baru itu tadi agar masyarakat lebih memberi keutamaan menggunakan bahasa kebangsaan bagi urusan rasmi atau perhubungan. Terdapat tiga isu utama yang dilontarkan oleh Aznan dalam penghasilan karya-karya dalam pameran solo ‘Manusia dan Gajet’ ini. Pertama, ialah interaksi manusia dengan alat teknologi mudah alih melibatkan penerokaan karya dari sudut amalan, tingkah laku dan obsesi pengguna dalam menjalankan aktiviti komunikasi digital. Kedua, pengutaraan karya dari sudut aktiviti perkongsian sosial yang melibatkan gaya hidup berswafoto dan berkongsi gambar di media sosial. Pengalaman swafoto, isu berkaitan tular (viral) dan aktiviti bergambar secara beramai-ramai juga dijadikan tema di dalam kajian ini. Ketiga pula, merupakan penerokaan kajian ke atas gaya hidup berhibur menerusi hiburan digital yang melibatkan aktiviti melayan muzik dan bermain permainan digital mudah alih (games).

11


Sejarah media sosial boleh dikatakan bermula dengan penemuan mel surat elektronik seperti yahoo.com dan gmail.com. Revolusi ini telah menghasilkan bentuk perhubungan yang lebih menarik dan interaktif seperti penerbitan penulisan diari atau dokumentari seperti blog dan wordpress. Kelangsungan daripada itu terbentuk pula media sosial dalam bentuk video, gambar dan multimedia seperti You Tube, Facebook, Twitter, dan yang terkini Instagram. Dalam ‘Non Face To Face’ (2017) kelihatan sekumpulan figura duduk di dalam kumpulan namun tidak memandang antara satu sama lain. Manakala di bahagian kepala tersebut kelihatan ikon media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Twitter, Wechat dan lain-lain. Kemahiran Aznan Omar dalam membentuk figura dengan menggunakan kepingan aluminium memperlihatkan karya-karya arca berdiri sendiri (free standing) yang dihasilkan dalam pelbagai variasi kedudukan dan pada masa yang sama telah menyelesaikan permasalahan tapak arca. Sebanyak 20 karya yang dipamerkan dalam pameran ini iaitu 10 karya arca dan 10 karya arca timbulan. Dalam karya interaksi ‘Interaksi Bawah Meja’ (2018) yang menggunakan bahan kepingan aluminium misalnya lapan figura yang sedang duduk di dalam meja bulat namun masing-masing dengan aktiviti masing-masing menggunakan telefon pintar. Kelihatan minda iaitu di bahagian kepala figura tersebut ikon-

12


ikon yang terdapat di dalam media sosial seperti tanda suka (liked) dan bersembang (chat). Di dalam karya ‘From Vitual to Everyday Life’ (2018) dan ‘Gerak Layan’ (2018) arca dinding dan arca kinetik ini memperlihatkan pengaruh karya-karya Bruce Nauman yang menggunakan tiub neon dalam memberi pergerakan kepada figura seperti ‘Five Marching Man’ (1985) dan ‘Mean Clown Welcome’ (1985). Kesimpulannya, karya-karya Aznan Omar boleh dikatakan telah memberi sumbangan terhadap penggunaan bahan logam seperti aluminum dalam perkembangan seni arca di Malaysia. Isu yang dibawa oleh beliau terhadap perilaku pengguna gajet media sosial di kalangan masyarakat kita pada hari ini adalah komentar sosial-budaya terhadap masyarakat yang telah menghakis perhubungan sesama manusia.

13


‘Non Face To Face’ 2014 Kepingan Aluminium Instalasi

14


‘#Hashteg Followers’ 2014 Kepingan Aluminium, Aluminium Foil dan Cat 142 x 86 cm

15


‘Interaksi Bawah Meja’ 2015 Kepingan Aluminium, Perspex Instalasi

16


‘Distracted Walking’ 2014 Kepingan Aluminium dan Paster of Paris Instalasi

17


‘Wefie’ 2015 Kepingan Aluminium Instalasi

18


‘Icons Man: Running’ 2014 Media Campuran Instalasi

19


‘Mobile Entertainment’ 2015 Aluminium Plate 142 x 86 x 18 cm

20


‘Viral Selfie’ 2015 Kepingan Aluminium Instalasi

21


‘Baby obsessed’ 2018 Aluminium Plate, Net 91.5 x 91.5 cm

22


‘Hanging Like Spidy’ 2018 Aluminium 153 X 153 cm

23


‘Apps for Cats II’ 2018 Aluminium 95 x 95 cm

24


‘Boy Incredible Hulk’ 2018 Aluminium 125 x 140 cm

25


‘Gerak Layan’ 2017 Kepingan Aluminium Instalasi

26


‘Bola Mata’ 2015 Aluminium Plate 127 x 127 x 26 cm

27


‘Digital Life Style’ 2017 Aluminium Plate, Net 91.5 x 61 cm 28


‘Game Over’ 2018 Aluminium pelbagai saiz 29


‘Apps for Cats’ 2018 Aluminium Pelbagai saiz

30


‘Bermacam Ragam’ 2017 Aluminium Cast 60 x 84 cm

31


‘Viral...Ikan Makan Ikan’ 2015 Aluminium Cast 60 x 84 cm

32


‘Pintu-Pintu Mudah Alih’ 2018 Pintu Kayu Instalasi

33


‘WhatsApp... Pesan Mak 2018 Aluminium Plate, Net 85 x 85 cm

34


‘Pokemon Go’, 2017 Kepingan Aluminium Pelbagai Dimensi

35


2000 2000 1993

The Winner, Public Sculpture Competition, National Art Gallery, Kuala Lumpur. Juror’s Awards The Young Contemporary. National Art Gallery. 1st Prize, Art and Photography, Lumut, Perak.

Exhibitions

Aznan Omar Present Position : Senior Lecturer Artist/Sculptor. Faculty/Campus : Faculti Seni Lukis dan Seni Reka (Fine Art) UITM, Seri Iskandar, Perak. Qualification : 2008 2000 1996

MA Art As Environment, MMU Manchester, United Kingdom. BA (Hons) in Fine Art, Faculty of Art And Design, UITM, Shah Alam, Selangor. Diploma in Art and Design (Fine Art), ITM Shah Alam, Selangor.

Awards 2011 2006 2004 2003 2003 2002 36

Anugerah Perhidmatan Cemerlang, UITM, Perak. Consolation Prize. Piala Seri Endon Craft Category. Juror’s Awards The Young Contemporary. National Art Gallery, Kuala Lumpur. Honourable Mention, Philip Morris Art Awards. N.A.G, Kuala Lumpur. Anugerah Perhidmatan Cemerlang, UITM, Perak. Consolation Prize, Seni Reka Sejadah Kebangsaan. National Art

2017 2016 2015 2014 2013 2012 2011

‘Publikart’, Anjung, Iskandar Puteri, Johor Baharu. Kami Show 20/50, Galeri Al Biruni, UITM, Perak. ‘Transit A2’ House Of Matahati, Ampang, Kuala Lumpur. ‘Shah Alam Biennale’ Galeri Tapak, Shah Alam, Selangor. ‘NEW MAKINGS’ Plimsoll Gallery (Tasmanian College of the Arts, Hunter Street, Hobart, Tasmania). ‘INTERNATIONAL BRONZE CASTING’ (1MCAT 2015), National Art Gallery, Kuala Lumpur. ‘NEW MAKINGS’ (An International Collaborative Visual Arts Project). Balai Seni lukis Melaka. ‘MELIKIS PUISI : Sebuah Penceritaan Puisi-Puisi Pyan Habib’. HOM Art Trans, Whitebox, MAP@ Publika Solaris, Kuala Lumpur. ‘HITAM PUTIH’ 2014 Penang Art Open, Balai Seni Lukis. ‘STADTHUYS’ Warisan Sejarah, Balai Seni lukis Melaka. ‘ SUARASA 3’ Segaris Art Center, Solaris, Kuala Lumpur. ‘ SUARASA 2’ Segaris Art Center, Solaris, Kuala Lumpur. ‘REZEKI’, Chandan Galerry, Solaris, Kuala Lumpur. ‘PRECIOUS LITTLE PIECES’, Wei-Ling Gallery Kuala Lumpur. Pameran ‘KAMI’, Galeri FSSR UITM, Perak. Staf Show, UITM, Perak Gallery. Sculpture Exhibition ‘JAGA’ National Art Gallery, Kuala Lumpur. Nature Exhibition, Puncak Gallery Selangor. Solo Show, ‘MENCETAK SATIRA’, House of Matahati, Kuala Lumpur. The 8th Asia Fiber Art (AFA) UITM Perak Gallery.


2010 2009 2008 2007 2006 2005 2004 2003 2002

‘SELECTED ITEM-PROCESS’, UITM Perak Gallery. ROAR of the brutalists, Core Gallery, Kuala Lumpur. The Young Contemporary 2010, National Art Gallery, Kuala Lumpur. Art Expo Malaysia 2010, Matrade Exhibition and Convention Centre, Kuala Lumpur. Pelita Hati. Young Malaysian Artists. New Object(ion), Petronas Gallery. Artriangle Malaysia Philippines Indonesia Singapore, N.A.G. ‘BOLEH’ Taksu Gallery, Singapore. ‘LOCALS ONLY’ Taksu Gallery, Kuala Lumpur. ‘EIGHT 4 ONE’ RA Fine Arts, Kuala Lumpur. POINT BLANK. House Of Matahati, Ampang, Kuala Lumpur. “The Beauty of The Malay Intellect”, Balai Seni Lukis Negara. Pameran Amal Palestin, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. ‘VIRUS’ NN Gallery, Kuala Lumpur. ‘ILHAM 3’, Sculpture show, Pelita Hati’s House of Art, Kuala Lumpur. SERANGKAI RUPA, Galeri Tuanku Nur Zahirah UITM Shah Alam, Selangor. MA Show, Manchester Metropolitan University. Manchester. ‘Kami 3’ Balai Seni Lukis Penang, Malaysia. ASEAN Ceramic Workshop, UITM Perak Gallery, Perak. Batik Design competition, Soft Furnishing and Handicraft Category, Berjaya Time Square, Kuala Lumpur. Pameran ILHAM, FSSR Gallery, UITM Shah Alam. Open Show, UITM Perak Gallery, Perak. The Yong Contemporaries Competition 2000. N.A.G, Kuala Lumpur. Philip Morris Art Awards 2003, National Art Gallery, Kuala Lumpur. Pameran Pasca Kem Seni Ilham Sains, ‘ALAMI PUNCAK’ N.A.G, Kuala Lumpur. PAMERAN TERBUKA. National Art Gallery, Kuala Lumpur. Seni Reka Sejadah Kebangsaan. National Art Gallery, Kuala Lumpur.

2001 2000 1999 1998 1997 1996 1995 1994

Oita International Sculpture Show. Oita Japan. ILHAM 2001. Shah Alam Gallery, Selangor. ‘KAMI’ Faculty of Art and Design UITM, Perak. Fakulti Show, FSSR Gallery, UITM Shah Alam, Selangor Painting and Sculpture Show, Festival Pekan Seni Ipoh V, Perak. Philip Morris Art Awards 2000, National Art Gallery, Kuala Lumpur. The Yong Contemporaries Competition 2000. N.A.G, Kuala Lumpur. Painting and Sculpture Show, Festival Pekan Seni Ipoh IV, Perak. Painting and Sculpture Show, Festival Pekan Seni Ipoh III, Perak. PRA-KASSEL, NN Gallery, Kuala Lumpur. International Art Exhibition, ‘INSIDE’ Project-group STOFFWECHSEL, Kassel, Germany. Karya Seni Kreatif Kebangsaan PNB ’97, Kuala Lumpur. Miniature Painting, Shah Alam Gallery, Selangor. X=Pro+Form, Creative Central, National Art Gallery, Kuala Lumpur. Sculpture Show, National Art Gallery, Kuala Lumpur. CENTRAL ATTRACTIONS, Central Academy of Art, Kuala Lumpur. INSPIRATIONS-1, Metro Art and Isetan Gallery, Kuala Lumpur. Group show ‘TO DRAW’, KSSR Gallery, ITM Shah Alam, Selangor. Artistic Soul of Malaysia 96, Pelita Hati and Star Hill, Kuala Lumpur. Landscape and Architecture Mosque, Shah Alam Gallery, Selangor. Open Show, Shah Alam Gallery, Selangor. FLOWER POWER, Bank Negara Gallery, Kuala Lumpur. Preview Sculpture, KSSR Gallery, ITM Shah Alam, Selangor, Malaysia. Diploma Show, KSSR Gallery, ITM Shah Alam, Selangor. Open Show, Kedah Gallery, Kedah. Kenyir Ecofes, Kenyir, Terengganu.

37


PENGHARGAAN

38


39


40


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.