Akta Universiti dan Kolej Universiti

Page 1


Marilah memahami sejarah dahulu Secara umumnya rakyat Malaysia menganggap Peristiwa Mei 13 adalah rusuhan kaum. Pada hakitatnya, UMNO sedang berlakunya perebutan kuasa dalaman pada masa itu yang mencetuskan Peristiwa Mei 13. Malaysia diisytiharkan darurat kemudiannya, Parlimen tidak berfungsi, Majlis Gerakan Negara yang bertindak seperti kerajaan tentera ditubuhkan untuk mengawasi negara. Ketika itu, mahasiswa/i mengkritik tindakan UMNO yang mencetuskan rusuhan kaum melalui the Malay Mail. Mereka merupakan golongan elit intelektual dari Universiti Malaya, iaitu satu-satunya institut pengajian tinggi berakademik di Malaysia. Selepas meneliti laporan berkenaan, MAGERAN bercadang menggubal akta untuk menyekat kebebasan mahasiswa/i Oleh itu, Menteri Pendidikan pada masa itu Hussein Onn menggubal AUKU dalam persidangan Parlimen, bertujuan untuk menghalang mahasiswa/i memegang jawatan utama seperti Setiausaha Agung, tetapi masih membenarkan mahasiswa/i menjadi ahli parti politik. Untuk melaksanakan Dasar Ekonomi Baru, kerajaan menubuhkan beberapa universiti termasuk Universiti Sains Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia (kini dikenali Universiti Putera Malaysia), Universiti Kebangsaan Malaysia dan lain-lain. Penubuhan universiti berkenaan adalah mengembangkan ekonomi negara terumatamnya menyelesaikan masalah kemiskinan. Tetapi masalah itu tidak dapat diselesaikan, hal ini boleh ditunjukkan seperti perhimpunan petanipetani Baling dan peneroka bandar di Tasik Utara. Mahasiswa/i berjuang bersama-sama dengan rakyat bagi memelihara hak asasi. Pihak pemerintah amat bimbang kehilangan kuasa pemerintahan, mereka menggubal AUKU untuk membanteraskan gerakan mahasiswa/i. AUKU digubal pada tahun 1971 dan dipinda sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 1975, 1983, 1996 dan 2008


Penggubalan pada tahun 1971 membenarkan ahli bukan akademik untuk menjadi ahli Majlis Senat. Mahasiswa/i dihalang memegang jawatan tinggi dalam persatuan, kesatuan sekerja dan parti politik, tetapi boleh menjadi ahli bagi pihak berkenaan. Pindaan 1975 lagi menekan kebebasan bersuara dan berpersatuan, menghalang mahasiswa/i menyertai persatuan, kesatuan sekerja dan parti politik di luar kampus, mahasiswa/i dihalang sekali menyatakan sokongan atau bantahan kepada sesiapa pun. Tindakan memecahkan solidariti mahasiswa/i dan ahli akademik. Mahasiswa/i tiada ada hak membuat keputusan seperti ahli akademik. Pindaan ini dilakukan oleh Mahathir, semasa dia menjadi Menteri Pendidikan. Pindaan 1983, penambahan seksyen pengecualian bagi pertubuhan Universiti Islam Antarabangsa. Pindaan 1996, pengkorporatan universiti dan penswastawaan institut pengajian tinggi. Pindaan 2008, kawalan terhadap siswazah (Master dan PhD), kebebasan dan hak asasi mahasiswa/i masih tidak berubah.


Bagaimana pulak zaman sekarang? Seksyen kontroversi Seksyen 4: Menteri boleh melantik sesiapa ke dalam IPTA bagi apa-apa jawatan sahaja pada bila-bila masa. Seksyen 15(1): Pelajar tidak perlu dapat kebenaran daripada Naib Canselor untuk menyertai apa-apa pertubuhan dan organisasi selain (a) parti politik (b) pertubuhan haram (c) pertubuhan yang rasa tidak sesuai oleh Naib Canselor selepas berunding dengan Lembaga dan Menteri secara bertulis. Seksyen 15(2): Pertubuhan yang didaftar dalam universiti boleh bergabung dengan pertubuhan dalam dan luar kampus selain (a) parti politik (b) pertubuhan haram (c) pertubuhan yang rasa tidak sesuai oleh Naib Canselor selepas berunding dengan Lembaga dan Menteri secara bertulis. Seksyen 15(3): Naib Canselor harus memberitahu kepada pelajar tentang pertubuhan (1)(c) dan (2)(c)


Seksyen 15(4): Naib Canselor boleh mengecualikan (a)

Terpulang kepada penilaian NC sepenuhnya?

Seksyen 15(5): Pelajar dan pertubuhan tidak boleh menyatakan sokongan atau simpati kepada (a) parti politik dalam dan luar negeri (b) pertubuhan haram dalam dan luar negeri (c) 1(c) 2(c)

Seksyen 15(6): Pelajar boleh (a) boleh menyatakan pendirian tentang akademik (b) pendirian itu bukanlah dinyatakan dalam ceramah atau forum yang dianjur atau ditaja oleh parti politik dalam dan luar negeri, pertubuhan dalam dan luar negeri Seksyen 15(7): Pelajar yang melanggar (1) dan (5) akan dikenakan tindakan tatatertib Seksyen 15(8): Pertubuhan yang melanggar (2) dan (5) akan dikenakan tindakan tatatertib dalam Seksyen 16 Seksyen 15A(1): Pelajar dan pertubuhan dilarang mengutip derma Seksyen 15A(2): Sesiapa yang melanggar (1) akan dikenakan tindakan tatatertib Seksyen 15A(3): Naib Canselor boleh mengecualikan (1) mengikut budibicaranya Seksyen 15B: Kalau pertubuhan atau individual dalam pertubuhan itu melanggar undang-undang, orang yang mengendalikan pertubuhan, atau penolongnya akan


dikenakan tindakan tatatertib, pertubuhan itu akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut Seksyen 16 Seksyen 15D(1): Pelajar yang ditahan atas melanggar undang-undang akan dihentikan sebagai seorang pelajar universiti Seksyen 15D(1)(a): Naib Canselor boleh mengecualikan pelajar berkenaan

NC

mempunyai

kuasa

mutlak?

Seksyen 15D(1)(b): Pelajar itu tidak boleh singgah di dalam kampus selagi pembicaraan tidak tamat Seksyen 15D(2): Pelajar yang melanggar (1) akan dikenakan tindakan tatatertib Seksyen 15D(3): Pelajar yang didakwa dalam Kanun Keseksaan, undang-undang pencegahan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri atau melanggar mana-mana akta akan dikenakan tindakan tatatertib Seksyen 15D(4): Pelajar yang didakwa dalam Kanun Keseksaan, undang-undang pencegahan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri atau melanggar mana-mana akta akan dibenar menjalani ujian yang dibicara oleh Menteri melalui Senat selepas mempertimbangkan keselamatan dalam negeri dan keadaan semasa dengan syaratsyarat tertentu Seksyen 15D(5): Menteri boleh membenarkan pelajar yang melanggar (1) untuk menyambungkan pelajaran di universiti lain dengan syarat-syarat tertentu Seksyen 15D(6): Menteri boleh membenarkan pelajar yang dihentikan belajar untuk menyambungkan pelajaran di universiti lain dengan syarat-syarat tertentu Seksyen 15D(7): Pelajar yang melanggar undang-undang selepas dibicara dalam mahkamah termasuk permohonan dan rayuan, jika mahkamah membuat keputusan bahawa pelajar itu tidak bersalah atau telah habis menjalani hukuman, pelajar itu boleh menyambung pelajarannya Seksyen 15D(8): Pelajar yang didakwa dalam Kanun Keseksaan, undang-undang pencegahan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri atau melanggar mana-mana akta jika mahkamah membuat keputusan bahawa pelajar itu tidak bersalah atau telah habis menjalani hukuman, pelajar itu boleh menyambung pelajarannya Seksyen 16: Pertubuhan yang berjaya didaftar dalam universiti boleh dibubar atau diberhentikan operasi mengikut bicara Naib Canselor


Seksyen 48: Majlis Perwakilan Pelajar harus mengikut arahan Naib Canselor, Lembaga berkuasa untuk campur tangan urusan MPP

Kuasa

mutlak

di

tangan

Naib

Cancelor

dan

Menteri,

bagaimanakah pula mahasiswa/i? Selagi kuasa masih tertumpu dan tidak dipulangkan kepada mahasiswa, segala pindaan tidak mempunyai apa-apa erti!

Siapakah mangsa? Siapakah mangsa AUKU?Menurut dokumen Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA), seramai 118 orang mahasiswa/i didakwa oleh AUKU dalam tempoh tahun 1999 sehingga 2012. Hukumannya termasuk diarah hadir ke prosiding, amaran, disaman, pengantungan semester dan dibuang universiti. Selain daripada mahasiswa/ i, AUKU juga mencabuli hak asasi ahli akademik, seperti Abdul Aziz Bari diberi surat amaran untuk meminta penjelasan tentang komennya terhadap tindakan Sultan Selangor yang campur tangan urusan Jabatan Agama Islam Selangor adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, akhirnya beliau diberhenti sebagai seorang profesor. AUKU memberi kuasa mutlak kepada Naib Canselor dan beliau dilantik oleh Menteri Pengajian Tinggi. Sebenarnya AUKU tidak menghalang aktiviti politik masuk ke dalam kampus, tetapi hanya menghalang pihak pembangkang. Hal ini menyebabkan golongan ahli akademik tidak soal isu sosial, hanya boneka kepada pihak pemerintah.


马来西亚青年与学生民主运动 demamalaysia.wordpress.com fb.com/demamalaysia demamalaysia@gmail.com


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.