Kajian Kesesuaian Pelaksanaan 'Gated and Community' Di Malaysia

Page 94

KAJIAN PENYELIDIKAN Kesesuaian Pelaksanaan ‘Gated and Guarded Community’ di Malaysia

Kedua-dua limpahan ini berlaku apabila terdapatnya penyebaran maklumat tentang kelebihan kehidupan GC sama ada melalui proses pengiklanan oleh pemaju mahupun melalui pemerhatian masyarakat tentang kelebihan yang terdapat di kawasan GC. Penyebaran maklumat tentang GC khususnya maklumat tentang lokasi serta maklumat tentang laluan keluar masuk ke kawasan pembangunan secara tidak langsung memberikan satu kepuasan atau utiliti kepada masyarakat yang berjiran dengan kawasan GC. Peningkatan tahap kepuasan atau utiliti ini akan menghasilkan peningkatan terhadap harga vida (bid price) terhadap ciri yang membina produk hartanah di kejiranan tersebut. Pada masa yang sama untuk menghasilkan suatu tahap keseimbangan maka harga tawaran terhadap ciri-ciri hartanah tersebut juga akan ditingkatkan. Apabila kedua-dua keadaan ini tercapai maka harga bagi setiap unsur yang membina sesuatu produk itu juga akan meningkat. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat tanggapan berlakunya kesan limpahan negatif melalui kehadiran GC apabila kawasan GC dihuni sepenuhnya. Namun, kesan penggandaan tambahan seperti peningkatan peluang perniagaan mampu mengatasi kos yang timbul ekoran kehadiran masalah-masalah yang sering dikaitkan dengan GC seperti kesesakan lalulintas dan sebagainya.

Isu-isu ‘Gated Community’ Dari Aspek Ekonomi

Perkembangan GC dianggap sebagai kesan daripada perubahan hartanah yang mampu merancakkan lagi pasaran hartanah tempatan. Bagaimanapun terdapat beberapa isu yang timbul berkaitan pembangunan GC dari sudut ekonomi antaranya termasuklah:i.

Limpahan Positif Ekonomi Terhadap Harta Tanah Yang Berdekatan Dengan ‘Gated Community’

‘Private Governance’ yang wujud dalam GC menyebabkan peningkatan kadar cukai dan penswastaan perkhidmatan berlaku. Ini memberi kesan kepada keseimbangan dalam ekonomi bandar terutama dari segi pembahagian sumber, perkongsian kemudahan awam, ameniti dan sebagainya. Pembangunan GC yang semakin banyak sebenarnya turut memberi implikasi terhadap hartanah yang berdekatan dengan kawasan tersebut. Limpahan positif ekonomi terhadap hartanah yang berdekatan dengan GC telah meningkatkan cukai harta Pihak Berkuasa Tempatan. Peningkatan cukai harta ini adalah antara 10% hingga 25%. Ini secara tidak langsung memberi keuntungan kepada PBT di kawasan tersebut.

ms 2- 76


Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.