Kajian Kesesuaian Pelaksanaan 'Gated and Community' Di Malaysia

Page 88

KAJIAN PENYELIDIKAN Kesesuaian Pelaksanaan ‘Gated and Guarded Community’ di Malaysia

iii. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) Di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) isu yang dikenalpasti adalah: a.

Keperluan Mengkaji Kesan Sosial Sebelum Kebenaran Merancang Diberi

Di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), prosedur memohon dan mendapatkan kebenaran merancang (planning permission) suatu projek perumahan mengikut konsep ‘gated community, termasuklah memohon kelulusan pelan susunatur, laporan SIA dan sebagainya, adalah terkandung dalam beberapa peruntukan yang berlainan, antaranya dalam seksyen 21, 21A, 21B, 31C. Selepas itu permohonan itu akan dilayan oleh PBT mengikut kehendak seksyen 22, dan andainya ada pihak yang terkilan, rayuan boleh dibuat di bawah seksyen 23. Dalam hal ini, setiap pembangunan GC perlulah mengkaji secara terperinci berkaitan kesan sosial (social impact) sebelum kelulusan kebenaran merancang diberikan. Ini penting bagi memastikan pembangunan GC tidak mewujudkan masalah sosial seperti pengasingan kelas sosial, jurang antara masyarakat atau sebagainya sehingga boleh menjejaskan integrasi sosial dalam masyarakat. iv. Kanun Tanah Negara 1965 Di bawah Kanun Tanah Negara 1965, terdapat tiga cara yang berbeza bagi pemilik tanah mendapatkan kelulusan membangunkan tanahnya dari Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Tiga cara tersebut adalah seperti berikut :a. b. c.

Tukar syarat dan pecah sempadan di bawah seksyen 124 dibaca bersama seksyen 136; Tukar syarat dan pecah sempadan secara serentak di bawah seksyen 124A; Seksyen 136(2)(a)(ii)–road shall be deemed to have been surrendered to the State Authority

d. Serahbalik dan kurnia semula di bawah seksyen 204C, 204D. Segala permohonan pecah sempadan atau serahbalik (di bawah perenggan kecil 4.3(a) atau 4.3(b) di atas) atau serahbalik dan kurnia semula (di bawah perenggan 4.3(c) itu) adalah berasaskan pelan susunatur yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan sebelumnya. Selaras dengan inisiatif kerajaan baru-baru ini, segala permohonan pembangunan tanah yang disebutkan di atas boleh dimajukan terus oleh pemaju kepada One Stop Centre (OSC), suatu jawatankuasa khas yang mula berfungsi pada Jun 2007 lalu. Dalam pembangunan GC terdapat beberapa masalah timbul mengikut peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara, antaranya:

ms 2- 70


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.
Kajian Kesesuaian Pelaksanaan 'Gated and Community' Di Malaysia by R&D, JPBD - Issuu