PBL modul 7

Page 1

CREAM - Current Research in Malaysia Vol.2, No. 1, January 2013: 181-194

Pembelajaran Berasaskan Projek: Takrifan, Teori dan Perbandingannya dengan Pembelajaran Berasaskan Masalah (Project Based Learning: Definition, Theory and a Comparison with Problem Based Learning)) 'NITCE ISA MEDINA MACHMUDI ISA & 2MAI SHIHAH HJ ABDULLAH Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman, 46100 PetalingJaya, Selangor. 2Jabatan Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Email: Initceisa@gmail.com, 2mai.shihah@fsmt.upsi.edu.my

ABSTRAK Selaras dengan ledakan pengetahuan berasaskan komputer dan teknologi pada abad ke-21, kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) atau Project Based Learning (PBL) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2006. Pada awalnya, implementasi kaedah PBP telah dimulakan di sekolah-sekolah bestari perdana. Ini merupakan tinjauan literatur yang membincangkan takrifan dan teori yang digunapakai dalam kaedah PBP. Selain itu, perbandingan kaedah PBP dengan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) atau Problem Based Learning (PBL) turut dibincangkan memandangkan kedua-dua kaedah ini menggunakan akronim yang sama dalam hahasa Inggeris. Berdasarkan tinjauan literatur ini, didapati bahawa kaedah PBP mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri, maka terpulang kepada budi bicara guru yang mengajar untuk mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran (P dan P) bersesuaian dengan kebolehan murid. Kata kunci: Pembelajaran berasaskan projek, sekolah bestari, pembelajaran berasaskan masalah. ABSTRACT In conjunction with the ICT knowledge based in the 20th century, the Project Based Learning (PBL) was introduced by the Ministry of Education in 2006. At the early stages, smart schools are steered to become the pioneer for the implementation of PBL method. This paper covers 181


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
PBL modul 7 by Asnur TTJ2015 - Issuu