Page 1

AR-RISALAH ISU KEDUA-PULUH LIMA: S K I M P E N G I K T I R A FA N A S AT I Z A H SEP - DIS 2017

ISSN 2424-8207

MANDATORI ARS: KEPERLUAN ISLAM ASATIZAH UNTUK DIIKTIRAF? & FEMINISM

Ar-Risalah 25 Edit.indd 1

19/4/18 10:05 AM


AR-RISALAH

Connect with us

Isu 25 (Sep - Dec 2017) ISSN 2424-8207

Editor

fb.com/Pergas.Singapore

@pergassingapura

youtube.com/PergasSingapura

@pergas_spore

Ukht Sundusia Rosdi

Pembaca Pruf Ustazah Nurhafizah Azman

Penyumbang Bahan

Get in touch

Ustaz Mohamad Hasbi Hassan Ustaz Dr Firdaus Yahya Ustaz Muhammad Nuzhan Bin Abdul Halim Ustazah Sukarti Asmoin Ukht Khairunnajah Bte Khairul Anuar Ukht Shaira Ihsan

www.pergas.org.sg

Arahan Seni & Rekaan Grafik mirror-mag.com/studio

Pencetak

Seng Lee Press Pte Ltd Penerbit Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura

The publisher and editor are unable to accept any liability for errors that may occur and any consequences arising from the use of information contained in the magazine. The reviews expressed do not necessarily reflect those of the publisher and editor. The publication of advertisements and advertorials within the magazine do not constitute any endorsement by the publisher and editor of the contents therein. Ar-Risalah is published by Pergas with permission from the copyright owner. ALL RIGHTS RESERVED. No part of this publication may be reproduced, stored or transmitted in any form, for any reason or by any means, whether redrawn, enlarged or otherwise altered including mechanical, photocopy, digital storage and retrieval or otherwise without the prior permission in writing from both the copyright owner and the publisher, except in the case of brief quotations embodied in critical articles and reviews.

448 Changi Road Wisma Indah #03-01 Singapura 419975 Tel: 63469350 Fax: 63463450 Email: info@pergas.org.sg

Ar-Risalah 25 Edit.indd 2

19/4/18 10:05 AM


Kandungan

1. 2. 3. 4. 5.

Kalam Editor — 04 Fokus — • Skim Pengiktirafan Asatizah 05 - 09 • Mandatory Asatizah Recognition Scheme 10 - 15 Memori Kehidupan — • Negara Brunei Darussalam Di Hati 16 - 18 Ekonomi Islam — • Hibah 19 Kenali Asatizah — • Ustazah Sukarti Asmoin 20 - 21

6.

Kenali Pergas — • Mesyuarat Agung Pergas • Warga Kerja Baru Pergas 22, 25

7. 8. 9.

Aktiviti Pergas — 23 - 25 Memori Travelog — • Sinar Islam Di Afrika Selatan 26 - 29 Tinta Ilmu — • Kenyataan Media 30 - 31 • Wasat Online 32 - 33 • Ulasan Buku 34 • Tanda-Tanda Ahli Sufi 35 3

Ar-Risalah 25 Edit.indd 3

19/4/18 10:06 AM


KALAM EDITOR Assalamualaikum wr wb Para Pembaca Budiman Alhamdulillah, Ar-Risalah kali ini menyajikan tema atau isu yang paling dekat di hati para asatizah, iaitu Skim Pengiktirafan Asatizah (Asatizah Recognition Scheme) atau “ARS�. Pada bulan Januari 2018, genaplah setahun, ARS dijadikan mandatori kepada semua para asatizah di Singapura yang sebelum ini diperkenalkan sebagai skim sukarela. ARS adalah cetusan idea Allahyarham Ustaz Abu Bakar Hashim yang ketika itu (tahun 1994) merupakan Presiden Pergas. Usaha perlaksanaan ARS yang dilakukan secara peringkat-peringkat ini mengambil masa selama 23 tahun sehingga Januari 2017. Dikuatkuasakan melalui peruntukan dari segi undang-undang, pembentukannya bermula melalui satu komiti/ahli Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB). Pergas sebagai sekretariat turut membantu dalam proses penilaian guru-guru agama yang mendaftar untuk mendapatkan skim pengiktirafan ini. Melalui skim ini, masyarakat boleh mengenal pasti guru-guru agama yang berkelayakan dan bertauliah serta dalam masa yang sama dapat memastikan bahawa orang yang tidak berkelayakan dalam bidang agama / ajaran Islam tidak dibenarkan menyampaikan ilmu. Masyarakat juga boleh membuat aduan tentang pengajaran guru agama yang tiada kelayakan rasmi. Skim ini juga dapat meyakinkan ibu bapa bahawa anak-anak mereka yang belajar agama, dibimbing oleh asatizah yang berkelayakan dan diiktiraf dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Skim Pengiktirafan Guru-Guru al-Quran (QTR) yang sebelum ini dikendali secara berasingan, kini dirangkum di bawah ARS. Pengiktirafan guru agama terbahagi kepada tiga peringkat – zamil, siswa dan bersekutu – mengikut tahap kelayakan pemohon. Peringkat zamil hanya diberikan berdasarkan pencalonan. Guru yang mengajar al-Quran pula dibahagi kepada tiga peringkat mengikut kelayakan guru. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah dan perlaksanaan ARS, ikuti cetusan minda Ustaz Mohamad Hasbi Hassan di kolum Fokus. Sementara itu Dr Firdaus Yahya pula membicarakan skim ini secara kritikal dengan mengupas implikasinya setelah pemerintah mewartakan Peraturan Pentadbiran Undang-undang Muslim Sekolah Agama pada tahun 2016. Kami juga sempat mewawancara Ustazah Sukarti Asmoin, antara pelopor dan ahli Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) yang berkongsi keterlibatan dan pengalamannya dalam komiti ini. Kami juga amat berbangga dengan perkongsian pengalaman seorang mahasiswi yang menuntut diUniversiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Negara Brunei Darussalam. Pergas melalui mesyuarat tahunannya juga telah melantik beberapa muka baru untuk menjana pentadbirannya melalui Majlis Tertinggi Pergas (MTP). Selamat bertugas kepada semua, semoga Allah memberikan kita semua kesihatan dan ketakwaan untuk terus memajukan jentera pentadbiran Pergas melalui pelbagai program yang bakal dilancarkan pada tahun 2018 untuk maslahat masyarakat Islam Singapura. Aamiin. Wassalam,

Sundusia Rosdi

4

Ar-Risalah 25 Edit.indd 4

19/4/18 10:06 AM


2. FOKUS

SKIM PENGIKTIRAFAN ASATIZAH Ustaz Mohamad Hasbi Hassan

Presiden, Pergas Anggota Lembaga Pengiktirafan Asatizah

5

Ar-Risalah 25 Edit.indd 5

19/4/18 10:06 AM


FOKUS

PENGENALAN Penduduk Islam di Singapura merupakan kaum minoriti seramai 15 % dan pengamalan Islam sentiasa mendapat perhatian yang unik daripada pihak Pemerintah lebih-lebih lagi ekoran peristiwa 9/11 dan kemunculan ISIS. Antara usaha ketara untuk mengekang fahaman ISIS atau ideologi yang melampau daripada mempengaruhi minda anak watan Singapura adalah penubuhan Kumpulan Pemulihan Agama RRG (Religious Rehabilitation Group) pada tahun 2003, untuk memastikan fahaman masyarakat selari dengan tuntutan ajaran Islam. RRG yang terdiri daripada golongan asatizah ini telah menghasilkan beberapa manual untuk membantu sebarang salah fahaman terhadap teks-teks agama.

PERANAN ASATIZAH & Pergas Melihatkan kesedaran agama yang semakin meningkat, asatizah dan cendekiawan agama berusaha keras untuk memastikan agar masyarakat terhindar daripada pengaruh-pengaruh yang boleh memecahbelahkan masyarakat. Peranan asatizah kini bukan sahaja di masjid dan madrasah, malah ramai dalam kalangan mereka kini menceburi bidang pekerjaan awam (civil servant/public servant), perniagaan, hartanah dan agensi pelancongan, haji dan umrah. Ini penting bagi memastikan agar masyarakat sentiasa mempunyai rujukan dan panduan apabila berhadapan dengan isu-isu tertentu. Melihatkan desakan ini, asatizah kini perlu giat berinteraksi dengan masyarakat serta memperluas pemahaman mereka dengan mempelajari dan mengkaji konteks kehidupan masyarakat setempat sebagai tambahan kepada pendidikan tradisional yang telah dilalui. Dalam hal ini, Pergas dan badanbadan agama utama yang lain memainkan peranan penting dalam memastikan asatizah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang secukupnya. Pelbagai kursus peningkatan diri disediakan bagi para

asatizah untuk kekal relevan di mata masyarakat, termasuk kursus-kursus bagi memantapkan ilmu agama, kursus kaunseling dan sebagainya. Di peringkat masyarakat pula, Pergas sering menjadi sumber rujukan untuk memberikan respon serta panduan keagamaan yang sesuai terhadap isu-isu yang dibangkitkan, antaranya; isu hijab, LGBT, pembunuhan nekad dan lain-lain. Dalam usaha menjana kemurnian agama juga, Pergas telah mengadakan kursuskursus pengajian di bawah Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP). Antara usaha IPIP adalah mengembangkan

Bagi memastikan tidak akan timbul kekeliruan dan salah tanggapan tentang agama dalam kalangan masyarakat Islam Singapura, adalah amat penting untuk mendapatkan pendidikan agama daripada asatizah yang berkelayakan, berwibawa dan bertauliah.

kerjasama di dalam negeri juga di negara jiran, iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam program peringkat Sarjana Muda dan Sarjana. Program Sarjana Muda ini telah bermula sejak tahun 2005 dan Program Sarjana pula pada tahun ini. Pengajian-pengajian ini bertujuan membimbing masyarakat awam, khususnya orang dewasa dalam memahami kesederhanaan dalam beragama khususnya dalam konteks masyarakat Muslim minoriti di Singapura. Ini membuktikan bahawa Pergas telah memainkan peranan yang penting dalam menyokong masyarakat Islam dan Pemerintah.

CETUSAN IDEA SKIM PENGIKTIRAFAN ASATIZAH Para asatizah merupakan aset penting dalam usaha membimbing kehidupan keagamaan masyarakat Muslim dalam konteks negara sekular dan berbilang kaum di Singapura. Bagi memastikan tidak akan timbul kekeliruan dan salah tanggapan tentang agama dalam kalangan masyarakat Islam Singapura, adalah amat penting untuk mendapatkan pendidikan agama daripada asatizah yang berkelayakan, berwibawa dan bertauliah. Dalam hal seperti ini, dengan hasrat pembangunan asatizah dapat dijalankan dengan lebih berstruktur dan pengajaran agama dapat disampaikan sejajar dengan konteks Singapura, Skim Pengiktirafan Asatizah (Asatizah Recognition Scheme (ARS)) diperkenalkan. Idea bagi Skim Pengiktirafan Asatizah dicetuskan pada tahun 1994 oleh Allahyarham Ustaz Abu Bakar Hashim yang ketika itu merupakan Presiden Pergas. Cadangan ini kemudian di ajukan kepada pihak Muis. Usaha ini mengambil masa yang panjang dan secara berperingkat-peringkat sehingga bulan Januari 2017. Ia dikuatkuasakan melalui peruntukan dari segi undangundang. Pembentukan bermula melalui satu komiti/ahli Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB). Pergas sebagai sekretariat turut membantu dalam proses penilaian guru-guru agama yang mendaftar untuk mendapatkan skim pengiktirafan ini. Melalui skim ini, masyarakat boleh mengenal pasti guru-guru agama yang berkelayakan dan bertauliah serta dalam masa yang sama dapat memastikan bahawa orang yang tidak berkelayakan dalam bidang agama / ajaran Islam tidak dibenarkan menyampaikan ilmu. Masyarakat juga boleh membuat aduan tentang pengajaran guru agama yang tiada kelayakan rasmi. Skim ini juga dapat meyakinkan ibu bapa bahawa anak-anak mereka yang belajar agama, dibimbing oleh asatizah yang berkelayakan dan diiktiraf dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

6

Ar-Risalah 25 Edit.indd 6

19/4/18 10:06 AM


FOKUS

Taklimat ARS Disember 2016. (gambar: Channel News Asia)

Pada tahun 2001 masyarakat dikejutkan dengan kewujudan kumpulan Jemaah Islamiah (JI) yang ingin menubuhkan sebuah negara Islam di Singapura. Berikutan dengan insiden ini, idea Pergas untuk mengadakan pangkalan data para asatizah dibangkitkan semula dan disambut baik oleh Muis serta mendapat sokongan daripada pemerintah. Siri taklimat ARS telah dijalankan untuk semua asatizah pada tahun 2004 dan mula dilancarkan dan dibuka untuk pendaftaran pada tahun 2005. Skim ini bermula secara sukarela untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap asatizah setempat sebagai sumber rujukan yang boleh dipercayai. Kesemua asatizah diseru agar menyokong usaha ini. Asatizah yang ingin diiktiraf sebagai guru agama (Ustaz atau Ustazah) perlu menjalani beberapa ujian yang meliputi fardu ain, fiqh dan pemahaman bahasa Arab. Apabila Muis mengeluarkan peraturan bahawa hanya asatizah yang diiktiraf di bawah skim ARS sahaja dibenarkan untuk menyampaikan agama di madrasah, masjid dan lain-lain, semakin ramai asatizah tempatan terdorong dan bersedia untuk diiktiraf. ARS disemak dan dinilai pelaksanaannya dari tahun 2010 hingga 2014. Pada setiap tiga tahun, asatizah yang diiktiraf perlu memperbaharui pengiktirafan ini. Mereka dikehendaki memenuhi

syarat minimum 10 jam latihan setahun selama tiga tahun sebagai sebahagian daripada CPE (Continuous Professional Education). Ini termasuk latihan melalui kursus, seminar atau ceramah kendalian Akademi Muis dan beberapa badan yang lain yang diberikan pengakuan melaksanakan program-program peningkatan bagi para asatizah ini. Asatizah diberi fleksibiliti untuk mengumpulkan mata kredit latihan selama tiga tahun. Antara latihan yang dijalankan termasuklah aplikasi pengetahuan agama dalam persekitaran kontemporari. Kalendar untuk mengetahui jadual latihan skim ARS juga tertera di laman web Muis untuk memudahkan asatizah memilih tarikh bagi menghadiri sesuatu latihan atau kursus yang disediakan.

MANDATORI ARS Pada bulan September 2016, Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim mengumumkan bahawa ARS akan menjadi mandatori mulai 1 Januari 2017. Idea menjadikan ARS mandatori timbul daripada asatizah mapan / ahli jawatankuasa ARB. Muis akan bekerjasama dengan Pergas serta ARB bagi menguatkan skim ARS dan meluaskannya kepada semua asatizah. Kepentingan ini diusahakan untuk mengelakkan penyelewengan dalam pengajaran agama Islam. Hasrat ARB untuk mewajibkan skim ARS ini juga

mendapat sokongan Pemerintah demi memastikan keharmonian masyarakat dan tidak menggugat keselamatan negara. Justeru itu, skim ini dinaik taraf daripada skim berdasarkan sukarela kepada skim pengiktirafan asatizah yang wajib. Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyokong dan mengalu-alukan usaha mewajibkan skim pengiktirafan Asatizah ini. Semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ogos 2017, beliau mengumumkan bahawa asatizah perlu memahami isuisu semasa dan konteks yang diamalkan di Singapura. Program-program pembangunan profesional asatizah perlu diterapkan di bawah skim ARS untuk memberi jaminan kepada masyarakat bahawa kesemua guru agama di sini dapat mengajar / mengamalkan Islam mengikut konteks masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Singapura amat beruntung kerana semua kaum dan kumpulan agama bersependapat dalam usaha untuk menolak dan membanteras pengganasan. ARS akan diluaskan untuk meliputi semua asatizah tempatan. Ia bertujuan untuk lebih meyakinkan masyarakat bahawa golongan asatizah sebagai pembimbing agama, mempunyai kelayakan dan latihan yang sempurna. Skim tersebut memberikan pengiktirafan kepada asatizah tempatan yang memenuhi kelayakan minimum untuk mengajar ilmu agama Islam di pelbagai institusi keagamaan awam dan swasta. 7

Ar-Risalah 25 Edit.indd 7

19/4/18 10:06 AM


FOKUS

RESPON ASATIZAH BERKENAAN MANDATORI ARS Jumlah asatizah yang memohon serta ingin mendapatkan maklumat mengenai Skim Pengiktirafan Asatizah ini meningkat sejak mandatori ARS diumumkan pada tahun lalu. Sekitar 80% asatizah, iaitu seramai 1805 orang telah pun terdaftar di bawah skim ARS sejak Ogos 2016. Kini jumlah keseluruhan asatizah yang berada di dalam direktori ARS meningkat sehingga mencapai 2800 orang termasuk guru al-Quran. Ini menunjukkan satu perkembangan yang positif dan dijangkakan jumlah ini akan terus meningkat kerana banyak lagi permohonan sedang dalam proses penilaian. Dengan adanya skim mandatori ini, institusi asatizah dapat diperkukuh serta memberi peluang kepada asatizah untuk mempertingkatkan diri melalui latihan, dan menyertai perbincangan tentang isuisu kontemporari. Beberapa pusat dan institusi pendidikan Islam swasta seperti Institut Pengajian Islam Pergas, Institut Al-Zuhri, Pusat Pendidikan Andalus, Safinah Institute, Simply Islam dan lain-lain amat menitikberatkan mutu dalam pendidikan Islam dan akan memastikan kesemua asatizah pembimbingnya mempunyai tauliah di bawah skim ARS. Kesemua asatizah diberikan tempoh peralihan selama setahun untuk mendaftar di bawah skim wajib ini. Antara kelayakan minimum yang perlu diperoleh ialah Pengajian Diploma Islam daripada institusi yang diiktiraf oleh ARB. Bagi asatizah yang tidak mempunyai kelayakan, beberapa program dan latihan dikendalikan dan mereka diberi tempoh selama tiga tahun untuk meningkatkan diri. Ini bagi memastikan mereka memenuhi kriteria agar mampu menjadi pembimbing agama bertauliah.

CABARAN MANDATORI ARS Pada tahun 2016, sebanyak enam sesi taklimat diadakan bersama asatizah sebelum ARS diwajibkan. Skim

Pengiktirafan Asatizah menjadi skim mandatori bagi semua asatizah pada awal 2017. Tiada lagi skim Pengiktirafan Guru al-Quran (QTRS) malah semua guru di bawah skim ini telah dimasukkan ke dalam skim ARS. Sekitar 600 asatizah dimasukkan ke dalam ARS di bawah peringkat guru al-Quran (QT1, QT2 dan QT3). Asatizah setempat diwajibkan memenuhi syarat untuk mengumpulkan 30 jam kredit Continuous Professional Education (CPE) manakala guru al-Quran hanya perlu mengumpulkan 10 jam kredit CPE. Kewujudan Skim mandatori ARS bukan bertujuan untuk menghalang asatizah daripada mengajar agama tetapi untuk kebaikan semua pihak supaya tidak menjejaskan keharmonian masyarakat dan menggugat keamanan negara. Mufti Negara Singapura, Dr Ustaz Fatris Bakaram, menyatakan bahawa terdapat juga sesetengah golongan masyarakat yang tidak dapat melihat skim ARS ini sebagai satu keperluan yang penting. Malahan mereka membuat keputusan sendiri dengan meminta kenalan yang berpengetahuan agama untuk mengajar dan membimbing mereka di rumah-rumah. Mutu dan kemampuan asatizah menyampaikan ilmu dengan baik mengikut kemahiran dan konteks negara ini amatlah penting bagi kesemua asatizah walaupun yang berkelayakan tinggi. Dengan perkembangan yang semakin pesat di dunia, pelbagai cabaran terus dihadapi oleh masyarakat. Asatizah yang perlu berada di barisan hadapan jika timbul isu-isu berkaitan dengan agama serta mampu memberikan panduan bagi cabaran baharu yang dihadapi masyarakat.

KOD ETIKA ARS Skim Pengiktirafan Asatizah juga mempunyai kod etika yang harus dipatuhi oleh semua asatizah di bawah skim ARS. Kod etika ini bertujuan memberikan garis panduan kepada asatizah agar mereka dapat melaksanakan tugas dan amanah dengan lebih berwibawa dan berdedikasi. Asatizah perlu memainkan peranan sebagai

ASATIZAH RECOGNITION SCHEME (ARS) AND ISLAMIC EDUCATION CENTRES & PROVIDERS (IECP) REGULATION

HANDBOOK FOR PROSPECTIVE APPLICANTS

penyatu serta contoh kepada masyarakat. Muis dengan kerjasama semua pihak memastikan skim yang dimandatorikan ini akan dipatuhi oleh semua asatizah dan menjadikan skim ini satu sistem yang kukuh dan memberi jaminan kepada keperluan masyarakat yang inginkan bimbingan agama. Tambahan pula, kini terdapat ramai asatizah yang mempunyai kepelbagaian latar belakang dan fahaman yang berbeza. Namun asatizah harus saling menghormati fahaman masing-masing agar tidak menimbulkan perpecahan ummah. Antara kod etika ini, asatizah tidak harus menyampaikan kandungan yang bercanggahan dan bertentangan dengan agama serta menjaga keharmonian negara terutama dalam kalangan umat Islam sendiri atau yang bukan Islam. Jalinan persaudaraan, mengamalkan sikap toleransi dalam pergaulan antara umat beragama dan hormatmenghormati amat digalakkan dalam Islam. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t di dalam surah Mumtahanah, ayat 8; “Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah mencintai orangorang yang berlaku adil.

8

Ar-Risalah 25 Edit.indd 8

19/4/18 10:06 AM


FOKUS

PENUTUP

PENILAIAN/SARANAN

Dalam dunia moden ini, Asatizah memainkan peranan penting membantu membentuk perspektif masyarakat ke arah pemahaman kehidupan beragama yang lebih progresif.

Peraturan ARS mandatori mewujudkan sistem pengawalan, pemantauan, kelulusan dan pembatalan bagi manamana kelas agama/al-Quran dan guru agama/al-Quran. Mutu pengajaran Islam dan guru yang menyampaikannya terkawal. Dengan ini kemurnian pendidikan agama Islam dapat dijaga daripada dicemari oleh individu-individu yang berselindung di sebalik gelaran ‘guru agama’.

Bagi memastikan Asatizah dilatih dan melengkapi kemahiran-kemahiran yang diperlukan, semua asatizah setempat harus mendaftarkan diri di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS). Ini juga termasuk semua pusat pendidikan Islam swasta bagi memastikan semua asatizah dan guru agama mereka diiktiraf ARS. Semua asatizah yang mengikuti skim ini pula perlu mengikut: 1. Kod etika 2. Latihan yang disediakan dari Muis Akademi dan badan-badan yang diiktiraf oleh Muis 3. CPE yang telah ditetapkan ARB dan Muis akan terus mengambil langkah untuk membantu guru agama yang belum berdaftar agar mereka berjaya mendapatkan kelayakan yang diperlukan. Bagi mereka yang sengaja tidak mahu menyertai skim tersebut, selepas mereka digalakkan, dibantu dan disokong, barulah akan dipertimbangkan langkah-langkah penalti kepada mereka sebagai tindakan terakhir. Dalam menangani penyelewengan ajaran agama, RRG sememangnya memainkan peranan penting untuk mengatasinya. Pemerintah Singapura telah menyediakan ruang dan tempat serta memberikan kursus kepada para asatizah untuk melakukan kaunseling dengan lebih berkesan. Ahli RRG telah menyertai seminar tentang pengganasan di dalam dan di luar negara bagi mempersiapkan diri mereka menghadapi pengaruh ISIS dan golongan yang menjadi radikal dengan cara sendiri atau ‘self-radical’. RRG telah menghasilkan beberapa garis pandu untuk membantu salah fahaman ini dengan mengetengahkan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis, dengan kemahiran dalam bidang “maqasid alsyariah” bagi menerangkan hikmah di sebalik satu-satu hukum.

Memandangkan pelaksanaan Mandatori ARS ini baru sahaja berkuatkuasa pada awal tahun ini, maklum balas daripada para asatizah dan masyarakat umum tentang hal ini sukar diperoleh. Maklum balas hanya diperoleh daripada Lembaga Pengiktirafan Asatizah dan ahli Majlis yang dipengerusikan oleh Presiden Muis. Usaha yang baik ini dilaksanakan demi menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini. Oleh kerana peraturan ARS Mandatori ini hanyalah peraturan yang dibangunkan dalam rangka AMLA (Administration of Muslim Law Act, 1968), dan bukan undang-undang AMLA itu sendiri, pengubahan dan perubahan peraturan itu lebih mudah dibuat. Kita hanya boleh mengharapkan jika ada penggubahan peraturan tersebut, masa yang lebih panjang akan diperuntukan untuk mengumpul maklum balas. Artikel ini merupakan sedutan dari kertaskerja yang dibentangkan di Seminar 26 Julai 2017.

Rujukan 1.“ARS tidak harus membebankan asatizah,” Berita Harian, 14 Oktober 2016, hal 7. 2.“ARS tiers and levels of teaching,” Majlis Ugama Islam Singapura, http://www.muis. gov.sg/ARS/Asatizah-Recognition-Scheme/ ARS-tiers-and-levels-of-teaching.html

3.“Guru agama, mengaji Quran belum berdaftar akan terus dibantu,” Berita Harian, 7 Januari 2017, hal 14. 4.“Kod Etika ARS diperlukan dalam usaha terus satukan masyarakat,” Berita Harian, 7 Januari 2017, hal 14. 5.“Mufti perjelas proses daftar bagi asatizah yang belum,” Berita Harian, 1 Oktober 2016 6.“Pergas sambut baik ARS jadi mandatori,” Berita Harian, 23 Ogos 2016, hal 4. 7.“Skim pelengkap keupayaan asatizah hadapi cabaran masa kini,” Berita Harian, Jan 2016. 8.“Skim Pengiktirafan Asatizah akan diubah, meliputi semua asatizah,” Berita Harian , 1 Ogos 2016. 9.“Skim Pengiktirafan Asatizah Mandatori, Satu Analisa,” Wasat Online, https:// wasatonline.wordpress.com/.../skimpengiktirafan-asatizah- (Akses terakhir 7 Januari 2018) 10.“Skim Pengiktirafan Asatizah Mandatori: Satu Analisa,” Wasat, No. 14/April 2017 11.“Sokong keperluan ARS wajib, kini ikhtiar penuhi keperluan, sambil menanti penjelasan lanjut,” Berita Harian, Oktober 2016. 12.“Tiada lagi Skim Pengiktirafan Guru al-Quran,” Berita Harian, 24 Januari 2017, hal. 8 13.“Usul jadikan ARS skim mandatori dapat sokongan,” Berita Harian, 21 Ogos 2016, hal 1 14.berita.mediacorp.sg/...skim-pengiktirafanasatizah.../3122914.html (Akses terakhir ……) 15.Kalthom Md Isa, “Suasana dan cabaran umat Islam di Singapura, peranan membanteras salah faham agama”. Kertaskerja yang dibentangkan di Muzakarah Ulama, 29 April 2017, Kuala Lumpur anjuran Majlis Ugama Islam Selangor. 16.www.beritaharian.sg/.../skim-pengiktirafanasatizah-akan-diluas (Akses terakhir 17.www.beritaharian.sg/.../skimpengiktirafan-asatizah-dapat-respons-... 9

Ar-Risalah 25 Edit.indd 9

19/4/18 10:06 AM


2. FOCUS

Mandatory Asatizah Recognition Scheme Ustaz Dr Firdaus Yahya Founder & Manager, Darul Huffaz Learning Centre

gambar: M.O. Salleh, beritahrian.sg 10

Ar-Risalah 25 Edit.indd 10

19/4/18 10:06 AM


FOCUS

Historical Background Singapore has long been producing Quranic and religious teachers, as well as scholars. In 1954, a group of religious teachers and scholars led by the late Kiyai Ahmad Zohri bin Mutamim founded Pergas, an organisation in which they hoped will protect the rights of the local religious teachers. In their struggles to protect and defend the rights of the religious teachers and scholars and to take care of their wellbeing, Pergas was crippled by the lack of a formal Singapore religious teacher register. Back then, the identifying of religious teachers were reliant on feedback from the general public, the personal testimony of the individual teachers and also their educational background. Those who were recognised as religious teachers by Pergas could join the organisation as members. However, this system was not fool-proof as it was not easy for Pergas to know and keep tab on all those teaching the religion. This situation became problematic when the community questioned whether a certain individual is qualified to teach religious knowledge or could be regarded as a religious teacher. When several cases of deviant teachings or skewed ideologies taught by individuals who proclaimed themselves to be religious teachers emerged, Pergas could take action only against those individuals who were its registered members. If they were not in its list of members, Pergas was unable to validate the status of these individuals. Several efforts were made to ensure that more religious teachers were included in the Pergas membership list which aimed to create a database for the community to know if these individuals were legitimate in their claims as religious teachers. The need to establish a database for all Islamic religious teachers in Singapore, regardless if they were members of Pergas or not became more urgent in the late 1990s. At that time, the

community was shaken by the case of a certain religious teacher with Singapore citizenship who was caught and charged in a neighbouring country for having more than four wives at one time. Unfortunately, the idea of establishing the Islamic religious teacher database did not materialise due to a lack of support from Muis. In 2001, the community was once again shaken by the news of the existence of extremist group the Jemaah Islamiyah (JI) whose vision was to create chaos in Singapore. Their mission was to create tension and civil strife between the Singapore Muslims and non-Muslims so that they could eventually set up an Islamic Nation in Singapore and within the South East Asian region. Their evil plots of planting bombs in several areas in Singapore were discovered and their teacher and members were apprehended. Following this incident, Pergas’s idea to have a database of Islamic religious teachers was again raised and this time, it was well-received by Muis. It even received support from the government. Efforts to create and maintain the database then began. In 2005, a database which resulted from this collaborative effort was officially launched by Muis and Pergas. This database also serves as a platform to acknowledge and recognise the credibility of a religious teacher to teach. From this, the Asatizah Recognition Scheme (ARS) was founded. A committee was formed specifically for this scheme. The ARS works on a purely voluntary basis, as there was no law requiring all Islamic religious teachers to register themselves under the scheme and be accredited for their role as a religious teacher. To help attract more religious teachers to register with the scheme, Muis agreed to conduct training programs and coursework for the religious teachers who have already done so to improve their skills and abilities to perform their duties and to their responsibilities as inheritors of the prophets.

At this point, although the ARS was well-received by the government, the entire cost of running and maintaining this scheme was funded by the Muslim community itself. There was no any financial assistance from the government due to its secularist policy. Through this scheme, more religious teachers were ready to be accredited and recognised. Many of them were motivated by the incentive of being able to teach in the local full-time madrasahs and the local mosques. This is because Muis issued a regulation that only religious teachers who are accredited and recognised under the ARS are allowed to serve in spreading religious knowledge in the madrasahs and mosques. With the scheme running for 11 years, the Muslim community was taken in by surprise with the announcement made by the Prime Minister of Singapore, Lee Hsien Loong in the National Day Rally 2016. He announced that the ARS would be made compulsory upon all religious teachers. In other words, anyone without the ‘license’ to teach Islam, would not be allowed to teach in Singapore under any settings; in the madrasahs, mosques, private institutions and even at home. This regulation was implemented on 1 January 2017.

Reasons for the mandatory enforcement of ARS Many have raised concerns and questions about the implementations of the ARS, especially on the reasons and intentions in making it mandatory upon all Muslim religious teachers in Singapore. Among these concerns are: • Why is it compulsory only for Islamic missionaries and Islamic religious teachers to register themselves in order for them to be able to teach the Islamic faith? Why does this ruling not apply to teachers of other faith as well? • Is enforcing the ARS upon the religious teachers a method the government uses to monitor and ensure who is qualified to teach? 11

Ar-Risalah 25 Edit.indd 11

19/4/18 10:06 AM


FOCUS

• Is the ARS an idea mooted by the government? • How come this ruling is also applicable to Quran teachers who only teach Quranic literacy and memorisation techniques and are not involved in teaching the tenets of the religion? What is the purpose of them also being controlled by the government? • Why is the secular non-religious government meddling with issues pertaining to the practice and understanding of religion?

Many assumed that the idea of enforcing the ARS comes from the government. This is especially so since the Prime Minister announced it at the most important national platform – The National Day Rally.

Efforts to look for answers to the above questions need to begin by understanding why the ARS was made mandatory. This will then be followed with a scrutiny of the principles which were set specifically to be pillar and power of the compulsory ARS. Many assumed that the idea of enforcing the ARS comes from the government. This is especially so since the Prime Minister announced it at the most important national platform – The National Day Rally. They are also of the opinion that the government is taking measures to control and oversee how the Islamic religious teachers are doing their work, in light of the global phenomena of extremism and violence that has been linked to the Islamic faith and its followers.

In actual fact, the move to make the ARS compulsory and mandatory was not mooted by the government. As a secular nation, the government holds fast onto the principle of not meddling into the affairs of the teachings and practices of every religion, except on the occasion in which it affects the peace and harmony of a multi-racial and multi-cultural society and if it threatens the safety of the nation. The request for ARS to be made mandatory actually came from an established group of senior religious teachers who sit on the Asatizah Recognition Board. This board operates under the guidance of Muis and Pergas. The board has no legal rights or power since fundamentally, the enlistment under ARS is on a voluntary basis. The religious teachers do not need to register with the ARS to teach. Being registered is simply an added value to those who are registered. It is a given that the general Muslim community respect and have high regards for religious teachers who are regarded as a class of highly pious and knowledgeable persons in matters of the faith. On this basis as well, the community has high expectations of them from the morality and piety perspective. Behaviour considered normal and acceptable from the general public will not be accepted by them should the same behaviour be displayed by the religious teachers group. What more, if the religious teachers were to commit a big sin or crime. Nevertheless, religious teachers are but humans themselves. When there are more of them, there are bound to be a handful who do not adhere to the moral standing expected of religious teachers. This situation is likened to the Malay proverb which states, in every bunch of bananas, there is bound to be a rotten one. Hence, the more bunches of bananas there are, the more rotten bananas there would be. Cases of religious teachers behaving badly, committing grave sins and committing criminal acts are on the rise. Some of these religious teachers are already registered under the ARS. If they

continue to be obstinate and behave in a manner which is against the religious rulings, norms of society or national laws, the Asatizah Recognition Board will revoke their accredition. This revocation of their accredition means that the teacher would not be allowed to teach in any local mosque or madrasah. However, they can continue teaching from homes and in private institutions which they may have themselves set up. The Asatizah Recognition Board would not have the power to stop these ‘religious teachers’ from teaching there and the community would continue to be exposed to the dangers of their teachings. On this basis, the established group of senior religious teachers sitting on the Asatizah Recognition Board saw the importance of the ARS to be given the legal authority to completely stop these errant individuals who deviate from the true teachings of Islam. In other words, they want the legal authority irrevocably ban religious teachers who display misconduct or break a law from teaching ever again. This aspiration of the Asatizah Recognition Board is probably in line with the desire of the government to ensure that the Muslim community is not exposed to any teachings brought by local and international speakers which would threaten the peace, harmony and security of the nation. Hence, the ARS was upgraded from a voluntary accreditation scheme to a compulsory one. This is the reason the religious teacher’s recognition scheme is only applicable to the Muslim community and not to other religious groups. The religious scholars of other faiths perhaps have not requested the government to make the recognition of their teachers compulsory. They probably would have their own methods and ways to handle and discipline errant teachers, without needing the government to step in and assist them with the law.

12

Ar-Risalah 25 Edit.indd 12

19/4/18 10:06 AM


FOCUS

gambar: Muis

Mandatory ARS Regulations After the government responded to the request of the senior religious teachers from the Asatizah Recognition Board to make the ARS compulsory upon all Islamic religious teachers and in addition to the Prime Minister’s announcement at National Day Rally, Muis got the ball rolling by developing the legal framework under the AMLA (Administration of Muslim Law Act). AMLA is an act relating to the Muslim community. It was established and passed in 1966 and it encompasses every aspect of the lives of Muslims in Singapore. There are two sections in this act that can be applied to make the ARS compulsory. The first is Section 87 which addresses religious schools and the second is section 139 which relates to deviant teaching. Several discussions took place between Muis and the Attorney’s General Chambers. After studying both sections, they found that Section 87 is the most appropriate to be used to pass the new ruling that makes the ARS compulsory.

On the other hand, Section 139 only covers deviant teachings, In some cases, the misconduct committed by the religious teachers are not from their teachings but from their moral misconduct. This meant they cannot be charged under the deviant teachings law which carries the penalty of a fine of not more than $2,000 or a maximum imprisonment of 12 months or both. Under paragraph 9 of Section 87, Muis was given the legal authority to amend any clauses to ensure the fulfilment of the requirements of Section 87, which are to coordinate, observe and register all Islamic religious schools. To apply Section 87(9) in making the ARS compulsory upon religious teachers, Muis needed to re-define the term ‘religious school’. While the old definition of the term ‘religious schools’ referred to full time madrasahs only, this new definition does not only refer to the full time madrasahs, but any other institutions which run classes regularly whereby the teacher is not connected to the students by any familial ties.

With this new definition and upon consultation with the Attorney’s General Chambers, Muis implemented new regulations under the power given by section 87(9) which bans any religious teachers who had been revoked from the ARS from carrying out any teaching activities. The establishment of this Mandatory ARS regulation encompasses three aspects: regulations pertaining to religious schools, regulations pertaining to religious teachers and al-Quran teachers and the ethical code of conduct of religious teachers and al-Quran teachers. To close any opportunities for anyone without the ARS accredition to teach and spread the Islamic faith, this regulation includes all places where regular Islamic classes could be held. These include mosques, madrasahs, private institutions or even homes. Those who would like to organise regular religious classes in Singapore must apply for a permit from Muis, provide their curriculum, syllabus, teacher’s profile, number of students and any other details that Muis may require from time to time. 13

Ar-Risalah 25 Edit.indd 13

19/4/18 10:06 AM


FOCUS

Anyone who wishes to teach Islamic knowledge and the al-Quran would need to apply for accredition from Muis. Even if the person has a degree in the field of Islamic knowledge or is a highly accomplished al-Quran teacher, he is still not allowed to teach as Muis would extend the accredition for another 3 years, depending on this individual’s teaching performance.

teachers. No one should be allowed to teach Islamic education and the al-Quran without approval from Muis.

A few requirements need to be fulfilled to determine if a person is qualified to teach the religion and the al-Quran. One of it is the academic qualifications of that individual. This individual is also required to attend a 30-hour training session for religious teachers or a 10-hour session for al-Quran teachers throughout the period where the accredition is given to them.

In this aspect, the sanctity of the Islamic religious education can be protected from being tarnished by those hiding behind the façade of a ‘religious teacher’, but indulge in misconduct for their own personal benefits.

The ethical code found in the regulations of the Mandatory ARS contains the general guidelines of moral, approach and teaching methodology imperative for all religious and al-Quran teachers to adhere to. Failing to comply to the ethical code would cause the said individual to be subjected to disciplinary action by Muis. If the individual does not rectify his behaviour, his accredition to teach would be revoked.

With this Mandatory ARS regulation, the establishment of which madhab or school of thought and which version of Islam can be taught in Singapore rests on the shoulder of only one party i.e the Minister in charge of Muslims Affairs.

Muis is also the authority to control the quality of Islamic teachings and the teachers teaching it, hence directly curbing any attempts to spread deviant teachings by those who are not qualified to teach Islam.

Any religious and al-Quran teacher whose application is rejected or the accredition has been revoked can appeal to the Ministry of Muslim Affairs. If he continues to teach while waiting for his appeal to be processed, this individual can be fined not more than $2,000 or imprinsoned not more than 12 months or both. The same law would also apply to anyone teaching Islam without accreditation and any religious institution who employs teachers without this accredition.

Evaluation of the Mandatory ARS The Mandatory ARS ruling was enforced on 1 January 2017 and gives full authority to Muis to control, observe, approve and stop any religious/al-Quran classes and

This regulation however, serves as a double edged sword. Critics to the Mandatory ARS have posed this question: If Muis controls all the religious and al-Quran teachers in Singapore, who controls Muis? Which body would be the authority to curb Muis if this regulation is manipulated to attract accreditation of religious teachers who are legitimate on paper but teaches the wrong ideologies? If there are such claims that the Asatizah Recognition Board has the authority to curb Muis from doing so, the claim has no basis whatsoever.

The Asatizah Recognition Board is in actual fact not supported by law. It is just a small unofficial committee set up by Muis to assist it in determining who are qualified to teach and who are not. Muis, by law is not under any obligation to concur to any recommendations made by the Asatizah Recognition Board. It would also be baseless to claim that Pergas would have a say since it initiated the ARS and collaborated with Muis in setting up the ARS Board. Pergas is just an organisation. It does not posses any legal authority under AMLA. Only Muis, ROMM and the Syariah Court are given legal authority under AMLA as statutory bodies. With this Mandatory ARS regulation, the role of Pergas in the accredition process of religious teachers became redundant. In fact, the certificate of accredition of religious teachers can only display the Muis logo. The Pergas logo had to be deleted as it is only an organisation and not part of the government body. The Asatizah Recognition Board Logo had also to be deleted since from a legal perspective, it does not exist. Where is the Mufti’s role in determining if an accredited person is qualified to teach Islam or not? The Mufti does not play a role in the Mandatory ARS regulation. His role is only focused on his responsibility as the chairman of the Fatwa Council. The Mandatory ARS regulation consults and refers to the Fatwa Council if any teachings are considered deviant or otherwise. Hence, the Fatwa Council can only issue a fatwa if it is consulted. Naturally, the Fatwa Council needs to take a passive role instead of a reactive one. Therefore, the Fatwa Council has no authority to stop Muis in the occasion where Muis decides to revoke the accredition of any religious teacher. With this Mandatory ARS regulation, the establishment of which madhab or school of thought and which version of Islam

14

Ar-Risalah 25 Edit.indd 14

19/4/18 10:07 AM


FOCUS

can be taught in Singapore rests on the shoulder of only one party i.e the Minister in charge of Muslims Affairs. The minister is given the authority to determine, if he wants, who should lead Muis, who should be recommended to the President of Singapore to sit on the Mufti’s chair, who should sit on the Fatwa Council and who should be in the ARS Board (if Muis still wants the board to exist). Hence, this minister would have authority over all the spiritual mechanism of the Muslims in Singpore. With this Mandatory ARS regulation, he should be able, if he wishes, to shape the Muslim community in Singapore based on his understanding without any oppositions. In the past, religious teachers could voice out their concerns if there were deviant Islamic teachings and perspectives being taught rampantly in Singapore. Today, that right to voice out their concern is subjected to approval from Muis and eventually the Minister (since all appeals to Muis would eventually be sent to the Minister). If the authorities are unhappy with these concerns, the accredition of these religious teachers can be revoked. Hence, it is very important for the Muslim community to ensure that this ministerial post does not fall into the hands of anyone who colours the community’s Islamic faith and practices based on his private understanding of the religion. This is a complex issue, however, as the appointment of this post is done by the Prime Minister and not the Muslim Community.

In the current situation where Pergas has lost its authority to accredit religious teachers, Pergas can still be an important platform in ensuring that there is no abuse of implementations in carrying out the Mandatory ARS regulations. The official Pergas voice is not tied to this regulation. However, all religious classes conducted by Pergas can, in theory, be directed to be closed under this regulation and all full members of Pergas, in theory, can be stopped from teaching and eventually lose their sources of income. Were any of these scenarios imagined by the senior religious teachers in the Asatizah Recognition Board last year? Most likely, yes. However, the question still remains: Were they consulted in the process of establishing the Mandatory ARS regulation? Looking at the time between the announcement made by the Prime Minister in August 2016 and the implementation of the Mandatory ARS regulation on 1 January 2017, it is very clear that there was only four months for the regulation to be legislated. This is a very short time and it did not give enough time for Muis to receive feedback from the general Muslim community, specifically the religious teaching community (even if Muis had wanted it). Feedback was only taken from the Asatizah Recognition Board and members of the Council headed by the

Presiden of Muis. This Council represents some of the Islamic organisations in Singapore. An Arabic proverb states, “A decision made in a deliberated and calm manner is safer than an action done in haste, which would often invite mistakes.” Perhaps, the time frame given to establish the Mandatory ARS regulation is too short. Perhaps if given more time, more perspectives can be collated from various parties and more importantly, the voices of the religious teachers can be heard and taken into account. Feedback which are limited to only those coming from the members of the Asatizah Recognition Board dan members of the Council would only produce feedbacks which are also limited. Since the Mandatory ARS regulation is only established as a regulation passed out in the framework of AMLA, and not as an AMLA law, changes and corrections to the regulations would be easier to make. We can only hope if more legislations are to be made, more time would be given to collate feedback from the different parties.

The article was first published in Malay in Wasat Online No. 14, April 2017. The English version is translated by Ukht Nurazlina Abdul Wahab. 15

Ar-Risalah 25 Edit.indd 15

19/4/18 10:07 AM


3.

MEMORI KEHIDUPAN

Negara Brunei Darussalam Di Hati Ukht Shaira Ihsan Mahasiswi Tahun Akhir, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Negara Brunei Darussalam

16

Ar-Risalah 25 Edit.indd 16

19/4/18 10:07 AM


MEMORI KEHIDUPAN

Saya merupakan mahasiswi tahun akhir dalam pengajian usuluddin, takhassus aqidah dan da’wah di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Negara Brunei Darussalam, InsyaAllah. Bahasa penghantar bagi pengajaran subjeksubjek di sini bukan sahaja menggunakan Bahasa Arab, tetapi juga dalam Bahasa Inggeris bagi program lain seperti pengurusan perniagaan, kewangan Islam dan lain-lain. Walaupun saya merupakan mahasiswi pengambilan tahun 2014/15, saya berada di UNISSA selama 2 bulan lebih awal sejak program pra-sesi diadakan pada awal tahun 2014.

Kenapa saya belajar di UNISSA? Ianya bermula daripada bapa saya yang pernah dihantar ke Brunei atas urusan kerja. Sewaktu ibu melawat ke sana, beliau tertarik dengan suasana dan persekitaran negara Brunei. Memandangkan saya tidak dibenarkan melanjutkan pelajaran di Malaysia atas sebab tertentu, ibu mengesyorkan agar saya melanjutkan pelajaran di Brunei sahaja. Setelah pergi dan meninjau program-program di universiti-universiti di Brunei seperti UNISSA dan Universiti Brunei Darussalam (UBD), saya memohon untuk belajar di UNISSA, kerana ia menawarkan bidang pengajian yang saya ingin ceburi dengan keyakinan pada rezeki Allah s.w.t. Alhamdulillah, saya diterima untuk menuntut di UNISSA. Pada tahun pertama pengajian saya di sana, biayanya ditanggung sendiri. Tetapi, selepas tahun kedua hingga kini, yuran tahunan dan penginapan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Brunei Darussalam. Ditambah pula dengan pemberian elaun perbelanjaan bulanan dan elaun buku tahunan, Alhamdulillah.

menggunakan waktu ini untuk mengisi borang-borang dari laman sesawang www.mofat.gov.bn yang menjelaskan, syarat-syarat kemasukan untuk pelajarpelajar termasuk had umur pemohon pra-siswazah antara umur 18 hingga 25 tahun, manakala untuk program pasca siswazah, tidak boleh melebihi umur 35 tahun. Sementara itu, di antara kemudahan yang diraih oleh penerima biasiswa adalah elaun peribadi bulanan sebanyak BND500, elaun makan bulanan sebanyak BND150 dan elaun buku tahunan sebanyak BND600. Semasa mengisi borang biasiswa itu, saya perlu mendapatkan pengisytiharan rasmi yang pemohon setuju dengan syarat-syarat yang harus dipatuhi. Alhamdulillah, untuk mengatasi cabaran ini, saya mendapat bantuan Jamiyah, Singapura. Selepas penghantaran permohonan biasiswa ini melalui Kedutaan Brunei di Singapura, saya diminta menduduki ujian. Akan tetapi, teman-teman yang memohon biasiswa selepas tahun 2015, tidak perlu menduduki ujian ini.

Penginapan yang serba lengkap Saya tidak menghadapi banyak masalah tentang soal penginapan kerana penerima biasiswa dari luar negara diberi keutamaan untuk tinggal di hostel dengan percuma. Hanya yang tidak mempunyai biasiswa diperlukan membayar BND45

setiap bulan. Saya diberi penginapan di sebuah bilik apartment tiga bilik yang dilengkapi dengan katil, kerusi, meja belajar dan almari di setiap bilik. Ianya amat selesa kerana setiap pelajar mempunyai privasi sendiri tinggal di sebuah bilik dengan kemudahan ruang tamu, dapur, tandas yang dikongsi dan tiga balkoni. Terdapat juga Family Room untuk mereka yang membawa keluarga tetapi dengan syarat setiap keluarga boleh menggunakan kemudahan ini hanya sekali dalam setahun. Pelajar-pelajar yang tidak mahu tinggal di hostel juga dibenarkan menyewa di bilik di luar, tetapi saya rasa sebagai wanita adalah lebih elok untuk tinggal di hostel sahaja.

Pengalaman dan cabaran di UNISSA dan Negara Brunei Alhamdulillah, setelah hampir empat tahun saya tinggal di Brunei, saya amat selesa belajar di sini kerana Brunei merupakan negara yang sangat aman dan tenang ditambah pula dengan suasana islamiknya. Begitu juga langit tampak keindahannya kerana tidak dilindungi oleh bangunan-bangunan mencakar langit di sekeliling. Walaupun kami tidak mempunyai persatuan pelajar-pelajar Singapura di Brunei secara rasmi, ramai keluarga Singapura yang menetap di sana sering membantu kami. Lebih-lebih lagi

Bagaimana mendapat biasiswa sepenuhnya daripada kerajaan Brunei? Saya tidak memohon biasiswa untuk tahun pertama kerana kesuntukan masa disebabkan keputusan GCE ‘A’ Level yang diumumkan lewat selepas tarikh penutupan permohonan biasiswa. Saya 17

Ar-Risalah 25 Edit.indd 17

19/4/18 10:07 AM


MEMORI KEHIDUPAN

sewaktu kami menyambut Hari Raya, mereka yang akan menjemput kami ke rumah mereka untuk berkongsi keriangan Eidul Fitri dan Eidul Adha. Malahan, mereka sudah menjadi seperti keluarga kami di sana.

As-Saliheen dan lain-lain lagi. Kesemua masjid-masjid di Brunei berhawa dingin yang dapat memberi keselesaan kepada jemaah. Begitu juga rumah-rumah di sana berhawa dingin walaupun kelihatan dari luar seperti rumah kampung yang usang.

Rakyat Brunei sangat menyayangi Sultan mereka; Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Secara peribadi, saya sendiri teruja dan gembira setiap kali melihat Sultan, lebih-lebih lagi bila beliau berada di depan mata saya, melambai-lambaikan tangan sambil memandu keretanya. Mereka yang bertuah dapatlah bergambar dan berswafoto bersama Sultan. Saya juga berpeluang berbasikal bersama Sultan dan menyaksikan perarakan Jubli Emas sempena 50 tahun Sultan menaiki takhta.

EXCO Majlis Persatuan Pelajar UNISSA

Kebanyakan kawan-kawan saya (termasuk saya) semakin berselera ketika berada di Brunei kerana makanannya yang murah lagi sedap. Kehalalan makanannya juga tidak perlu diragui kerana ada tulisan “makanan bukan untuk orang Islam” tergantung di pintu semua gerai makanan tidak halal. Produk-produk yang tidak halal di pasar raya juga mempunyai bilik khas supaya masyarakat Islam tidak akan tersalah pilih makanan halal. Di sini, saya sangat teruja bila pertama kali melihat masjid-masjidnya yang cantik seperti Masjid Jame, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Masjid

Saya juga merupakan EXCO, Majlis Persatuan Pelajar UNISSA di bawah Unit Hal Ehwal Antarabangsa selama setahun. Melalui penglibatan ini, saya banyak menimba pengalaman baru dan juga mengenali lebih ramai kawan. Saya juga diberi peluang untuk membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Peranan dan Sumbangan Pergas dalam Memperkukuhkan Jati Diri Masyarakat Minoriti Muslim di Singapura” di Universiti Malaysia Sabah pada 22 Ogos 2017. Setelah tamat pengajian kelak, perkara yang paling akan saya rindui adalah bertemu dengan tenaga pengajar UNISSA yang berasal daripada Malaysia, Yaman, Mesir, Sudan, Indonesia, Brunei dan lain-lain lagi. Pensyarah-pensyarah kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelajar ke bilik pejabat mereka. Saya suka bertemu mereka walaupun tidak ada keperluan tentang pelajaran. Setiap kali keluar dari pejabat mereka, kami sentiasa akan mendapat pengisian rohani. Saya juga berpeluang bertalaqi kitab yang saya ingini dengan mereka seperti Syamail Muhammadiyah dan juga kitab tibyan.

UNISSA juga menyediakan kelas talaqi kitab-kitab turath di surau UNISSA. Pensyarah-pensyarah kami sangat mesra lagi mudah untuk didekati dan banyak memberi bantuan dan sokongan kepada para mahasiswa dan mahasiswi walaupun bukan dalam bidang pelajaran. Ada juga di antara mereka yang memanggil saya dengan panggilan sanghafuri yang bermaksud warga Singapura. Cabaran lain yang saya hadapi di sini adalah berkaitan pengangkutan awam. Jika tiada kereta, agak sukar untuk kami bergerak ke sana ke mari. Alhamdulillah, kadangkala kami, pelajar-pelajar dipinjamkan kereta atau menyewanya. Jadi, kami menumpang mereka yang berkereta jika ingin ke mana-mana. Akan tetapi, terdapat pusat membeli belah dan kedai-kedai yang berhampiran dengan hostel dan juga kampus kami yang menjual keperluan asas kami.   Perkara-perkara yang dikongsi di atas merupakan antara pengalaman saya di sana. Saya berasa teramat bersyukur diberikan peluang untuk menuntut di UNISSA dan menetap buat sementara di Brunei Darussalam dan meniti pengalaman yang sangat saya hargai dan tidak dapat dijual beli. Doakan agar saya dapat mendapat ijazah dengan kelulusan terbaik agar saya dapat menabur bakti kepada masyarakat Islam di Singapura, InsyaAllah.

18

Ar-Risalah 25 Edit.indd 18

19/4/18 10:07 AM


HIBAH 4. EKONOMI ISLAM

apa itu

?

dari sudut bahasa ialah

dari sudut istilah ialah

PEMBERIAN

Pemberian kepada seseorang tanpa apa-apa tujuan pembalasan.

SYARAT-SYARAT PEMBERI HIBAH

BARANG YANG DIBERI

1. Memiliki sepenuhnya harta yang ingin dihibahkan

1. Wujud ketika hibah dilakukan

2. Orang Islam 3. Tidak dipaksa

2. Harta yang boleh dijual beli 3. Dimiliki sepenuhnya oleh pemberi hibah

‘UMRA RUQBA

4. Sedar & Waras

PENERIMA HIBAH

SIGHAH HIBAH

1. Mengetahui dan menerima hibah tersebut

1. Wujudnya ijab dan qabul

2. Mengambil barang yang dihibahkan

2. Lafaz qabul mestilah selepas lafaz ijab 3. Lafaz ijab tidak boleh diikat dengan waktu 4. Lafaz ijab tidak boleh diikat dengan syarat 5. Lafaz ijab tidak boleh diikat dengan manfaat

HIBAH

HIBAH ‘UMRA berasal daripada

HIBAH RUQBA dari sudut bahasa

Contoh lafaz ijab ‘umra: “Saya jadikan rumah ini milik anda sepanjang hidup anda, dan kepada ahli waris anda selepas kematian anda”.

Contoh lafaz hibah ruqba: “aku jadikan rumahku ini sebagai satu penantian antara kita berdua, iaitu siapa yang mati dulu maka yang hidup akan memilikinya”.

perkataan ‘amara, bermaksud umur.

ialah penantian dan pemerhatian.

Informasi dipetik daripada buku 'Huraian Ilmu Faraid' karya Ustaz Dr Firdaus Yahya. Buku ini boleh didapati di Perpustakaan Rujukan Syed Ahmad Semait Pergas (SASRL). 19

Ar-Risalah 25 Edit.indd 19

19/4/18 10:07 AM


5. KENALI ASATIZAH

USTAZAH SUKARTI ASMOIN Dekan, Madrasah Almaarif Al-Islamiah Anggota Lembaga Pengiktirafan Asatizah

Assalamualaikum wr wb. Ustazah. Pihak kami ingin mengenalkan Ustazah melalui ruangan ini. Boleh Ustazah berkongsi latar belakang pendidikan Ustazah hingga ke insititusi pengajian tinggi?

Apakah yang membuatkan Ustazah masih lagi komited dengan komiti ini sehingga kini? Apakah perkara yang paling tidak dapat Ustazah lupakan sepanjang keterlibatan Ustazah di dalam komiti ini?

Saya mula belajar di Al-Madrasah Al-Wataniah, Kampung Paya dari tahun 1963 hingga 1967. Pada tahun 1968, saya belajar di Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah hingga 1972 dan menduduki Peperiksaan GCE Peringkat Biasa pada tahun yang sama. Pada tahun 1974, saya menduduki Peperiksaan GCE Peringkat Lanjutan melalui Lembaga Pendidikan Dewasa. Pada tahun 1975, saya diberi peluang melanjutkan pendidikan tinggi di Universiti Singapura (University of Singapore) di Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan. Pada tahun 1982 hingga 1986, saya melanjutkan pendidikan saya di Fakulti Syaraih, Akademi Islam Universiti Malaya. Pada 2002 hingga 2004, saya melanjutkan pendidikan saya di Universiti Monash secara jarah jauh dalam bidang Pendidikan dan dianugerahi dengan Master of Education (Leadership Policy and Change). Kini saya sedang menyiapkan disertasi saya yang bertajuk ‘Strategi Pembelajaran Pendidikan Agama Islam (Aqidah) di IPIP.

Sama ada saya akan terus komited dengan ARB atau tidak bergantung sama ada saya akan dilantik semula atau tidak. Penggal saya akan berakhir pada Disember 2019. Sekiranya saya dilantik lagi, saya sangat bersyukur kerana saya dapat menyumbangkan ilmu, pengalaman dan masa saya kepada yang memerlukan. Pelantikan semula juga bagi saya bermakna sumbangan saya masih diperlukan. Tentunya saya merasa bahagia kerana dalam status saya sebagai warga emas saya masih dapat memanfaatkan masa saya sebaik-baiknya. Alhamdulillah.

Ustazah merupakan antara pelopor Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) bagi Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS), bagaimana keterlibatan Ustazah di dalam komiti ini bermula? Apakah peranan Ustazah di dalam komiti ini?

Sejak 1 Januari 2018, saya tidak lagi menyandang tugas sebagai Pengetua di Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah. Saya kini menyandang tugas sebagai Dekan Jabatan Pengajian Islam Madrasah ini. Saya masih lagi menjadi resource person di Mahkamah Syariah. Ini bergantung kepada sama ada terdapat kasus yang perlu bantuan saya. Cabaran warga emas yang terlibat dengan pengurusan keluarga dan lain-lain sebagainya, dan pada masa yang sama mengambil ijazah sama ada sarjana muda, sarjana atau doktor falsafah memang besar dan perlu banyak berdoa. Tentunya apabila semua rintangan ini dapat dilepasi, kemanisan usaha yang dilakukan dapat dirasakan. In syaa Allah.

Ia bermula apabila saya dilantik oleh Muis pada tahun 2005. Pada awal penubuhannya, terdapat dua orang ahli jawatankuasa wanita bagi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (Asatizah Regnition Board – ARB) iaitu saya sendiri dan Ustazah Khadijah Ja’afar. Pada mulanya saya menerajui bahagian ujian di mana, bersama Ustazah Khadijah dan beberapa ahli yang lain, kami menyiapkan kertaskertas soalan dan memeriksa skrip jawapan bagi asatizah yang tidak memiliki kelayakan rasmi yang diiktiraf ARB. Di samping itu, bersama dengan ahli yang lain juga, saya terlibat mewawancara para pemohon yang ARB rasakan mereka perlu diwawancara bagi mendapatkan kepastian status pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Agama Islam yang mereka sampaikan.

Ustazah juga merupakan Mudirah Madrasah Al-Ma’arif AlIslamiah, juga aktif di Mahkamah Syariah sebagai sukarelawan bagi memberi khidmat kemasyarakatan, selain sibuk menguruskan keluarga, bagaimana Ustazah menguruskan masa untuk mengambil ijazah Doktor Falsafah?

Apakah harapan Ustazah terhadap pelajar-pelajar Ustazah yang merupakan bakal asatizah yang akan membimbing masyarakat Islam di masa hadapan? Mengapa pentingnya setiap asatizah untuk mendapat pengiktirafan ARS?

20

Ar-Risalah 25 Edit.indd 20

19/4/18 10:07 AM


KENALI ASATIZAH

gambar: Muis

Saya mendokong misi Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah iaitu ‘To nurture and develop future Muslimah Leaders who are spiritually anchored, intellectually progressive and embrace connectedness with the community.’ Maknanya Al-Ma’arif bekerja keras menjadikan graduannya pemimpin Muslimah yang bukan saja maju dari segi intelek, bahkan rohaninya kukoh dan terlibat dengan masyarakatnya. Saya merasakan bahawa visi ini sangat relevan sekarang dan masa akan datang. Asatizah perlu memiliki ARS yang bermaksud mereka diiktiraf. Untuk mendapatkan pengiktirafan ini pula setiap ustaz/ustazah perlu ada sekurang-kurangnya 30 CPE dalam masa tiga tahun. Ini bermakna mereka tidak boleh berhenti dari mengikuti kursus-kursus yang diiktiraf oleh ARB. Ditambah pula mereka perlu memiliki akhlak yang mulia. Inilah Muslim/Muslimah yang dikendaki Islam yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Tujuannya tidak lain hanyalah memperkasa dan memenuhi tuntutan manusia dicipta sebagaimana firman Allah dalam surah az-Zariat (51), ayat 56: Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepad-Ku. Untuk beribadah kepada

Ar-Risalah 25 Edit.indd 21

Allah perlukan ilmu dan akhlak mulia, untuk menjadi pendakwah sebagai ustaz/ustazah perlu berilmu dan akhlak mulia. Mana mungkin kita menyuruh orang buat baik, sedangkan kita tidak berkelakuan baik. Perhatikanlah ayat-ayat berikut: Al-Baqarah (2), ayat 44: Mengapakah kamu suruh orang (lain) berbuat baik, sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri pada hal kamu membaca alKitab? Tidakkah kamu berfirkir? Ash-Shaf (61), ayat 2-3: Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu katakana apa yang tidak kamu lakukan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kerjakan. Ayat-ayat di atas menguatkan lagi perlunya setiap ustaz dan ustazah memerlukan memiliki ARS. .‫و الله اعلم بالصواب‬

21

19/4/18 10:07 AM


6. KENALI Pergas

Mesyuarat Agung Pergas 2017

P

residen Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, telah dipilih semula menerajui persatuan itu bagi penggal 2017-2019. Selain beliau, beberapa penyandang jawatan Majlis Pergas yang lalu telah dipilih untuk berkhidmat dalam penggal baru itu.

Ini termasuk Ustaz Muhammad Zahid Mohd Zin (Naib Presiden); Ustaz Muhd Nuzhan Abdul Halim (Setiausaha Kehormat); Ustaz Muhd Saiful Adli Ayob (Naib Setiausaha Kehormat); dan Ustazah Rohana Ithnin (Bendahari Kehormat). Anggota majlis tertinggi seramai 15 anggota itu telah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pergas pada petang Sabtu lalu.

Berikut senarai nama barisan Majlis Tertinggi Pergas, 2017-2019:

Ustaz Mohamad Hasbi Hassan

Ustaz Muhammad Nuzhan Abdul Halim

Ustaz Syakir Pasuni

Ustazah Nadia Hanim Abdul Rahman

Ustazah Nurul 'Izzah Kamsani

Ustaz Izal Mustafa Kamar

Ustaz Muhammad Zahid Mohd Zin

Ustazah Rohana Ithnin

Ustaz Mahmoud Mathlub Sidek

Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy

Ustaz Muhammad Hasyim Masnin

Ustaz Muhammad Saiful Adli Ayob

Dalam AGM ke 58 itu, tiga anggota baru dipilih menyertai majlis tertingginya ialah:

Ustazah Sukarti Asmoin

Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid

Ustaz Fathurrahman Haji M. Dawoed

22

Ar-Risalah 25 Edit.indd 22

19/4/18 10:10 AM


7. AKTIVITI Pergas

Aktiviti Pergas Sep - Dis 2017 SEP 6

Program pembangunan mahasiswa, ‘Take the Leap’ anjuran Impian Pergas yang dikelolakan oleh Institut Safinah yang bertempat di Alqudwah Academy untuk para mahasiswa pengajian Islam di luar negara.

21

Pengajian Kitab Mukhtarul Hadis oleh Al-Habib Jindan Bin Novel Bin Salim Bin Jindan anjuran Majlis Alhadyun Nabawi dan Majlis Muwasolah bertempat di Masjid Abdul Razak.

22-21 Oct

Siaran Khas Firman dan Sabda di Radio Warna 94.2 FM, mengenai biografi dan sumbangan ulama Singapura yang disampaikan oleh beberapa orang asatizah tempatan.

24

Majlis Hari Asatizah 2017 anjuran bersama Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) dan Majlis Pelajar Pergas (MPP) yang telah diadakan di Safra Yishun Country Club.

27

Pengajian Kitab Riyadus Solihin oleh Habib Solih Al-Jufri anjuran Majlis Alhadyun Nabawi dan Majlis Muwasolah bertempat di Masjid Mydin.

16

Majlis Zikir Bulanan bertempat di Masjid Sultan, pimpinan Ustaz Mohamad Hasbi Hassan.

20

Pengajian Kitab ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’ oleh Al-Habib Jindan Bin Novel Bin Salim Bin Jindan anjuran Majlis Alhadyun Nabawi dengan kerjasama Pergas, Majlis Muwasolah dan Masjid Kassim.

28

Pengajian Kitab Bidayatul Hidayah oleh Habib Soleh Al-Jufri anjuran Majlis Alhadyun Nabawi dan Majlis Muwasolah bertempat di Masjid Abdul Razak.

30

Program Mudarasah Asatizah bersama Ustaz Umar Muhammad Noor dengan tajuk Sahihayn dan Cabaran Semasa bertempat di Auditorium Madrasah Wak Tanjong. 23

Ar-Risalah 25 Edit.indd 23

19/4/18 10:10 AM


AKTIVITI Pergas

OKT 1-3

Lawatan sambil belajar anjuran Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) untuk pelajar-pelajar IPIP ke beberapa institusi Islam di Kuala Lumpur, antaranya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), TV Al-Hijrah dan Muzium Kesenian Islam Malaysia.

26

Pengajian Kitab Mukhtarul Hadis oleh Al-Habib Jindan Bin Novel Bin Salim Bin Jindan anjuran Majlis Alhadyun Nabawi dan Majlis Muwasolah bertempat di Masjid Abdul Razak.

27

Jalsah Mahabbah, sebuah sesi tertutup antara asatizah dan Habib Umar bin Hafizh dengan tajuk ‘Melestarikan Warisan Nubuwwah’ diadakan di Masjid Yusuf Ishak. Program Malam Mahabbah bersama Habib Umar bin Hafizh diadakan di Masjid Yusuf Ishak.

2

Program Mudarasah Asatizah bersama Ustaz Umar Muhammad Noor dengan tajuk, “Ingkar Hadis Moden” bertempat di Oditorium Madrasah Wak Tanjong.

8

Pengajian Kitab Bidayatul Hidayah oleh Habib Soleh Al-Jufri anjuran Majlis Alhadyun Nabawi dan Majlis Muwasolah bertempat di Masjid Ar-Rabitah.

NOV

11

Pengajian Kitab Bidayatul Hidayah oleh Habib Soleh Al-Jufri anjuran Majlis Alhadyun Nabawi dan Majlis Muwasolah bertempat di Masjid Abdul Razak.

Pengajian Kitab Riyadus Solihin oleh Al-Habib Ali Bin Zainal Abidin anjuran Majlis Alhadyun Nabawi dan Majlis Muwasolah bertempat di Masjid Hasanah.

12

Pengajian Kitab Bidayatul Hidayah oleh Al-Habib Ali Bin Zainal Abidin anjuran Majlis Alhadyun Nabawi dan Majlis Muwasolah bertempat di Masjid Ar-Rabitah.

21

Majlis Zikir Bulanan bertempat di Masjid Sultan pimpinan Ustaz Mohamad Hasbi Hassan.

25

Pengajian Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Al-Habib Jindan Bin Novel Bin Salim Bin Jindan anjuran Majlis Alhadyun Nabawi dengan kerjasama Pergas, Majlis Muwasolah dan Masjid Yusuf Ishak.

9

17

Majlis Zikir Bulanan bertempat di Masjid Sultan dipimpin oleh Ustaz Mohamad Hasbi Hassan.

22

Pengajian Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Al-Habib Jindan Bin Novel Bin Salim Bin Jindan anjuran Majlis Alhadyun Nabawi dengan kerjasama Pergas, Majlis Muwasolah dan Masjid Haji Yusoff.

23

Pengajian Kitab Mukhtarul Hadis oleh Al-Habib Jindan Bin Novel Bin Salim Bin Jindan anjuran Majlis Alhadyun Nabawi dan Majlis Muwasolah bertempat di Masjid Abdul Razak.

24

Ar-Risalah 25 Edit.indd 24

19/4/18 10:10 AM


AKTIVITI Pergas

DIS 16

Majlis Zikir Bulanan bertempat di Masjid Sultan, pimpinan Ustaz Mohamad Hasbi Hassan.

16-17

Kem Dai’ anjuran Majlis Pelajar Pergas (MPP) dengan kerjasama Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP) untuk para pelajar IPIP yang diadakan di Masjid Yusuf Ishak.

17

Program Public Talk bersama Dr. Timothy J. Gianotti bertajuk ‘Mencapai Keseimbangan, Memupuk Keharmonian antara Material dan Rohani’ yang adakan di Pergas.

20

Pengajian Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Al-Habib Jindan Bin Novel Bin Salim Bin Jindan anjuran Majlis Alhadyun Nabawi dengan kerjasama Pergas, Majlis Muwasolah dan Masjid Al-Huda.

21

Pengajian Kitab Mukhtarul Hadis oleh Al-Habib Jindan Bin Novel Bin Salim Bin Jindan anjuran Majlis Alhadyun Nabawi dan Majlis Muwasolah bertempat di Masjid Abdul Razak.

24

Pengajian Kitab Riyadus Solihin oleh Al-Habib Ali Bin Zainal Abidin anjuran Majlis Alhadyun Nabawi dan Majlis Muwasolah bertempat di Masjid Maarof.

WARGA KERJA BARU Pergas Ustazah Ainul Mardhiyah Bte Osman Kelulusan Sarjana Muda Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar, Kahirah Bidang Tugas: Pensyarah (Jabatan Pendidikan Islam)

25

Ar-Risalah 25 Edit.indd 25

19/4/18 10:10 AM


8.

MEMORI TRAVELOG

SINAR ISLAM di Afrika Selatan Ukht Sundusia Rosdi Penyunting, Ar-Risalah

26

Ar-Risalah 25 Edit.indd 26

19/4/18 10:10 AM


MEMORI TRAVELOG

Jika lalu d dap Sumber: http://www.travelthruhistory.tv/ThruHistory/wpcontent/uploads/2014/03/Cape-Town-South-Africa-Map.png

A

pa yang menarik di Cape Town, Afrika Selatan? Boleh ke awak tahan bahang “ mentari terik dan cuaca panas kering di sana?”, itulah antara soalan-soalan yang sering diajukan bila saya memberitahu teman-teman tentang destinasi pelancongan saya hujung tahun 2017. Ada juga yang khuatir tentang aspek keselamatan saya, memandangkan mereka dibayangi khabar dan berita-berita tentang pergolakan politik dan rusuhan kaum juga peristiwa-peristiwa anti-sosial yang sebenarnya berlaku di bahagian lain negara-negara dalam benua Afrika dan bukan di negara Afrika Selatan atau kota kedua terbesarnya Cape Town. Setelah menjejakkan kaki ke Cape Town selama 9 hari, saya rasa perjalanan melalui penerbangan selama 9 jam (transit di Dubai) dan kemudian 6 jam lagi ke Cape Town amat berbaloi walaupun jenuh duduk dalam pesawat. Bandar utama Afrika Selatan ini merupakan antara bandar terindah di dunia kerana anda boleh temui pelbagai landskap di Cape Town seolah-olah anda dibawa melancong ke beberapa benua sekali gus. Cape Town yang digelar juga ‘Mother City’ terletak di bahagian barat jaluran semenanjung bawah wilayah South Africa (SA). Wilayah ini juga sinonim dengan perjuangan rakyat peribuminya menentang Dasar Apartheid (pemerintah yang diterajui masyarakat kulit putih memerintah dengan cara mengasingkan rakyat mengikut warna kulit masing-masing dari

tahun 1948). Cape Town juga amat dikenali kerana ketokohan Nelson Mandela yang mengetuai rakyat bukan kulit-putih memperjuangkan dasar anti-Apartheid sehingga dasar itu dihapuskan pada tahun 1994. Mandela menerima Anugerah Nobel tahun 1993 dan menjadi simbol keamanan dunia sejagat.

TABLE MOUNTAIN & CAPE POINT/ CAPE OF GOOD HOPE Antara daya tarikan Cape Town ialah Table Mountain yang merupakan sebahagian daripada Taman-taman Negara di wilayah Selatan Afrika. Dinamakan Table Mountain kerana bentuk dataran di puncak gunungnya yang merupai permukaan sebuah meja. Kami menaiki kereta kabel ke ‘muka meja’ ini untuk menyaksikan pemandangan seluruh bandar Cape Town dari celahan kepulan-kepulan awan di dataran yang penuh dengan bermacam jenis batu gunung-ganang berbagai warna dan saiz. Ketika menuruni gunung kami diberitahu melalui alat siaraya (PA system) bahawa khidmat kereta kabel terpaksa dihentikan sementara kerana angin kencang akan berlaku, malahan pelawatpelawat yang berada di dataran puncak Table Mountain akan mendengar arahan meminta mereka semua berteduh di dalam bangunan yang disediakan bila bermulanya angin kencang. Alhamdulillah, alangkah beruntungnya kami kerana dapat 27

Ar-Risalah 25 Edit.indd 27

19/4/18 10:10 AM


MEMORI TRAVELOG

naik dan turun dengan selamat atas bantuan Allah S.W.T. dan pengalaman juga kecekapan pemandu kami yang telah berusaha lebih awal mengikuti perkembangan ramalan cuaca harian untuk memilih hari terbaik bagi kami melawat Table Mountain. Selain Table Mountain yang diakui sebagai “Antara 7 Keajaiban Dunia Moden”, Cape Town memiliki 4 mercutanda atau ikon lain yang terkenal iaitu Cape Point, Light Houses, Cape of Good Hope (Tanjong Pengharapan), Seal Island & Penguin Colony dan Robben Island (tempat Mandela dipenjara selama 17 tahun). Pantai-pantai pesisiran Lautan Atlantik yang kami singgah termasuklah Boulders Beach, Hout Bay dan Camps Bay. Cape Point pula adalah kawasan Taman Negara dan banjaran gunung ganang tersusun menghadap Lautan Atlantik yang indah dijadikan juga sebahagiannya sebagai taman riadah. Pelawat boleh berjalan dan berkemah (hiking & camping) atau menaiki keretapi kabel untuk ke puncaknya bagi melihat pemandangan saujana lautan Atlantik dan pulau-pulau sekitarannya. Padang dan tumbuh-tumbuhannya berbagai jenis dan warna. Sememangnya banyak flora dan fauna unik yang tidak pernah kami ketahui dan hanya terdapat di bumi SA ini telah kami saksikan sendiri, melihat alam ciptaan Allah S.W.T. Namun yang paling menarik perhatian saya ialah tempat masyarakat Melayu asal Nusantara bermukim di Cape Town yang terletak di daerah bandar yang di panggil Bo Kaap (Cape Malay Quarters). Inilah fokus tujuan saya ke Afrika Selatan untuk berjumpa orang-orang Melayu Tanjung (Cape Malay), mahu melihat sendiri kawasan kediaman mereka, mengetahui latar sejarah, budaya dan kegiatan harian mereka, termasuk anutan aliran dan fahaman agama mereka.

ISLAM BERKEMBANG DI BUMI TANJUNG INI Pemandu lawatan kami ialah saudara Mogamat Toffar (sebutan ‘ha’ Mohamat dieja dengan ‘ga’)– seorang Muslim Melayu Tanjung, keturunannya berasal dari Pulau Jawa dan moyangnya pernah menjadi imam sebuah masjid di perkampungan Melayu Tanjung Bo Kaap. Mohamat adalah mantan jurugambarwartawan, dan antara kecemerlangan tugas beliau dahulu ialah membuat liputan peristiwa-peristiwa di sekitar pembebasan Nelson Mandela (tahun 1990) dan projek pembangunan semula estet perumahan daerah Bo Kaap. Menurut Mohamat di Cape Town sahaja terdapat hampir 100 masjid dan 18 pusat pengajian atau kebajikan Islam privet termasuk sebuah pusat khusus untuk orang cacat penglihatan. Alhamdulillah, rombongan kami sempat melawat dan bersujud di 4 buah masjid. Sejarah perkembangan Islam di Afrika Selatan bermula dengan ‘kedatangan’ Sheikh Yusuf Abdullah Al-Makasari (1626-1699) dari Makasar, Sulawesi Indonesia. Anak kelahiran Gowa, Sulawesi Selatan, semasa hayatnya mengangkat senjata menentang kerajaan Belanda. Menyedari hakikat ini, pihak Belanda telah mengasingkan Syeikh Yusuf bersama-sama pengikutnya ke Ceylon (Sri Lanka). Walaupun berada di Sri Lanka, Syeikh Yusuf tetap menghubungi pengikut-pengikutnya di Sulawesi. Beliau mengirim surat melalui pekerja-pekerja kapal Belanda yang berulang alik dari Sri Lanka ke Indonesia dan meminta pengikut-pengikutnya terus berjuang menentang penjajah Belanda hingga ke titisan darah terakhir. Kegiatannya ini sampai ke pengetahuan penjajah Belanda dan pada 2 April 1694, Syeikh Yusuf Abdullah berserta 49 anggota keluarga dan pengikut-pengikutnya ‘dibuang negeri’ ke Afrika Selatan dan ditempatkan di ladang Zanduliet dekat Cape Town.

28

Ar-Risalah 25 Edit.indd 28

19/4/18 10:10 AM


MEMORI TRAVELOG

Sheikh Yusuf telah ‘dibuang negeri’ oleh pemerintah Belanda kerana bimbang akan pengaruh kuatnya menguasai rakyat menentang pemerintah Belanda. Sebagai orang buangan di Afrika Selatan, beliau memulakan dakwah dengan memimpin pembacaan al quran melalui hafalan tanpa kitab, mengumpulkan pengikut-pengikut yang kebanyakannya para kuli dan buruh dari Ceylon dan India menyebarkan syiar Islam di sekitaran kediamannya sehinggalah beliau dikenali sebagai seorang ulama, ahli Sufi, sasterawan dan pejuang antipenjajahan Nusantara yang memantapkan agama Islam dan budaya Melayu di Afrika Selatan, khususnya di Cape Town. Kerajaan Belanda di Indonesia beranggapan bahawa dengan terasingnya Syeikh Yusuf di Afrika Selatan, segala kegiatannya untuk menumpaskan pihak Belanda akan terkubur. Tanggapan ini meleset, dengan kuasa Allah S.W.T., walau tanpa membawa sebarang naskah al-Quran semasa pelayaran Syeikh Yusuf dan pengikut-pengikutnya dalam pembuangan, dengan ayat-ayat al-Quran yang dihafal tersemat dalam ingatan, mereka dapat menurunkan ayat-ayat suci kepada generasi mereka dengan berkongsi ajaran Islam melalui hafalan mereka. Beberapa tahun kemudian berdasarkan hafalan dan daya ingatan yang kuat, kitab al-Quran 30 juzuk tulisan tangan Imam Abdullah Qadi Abdus Salam yang juga dikenali sebagai Tuang Guru di Al-Auwwal Masjid di Bo-Kaap dihasilkan dengan hampir sempurna. Bila diselidik dan dikaji hanya terdapat 4 sahaja kesalahan kecil yang dapat dikesan dalam al-Quran ini. Naskah al-Quran tulisan tangan asli ini disimpan rapi dan dipamer di ruang Solat Masjid Al-Auwwal yang pertama didirikan di daerah Bo-Kaap yang ditubuhkan pada 1794. Masjid Nurul Islam yang didirikan dalam tahun 1844 oleh anak Tuang Guru, Imam Abdol Rauf juga bersebelahan dengan rumah-rumah kediaman daerah Bo Kaap pula telah beberapa kali dibangun semula. Kini lebih 90% daripada umat Islam asal Bo-Kaap bermazhab Syafie dengan pengaruh doktrin umat Islam asal Indonesia. Dalam masa 5 tahun beliau tiba, dengan keperitan hidup di perantauan, Syeikh Yusuf berjaya membangunkan kelompok orang-orang Islam dengan mengasaskan tempat pengajian Islam dan pusat pembelajaran dan penghafalan al-Quran. Hasil kegigihan usaha ulama ini berdakwah, mereka telah melahirkan generasi yang bukan sahaja tahu membaca, tetapi juga menghayati makna al-Quran dan mengamalkannya dalam gaya hidup mereka. Tradisi menuntut ilmu Islam yang berlanjutan hingga kini telah melahirkan ramai para dai’, professional dan pengamal intelektual Islam yang disegani oleh masyarakat-masyarakat lain. Malah semasa Dasar Apartheid berkuatkuasa, orang-orang Melayu Tanjung tidak digolongkan sebagai kumpulan orang kulit-hitam, tetapi tergolong dalam orang kulit-berwarna atau coloured dan mereka mendapat layanan yang dikira agak baik sedikit selepas dari kelas orang-berkulit putih.

Syeikh Yusuf meninggal dunia pada 23 Mei 1699 di Kaap dan dikebumikan di Faure, iaitu di ladang Zanduliet. Kawasan tempat asal pusara Syeikh Yusuf kini dikenali sebagai daerah Macassar dan sebuah bangunan makam didirikan sebagai penanda. Bagaimanapun, atas permohonan keluarga Syeikh Yusuf dan pihak pemerintah Gowa, pusara Syeikh Yusuf telah pun dipindahkan untuk pengebumian semula di Lakiung, Makasar Sulawesi Selatan. Rombongan kami seramai 10 orang sempat mengunjungi kawasan ini dan menyaksikan beberapa penanda makam pengikut-pengikut Syeikh Yusuf yang lain juga. Sebuah monumen yang didirikan sebagai mercu tanda merakamkan pencapaian kumpulan mereka menjadi perintis pembacaan al-Quran semasa mereka dipindahkan ke ladang Zanduliet di daerah yang kini dinamakan Macassar. Ikuti sambungan travelog; “Mencari Melayu Tanjung di Afrika Selatan” di keluaran akan datang.

Auwal Masjid merupakan bukti dakwah Islam berdasarkan tradisi lisan yang teguh. Ia mempelopori kebanyakan daripada tradisi-tradisi Islam Cape. 

Masjid Nurul Islam ialah masjid pertama ditubuhkan oleh jemaah pelajar di bawah bimbingan Van Imam Achmat Bengalen. Pada 27 Februari 1844 Jemaah pelajar ini menerima satu pindahan harta untuk membina masjid ini. 29

Ar-Risalah 25 Edit.indd 29

19/4/18 10:10 AM


9. TINTA ILMU

Kenyataan Media 11 Okt 2017

Pergas SOKONG TINDAKAN PPIS TIDAK TANDATANGANI LAPORAN PERSATUAN Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) menyokong tindakan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) serta beberapa pertubuhan lain tidak menandatangani laporan bayangan Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) kepada Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB). 2. Dalam kenyataan akhbarnya Pergas berkata bahawa pihaknya berasa ia adalah tindakan yang wajar. Ini memandangkan, menurut laporan media setempat, kenyataan yang tidak dipersetujui PPIS mengandungi beberapa perkara yang bertentangan dengan hak orang Islam seperti perkara mengenai warisan, poligami, hak wali serta penghapusan kanun keseksaan bagi seksyen 377A yang menganggap hubungan sesama lelaki adalah satu jenayah. 3. "Pergas juga ingin menegaskan bahawa Islam merupakan satu agama yang mengangkat kedudukan wanita sama seperti kaum lelaki di dalam menjalankan tanggungjawab harian serta hak-hak dalam agama. Islam sangat menggalakkan umatnya termasuk kaum wanita, dalam menuntut ilmu, membolehkan kaum wanita bekerja dan menjadi pemimpin dalam urusan harian, asal sahaja mereka mempunyai kemampuan dan kelayakan.

PPIS sebelum ini dilaporkan memutuskan tidak membubuh tandatangannya pada Laporan Bayangan atau shadow report (laporan berdasarkan isu yang biasanya tidak diketengahkan oleh pemerintah) CEDAW yang seharusnya dikemukakan kepada Konvensyen PBB. 5. Ia berbuat demikian setelah berunding dengan pelbagai sektor masyarakat dan pihak berkepentingan, termasuk pemimpin agama dan masyarakat serta ahli akademik. Sekurang-kurangnya empat kumpulan wanita - PPIS, Rangkaian Integrasi Wanita Persatuan Rakyat serta Wanita NTUC dan Unit Keluarga - dikatakan menarik balik sokongan mereka, lapor akhbar The Straits Times. 6. Dalam kenyataan yang sama, Pergas turut menggesa agar pihak yang terbabit menghormati rang undang-undang yang telah digariskan dalam Amla, yang merupakan undang-undang yang diiktiraf di Singapura bagi pengamalan masyarakat Islam di sini. Memandang ke hadapan, Pergas amat menyokong segala bentuk yang boleh membawa kepada penghapusan segala diskriminasi terhadap kaum wanita, asal sahaja ia tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam,'' ujar Pergas.

4. "Malah, setiap amalan mereka diterima dan dihitung sama seperti perhitungan Allah terhadap kaum lelaki," ujar Pergas. 30

Ar-Risalah 25 Edit.indd 30

19/4/18 10:10 AM


TINTA ILMU

12 December 2017

RESPONSE FROM Pergas TO WASHINGTON’S MOVE TO RECOGNISE JERUSALEM AS THE CAPITAL OF ISRAEL We refer to media reports published on the 7th of December, regarding the statement made by the President of the United States of America (USA), Mr Donald Trump, to recognise Jerusalem as the capital of Israel. 2. As an organisation that represents the Islamic scholars and religious teachers, as well as the Muslim community in Singapore, Pergas is disappointed and extremely concerned by Mr Trump’s move. 3. Pergas is of the opinion that this recent development is a step backwards in efforts to maintain regional stability, and can attract negative retaliation that can worsen the situation in Palestine, as well as global peace. 4. Mr Trump’s statement may also be seen as a symbolic move in support of Israel’s actions and policies that continue to oppress Palestinians in their own country, as well as transgress the United Nations Security Council’s resolution urging Israel to stop any activities related to the construction of illegal settlements on Palestinian territory.

5. At the same time, Pergas would like to state that it is in support of the recent statement issued by Singapore’s Ministry of Foreign Affairs (MFA) that reaffirmed Singapore’s longstanding and consistent support for a two-state solution, that involves an independent Palestine existing in peace alongside Israel. 6. However, Pergas firmly believes that peace can only be achieved if the oppression and violence is stopped. This is as commanded in Islam, which calls upon peace and prosperity of both parties, as Allah s.w.t. says in Surah Al-Anfal verse 61: “And if they incline to peace, then incline to it [also] and rely upon Allah. Indeed, it is He who is the Hearing, the Knowing.” 7. Moving forward, Pergas sincerely hopes that the unfavourable responses from the global community and the prayers of the Muslim community, will motivate President Trump to re-evaluate his statement. Hopefully the Israel-Palestine conflict can be solved, and harmony and peace can be restored in that region. SINGAPORE ISLAMIC SCHOLARS & RELIGIOUS TEACHERS ASSOCIATION (Pergas) 31

Ar-Risalah 25 Edit.indd 31

19/4/18 10:10 AM


9. TINTA ILMU

Wasat Online Lungsuri https://wasatonline.wordpress.com Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Pergas. Diwujudkan bagi menerbitkan penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan). Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura.

Edisi no. 17/Oktober 2017 Artikel pertama bertajuk, “Wasatiyah Dalam Memahami Ayat-ayat Mutasyabihat Di Sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah”, sumbangan Ustaz TM Fouzy TM Jumat membicarakan isu yang banyak dibincangkan oleh kalangan awam kini hingga kadangkala menimbulkan sikap-sikap yang tidak wasatiy di kalangan mereka yang berbeza pendapat. Penulis memberi penjelasan mudah dan ringkas tentang pendirian yang wasatiy di sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah apabila berhadapan dengan nas-nas mutasyabihat, iaitu kaedah takwil dan tafwidh dan syaratsyarat kededuanya. Dalam artikel kedua bertajuk, “Pesanan Untuk Mahasiswa Tahun Pertama Universiti”, oleh Akh Hafiz Kusairi (pendidik di Maktab Rendah Anglo Chinese), beliau mencadangkan lima tips bagi para mahasiwa tahun pertama universiti di dalam dan luar negara untuk membantu mereka memanfaatkan masa pembelajaran di universiti sebaiknya demi mencapai kecemerlangan, sebagai inti pati penghayatan wasatiyah yang ingin diuar-uarkan oleh Wasat. Ustaz Syed Huzaifah Alkaff dalam artikel terakhir bertajuk, “Contradicting Wasatiyah: Are Theological Differences the Main Reason of Sectarianism?” membicarakan satu

fenomena pelampauan hari ini yang berpotensi untuk menimbulkan masalah dalaman masyarakat Islam Singapura dan keharmonian sosialnya juga. Fenomena ini ialah sektarianisme mazhab (taksub pada mazhab). Dalam melihat masalah ini, penulis berpendapat sering kali perbezaan tafsiran agama disalahkan sebagai puncanya. Kesimpulan mudah ini dirumuskan melalui pergolakan konflik yang membabitkan pemeluk mazhab yang berbeza dalam Islam, iaitu Sunni dan Shiah di Timur Tengah. Tanpa menidakkan peranan perbezaan tafsiran agama, penulis berhujah bahawa di sebalik konflik yang berlaku sebenarnya adalah soal politik dan kuasa, bukan perbezaan mazhab. Soal politik dan kuasa ini merujuk pada usaha beberapa pihak yang ingin menjadi adikuasa di rantau Timur Tengah atau kerana perebutan tampuk kuasa politik tempatan. Perbezaan sektarian hanya digunakan sebagai alat memobilisasi sokongan untuk kepentingan politik dan bukan maslahat agama. Perbezaan ini juga digunakan bagi merosakkan kewibawaan lawan yang kebetulan terdiri dari pemeluk mazhab yang berbeza. Atas dasar ini, Muslim Singapura tidak harus cepat menyalahkan mazhab lain hingga menjadikan perbezaan tafsiran agama dari mazhab yang berbeza yang telah berusia dan tidak terurai selama ratusan tahun hingga menjurus ke arah sektarianisme mazhab, menjejas keharmonian sosial dan memicu keganasan agama.

32

Ar-Risalah 25 Edit.indd 32

19/4/18 10:10 AM


TINTA ILMU

Edisi No. 16 / Ogos 2017 Artikel pertama bertajuk, “Wasatiy Dalam Memahami Tafsiran Maksud Dharb Menurut Ulama”, sumbangan kolektif Ustaz Mohammad Yusri Yubhi bin Md. Yusoff, Ustazah Khairunnisaa Abdul Rahim dan Ustazah Zanaria Jusary, membicarakan mengenai ayat al-Quran yang dijadikan hujah bagi keharusan suami memukul isteri yang tidak taat sebagai salah satu mekanisme untuk mendidik dan membetulkannya. Para penulis menganalisa perkataan yang diguna oleh al-Quran - dharb - yang difahami sebagai pukul dari segi bahasa Arab dan tafsiran para ulama silam dan masa kini. Kesimpulan dari analisa ini, para penulis merumuskan ‘pukul’ hanyalah salah satu makna dari dharb dan digunapakai oleh ramai ulama silam bagi mentafsir perkataan itu. Namun, jika ditinjau dari segi konteks penurunan ayat, contoh dari Nabi s.a.w dan erti perkataan dharb selain pukul dalam bahasa Arab, para penulis berpendapat tafsiran ulama hari ini bahawa perkataan berkenaan lebih tepat difahami sebagai bukan pukulan mendidik ke atas isteri dan tafsiran ini lebih sesuai bagi konteks hari ini. Artikel kedua pula bertajuk, “Wasatiyah Dalam Persoalan Mimpi”, oleh Ustaz Mustazah Bahari. Mimpi adalah satu realiti yang dialami oleh semua manusia. Sering kali seorang Muslim berada dalam dilemma apabila bermimpi sesuatu – apakah makna dari mimpi itu, perlukan mencari makna dari mimpi yang dilihat dan perlukah pula mempercayainya. Lebih serius lagi ialah bagaimana sikap yang saksama apabila berhadapan dengan dakwaan seseorang bahawa ia bermimpi sesuatu yang menganjurkan amalan tertentu atas nama agama? Artikel ini

cuba menghurai isu ini dan memberi panduan yang dapat membina sikap wasatiy dalam isu ini. Dalam artikel terakhir bertajuk, “Towards a Common Balanced Standpoint on Apostasy for Singapore’s Asatizah Community”, Ustaz Muhammad Haniff Hassan menyuarakan keperihatinan tentang bagaimana insiden murtad boleh menimbulkan respon yang negatif hingga menyebabkan keresahan dan ketidarharmonian sosial hingga memburukkan imej Muslim dan Islam di mata khalayak ramai. Insiden buruk ini pernah berlaku di Singapura pada bulan Disember tahun 1950, iaitu insiden Nadra atau Maria Hertogh. Artikel ini berhujah insiden murtad adalah sesuatu yang lumrah dan tidak terelak, baik dalam konteks Singapura atau luar negara. Khuatir akan bagaimana soal murtad ini boleh mengakibatkan reaksi negatif masyarakat Muslim sebagaimana yang berlaku di negara-negara lain dan bagi mengelakkan agar tragedi Maria Hertogh tidak berulang lagi, artikel ini mengemukakan cadangan agar asatizah di Singapura mengorak langkah pro-aktif untuk membina konsensus tentang pendirian agama yang saksama dalam isu ini dalam konteks Singapura hari ini yang mana pendirian ini pula dapat dijadikan dasar bagi kerangka dalam menangani gejala murtad yang diakui sebagai dosa besar di sisi agama. Sikap agama yang disepakati di kalangan asatizah penting kerana ia turut mempunyai pengaruh yang signifikan dalam menentu sikap dan respon masyarakat Muslim terhadap insiden murtad yang berlaku, walaupun diakui faktor-faktor lain juga mempunyai peranan yang penting. Selamat Membaca 33

Ar-Risalah 25 Edit.indd 33

19/4/18 10:10 AM


9. TINTA ILMU

Ulasan Buku

Sampaikan Daripadaku: 100 Renungan al-Quran & Sunnah Dalam Menyeru Kebaikan

Penulis: Ustaz Dr. Muhammad Haniff Hassan Penerbit: Bandar Baru Bangi, Selangor : Abideen Publishing ; Singapore : Madani Institute, 2017. ISBN: 9789671444139 Deskripsi: 225 muka surat Call no.: 297.74 MUH Pengulas: Ukht Khairunnajah Bte Khairul Anuar Pembantu Pentadbir, Pergas

Pengenalan

Al-Ustaz Dr. Muhammad Haniff Hassan adalah seorang graduan Doktor Falsafah dari Sekolah Pengajian Antarabangsa, S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang, Singapura dalam bidang Pengajian Strategik selain mempunyai ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah dan Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kandungan buku ‘Sampaikan Daripadaku: 100 Renungan al-Quran & Sunnah Dalam Menyeru Kebaikan’ asalnya adalah tulisan oleh Ustaz Dr. Muhammad Haniff yang dikirimkan kepada pelbagai kumpulan e-mailnya (mailing group) setiap minggu. Justeru, buku ini sesuai dijadikan bahan perbincangan dan tazkirah dalam sesisesi perbincangan bagi aktivis dakwah.

Mendidik melalui al-Quran dan Hadis

Melalui buku ini, penulis mengajak pembaca untuk melihat cara mendidik manusia dengan bimbingan al-Quran dan Hadis. Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu; “Renungan Dakwah Dalam al-Quran” yang isi kandungannya merupakan petikan ayat-ayat al-Quran yang dikupaskan dari aspek dakwah. Bahagian pertama ini mengetengahkan tema “Melakukan Dakwah Dengan Berfikir & Beramal Dengan Jelas”. Antara topik yang disentuh adalah pentingnya pendakwah untuk mengamalkan sifat-sifat seorang pemimpin; iaitu memberi petunjuk, sabar dan yakin terhadap apa yang diperjuangkan. Penulis juga membincangkan tentang sikap menghargai peranan wanita dalam berdakwah dan pentingnya bersikap positif, terbuka dan mempunyai perspektif yang luas terhadap peranan dan keupayaan wanita dalam usaha dakwah sejajar dengan prinsip quwwah dan amanah. Akhir sekali, penulis menutup bahagian pertama ini dengan tiga prinsip khidmat dakwah yang cemerlang. Pertama, membalas sikap buruk dengan layanan yang baik. Kedua, membalas budi dan kebaikan dengan kebaikan yang lebih. Dan yang ketiga, melakukan kebaikan kepada orang yang

telah kita lakukan kesilapan kepadanya. Terdapat juga lima puluh topik taddabur dakwah dari al-Quran yang boleh dicungkil dari bahagian pertama buku ini.   Bahagian kedua pula menjurus kepada isu “Dakwah Dalam Sunnah” di mana 50 hadis yang berkaitan dengan dakwah dikupas. “Dakwah Berorientasi Mad’uu” menjadi topik pertama perbincangan yang menegaskan bahawa pendakwah haruslah memahami akan tabiat manusia, samada dari sudut psikologi, budaya atau sebagainya untuk memastikan manusia tidak bosan atau jemu dengan cara dakwah itu disampaikan. Antara tema penting yang dikupaskan termasuk, “Menyedari Bahawa Pendakwah Tidak Selalu Betul” dengan menekankan pentingnya bersifat tawaduk dalam diri pendakwah. Penglibatan dan pengalaman berdakwah bertahun-tahun tidak menjadikan seseorang itu tahu segala perkara dan sentiasa benar. Pendakwah dianjurkan untuk melihat sesuatu pandangan itu dari sudut ilmu yang betul dan kepakaran yang tepat dan bukan atas andaian sahaja. Bahagian kedua diakhiri dengan topik, “Menyedari Bahawa Kebaikan Bukan Datang Dari Umat Islam Sahaja”. Penulis menekankan bahawa tiada kesalahan untuk menggunapakai sesuatu yang mempunyai kebaikan jikalau ia tidak bercanggah dengan Islam, walaupun kebaikan itu datang dari orang yang berlainan agama. Rasulullah S.A.W. sendiri mengambil amalan baik ahli kitab dan menjadikannya sebahagian dari sunnah beliau yang wajar diikuti. Sesuai dengan Hadis Rasulullah S.A.W. tentang amalan orang Yahudi yang berpuasa pada hari Asyura untuk memperingati Nabi Musa A.S. Oleh itu, pendakwah haruslah mempunyai sikap optimis terhadap agama lain apabila berdakwah.  Semoga buku yang bersandarkan al-Quran dan Sunnah ini menjadi panduan bagi pendakwah-pendakwah seluruhnya dalam menyampaikan ajaran Islam.

34

Ar-Risalah 25 Edit.indd 34

19/4/18 10:10 AM


9. TINTA ILMU

Perkongsian Ilmu Habib Umar Bin Muhammad Bin Hafidz:

Tanda-Tanda Ahli Tasawuf Terjemahan Ustaz Muhammad Nuzhan Bin Abdul Halim Imam Eksekutif, Masjid Jamiyah Ar-Rabitah

IKHLAS Berilmu dengan al-Quran dan as-Sunnah Maka sangat besar pemeliharaan mereka di dalam mencapai keikhlasan, dan mereka mencermati dalam bermuhasabah ke atas diri sendiri. Mereka menjauhkan dari serendah-rendah tujuan selain Allah S.W.T., dan serendah-rendah kehendak selain kepada Allah yang mulia di dalam niat-niat mereka dan perbuatan-perbuatan mereka dan kata-kata mereka juga setiap yang diambil dan ditinggalkan oleh mereka. Firman Allah S.W.T.: “Ingatlah, hanya milik Allah agama yang murni.” Az-Zumar, ayat 3. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Hanyasanya amalan itu beserta niat.” Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan majoriti Ashab Sunan. Telah berkata Al-Haris Al-Muhasibi di dalam Risalah Mustarsyidin: “Dan ketahuilah (semoga Allah merahmatimu) sesungguhnya jujur dan ikhlas adalah asal kepada segala sesuatu. Maka dari sifat jujur, tercabang beberapa sifat, seperti: sabar, berpuas hati dgn apa yang ada (qana’ah), tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia (zuhud), reda dan al-unsu (keramahan), dan dari sifat ikhlas tercabanglah beberapa sifat, seperti: yakin, khauf (takut), mahabbah (cinta), haya`(malu), ijlal (membesarkan), dan takzim (pengagungan)” . Kemudian dia berkata: “… adapun cabang ikhlas: tiada dinamakan seorang itu Mukhlis (yang ikhlas) itu bersifat ikhlas

Ar-Risalah 25 Edit.indd 35

sehinggalah dia mengesakan Allah S.W.T. dari segala bentuk dan perumpamaan, mempunyai kuncu dan anak-anak, kemudian kehendaknya adalah Allah, dengan membangun ketauhidan, dan mengumpul keriangan kepadaNya dan denganNya di dalam melaksanakan sunat dan fardhu.” Dan telah berkata Al-Qusyairi di risalahnya: “Ikhlas adalah mengesakan al-Haq (Allah) dalam hal niat melakukan ketaatan, iaitu dia berniat dengan ketaatannya dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Bukan kerana perkara lain, seperti mencari kedudukan di hadapan manusia, mengejar pujian orang, suka terhadap sanjungan makhluk, atau tujuan apapun selain mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.” Telah diriwayatkan dengan sanadnya daripada Al-Fudhail, dia telah berkata: “Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’, dan beramal kerana manusia adalah syirik, dan ikhlas itu adalah apabila Allah menyembuhkan kamu dari kedua hal itu.” Oleh yang demikian, mereka menolak dan menjauhi banyak amalan zahir yang cenderung kepada nafsu; mempunyai tujuan dan kehalobaan, walaupun ianya besar pada pandangan awam; selagi mana ia belum benar dan bersih niatnya. Para sahabat pada zaman khulafa’ ar-rasyidin juga telah berpaling dan menolak akan pangkat dan kekuasaan atas dasar yang sama. Justeru, mereka sangat prihatin dalam menyembunyikan perkiraan amalan-amalan soleh mereka dan sifat-sifat mereka yang bagus lagi baik, dan menyorokkan keadaan mereka yang mulia dan luhur.

19/4/18 10:10 AM


Embark on your Post Graduate journey with us! MIRKH in Qur’an and Sunnah Studies

Arabic

MIRKH in Fiqh and Usul al Fiqh

Arabic

MIRKH in Usul al-Din and Comparative Religion

Arabic

Mode: Coursework and research

Duration: 2 Years

Master of Art in Islamic Thought & Civilisation Mode: Research only

Learn while you earn

Affordable fees

English Duration: 2 Years

Access to university resources with student matriculation card

Convocation in the university

For more information, visit www.ipip.sg or call 6346 9351/54 Ar-Risalah 25 Edit.indd 36

19/4/18 10:10 AM

Mandatori ARS: Keperluan Asatizah Untuk Diiktiraf  

Ar-Risalah Issue 25 : Sep - Dec 2017

Mandatori ARS: Keperluan Asatizah Untuk Diiktiraf  

Ar-Risalah Issue 25 : Sep - Dec 2017

Advertisement