Kajian Kesesuaian Pelaksanaan 'Gated and Community' Di Malaysia

Page 90

KAJIAN PENYELIDIKAN Kesesuaian Pelaksanaan ‘Gated and Guarded Community’ di Malaysia

a. Mengubah Status Jalan Dalam ‘Gated Community’ Sebagai Jalan Persendirian Dalam amalan pembangunan ’gated community’ (GC), pemaju mengandaikan pembinaan pagar/ halangan untuk membentuk sebuah kawasan GC akan menyebabkan jalan yang terdapat dalam kawasan tersebut sebagai jalan persendirian. Bagaimanapun mengikut perundangan semasa, pembinaan pagar / tembok dalam sesebuah kawasan tidak akan mengubah status jalan tersebut daripada jalan awam kepada jalan persendirian. Bagi pemasangan pagar / tembok dalam kawasan GC seperti yang terkandung di bawah seksyen 41(1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), jelas menyatakan bahawa pemasangan tembok / pagar adalah menyalahi dari segi amalan perundangan (Roslizana Abdul Rashid, 2006) Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, (Akta 133), membuat peruntukan mengenai kesalahan ”obstruction” (halangan kepada lalulintas). Menjadi satu kesalahan jika seseorang melakukan mana-mana perkara berikut seperti: ”a) builds, erects, sets up or maintains or permits to be built, erected or set up or maintained any wall, fence, rail, post or any accumulation of any substance, or other obstruction in any public place; b) without the prior written permission of the local authority covers over or obstruct any open drain or aqueduct along the side af any street....” Berdasarkan peruntukan yang telah disebutkan, setiap jalan dalam satu projek perumahan masyarakat berpagar yang tidak sah (tidak dimajukan di bawah Akta Hakmilik Strata) masih tetap di bawah bidangkuasa PBT. Demikianlah juga mana-mana pagar atau halangan / rintangan yang dibina pada jalan keluar masuk dalam sesebuah masyarakat berpagar yang tidak sah adalah merupakan satu kesalahan. Manakala dari segi penyelenggaraan juga masih tetap di bawah bidang kuasa PBT. Bagaimanapun berlaku pertindihan kuasa antara pihak Management Cooperation (MC) dengan PBT bagi mennyelenggara jalan dalam kawasan tersebut. Sepatutnya penyelenggaraan jalan dilakukan oleh PBT bukannya pihak MC. Jika penyelenggaraan di lakukan oleh MC adalah salah dan telah melanggar Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133) yang menyatakan adalah menjadi kesalahan bagi indidvidu tertentu selain PBT membuat sebarang kerja pembaikan terhadap jalan-jalan awam. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa jalan persendirian yang dibentuk dalam GC telah melanggar akta-akta yang telah diperuntukkan di dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133). Ianya tetap jalan awam walaupun terletak dalam kawasan berpagar (Roslizana Abdul Rashid, 2006).

ms 2- 72


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.