Jurnal TS25 N9

Page 1

JURNAL AMALAN TERBAIK, PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2017

TAJUK : The Giant Table Challenge dalam Pembelajaran Abad ke 21 Bagi Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 6 Bijak dalam Tatabahasa Bahasa Inggeris PENGENALAN : Pembelajaran Abad ke 21 bertujuan untuk melahirkan murid yang celik dalam pelbagai aspek. Pelajar abad ke 21 perlu memiliki aspek seperti berupaya menghubungkait di antara subjek yang dipelajari dengan keadaan sekeliling, yakin untuk berkomunikasi, berani mengambil risiko untuk belajar, bijak dan kreatif menjana idea, berkemahiran kritis dan mampu menguasai kemahiran literasi dan mampu untuk berkerja dengan orang lain. Oleh itu, murid 6 Bijak bersedia untuk mengaplikasikan satu amalan terbaik di mana murid belajar secara kumpulan dan berkerjasama menggunakan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah. PERNYATAAN MASALAH: Masalah yang dihadapi oleh murid tahun 6 Bijak adalah membezakan singular verb dan plural verb dalam tatabahasa Subject-Verb Agreement. Mereka akan menghadapi masalah dalam membina ayat dan membina satu karangan yang lengkap. Mereka juga akan kehilangan banyak markah dalam menulis karangan bagi Kertas Bahasa Inggeris Penulisan UPSR kerana kesalahan tatabahasa adalah kesalahan major dalam penandaan. Bagi mengatasi masalah tersebut, selaras dengan Pembelajaran Abad ke 21, murid tahun 6 Bijak akan mengaplikasikan satu amalan terbaik yang dapat mengatasi masalah membezakan singular verb dan plural verb dengan permainan The Giant Table Challenge. PERBINCANGAN: Permainan The Giant Table Challenge adalah berpusatkan murid dan dimainkan dalam kumpulan kecil. Jadual besar dibentuk di atas lantai dan dilabelkan setiap baris dan lajur sebagai panduan untuk murid. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan terdiri daripada murid lemah dan pintar selaras dengan keperluan pembelajaran abad ke 21 yang memerlukan murid berkolabratif dan berkomunikasi antara meraka. Guru bertindak sebagai fasilitator dengan memberi panduan cara permainan dimainkan dan menetapkan peraturan permainan supaya murid boleh bermain sambil belajar. Setiap pusingan permainan melibatkan 2 kumpulan sebagai pemain dan lawan. Lawan menetapkan Subject manakala pemain akan memikirkan Verb yang sesuai untuk Subject tersebut dan seterusnya membina ayat. Pemikiran kritis murid di dalam kumpulan diuji apabila mereka berkerjasama membina ayat. Setiap kumpulan yang berjaya membina ayat ringkas dengan tepat akan diberi mata. Mata terbanyak adalah pemenang dan diberi ganjaran di Sudut Ganjaran dalam kelas. Bagi mengetahui keberkesanan amalan terbaik ini, guru melaksanakan satu intervensi dengan menjalankan Ujian Pre-Test dan Post-Test. Keputusan ujian dibandingkan dan peratus peningkatan dicatatkan. Contoh analisis data Ujian Pre-Test dan Post-Test murid Tahun 6 Bijak melalui amalan terbaik The Giant Table Challenge: Komponen

Ujian Pre-Test

Ujian Post-Test

Peningkatan (%)

Singular Verb

47.9 %

56.3%

8.4%

Plural Verb

70.1%

76.8%

6.7%

Oleh: Puan Zuraidah binti Mat Sah Guru Bahasa Inggeris SK (Felda) Bukit Jalor, Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.